Monday, 6 January 2014

MAHATHIR BOLEH KAWAL NEGARA, TETAPI GAGAL KAWAL ANAKNYA

ANAK NASIONALIS AGUNG MELAYU PENGEMBANG HARD ROCK CAFE DI MALAYSIA

Marina bersama Paderi Michael Chua dengan sekumpulan
rakan Islamnya berhimpun bagi menunjukkan solidariti
terhadap penganut Kristian di pekarangan Gereja Our Lady
of Lourdes, Klang.
Anak perempuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menyampaikan bunga sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada Paderi Michael Chua dan masyarakat Kristian atas pendiriannya meneruskan penggunaan kalimah Allah di Gereja Our Lady Of  Lourdes di Klang sementara sebahagian besar umat Islam  membantahnya.

Sebelumnya Tun Dr. Mahahtir sendiri telah berkata, agama Kristian tidak akan terjejas tanpa  penggunaan perkataan Allah. Suatu pandangan logik yang mudah diterima akal.

Sebaliknya tindakan Marina itu menunjukkan dia lebih mengutamakan perasaan penganut Kristian tanpa mengambil kira perasaan orang Islam yang merasakan tindakan Michael Chua itu disengajakan sebagai suatu provokasi yang bertentangan dengan keputusan Mahkamah, Perlembagaan dan Titah Di Raja.

Reaksi spontan orang ramai apabila membaca tindakan Marina itu, ialah "Anak Mahathir !"

Bagaimnapun kita harus ingat, Ibu bapa tidak akan dapat mengawal semua anaknya. Jika bapa seorang nasionalis maka belum tentu anaknya juga akan menjiwai bapanya. Jika nafsu bapanya hanya pada perempuan tetapi belum tentu anaknya tidak suka lelaki "jambu".

Umpamanya anak Nasionalis Melayu tersohor dan Pejuang Bahasa dan Budaya Melayu terulong, Tan Sri Syed Nasir Ismail, Tan Sri Syed Yusuf Syed Nasir adalah pengembang Hard Rock Cafe di Malaysia.Terakhir rancangannya untuk membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya telah menerima bantahan dari umat Islam.

Timbalan Presiden Kelab Chedet, Syed Hassan Ali berkata pembukaan Cafe itu bertentangan dengan hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahtir Mohamad yang ingin menjadikan Putrajaya sebagai kota pentadbiran negara Islam atau Kota Firdaus.

Bagaimanapun tentunya tidak bertentangan dengan hasrat Wakil Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu menghidupkan Putrajaya di waktu malam dengan hiburan dan sebagainya atau menjadinya Kota Firdaus Duniawi. Tengku Nan tidak senang dengan Putrajaya yang sepi tanpa aksi di waktu malam.

Nasib baik Hard Rock Cafe tidak wujud di Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13. Jika ada, Husamlah yang mewakili Putrajaya sekarang dan Tunku Nan akan sepi sendiri.

35 comments:

  1. Wirawati Taman Ampang.6 January 2014 at 13:42

    MARINA ADALAH BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA WANITA YANG PERTAMA.

    ReplyDelete
  2. Tentunya Khairy lebih layak dari Marina sekalipun dia juga liberal tetapi tidak sampai menjual maruah kepada agama lain. Didikannya lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah, kah, kah... Really?

      Delete
    2. NAUZUBILLAH utk kedua-dua nya..aku sokong ustazah abby hehehehe

      Delete
    3. Hahaha KJ? Dia tak boleh jadi PM sebab BN kalah PRU14 dan seterusnya akibat salah diorang sendiri.

      Delete
    4. Orang liberal lah will save the world! And yes one might say only this world and not the hereafter. Well if one is looking to live well in the hereafter, please go there faster and leave the rest of us to enjoy life and let ALLAH SWT judge us and not those who think that they are so religious that they want to control others.

      Delete
  3. Tuan,
    Kata orang yang 'arif ' iman tidak bolih diwarisi......pun begitu mak bapak wajar menegur, menunjukajar bahkan wajar memulau andaikata perlaku anak-anak bolih menyebabkan keresahan dan kesusahan pada anggota masysrakat.

    ReplyDelete
  4. Mengapa Dr M di persalah kan? Bukan kah Marina ini di lantik oleh Ah Jib Gor sebagai wakil National Unity Council dan mungkin perbuatan Marina ini di restui oleh Ah Jib Gor untuk mengambil hati puak orang Kristian pulak macam mana PM mengambil hati orang cina!!!!

    Alfie

    ReplyDelete
  5. Janganlah kerana fanatik pada Mahathir dan anti Najib sehinggakan tidak ada pertimbangan dan menyalahkan Najib atas kesilapan dan kelemahan seorang bapa.Suatu tuduhan melulu yang mudah untuk mendakwa Najib suruh Marina berbuat demikian tanpa memikirkan bahawa orang seperti Marina boleh mendedahkan apa juga arahan kepadanya. Kalau bapa sendiripun tidak dihormati apatahlagi Najib. Cakap pakai akallah.

    ReplyDelete
  6. TDM anak cikgu sekolah zaman pra merdeka.
    Marina anak PM. Dia dah biasa senang. Orang yang dah biasa senang tak sedor diri.

    ReplyDelete
  7. Marina Mahathir tidak begitu terserlah "kejayaan"nya berbanding lain-lain ahli keluarganya. Jadi inlah sahaja caranya untuk mendapat perhatian umum iaitu sebagi "anti-establishment". Ini macam budak-budak nakal dalam kelas. Tak Pandai, tak dapat menunjukkan apa-apa dalam pelajaran dan satu cara mendapat perhatain guru-guru dan orang lin adalah menjadi pelajar liar: buat bising dalam kelas, ganggu guru semasa proses pengajaran-pembelajaran dijalankan, emnjadi anggota kumpulan pelajar yang sentiasa membuat bising di sekolah, mendapat perhatain guru disiplin dan sebagainya.

    Marina bukan lagi nakal tetapi sudah menjadi jahat dan bergerak di pentas lebih besar dari bilik darjah dan sekolah. Kejahatannya mengganggu ketenteraman awam dan belaiu sepatutnya dilayan sebagai seseorang yang memerlukan tindakan disiplin daripada pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum saudara Tan Sri Zam. Saya rasa tidak wajarlah untuk menyalahkan Tun Mahathir atas setiap perbuatan Marina. Marina sudah besar panjang, malah sudah boleh masuk dalam kategori 'tua'. Tentunya dia bertanggungjawab atas tindak tanduknya sendiri. Bandingkan saja antara almarhum Tun Razak dan anaknya Dato Sri Najib. Sementara Tun Razak begitu berhati-hati dalam membelanjakan duit negara kerana 'takut apa orang kata', sehinggakan nak menukar langsir dan membina kolam renang di Sri Taman pun beliau tak mahu. Najib pula tidak begitu kisah apa orang nak kata asalkan isterinya puas hati dan gembira. Kerana lebih risau apa Raja Negara Qatar kata, maka beliau tak kisah menghantar isterinya memenuhi jemputan di negara berkenaan dengan menaiki pesawat kerajaan. Barangkali Tun Razak tak begitu romantik orangnya dan beliau tak kisah nak jaga hati Tun Rahah. Najib pula terlampau romantis sehingga ke tahap melambung-lambung isterinya dalam ucapan di perhimpunan UMNO. Apakah kita juga nak salahkan Tun Razak atas perilaku Najib ini? Saya tak fikir almarhum Tun teringin nak menyuruh kita melantik anaknya menjadi Perdana Menteri, tetapi kerana kita orang Melayu tak dapat buang sifat feudalisme dalam diri kita maka bila almarhum meninggal kita pun terus menganggap Najib sebagai orang yg paling layak meneruskan legasi ayahnya. Sebab itulah walau bagaimana PKR mendakwa dirinya liberal pun dia tak dapat buang sifat feudal itu, maka dapatlah Nurul Izzah binti Anwar menjadi Naib Presiden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak menyalahkan Mahathir tetapi pada pandanagn saya ibu bapa tidak akan membentuk semua anaknya mengikuti jalannya malah ada anak orang alim perangai macam syaitan.

      Delete
    2. betul tu ts zam. sedangkan anak nabi nuh pun x beriman ini lagi kita manusia biasa. mmg betul iman x dapat diwarisi.

      jentayu

      Delete
  9. ZAM... dah haru-biru sekarang. Islam dan kristian dah bermasalah kerana sikap segelintir pihak

    ReplyDelete
  10. KAH KAH KAH KEMUDIAN BERTERIAK HIDUP MELAYU KAH KAH KAH........

    ReplyDelete
  11. bro,

    7ELEVEN bukan jual arak? LOL, melayu2! berlumba-lumba nak jadi arab padang pasir, bila lagi nak jadikan KL kota UNTA. KEHKEHKEHKEHKEH

    ReplyDelete
  12. Bukan apa. MM nak tunjukkan kepada dunia bahawa dia berfikiran terbuka, progressif dan tidak terikat dengan bapanya.

    ReplyDelete
  13. Itulah pasal, benda yang tak sepatutnya menjadi isu, dah menjadi isu.....sebab kita semua orang melayu islam terlalu dogmatic without a solid basis. Pada sebelah sana pula, bak kata Tun asyik nak "irritate" orang melayu islam, dah tahu apa yang mereka buat tu berbentuk provokasi, given the malay muslims' attitude, as is.

    Kalau kita betul orang islam sejati (islam antara lainnya bermakna "peacemaking"), kita masing-masing akan berwatak dan beraksi sebagai "peacemakers", bukan dogmatists. Kita akan cari jalan supaya justice dapat dilaksanakan bagi semua pihak terlibat tak kira apa bangsa, dan apa anutannya dan akibatnya keamanan dapat dikekalkan. Itulah sebenarnya seruan Ilahi.

    Dalam hal ini mungkinkah Tun menyeru supaya pihak kristian do justice to the existing law which was enacted much early on based on the constitution. And we know, the constitution was formulated taking into account the interests of all parties involved to ensure peace and harmony. Not adhering to the law is an act of provocation and an irritant to the main beneficiary of that law which may then threaten peace and harmony.

    His daughter on the other hand was making a public statement that christians should be allowed to use "Allah" since it does not actually harm us Muslims, in any way. Muslims should not be so uptight over the issue and if need be, allow for the law to be changed, yet keep the peace.

    Were they both urging for the same thing but coming from two different angles?

    If so, then respect the law, and keep the peace. But at the same time, perhaps the law is due for a review, again with justice for everybody in mind, and peacefulness maintained.

    ReplyDelete
  14. Masaalahnya bukan Marina Mahathir tetapi Majlis Raja Raja Melayu yang yang tidak sepakat dalam memelihara kesucian Islam dalam Negara.

    Ulmak pun tidak sepaka\t dalam hal "Allah" kerana ulamak terbahagi kepada banyak kumpulan.

    Bagi saya tindakan Marina tak salah dan tindakan Jais dalam melaksanakan tugas tidak menjaga adab ! Justeru, tindakannya dikira terbatal dan terkeluar dari Sunnah Nabi SAW dalam mencegah kemungkaran...

    noormalaysia

    ReplyDelete
  15. Putrajaya kota firdaus ? Dulu Shah Alam pun nak dibentuk macam ni tapi gagal.

    ReplyDelete
  16. Keputusan Mahkamah Rayuan telah memutuskan tentang penggunaan Kalimah Allah. Sultan Selangor selaku ketua Agama Islam di Negeri Selangor telah melarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Disini, telah ada dua 'ruling' yang perlu dipatuhi rakyat Negeri Selangor. Ini bertujuan bagi menjaga sensitivit penduduk yang beragama Islam yang merupakan majoriti di negeri Selangor.
    Apabila seorang paderi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tetap akan menggunakannya tanpa mempedulikan kedua-dua ruling ini, dan mereka seolah-olah mencabar titah-perintah tersebut. Tidakkah mereka tahu bahawa perkara tersebut adalah sensitif bagi Umat Islam di negara Malaysia? Ini adalah satu tindakan provokasi dari mereka.
    Mereka cuba nak salahkan JAIS. Kononya JAIS telah melanggar peraturan itu dan ini. Yang mereka tidak mempedulikan 'ruling-ruling' yang disebutkan tersebut dan terus degan sikap berdegil mereka itu tidak langgar peraturan pula. JAIS telah menjalankan kewajipan mereka untuk MENJAGA KESUCIAN ISLAM. Kita wajib duduk dibalakang JAIS dan mempertahankan JAIS dari setiap serangan-serangan yang mendatang.
    Apa yang yang telah terjadi dengan Umat Islam di negera kita? Terutama Orang Islam dalam PAS? Umat Islam dalam parti pembankang? Kenapa diam membisu? Agama Islam tealh diperkotak-katikkan dalam negara yang majoritinya penduduknya Islam.
    Aku rindu zaman pemerintahan Dr. Mahathir. Zaman di mana golongan minoriti tahu dimana batas-batasnya. Tun, tolonglah keluar dari persaraan dan kembali memerintah Malaysia. Kedudukan dan kesucian Agama Islam telah jatuh ke tahap yang amat rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara(MKPN) Tan Sri Samsuddin Osman sewajarnya memberikan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan ini. Adakah beliau merasakan bahawa belia telah membuat suatu kenyataan adil dan saksama apabila hanya menyalahkan pihak JAIS sebagai melakukan tindakan membabi buta tanpa menghormati 10 persetujuan yang telah dicapai?

      Delete
  17. Masalah yang melanda kita orang Melayu dan umat Islam kerana tiada kata sepakat terutama dalam isu kalimah Allah. Pengikut parti PAS yang digambarkan sebagai pengamal ajaran Islam bersetuju penggunaan kalimah di kalangan orang kristian Manakala di pihak kerajaan amat menentang. Perbezaan ini mengambarkan perbezaan atas kiraan politik, tidak kepada akidah. Oleh itu, orang kristian hanya melihatkan tidak mengapa menggunakan kalimah Allah kerana sebahagian orang Islam bersetuju. Jadi kita hendak menyalahkan siapa? Orang yang alim dan beragama pun bersetuju.

    ReplyDelete
  18. org yg berlagak alim dan beragama bersetuju....sepatutnya semua yg mengaku beragama islam tak kira alim ke tunganglanggang sepakat Allah hanya untuk muslim....

    ReplyDelete
  19. Saya hairan. Kuasa di tangan kita. Mohon DYMM Sultan sebagai ketua agama perintah si paderi sombong dan derhaka ini mengadap tak boleh ke...?

    ReplyDelete
  20. Hard Rock Cafe tu agaknya siapalah shareholder yang besar di Malaysia ni? Dengar khabar hamba Allah ni terlalu besar tiada yang boleh melawan. Datuk Yusof tu orang suruhannya saja TST lah

    ReplyDelete
  21. Tan Sri, pepatah Melayu yang mengatakan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan satu lagi apabila bapa borek anaknya rintik sudah tidak boleh dipakai lagi pada zaman ini. Kuah boleh tumpah ke lantai atau ke dalam longkang dan tidak semestinya sampai ke nasi. Saya fikir generasi nenek moyang kita dulu melihat anak demang akan menjadi demang, anak raja suatu hari nanti akan menjadi raja dan anak tok imam akan menggantikan ayahnya menjadi imam. Tetapi kalau ditinjau selangkah ke depan, yang jadi demang tidak semestinya demang yang baik, yang jadi raja pun begitu juga malah yang menggantikan ayah sebagai imam tidak semuanya membawa idealisme ayah mereka. Maka apabila Marina tidak menjadi Mahathir dan Syed Yusof tak menjadi Syed Nasir maknanya kuah yang sepatutnya tumpah ke nasi telah tumpah ke merata-rata tempat yang tak sepatutnya. Tapi bagi saya Marina hanya orang ingat sebab bawa nama Mahathir di hujung namanya. Kalau tidak, orang tak ingat dia.

    ReplyDelete
  22. Kalo ikut Melayu, yg muda tak bole berpikiran sendiri, dah besar tetap duduk bawah kain mak bapak. Hantar belajar tinggi2 dan jauh2 tapi mindset/thinking capacity di harap jangan berubah. kalo tunjuk progresif sikit dah di chop macam2 nama. Melayu...melayu....bila lah nak hapuskan minda medieval/dark ages kamu ni. Chickens have come home to roost :)

    ReplyDelete
  23. Putera Gunung Jerai.9 January 2014 at 22:12

    Ulamak kita ini sudah ditaksubkan ideolpgi politik.
    Politik telah memebelahkan akidah ,kemsyarakatan,hubungan keluarga,ekonomi Melayu.
    Kerana nak jaga undi dari bukan Islam.
    Itu saja.

    ReplyDelete
  24. Tan Sri,

    Semoga kita juga akan sama-sama berdemo secara aman membantah wujudnya kedai ekor, kilang arak, bukan Islam dan yang mengaku Islam memperlekehkan/menentang hukum hudud dan banyak lagi......

    ReplyDelete
  25. Ajak lah orang Pas berdemo kerana merekalah yang menjuarai peruangan ini tetapi sekarang merekalah yang bersama gulongan mungkar dalam memperatahankan semua ini termasuk tidak lag bersuara dalam hudud kerana telah menjadi orang yang realis.

    Bagi saya pendirian saya tidak pernah berubah. Saya tidak nampak semua pekara ini boleh dilaksanakan di negara berbilang kaum dan agama.tiap orang Islam yang beriman dapat hidup dalam keadaan apapun. Orang Islam yang beriman di Barat dan lain lain negara yang dikelilingi dosa tetapi tetap beriman tetapi di Malaysia orang yang dulunnya mengakafirkan orang Islam sekarang telah berpeluk dengan kafir. Eloklah saudara kepalai Pas pula kerana masih berada dalam zaman ketaksuban Pas dulu atau juarai demonstrasi menentang Pas kerana telah menipu orang Islam sekian lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Tan Sri,

      Kita (Melayu) terlalu partisan. Kita tidak mahu bersama menangani ISU Islam/Melayu secara bersepadu.

      Namun masalahnya, masing-masing ' perasan' bahawa pihak merekalah yang betul.

      Bagaimanapun, semua pihak mengharapkan masa itu ( bersama dalam menangani isu Islam/Melayu walaupun berbeza ideologi politik.

      Sehubungan ini, mungkin di atas niat suci itulah yang menyebabkan Tuan Tan Sri ' marah ' kerana berpendapat Melayu lain tidak mahu ikut sama dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

      Tuan Tan Sri mungkin bersetuju bahawa masing-masing Melayu sentiasa menuding jari menyalahkan Melayu lain kerana sebenarnya inginkan sangat Melayu menjadi buta parti apabila berhadapan dengan soal Islam/Melayu.

      Tuan Tan Sri, siapa pun Melayu mengharapkan momen-momen itu (tidak partisan apabila berhadapan dengan isu Islam/Melayu) berlaku.

      Akhir kata, semoga Tuan Tan Sri maju jaya dalam business yang diceburi. Untuk rekod, banyak restoran biasa Mamak telah mula mengenakan pengguna yang kebanyakkannya Melayu. Harga Teh Tarik di tempat saya sekarang di sekitar RM1.50-RM1.70. Malah ada yang menaikkannya kepada RM1.80.

      Delete
  26. Teori "R.A.H.M.A.N" dah dipenghujungnya.Najib mengaminkan siri PM Rahman.Maka kesinambungan siri tersebut akan bermula dgn "MuhAHMAD" bermula dgn Muhyidin Yassin.

    ReplyDelete