Friday, 21 February 2014

MIMPI TERAKHIR KASSIM AHMAD


TERKINI: Dr. Kassim Ahmad menyatakan kesediaannya menemui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM) untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau yang didakwa boleh menyesatkan akidah umat Isalam.(MM 23 Febuari 2014)

PANGGIL JUGA "KASTA PADERI"

KOMEN: JAKIM JUGA WAJIB PANGGIL" KASTA PADERI" SEPERTI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DAN HAJI HADI  AWANG UNTUK MEMINTA PENJELASAN  BERHUNUNG DENGAN BERBAGAI BAGAI HUKUMAN  YANG TELAH DIJATUHKAN OLEH MEREKA KE ATAS UMAT ISLAM DI NEGARA INI YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA MEREKA DENGAN MENYALAHTAFSIRKAN HADIS DAN ALQURAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK- NIK MOHD KB.

Kassim Ahmad bersama Tun Doktor Mahathir di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Yayasan Kepimpinan Perdana
Seminar Pemikiran Kassim Ahmad : Suatu Penilaian yang dirasmikan Oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana baru baru ini  telah memberikan kesempatan kepada Kassim menyampaikan mimpi terakhirnya iaitu sebuah dunia Islam bersifat republikan dan demokratik berasaskan kepada Islam sebenar.

Saya tidak mahu membentangkan apakah Islam sebenar yang dimaksudkan oleh Kassim tetapi sekadarkan menyatakan bahawa ia adalah berasaskan pentafsiran logik akal  yang menolak sesetengah hadis dan pegangannya  bersandarkan kepada Quran semata.

Bagaimanapun pemikiran Kassim lebih berperadaban dari pemikiran pemimpin-pemimpin politik agama yang berpengaruh yang mensifatkan orang Islam diluar dari kumpulan mereka  sebagai kafir dan mendakwa mendapat keizinan Tuhan untuk memaki hamun sesama manusia kerana Tuhan juga mencarut.

Saya pernah mendedahkan video di kaca TV RTM Nik Aziz mengatakan Mahathir barua, Mat Sabu kata Mahathir gila dan Bunyamin menuduh Mahathir tengok gambar lucah bersama cucunya.

Tetapi kepada pemimpin-pemimpin agama yang melihat orang beruniform agama sebagai golongan mereka tentulah melihat Kassim yang sudah tidak lagi mempunyai pengaruh politik lebih merbahaya dari mereka yang pernah menyesatkan umat Islam tetapi dibiarkan terus bermaharajalela tanpa membuat teguran dan tindakan.

Saya tidak melihat  Kassim sebagai masih lagi merbahaya kerana sebagai  seorang ahli politik yang telah bengkrap ideologinya tidak lagi berpengaruh dan ideologi barunya yang semata mata bersandarkan Quran untuk sebuah dunia Islam sebenar tidak akan  menjadi realiti.

Dunia semakin jauh dari Islam dalam bentuk apapun setelah kegagalan ideologi sosialis dan  komunis yang memudahkan  kejayaan globalisasi Barat  menjatuhkan umat Islam khususnya di Malaysia dari Islam yang sebenar menerusi soft culture atau pun  menerusi kuasa tentera seperti yang berlaku di Iraq dan Libya.

Keruntuhan nasionalisme yang berasaskan agama di Malaysia bermula apabila Dr.Mahathir Mohammad membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Dalam UMNO kerana orang orang UMNO yang mementingkan kedudukan lebih menyokong Islam  Madani yang di bawa oleh Anwar Ibrahim yang lebih mementingkan kulit dari substance telah mencairkan Penerapan Islam yang dipelupori  oleh Mahahtir  dan hal ini juga berlaku dalam PAS apabila perjuangan untujk menegakan hukum Syariah Islam telah dilunturkan  oleh penerapan anasir anasir Anwar Ibrahim yang tersingkir dari UMNO. Identiti Pas semakin hancur.

Untuk mengelirukan umat Islam bahawa parti mereka telah murtad maka orang orang Pas akan mengambil kesempatan atas sesuatu isu yang sudah pun lapuk bagi menggilap kembali imej mereka dan malangnya penguasa penguasa  Islam yang ortodox juga mudah terpengaruh kerana kurang daya intelektualisme dan kefahaman politik.

Keghairahan Mahathir membawa masuk Anwar ke dalam UMNO adalah untuk menghancurkan PAS dan keghairahan Pas beketuakan Anwar adalah untuk mengakhiri pemerintahan UMNO dan BN.

 Dalam ancaman yang dihadapi oleh negara hari ini sepatutnya PAS yang lebih nyaring menyuarakan tentangan terhadap LGBT, libneralisme Barat dan sebagainya tetapi sebaliknya  Mahathir yang menjadi suara berani Malaysia dalam hal ini.

Maka itu pemimpin pemimpin PAS mencari isu yang boleh menampakan bahwa mereka lebih Islam dari Mahathir sekalipun sebenarnya mereka telah memurtadkan imej PAS.

Seminar  Pemikiran Kassim Ahmad yang dirasmikan oleh Tun Dr.Mahahtir telah memberi peluang keemasan kepada PAS untuk menutup kemurtadan PAS  sebagai parti  Islam yang dogmatik.

 Didalam seminar ini saya telah mengingatkan Kassim tentang interview saya denganya dalam tahun 1975 ketika beliau aktif sebagai Pengerusi Kebangsaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Ketika itu  VietCong ( Parti Komunis Vietman) sedang mara kearah kemenangan  di Indo China.

Saya bertanya kepadanya  bilakah Malaysia akan menjadi negara Sosilais. " Lima tahu lagi" jawabnya dengan penuh yakin.Tetapi Amerika  berundur dari Vitenam dengan penuh perhetongan . Indonesia telah selamat dari jatuh  ke tangan Komunis Cina dengan kerjasama Malaysia dan sekarang  Vietnam menjadi negara bebas mengamalkan kapitalisme dan menjadi diantara negara  komunis yang paling korup.Jauh dari mimpi Kassim tentang dunia  sosialis yang  bersih dan adil saksama

Maka itu   sebagai seorang wartawan yang realis, saya mempersoalkan  negara Islam sebenar seperti yang dimimpikannya. Saya pesimist ia akan menjadi realiti dalam dunia yang semakin jauh dibawa oleh arus globalisasi Barat.

Pas sendiri sedang bersekongkong dengan ejen ejen Barat malah menjadi juara untuk membela mereka apabila dirasakan perlu.

Maka itu biarlah Kassim hanyut dalam mimpinya. Beliau pun sudah tua dan tidak mempunyai pertubuhan dan wang untuk berjuang. Apakah kepada feudalis dan dogmatis agama untuk bercerita tentang  mimpi agama yang tidak realistik pun salah?

Dan JAKIM dan JAWI  juga tidaklah seharusnya turut bermimpi sehingga melihat Kassim Ahmad lebih besar dari yang sebenar dan  tidak nampak dihadapan mata bahaya  yang datang dari  orang orang  berkupiah putih dan berserban besar yang terus menyeleweng dan memurtadkan umat Islam secara besar besaran.





62 comments:

  1. Rupanya ZAM melunakkan tentangan terhadap pemikiran KA dgn menhentam membabi buta PAS terutamanya. Macam ni kah tulisan tokoh wartawan negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS maki Mahathir dan orang UMNO, itu tak membabi-buta namanya? Oh ya, Nik Aziz kan maksum. Dia tokoh Islam terulung dunia. Tapi, dunia PAS aje lah.

      Delete
    2. habis macamana mami? nak ikut perangai dan percakapan dan penulisan tua nyanyuk tak senonoh nik aziz? atau maharaja lawak ust. McD. ini kah tokoh islam yg disembah oleh mami?

      Delete
    3. Mami Jarum, kalau tengok pada potrait tu, saya rasa masih muda. Mungkin Mami tak tahu yang Ust. Haji Hadi pernah kafirkan saudara seagama dari UMNO pada 1982, kalau saya tak silap. Masa tu, PAS dan DAP adalah musuh ketat. Kedua-dua party itu terlalu extreme dan racist. PAS mahu tegak negara Islam dan DAP paling keras menentang. Yang jelas DAP adalah 'kafir-harbi' ketika itu. Memang benar, UMNO juga menentang hasrat PAS untuk menegakkan negara Islam, tetapi alasan tidak sama dengan DAP. UMNO menentang atas alasan 'keadilan'. Sila cari dan baca jawapan Dr.M kepada PAS, kenapa hudud tidak harus di laksanakan.

      UMNO yang moderate bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain, yang juga moderate dalam BN. Semua dalam BN adalah jelas serderhana pendirian mereka. Kerana berkawan dengan 'kafir zimi', UMNO dikafirkan oleh orang PAS.

      Sekarang telah terbalik. PAS boleh pula 'berkawan' dengan DAP yang menyebabkan Mei 13, 1969. Mami tak hairan ke?

      Delete
    4. Semua pejuang Al-Quran seperti Tun M (maybe Kasim Ahmad juga) adalah berada dijalan yg benar seperti yg dikahendakki Al-Quran. Al-Quran adalah terlalu hebat cubalah baca http://kajian-quran.blogspot.com/
      Org2 yahudi dan nasrani tdk dpt merubah Al-Quran (sbb ianya dijaga Allah SWT) maka mereka mengada2kan kitab lain seperti hadith agar umat Islam tdk yakin dgn Al-Quran dan meninggalkannya. Lihatlah lebih 80% para ulama begitu yakin bahwa hadith menjelaskan Al-Quran, dan Ini adalah satu kejayaan besar yahudi dan nasrani.

      Delete
  2. Jika benar bagai dituduhkan org org kpdnya, menolak hadis, aduhai kasihannya dia dihujung usia.

    ReplyDelete
  3. Walau apapun pandangan Kassim Ahmad, baik atau buruk, perbincangan secara ilmiah sangat perlu diteruskan. Jika ada yang baik, kita ikut. Yang tak elok, kita buang. Untuk jadi bangsa yang relevan dan bertamadun, kita patut terima adanya perbezaan pendapat.

    ReplyDelete
  4. Kassim Ahmad salah...... Menfitnah datuk melihat video lucah dgn cucunya tk salah? I think tht is da message from Zam
    - zero -

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bab boleh keluar agama islam..bila mengucap separuh sahaja..bahalol oii.bab tudoh mahathit tu fitnah biasa.Ini fitnah awak dan umat islam lain akan di bakar dalam neraka selama nya bila trekeluar agama islam bila tak mahu mengucap yg nabi muhammad tu rasul.Kasim ini juga beranggap solat adalah amalan nenek moyang.kpercayaan di mcm kristias yag juga percaya allah,.Awak ni tak ada pelajaran agama.tak takut jadi murtad mcm kasim..tahu tak.Awak cakap puak agam,a agama ni slekeh..cuba tenmgok rupa zam awak tu..handsome sangat kahTengok betul2...megadap manusia jahil agama ini memang susah.

      Delete
  5. saya rasa KA ada byk kebenarannya. selami lah hujah beliau dan fahami lah keadaan yg melanda org islam sekarang.

    ali

    ReplyDelete
  6. Menurut Sinar Harian hariini Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) bagitu ghairah mengumpul bahan bukti berhubung dengan penganjur Seminar Pemikiran Kassim Ahmad tetapi Jawi tidak pula bagitu ghairah untuk menyiasat orang orang Pas yang menyokong kalimah Allah diugunakan oleh orang bukan Islam. Hipokrasi besar orang agama kerana mereka lihat orang Pas menyerupai uniform mereka.

    ReplyDelete
  7. INILAH KASTA PADERI
    "
    Nik Aziz bekas MB Kelantan kata" manusia punah akibat berfikir lebih dari Tuhan. Hak Allah tak boleh kita bodohkan bodohkan bagitu,kena tanya orang yang pandai kerana Allah tak boleh kita tengok,suaranya juga tidak boleh kita dengar". Betul tu Tok Guru tetapi bagaimana Tok Guru boleh dakwa Tuhan mencarut. Tok Guru buat tafsiran ikut akal dan bukan ikut wahyu tetapi serban dan title Mursyidul telah mempukaukan orang Islam yang bodoh,jumud dan kuno serta kolot pemikiran mereka orang orang yang tidak ada pelajaran. Sebenarnya Tok Gurulah seorang dari" Kasta Paderi" yang dimaksudkan oleh Kassim Ahmad.

    ReplyDelete
  8. Syed Osman.Sg Petani22 February 2014 at 09:23

    Akibat dari ajaran Tok Gurulah atau Mursyidul Pas atau "Kasta Paderi" inilah maka kejadian maksiat , penagih dadah,jenayah dan penyelewengan agama serta kemiskinan paling banyak berlaku di Kelantan.

    Jangan tangkap Kassim tetapi tangkaplah Paderi Islam ini yang telah menyesatkan orang Kelantan sekian lama dan masih dibiarkan terus mengajar agama dengan bebas.

    ReplyDelete
  9. Sekian bnyk ayat ayat yg memerintahkan kita mengikuti Nabi saw, mk bgmn nak mengikuti Nabi jika tidak menerima hadis. Menolak hadis bererti menolak Al Quran juga.
    Kecerdikan dan keilmuan yg tinggi adalah sebenarnya ujian Tuhan, apakah kita syukur tawadhuk atau ego angkuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan, jika ada sekian banyak sila berikan contoh ayat Al Quran yg menyebutnya dgn jelas. Jika tuan amati betul2 tiada ayat Quarn yg menyebut nama Muhammad dgn jelas tetapi hanya disebut didalam kurungan -iaitu menambah akan kandungan Quran tersebut.
      Sama2 lah kita renungkan.
      Terima kasih.

      Delete
    2. Jgn merendahkn Al quran dgn menyamakannya dgn hadis. Al quran diturunkn oleh Allah dan dijamin keasliannya sendiri oleh Allah, tp tidak hadis. Knp hadis hanya dikumpulkn lebih kurang 200 tahun selepas kewafatan nabi? Knp sahabat sendiri tidak membukukn 'sunnah' rasullullah sedangkn mereka begitu rapat dgn baginda semasa hayatnya? Ini kerana baginda sendiri tidak membenarknnya krn tidak mahu org Islam beriman kpd kitab lain selain drp Al quran. Dr situ kita sudah boleh meragui kesahihan hadis. Ingin saya tny, terjejas kah Islam seseorang jika xberiman dgn hadis? Ada termasukkah dlm rukun Islam atau rukun iman yg mewajibkn org Islam spy beriman dgn hadis??

      Delete
    3. Hebat Cik Kuntum.
      Saya kagum dengan pendapat Saudara/Saudari.

      Izinkan saya copy-paste tulisan Saudara/saudari dan simpan dimana-mana, supaya saya senang lontarkan soalan ini kepada sesiapa yang tuduh bukan-bukan terhadap Dr. Kassim Ahmad atau Tun Dr.M, di ruangan komen blog-blog lain.

      Terima Kasih.

      Delete
  10. pemikiran ka & doktor m dua2 dah tekeluaq ring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam ni punya jawapan, jgn la letak nama kampong lad. betul betul malu kan org kampung.

      Delete
    2. Saudara Kampung Lad.

      Mungkin juga ajaran Islam yang ditanam saudagar Arab, ke dalam benak tok-nenek kita yang satu ketika dahulu beragama Hindu, (zaman Parameswara) juga sudah "terkeluaq ring", iaitu 400~600 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW. Harus di ingat semasa mula dibawa ke Nusantara, tamadun Islam di tanah Arab, sedang mengalami zaman awal kejatuhan dan kemunduran kerana terlalu taksud kepada Imam-iman yang mereka anggap keramat atau 'pewaris Nabi'. Saudagar Arab ini juga ada kepentingan perniagaan ketika itu. Lebih kurang samalah sekarang ini, agama di gunakan oleh 'orang agama' yang ada kepentingan politik.

      Jika 'perniagaan' boleh mendatangkan harta dan kekayaan kepada Saudagar Arab satu masa dahulu, politik juga boleh mendatangkan hasil yang sama, hari ini.

      Delete
    3. ada surah khas muhammad..ada ayat suruh solawat...sesunguhnya allah malaikat selawat ke atas nabu muhammad..ini lagi se orang haprak rak tau ..agama..tak bac quran..cakap sahaja suka quran..fikiran kasim ni boleh membawa murtad dan terkeluar islam dan boleh di bakar di akhirat selamanya sama saperti para penyembah berhala.terlampau jahil mcm ni jadinya.bahlol sgt pun susah .

      Delete
    4. jatuhnya islam bukan pasal ulama agama..kerana ulama sekular yg tak mahu mencipta barangan modern saperti barat..takkan ulama agama nak buat semua...ulama tu kasim ahmad awaklah..dia ini bukan ahli sains juga...ulama jenis apa kasim ahmad murtad ni.Ular dalam semak kah.kasim ni.

      Delete
  11. maaf..pendapat peribadi saya...
    tak kira tua muda sgt taksub ngan pas sbb buat segala kejahatan akan terus masuk syurga kerana ahli/undi/sokong pas.....hanya yg malaeih berfikir percaya giler...maaf sekali lagi...

    ReplyDelete
  12. Saya sokong pendapat Saudara Daud Selangor, Paimuzi KL dan Syed Osman.Sg Petani.

    Saya telah baca teks ucapan Dr.Kassin Ahmad dan saya tak nampak dimana-mana pun yang beliau tidak menghormati atau memperkecilkan peranan Nabi Muhammad SAW. Jika Dr.Kassim menggesa untuk dinilai semula hadith, saya setuju.
    Semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup, tiada pun hadith-hadith ini. Ia hanya di'riwayat'kan 200~400 tahun selepas Nabi wafat. Kalau Nabi masih hidup, adakah Baginda akan benarkan? Besar kemungkinan, ada segelintir dari ‘orang agama’ yang menulis kisah-kisah Nabi ini mengambil kesempatan untuk mencari nama, kedudukan dalam masyarakat dan sebagai peluang mencari rezeki.

    Sama juga pada zaman moden ini, ada orang menggunakan Agama untuk 'cari makan', lebih-lebih lagi dalam berpolitik. (Agama Christian, Buddha, Hindu dan lain-lain pun menghadapi masaalah yang sama).

    Mungkin juga salah seorang ‘Ulama’ zaman silam, adalah ‘musuh Islam’ yang menyamar untuk memecah-belahkan kesatuan Umat Islam. Kerana terlalu taksub kepada Imam-imam tertentu, kita sanggup berbunuhan sesama sendiri dan menjadi lemah dengan sendiri. Mungkin juga Imam yang mengarahkan di bakar semua buku-buku sains, perubatan dan astronomi pada zaman Ibnu Sina adalah seorang yang 'menyamar' untuk melemahkan Islam. Berpecahnya umat Islam di negara Arab, berpunca dari ‘orang agama’ ini. Hadith yang di’reka’ oleh satu puak tidak di percayai oleh puak yang lain, dan sebaliknya.

    Oleh yang demikian, Dr.Kassim Ahmad mempunyai hak dan justifikasi apabila berkata, hadith perlu penialian semula.
    Bayangkan, pada zaman komunis bermarajalela di bukit Kepong yang baru berusia 60 tahun, yang sudah ada rekod dan catitan sejarah pun, Mat Sabu boleh memutar belit fakta mengatakan Mat Indera bukan komunis. Sebaliknya menentang penjajah dan mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

    Inikan pula 'orang Agama' atau Ulama silam, 1000 tahun yang lalu, menulis sejarah perbuatan, kata-kata dan kehidupan Nabi Muhammad SAW, yang hidup 400 tahun sebelum mereka. Peralatan tulis pun susah didapati dan hanya berpandukan cerita dari mulut ke mulut.
    Bagi mengelak ‘orang agama’ di puja sebagai keramat, sebab itulah Baginda melarang gambarnya dilukis atau dijadikan patong.

    Oleh yang demikian, saya berpendapat, pandangan Dr.Kassim Ahmad ada logiknya. Untuk kembalikan kegemilangan dan kesatuan Islam, ada baiknya kita utama Al-Quran. Kita orang Melayu tidak harus terpedaya oleh 'orang agama' yang mengambil kesempatan menggunakan agama untuk 'cari makan' dalam bidang politik.

    Tidak perlulah kita melabelkan sesaorang dengan anti itu-ini, apabila tak sependapat.

    ReplyDelete
  13. Saya menghormati KA lebih dari Ulama yang beruniform kerana keberanian nya. Ulama beruniform cuma tahu terus mengkafirkan mereka yang tidak sealiran dengan mereka temasukah sehinga dalam Doa Khutab Jumaat 'di mohon perlindungan dari Syiah dan Qardiani?' massyallah.! Rokok tidak haram cuma memurdaratkan kesihatan mengapa Fatwa mengharamkannya? Dunia perlukan American Muslim, Chinese Muslim,, European Muslim bukan nya apabila bangsa ini semua peluk Islam percaya dan yakin kepada Allah ST kemudian menjadi 100% Arabian Muslim. Oh Ye saya juga menghormati DR Maza.

    ReplyDelete
  14. Ehsan Kastawi Telun Anson.22 February 2014 at 14:52

    HARUSSANI OH HARUSASANI.

    Mufti Perak Harussani meangap Kassim Ahmad sebagai murtad kerana menolak hadis tetapi beliau tidak pula berani mensifatkan perbuatan menyalah guna ayat Quran dan Hadis oleh pemimpin pemimpin Pas seperti Haji Hadi dan Nik Aziz kerana kepentingan politik dan sekarang penyelewengan mereka terbukti dengan bersubhat dengan tokoh homosexual dan penzina.

    Suatu masa dahulu Harussani anti Tun Mahathir kerana percaya kepada dogmatisma agama Pas tetapi akhirnya beliau sedar bahwa anggapan Mahathir terhadap penyelewengan pemimpin pemimpin menerusi pengalamannya sendiri.
    Harussani juga membuat kesilapan dalam menyebarkan cerita kunonnya ratusan ribu orang Islam di Singapura telah masuk kristian dan ada orang Islam di Perak yang masuk Kristian kerana sebuah gereja menjalankan khutbahnya dalam bahasa Melayu pada hal ditujukan kepada orang India Kristian yang tidak faham bahasa Inggeris.

    Seorang ulama seperti ini yang tidak dapat melihat sesuatu isi dengan rational tidak benar dalam membuat hukuman terhadap Kassaim Ahmad dan tidak berani membuat hukuman terhadap orang orang yang berpakaian sepertinya. Maka itu hati hatilah umat Islam dalam menerima fatwa dari ulama ulama kita yang takut untuk menghukum kasta paderi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Saudara Ehsan.

      Saya maklum pada fatwa yang mengatakan Syiah mu**** atau ses** ke apa, tetapi saya sengaja buat lupa atau tak dengar saja. Saya tidak mahu orang Melayu mengikut jejak orang Arab yang terlalu cepat kafir-mengafir, sentiasa berbalah dan bersengketa hingga berbunuhan sesama sendiri. Pasal itu saya tak setuju tabiat kita mengelar atau mengecap sesaorang sebagai 'Anti' itu-ini.

      Saya anti-perpecahan di antara umat Islam, lebih-lebih lagi sesama Melayu. Saya tak mahu Bangsa di Nusantara menjadi seperti orang Arab yang sanggup berpakat dengan kafir untuk membunuh saudara mereka sendiri. Pada saya, walaupun orang-agama 'menolak' Syiah, saya masih beranggapan mereka saudara seagama, selagi mereka tidak meliwat, berzina sesama mahram, atau memerangi kita tanpa sebab munasabah.

      Dimana umat Islam dalam keadaan tidak bersatu, lemah ekonomi dan kemajuan teknologi, saya tidak mahu mengurangkan lagi jumlah Umat Nabi Muhammad SAW di muka bumi ini dengan 'menolak' lebih separuh dari saudara kita yang berfahaman Syiah. Dimasa yang sama saya tak setuju perbuatan extremist yang membunuh kanak-kanak & orang tua dari kalangan bukan-Islam, atas nama Islam. Dalam keadaan kita tidak 'berdaya', ia akan hanya menambahkan lagi musuh Islam yang sedia ada. Contohnya, perbuatan Taliban mengebom patung Buddha di pergunungan Bamiyan. Secara tidak sengaja, puak Taliban telah mendedahkan Minority Islam yang tinggal dalam negara Majority Buddha, dalam bahaya.

      Delete
  15. Kata Kassim Ahmad keditatoran kasta paderi ( sesetengah ulama Islam )harus disingkirkan. Apakah beliau maksudkan orang seperti Haji Hadi, Nik Aziz dan lain lain ulama dalam Pas?

    ReplyDelete
  16. Ulama berjubah cekap melempar fitnah terhadap kassim ahmad.

    Kassim kata dia tak tolak hadis. Cuma ada hadis yg jelas bercanggah dgn quran... Itu yg dia persoalkan.
    Ulama tak peduli, Kassim perlu dituduh dan difitnah sebagai anti hadis. Lebih mudah untuk ulama berdakwah dan berceramah jika kassim dicop menolak semua hadis.

    Pertikai satu dua hadis sahih shj bermakna anda pertikai semua hadis... Inilah maksud anti hadis dlm kepala hotak ulamak (father).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasim ahmad cakap 60 persen hadis tak betul.Mana dia tahu..adakah dia ni pensayarah hadis mana2 unuversiti islam>Dia cakap solat adat org melayu..adat melayu sebelum mereka solat ialah sembah busut jantan..atau tokong hindu..org arab pula semabah lata uzza..tokong arab zaman silam.kasim ni tahu sejarah kah dia ni..solat ini agama dan ada suruhan dalam quran..kononny baca quran..awak semuani terlampau nipis pelajaran agama.Emak bapa awak yg salah tak beri pelajaran agama lebih sedikit,sehingga awak semua jadi mcm ni.Ikhlas aya katakan,ada pendapat di dalam sini menyebabkan terkeluara dari agama islam.Saya saya taku dengannya.smentara awak rasa bangga..mcm sikafir bangga bila mereka mngutuk agama islam dalam web2 mereka.Awak tak persan..kerana ilmu awak sangat rendah dalam banyak hal,falsafah,sejarah,agama2,tamddun dlln.Kesian sangat kepada awak semua ni..kenapa terok sangat awak semua ini>kasta paderi telah berlalu di barat ketika para paderi kuasai raja dan politik di barat.namun keadaan orang islam tak demikian,kerana mereka ini islam dan tak terkeluar agama,dan bukan semua iulam main politik.Ima syafie tak main politik,tetapi kaism hentamnya juga.Ini tidak adil .Tidak saperti kasim yg mana kastanya itu terkeluar dari agama islam.Awakjini semua sama sperti kasim bukan orang bijak dan intelek awak adalah golongan yg keliru pemikiran sama juga dengan ulama2 politik yg keliru agama dan politik.kekeliruan awak semua lebih dahsyat dari ulama politik yg masih islam,sebaliknya kekeliruan awak akan membawa murtad

      Delete
  17. Kita hari ini sebanarnya bukan berguru dengan ulamak sebenar dengan ilmu-ilmu Islam agama Allah.
    Sebaliknya yang menjadi guru ialah ulamak politik yang beruniform seperti Pas.
    Dulu cakap lain.Sekarang cakap lain.Sedang ajaran AlQuran tidak pernah berganjak.
    Ulamak politik yang mengubah-ubah ikut selara politik mereka.
    Mungkin ini puncanya Kasim Ahmad minta niali para ulamak kini yang suka main dengan hadis-hadis untuk politik mereka.
    Anwar telah berjaya porak perandakan UMNO dan Melayu serta Islam.Begitu juga dengan para pemimpin Pas dan uamak Pas telah sedikit demi sedikit serah dan gadai perjuangan yang suci itu.
    Pas akan jadi macam UMNO juga kerana subahat dengan kebendaan yang kuasa.
    Musuh Islam akan adu domba Pas/UMNO agar cepat runtuh.
    Dalam Pas pun banyak ulamak plastik dan tiruan yang menyuburkan kepalsuan Pas itu sendiri.
    Kasim Ahmad sudah hilang hormat pada ulamak Ialam .
    Silapnya kerana menolak hadis tanpa alasan yang kukuh.ikut lunas dan peraturan agama Islam.
    Tentang ulamak memang sudah celaru ini kini kerana bijak hujah.

    ReplyDelete
  18. When I was a student, his book on hadith in the university's library was heavily defaced. You can't even read it properly as most of the sentences were blackened disproportionately; coupled with insults and swearings to the author. He was the Malaysian version of Salman Rushdie, minus the fatwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasim is weird.He is too fool to be a shcolar.I guees he is not muslim any more.he believe in god,likely to the west,most people believe in god.but not the prophet muhammad pbuh.i guess christians scholars influence him.

      Delete
  19. Nak tolak hadith hak mereka yang tak mahu pakai hadith,tapi yang kita tahu hadith adalah perbuatan Nabi cara hidup bekerluarga, undang2, pemerintahan dan segala cara kehidupan manusia didunia ini, Alquran ditafsir mengikut hadith yang ditafsir oleh ulamak2 yang muktabar, orang2 yang tidak mahu ikut hadith dengan sendirinye menolak Alquran, kalau dah mati nanti kita dipersoalkan mengapa menolak hadith Nabi maka jawaplah sendiri, nak balik kedunia untuk memperbetulkan dan bartaubat sudah tidak boleh lagi, maka rugilah diri selama lamanye, maka saya yang berpegang kepada ajaran Islam berpandukan Alquran dan hadith akan berpegang teguh denganya, walau pun datang beribu kasim ahmad turun dari langit mengatakan Alquran harus ditafsir kembali, saya tetap akan berpegang dengan apa yang para ulama terdahulu sampaikan. Tepuk dada tanya selera. Dunia Allah punya dan Akhirat pun Allah yang punya, ada syurga dan neraka, ada hidup dan mati, ada ulama dunia dan ulama akhirat, ikut la mana yang tuan2 rasa benar, maka kebenaran yang tuan2 nak ikut mesti ada dalil yang membenarkannya, kalau tidak kita akan sesat selama lamanya, alangkah ruginya hidup, yang manakah pilihan kita, pilihan ditangan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21:56.

      Saya rasa saudara/saudari sudah buat fitnah besar terhadap Dr.Kassim Ahmad apabila menulis/berkata:

      ".....walau pun datang beribu kasim ahmad turun dari langit mengatakan Alquran harus ditafsir kembali, saya tetap......"

      Saya sudah baca teks penuh ucapan Dr. Kassim Ahmad tempoh hari. Beliau tidak pernah berkata mahu tafsirkan kembali "Al-Quran". Beliau hanya melontarkan pandangan supaya di 'buat penilaian semula' terhadap Hadith. Yang pasti, Hadith tidak ujud semasa hayat Nabi Muhammad SAW. Ia mula di 'reka' atau diriwayatkan 200~400 tahun selepas Baginda wafat, iaitu lebih-kurang 1000 tahun yang lalu.

      Saya harap Saudara/saudari tersilap tulis. Walaubagaimana pun saya rasa, Saudara/saudari harus minta maaf kepada Dr.Kassim. Dalam ruangan komen TS Zam ini pun sudah memadai. Rasanya la, kerana ramai orang termasuk saya sudah baca apa yang saudara tulis. Nasib baik saya sudah baca teks penuh ucapan beliau. Mereka yang belum baca tak tahu dan akan tertipu oleh tulisan Saudara/saudari.

      Harap Maaf dan Terima Kasih.

      Delete
    2. 'orang2 yang tidak mahu ikut hadith dengan sendirinye menolak Alquran,'

      sapa kata? jgn syiok nak hukum orang!

      semasa pemerintahan Al Khulafa Ar-Rashidun (The Rightly Guided Caliphs) selama 29 tahun, adakah penghakiman dibuat & pentadbiran dijalankan berlandaskan hadis & sunnah selain quran?

      Delete
    3. saya tak salahkan awak komen tentang hadis.Awka ini semua budak2 mentah dalam agama.Saya asalhkan ibu bapa awak yg tak mahu beri pelajaran agama lebih sedkit kpd awak semua.Ada yang jadi hampir murtad pun ada,kerana sikap ibu bapa saperti ini.Tetapi mereka tak sedar,kerana tiada ilmu agama sama sekali.Barangkali tak solat juga.

      Delete
  20. Amat melucukan golongan 'ulama' melompat2 apabila KA melontarkn idea supaya hadis dinilaikn semula dan menyamakan mereka dgn paderi. Knp sebegitu sekali reaksi mereka ini? Adakah krn mereka rasa telah di 'strip naked by KA, and shown who they truly are'? Atau adakah mereka rasa terancam periuk nasi krn susah nk cari mkn dgn berceramah slps ini, memandangkn modal ceramah mereka ni kebanyakannya berasaskn kpd cerita2 'hadis', bkn nya bersumberkn Al quran

    ReplyDelete
  21. PATUTNYA KASSIM AHMAD TAMBAH NAMANYA DENGAN KASSIM ISLAM SUPAYA DAPAT MEMBUTAKAN MATA PENGUATKUASA AGAMA YANG TELAH BUTA TERHADAP KESESATAN DAN KEMURTADAN PEMIMPIN PEMIMPIN PAS KERANA BERPAKAIN SEPERTI LEBAI IMAM DAN UASTAZ.
    LIHATLAH BAGAIMANA MEREKA BIARKAN AL ARQAM HIDUP BERTAHUN BERTAHUN MENYESATKAN UMAT ISLAM DAN MENJADIKAN KETUA ARFAQAM KAYARAYA KERANA TAK BERANI BERTINDAK SEGERA OLEH KERANA AL SAARI BERPAIAN SEPERTI ARAB PADANG PASIR YANG SESOAI DENGAN CITARASA FAHAMAN KASTA PADERI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  22. MAT SABU PAS KATA MENOLAK HADI BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH WALJAMAAH TETAPI BAGAIMANA DENGAN ORANG YANG DULU KATA ANWAR KAKI TUTUH PUNGKOK KEMUDIAN SEKARANG BERKETUAKAN HOMOSEXUAL?

    ReplyDelete
  23. Pak Zam..

    Kebanyakan umat Islam memegang hadith daripada Quran, bukan kerana mereka benar yakin kepada Hadith itu sendiri, sebaliknya mereka sangsi dan takut menjadi sesat jika membaca Al-Quran di dalam bahasa yang mereka fahami.
    Ini kerana kumpulan "paderi" yang dimaksudkan Pak Kassim, (saya tak selesa mengatakan mereka ini Ulama kerana perkataan ulama itu sendiri bermaksud "kumpulan profesional dan intelek dalam bidang masing-masing" tapi tidak mencerminkan apa yang dikatakan) telah mengeluarkan "fatwa" bahawa hukumnya sesat jika menafsirkan Al-Quran menggunakan aqal!

    Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Allah SWT dan ditulis di dalam Al-Quran mempunyai terlalu banyak ayat-ayat yang menyeru supaya hambaNya menggunakan aqal.

    Dan apa yang Pak Kassim lakukan hanyalah menyeru orang ramai untuk menggunakan aqal, yakni menerima hadith yang selaras dan selari dengan Al-Quran dan menyangkal hadith yang bercanggah dengannya.

    Khutbah Jumaat di Masjid Negara pada Jumaat 21 Feb 2014 lalu, mengesahkan bahawa "paderi" ini menegah umat Islam dari menggunakan aqal untuk membaca Al-Quran apabila mereka mengatakan bahawa;

    "Seseorang harus menggunakan hadith, untuk memahami Quran.."

    Hadith wujud sekitar beberapa ratus tahun selepas Nabi Muhamad wafat. Dalam beberapa ratus tahun sebelum kewujudan hadith, umat Islam pada masa itu menjadi bangsa yang paling termaju mengatasi ketamadunan Eropah mundu kesan daripada wabak yang melanda negara tersebut dan dianggap sebagai “the return to the Dark Ages”. Persoalannya, apakah mungkin kemunculan hadith yang mengakibatkan umat Islam mundur pada zaman sekarang?

    Maka benarlah apa yang disebut oleh Allah di dalam surah 25:30
    "Muhammad berkata, seraya mengadu kepada Allah SWT: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku yang aku diutus untuk mengajak mereka kepada ketauhidan menjadikan Al- Quran ini sesuatu yang tidak dihiraukan lagi."

    Wallahualam.


    ReplyDelete
  24. Tuan Hussein Tanah Merah.23 February 2014 at 11:10

    Ulama ulama negara terutama di jabatan jabatan agama tidak sewajarnya digulongkan dalam kasta paderi tetapi mulai sekarang marilah kita secara rasmi memasukan ke dalam " Kasta Paderi" ulama ulama Pas yang menggunkan agama untuk menghukum umat Islam dari segi kekafiran dn kemunafikan dan syrik dengan sewenang-wenang , menjustifikasikan perbuatan zina dengan bersekongkong dengan pengamal zina dan homsexual.
    Sebenarnya menerusi politik "Kasta Kasta Paderi Pas" telah menyelewengkan umat Islam di negara ini dari ajaran Islam sebenar.

    Mereka inilah yang disifatkan oleh Kassim Ahmad sebagai kediktatron kasta paderi yang harus disingkirkan( Baca kertas kerjanya).

    Kasta Paderi Pas menerusi politik kedikatoran agama hukum mengkafirkan sesama Islam dan telah berjaya melahirkan gulongan umat Islam yang mendewa dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum yang boleh memutuskan semua soalan kehidupan mereka.
    Ketua Kasta Paderi yang paling besar di Malaysia ialah Nik Aziz Mursyidul Am Pas dan bekas Menteri Besar Kelantan.

    ReplyDelete
  25. hemtam jgn tak hentam. orang melayu/islam dok kena kelentong DAH LAMA DAH!

    ReplyDelete
  26. saya setuju dengan pandangan seorang rakan yang berpendapat
    " Islam yang sampai ke Tanah Melayu adalah yang "kalah" kesan peperangan di eropah...." jadi, mereka tidak memberi perhatian ke atas ekonomi, sains, it... sebaliknya, lebih kepada pakaian, kuliah, dosa-pahala etc...
    itu sebab kita mengungguli Tilawah Al Qur'an setiap tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi dah cakap,"Janganlah orang Islam hinakan dirinya sendiri"..Sahabat bertanya ."Bagaimanakah orang Islam hinakan dirinya sendiri?".Jawab Nabi."Dia buat perkara g dia tak mampu"-Hadis.Kasim ahmad ini campur urusan hadis dan ilmu2 agama dan cuba memepengaruhi orang dgn ilmunya yg salah jauh itu,sementara belaiiu tak ada asas ilmi ni samaskelai.Dgn itu org pn marah dan hinakan dirinya.Sebab itu bila nak cakap,cakap hal kita ahli dalamnya cukuplah.Bila kita pandai dalam satu llmu,ini tak bermakna kita pandai dalam semua ilmu.Kasim ahmad ini sedang hinakan dirinya,walaupun nabi saw dah pesan,jangan campur dalam perkara yang kita tak mampu,iaitu ilmu Hadis ,Quran dan ilmu agama.Mahathir pun akan terima nasib yang sama kalau buat perangai mcm si Kasim ini.Sekarang pun orang makin marah bila Mahathir sokong Si kasim yg tak ada ilmu Hadis ini,Mengucap sekerat sahaja.mcm mana tak sesat pula.Dari mana dia dapat tahu kebanyakkan Hadis adalah tipu.Apakah dia masuk kuliah hadis di mana2 Ugama dan university Hadis?.Shabash Jakim dan Zamihan.Lepas ini dakwa pula pengikut2 nya.Bagi orang yang sokong Kasim dan marahkan Zamihan ,heja ini Setiausaha KDN..KESELAMATAN DALAM NEGARA..Tak tahu nak heja ka?.

      Delete
  27. Percikan pemikiran Kassim Ahmad tentang Kasta Paderi nampaknya telah menimbulkan suatu kesedaran baru di kalangan umat Islam di negara ini berasaskan kepada reaksi yang timbul dalam blog ini.Yang menyokong Kassim lebih ramai dari yang hentam melulu. Syabas Kassim!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi awak kena kira ajaranya yg menyebabkan ramai umat islam terkelur dari agama islam.imam silam tak main politik mereka bukan kasta paderi.Ulama2 main politik ini punmasih tak terkeluar islam .Ini ajaran kasim membawa kepada murtad dan di bakar selamanya saperti para penyembah berhala.Ibu bapa awaklah yg sebabkannya,kerana tka beri didikan agam yg kuat sedikt dan banyak sedikit dari biasa.Imam syafie tak main politik kenapa kasim ini slahkan imam syfie pula..bukan dia yg mula kutip hadis ..jauh sebelum itu umat islam dah mula salin hadis untuk panduan hidup,sama macam kasim kutip bacaan hikayat hangtuah untuk kajian.Hadis2 inoi lebih benar dari hikayat hang tuah yg kasim percaya penuh itu.saya rasa awak ni banyak yg fasik atau kurang nilai agam,a dalam diri awak semua.Sialp2 ikut kasim ini awak boleh murtad.dengan diri awak dalam bahaya.

      Delete
  28. Masa Karpal Singh tuduh Pak Sheh liwat UMNO pertahan Pak Sheh.
    Bila Mat Sabu kata Pak Sheh AlJuburi UMNO pertahan Pak Sheh.

    Bila UMNO kata Pak Sheh liwat KarpalSing dan Mat Sabu pula pertahan Pak Sheh.

    Memang betul lah Dr Kassim Ahmad kata .Kasta Paderi.

    Ulamak politik banyak permain hadis .
    Putar belit ayat-ayat suci Allah.

    Apa kata buat Seminar lagi sekali biar Mat Sabu,Mahfuz,Dr Kassim Ahmaf,Jamil Khir ,Nik Aziz,Hadi Awang,Dr Abdullah zain,Mufti Harusani ada bersama dan lain-lain tokoh ambil bahagian.

    Setakat buat kenyataab akhbar macam Mat Sabu atau Mahfuz macam tak ada ilmu.

    Tahniah Dr Kassim.

    ReplyDelete
  29. Saya percaya Dr Kassim telah dihukum tanpa berpeluang membela diri. Label yang diletakkan di atasnya adalah berasaskan kepada pandangan golongan yang berasa tercalar. Ulama yang nampaknya melenting. Saya cadangkan supaya diberikan ruang untuk perbahasan. Dr Kassim di satu pihak, ulama di satu pihak yang lain. Barangkali ini masa terbaik untuk kita memperincikan apa yang ditimbulkan, siapa ulama sebenarnya dan apakah peranan mereka. Jika kita memilih untuk menghukum, maka ada banyak persoalan tidak dapat dijawab.

    ReplyDelete
  30. Jika anda bukan Ilmuan Islam jangan bercakap hal-hal agama mengikut versi anda. Jaga akidah dan dalami dgn yg bertauliah bukan dari Dr falsafah. Jakim patutnya tahan semua yg terlibat dalam program menyesatkan ini. Taubat segera, ajal datang tanpa diundang.

    ReplyDelete
  31. Harliza Zakaria.
    Saya pun nak suruh awak bertaubat segeralah, ajal datang tanpa diunda. Awak ni mesti dari kumpulan atau penyokong kasta paderikan? Tu pasal melenting dan panggil org lain sesat. Sendiri sesat tak sedar. Almaklumlah berhala kena ketuk dgn tangan kanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ulama kasta padri,awak kasta paria agama yg tahu apa2 dalam ini agama.Kasta paria ini kalau di india mcm kucing kurap,tak ada siapa nak dengar atau lihat sekali pun sebiji mcm awak.

      Delete
  32. Saya ada menulis mengenai Pak Kassim Ahmad dalam Mingguan Malaysia 23 Fab lalu. Boleh ikuti di blog saya: kayangdailypost.blogspot.com.

    ReplyDelete
  33. Grewat post. I was checking continuously thi blog
    and I am impressed! Extremely useful information specially the last part :
    ) I care for such info a lot. I was lookkng for this certain information
    for a long time. Thank you and best of luck.

    my weblog free download

    ReplyDelete
  34. Betul masa zaman Nabi dan khalifah tiada hadith, kerana mereka adalah hadith yang hidup bergerak, Nabi pun tahu sekiranye zaman beliau ada hadith maka bercampurlah antara Al-Quran dan hadith maka ini akan menyusahkan Nabi untuk menyampaikan yang mana wahyu dan yang mana hadith, kalau begitu sesiapa yang nak ikut AlQuran saja silakan tiada siapa melarang, tapi ingat nak solat dan apa jua ibadat yang hendak dilakukan sila jangan rujuk kepada hadith Nabi, kalau tuan tuan nak sesat silakan, tapi jangan menyesatkan orang lain. Kalau tuan tuan yang menyokong kasim ahmad sebagai guru tuan tuan silakan, tiada siapa yang melarang.. tapi pastikan apa yang tuan tuan pegang itu adalah perkara yang benar dan tidak merosakkan aqidah tuan tuan. sekali kita sesat, susah untuk kembali kepangkal jalan.. soal agama ini bukan perkara bolih dibuat main2.. saya nak tanye masa kegemilangan Islam zaman khalifah Abd.Aziz, apa kah mereka menolak hadith??? apa kah dengan mengejar kemajuan di dunia yang sementara ini,kita sangup menolak ilmu yang telah dikaji ulama yang terdahulu, apa kah kita yang nak menilai semula hadith ini sudah hebat sangan dengan ilmu bahasa Arab, ibadah yang kuat siang dan malam, hafal AlQuran, hebat ilmu mantik, hebat ilmu fiq, hebat ilmu hadith, hebat ilmu tafsir, kalau setakat nak jadi pemikir untuk menilai semula AlQuran dengan ilmu falsafah, ibadah pun compang camping, tak payah lah....buat merosakkan agama itu sendiri, kalau nak sesat pun biar lah kau sesat seorang, jangan menyesatkan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni la dia golongan suka memfitnah & melabel org lain yg xsefikiran dgn mereka dgn pelbagai label, terutama sekali SESAT, Kassim Ahmad TIDAK pernah menyuruh menilai semula al Quran, hanya hadis. Anda sendiri yg tak percayakn Quran dgn mengambil kepercayaan bhw utk memahami Quran kna supplement dgn hadis. Di sini sya sertakn
      “These are God's revelations which we recite to you truthfully. In which Hadith other than God and His revelations do they believe?” 45:6

      Delete
    2. kasta paderi iatu ulama tak jadi kafir..walu pun ada yg pincang..imam2 silam tidak ada kasta ini.kasta ini timbul kerana ada parti agama.itu pun masih ak bahaya.ajaran kasim ini akan jadi murtad dan kafir..lihat mana satu lebih bahaya.kassim ni nabi awak semua kah.

      Delete
    3. without hadith and the prophet this religion will ruined.like your kassim has done.

      Delete
  35. Dear Anon 16.09. It is clear that you wrote the comments above in great emotional turmoil ( mostly rage - can imagine your mouth frothing etc). I guess you are one of the followers of the so called 'Ulamak' PAS OR more likely the so called 'alim ulama'/ Tok Guru PAS..
    Please note that people here agree that some ( mean not all) hadiths needed to be reviewed because the contents were opposite from the Quran.
    Allah SWT repeatedly says we need to use our brain in everything we do. Not follow blindly what other people told you to do. This is called critical thinking. So I do agree on your bits of comment - "If you want to be sesat, do it on your own, dont drag others with you" - Ditto to you Dear Sir.

    Regarding your comment on k"alau setakat nak jadi pemikir untuk menilai semula AlQuran dengan ilmu falsafah, ibadah pun compang camping, tak payah lah."-

    Dear Sir, No one knows what their marks on ibadah in this world..It is not guaranteed even if you wear jubah, serban, janggut etc 24/7 and went to the mosques listening to ceramah agama PAS 24/7..So I humbly reminded you that it is NOT possible to know which is more ALIM/ beribadah than others around them.

    ReplyDelete
  36. Salam utk semua,

    Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.

    Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Lihat dan kajilah sendiri akan kehebatan Al-Quran yang amat digeruni oleh semua musuh-musuh Islam.

    Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!

    ReplyDelete
  37. Pakaian,janggut tidak melambangkan iman dan orang itu baik atau alim.Yg penting kata2, perbuatan dan fikiran.Cuba kita fikir,satu masa kita diberi peluang berkata2, diberi kuasa politik apa kita buat dengannya? Adakah kita gunakan sebaik2nya atau salahguna kuasa? Jika kita pemimpin Islam, wajarkah kita jadi Menteri Penerangan tapi kita tak benarkan Azan berkumandang dan penutupan siaran dgn surah AlQuran di stesen TV RTM???(sedangkan tv3 pun org baca berita inggeris pakai tudung dan siaran tutup dgn alfatihah...mereka juga bukan org PAS).Jadi menteri Islam dari mana2 parti pun, wajarkah menyokong tindakan Kassim Ahmad yg memperlekehkan ajaran agama sebenar (kalau ikut "islam" kassim ahmad, solat tak perlu, bertudung tak perlu,minum arak boleh....Zam sukalah tu).Jadi orang tua yg Allah pernah beri kuasa dan kemewahan, beringatlah selago hidup..,anak muda memerhati. Mungkin anda tidak sedang ketika jadi menteri penerangan, seorang anak muda memerhatikan seorang menteri tua masih duduk terhoyong-hayang dengan gelas berisi red wine di Zeta Bar, Hilton Hotel sambil meraba2 anak gadis cina, sedangkan ibu saudaranya dan rakan2 mereka memerhatikan di belakang. So wajarkah you cakap bab agama kalau you tak mahu cermin diri you siapa? Dan salahkah rakyat tidak memilih seseorang itu untuk jadi menteri lagi atas sebab tertentu yg memalukan UMNO?

    ReplyDelete
  38. Pakaian,janggut tidak melambangkan iman dan orang itu baik atau alim.Yg penting kata2, perbuatan dan fikiran.Cuba kita fikir,satu masa kita diberi peluang berkata2, diberi kuasa politik apa kita buat dengannya? Adakah kita gunakan sebaik2nya atau salahguna kuasa? Jika kita pemimpin Islam, wajarkah kita jadi Menteri Penerangan tapi kita tak benarkan Azan berkumandang dan penutupan siaran dgn surah AlQuran di stesen TV RTM???(sedangkan tv3 pun org baca berita inggeris pakai tudung dan siaran tutup dgn alfatihah...mereka juga bukan org PAS).Jadi menteri Islam dari mana2 parti pun, wajarkah menyokong tindakan Kassim Ahmad yg memperlekehkan ajaran agama sebenar (kalau ikut "islam" kassim ahmad, solat tak perlu, bertudung tak perlu,minum arak boleh....Zam sukalah tu).Jadi orang tua yg Allah pernah beri kuasa dan kemewahan, beringatlah selago hidup..,anak muda memerhati. Mungkin anda tidak sedang ketika jadi menteri penerangan, seorang anak muda memerhatikan seorang menteri tua masih duduk terhoyong-hayang dengan gelas berisi red wine di Zeta Bar, Hilton Hotel sambil meraba2 anak gadis cina, sedangkan ibu saudaranya dan rakan2 mereka memerhatikan di belakang. So wajarkah you cakap bab agama kalau you tak mahu cermin diri you siapa? Dan salahkah rakyat tidak memilih seseorang itu untuk jadi menteri lagi atas sebab tertentu yg memalukan UMNO?

    ReplyDelete