Saturday, 1 March 2014

KHALID IBRAHIM TIDAK AKAN MENYERAH KEPADA ANWAR IBRAHIM.

KIT SIANG PUN BOLEH TERTIPU

KOMEN: Lim Kit Siang sendiri telah diyakinkan oleh Anwar Ibrahim bahawa dia akan dapat menyelesaikan krisis dalam PKR Selangor dengan menjadi MB Selangor tetapi krisis memuncak hebat sebelumpun dia jadi MB. Khalid menampar muka Anwar dengan mencabar Azmin yang dikasihi Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan menamatkan krisis air dengan Kerajaan Persekutuan dalam ketawa besar.

Kalau bahlol-bahlol lain tertipu dengan Anwar OKlah, ini Kit Siang pemimpin besar orang Cina. Maka untuk menutup kelemahannya dia membuat pengakuan terbuka "PR akan kalah" sebagai rayuan supaya orang Cina menyokong Anwar atau kenyataan itu untuk membuka mata orang Cina supaya jangan  memberi kemenangan kepada calon parti yang sedang berkecoh - TAN MELAKA

APA TUJUAN KHALID CABAR AZMIN ALI YANG MAHU MERAMPAS JAWATANNYA?

Apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengistiharkan akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dari Azmin Ali yang mahu merampas jawatan MB darinya maka logik akal memberitahu kita bahawa beliau tidak mungkin akan menyerahkannya pula jawatan itu dengan bagitu mudah kepada Anwar Ibrahim.

Azmi telah menyandang jawatan itu selama dua penggal dan diketahui meganggu gugat Khalid Ibrahim sekian lama.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang disayangi dan dihormati oleh rakyat negeri Selangor dan mempunyai integriti yang tersendiri tentunya tidak akan menyerahkan jawatan MB kepada "Orang Luar" yang moralnya masih menjadi persoalan besar dan masih belum diselesaikan di mahkamah.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang lantang  memperjuangkan kerajaan yang bersih tentunya tidak senang dengan kerakusan orang PKR yang  membawa orang luar untuk mempengaruhi MB Khalid Ibrahim supaya menaikan lagi bayaran pampasan yang dinilainya sebesar RM 9.65 billion bagi penyelesaian krisis air dengan Kerajaan Persektuan yang membolehkan penerusan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Kenyataan Kit Siang  bahawa PR mungkin akan kalah di Pilihan Raya Kecil Kajang bukan kerana calon Bebas, MCA atau UMNO tetapi kerana perpecahan dalam PR sendiri adalah suatu kenyataan yang ikhlas yang menggambarkan keraguan DAP sendiri dan masyarakat Cina dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Kajang.

Tekanan yang akan dihadapi oleh DAP di bawah MB Ibrahim yang hebat putar belitnya tentuya lebih sukar dari MB Khalid Ibrahim yang lurus.

Anwar Ibrahim yang berada dipuncak keyakinan diri sendiri yang sangat tinggi sedang menggali kuburnya sendiri. Beliau boleh menang Pilihan Raya Kecil Kajang tetapi tidak mungkin akan menang dengan Khalid Ibrahim. Beliau tidak akan ke penjara sebagai MB Selangor.

13 comments:

  1. Anwar Ibrahim tidak akan ke penjara sebagai MB Selangor tetapi sebagai ADUN Selangor.

    Ada orang kata Datuk Harus Idris( Allahyarham) pun ke penjara kenapa dia tidak boleh. Pengaruh Harun hanya setakat dlm negeri tetapi Anwar Ibrahim berpengaruh antara bangsa terutama di kalangan LGBT maka dia tidak mungkin akan ke penjara kalau dah jadi MB.

    Tetapi kemungkinan ke penjara sebagai wakil Parlimen Permatang Pauh dan juga ADUN Selangor besar kemungkinan kerana saya sendiri pun yakin Khalid tidak akan biarkan dia jadi MB.

    ReplyDelete
  2. Mat merapu Permatang Pauh1 March 2014 at 07:34

    Anwar ingat Khalid Ibrahim banghal macam pengikutnya yang lain tetapi dia salah perhetongan. Dia memang mampus dlm perjuangan dengan perbuatan sendiri dari zaman pelajar hingga tergelincir seinci sebelum jadi PM.

    Kata orang tua tua memang sial kalau main pungkok. Mat Sabu lebih faham kecuali Nik Aziz yang pernah kata main pungok isteri boleh. Maka itu Mar sebab kena tangkap khalwat dan tak kena tangkap main belakang.

    ReplyDelete
  3. Tengoklah krisis air di Selangor. Rakyat Selangor akhirnya yang menjadi mangsa. Air adalah keperluan hidup dan bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan. Apa gunanya ada 3 bilion cash tapi rakyat Selangor terpaksa tadah air di luar rumah melalui lori-lori tangki. Mujurlah Khalid sedar dari khayalan dan segera memperbetulkan kesilapan lampau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana tindakan praktikal ini, saya hormat Tan Sri Khalid.

      Apa Anwar Ibrahim buat untuk cari cara membetulkan pekara ini yang menyusahan rakyat negeri Selangor?

      Syabas! Tan Sri Khalid.

      Delete
  4. Khalid heart still with UMNO and he is an opportunist , same with Anwar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. This must be anti Khalid elemen., If Khalid an oportunist he would not have left UMNO . Anwar was kick out.

      Delete
    2. Khalid is now an UMNO trojan horse. He has to repay UMNO through the latter's intervention in getting Bank Islam to give a huge haircut to his outstanding loans to the Bank.

      Delete
    3. FYI
      UMNO meluat ngan ANUwar and certainly not khalid the stupid hippo.

      Delete
  5. Kajang anwar bergulung Kajang,
    Kajang khalid menggulung jawatan,
    Dagang anwar bergundah bimbang,
    Dagang khalid dah pandai melawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajang anwar bergulung Kajang,
      Kajang khalid menggulung jawatan,
      Dagang anwar bergundah bimbang,
      Dagang khalid dah pandai melawan

      Kajang Khalid menggulung jawatan,
      Kerusi MB mesti dipertahankan,
      Dagang Khalid pandai melawan,
      Muslihat Kajang dalam perhatian.

      Kerusi MB mesti dipertahankan,
      Kajang Anwar gah diuar-uar,
      Muslihat Kajang dalam perhatian,
      Pukul Azmin sindir Anwar.

      Kajang Anwar gah diuar-uar,
      Lee Chin Cheh dikorban tanpa kasihan,
      Pukul Azmin sindir Anwar,
      Jawatan Timbalan Presiden jadi taruhan.

      Lee Chin Cheh dikorban tanpa kasihan,
      Pengundi Kajang ditipu diperdaya,
      Jawatan Timbalan Presiden jadi taruhan,
      Platform Kajang Khalid bergaya.

      Pengundi Kajang ditipu diperdaya,
      PRK Kajang beri pengajaran,
      Patform Kajang Khalid bergaya
      Anwar kempunan hati yang baran.

      Sila baca artikel saya mengenai PRK N25 Kajang

      http://hisemudinkasim.blogspot.com/2014/02/pilihanraya-kecil-n25-kajang-mungkinkah.html

      Delete
  6. Dol keropok Johor2 March 2014 at 06:20

    Dalam memberikan sebab untuk mencabar Azmin sebagai Timbaan Presiden PKR,Khalid Ibrahim berkata penyokong penyokongya tidak sahaja mahukan Menteri Besar yang tahu mentadbir tetapi juga yang berkhidmat kepada parti.

    Sudah terang lagi bersuluh Khalid mahu terus jadi MB dan tepat saperti ZAMKATA Khalid tidak akan serah jawatan MBnya kepada Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  7. Satu saja Khalid Ibrahim harus ingat. Semasa Khalid Ibrahim disingkir dari UMNO, kalau boleh dikatakan begitu, Anwar Ibrahimlah dan pastinya dengan persetujuan Azmin Ali, membawanya ke PKR. Kalau tidak entah kemana Khalid Ibrahim berada sekarang. Apa yang perlu dibuat bertolakansur dan berkompromi. Itulah yang lebih baik, lebih afdal dan direstui rakyat Selangor. Secara jujur saya katakan, saya tidak mahu kehilangan Khalid Ibrahim dari PKR, lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Berpecahnya mereka bererti memberi advantage dan ruang kepada BN/UMNO untuk merampas Selangor. Apa, payah sangatkah untuk bersatu demi kesejateraan rakyat Selangor? - Rahim Mustafar, Kalumpang, Selangor.

    ReplyDelete
  8. Hi there I am so happy I found your blog, I really found you by accident, while
    I was searching on Digg for something else, Regardless I am here now and would just like to
    say thanks a lot for a remarkable post and a all round interesting blog (I also love
    the theme/design), I don't have time to read it all at the moment but
    I have saved it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more,
    Please do keep up the superb job.

    Also visit my web page Free Lead System
    ()

    ReplyDelete