Wednesday, 5 March 2014

DIALOG HINDRAFT DENGAN BLOGGERS DI ZAM NEWSROOM CAFE

 Rocky's Bru berhadapan dengan  Waythamoorthy dan di kanannya  ialah Salahuddin.Juga kelihatan Helen Ang dan Nuraina Samad.
Pemimpin Hindraft  Waythamoorthy telah berkunjung ke zam newsroom cafe di Ayer8 Presint 8 Putrajaya bersama dengan beberapa orang bloggers yang terkemuka. Di antaranya ialah Rocky's Bru, Helen Ang, Nuraina Samad, Salahuddin, Din Turtle dan Zulkifly dari WR Live TV JB.

Ahmad Fauzi menyampaikan
karyanya Saloma  kepada Zam
Dalam dialog yang panjang dengan mereka, Waythamoorthy  yang disertai oleh Setiausaha Sulitnya menjelaskan mengapa beliau meletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pokoknya ialah kekecewaan beliau kerana Perdana Menteri Najib masih memberikan keutamaan kepada MIC yang tidak lagi mendapat sokongan  masyarakat India sebaliknya tidak meanggap permohonan dan isu isu yang disuarakan oleh Hindraft sebagai perlu diselesaikan segera.

Zam newsroom cafe berbangga kerana menjadi tumpuan segenap lapisan yang mewakil berbagai sektor penting masyarakat dari pemimpin agama, politik, pegawai tinggi kerajaan, artis, wartawan, orang koporat dan pesara-pesara yang pernah memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara .

Rakan rakan wartawan meraikan hari Jadi Syed
Jamil  yang ke 63 (no dua dari kanan)      
  
Baru-baru ini bekas  bekas wartawan Bernama meraikan hari jadi Penasihat Bernama, Syed Jamil Syed Jaafar.Turut bersama ialah Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Disini juga bekas Ketua Pengarah Finas Datuk Zain Hamzah dengan  disertai oleh Datuk Ahmad Fauzee Samad penyanyi bersuara P.Ramlee dan bekas Pengarang Hiburan Utusan Malaysia  Mustafa A.R telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan  semula anugerah kepada wartawan hiburan.

3 comments:

  1. Jadi, Hindraf nak justify tindakan bosnya? Apa alasannya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tan Sri,
    Semoga dalam keadaan sihat sejahtera.
    Saya ada singgah ke Zam Newsroom Cafe petang tadi dengan harapan dapatlah berjumpa Tan Sri sekiranya Tan Sri berada di sana, tetapi dilihat hanya pekerja cafe sahaja berada di sana.
    Saya cuba untuk mendapatkan alamat emel Tan Sri melalui blog ini tetapi tidak tercatat pada profil Tan Sri. Tujuannya adalah untuk memohon kebenaran bagi menjalankan sesi temubual dengan Tan Sri untuk pengumpulan data tesis PhD saya. Sekiranya tidak keberatan, saya memohon untuk berhubung dengan Tan Sri melalui emel terdahulu.

    Saya boleh dihubungi melalui emel: muhd_hakimi@yahoo.com/ muhd.hakimi80@gmail.com

    Amatlah berbesar hati untuk mendapat respon daripada pihak Tan Sri.

    Sekian.

    Muhammad Hakimi

    ReplyDelete
  3. Saya telah maklumkan no phone saya menerusi gmail pada saudara. Sila lihat.

    ReplyDelete