Thursday, 16 January 2014

TIADA SIAPA YANG LEBIH LAYAK UNTUK GANTI NAJIB

 ANTARA "SLEEPING BEAUTY" DAN "JASA JASA ROSEMAH"

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan kesedarannya tentang adanya anggapan umum terhadap isterinya  sebagai sleeping beuty  apabila menawarkan dirinya untuk  menggantikan  Wan Azizah sebagai Presiden dan dalam pada itu beliau  meminta janganlah pula meanggapnya seperti Presiden UMNO Datuk Najib yang mengenang dan memuji  Jasa Jasa Rosemah di Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini. 

Joceline Tan menulis  dalam The Sunday Star hari ini (19 Januari) tentang dialog  dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PKR.   


KOMEN: Sesiapapun yang membaca kenyataan adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak dan juga interviu Khairy Jamaluddin dengan Berita Harian dapat merasakan sindirin yang halus dan tajam kepada isteri Najib,Rosemah yang dibela oleh Najib dalam perhimpunan Agung UMNO baru baru ini.
Tidak pernah seorang Perdana Menteri pun membela isteri di Perhimpuan Agung UMNO yang menunjukan betapa besarnya masalah yang dihadapi oleh Najib apatahlagi pembelaan itu dibuat atas pujian dalam perhimpuan itu dan bukan atas teguran umum- YATI


Berbagai tafsiran telah dibuat berhubung dengan posting saya (12 Januari 2014) supaya Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed  diberikan peranan dalam kerajaan pimpinan  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Penasihat DAP Lim Kit Siang memberikan reaksi pantas dengan menuduh saya sebagai menginisiatifkan komplot  dan konspirasi  gulongan reaksionari dan anti demokrasi dalam UMNO dan BN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Kit Siang  sebenarnya mimpikan  kekuatan saya lebih dari yang sebenarnya .Saya tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam UMNO baik diperingkat bawahan atau atasan  dan saya tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana mana pemimpin UMNO.Saya juga tidak rapat dengan Mahathir seperti sangkaan banyak orang malah ketika melancarkan karya saya Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot lama dahulu, Mahathir walaupun meanggap saya sebagai kawan tetapi katanya "Kawan yang menyusahkan."

Bagi saya kekuatan tidak semestinya bergantung kepada pertubuhan atau parti jika kita mempunyai kekuatan sendiri.Umpamanya apabila saya  mengkritik bekas Presiden Indonesia Habibi yang mengujungi Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum Malaysia   tanpa menghormati tatasusila negara ini,telah menimbulkan reaksi yang cukup hangat di Indonesia.

Lebih 1 juta menonton saya menerusi interviu sacara langsung  oleh TV1 Indonesia dan juga mendapat perhatian  pemimpin  pemimpin besar Indonesia termasuk Presiden Indonesia sendiri.Saudara Kit Siang boleh meminta angka ini dari TV1 Indonesia sendiri.

Saya juga merasa bangga kerana sebagai orang yang tidak mempunyai apa apa kedudukan dalam parti dan kerajaan saya  masih mendapat perhatian dari saudara Kit Siang.  

Selain dari Kit Siang , kalangan UMNO sendiri ada yang meanggap saya menyindir kepimpinan Najib yang lemah.Saya tidak menyindir tetapi saya katakan terus terang dalam tulisan saya itu jika berikan ISA pada Najib pun tidak akan berkesan.Maka itu bukan ISA yang perlu dikembalikan tetapi Mahathir yang perlu dikuatkuaskan semula tetapi bukan dengan mengambilaleh jawatan Najib.

Pada pandangan saya disebalik  kelemahannya, Najib  mempunyai  kekuatan tersendiri terutama dalam mempastikan penerusan pegangan kepada nilai  tradisi pemerentahan yang diwarisi sejak Perikatan.

Najib  dapat  mengawal emosinya, bertoleransi,bertolak ansur,bermaafan dan berdeplomasi  dalam menghadapi berbagai tekanan sekalipun dalam keadaan yang runcing dan amat mencabar. Pegangan kuat kepada tradisi  politik  ini  yang menjadi pertahanan kebal kepada negara dalam menghadapi berbagai provokasi dari masa kemasa.

Jika BN pimpinan Najib bertindak mengikut emosi rakyat maka tentunya kita sudah lama melihat Malaysia dicerobohi  oleh anasir anasir  asing  seperti yang berlaku di Syria Iraq dan sebelumnya di Indonesia yang menjatuhkan Soeharto.(sekarang rakyat Indonesia mengenang  kemakmuran dizaman Soeharto).

Inilah juga yang diharapkan  oleh  anasir anasir subersif dalam negara kita yang dulunya adalah komunis tetapi sekarang menjadi  anjing kepada kuasa imperialis  Global.

Bagaimanapun kekuatan Najib  lebih banyak dilindungi oleh kekalahannya  dalam masalah  peribadi yang terang lagi bersuloh kepada umum walaupun cuba dilindunginya disamping  pendekatan pendekatan populisnya yang bersifat  elitis yang tidak menjijak hati rakyat sebaliknya  lebih menjadi bahan ketawa rakyat.

Untuk mengatakan beliau tidak berhati perut Melayu adalah tidak benar samasekali . Jika demikian masakan terloncat dari mulutnya  perkataan  Tsunami Cina bila orang  Cina menolak BN dan juga apabila ditanya  oleh wartawan wartawan akhbar Cina berkali kali mengenai berita Utusan Malaysia “ Apa lagi Cina mahu?.” Najib sambil mengawal perasaannya menjawab :  Bagaimana pula dengan akhbar akhbar Cina?  yang menyebabkan wartawan wartawan Melayu bertepuk dalam suatu sidang akhbar.

Malangnya   pendekatan kebangsawanannya  untuk menjijaki hati  rakyat  tidak menampakan  ketulinan dan keperibadian semula jadi.Umpamanya apabila beliau mengujungi gerai makan atau caf√© dalam musim pilihanraya untuk dijadikan   berita bergambar di  akhbar akhbar dan lain lain media perdana .

Bila ini menjadi berita maka menunjukan  hal itu “luar biasa”   tetapi bagi rakyat itu adalah kehidupan harian mereka. Menjadikannya "Luar Biasa"  menerusi stage manage  mendedahkan selama ini beliau tidak pernah bersama rakyat di kedai kopi.

Ucapan  penceramah popular yang tidak jadi masuk UMNO Mohammad Kazim Elias bahawa “ Sepatutnya dalam hal yang melibatkan keselamatan agama dan ketenteraman awam,kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok pada negara” sebenarnya suatu kecaman tepat dan pedas terhadap Najib yang menepati apa yang tersimpan di hati majoriti rakyat. 

Tentunya orang lebih percaya kepada Kazim dari Najib kerana sudah terlalu banyak bukti Najib bergerak macam kura kura terutama dalam pekara yang berkaitan dengan Mahkamah.

Apakah kerana hendak menunjukan kebebasan Mahkamah  maka  kerajaan tidak mahu campurtangan   mempercepatkan keputusan dalam pekara yang panas dan  runcing. Siapakah yang percaya kepada kebebasan Mahkamah?

Adakah  Najib masih percaya rakyat akan kembali menyokong kerajaan dengan menunjukan kebebasan Mahkamah?  Dalam kes Anwar Ibrahim  pun,rakyat dari kedua pihak yang bertentangan  telah hilang keyakinan terhadap  kredebiliti Institusi  Keadilan dan Kehakiman negara ini.

Najib terlalu elitis untuk memahami perasaan rakyat dan terlalu banyak teragak agak dalam membuat keputusan yang menyerlahkan sikap indecisive . Najib lebih terkenal dengan keupayaan menanguhkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.

Maka itu saya rasa Najib  memerlukan bantuan dan sokongan  moral dari orang seperti Tun Dr.Mahathir yang mempunyai aura yang sangat besar sehingga  mendengar  cadangan namanya untuk dikembalikan ke dalam pemerentahan sudah  menggeletarkan Kit Siang and The Gang.

Saya tidak fikir Mahathir  gila kuasa atau  beliau mahu kuasa Perdana Menteri  sekiranya beliau diberikan kedudukan dalam kerajaan tetapi beliau mahu mengembalikan kuasa  UMNO. Beliau mempunyai keyakinan bahawa  UMNO menerusi kepimpinan yang ada sekarang masih boleh dipulehkan kekuatannya.

Secara ikhlas saya tidak nampak seorang pun yang dapat menandingi kewibawaan Najib pada masa ini.Beliau mesti disokong dan diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugasnya dengan lebih berani  mengambil risiko . Tun Mahathir boleh membantunya  dalam hal ini.

Jika  dengan bantuan Mahathir kekuatan Najib dan BN dapat dipulehkan maka apakah salah untuk Najib  meneruskan kepimpinan hingga lepas Pilihanraya Umum akan datang.

39 comments:

  1. Hasan malek pun boleh ganti najib..

    ReplyDelete
  2. Aidid Guntur.Kedah.17 January 2014 at 05:49

    Khairy layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Najib tetapi bukan sekarang,mungkin 10 tahun akan datang.Maka itu saya setuju Najib belum ada pengganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak setuju pada bila2 masa hatta 100 tahun lagi

      Delete
  3. Tentunya Najib lebih baik dari kaki pungkok dan kaki kafirkan orang Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat setuju dengan unjuran Salam Kajang.

      Delete
  4. Jika Khairy hendak melayakan dirinya untuk berpotensi menjadi perdana menteri maka beliau mesti berani mengkritik sikap kurang ajar pemuda UMNO. Beliau mesti mengutuk perbuatan seirang pemdua UMNO memukul seorang menteri. Kenapa beliau diam sahaja dalamsoal ini dan membiarkan pemuda UMNO lain memainkan isu perkauman dan agama dalam soal tudung untuk menutop pencamaran yang dilakukan oleh pemuda UMNO sendiri.

    ReplyDelete
  5. DS Najib boleh jadi mantap semula bila dia sendiri ada baik sangka dengan bekas mantan-mantan pemimpin UMNO seperti Kelab MUBARAK Malaysia.
    Denagar cerita DS Naijb kurang senang dengan Kelab MUBARAk Malaysia kerana ada jarum halus yang main teranan.
    DS Najib jadi mangsa orang kelilingnya,penasihatnya,pegawainya dan pemimpin opotunis yang menjadi bala pada DS Najib.
    DS Najib sudah jadi serba tak kena dan serba tak menjadi.
    DS Najib kena lihat ini semua.Ramai perosak dirinya dan berada disekelilingnya.
    DS Najib masih ada masa lagi kalau nak jadi PM . yang kuat.

    ReplyDelete
  6. Salam saudara ZAM. Saya setuju atas penulisan saudara mengenai beberapa isu-isu yang diharapkan kepimpinan Kerajaan DS Najib. Adalah benar dan nyata bahawa di dalam keadaan sekarang adalah sukar untuk memilih pengganti beliau bagi meneruskan transformasi pentadbiran negara. Seterus dengan masalah ini, kita tidak perlu membangkitkan berbagai spekulasi

    ReplyDelete
  7. Saya rasa elok Najib berunder dengan secara terhormat sekarang, sebelum terlambat. Adalah mustahil bagi seorang yang berusia sebegitu untuk menukar pendirian hidup daripada lalang yang hanya bergerak bila ada angin kepada akar yang senantiasa mencari apa-apa sahaja yang boleh membesar dan meperkuatkan pokokonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadir Mastan Pulau Pinang.17 January 2014 at 12:41

      Tak ada yang lebih layak untuk gantinya jika dia berundur. Mahyuddin hanya stereo type, tak ada outstanding,hapuskan bahasa Inggeris sains dan matematik bolehlah. Tak ada leadership.

      Delete
  8. self interest, not community interest , why not propose ku li as well.............and other good malays...........tak kan tak de kot.........

    ReplyDelete
  9. MEK MOLEK KELANTAN17 January 2014 at 12:37

    Tengku Razaleigh would no not be accepted by UMNO.Dia hanya pemimpin biasa macam Musa Htaim berbanding dengan Mahathir yang luar biasa dan telah membuktikan kejayan besar memimpin negara. Apalah Tengku Lee?

    ReplyDelete
  10. Panjang kali ni Saudara Zam. Mengah skit nak baca tapi still enjoyable.
    Tu la Saudara Zam. Bukan mudah untuk jadi pemimpin. Apatah lagi menjadi PM yang kena buat keputusan yang besar-besar. Rasanya saudara lebih arif sebab saudara pernah jadi Menteri dulu dan duduk dalam kabinet. Sudah mangli dengan hujah-hujah dan keputusan-keputusan yang diambil dalam mesyuarat mingguan kabinet.
    Hakikatnya, seorang pemimpin itu kena BERANI. Dalam bahasa kasarnya ADA TELUR. Jika adanya sifat ni, semua orang akan berasa yakin dengan apa yang dia buat. Tak de la orang tak akan mempersenda dan memperlekeh. Kalau ada orang yang buat begitu, mesti ada sesuatu yang tak kena. Saya faham yang setiap perbuatan dan keputusan yang diambil akan mendatangkan hasil yang mungkin baik dan tidak baik, ya betul saya tak menafikannya tapi nak jadi pemimpin kenalah ambil risiko dan berani tanggung akibatnya. Masalah tidak akan selesai dengan sendirinya. Ianya akan selesai bila kita mengambil langkah dan melakukan sesuatu.
    Kalau anda was-was dan takut-takut, orang di bawah anda pun akan was-was dan takut-takut. Kalau anda kuat dan berani, orang di bawah anda pun kuat dan berani. Ianya berjangkit dan bersangkut-paut. Perbuatan anda mengispirasikan orang-orang disekeliling anda. Jika anda jenis kalut, orang di sekeliling anda pun akan jadi kalut.

    ReplyDelete
  11. Ada beberapa komen yang telah dihantar ter delete oleh saya. Sila hantar semula.Zam

    ReplyDelete
  12. My grandmother can run this country better. Melayus are useless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If your grandmother can run this country better, Chinese could have become Prime Minister and country could have have more along and gambler.

      Delete
    2. not only along and gambling but also china doll ma!

      Delete
    3. It is because of the useless Malays that you are here enjoying lives while your great-great grand relatives stay put in their homeland.

      Delete
  13. saya kira ini antara ratusan rencana terbaik drp Tan Sri. Saya kagum kemampuan tuan menulis yang mampu menangkap imaginasi pembaca penyokong UMNO yang tidak berani menyuarakan pendangan mereka tetapi punya senada dgn pandangan Tan Sri.

    Dari awal lagi saya sudah dapat membaca yag tersirat di sebalik rencana asal mengenai UMNO perlukan Mahathir tp ramai juga yg gagal menyelami maksud sebenar ternasuk LKS yang sentiasa takut kepda bayang2 Mahathir yg sangat kuat membela Melayu - seuatu yg tidak disukai DAP! - Nasi Siru

    ReplyDelete
  14. Tun Mahathir bukan berada pada peringkat untuk memberikan sokongan moral pada Najib tetapi untuk menyelamatkan Najib. Sentimen marah rakyat bukan kerana kangkong tetapi himipunan dari kelemahannya menguruskan soal Anwar Rosemah hingga kepada ekonomi lakonan lakonan arahan JJ.

    ReplyDelete
  15. Stop bashing the Chinese. The Chinese comprise only about 20% of the population.They are hardworking and have no time for religious, rituals or racial polemics. I am a Malay and I envy the Chinese. They are practical people. For this reason I find it strange for the 70% Malays and Bumis to label the Chinese as a "threat" to the country. If Malays and Bumis can work hard like the Chinese they too can be succeesful. But we Malays are wasting out time on religious quarrels, racial issues, silly rituals and are very feudalistic in thinking. Being feudal can never make us progress. As long as we are feudalistic we will never compete with other races. Politics becomes patronage-kind and we see hand-kissing, apple-polishing and retarded politics. The "stupid" among us will be hero worshipped as leaders even when they cannot perform. In Singapore only the "best" makes it into politics. I envy them. For this reason I send all my 5 children to Chinese school for them to adopt a positive value system. I have 2 children in China now doing medicine. One of them is now in the US practising. They all speak fluent Mandarin and of course English. They still consider themselves as Malay. But they have totally become a different breed of children - I am proud of them.

    Dr MI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please get your fact right. The Chinese are 25% of the Malaysian total population and holding 70% of the economy. It is not something "strange" for some people see that as a threat. If you are really a Malay Doctor, (which I doubt), you should get out of your office more often and see how poor Malay are doing. Don't pull your own leg by showing off your kids.Just keep it to yourself please.

      Delete
  16. Zam

    Ejaan bagi beuty adalah BEAUTY. Bukan beuty.

    Maaf

    ReplyDelete
  17. TERIMA KASIH. BUAT KERJA SEORANG MACAMTULAH. SAYA MEMANG CARELESS DALAM EJAAN MELAYU DAN INGGERIS. DAH BIASA HARAP PEMBACA PROOF. HA HA HA. ZAM

    ReplyDelete
  18. salam...
    najib terlalu angkuh tuk meminta/menerima nasihat dr tun m....kalu idak..idal ler die terlaluuuuuu boros dlm berbelanja dan lemah dlm segala tindaktanduknya......
    terlaluuuuuu letih penat dgn kepimpinan la ni....

    ReplyDelete
  19. Termasuk juga diakal saya. Seorang tokoh yang bersih,tanpa kontrroversi dan popular dalam UMNO.

    ReplyDelete
  20. Tuan Tan Sri,

    "Najib dapat mengawal emosinya, bertoleransi,bertolak ansur,bermaafan dan berdeplomasi dalam menghadapi berbagai tekanan sekalipun dalam keadaan yang runcing dan amat mencabar."

    Di samping banyak kelemahan beliau yang dipersoalkan, saya juga melihat YAB PM memiliki keperibadian unggul seperti tertera di atas.

    T.Kasih.

    ReplyDelete
  21. I disagree. Najib will led to the destruction of the malays and islam in this country. In this respect Muhyiddin is better than najib.

    ReplyDelete
  22. salam
    kalaulah najib itu berani.dulu saya pun marah kat mohd najib tapi tidak selepas dia membentangkang bajet 2014 yang akan memperkenal gst..sblum pru najib pernah kata tidak akan perkenal gst selagi rakyat tidak faham sepenuhnya...sehari selepas pru,idris jala yang kata kita akan laksana gst..tup2 bajet 2014 umum laksana gst 2015...adakah rakyat benar2 faham...isu kankung pun kena ketawa kat orang lepas tu penjelasan lagi penjelasan masih d permainkan...

    mohd najib bukan lagi pm...apa yang idris jala dan pemandu cakap,itulah yang akan berlaku d negara ini..najib cuma seorang letak nama n tukang ulang apa yang pemandu mahukan...kalau betul dia seorang pm,kenapa bila kita marah kat mohd najib,kita akan kaitkan dengan penasihat,idris jala, pemandu termasuklah isterinya kadang2...

    tun M berkuasa selama 22 tahun..pernah tak kita marah kat dia tapi kaitkan dengan seseorang yang menjadi penasihatnya? tidak bukan. sbb dia seorang yang mempunyai kuasa penuh.sekiranya benar tun berperangai spt mohd najib,sudah tentu kes linggam,tun akan kalah sbb terbukti tun memang ikut cakap punasihat n orang sekeliling...jawapan tun pada mahkahmah ialah dia bukan posmen...dia dengar tapi dia yang membuat pertimbangan...

    rasionalisasi subsidi...yang cakap mula2 ialah idris jala..najib cuma tukang umum secara rasmi sahaja..jangan marah mohd najib...dia hanya pm pada nama supaya orang UMNO tak marah sbb bukan melayu sbg pm apa lagi bukan dari UMNO.

    pengganti mustapa mohamad..isup tppa masih belum kering..nampak sangat nyata2 susahkan negara dan rakyat tapi mustapa dalam kenyataan masih nak sangat tppa ..apa kes...boleh lingkup negara dengan mustapa mohamad...yang terbaru nap yang baru d umum semalam..sepatunya akhir 2012 nak umum tapi d bawa ke tahun 2014..heret heret n heret...kat nak jadi hub tapi umum boleh tangguh bertahun..kenapa tak umum 2020 je..kan zaman skarang lebih advance dari zaman tun dulu..n lebih kaya tun kata...

    zaman tun dulu mustapa seorang yang bagus tapi zaman selepas tu..mungkin sbb ketua slow dia pun kena lagi slow..kalau tak,gelap masa depan..

    gie7

    ReplyDelete
  23. Itulah sdr Zam.Dalam PAU banyak buat lawak.PAU tak ada isi dan hasil yang baik.Maka DS Najib pun lega kerana banyak puji dan puja dirinya.
    Habis saja PAU DS Najib ikut Idirs Jala dan Pemandu saja lah.
    Pemimpin UMNO bukan berjuang untu rakyat.Pemimpin UMNO hari ini berjuang daptkan projek dan tender dari DS Najib dan Menteri-Menteri.Mahu tak mahu pemimpin UMNO terpaksa ikut arus.Ahli UMNO bawahan apa tahu.Dapar gula-gula,atau habuan sekali sekalia terttutuplah mulut mereka.
    Sebilnagan besar pemimpin UMNO berjuang untuk perut mereka.Inilah yang sedang bertatkta pada MT.EXCO Wanita/Pemuda/Puteri UMNO serta ketua-ketua bahagian.Mana suara mereka untuk membetulkan DS Najib agar urusan ekonomi negara berada dilandasan yang betul.
    Sepatutnya pemimpin saling tegur dan kritik pemimpin jika takbetul.Ini tidak ramai cium tangan drp memberi idea yang baik.
    Berjuang hendak jawatan dalam UMNO kerana hambat projek dan tender kerajaan,Itulah dasar dan matlamat mereka.Sebab itulah UMNO/BN jadi kelam kabut sekarang ini.

    ReplyDelete
  24. Wait a second..have you been hounded by the PMO dogs? Sounded like you have done a U -Turn.Sighh..
    I really agree with anon 20 Jan,19.29. Najib is our Archilles' heel. He does not have any leadership quality nor the brain needed in this tough times for malays and Muslims. He must be sent packing...and his entourage too!

    ReplyDelete
  25. DS Najib = Jasa Tun Razak (50%) + Keupayaan Diri Beliau Sendiri (<50%)

    ReplyDelete
  26. Tun Daim buat kenyataan di Sungai Petani.Tamparan hebat pada DS Najib dan Kabinetnya.
    BN akan hilang kuasa kerana DS Najib gagal urus ekonomi negara.
    Banyak buat kerja dan belanja sia-sia untuk orang Cina.Patutnya fokus pada Melayu luar bandar.

    Maka bertambah marahlah DS Njiba pada kumpulan Veteran UMNO dan Kelab Mubarak yang suka kritik kerajaan nya.

    tulah tranformasi DS Najib.Bijak pandai veteran dan kelab Mubarak dipinggirkan.

    Apa nak jadi dengan UMNO dan kerajaan.

    ReplyDelete
  27. mungkinkah teori RAHMAN akan terjadi di pemerintahan najib?mungkinkah ini dekad terakhir penguasaan umno dlm lanskap politik malaysia?kerna saya melihat ini adalah barisan kabinet paling 'tak boleh pakai'..yg langsung hanya pandai bercakap tapi perlaksanaanya lemah..tun m dilihat seorang yg kuku besi dizaman pemerintahan beliau tetapi itulah hakikatnya utk menjadi seorang pemimpin yg akan disanjung..langsung tak pernah kedengaran keputusan yg dibuat dipengaruhi mana2pihak..baik dari isteri nya ka..anak bernaknya ke atau kekawannya..andaikata najib adalah pemimpin umno terakhir yg mengepalai barisan..banyak2kan lah berdoa agar peralihan kuasa nanti tidak seteruk di timur tengah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori RAHMAN itu tak lengkap. Pusingan baru kena dibuat dari mula.

      Delete
  28. khairy=najib=kangkung

    ReplyDelete
  29. Salam Tan Sri,

    Maafkan saya, sebenarnya saya tidak nampak seorang pun dikalangan Jemaah Menteri UMNO yang dapat menggantikan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Amat malang sekali buat rakyat dan negara Malaysia. Matlamat menuju Wawasan 2020 seakan-akan tersekat perjalanannya. Jemaah Menteri kini hanya sibuk untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing. Setiap pengumuman yang dikeluarkan oleh para Menteri hanya bersikap bias. Rakyat kini berada didalam keadaan yang amat keliru. Ramai yang tidak faham banyak perkara dari soal potongan subsidi sehinggalah ke cukai GST. Kenaikan barang keperluan dapur sehingga Gas memasak amat membebankan rakyat. Ibubapa terpaksa bekerja demi untuk keselesaan hidup dan terpaksa membiarkan anak-anak menguruskan diri sendiri di rumah. Bagi pasangan suami isteri yang tinggal dibandar, ramai yang sudah tidak mampu untuk memiliki zuriat lebih dari 2 orang. Jarang sekali kini dapat kita lihat hanya suami yg bekerja dan isteri tinggal di rumah untuk menjaga anak dan memasak. Inilah realiti kehidupan majority rakyat Malaysia kini. Menteri mana yang bersungguh-sungguh bekerja demi kesejahteraan Rakyat. Rakyat seringkali diugut oleh Jemaah Menteri dan Perdana Menteri. Tekanan hidup amat dirasai. Apabila Rakyat merajuk dan memberi undi kepada Parti yang melawan pemerintah, sekalian Rakyat itu akan dihukum dengan menafikan segala bantuan di kawasan-kawasan yang terlibat. Rakyat di hukum dan diberi pengajaran agar lain kali janganlah beranj memberi UNDI kepada lawan pemerintah. Rakyat kini sudah merasakan inilah akibatnya kerana menyebabkan Kerajaan hilang kerusi majoriti pada pilihanraya yang lalu. Rakyat melihat dan merasa sendiri Para Jemaah Menteri hanya bekerja sambil lalu saja. Tidak ikhlas. Semua Menteri kaya-raya dan amat hebat dengan kemewahan. Ini realiti. Sebenarnya kebanyakan rakyat Malaysia tidak berani membantah dengan terang, kerana Rakyat tahu keadaan akan lebih runcing sekiranya perkara ini terjadi. Rakyat Malaysia sebenarnya bijak. Rakyat tunggu masa UNDi, akibatnya Kerajaan hilang UNdi Majority. Rakyat hairan bagaimana Kerajaan BN masih boleh menang pilihanraya, kerana ternyata pada pilihanraya lalu ramai rakyat ingin mencuba berada dan merasa mempunyai Kerajaan yang baru. Ramai rakyat menaruh syak wasangka ini adalah kerja kotor Jentera Kerajaan. Tahu kah Jemaah Menteri inilah yang disyaki oleh ramai rakyat. Mungkin disebabkan inilah Para Jemaah Menteri merasakan tidak mengapa, potong subsidi Rakyat, subsidi Menteri tidak, barang naik tidak mengapa, Menteri semua orang kaya/jutawan. Pilihanraya, Menteri kata kami akan menang punya, Majority tak Majority Mudah tetap kami yang berkuasa. Tak mengapalah, satu hari nanti, Allah jualah yang menggerakan Rakyat.

    ReplyDelete