Wednesday, 29 January 2014

MB YANG AKAN JADI SAINGAN HEBAT KEPADA PM

LEBIH BAIK BN TIDAK BERTANDING DI KAJANG.

Jika keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dilihat menutop pintu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri maka dengan  menjadi Menteri Besar Selangor kelak sebuah negeri terkaya di Malaysia, maka harapan itu akan kembali terbuka dan cerah kepadanya.

Anwar telah berjaya meyakinkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam pekara ini serta loyalist nya dalam PAS.Jika tidak masakan mereka bersama dalam sidang akhbar  Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil ADUN Kajang.Tidak ada sebab yang lain bagi Kit Siang dan Khalid bersetuju memberi laluan kepada Anwar di Kajang kecuali keyakinan kepadanya sebagai  PM masa depan.

Berada pada kedudukan MB sekalipun hanya pada kedudukan tertinggi  di peringkat  negeri adalah lebih berprestig,lebih dipandang tinggi,lebih berkuasa dari hanya menjadi anggota Parlimen.Sebagai seorang pemimpin politik yang berpegalaman adalah mustahil Anwar tidak tahu untuk menggunakan kedudukan ini dengan sebaiknya bagi kepentingan politik PR dan juga bagi mempastikan beliau sampai ke Putrayajaya pada pilihanraya akan datang.

Beliau akan menjadi MB yang akan menyaingi imej PM.

Masalah pengundi Kajang kecewa kerana  ADUN  mereka letak jawatan sebelum cukup tempoh untuk memberikan laluan pada Anwar atau tindakan itu membazirkan wang kerajaan dan rakyat dan sebagainya tidak akan mempengaruhi aliran pengundian atau akan menyebabkan pengundi berubah kepada BN.

Masyarakat Cina  menghormati Anwar kerana  berani mengambil risiko  dalam keadaan Najib menghadapi cabaran paling getir. Hanya orang yang tidak realis sahaja yang percaya bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri  akan memberontak.

Orang Pas  telah  dapat merasakan betapa nikmat dan terhormatnya  menjadi YB dengan sedikit sebanyak   kuasa dan betapa kuasa dapat membantu penyokong mereka.Pastinya DAP tidak akan menyokong PAS untuk jadi MB Selangor.Mereka pastinya tidak sanggup berkorban.

Soal Pas mengutamakan kepentingan bangsa dan agama semuanya karut belaka.Itu sebelum merasakan kuasa.Tetapi sekarang ialah soal untuk terus jadi ADUN.

Khalid Ibrahim pula sebagai Menteri Besar Selangor telah tidak mengecewakan rakyat malah  dikenali sebagai pemimpin yang no-nonsesense ,cekap mentadbir dan mengurus ekonomi   dan telah menambah kekuatan kewangan negeri Selangor yang memperkukuhkan  integritinya.Beliau dihormati oleh kawan dan lawan  dan juga oleh orang orang Cina kerana tidak banyak bermain politik. Beliau boleh menjadi pembantu yang berkesan kepada Anwar.

Kehebohan dan tentangan  terhadap  Anwar Ibrahim bertanding di Kajang hanyalah sementara sahaja. Semuanya akan sepi  tidak lama lagi dan Anwar akan keluar dari krisis ini dengan imej yang lebih besar dan lebih mayakinkan untuk menjadi ancaman dan ugutan yang lebih besar kepada Najib Tun Razak.

Tambahan:

Berasaskan senario diatas adalah lebih baik bagi BN tidak meletakan calunya bagi Pilihanraya Kecil Kajang.

BN tidak seharusnya melihat penarikan diri ADUN  kawasan itu mengecewakan pengundi PR  atau membazirkan wang rakyat.  Cinta buta mereka kepada Anwar  menyebabkan mereka  melihat bigger picture untuk kepentingan masa depan orang Cina  dari soal soal lain.

Pada kebiasaannya rakyat tidak  mengambil berat soal perbelanjaan bagi  sesuatu pilihanraya.Jika BN bertanding maka ia juga turut terlibat membazirkan wang rakyat seperti dakwaannya sendiri.

Adalah lebih baik bagi BN tidak terlibat dalan permainan pilitik Anwar Ibrahim  yang bertujuan untuk menyelesaikian krisis dalaman  PKR  dan yang sudah dapat diramalkan BN pasti akan kalah kecualilah jika BN mahu menjadi boneka Anwar.

Kajang by-election: Give Pakatan a walkover, says Nik Aziz
Datuk Nik Aziz Nik Mat
Datuk Nik Aziz Nik Mat
   
PETALING JAYA: PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has challenged Umno and Barisan Nasional to give PKR a walkover if they were of the opinion that the Kajang by-election was a waste of public funds or an insult to democracy.
"I am tired with pro-Umno media who have been playing up the issue, saying that the vacancy was a ploy to manipulate democracy," he said, in a statement posted on his Facebook page.
"I think Umno has forgotten what it did in Perak in 2009. What they did was truly disgusting because they toppled a state government through the backdoor."
The 2009 Perak constitutional crisis began when three Pakatan assemblymen defected, causing a collapse of the state government.
Barisan with support from the three defecting assemblymen, formed the new state government, just nine months after Pakatan assumed power.
Nik Aziz did concede that he has no knowledge of PKR's strategy which resulted in a vacancy of a Kajang state seat.
"Many have contacted me to ask my views on the Kajang state that was left vacant by its assemblyman. I have no clue of the strategy or the issue that has caused the vacancy," he said.
He said he had to wait for an explanation from PKR on the reasons why the step had to be taken, forcing a by-election to be held in the constituency. 
"In this case, it is more appropriate that the matter be decided by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang who has executive powers in the party," he said.
The Kajang state seat fell vacant following the resignation of its PKR assemblyman Lee Chin Cheh, paving way for Anwar to be fielded in the by-election.
The move allegedly is an attempt to install Anwar as Mentri Besar replacing Tan Sri Khalid Ibrahim in order to resolve the internal crisis in the state.
DARI STAR ONLINE











37 comments:

  1. Kata2 brader Zam di sini tidak memberi perangsang langsung untuk terus berjuang untuk kuatkan UMNO... brader mcm dalam 'surrender' mode jer...

    Wake up all.. mesti lawan dan lawan, seperti masa PRU13 lalu..

    Mcm Najib cakap pada MCA, 'this is not a wake up call..its the last call !!'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah berlalu zaman untuk menidurkan orang UMNO dengan khayalan bunga bunga indah sebaliknya mereka mesti disedarkan tentang bahaya dan cabaran sebenar akan dihadapi sekalipun pahit. Kita kalah dalam pilihanraya 13 kerana kita tidak sanggup memberikan cerita negatif tentang kerajaan dan UMNO. Kita fikir dengan mendedahkan korupsi dalam UMNO akan mengalahkan UMNO dan dengan slogan I love you kepada Najjib orang akan sokong sedangkan rakyat dan orang dalam UMNO mempunyai pandangan lain . Tiap kelemahan pimpinan UMNO mesti didedahkan dan tidak berarti pendedahan itu akan menyebabkan UMNO kalah sebaliknya akan meyakinkan pengundi terhadap kejujuran kita.

      Ini adalah fikiran jumud yang masih banyak dalam UMNO.

      Delete
    2. Apakah fikiran Anon dengan meanggap langkah Anwar sebagai salah dan akan gagal akan memberikan keyakinan kepada UMNO atau berarti telah surrender. Bagaimanakah orang akan lawan jika mereka sudah diberikan keyakinan akan menang.?

      Delete
    3. Setuju dengan ZAM. UMNO dan Bn harus transparent untuk keyakinan rakyat dan mesti ada hala tuju yang berkesan untuk pengetahuan rakyat. Keburukan dan `kekuraan` pemimpin harus didedahkan supaya 1. pemimpin itu mengambil iktibar dan berubah dan 2. rakyat bolih mengenali pemimpin yang didedah dan membetulkanya secara berhemah.

      Kalau kedua saranan diatas tidak bolih. BN/UMNO akan tammat riwayat selepas PRU14.

      Delete
    4. Hakikatnya UMNO tidak mungkin dan tidak akan berubah. Tidak ada perubahan dari segi organisasi, pemimpin, budaya, sikap di semua peringkat walaupun telah ditolak rakyat dalam 2 pilihan raya. Pemilihan karakter-karakter yang yang terang-terang korup dalam kepimpinan baru UMNO memberi bukti yang jelas bahawa parti itu adalah sebuah parti yang korup dan tidak bermaruah sehingga ke akarnya sekali. Corrupt to the core. Adalah jelas bagi orang-orang seperti kami yang selama ini memberi sokongan kepada UMNO selama ini bahawa parti ini bukan sahaja tidak relevan lagi, malah berbahaya kepada masa depan negara ini. The devil you know has become a monster that needs to be destroyed. Ini mungkin merupakan the natural order of things, seperti juga parti-parti politik yang pernah dulu dominan diluar negara yang juga menghadapi zaman longlainya. Buat masa ini kita terpaksa mengucapkan au revoir kepada UMNO, until we meet again!!

      Delete
    5. Anuar tak korup? Lim tak korup? Pemimpin Pasbtak korup. Gondol hutan balak di Kelantan dan Kedai tak korup. Skandal projek hartana oleh rejim babi anak Lim Kit Siang tak korup. Tipu dlm pemilihan kepimpinan Dap tu tak korup. Lebih buruk "jual" agama termasuk kalimah Allah oleh sesetengah pemimpin tertinggi Pas termasuk Hadi Awang dan pemimpin Islam tu bukan korup. Kalau dinafikan itu bukan korup mengikut idtilah undang, jual agama itu korup utk dapat kuasa oleh si rakus kuasa dlm Pas Parti Ajaran Sesat dan PKR Parti Kelentung Rakyat.

      Delete
    6. Kalau bn dah tk letak calon kami penyokong bn nk pangkah apa??? Knp BN ni bangang sgt belum lawan dah mengaku kalah???tk nk tgk ke perbezaan undi samada naik atau turun?dr statistik bolehlah bn buat post mortem utk hadapi pru14.Bodoh punya pemimpin buat rakyat hilang hormat pd parti je.

      Delete
  2. salam datuk,

    a lot of nonsense from you lately but this one is right on the money, very realistic indeed ....

    cheers

    ReplyDelete
  3. It's not convincing the BN supporters that will help winning but to tell the Voters to vote for their rights not to be short changed by PR. The Voters must make a stand on this corrupt practice of their trust.

    ReplyDelete
  4. i will vote for somebody new, dato' zaid ibrahim perhaps .... :)

    ReplyDelete
  5. oops tan sri not datuk, my apologies!

    cheers,
    ./shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih senang dipanggil Zam sahaja. Terima Kasih.

      Delete
    2. Yang pasti DSN akan turun dengan tradisi menabur janji dan wang di sepanjang kempen PRK itu kelak..

      Delete
  6. bnyk isu2 yg akan dibangkitkan anwar semasa kempen nanti.bertambah haru biru umno/bn selangor selepas ini.

    ReplyDelete
  7. pandangan sebenar dn ikhlas begini yg rakyat nk baca......

    ReplyDelete
  8. Salam Zam,

    Pada pendapat saya, JIKA adanya Pengumuman Najib Letak Jawatan sebelum PRK Dun Kajang.. Kalau BN Letak "NON-PROFESSIONAL Or Waimma Letak ORANG GILA" pon Boleh Menang Besar dan Bergaya Di DUN Kajang...

    Begitulah Ketaranya KeBencian, Menyampah, Bosan dgn Najib kerana Hala Tuju Negara semakin menjadi Tidak Jelas, Kabur dan Blurr...

    ReplyDelete
  9. Jamaluddin Darus Shah Alam29 January 2014 at 21:02

    Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Selangor Datuk Dr. Mohd Khairuddin berkata mempersoalkan kedudukan Khalid sebagai MB Selangor adalah merendahkan kecerdikan Haji Hadi Presiden Pas yang setuju dengan perlantikan itu.
    Sudahlah Datuk, cakap awak tidak laku,ulama tidak ada maruah dalam Pas ,cakap Mat sabu yang akan laku.dia kata Pas akan sokong Anwar dalam pilihanrajaya Kajang. Cakap ulama Pas hanya cakap bahlol. Apa boleh buat?,cakap bolehlah. lebih baik tak usah cakap buat malu parti sahaja.YB YB Pas dok seronok dapat duit jadi ADUN.Mereka pun tak akan sokong awak.Pulus pulus lebih penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi cerdik?

      cheers.

      Delete
  10. Tuan,


    Sayar elok BN letak calun MCA.

    Kalau menang dalam keadaan rakyat sekarang ni`bengang' dengan BN, ada la sikit petanda pru 14 CINA SOKONG BALIK BN. Tetapi kalau kalah, OK confirm cina dah TOLAK BN, kat tempat cina pun cina kalah.... bye,bye BN dalam PRU 14.


    Anwar, kalau menang, dia bolih `decides' dengan tegas `allah for islam'...bolih kata PKR does not need DAP, PKR plus PAS bolih jadi `the master kat selangor'....bagus untuk PKR plus PAS menang PRU14, lagi baik Selangor banyak duit loo....


    Kalau dia kalah, dia dan azmin bolih terus `sabotaj' Khalid,,,, sampai khalid pencen pilihan sendiri, sebab masaalah kesihatan dan keluaraga dsb...!.




    ReplyDelete
  11. Saya amat setuju dengan pendapat TS Zam.
    Di PRK Sg.Limau pun saya tak setuju UMNO bertanding. Menghabihkan boreh je.

    Nak pacak bendera, gantung banting, beri T-shirt percuma, sediakan makan-minum dan lain-lain, semuanya perlu WANG, beri tender atau pelincir. Yang tak dapat habuan pula akan merajuk dan sabotaj parti. Nanti ada pula pergaduhan antara penyokong BN & PR. Buat bertambah tegang perhubungan kaum saja. Lebih memalukan jika Melayu sama Melayu yang berkelahi macam orang Islam di Negara-negara Arab.
    Kalau MCA bertegas nak bertanding juga, biarkan mereka berkempen sendiri. UMNO jangan masuk campur. Kita dah banyak tolong mereka , PRU yang lepas-lepas. Malah kubu kuat UMNO pun kita beri pada mereka untuk bertanding. Elok saja UMNO boikot PRK ini. Baru rakyat sedar kita ikhlas memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Bukan untuk kepentingan jadi pemimpin saja.

    Biarkan Peliwat Negara menang tanpa bertanding. Jimat sikit kewangan Negara tanpa perlu buang masa rakyat, keluar buang undi. Kalau ha*amja*ah ni menang tanpa bertanding pun, belum tentu dia boleh jadi MB Selangor.
    Dia kena ingat:-
    1. Rayuan pendakwaan Kes liwat belum selesai.
    2. Sebagai MP Permatang Pauh di Pulau Pinang dan ADUN Selangor, perkenan kah Sultan melantiknya sebagai MB? Banyak beban kerja, nak hadir mahkamah, berceramah, dalam dan luar Negara. Bukan kelahiran Selangor pula tu. Anak saya dapat 7A (SPM 2012) pun tak layak dapat bantuan kerajaan Selangor kerana kelahiran Kedah.
    3. Bekas banduan yang disabitkan jenayah salah-guna kuasa sebagai TPM, layakkah memegang jawatan MB? (Mengarah Polis menangkap dan mengertak Ummi Hafilda menarik balik surat kepada Dr.M, 1998 dan mohon maaf kepada beliau). Jepun pun tak terima bekas banduan masuk ke Negara mereka. Selama ini rakyat dikaburi bahawa beliau dianaiya oleh Dr.M dan beliau dipenjarakan atas konspirasi liwat yang bermotifkan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengundi bahlol saja sokong, tak tahulah kalau Sultan Selangor dah hilang akal senang2 terima org macam Anuar jadi MB....... Sultan Selangor tak begitu. Orang Selangor mukanya macam bontot kera agaknya kalau terima org macam Anuar ni jadi MB..... 16 September..... 30 Ahli Parlimen BN akan berpaling tadah.... Agung dah perkenan ...puihhhh gila jadi PM. Bagus org ni duduk lagi di penjara sg buluh!

      Delete
    2. tak perlu lah cakap mcm kera bro, komen baik2 dengan jelas kan lebih bagus, kalau mcm ni kena panggil kera balas komen ni nanti... LOL

      Delete
  12. Salam Tan Sri,
    Saya setuju kalau mca tak meletakkan calun akan tetapi bn sebagai parti politik yang sah harus bertanding di prk kajang. Peluang mengutarakan isu kpd rakyat dlm piliharaya seharus tidak disia2. Apa makna bercakap berapi di media maya atau kedai kopi jika pencapaian tak dpt diukur. Kita akui kelemahan dlm kepimpinan dan komponen namun kita harus anggap prk ini rallying point buat BN tanpa ada apa2 risiko. We cannot be worst than where we are now. Kalau BN memilih tidak bertanding bagi saya ianya self admission kpd kecelaruan kepimpinan malah kewujudan BN itu sendiri akan dipersoal integritinya. Lebih baik mati melawan dari mati beragan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik tak mati ..... kalau hidup boleh teruskan perjuangan!

      Delete
  13. Suatu pendapat yang waras dan bernas yang mengimbangi pemikiran saya.

    ReplyDelete
  14. TS Zam.kalau BN bertanding Kajang.
    Cuma saya lihat setiap pilihanraya kecil pemimpin UMNO tak buat kerja.
    Depa kira duit sahaja.Tak amanah pun ada..Di Sungai Limau ada ketua cawangan dapat duit beli motosikal.Jentera yang teruk.
    Pokok dia pemimpin UMNO tak amanah dengan duit ringgit.
    Menteri lah yang paling menghabiskan dan membazirkan duit rakyat dan kerajaan.
    Buat pgogram yang masuk akal langsung.
    Pengudi tempatan ada dua tiga kerat.Yang ramai orang luar dan pegawai kerajaan.
    Sampai hari ini di Sg Limau isu duit ringgit dan hutang sana sini masih kedengaran.
    Duit tak sampai kesasaran sebenar.
    Dapat 100 kemudian kerat pula sampai 50.
    Pemimpin UMNO tolongkah perbetulkan bailik.

    ReplyDelete
  15. Analisa Zam Kali Ini Tepat Sekali...
    Jika BN Bertanding ia akan membawa melapetaka kepada UMNO dan BN serta menunjukkan kebodohan Najib.

    ReplyDelete
  16. Saya ingat kita perlu meletakkan calon kita di Kajang saudara Zam. Kita tak boleh senag-senang bagi PKR menang. Inilah peluang kita menunjukkan belang PKR yang sebenar. Mereka selama ini tidak pernah jujur dalam membela nasib rakyat. Parti politik yang dibentuk hanyalah kuda tunggangan bagi membolehkan pemimpin politik mereka memenuhi cita-cita. Kita tak boleh bagi jalan senang kat mereka ni. Inilah peluang kita 'to open up cans of worm as much as we can.'
    Memandangkan kawasan tersebut milik MCA, biarlah MCA yang letak calon mereka. Kita pun nak tengok juga gaya kepimpinan baru MCA. Bagaimana mereka merencanakan strategi mereka. Inilah peluang mereka untuk menunjukkan kehebatan taktikal mereka. Kehebatan kepimpinan baru berkempen. Inilah masanya Liow Tiong Lai/Wee Ka Siong to prove their mantle. Kta nak tengok juga sejauh mana kekuatan kepimpinan baru tersebut.
    Adik-beradik dalam BN hendaklah memberi sokongan padu kepada MCA dalam merebut kerusi tersebut. Umno dan parti-parti komponen wajib mengerah seluruh jentera parti mereka untuk berkempen. Mereka wajib berdiri di belakang MCA untuk membantu mereka memenangkan calon mereka. HIDUP BN!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu lagi pendapat yang menarik.,logik dan perlu diberikan perhatian terutama dari segi menguji kekuatan kepimpinan baru MCA tetapi saya samasekali tidak bersetuju jika UMNO menjadi calun di kawasan ini semata mata untuk memenuhi orang yang ingat boleh menang atau gila nak jadi calun sedangkan dari logiknya dia pasti akan kalah.

      Delete
  17. Tan Sri;

    Pandangan saya BN tak perlu bertanding tapi mungkin beri sokongan moral pada calon bebas. Buat apa nak bertanding , kalau keputusan dah jangka akan kalah. Tapi BN perlu score political points and built it up seinci demi seinci.

    Hasrat Anwar nak jadi MB sebab nak selesai kemelut Azmin & Khalid. Karut. Masalah kecik macam ni sekali mesyuarat dah boleh selesai tapi memang tak nak diselesaikan sebab agenda yang lebih besar lagi.

    Saya bersetuju dengan pandangan TDM sebab Anwar nak jadi PM. Period. Selangor boleh jadi lombong mas untuk Anwar guna untuk projek PM dia.Harapkan Khalid untuk bantu dia, Khalid lurus bendul.jadi terpaksa orang yang lurus bendul dikorbankan.

    Anwar dah tentu boleh menang jika ada pertandingan. Mustahil dia kalah tapi sudah tentu banyak undi protes.

    Nak jadi MB? Saya rasa 50-50. Dah tentu Sultan Selangor akan dapat banyak nasihat dari orang kebanyakan dan juga penasihat penasihat beliau. kalau tak dapat apa jadi pada Anwar? Kalau Anwar jadi MB, dia lepas jawatan Ketua Pembangkang? Banyak betul kemungkinan ni.

    Saya jengok komen-komen di Malaysia Today dan rata-rata komen menentang hasrat Anwar nak jadi MB. Good start-up.

    ReplyDelete
  18. Salam Tan Sri,

    Dalam kemelut politik di kerusi DUN Kajang, ramai lupa isu asas disini. Apa perlunya PRK perlu diadakan sementelaah kita baru mengharungi PRU tidak sampai setahun yang lalu? Adakah ADUNnya meninggal dunia? Adakah ADUNnya sakit atau tidak berupaya untuk memikul tanggungjawabnya sebagai ADUN? Jawapannya jelas, semua itu TIDAK berlaku. Jadi atas dasar apa PRK perlu diadakan? Ianya semata-mata atas dasar politik kepartian yang sempit yang menjadikan pengundi sebagai kuda tunggangan, buah catur dalam percaturan politik. Jadi bagi saya sebagai rakyat yang sudah jemu dengan permainan politik orang2 politik yang tidak berkesudahan, melihat BN tidak wajar bertanding, sekiranya pertandingan itu hanya memperalatkan dan memperbodohkan pengundi. Sebaliknya rakyat harus mendesak satu pindaan rang undang-undang sediada supaya ADUN yang meletakkan jawatan atas apa jua sebab-sebab lain dari kesihatan dan kematian, perlulah ditangkap dan didakwa atas mengkhianati mandat rakyat.

    ReplyDelete
  19. Saya amat setuju dgn pandangan sdra ZAM bahawa BN perlu jauhkan diri dari PRK Kajang.Jika bertanding pun BN pasti tewas kerana DSAI amat berpengaruh. Dalam BN,parti komponen tidak hormat kepada DSNTR (PM) yang juga pengerusi BN kerana belum pun BN buat sebarang keputusan ,Presiden MCA sudah putuskan bahawa MCA akan bertanding di PRK Kajang.Soalnya bolehkah MCA menang ? Perlu ingat dari segi komposisi kaum ada 50% Melayu ,40% China dan selebihnya India. Dengar berbagai isu yang menyerang agama Islam sekarang ,apakah orang Melayu akan menyokong calon MCA?Apa yang jelas jika UMNO meletakan calonnya di PRK Kajang,orang China sukar memberi sokongan.Kesannya BN akan kalah.Jika BN menyertai PRK Kajang apakah PM akan terus menabur wang yang banyak untuk sekolah2 jenis kebangsaan dengan harapan mahu menarik sokongan kaum China dan India.Apakah PM sudah lupa apa yang berlaku di PRK Sg Limau di Kedah.Keputusan terbaik ialah membiarkan DSAI dengan misinya dan BN perlu beri tumpuan kepada pemasalahan rakyat.Biarkan sahaja penduduk Kajang hidup mewah di bawah pemerintahan DSAI sebagai MB Selangor.KIta sudah nampak 100% ,itulah misi beliau bertanding di PRK Kajang.Dalam PR , semua bentuk bantahan atau komen tidak wajar diambil serius oleh BN kerana semuanya hanya satu sendiwara.Semoga PM dan Presiden BN belajar berkata TIDAK.

    ReplyDelete
  20. Erection ker Election ???? Lupa citer u dalam Al-Jazeera tu.....

    ReplyDelete
  21. TS Zam.
    UMNO pusat bukan pakar strategi politik yang bijak.
    Dengar cerita pengaraj strategi UMNO pusat pun dua kali kalah .
    Satu Parlimen PRU 13 yang lalu.Kedua kalah pertandingan Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian diKedah.
    Tokoh ini orang PMO lah diPutrajaya.

    Inilah puncanya imeh DS Najib kian merosot.

    ReplyDelete
  22. Salam brader Zam. BN mesti bertanding. Nak tau jugak atau 'gauge' pendapat rakyat kajang..sama ada mereka masih dgn al-jub and geng..atau pun merekan dah fed up dgn pakatan ni..

    Al-jub and geng maybe over-confident kot..sapa tau rakyat dah fed up dgn merekan dan sokong BN pulak..

    Kalah menang tak penting. Jika kalah then delay jer lah projek LRT ke kajang, cheras, tak payah subsidi toll mereka lagi.. mana boleh ambil duit income tax saya dan bagi subsidi pada toll kawasan pakatan..!!

    ReplyDelete
  23. DS Najib telah adakah pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia baru-baru ini.Antara nya PM memaklumkan tentang isu semasa dan isu kritikan Tun Mahatihr dan Tun Daim.
    PM minta semua Ketua Bahagian ambil tanggung jawab untuk mempertahankan UMNO dan kempimpinan kerajaan kini.Itulah antara kandungannya.

    Komen :

    Sejauh mana kemampuan Ketua Bahagian seluruh Malaysia mampu berdepan dengan rakyat jelata bagi mempertahankan PM dan Kerajaan.Setakat ini ramai Ketua Bahagian balik kawasan tak buat apa pun sepertu arahan Presiden yang juga PM.

    Sebenarnya Ketua Bahagian tak mampu berbuat demekian.Mereka cuma jadikan Jawatana Ketua Bahagian tempat sandaran cari makan dan projek sahaja.Masalah mereka dan isu mereka di bahagian mereka pun penuh dengan semak samun.

    Amanah PM DS Najib tinggal begitu sahaja.Ketua UMNO Bahagian banyak berlegar sesama mereka sahaja.

    DS Najib kena sedar ini semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. umno akan Tinggalkan BN.....kerana dalam BN hanya ada banyak parti parti nyamok........kuasa pengaruh mahathir dalam Umno secara Automatik out...

      Delete