Thursday, 27 March 2014

TINDAKAN PENGECUT JAWI DAN JAKIM TERHADAP KASSIM AHMAD

TERKINI: KASSIM DITUDUH HINA ISLAM.
Kassim Ahmad ketika ditahan oleh Pegawai-pegawai Jawi dan Jakim diiringkeluar dari rumahnya di Kulim 
Apabila gambar penahanan Kassim Ahmad oleh pegawai pegawai  JAWI dan Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia ( JAKIM) tersebar di luar negara, maka sekali gus memberikan gambaran bahawa pentadbiran Islam Malaysia di kuasai oleh golongan pelampau agama.

Pakaian mereka ini  yang mengiringi  beliau  sudah cukup untuk menolak gambaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang progresif, moden dan  memperjuangkan kesederhanaan Islam.

Kassim Ahmad dalam usianya yang sudah tua dan lemah tidak memerlukan orang yang berwajah bengis, berpakaian kotor, tidak kemas, selekeh dan berimej macam pelampau agama untuk menahannya kerana beliau sendiri telahpun menyatakan kesukarelaannya untuk menemui pihak penguasa agama. Kenapa beliau tidak dipanggil sahaja?.

Kassim sendiri nampak lebih bersih  dan kemas dari pegawai  pegawai agama yang menahannya.

Apakah JAWI dan JAKIM memahami  tentang bagaimanakah sewajarnya seseorang pegawai kerajaan berpakaian untuk menjaga imej kerajaan atau pun kedua jabatan ini tidak berdaya untuk mendisplinkan pegawainya dari segi pakaian dan penampilan. 

Semua ini tidak diambil kira oleh JAWI dan JAKIM yang bagitu ghairah untuk menjalankan tindakan terhadap seorang yang lemah tetapi tidak berani untuk menunjukkan taring kepada orang yang dikatakan mempunyai 10 bukti untuk ditangkap sebagai pendakwah Shiah dan pemimpin-pemimpin agama yang telah menyesatkan umat Islam dengan politik agama.

Mereka yang sempit fikiran tidak dapat melihat betapa sikap pemimpin-pemimpin Islam yang menyekutukan diri mereka dengan pemimpin homosexual yang dengan itu secara tidak langsung telah mengkondisikan pemikiran sebahagian umat Islam bahawa liwat bukanlah sesuatu yang  immoral di negara ini. Ini adalah kerana persekongkolan orang agama dengan golongan ini.

Saya telah mengenali pemikiran sosial dan politik anti establishment Kassim Ahmad  sejak tahun 60han sehingga beliau di convert oleh Special Branch semasa dalam tahanan ISA yang diakui sendiri oleh Kassim dalam bukunya Universiti Kedua tetapi bagaimanapun pada pemerhatian saya Kassim yang menjiwai sosialisme dan Marxisme tidak dapat lari dari aliran pemikirannya itu dan mentafsirkankan Al Quran dari kaca mata dan pemikiran Marxist. Hal ini berlaku di luar kesedarannya sendiri.

Beliau mahukan persamaan kedudukan Naib Muhmmad dengan nabi nabi lain yang bererti menolak ke Rusulan Nabi Mohammad SAW yang terakhir.

Saya telah menyatakan kepadanya sendiri bahawa negara Islam yang menolak hadis dan semata-mata berpegang kepada Al Quran tidak akan menjadi realiti seperti juga harapannya untiuk mengwujudkan sebuah negara sosialis akhirnya menjadi mimpi.

Maka biarlah dia seronok dengan mimpi terakhirnya sebelum meninggal dunia yang fana ini. Apapun dilakukan kepadanya tidak akan mengubah pendiriannya dan dia tidak lagi merbahaya seperti pemimpin-pemimpin politik yang bertopengkan agama.

Langkah menahannya ketika keadaannya sedang uzur dalam usia lebih 80 dan tidak lagi berpengaruh memperlihatkan kepada umum suatu tindakan yang bersifat pengecut, tidak wajar, tidak adil dan memperkecilkan keupayaan inteklektual Islam untuk menghadapi masalah Kassim ini mengikut peradaban Islam.

Sekiranya tujuan penahanan itu untuk menjatuhkan maruah Kassim Ahmad tetapi umum melihatnya sebagai tindakan yang menjatuhkan maruah kepimpinan JAWI dan JAKIM sendiri.

FROM THE STAR ONLINE: 
KULIM: A former political and social activist was picked up from his house in Taman Kulim Perdana here over statements made during a seminar in Putrajaya recently.

Dr Kassim Ahmad, 81, was detained by enforcement personnel from the Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi) and Department of Islamic Development Malaysia at 12.30pm on Thursday( 27 March).


KASSIM DITUDUH HINA ISLAM



KASSIM Ahmad (tengah) yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RIDUAN RIZAL AHMAD

DARI UTUSAN ONLINE.

PUTRAJAYA 27 Mac - Bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu.

Kassim, 81, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang didakwa dilakukan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang'.
Seminar tersebut diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan PBH, Presint 8 di sini antara pukul 9 pagi dan 5 petang, 16 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menghina agama Islam ketika membentangkan satu skrip ucapan yang bertajuk 'Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Malaysia Untuk 30 tahun Akan Datang' dengan mengatakan Nabi Muhammad tidak perlu dimuliakan dan rambut wanita bukan aurat.
Pada masa yang sama, Kassim turut didakwa mengingkari pihak berkuasa agama dengan memetik dua buku tulisannya yang telah diharamkan oleh Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu 'Hadis Suatu Penilaian Semula' dan 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik'.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 7(B) dan pertuduhan kedua, Seksyen 9, masing-masing di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sekiranya dibenarkan, beliau meminta mahkamah mengenakan wang jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan.
Kassim yang tidak diwakili peguam syarie pula memohon agar dibenarkan diikat jamin dengan jumlah yang rendah memandangkan dia menghadapi masalah kesihatan, tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada bantuan kewangan tiga orang anak.

akim Syarie, Umamuddin Yunus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bermastautin di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi kedua-dua pertuduhan sementara menunggu sebutan kes pada 7 April ini.

Tertuduh dibebaskan setelah menjelaskan wang jaminan tersebut.
Kassim yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jawi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di rumahnya, di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, Kedah semalam.

Polemik mengenainya tercetus selepas beliau dalam seminar itu mengeluarkan kenyataan mendakwa Islam di negara ini diseleweng selain mengkritik sistem ulama Islam yang disamakan dengan 'kasta paderi.'
Ekoran kenyataan berkenaan, pelbagai pihak mengecam Kassim seh


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140328/ma_01/Didakwa-hina-agama-Islam#ixzz2xCd6romU
© Utusan Melayu (M) Bhd 













JABATAN AGAMA ISLAM SIBUK MENGHUKUM

1. Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibaca ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

2. Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehinga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3. Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

4. Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).

5. Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar Gaji), paderi sukarela.

6. Air zam-zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

7. Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.

8. Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci, membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja orang-orang susah membaiki rumah dan bantuan barang-barang dapur.

9. Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan  - AHMAD KASSIM

44 comments:

  1. KITA INGIN MENDENGAR PANDANGAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA KHAIRY JAMALUDDIN TERHADAP TINDAKAN YANG TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN INI DAN TIDAK MENIMBANGKAN KESAN KEPADA IMEJPOLTIK DAN SOSIAL NEGARA INI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. antiitu antiini27 March 2014 at 11:04

      kenapa hanya khairy dan bukan Najib, muhyidin atau zahid?

      Delete
    2. Khairy?? masih tak sedar lagi...khairy just god in lips service...burung tiong yang pandai berkata2...itu saja.

      Delete
    3. Sebab Khjairy dah mula tunjuk minat dalam Islam bila dia "arahkan" Jamil Khir untuk menangkap Bomoh KLIA atas alasan syirik, tapi menikus bila tragedi FMFA yang berlaku di Stadium Bukit Jalil (premis ini terletak di bawah tanggungjawab KBS).

      Khairy for Deputy Prime Minister.. #duh

      Delete
  2. Pendeta Ugama Adalah Pembohong27 March 2014 at 09:19

    Gelagat-gelagat pelampau agama yang menokok tambah ajaran Quran dengan hadis adalah sama dengan rabbi-rabbi Yahudi yang menokok tambah ajaran Taurat dengan Talmud. Sebab itulah hari demi hari ajaran Islam sekarang semakin merepek dan tidak masuk akal. Dan ulama-ulama kita tidak ada fungsi dalam kemajuan negara melainkankan menyusahkan umat Islam dengan undang-undang rekaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dn ada justifikasi.

      Delete
    2. Pelampau agama?
      Jadi awak ini orang munafik ke?

      Delete
  3. salam,
    nampak macam ahli pas aje yg iring dr kassim, tak nampak macam pegawai jawi pun. selekeh jer pegawai jawi tu. pegawai yang menyamar kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. dalam jawi memang ramai penyokong pas..lagipun imej selekeh begitu imej islam ke ?

      Delete
    2. hehehe. konon nak berlagak macam pegawai cawangan khas. undercover.

      Delete
    3. dorang tu dipanggil penguatkuasa syariah... memang dorang kene undercover...klo undercover umo 24 pon nmpak cm 84...sekian

      Delete
  4. mat sabu bagaimana pula.....?bukti gred A dah ada apa tunggu lagi?

    jangan menunjukkan anda seperti tin kosong....

    sebelum pau cakap berapi mengalahkan sukarno...sekarang?

    ini punca orang benci dengan umno.....

    ReplyDelete
  5. Kewujudan JAWI itu sendiri merupakan kelas padri agama yg tidak lebih sebagai penyedia peluang kerja dan cari makan kpd golongan lulusan agama. mereka ini melantik diri dan mendabik dada sebagai ulama, namun Quran Fatir 27-28 menyatakan bahawa ulama adalah golongan saintis dan teknokrat dan bukannya lebai malang seperti JAWI dan PAS. Bila ummah tertipu bahawa lebai malang adalah ulama dan saintis/teknokrat bukan ulama, maka umat Islam akan terus mundur dan tidak berupaya menghasilkan teknologi untuk bersaing dalam semua bidang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 kira ulama ilmu ugama dan akhirat dunia dan akhirat.Dua2 ulama ini kena hurmat satu sama lain dan jgn melanggar bidang masing2.penyokong kasim ahmad patut di tangkap juga.kerana kasim bukan ulama ugama dan bukan juga ulama sains .dia ini punca kekacauan fikiran golongan kurang didikan dan ilmu agama.Ajaranya boleh keluarkan org islam dari islam dan di siksa selamanya di akhirat sama saperti para penyembah berhala.Semuga awak semua takut api neraka.

      Delete
  6. Tak ramai yg akan bercakap sebab kassim ahmad bukan paderi atau sami.

    ReplyDelete
  7. 'negara Islam yang menolak hadis dan semata mata berpegang kepada Al Quran tidak akan menjadi realiti'

    hadis dilaporkan hanya dihimpun 200 thn selepas nabi saw wafat. bagaimana pentadbiran semasa tu (antara masa nabi saw wafat dan 200 thn)? ada tak kes2 terutamanya semasa pemerintahan khulafa ar-rasyidun, keputusannya berlandaskan hadis & sunnah selain al-quran? ada banyak ayat2 al-quran mengisahkan kelaku rabbi2 & paderi2 yg mengharamkan halal & menghalalkan haram, dlm islam takdak ka?

    pengecut ertinya 'berani terhadap kawan & takut kepada musuh' dari hassan bin ali bin abi tholib.

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri,
    Hal ini menonjolkan dengan jelas quality kepimpinan Khir Baharom & Co. di JPM - tak ada kerja/isu lain selain hal remeh-temeh yang tidak meninggkatkan martabat Umat Islam di negara ini - pengharaman Shiah (wal hal Shiah telah diakui oleh OIC sebagai salah satu sects/mazhab yang diiktiraf; ajaran sesat tu satu hal lain lah, kita yang mazhab Shafie ni pun tak habis2 dengan ajaran ayah Pin , Tuhan Harun, dll., begitu jugalah Shiah tidak terkecuali dengan ajaran2 sesat) yang menyebabkan pergeseran sesama umat Islam tak tentu pasal, dan sekarang hal Kassim Ahmad... seolah2 tak ada ke hal lain yang lebih mendesak untuk Khir Bahrom tangani, contoh - pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah dikalangan remaja Islam, sumbang mahram, kelemahan pelajar2 Islam dalam bidang sains & teknoloji, penerapan fahaman Al Quran dikalangan umat berbanding dengan hanya nyanian dan alunan muzakarah Quran, konsert nashid, dll.? Jangan lah ashik ikut telunjuk pak Arab Saudi wahabi... dengan harapan nak dapat lebih kuota haji... Apa hal nya dengan menteri kita?

    Dhahran Sea

    ReplyDelete
  9. "Beliau mahukan persamaan kedudukan Naib Muhmmad dengan nabi nabi lain yang berarti menolak ke Rusulan Nabi Mohammad SAW."

    Saya rasa zam tersilap di sini. Bukan seperti yang dikatakan, sebenarnya beliau menganggap Nabi Muhammad sebagai rasul adalah sama tarafnya dengan rasul-rasul yang lain seperti Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Tidak sekali-kali beliau menolak kerasulan Nabi Muhammad. Kalau zam tidak memperbetulkan fakta ini, nanti jadi fitnah pula. Sila baca semula tulisan-tulisan Dr Kassim berkaitan dengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali. Penulis blog ini sudah membuat kesilapan dgn mengatakan Pak Kassim Ahmad menolak kerasulan nabi Muhammad sebagai rasul yg terakhir. Itu sama sekali tidak benar.
      Apa yg Pak Kassim nyatakan ialah kesamaan nabi Muhammad dgn nabi2 yg lain. Kenyataan ini jelas selari dgn ayat Al Quran yg Allah tidak membezakan rasul-rasul Nya.
      Amat bertentangan sekali apa yg penulis blog ini tuliskan dgn apa yg Pak Kassim maksudkan.

      Delete
  10. Macam mana dengan bukti Syiah Gred A Mat Sabu, bila JAWI nak hantar UTKnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa ada teloq ka nak tangkap Mat Sabu atas tuduhan beliau pengamal fahamam shaih?

      Delete
  11. Berbanding dengan semasa Kassim ditangkap kerana simpatinya kepada perjuangan komunis ,dia tidak dapat sokongan ramai tetapi kali ini nampaknya ramai tanpa takut tampil kehadapan untuk mempertahankannya.
    Ini adalah suatu perbuatan JAWI dan JAKIM untuk merosakan imej kesederhanaan Islam Datuk Seri Najib. Singkirkan menteri agamanya.

    ReplyDelete
  12. Saya amat bersetuju dengan komen TS Zam - apa yang dapat saya simpulkan sebagai memual dan memalukan. Bahaya nya Syiah yang lebih hebat tapi mereka tidak berani mengambil tindakan tegas termasuk pada orang seperti Mat Sabu. Ini merupakan tregedi kedua pada negara selapas MH370

    ReplyDelete
  13. Mengapa seorang intelektual seperti Kassim Ahmad di tahan kerana memberi pendapatnya hasil daripada kajian ilmiah? Sebaik-baiknya, sebagai orang Islam, kemukakan hujah yang dapat mematahkan kesimpulan yang dibuat oleh beliau. Ini menunjukkan JAKIM tidak ada intelektual yang boleh menandingi Kassim. Peristiwa ini sungguh memalukan rakyat dan kerajaan Malaysia. Mengapakah bomoh yang gunakan buloh sebagai teropong dibiarkan begitu sahaja? JAKIM, Menteri JAKIM, Jabatan-jabatan ugama negeri sepaptutnya membela Kassim kerana sangat cintakan Al-Quran, lalu mengkaji kitab Allah itu dengan mendalam. Sekiranya pendapatnya salah, beri alasan yang kukuh untuk membuktikan kesalahan tersebut. Ini Malaysia, negra yang progressif. Semasa zaman Tunku, Tun Razak, Hussein Onn dan Mahathir, Malaysia dianggap negara Islam contoh. Sekarang tidak lagi. Pelajari lah Islam. Buangkan yang karut, yang tidak masuk akal, yang menunjukkan ketandusan ilmu. Islam menuntut supaya kita menguasai ilmu dalam semua bidang. Bebaskan Kassim. Mohon maaf daripadanya. Dia antara intelektual Islam yang sangat sedikit bilangannya. Sekian. AKGM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong pendapat Saudara Anon 15:09

      PM Najib mesti memohon maaf dan bayar ganti-rugi kepada Dr.Kassim Ahmad.
      Haji Hadi yang mengkafirkan orang UMNO, tidak pula di ambil tindakan.
      Bomoh KLIA yang mencemarkan kemulian agama Islam tidak diambil tindakan.
      Mengapa tidak dipanggil ke pejabat untuk memberi keterangan? (Takut Pegawai selekeh mereka tak dapat buat mileage claim?)
      Mengapa JAWI atau Jakim tidak berani berhujah dengan Dr.Kassim?

      Saya setuju dengan TS Zam:-
      "Pakaian (dan rupa-paras) pegawai-pegawai yang mengiringi ini sudah cukup untuk menolak gambaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang progresif, moden dan memperjuangkan kesederhanaan Islam."

      Gambar 'tangkapan' Dr.Kasiim ini lebih memalukan Malaysia, dari Bomoh atas tikar terbang'.

      Lepaskan Dr.Kassim, kalau tak mahu UMNO kehilangan lebih banyak sokongan di bandar.

      Delete
    2. Saya rasa, saya dah hilang respect pada 'orang agama' akibat penahanan Dr.Kassim oleh "....orang yang berwajah bengis, berpakaian kotor, tidak kemas, selekeh dan berimej macam pelampau agama...."

      Delete
    3. orang yang kata apa yang ada dalam al-Quran tidak betul, orang itu Islam atau tidak...????

      Delete
    4. Dr Kassim ditangkap kerana apa yang dia kata tepat kena batang hidung gulungan ulama yang telah mengwujudkan kelas priesthood di Malaysia.

      Satu fasa sejarah Eropah dinamakam "the dark ages". Paderi kristian menggunakan bahasa Latin. Orang ramai yang beragama Kristian yang ke gereja setiap hari Ahad, tak faham apa pun yang terkandung didalam sermom dan doa-doa para padri mereka.

      Sejarah Eropah selepas itu dinamakam "the Renaissance" the enlightenment, dan lain-lain. Salah satu perbedaan diantara the dark ages dengan era renaissance adalah penggunaan bahasa-bahasa bukan-latin seperti bahasa German, Perancis, Inggeris, Belanda, dan lain oleh paderi-paderi.

      Ini telah membuka mata dan hati orang Eropah terhadap fahaman kritis dan jati mengenai agama Kriatian. Susulan itu negara Eropah telah pesat membangun dari segala aspek, ilmu pengetahuan, tamaddun, dan lain-lain, termasuklah juga ilmu theology agama kriastian

      Di Malaysia para ulamak amat gemar menggunakan bahasa Arab. Walaupun para jamaah tidak pandai berbahasa Arab, ini tidak menghalang mereka membaca doa dan khutbah hampir keseluruhannya di dalam bahasa Arab.

      Kesannya makmum semakin hari semakin berada di dalam kegelapan. Tidak berbeza sangat dengan penderitaan rata-rata orang Epopah semasa zaman the dark ages.

      Fenomenon kelas priesthood, yang dinyatakan oleh Dr. Kassim Ahmad, tidak boleh dinafikan. Kesan pengwujudan kelas priesthood juga mudah dilihat.

      Kalaulah JAWI dan JAKIM bertindak diatas rasa tanggung jawab takut rakyat Malaysian terpengaruh dengan pemikiran Dr Kassim, kepana tidak diadakan foram perdana TV untuk berdebat dengan beliau dan mematahkan segala hujjah beliau?

      Jika diadakan foram perdana ini, yang amat popular di kalangan orang Islam di Malaysia, maka JAKIM / JAWI dengan mudah dapat meyakinkan seluruh rakyat Islam Malaysia agar jangan mengikut dan menerima pendapat Dr Kassin.

      Masih ada masa lagi. Adakan debat forum perdana ini dengan Dr Kassim. Dato Khir Baharom boleh mewakili pihak JAWI / JAKIM. Lepas itu lepaskan Dr Kassim. Apa nak takut?

      Delete
    5. To anon yg kata ulama macam priesthood medieval period. Please jangan samakan AlQuran yang di tulis dalam bahasa Arab dengan Bahasa Latin. Para jemaah islam ramai tak pandai cakap bahasa Arab memang betul, tapi bila kita yg diajar agama dengan betul, terjemahan ayat itu diberi dan sangat mendalam kesannya.kenapa ia ditulis dalam bahasa arab dan wajiv dibaca dalam bahasa arab? Hanya Allah yang tahu zat dan rahsia itu. Tapi tidak macam bahasa latin, orang dah tak tutur bahasa itu, maka tak sorang pun faham apa maknanya. Tapi, Al-Quran yg ditulis dalam bahasa arab, ramai yg masih cakap arab dan faham isinya.apa yang benar, sekiranya anda belajar bahasa arab dan kaji bahasa...anda akan menangis setiap kali anda akan membaca quran kerana ia sangat syahdu dan dekat dihati.Saya pernah kaji bahasa inggeris kuno, karya shakespeare pun banyak jampi serapahnya yang panggil jin.kalau kamu ada peluang, belajarlah bahasa arab, penting dan impak tak sama.
      so, al quran tak sama mcam nasib kitab injil.ia xberubah.

      Delete
    6. INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

      Al Quran menyatakan kejadian Adam AS dan Bani Adam terdiri dari dua kembar atau kejadian.

      1. Kejadian Zahir.
      2. Kejadian Batin.

      Kejadian zahir insan terbentuk dari SARIPATI, SERAT dan HIDRAT yang terkandung dalam tanah, terdiri dari gas, zat, mineral-mineral, protein dan vitamin-vitamin.

      >Ar Rahman: 14.
      >As Sajaddah: 7.
      >Ash Syafaat: 11.
      >Ali Imran: 59.
      >Al Hijr: 28.

      Apa yang dimaksudkan dengan gas itu adalah gas-gas yang terdiri dari gas pembakar atau oksigen, gas hydrogen (2 kandungan hydrogen + 1 kandungan oksigen = Zat atom AIR), nitrogen, carbon dioksida dll.

      Zat bahan galian atau mineral pula terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zat besi, beta karotin dll.

      Manakala vitamin pula terdiri dari vitamin A, B, C, D, E, K dsb.

      Saripati, serat dan hidrat tersebut berupa sebatian kering yang keras, berbau hanyir, berlendir, lekit dan berair.

      Kejadian di atas disebut sebagai kejadian FIZIKAL atau ZAHIR.

      Menurut Ulamak Tauhid kejadian berkenaan dipanggil DIRI ZAHIR.

      Setelah sempurna jasad Adam maka Allah SWT ‘meniupkan ROH ALLAH’ ke jasad Adam.

      >Al Hijr: 29.

      Kejadian ini disebut sebagai diri BATIN. Terdiri dari Roh Allah yang mengandungi Annur (zat Muhammad dan malaikat) dan Annar (Qarin, Iblis, jin dan syaitan)

      Yang zahir akan tinggal di tanah, TERKUBUR di dalam KUBUR.

      Yang batin ‘Ya ai'ya TUHAN nafsul mudma'inah’ berada di BARZAKH alam yang terdinding di antara 2 alam iaitu Alam Dunia dan Alam Akhirat terdiri dari Sijjin dan Illiyin.

      >Al Fajr: 27-30.
      >Al Mukminun: 99-100.

      Moga kekeliruan dari semua imam-imam fekah dan syariah terdahulu yang bercanggah pendapat beroleh pencerahan sebenar dari landasan Al Quran Kalam Allah.

      Roh akan dimasukkan semula ke DIRI BATIN dan bukan jasad diri zahir.


      بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

      يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

      Ya jiwa yang tenang, kembalilah kepada Penguasa dengan kepuasan dan keredaan, kekal abadi berasama jemaah di Jannah.

      Entah berapa rmai para ustaz dan ulamak sesat, syirik serta menyesatkan menyebut TUHAN DLM KONTEKS ALLAH...malah ramai yg menyebut TUHAN YG SATU...sedangkan Al Quran mewartakan TUHAN ITU ADALAH ‘ROH SUCI’ atu ‘JIWA YG TENANG’ insan.

      Syahadah membuktitan ‘TIADA TUHAN’ semata-mata Allah SWT. Kenapa pula para ustaz, ulamak, imam dll membawa tuhan di dalam doa ‘YA ALLAH YA TUHANKU’

      Allah mewartakan ‘ALLAH TIADA BILANGAN, ALLAH TIADA SEBARANG BANDINGAN’ dlm alam ghaib mna dtgnya ALLAH YG SATU...sdngkan dlm konteks Allah...AHAD bermaksud ESA.

      Ya! para ustaz sesat lagi menyesatkan!!! Knapakah kalian terlalu rakus menyatakan Malaikat bersayap sedangkan Allah mewartakan Malaikat dijadikan dri Annur dan tidak berjisim...knapakah JALUR-JALUR CAHAYA yg diperlihatkan ditafsirkan sebagai sayap?

      Kenapa teramat khufurnya para uztaz berbicara pasal BIDADARI SYURGA? Sedangkan HUR 'AIN itu bermaksud DILIHAT BERSERI BERSINAR-SINAR...BERCAHAYA BERGEMERLAPAN.

      Alangkah mungkarnya para ulamak mentafsirkan KEMANISAN, KENIKMATAN, KELAZATAN, KEENAKAN di Jannah sebagai ARAK, MADU, SUSU dsb.

      Delete
  14. Tak patut ..
    Bebaskan KasimAhmad.

    ReplyDelete
  15. Yang tangkap Kassim pun macam puak curi lembu.
    Belomoih macam .Pakai lah bagi segak sikit.
    Macam Taliban Malaysai.
    Jangan tangkap Kasim saja.Tangkap lah juga ulamak-ulamak merapu yang terdapat seliuruh Malaysia.Ramai ulamak dan ystaz yang merapu cakap dalam masjid dan sebagainya.Jawi kena masuk Jawi lagi sekali.





















    ReplyDelete
  16. Pray for Dr.Kassim

    ReplyDelete
  17. Sekurang-kurangnya JAKIM atau JAWI mengadakan perbincangan/wacana intelek dg Dr Kasim. Memang kena mereka digelar pengecut, bacul lagi bodoh. Piiiiiiiiiirrrrrrrahhhhh Islam BULLSHIT!! Saya sudah hilang hormat kepada puak-puak ini.

    ReplyDelete
  18. BEBAS KAN KASSIM... ALLAAAA KASSSIIIIMMMMM

    ReplyDelete
  19. Saya menyokong Kerajaan Barisan Nasional, eloklah Kassim di pangil atau di tahan sementara untuk di siasat.

    Kassim Tidak Bersalah.. apa yang di khuatirkan...

    Pegawai JAWI ahli PAS Tegar itu sepatutnya DiBuang Kerja, DiTamatkan Perkhidmatannya serta merta kerana GAGAL menagkap Hadi Awang...

    ReplyDelete
  20. JAKIM & JJAWI...

    Bila lagi nak tangkap Nik Aziz keran Kata Nabi Muhammad (Allah & Para Malaikat Berselawat keatasnya dan sekelian Para Nabi) sama aje dgn Mamat dlm Kampong..

    Allah Mencarot.. dsbnya???

    Kenapa Double Standard???

    ReplyDelete
  21. Sangat jijik,tahun ni tahun malaysia malu nampaknya.

    ReplyDelete
  22. Sebenar dlm kes Kassim tiada bezanya dgn kes Ayah Pin, akhirnya tiada hukuman dijatuhkan ! sbb kedua2 mrk penyokong kuat Umporno, Kassim kn kamcing Tun M, ape JAKIM/JAWI beranikah bertindak lebih drp itu, Jamil Khir pasti patut dgn arahan PM, Di Negara Tercinta Ini setiap kesalahan yg melibatkan mrk yg pro kpd parti memerintah pasti tiada kesudahan,,,,,, dan kalau kita lihat muka Kassim/ZAM/Ayah Pin pn seakan2 sama tiada bezanya jadi bolehlah kita simpulkan mrk dari 'Mazhab' yg sama.......

    ReplyDelete
  23. JAWI ,jAKIM dan lain Jabatan Agama Islam dalam pentadbiran Negeri.
    Ustaz-ustaz ulamak yang memurtadkan dan mengkafirkan sesam orang Islam dalam masjid dan surau bila lagi nak tangkap.

    ReplyDelete
  24. ...bagaimana pula dgn ustaq2 yg faseh berbahasa Arab dan ada yg lulusan Al Azhar tapi kerana kepentingan politik tertentu boleh saja berceramah sesuka hati seolah2 ada lesen besar untuk mengkafirkan sesama Islam serta mengeluarkan berbagai 'fatwa merapu' ....tapi tiada siapa berani berdepan dgn mereka ini...takut atau tak makan cekak kerana belajar 'buah' yg sama...sama2 cari makan...

    ReplyDelete
  25. ......it is a well known facts even before the leadership of 2Ms on who Musa Hitam is, who used to describe himself as 'political animal' and 'anak Pak Hitam Api'.....a synonym that could be camouflage with the political scenario at that time....that generations saw the rise of Musa with ambitious pedigree to step in as PM once Mahathir term (1 term only?) is over....but somehow it never happened and Mahathir legacy keep on raising and flowing with so many enviously paralyzed dogmatic political paranoids are half way or even die standing before harping to challenge him for that Umno 'crown' as president.....the closest is Tunku Razaleigh and he too is now faded into the exonerating political coliseum as what happened to others....the lone standing is Mahathir till now...but one thing that stood up but never speak up is Musa....the Memali case is one of the most colourful but dreadful challenge to him and that cause him the real political price to be paid.....as a self-proclaimed political animal himself, he should know where to stand and where to stop but at least he must respect what the leadership wants....as No.2 in the government he might assume but did not proclaim to be better than the No.1....that's a sinful ill-respect to the leader who had given him the chance and respect to replace him one day....but arrogance and ambitious caused him to be what he is now....he should not open those can of worms or many more would spluttered around his face and make it difficult to wash even by tons of Pantene shampoo.....Mahathir had done what he needed to be and the country is proud what he had done...unfortunately, as admitted by himself, he regretted that he failed to change the Malays mind sets to be more progressive...and so for Musa, a political animal as acclaimed to be, what's your greatest regret for the Malays that you failed to achieve since in the government....? is it by digging the old story of that Memali case is the good cause of the Malays that you personally got involved with....? is that meant that you are still harbouring to be the PM again after seeing the many failures of what Najib had done now....? I think you need to answer many other things rather that just by raising the issue of Memali during your time as TPM.....are you a failure....? I think you are......I hope you read what being written here and answer what being posted to you rather than being a turtle of hiding the head when sensing the danger but showing off the head when all is in good hand....what an opportunist is that as u used to be......cheers...

    Tun Mai Ulat Gonggok

    ReplyDelete
  26. xyahla kite pikirkan sgt pasal orang lain... ape yang penting... diri kite sendiri.. sembahyang 5 waktu sehari semalam. minta ampun pada orang tua kite..pada sahabat2.. kaum keluarge. anggapla kite akan mati esok hari... jadi kite xsempat nak mengambil tahu hal sape2 pun... cume yang kite tahu... macam mana keadaan kite didalam kubur nanti. saya nasihat..supaya kita xterlampau berkata2..menuduh sesape .. sebab kite xtau sape yang betul sape yg salah.! kite xbole menilai seseorang dr segi pakaian yang kusut masai..dari segi penulisan seseorang...dr segi ideologi seseorang .. hati mereka kita xtau kan? ! jom ramai2 kite tambahkan pahala dengan membaca kisah nabi2... drpade kite bace kesah yg belum tentu kesohihannyer.

    ReplyDelete
  27. Saya tidak faham kenapa Tan Sri Zam dalam masa yang sama menyatakan impian dan mimpi Kassim Ahmad dan cita2nya yang kelam dan tenggelam akan tetapi memberi ruang kepada Kassim Ahmad berbicara mengenai ideologinya yang menyesatkan. Sebenarnya JAKIM dan badan2 Islam sudah tidak mempedulikan Kassim dan fikrah sesatnya itu. Tiada sesiapa yang mengganggu Kassim Ahmad semenjak sekian lama. Akan tetapi yang patut dan wajib dipersalahkan ialah Institut Pemikiran Tun M kerana memberi ruang dan pentas untuk dia berucap yang mewajibkan dia didakwa. Tan Sri sendiri menyatakan bahawa mimpi dan impian Kassim itu tidak akan menjadi kenyataan dan tidak relevan lagi. Akan tetapi Tan Sri sendiri yang memberikan pentas untuk dia melafazkan kalimah2nya yang sesat. Lalu dia didakwa. Jadi tidak perlu Tan Sri menuding jari kepada Jakim dan lain2 kerana mereka sudah tidak ganggu Kassim. Akan IPTM yang mencetuskan segalanya dan bekerjasama untuk menyebarkan ideologi kufur Kassim.

    ReplyDelete