Saturday, 1 February 2014

PRK KAJANG: SYABAS MALAYSIAN INSIDER


KOMEN:

Tarikh Pilihanraya Kecil Kajang belum diistiharkan, penamaan calun belum dibuat tetapi Malaysian Insider  melaporkan  Anwar Ibrahim telah dilarang berkempen di sebuah Masjid dan sekumpulan aktivis Islam telah menyampaikan hadiah bunga cenderahati kepada sebuah gereja   di Kajang.

Larangan itu dikatakan dibuat oleh JAIS dan MAIS. Dan diantara sekian banyak gereja di Selangor yang bernasib baik mendapat bunga  hanyalah gereja  di Kajang .

Biasanya kempen pilihanraya bermula setelah tarikhnya diistiharkan tetapi Malaysian Insider telah melancarkan kempen mengelirukan orang ramai dengan  menghalalkan yang haram. 

Sebagai media anarkis demokrasi , Malaysian Insider  bukan  menyalahgunakan kuasa media tetapi mengambil kesempatan dari  sebuah kerajaan yang terkenal di seluruh dunia dengan sifat sifat kemaafannya,tolak ansurnya dan toleransinya.

Syabas Malaysian Insider- Tan Malaka.


POSTING TERDAHULU: JADIKAN PERMULAAN YANG BAIK.........

Kecuali orang Melayu yang racis, tidak rasional atau orang bahagian UMNO yang gila nak jadi calun yang melihat kewajaran Melayu bertanding melawan  Anwar Ibrahim di PRK Kajang tetapi setiap orang yang waras akan dapat melihat kewajaran bagi  MCA untuk meletakan  calunya.

PRK Kajang bukanlah peluang untuk Melayu membalas Tsunami Cina tetapi hendaklah dilihat sebagai  peluang keemasan kepada masyarakat Cina menyekat arus sentimen dan persepsi  orang Melayu bahawa orang Cina tidak boleh dipercayai lagi sebagai rakan perjuangan politik.

Sesungguhnya tidak dapat dinapikan keyakinan ini telah carik carikan oleh Tsunami Cina.

Kemenangan pilihanraya ini kelak juga akan sekaligus menghapuskan anggapan  cinta buta orang  Cina kepada Anwar Ibrahim  dan akan  menjadi suatu permulaan kepada pembinaan semula keyakinan kepada kerjasama politik Cina dan Melayu yang akan memberikan sumbangan besar kepada keharmonian kaum, kemantapan ekonomi dan masa depan politik negara yang lebih stabil.

Kemenangan ini juga  akan membuktikan bahawa orang Cina lebih yakin kepada kepimpinan Melayu BN dari kepimpinan Melayu PR.

Seperti yang telah diyakinkan oleh Perdana Menteri Mentor Singapura Le Kuan Yew bahawa jika parti mana pun menang dan berkuasa,Malaysia tidak akan  lepas dari   kepimpinan Melayu. Kajang akan dapat membuktikan samaada orang Cina  mahu PM Najib dari BN atau  PM Anwar Ibrahim dari PR yang telah membuktikan  sanggup mempermainkan orang Cina untuk kepentingan politiknya.

Sebenarnya bukan hanya Lee Chin Chen  yang dihina dengan menjadikannya sebagai bola permainan politik bila Anwar diletakan bertanding di Kajang tetapi   taraf pemikiran  orang Cina Kajang yang telah dihina kerana PKR meanggap mereka telah membuat kesilapan memileh  Cina bagi mewakili mereka di DUN negeri.



Pada mulanya saya sendiri merasakan tidak perlu bagi BN bertanding di kawasan ini semata mata untuk menjadi permainan  politik Anwar  tetapi reaksi kepada posting saya memberikan beberapa gambaran dari aspek yang positif dan juga kewajarannya.

Antaranya  penyertaan MCAdalam pillihanraya Kajang akan memberi peluang kepada kepimpinan baru MCA   Liow Tiong Lai dan Wee Kia Siong untuk membuktikan bahawa pemilehan mereka adalah menepati hasrat orang Cina yang mahukan kepada kepimpinan baru yang dinamik dan bersih . Disamping itu PRK Kajang  boleh menjadi rallying  point kepada BN tanpa mendatangkan apa apa risiko. Risikonya lebih besar di pihak Anwar Ibrahim dan PR.

Seorang memberikan pendapat pilihanraya ini  akan  memberi  peluang kepada BN untuk mendedahkan keburukan PKR atau "To open up cans of worm as much as they  can.".

Maka itu saya bersetuju BN bertanding tetapi dengan syarat bukan  Melayu yang dicalonkan dan seluruh orang UMNO dan Melayu  termasuk yang gila nak jadi calon di Kajang mestilah  memberikan sokongan sepenohnya kepada calon  dari MCA demi untuk menunjukan bahawa dalam keadaan apapun orang Melayu sanggup membuang yang keroh dan mengambil yang jernih demi untuk hidup bersama dalam keadaan aman dan damai dan saling percaya mempercayai.

Marilah kita jadikan Kajang sebagai suatu permulaan yang baik selepas Tsunami Cina.

42 comments:

  1. Salam brader Zam,

    Anwar asyik ke luar negara jer...mana dia ada masa untuk Kajang atau Selangor..

    Permatang Pauh pun dia jarang turun.. macamana nak jadi wakil rakyat Kajang..

    Bodoh la jika rakyat Kajang sokong Anuar ni..

    ReplyDelete
  2. lagi Bodoh la jika rakyat Kajang especially orang2 cina sokong UMNO/BN, berundur kebelakang orang2 cina kalau tak pilih PR, tak masuk akal ...... PR is winning, with enough support from Sabah & Sarawak PR is all set for PRU14.

    cheers,
    ./bukan penyokong PR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyataan seorang penyokong PR yang bodoh sombong yang sedang gementar kerana takut kekalahan Anwar Ibrahim di Kajang akan membawa kepada malapetaka kepada PR di seluruh negara.

      Tak usahlah ancam orang kerana ketakutan diri. Anwar mencari kecelakaan sendiri di Kajang kerana tak sabar sama seperti tak sabar nak jadi Perdana Mentera tetapi akhirnya jatuh ke dalam kubur yang digali sendiri. Perjudian nya kali ini juga akan menghadapi nasib yang sama. Nasib sialnya ialah bila dah hampir seinci sampai ke matlamat jatuh tergeolek. Inilah nasibnya di Kajang.Memang dia dillahirkan untuk sial di penghujung.

      Delete
    2. ibu bapa anon "mulut sampah" ni BODOH & SOMBONG juga ke? "Di Mana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi" ..... LOL

      cheers,
      ./bukan penyokong PR

      Delete
    3. bila pula anon kat atas tu ancam orang? dia hanya memberi pandangan! dia kata dia bukan penyokong PR! pemikiran tahap longkang lah kamu ni DON selayang ....

      Delete
    4. Kenapa tak pergi Penang sahaja ambil alih KM orang Melaka.

      Delete
  3. Salam dan minta maaf. Saya selaku penyokong kuat parti Perikatan dahulu dan kini kepada UMNO/BN tidak bersetuju pendapat dan pendirian ZAM yang menyatakan bahawa BN seharus ya bertanding di PRK Kajang. Walaupun saya tidak bersetuju dan berlainan pendapat, saya ingin mencabar ZAM dan juga pemimpin MCA adakah mereka mempunyai keyakinan yang positif dan kukuh bahawa sebarang calun BN sama ada UMNO mahupun MCA akan mencapai kemenangan di PRK Kajang? Saya tidak yakin bahawa sokongan Cina terhadap MCA/BN atau UMNO/BN akan kembali seperti sediakala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga condong percaya BN akan kalah, tetapi kalau tak bertanding sudah pasti kalah. Jika bertanding,kita akan dapat melihat sikap orang Cina saamada berubah atau tidak.

      Delete
    2. Salam Dato, Kalaulah kepercayaan kita lebih condong kepada kekalahan BN, adakah ini bermakna, pertandingan ini bukan lagi bertujuan mengukur kekuatan Anwar, tapi sebaliknya untuk mungukur sejauh mana kelemahan Pak Najib?

      Delete
    3. Walaupun saya tak setuju BN letak calon di Kajang, saya hormati pandangan TS.

      Delete
  4. Assalam TS Zam,
    Cina - ekonomi ; kalau dilihat senario sekarang, susah sikit la nak menang sebab terlalu banyak point yang boleh digunapakai oleh PR walaupun terdapat justifikasi terhadap point-point tersebut. Sampai sekarang kita belum nampak usaha yang bersungguh-sungguh pemimpin setempat dalam menangani isu-isu ini. Sebenarnya PR merasakan kini adalah masa terbaik untuk muncul sebagai juara rakyat terutamanya dalam isu berkaitan ekonomi walaupun mereka sendiri tidak pernah keluar dengan apa-apa cadangan selain dari kondem semata-mata. Terutamanya MCA dah buat apa dalam hal ni?

    ReplyDelete
  5. Saya setuju. Suasana ekonomi ;tekanan barang mahal,kemerosotan keyakinan rakyat pada Najib dan lain lain tidak menjanjikan kemenangan kepada BN tetapi pilihanraya ini boleh menjadi ukuran sejauh mana pemulihan kepercayaan orang Cina kepada MCA baru. Maka itu BN dengan MCA sebagai calun perlu bertanding dan kekalahan tidaklah mengejutkan tetapi akan mengesahkan keyakinan UMNO dan Melayu bahawa MCA bukan lagi kawan yang boleh diharapkan untuk masa depan politik negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju juga pendapat TS ini, tapi saya masih berpendirian BN tidak terikut bekas banduan yang terbukti pernah menyalah-guna kuasa sebagai TPM. (Secara tidak sah, mengarah polis menangkap Ummi Hafilda Ali, iaitu adik Azmin Ali, dan memaksanya tarik balik surat yang ditujukan kepada Dr.M dan meminta maaf. Oleh kerana Dr.M tidak percaya, surat itu sampai ketangan Mat Sabu dan Karpal Singh)

      Sekarang bekas banduan yang dihalau oleh kerajaan Jepun dari masuk kenegara mereka ini, telah menyalah-gunakan process democracy pula untuk menyelesaikan perebutan jawatan MB Selangor yang Party mereka kuasai, demi kepentingan dirinya.
      Orang putih kata: Old habit, die hard.

      Jika BN letak calon juga, bermakna Najib merestui penyalahan-guna kuasa democracy ini. Dengan adanya pertandingan, akan ada kempen yang akan merenggangkan lagi perhubungan kaum.

      Delete
  6. Kepada Anonymous - PM Najib pun asyik keluar negara - adakah itu bermakna beliau tidak layak menjadi wakil rakyat ?

    Kalaulah Anwar wakil rakyat yang tidak baik, tentu sudah lama penduduk Permatang Pauh menolaknya. Hakikatnya ialah walaupun semasa Anwar dipenjarakan, Permatang Pauh tetap setia dengan beliau dengan mengundi isterinya Dr Wan Azizah.

    Penduduk Kajang mempunyai berpuluh sebab untuk mengundi DSAI.

    1 - Menguatkan kedudukan kerajaan PR di Selangor yang telah terbukti mampu menjaga negeri dan rakyat Selangor.

    2 - Memberikan isyarat kepada kerajaan BN bahawa rakyat biasa telah muak dengan naiknya kos sara kehidupan yang melampau, pembaziran kerajaan BN yang keterlaluan, ketidakmampuan kerajaan BN untuk mengatasi rasuah dan kronisme dan sebagainya.

    3 - Mempunyai seorang wakil rakyat yang terbukti mampu menjaga hal ehwal masyarakat. Buktinya kemampuan DSAI dalam terus mendapat mandat dari penduduk Permatang Pauh.

    Kepada penduduk Kajang - hantarkan isyarat jelas kepada BN bahawa politik perkaumannya, politik mensejahterakan kroni sahaja, politik anak-bini, politik tidak memperdulikan rakyat adalah tertolak dan tidak sesuai lagi untuk Malaysia.

    Insha allah, kejayaan berpihak kepada rakyat, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spot on bro ...

      cheers,
      ./bukan penyokong PR

      Delete
    2. aisay brader..agak2 kalau PR memerintah pon tak jadi yang sama ke? "politik perkaumannya, politik mensejahterakan kroni sahaja, politik anak-bini, politik tidak memperdulikan rakyat"... asal usul sama ja.

      Delete
    3. pm najib ke luar negara sbb urusan rasmi.. Al-jub kerap keluar negara tak tau apa urusan nya...huhuhu! Byk pulak duit nya dan sponsor dia terbang sana dan sini...

      Lawan tetap lawan!

      Delete
    4. Salam brader zam.. Nmpak nya makin hot topic Anwar kajang ni..

      Kalau al-jub kerap keluar negara atas urusan rasmi, takut dia kelecong pi tempat lain pulak ....hahaha!!

      Delete
  7. Assalam,
    Agak-agaknya, kalau BN kalah, adakah tajuk utama media nanti: Apa lagi orang Cina mahu?
    Saya timbulkan perkara ini kerana tujuan PRK ini dari sudut pandangan UBN seolah-olahnya hendak menguji pengundi Cina.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Kenapa cakap orang Cina jer.... Aku orang India pun cukup meluat tengok perangai abang Jib, bini dan macai2 menteri Bodoh nya... lagi teruk dari zaman Pak Lah...

    Aku tetap sokong barisan anti Barang Naik....
    Kawan 2 melayu aku pun cukup benci dgn pemimpin sekarang..... orang kampung x tau la..... orang bandar memang benci... buat la GST dan tengok nanti apa pengundi buat nanti....

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri.

    Saya sedang baca buku terbaru Tan Sri iaitu Dibelakang Api dan Dibelakang Duri. Mengenai sejarah utusan melayu. Tahniah Tan Sri dapat menyediakan santapan minda kepada masyarakat mengenai perjuangan utusan melayu.

    Tapi yang saya musykil ialah episod cerita Natrah. Dalam buku tersebut ada menyebut bahawa ibu angkat Natrah adalah perempuan melayu Singapura. Tetapi sebenarnya ibu angkat Natrah iaitu Che Aminah merupakan perempuan melayu Terengganu.

    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih kerana membaca buku saya. Fakta itu adalah berdasarkan kepada apa yang tersiar diakhbar akhbar Inggeris dan Melayu di tahun kejadian itu. Tan Sri Mazlan Nordin (Allahyarham) sebagai sumber juga tidak pernah memberitahu saya bahawa ibu angkat itu orang Terengganu sebaliknya kerana dia telah lama tinggal di Singapura tentulah lebih dikenali sebagai orang Singapore dan buku sayapun bukan bertujuan untuk menceritakan tentang sejarah Natrah tetapi peranan Utusan yang mendahului lain lain akhbar dalam laporan mengenainya. Terima Kasih.

      Delete
    2. Ooo.ok. Terima kasih atas maklum balas Tan Sri. Saya juga pernah membaca beberapa buku Tan Sri sebelum ini seperti Mahathir Di Sebalik Tabir, Surat daripada Dr. Mahathir, Wira Tak Didendang dll sejak di universiti lagi.

      Semoga Tan Sri terus dapat menghasilkan buku-buku yang hebat pada masa hadapan. Blog ini boleh menjadi jambatan antara pembaca buku tulisan Tan Sri dengan Tan Sri sendiri.

      Terima kasih.

      Delete
  10. Politik perkauman (Cina juga kena resign), politik mensejaherakan kroni (azmin, rafizi dan ramai lagoi yang meraih keuntungan), politik anak-bini (Presiden, anak jadi anggota tinngi dalam parti dan cadangan anak2 yang lain dijadikan wakil rakyat), politik tak memperdulikan rakyat (jarang2 sekali ke Permatang Pauh) adalah amalan parti yang kita disuruh pilih. Pemimpinnya pembohong, penzina dan peliwat.

    Nak suruh kita semua diliwat lagi? Sesiapa yang suka selalu diliwat, undilah calon PKR ni.

    Insya Allah, negara kita akan terus diliwat, serupa juga semasa pemimpin ini menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu.

    ReplyDelete
  11. Isu liwat adalah isu basi. Mahkamah pun sudah membuat keputusan yang menyebelahi Anwar. Jadi kita harus akur dengan keputusan ini, takut-takut "contempt of court" pulak.

    Pilihanraya ini adalah tempat terbaik untuk kerajaan BN yang diterajui Najib menonjolkan kelebihannya. Boleh menggunakan kesempatan ini untuk rakyat menilal apa yang berlaku di Selangor di bawan pemerintahan PR.

    Dalam masa yang sama, ini juga pentas terbaik untuk Pakatan Rakyat menojolkan beberapa masalah semasa yang dihadaip rakyat jelata - isu kenaikan harga, isu penarikan subsidi, isu kerakusan kerajaan dalam membelanja harta rakyat, isu korupsi, isu keselamatan negara.

    Kedua-dua pihak perlu menerangkan isu-isu ini dan rakyat akan membuat keputusan yang objektif. Perlu di ingat, yang membuat keputusannya ialah pengundi-pengundi Kajang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22:03.
      Memang betul. Kes liwat sudah dua kali di buang kes kerana masalah pecanggahan tarikh, masa dan pengendalian sampel mani dari jubur pengadu tidak tertib dan betul. Walaupun dilepaskan, hakim ada menyebut, pelakuan sex ada berlaku. Dr.M pun ada menulis mengenai orgy dalam memoirnya, Doctors In The House.

      Tapi kita harus ingat, Al-Juburi (gelaran yang mula diperkenal oleh Mat Sabu) disabitkan 9 tahun penjara atas salah-guna kuasa semasa jadi TPM. (Mengarah Polis menangkap Ummi Hafilda Ali, adik kepada Azmin Ali, dan memaksa beliau menarik balik surat yang menuduh beliau seorang peliwat dan berzina dengan kakak iparnya. Surat itu ditujukan kepada PM. Dr.M mati-mayian tidak percaya. Sebab itu surat itu sampai ketangan Karpal Singh dan Mat Sabu. Malah Karpal Singh pernah menuduh Anwar seorang di Parliament, 1997. (Kalau tak percaya, boleh cari di Hansard Parliament)

      Sekarang Al-Juburi menyalah-guna pula process democracy untuk kepentingan peribadi dan untuk menyelesaikan perebutan jawatan MB Selangor di kalangan pemimpin politik dalam party anak-beranaknya.

      Untuk pengetahuan saudara, saya pun sudah meluat dengan kepimpinan UMNO, terutama selepas PAU. Kalau PAS keluar Pakatan, saya akan sokong mereka.

      Delete
  12. Ini saya baru baru baca dlm msiakini:
    Umno to remind voters on Anwar's 'sex issues'
    BN will highlight details on Anwar Ibrahim’s alleged pending sexual issues to expose voters to “the truth” as to who the opposition leader really is, in the lead up to the Kajang by-election.
    Orang yg bercakap ni (mengikut msiakini) ia lah Umno information chief Ahmad Maslan.
    Adoi. Tak cerdik2 lagi ke? Benda ni doesn't sell lah. Klu ni lah cara Umno/BN nak berkempen, baik beri percuma je pada anuwar. Compom KALAH BESAR.
    I don't know whether to laugh or to cry baca apa Ahmad Maslan ni cakap.

    Tok Teh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 00:09 aka Tok Teh.

      Gelaran Tok Teh, nampak macam sudah berumur dan dewasa pada 1998, ketika Al-Juburi dipecat dari UMNO dan jawatan TPM. (Maafkan saya. Jangan salahkan saya sebut Pemimpin pujaan Saudara dengan gelaran ini. Saya hanya ikut Mat Sabu yang pertama sekali mengelar sedemikian semasa Anwar, 1997).

      Memang benar pun, apa yang Ahmad Mazlan kata. Selama ini Rakyat, terutama yang masih kanak-kanak pada 1998, di kaburi fikiran sebagai konspirasi pemimpin UMNO (terutamanya Dr.M) untuk menjatuhkan credibility beliau sebagai ahli politik. Malah ramai yang tidak tahu bahawa hukuman penjara yang belia jalani adalah kerana menyalah-guna kuasa sebagai TPM, dengan mengarah polis menangkap Ummi Hafida Ali (Adik Azmin Ali). Ummi telah menulis surat kepada Dr.M dan menuduh Anwar seorang Peliwat dan ada hubungan sex dengan kakak iparnya, Shamsidar, isteri Azmin. Dr.M mati-matian tidak percaya. Sebab itu surat itu sampai ketangan Karpal Singh dan Mat Sabu. Malah Karpal Singh pernah menuduh Anwar seorang di Parliament, 1997. (Kalau tak percaya, boleh cari di Hansard Parliament). Di sebabkan Anwar membawa imej warak, Mat Sabu mengelar beliau Al-Juburi, kalau tak silap, juga di Parliament.

      Kalau Saudara, tidak tahu samada untuk ketawa atau menangis dengan kisah sex luar tabiie Ahli Politik pujaan Saudara, berdoa sajalah supaya Najib tidak letak calon di PRK Kajang. Sama seperti PRK Sg.Limau, saya tak setuju BN bertanding di PRK Kajang. Saya tidak mahu seorang yang pernah terbukti pernah salah-guna kuasa sebagai TPM, menyalah-guna pula process democracy untuk kepentingan politiknya demi WANG dan harta guna nama Rakyat. Demi WANG, saya tak terkejut, seorang yang sanggup mengadai Agama dan Bangsa ini mempunyai pengikut yang ramai seperti Saudara. Malah saya pernah jumpa penyokong beliau yang 'mewah dan bergaya' ketika beliau bersama UMNO dahulu. Ada kawan-kawan saya yang sanggup berhenti kerja untuk masuk PKR, selepas beliau dibebaskan Pak Lah. Jika bukan kerana WANG, kerana apa lagi? Untuk Agama, Bangsa dan Negara?

      Delete
  13. Syabas Malaysia Insider. Awak pandai menghalalkan yang haram dan mengharamkan tindakan yang halal. Inilah kesempatan yang baik untuk cari rezeki.Baiknya awak telah mendedahkan kelemahan BN yang masih belum buat keputusan dan bruknya awak mendedahkan ketakutan PR yang terpasa berkempen awal awal lagi kerana takut kalah.

    ReplyDelete
  14. Cammana ni Zam!? Dulu cakap BN patut tak bertanding sekarang dah buat U Turn ?
    Agaknya sebab Boss Dr M cakap lain!
    Itu lah kalau nak jadi Zombie lain kali tunggu lah Boss Cakap Dulu baru bagi support!

    ReplyDelete
  15. Saya harap tak ada lagi taktik bodoh jual gula murah seperti PRK di Kedah dulu. Menang atau kalah biar kerana merit bukan kerana imbuhan.

    ReplyDelete
  16. Kesian orang Melayu dibawah penguasa UMNO. Tidak pernah pandang ke depan. Apa yang tinggal lagi untuk anak2 bangsa. Dianaktirikan oleh bangsawan dan juga bangsa asing. Dah lama kita tidak mendengar kejayaan bangsa Melayu yang boleh dibanggakan kepada bangsa lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Melayu seperti ini hingga tidak dapat melihat keberhaselan UMNO kerana ditutupi oleh kefanatikan kepada Anwar Ibrahim. Apakah UKM, Tabung Haji,Petronas, ASB, UITM dan sebagainya bukan yang ditinggalkan oleh UMNO. Orang Cina takut sekarang dan marah ialah kerana orang Melayu menguasai institusi institusi kewangan. Manusia macam inilah Anwar main belakang pun dia tak rasa.Kalau dah bodoh tak usahlah bodohkan orang lain.

      Delete
    2. Si Anion PR itu sudah di main kan dari belakang sampai tak tahu penipuan yang dibuta besar2an oleh geng Azmin dan Khalid

      Delete
    3. Puak-puak ni tak kenal sapa sebenarnya pak sheikh tapi respect melangit kat dia. Kesian ramai yg hanyut. Yg tahu pula tak berani buka mulut!,

      Delete
    4. Kesian pada Melayu perlu melangkaui politik BN & PR. Cuma sekarang bawah UMNO. Cerita UKM, Tabung Haji adalah warisan yang perlu diperkasa. Anak2 bangsa sedang dianaktiri karier mereka, direndahkah bakat mereka oleh orang asing. Melayu walau berijazah sedang dihimpit kemiskinan. Sedang sang pengampu bangsawan sibuk mengira harta. Kesian Melayu.

      Delete
  17. Bn jgn dok buat cara lama yg dah basi masa prk kajang nanti. Tabur gula gula dan buat projek bidan terjun nak ambil hati pengundi. Minta 100k dapat 1 juta. Satu sen pun jgn belanja. Buat apa nak kena kencing lagi dan lagi. Bagi tau kat depa - undi dulu. Kalau menang baru deliver. Bn pegang pada janji dan tak cakap kosong.

    ReplyDelete
  18. Kalau ada seorang yg berani lawan Naga, dia adalah Anwar dari dulu hingga sekarang. Mahathir dah rosakkan ekonomi Malaysia dengan Negara berhutang RM650 Billion, penipuannya mengenai IMF ditelan Melayu habis2 kerana emosi. Apa yg Mahathir selamatkan pada tahun 1997 ialah kawan2 dia, Malaysia dan rakyatnya akan mengalami kegagalan di bawah UMNO kalau UMNO tidak berundur. Mahathir tidak memberi pelajaran kpd rakyat tapi menyemai api ekstrimism yg akan makan diri tidak lama lagi. Sekarang kita dah lihat macam mana harga barang2 sedang naik dan ini hanya lah permulaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir rosakkan ekonomi Malaysia? Selepas kemelesetan ekonomi dunia lewat tahun 80-an, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan pada era 90-an sehingga kegawatan ekonomi tahun 1997. Dengan catatan pertumbuhan purata 9-10 peratus setahun, Malaysia digelar 'the tiger of Asia' oleh pakar ekonomi dunia. Ini berpunca daripada usaha siapa? idola awak Anwar Ibrahim? ila baca buku Barry Wain untuk laporan terperinci pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia pada waktu tersebut.
      Mahathir selamatkan kawan-kawan tahun 1997? Mahathir hanya 'bail out' syarikat -syarikat dan conglomerate besar termasuk bukan Bumiputra kerana amhu menyelamatkan puluhan ribu pekerja dalam payroll mereka. Kalau tidak, depa ni akan kehilangan kerja. Apabila syarikat-syarikat tersebut bankrap, sah-sahlah ramai yang akan hilang mata pencarian. Macam mana mereka nak sara keluarga dan bayar bil dan hutang? Apabila orang kehilangan kerja, mereka akan gagal untuk servis their commitments and loans. Loan-defaulted akan tinggi meggunung, Bank-bank kemudiannya akan kehilangan liqudity kerana ramai tidak bayar loan mereka. Bank tidak boleh pusing modal untuk bagi new loans. Bila bank-bank no longer make money, small branches yang tidak buat duit akan ditutup dan cawagan yang sedia ada kan di-merge. Lagilah orang akan kehilangan kerja dan kadar pengangguran akan meningkat. Basic consumption pada masa yang sama akan menjunam kerana rakyat berjimat dan tidak lagi berbelanja seperti biasa. Peniaga-peniaga tidak lagi dapat membuat keuntungan dan bisnes akan gulung tikar. Kesudahannya ekonomi negara akan meleset dan jatuh merudum.
      Kalau langkah Mahathir tersebut salah, kenapa Amerika ikut jejak langkah Malaysia 10 tahun kemudiannya dengan bail out syarikat-syarikat gergasi seperti GM dan AIG yang dianggap mereka 'too big to fail?'
      Saya nasihatkan saudara supaya banyakkan membaca. Jangan hanya mendengar sahaja. Entah betul atau tak. Luaskan pembacaan kepada sumber-sumber lain selain internet. Jangan hanya mendengar cakap-cakap kosong di kedai kopi lepas tu datang dekat sini berhujah macam pakar ekonomi.

      Delete
    2. Anon 02:01.
      Kalau guna nama Anonymous, tiada siapa yang nak percaya cerita karut kamu.

      Anwar Ibrahim sanggup jual Negara kepada IMF pada 1997.

      Kawan-kawan Dr.M semuanya rakyat Malaysia, tetapi kebanyakan kawan-kawan Anwar Ibrahim adalah rakyat Asing. Ada ramai rakan karib beliau orang Yahudi yang berasal dari Amerika. Pasal itu beliau di biayai oleh NGO Asing dan Geoge Soros, pedagang mata-wang asing yang menyebabkan krisis ekonomi 1997-98.

      Yang menyemai api ekstrimism ialah Lim Kit Siang dan anaknya.
      Lim Kit Siang lah yang menyebabkan Mei 13, 1969.

      "Kalau ada seorang yg berani lawan Naga, dia adalah Anwar dari dulu hingga sekarang."

      Anwar adala bapa segala 'Naga' yang harus diperangi. Beri dia kuasa TPM, dia salah-guna kuasa dengan mengarah Polis menangkap Adik Azmin Ali yang tulis surat mengata Malaysia mempunyai TPM yang suka meliwat dan berzina. Sekarang salah-guna process democracy pula di Kajang.

      Ketiga-tiga party dalam Pakatan mengamalkan Nepotiisma. Yang paling teruk ialah PKR dan DAP.

      Kalau Nepotism dan Cronyism pun kamu sokong, janganlah malukan diri sendiri, menulis cerita bodoh.
      Harga barang naik. Ramai peniaga dan pemborong adalah orang Cina. Ramai dari mereka menyokong DAP. Kalau hang jadi peniaga pun, hang akan naikkan harga barang. Rakyat akan marah BN bila harga barang naik. Bila dah naik, nak turun balik susah la.

      Delete
    3. Mahathir berjaya kuatkan melayu, tapi Anwar Satay al-jub yg jatuhkan melayu dan Islam di Malaysia !

      Mahathir berjaya kuatkan Melayu, Umno, BN dan Malaysia. Tak kira apa cara dia. Yg penting dia berjaya!

      Dulu tak ada siapa yg berani kutuk2 melayu. Mahathir berjaya buat semua hidup selesa. Ada toleransi antara bangsa dan agama. Rakyat melayu rasa terjamin.

      Sekarang kalimah Allah pun di permainkan oleh bangsa lain, dgn sokongan melayu PAS dan PKR!

      Memang salah byk jika brader Anon 02:01 cakap Mahathir tak bagus.

      Hakikat nya, Anwar Satay ni lah yg sudah rosakkan segala nya demi untuk nak balas dendam dan capai matlamat peribadi nya. Org melayu PAS dan PKR sokong.





      Delete
  19. Jgn terlalu yakin saudara Anwar akan menjadi MB Selangor yg extra ordinary.Ingat insiden2 di Kelantan N Trengganu?The Sultan has the trump card.Given the cicumstances the Sultan has been sidelined by PR Govt it is every one guess who is his choice.Remember after the last GE His Highness Sultan requested 3 names to be submitted to the Palace.Saudara Rafizi perhaps has overlooked this matter when he iniatiated the "Kajang Move".

    ReplyDelete