Saturday, 8 February 2014

BUKAN TERESA KOK YANG BERDOSA KERAJAAN YANG BERSALAH



Sdr Zam.look like you nail the coffin perfectly.That is why democracy alone
is not the good flatform to choose the leader.China becoming the new no 1, economic
 power donot choose democracy to achive the success. In our democratic 
system, weak leaders are chosen by the political party or even the general election.
who need change and concern about their country. Perhaps our political system in 
selecting the leader need to be changes. Perhaps we need the primary and general voting 
of selecting.So that only a proven leader can be choosed.No nepotism,cronysm,corruption,
poor track record,no spine leadership,visionary.........
Other wise the same problem will perpetuate itself unendlessly. Zam I rest my case.
 on BUKAN TERESA KOK YANG BERDOSA KERAJAAN YANG BERSALAH

MENTERI TUNJUK KELEMAHAN KERAJAAN.

KOMEN:Syabas Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda yang juga seorang menteri 
kabinet kerana keberanian saudara mengakui kelemahan kerajaan  dengan meminta polis
 dan Jabatan Peguam Negara supaya menyegerakan hasil siasatan terhadap Teresa Kok
 kerana videonya onederful Malaysia CNY yangmenyakitkan hari rakayt Malaysia termasuk
 orang Cina sendiri.Kenyataan ini  menampakan Khairy memahami
 perasaan rakyat ketika Najib berada dalam keadaan clueless.
Dia sedang memikirkan bagaimana hendak mengajar AG membuat kenyataan bagi
 mengelakan tindakan -AMIR KL.

Kes klip Video Tahun Baru Cina Teresa Kok yang menyinggung perasaan umum dan dianggap sebagai seditious telah mengambil masa  siasatan yang bagitu panjang dan tidak dianggap  urgent yang perlu ditamatkan dengan segera sebaliknya dibiarkan menjadi permainan politik yang membahayakan keselamatan negara.

Kelewatan  ini  telah menyebabkan orang yang pada mulanya  dianggap bersalah  dan berada dalam keadaan bertahan sekarang di neutralise dan menyerang balas dengan tindakan  politik populis yang semakin menyulitkan  kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan.

Sementara Akhbar Utusan Malaysia mendedah dan menggambarkan Teresa Kok sebagai bersalah yang mendorongkan berbagai tindakan rakyat ,akhbar The Star membesarkan pembelaan seorang dua terhadapnya disamping pembelaan dari beberapa kerat Melayu  sebagai berita utama muka satu" TAMPARAN" atau "SLAP" kapada NGO-NGO Melayu kerana tindakan melampau mereka.

Siapakah yang bersalah dalam soal ini kalau bukan kerajaan yang tidak mempunyai sense of urgency dan tidak mempunyai political will untuk memadamkan isu ini dari awal dengan kuasa yang ada padanya sebaliknya membiarkannya  berpanjangan dan membuka ruang aksi dan reaksi yang menggugat keselamatan negara dan keharmonian kaum.

Dalam hal ini kita tidak mungkin dapat mengawal perasaan dan emosi rakyat untuk  bertambah panas dan bertindak melampau  apabila melihat kelemahan  kerajaan . Rakyat mahu menunjukan mereka lebih berkuasa  dari kerajaan dan akhirnya mengambil kuasa di tangan sendiri. Salahkah mereka.?

Dari hari ke hari Utusan melaporkan cerita  laporan polis,tunjuk perasaan, poster upah menampar  Teresa Kok dan  potraitnya  disembah dengan darah ayam  dan Star membesarkan reaksi hanya  segelintir orang yang membantah.

Kepada siapakah hendak disalahkan kepada wujudnya ketegangan  yang semakin menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan?

Aksi dan reaksi dalam kes ini hanya  menambah kesedaran rakyat di pihak kerajaan dan juga pembangkang bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang lemah: Kepada pembangkang buatlah apa pun kerajaan Najib  tidak akan berani bertindak dan di pihak penyokong kerajaan pula rasa kekecewaan semakin meluas bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang  lemah..

Seluruh NGO penyokong kerajaan seharusnya bertindak memberhentikan tindakan tindakan membuat laporan polis,berteriak,menjerit dan berdemonstrasi seperti tentera upahan yang lebih mendedahkan kelemahan kerajaan.

Polis  tidak dapat disalahkan dalam hal ini  tetapi pertimbangan politik tentunya telah mencampuri urusan untuk membolehkan  mereka bertindak   pantas untuk  membunuh kes ini dari awal,ketika  api masih dalam sekam.

Kita mempunyai sebuah kerajaan yang berjaya menangguhkan satu demi satu masalah tetapi tidak berjaya menamatkan masalah sehingga liwat pun bukanlah lagi menjadi suatu masalah moral di negara ini sebaliknya suatu penerimaan nilai sosial yang diistiharkan oleh Mahkamah dari masa kemasa.

Rakyat jangan terkejut  dan kecewa jika kerajaan BN tidak dapat bertindak dalam kes Teresa Kok. Tunggulah untuk mendengar rasionalnya dari AG.

16 comments:

  1. Apa juga tindakan dari pihak DAP samaada kenyataan ataupun tunjuk perasaan akan lehih mempopularkan DAP di kalangan orang bukan Melayu dan akan menjatuhkan taraf Najib sebagai seorang yang pengecut.

    NGO NGO Melayu harus berfikir apakah mereka mahu terus dilihat sebagai tentera upahan? Kalau pakai uniform,baju koprat dalam tunjuk perasaan lagi nampak sebagai diupah. Cukuplah.

    ReplyDelete
  2. Zam, Nothing wrong with the chicken blood etc. This is Democracy. Unfortunately in Malaysian democracy what ever DAP, PKR and PAS do even disgusting, no one to question them, Pijak Gambar PM pun boleh, it their rights and so many more. WHile others there have no rights for democracy, if they do anything offending them its WRONG and police must take action, o action means they are victimized. That's Malaysia way of democracies. Zam pun tahu kan dan pernah terkena. kan. Only problem those like Perkasa or Perkida do tackle it in a more matured and professional manner or thru the real Islamic way. .

    ReplyDelete
  3. Zam,

    Bukankah "Ma Lai Sei La"... bermaksud mampos Melayu di dalam bahasa kantonis??

    If this is not sedition... I dont know what is??!!

    Kepada Menteri KDN yang teramat garang sebelum Perhimpunan UMNO hari tu, ke mana Dato Seri sekarang??! Takut ke??

    Kalau macam ni gayanya, kabinet kami sekarang memanglah tak ada kredibiliti langsusng... memalukan bangsala macam ni.

    memang la betul kata Ms Cock... Ma lai SEI leeeee!!

    ReplyDelete
  4. Bunyamin Abdul Kadir Pahang.8 February 2014 at 19:37

    Jika orang Melayu mahu mengekalkan kepimpinan Najib Tun Abdul Razak adalah wajar mengikut nasihat Zam jangan lagi membantah atau berdemonstrasi kerana isu isu Islam dan Melayu yang menyakitkan hati mereka dan lebih baik serahkan pada Najib sahaja.

    Semakin banyak demonstrasi semakin menjatukah maruah Najib.

    ReplyDelete
  5. Lim Kit Siang mendakwa dalam blognya bahawa negara ini mengamalkan undang udang rimba kerana tidak mahu menyiasat NGO yang mahu memberi upah menampar Teresa Kok.

    Bagaima pula dengan kerajaan yang tidak mahu mengambil tindakan terhadap Teresa Kok yang menghina berbagai pihak dengan videonya yang menghasut?.

    Tidakah negara ini dikuasai oleh kerajaan yang takut kepada binatang binatang dari rimba politik perkauman Cina?

    ReplyDelete
  6. PM CLUELESS DAN KABARNYA SEDANG BERCUTI KERANA CUTI TAK BOLEH TANGGUH MACAM TANGGUH MASAALAH.

    ReplyDelete
  7. Saam, Tan Sri,

    Dalam kes Teresa Cock ni rasanya kita kenalah bersabar.Kita kena tunggu Menteri KDN kumpulkan bukti2 gred A dulu baru nak bertindak. Sabarrr....

    ReplyDelete
  8. PM clueless. Patutlah 'Endless Possibility' tiada kedengaran lagi.
    Lembab betul PM kita yang seorang ni. Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan kita sudah ada. Yang belum, 'Bapa Kelembabpan'.

    Tian Chua fitnah Najib, photoshop gambarnya, duduk makan bersama Al-Tantuya dan Razak Baginda, beliau tak saman. Hanya bersumpah tak kenal Al-Tantuya.

    Tian Chua tuduh UMNO berlakon di Lahat Datu, Tarik-balik saman.. Siap berjabat tangan depan Mahkamah lagi. Meluat sungguh melihat tindakan 'tiada telor' pemimpim UMNO sekarang ini.

    ReplyDelete
  9. Saya menyeru orang Melayu supaya jangan terus memalukan Najib dengan tunjuk perasaan,bantahan dan kemarahan yang berbagai kerana beliau tidak bertindak diatas Teresa Kok.

    Semakin banyak bantahan semakin jatuh kemaluannya.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan Najib banyak ikut rentak pembangkang.Mansuh ISA dan kuasa yang ada.
    Sekarang apa jadi.Ada pembangkang ucap terima kasih pada Najib.
    Mereka permain dan buli Najib dan kerajaan BN.
    Rakyat tak payah tunjuk perasaanlah.Buang masa saja.'
    Bagi Najib dan Menterinya selesai sendirilah.
    Apa yang kita kalut-kalut.
    Kita buat kerja kita cari sesuap nasi.
    Duit BRIM pun bukan cukup nak sara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree 100% !!!

      Kerajaan takut nk bekeras dgn pembangkang, sebab takut hilang undi di PRU14..

      UMNO/BN kena la pikir, perah otak, buat la apa yg patut.. Kamu semua kan ketua kami (konon nya la). Kami undi dan sokong kamu masa PRU.

      BN nmpak macam penakut jer..

      Anwar Satay, DAP, PAS yg nampak lebih berani.. Depa buat ikut suka depa jer.. Tak kene tangkap pun.....

      Delete
  11. BN sedang diperintah oleh pakatan rakyat, Najib sebenarnya menerima gaji setiap bulan dr anu war berakhim, turut sama membantu kakitangan kerajaan yg pemalas dan menutuh gaji buta tiap2 bulan sampai mamposss.

    ReplyDelete
  12. Sdr Zam.look like you nail the coffin perfectly.That is why democracy alone is not the good flatform to choose the leader.China becoming the new no 1, economic power do not choose democracy to achive the success.
    In our democratic system, weak leaders are chosen by the political party or even the general election. who need change and concern about their country.
    Perhaps our political system in selecting the leader need to be changes. Perhaps we need the primary and general voting of selecting.So that only a proven leader can be choosed.No nepotism,cronysm,corruption,poor track record,no spine leadership,visionary........Other wise the same problem will perpetuate itself unendlessly. Zam I rest my case.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .....u really nail right to the head of those responsible to take care of this video....and those who are responsible in creating advantage to this video....is our country leadership really comes to the lowest ebbs in taking drastic actions....?.....my Allah swt save the country......

      Tun Mai Ulat Gonggok

      Delete
  13. Tak Tahu lah saya Saudara Zam. Sebelum ni depa banyak tuduh kita memburukkan hubungan antara bangsa dan agama di Malaysia. Tetapi siapa sebenarnya yang mulakan provokasi? pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Bila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal, mulalah depa 'play victim'. Tuduh polis tak buat kerja. Tuduh PM membisu. Tuduh AG tak ambil tindakan.
    Depa ni tak ambil teladan daripada episod yang lepas. Insiden Bak Kuh Teh, insiden-isiden yang membabitkan penggunaan kalimah Allah, insiden di Penang di mana mereka mempersendakan pemimpin dengan menyumbat sayur di mulut 'effigy' yang menyerupai PM. Insiden-insiden ini boleh mencetuskan ketegangan. Dah tau orang akan marah, kenapa mereka melakukannya? Kenapa PM dan pihak berkuasa pula yang nak disalahkan?

    ReplyDelete