Saturday, 22 March 2014

ANASIR TAIWAN LEBIH MERBAHAYA DARI PARTI KOMUNIS MALAYA.

NAJIB JANGAN BIARKAN  SEJARAH  INDAH CATITAN AYAHNYA DIKHIANATI

Saya dengan rasa penuh kebimbangan  ingin menarik perhatian terhadap Bahaya Taiwan khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang bapanya telah mencatit sejarah teragung dalam membangunkan hubungan diplomatik dan persahabatan di antara kerajaan dan rakyat Malaysia dengan pemerintah dan rakyat Republik Rakyat China.

Saya tidak perlu memberikan fakta dan bukti tentang campur tangan anasir-anasir Taiwan dalam politik dan sosial negara ini yang telah berlaku sekian lama. Najib mempunyai kuasa untuk mengetahui sepenuhnya dari pihak keselamatan yang tentunya menyimpan hasil pemantaun dan perisikan mereka.

Bagaimanapun saya merasa bertanggungjawab kepada bangsa dan negara ini apabila campur tangan anasir subersif baru ini telah melampaui peradaban manusia dan sampai kepada peringkat membangkitkan permusuhan antara Malaysia dengan Republik Rakyat China atas tragedi Pesawat MH370.

Anasir-anasir Taiwan yang menjelma dalam RED BEAN ARMY (RBA)secara agresif mengambil kesempatan dari ledakan emosi mangsa tragedi itu untuk menghasut kebencian rakyat China terhadap Malaysia dengan tujuan utamanya ialah untuk mencemarkan hubungan akrab yang telah wujud sekian lama antara kedua negara.

Saya sedar bahawa Republik Rakyat China tidak akan mudah termakan hasutan Taiwan sebagai anjing setia Amerika Syarikat bagi memainkan peranan mengimbangi keseimbangan rantau ini dan bagi mencegah China menjadi kuasa besar.

Dalam hal ini bantahan yang ditimbulkan oleh Jaringan Melayu Malaysia terhadap tindakan tentera RED BEAN ARMY meracuni pemikiran keluarga China mangsa Pesawat MH370 melalui penyebaran berita bohong, rekaan, sentimen, tidak berasas, bias dan sebagainya tidak boleh dipandang ringan.

Kita telahpun melihat dari semasa ke semasa Taiwan telah membiarkan negaranya menjadi pusat kegiatan politik rakyat Malaysia yang bersifat cauvanism untuk menggugat kerajaan Malaysia.

Beberapa hari yang lalu seorang ahli akedemik Taiwan menulis surat pembaca di akhbar The Star yang secara melulu dan penuh sentimen perkauman mengkritik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Juhaidi mengenai orang Cina tidak mengambil berat terhadap kejadian rogol dalam keluarga. (Barang kali Bahagian Komunikasi Jabatan Perdana Menteripun tidak memabca tulisan ini).

Kenapa seorang Taiwanese mahu campur dalam urusan sosial negara ini?. Beliau sepatutnya lebih mengambil berat terhadap taukeh-taukeh Taiwan menjalankan kerja mengexport pelacur dari China ke negara ini.

Allahyarham Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dahulu cukup cemburu terhadap hubungan rakyat Malaysia terutamanya pemberita-pemberita dan akhbar-akhbar Malaysia dengan Taiwan kerana kita tidak mahu menyinggung perasaan rakyat Republik Rakyat China dan kerana kita mengakui hanya satu China.

Kelaparan Malaysia untuk mendapatkan penanaman modal dari negara setelit Amerika itu atau kerana banyak modal mereka yang sudah tertanam di negara ini tidak seharusnya menyebabkan kita memejamkan mata terhadap sikap Taiwan yang diluar peradaban hubungan antarabangsa.

Saya harap Datuk Seri Najib tidak akan membiarkan perbuatan mengkhianati dan mencemarkan catitan sejarah indah bapanya dalam membangunkan hubungan baik antara Malaysia dengan Republik Rakyat China yang dicemburui oleh banyak pihak sekarang ini. Hubungan ini sangat mahal.

Dengan perubahan geopolitik dunia sekarang ini, maka anasir-anasir Kuomitang Taiwan dalam negara ini menjadi lebih berani, lebih agresif dan lebih jahat dan lebih merbahaya dari anasir-anasir PKM.

Mereka ini adalah keturunan Kuomintang  yang pernah mengibarkan bendera Kuomintang di negara ini sebelum merdeka dan keturunan mereka terus menjadi alat kepada cita-cita Kuomintang di Malaysia.

Cantaslah dengan berani sebelum mereka menghacurkan hubungan antara rakyat negara ini dengan rakyat China dan sebelum mereka dapat mencemarkan hubungan Malaysia dengan Republik Rakyat China. Inilah masanya.

13 comments:

  1. Terima kasih Sdr Zam atas ' wake-up call' ini. Saya percaya jika diselidiki, majoriti dpd Red Bean Army dan dalangnya mendapat pendidikan selepas sekolah menengah di Taiwan. Teringat saya semasa menuntut di salah sebuah sekolah swasta di Seremban, rata-rata penuntutnya yg agak 'radikal' berkiblatkan negara itu...

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih saudara Yellorabbit. Kesedaran ini sudah tidak ada di kalangan pemerentah sekarang termasuk pegawai pegawai kita di Wisma Putra.

    ReplyDelete
  3. Mereka telah lama tanam anti kerajaan yang ada.
    Bukan sifat pembangkang dalam sebuah negara demokrasi.
    Najib ini pun satu juga.Tak makan nasihat orang luar dari pejabatnya.
    Dia masih percaya orang kelilingnya sahaja.

    Pimpinan MT dalam UMNO nampak mentah lagi.

    MT cuma hebat dengan sesama UMNO sajalah.

    Najib kena maju dan hebat macam TDM dulu.

    Ini satu kupasan yang berani dari TS Zam.

    ReplyDelete
  4. Takkan PM Najib tak sedar bila Pulau Pinang membina tugu Chang Kai Shek yang tak ada kena-mengena dengan Malaysia.

    Taiwan adalah sekutu kuat US.
    Hanya Malaysia tidak memihak kepada mana-mana. Untuk melemahkan pengaruh China, mereka mahu menjadikan Malaysia sekutu kuat US. Itu pun, takkan PM Najib tak boleh 'baca'.

    ReplyDelete
  5. cerita2 taiwan diastro, kalau takdak adengan tembak menembak, pukui memekui, katok sana, tumbuk sini (gangsterism la, apa lagi), bukan drama dari taiwan. depa punya trademark.

    ReplyDelete
  6. Sajaratulnur KL22 March 2014 at 20:53

    Rakyat Malaysia harus sedar bahawa sebagai sebuah negara komunis, Republik Rakayt Cina tidak mencari pengaruh ke atas orang Cina di luar negaranya diatas isu perkauman. PKM dahulupun berkerjasama dengan Melayu untuk sebuah negara komunis.

    Dasar komunis melampaui perkauman . Walaupun ini tidak mungkin berjaya sepenuhnya tetapi pendekatan mereka dengan masaryakat Cina di luar negara Cina tidak diatas dasar perkauman.
    Maka itu di China terdapat usaha mengambangkan bahasa Melayu di kalangan orang Cina dan di sebuah universti pengajian Melayu pelajar pelajarnya berbahasa Melayu dengan faseh dan nama nama seperti Melor,Mawar dan sebagainya digukanan oleh pelajar perempuannya,

    Ini berbanding dengan Cina Taiwan yang mahu menubuhkan sebuah negara Cina di luar China untuk menyaingi dengan Republik Rakyat Cina. Negara ini membangunkan semangat perkauman Cina untuk menubuhkan negara Cina ketiga bagi menyaingi Republik Rakyat Cinan.j

    China juga tidak sampua tangan dalam urusan negara kita.

    ReplyDelete
  7. Kita tidak faham mengapa kerajaan mengambil masa yang lama untuk bertindak terhadap RBA. I’ve brought up this matter since day one in my blog “SHEN YEE AUN ANAK MUDA YANG MENDEDAHKAN HIPPOKRASI DAP DAN RED BEAN ARMY (SOLDADU SIBER DAP) April 30, 2013.

    Secara pribadi saya rasakan kerajaan tidak mempunyai kepakaran teknikal cyber trooper yang bijak dan licik untuk menghidu,menjejak,mengesan dan meranapkan mereka ini. Nine to Five mentality won’t work in this kind of environment. Government psywar nerve center like Jabatan Penerangan is not functioning, their role is more looking after the PA system dan MC.

    Reality check, the soft power of Taiwan in BN has deeply rooted. Who is Kajang MCA candidate? Chew Mei Fun graduated with a Bachelor Of Arts, National Chengchi University, Taipei, Taiwan and in 2006 she was Awarded Outstanding Malaysian from National Chengchi University. For information The National Chengchi University was established in 1927 in Nanking as the Kuomintang's Central Party Affairs School.

    Further to that MCA also has signed Memorandum of Understanding (MoU) with 6 universities in Taiwan.

    ReplyDelete
  8. Mu 2 cents comment.. Ah Gib Gor favours DAP -Christmas in Penang, DOng Zhong-, Perkasa, Hindraft - J STar , so what you expect Mr Zam?

    ReplyDelete
  9. tahniah di atas kemenangan Kak Wan Azizah di Kajang

    ReplyDelete
  10. 'Kita kelaparan pelaburan luar dlm memajukan negara' terutama pelabur Taiwan, ape kerajaan sanggup tidak menerima pelabur dr Taiwan? atau kerajaan mengalu2kan kedatangan mrk.... selagi kita bergantung kpd mrk maka anasir jahat mrk tak dapat di elakan sapertimane kontrak umporno bergantung dgn 'hardware kaum cina' utk menjalankan projek2 mrk.... beranikah Najib menidakan mrk ?

    ReplyDelete
  11. "Dasar Satu China" pernah diketengahkan oleh Tun Razak dalam dasar luarnya dengan RRC kalau tak silap saya Tujuannya untuk menjaga hubungan baik antara Malaysia dengan RRC dan menguntungkan dari segi hubungan dua hala ekonomi antara negara ini RRC, Saya tak pasti adakah Najib teruskan dasar ini dalam polisi dan prinsip dasar luarnya dgn RRC sekarang. Rasanya Najib kenalah lebih hati-hati dan bijak dalam mengendalikan dasar-dasar luar negara agar tidak jadi `kambing hitam' atau alat kepada mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  12. Our military intelligent officers have been trained by Taiwanese. They are the master in political warfare. No surprise that their energy is now diverted to different channel to feed their own agenda.

    ReplyDelete
  13. Anasir Red Bean Army bukan lah manusia yang beramal setia dengan etika Confucianism, bahkan mereka adalah keldai sukarelawan ataupun keldai bayaran Cina DAP yang bersifat Komunis Mao itu. Dengan mengagungkan terrorist Chin Peng mereka anggap bahawa dia telah berjuangankan nasib orang Cina di Malaysia. Padahalnya mereka sedang beriktikad dengan racial chauvinism yang jauh bertentangan dengan ajaran asal Gautama Buddha dan Confucius. Pendek kata RBA ini dan penyokong mereka terjadi "ahli dunya" yang terpedaya dengan cinta kepada materialisme dan kuasa politik.

    Akan tetapi malangnya agak ramai orang Melayu hari ini pun turut terpedaya oleh duit dan glamor . . . .

    ReplyDelete