Tuesday, 31 December 2013

PEMUDA UMNO MAHU UMAT ISLAM TUMPANG KEBESARAN AGAMA KRISTIAN

TAK PAYAH TUNGGU SAMBUTAN  TAHUN BARU  UNTUK BACA YASIN

KOMEN: Promo PPJ: Jom ke Konsert Sambutan Ambang Tahun Baru,31 Dis di Dataran Putrajaya P3 8.30pm. M Nasir,Jamal Abdillah, Ella, Amy Search DLL.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin: Adakah pemuda pemuda UMNO memahami dasar negara atau anda megetuai sebuah jawatankyasa pemuda yang tolol, ortodox dan ketinggalan zaman?-Tan Melaka.

Saya merasa sinis dengan seruan  sesetengah pemimpin Islam supaya sambutan  tahun baru Masihi atau tahun Kristian atau tahun kafir disambut secara Islam.Tidak pernah pun kita dengar penganut agama Kristian menyeru penganutnya menyambut awal tahun Takwim Islam 1 Mahram secara agama Krisitian .

Adalah lebih baik bagi umat Islam yang merasa iman mereka  akan tercabar kerana menyambut tahun baru Masihi supaya tidak menyambutnya langsung. Untuk menyekat umat Islam dalam dunia antara bangsa yang  dikuasai oleh kafir dan menghalang orang Islam dalam  masyarakat berbilang kaum dan agama dari menyertai sambutan tahun baru Masihi  suatu pekara yang tidak mungkin.

Tidak mungkin TV3 ,Astro dan RTM tidak turut dalam persaigan menyambut kedatangan tahun baru Masihi pada setiap tahun dengan berbagai acara hiburan.

Tahun ini seruan supaya Tahun Baru 2014 disambut dengan cara Islam disuarakan oleh Exco _Pemuda UMNO,Azmir Yuzaimi Mohd Yunus dengan  meminta umat Islam  membaca surah Yasin dan doa selamat di masjid dan surau di seluruh negara. Ini berarti nak meumpang kebesaran agama lain.Umat Islam boleh melakukan ini pada hari hari lain tanpa megambil sempena 1 Januari.

Tentunnya malam ini lebih ramai penduduk di seluruh negara menonton berbagai program TV sambutan tahun  dan di Putrajaya ramai yang  akan keluar menonton konsert M.Nasir dan Ela untuk menyambut tahun baru 2014 dan pertunjukan  bunga api yang indah.

Tahun baru Islam tak boleh sambut dengan bunga api kerana ia bersifat hedonistik.Silapnya kita ialah acara keagamamn kita lebih  bersifat pengasingan atau pendekatan ekslusif kepada orang Islam sahaja dan tidak bersifat untuk semua

Saya tidak tahu samaada Ketua Pemuda UMNO seperti Khairy Jamaluddin yang dinamik dan progresif menyertai  pemikiran yang jumud  dan basi yang disuarakan oleh seorang ahli exconya untuk menunjukan ke Islaman.

Kalau tak mahu sambut tahun baru, tak payalah sambut dengan apa cara sekalipun. Hadapilah realiti sebagai modenis Islam.Pas yang jumud pun sudah sanggup berketuakan homosexual.

Sunday, 22 December 2013

HARI HARI LIAR HARTAWAN SYED MOKHTAR ALBUKHARY

ZAM NEWSROOM CAFE DI BUKA MULAI ESUK PAGI.(1 JANUARI 2014)
WAKTU NIAGA SETIAP HARI: 8 PAGI-10 MALAM.
PAPAN TANDA PERNIAGAAN DAN LOGO(BELUM DIPASANG)

                               
Displaying photo.JPG
































ZAM DAN ANAK LELAKINYA ZAIRIN  YANG AKAN MENGURUSKAN ZAM NEWSROOM CAFE.LATAR BELAKANGNYA IALAH  NEWSROOM (BILEK BERITA) UTUSAN MELAYU 1963.


Ramai yang mengenali saya bila bertemu mengemukakan pertanyaan yang sama: Datuk (atau Tan Sri) buat apa sekarang?. Jawapan saya juga sama: Menulis.

Sejak saya bersara setelah  kalah dalam Pilihanraya Umum 2008,kerja saya memang menulis. Menulis  rencana sekali sekala  untuk  Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia disamping menulis buku. Buku terbaru ialah: Kisah Sejarah Utusan Melayu Di DEPAN API DI BELAKANG DURI  yang diterbitkan baru baru ini dan sebelumnya kompilasi tulisan saya di Mingguan Malaysia: MASA ITU SUDAH BERLALU.

Sebagai Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir UUM saya sedang menyiapakan buku " SAYA BUKAN MENTERI" sebagai syarat yang saya mesti penohi,hanya tinggal satu dua  bab sahaja lagi untuk disiapkan. Buku ini adalah merupakan memoir saya secara terus terang.

Saya kagum dengan Allahyarham Pak Sako, Pak Samad Ismail,Tun Dr Ismail dan juga hartawan Melayu Syed Mukhtar Albukhary yang dalam buku memoir masing masing tidak  menyembunyikan rahsia kenakalan  hidup mereka semasa muda.

Pada usia baru 20 tahun seperti anak anak muda Kedah lainnya , destinasi Syed Mokhtar  juga ke Thailand ( tentunya Hat Yai) dan Pulau Pinang setiap hujung minggu " tetapi hari hari liar yang mengasyikan itu terhenti dengan tiba tiba ,sama sebagaimana ketika ia bermula."( untuk mengetahui lebih lanjut bacalah Biografi Syed Mokhtar Al Bukhary) .

Saya tabik hormat  pada  Syed Mokhtar sama seperti saya hormati bapa mertuanya  Allahyarham
Syed Kecik bin Syed Mohamed Albukhary sahabat karib saya sejak di Alur Setar kerana sebab sebab lain.
Saya juga mempunyai rahsia hidup  yang akan saya didedahkan  kelak dalam "SAYA BUKAN MENTERI" .

Setelah bersara,saya membuat kerja penulisan  dirumah termasuk menyiapkan dua buah buku kerana saya tidak mahu  membazirkan wang untuk menyewa pejabat  tetapi Alhamdulillah mulai Januari 2014 saya akan mempuyai pejabat kecil di Cafe yang akan dijalankan oleh anak saya Zairin yang saya namakan " ZAM NEWSROOM CAFE." Dia berhenti kerja untuk tumpukan pada cafe ini.

Cafe ini terletak di komplek baru perniagaan dan pejabat di  Presint 8  Putrajaya  AYER@8  di Jalan menuju Yayasan Kepimpinan(Tun Mahathir) .Alamat penuh: D-G-3A Block D,Promenade@8 Presint 8, Putrajaya.

Saya mempunyai sebuah pejabat kecil di dalam Cafe ini yang setiap mejanya dihiasi dengan keratan   berita dan rencana rencana penting  dari akhbar akhbar, gambar gambar bersejarah, buku buku dan yang tentunya paling menarik gambar besar  hiasan dinding pejabat Utusan Melayu1963 di Jalan Lima Chan Sow Lin Kuala Lumpur.

Perlu diingatkan Cafe ini akan dibuka mulai 1 Januari 2014 dari jam 8 pagi hingga 10 malam tetapi oleh kerana perniagaan, pejabat,bank dan sebagainya  dikawasan  baru ini belum dibuka sepenohnya maka  cafe ini juga masih belum dapat menghidangkan menunya dengan sepenuhnya.

Di cafe inilah saya akan dapat berintraksi dengan orang ramai, berjumpa dengan rakan rakan dan akan menyiapkan " SAYA BUKAN MENTERI."  Orang ramai juga akan dapat membeli atau memesan buku buku karya saya dari cafe ini.

Ini adalah pejabat kecil saya dalam cafe
Type writer saya yang pertama dan teakhir,buku buku,akhbar dan juga koleksi sudu dari seluruh dunia.
           
Keratan berita- berta  penting akhbar  menghiasi setiap meja
Pandangan penuh Cafe yang berlatarbelakangkan Bilik Berita Utusan Melayu 1963 di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Thursday, 19 December 2013

PENAPIAN JABATAN PERDANA MENTERI

MERUJUK KEPADA POSTING: SAYA TAK SANGKA NAJIB AKAN LAKUKAN INI


Jabatan Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Najib tidak menghadhiri upacara penghormatan terakhir kepada bekas Presiden Africa Selatan Mandela untuk menjimatkan wang negara.

Berita  mengenainya yang disiarkan oleh sebuah stesen radio telahpun  dinapikan oleh Jabatan Perdana Menteri  menerusi Astro tetapi  telah tidak disiarkan.

Saya meyakini berita ini benar kerana datang dari sebuah stesen radio dan telah digunakan oleh bloggers sebagai sumber dan saya telah membuat ulasan setelah beberapa hari tidak ada penapian. Sewajarnya kiranya tidak digunakan oleh Astro seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh seorang jurucakap JPM maka penapian itu  hendaklah diedarkan kepada  media lain  terutama media cetak yang pasti akan menggunakannya.

Saya sendiri   berpendapat bahawa Unit Komunikasi Jabatan Perdana Menteri tidak seharusnya memberikan reaksi  terhadap setiap berita rubbish yang digunakan oleh mana mana portal berita rubbish atau blog.

Melayani mereka adalah memberikan kredibiliti dan pengihtirafan kepada mereka  tetapi dalam pekara yang serius seumpama ini yang disiarkan oleh media yang diiktiraf dan berpengaruh maka apabila mereka anggan menyiarkannya sewajarnnya  diedarkan kepada seluruh media lain  terutama media cetak dengan menyebutkan pihak yang membuat kesilapan.


Monday, 16 December 2013

MAT SABU SYIAH HANYA PERMAINAN POLITIK.

Kementerian Dalam Negeri(KDN) yang mempunyai 10 bukti Gred A mengaitkan Timbalan Presiden Pas  Mohamad Sabu sebagai  Syiah telah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam(JAKIM) untuk tindakan selanjutnya.

Dan tentunya JAKIM pula akan melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka  ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah pun mencabar Kementerian Dalam Negeri jika mempunyai bukti yang kukuh bertindaklah  dan  hadapkan Mat Sabu ke Mahkamah supaya dia dapat membela diri.

Setelah gempar seluruh negara bagaikan langit nak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan mengambil tanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas; orang itu serah pada orang ini,orang ini serah pada  orang itu. Maka rakyat akan tinggal dalam keraguan dan lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu  samaada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak.

Akhirnya rakyat akan  melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir Tuhan Harun.

Dengan itu juga kredebiliti kerajaan BN dan UMNO semakin terhakis. Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini. Rakyat yang semakin cerdik akan nampak permainan politik yang semakin cetek dan pandir.

Published: Tuesday December 17, 2013 MYT 3:56:00 PM 
Updated: Tuesday December 17, 2013 MYT 4:16:36 PM

Mat Sabu wants Ahmad Zahid to retract Syiah allegation or will sue

   
KUALA LUMPUR: PAS deputy president Mohamad Sabu says he will lodge a police report against Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi for accusing him of being a Syiah leader, before filing a defamation suit.
Speaking at a press conference at the party headquarters here Tuesday, Mohamad claimed that Dr Ahmad Zahid, who is also the Home Minister, was the culprit behind the accusation with "bad intentions" to attack his dignity and integrity.
"My lawyers have also gone through Zahid's speech which linked me with Syiah and I believe there has been an abuse of power from his side," said Mohamad, who is better known as Mat Sabu.
Dr Ahmad Zahid, at the recent Umno general assembly, stated in his winding-up speech that PAS had elected a Syiah leader as the "PAS no 2" and that the Home Ministry had given authority to the Malaysian Islamic Religious Development Department (Jakim) to initiate action.
Mat Sabu described the statement as an "abuse of power" as Jakim was not under the purview of the Home Ministry and that it has no basis to take action against him.
"God willing, I will lodge a police report against Zahid for his irresponsible statement. I hope the police will act professionally without fear or favour in their investigation," he said.
Mat Sabu also said he would no longer make any more statements on the matter until it was brought to court by his lawyers.
"From here on in, I will leave it to my lawyers and I will not give any kind of explanation or statement regarding this issue. I will not entertain this matter until it is heard in court," he said.
Mat Sabu's lawyer Mohamad Hanipa Maidin, who was also present, said a letter of demand will be sent to Dr Ahmad Zahid this week which needed a response within three to four days.
"We have not decided but we will definitely issue the letter of demand where he has to retract his statement and apologise. If (there is) no response, we will take the matter to court," said Hanipa, who is also a Sepang MP.
To a question, he also said there was no need for Mat Sabu to deny the 10 pieces of "evidence" revealed by the Home Ministry last week, as they were "irrelevant".
"Based on the law, the burden of proof is not with Mat Sabu. He is innocent until provent guilty. If he (Dr Ahmad Zahid) has all the evidence, bring it to court and defend his justification," he said.
Last week, the ministry was reported to have urged Mat Sabu to come forward and "disprove" the evidence of links to the Syiah sect, which is considered deviant in Malaysia.(From Star online)






Sunday, 15 December 2013

TUN MAHATHIR DI UPACARA PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MANDELA.

Bekas Perdana Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamed telah menjadi wakil Peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib di upacara memberikan penghormatan  terakhir  kepada mendiang bekas Presiden Africa Selatan Mandela dengan diringi oleh isterinya Tun Dr Asmah ,Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Africa Selatan Kennedy Jawan dan pegawai pegawai Jabatan  Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib tidak dapat hadir keupacara itu kerana beliau telah pun dijadualkan untuk ke Tokyo tetapi suatu kenyataan sebelumnya  menyatakan beliau tidak pergi ke upacara itu  kerana hendak menjimatkan wang negara.




Tuesday, 10 December 2013

SAYA TAK SANGKA NAJIB AKAN LAKUKAN INI

ANWAR IBRAHIM  WAKILI MALAYSIA KEPENGKEBUMIAN MANDELA

KOMEN : SAYA MENCADANGKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT AGAR MEMBUAT KEPUTUSAN SEGERA BAGI MEWAKILKAN ANWAR IBRAHIM KEPENGKEBUMIAN  MANDELA PADA HARI AHAD INI.

SEKURANG KURANGNYA TINDAKAN INI AKAN DIKENANGKAN  SEBAGAI SUATU PENGHARGAAN PEMBANGKANG KEPADA JASA BEKAS PERDANA MENTERI TUNKU ABDUL RAHMAN DAN MENGUBATI PERASAAN LUKA TUN MAHATHIR TERHADAP KEPUTUSAN MALAYSIA YANG MENJATUHKAN MARUAH RAKYAT- ADI PUTRA.

CELAKALAH BAGI ORANG YANG MENASIHATKAN NAJIB UNTUK TIDAK HADIR- NURASHIKIN


SAYA TAK SANGKA........
Saya terkejut,tergaman,terkelu  dan sedih menghiris hati  apabila  saya mendengar berita mengatakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib tidak akan menghadhiri upacara pengkebumian seorang pemimpin agung dunia yang di hormati kawan dan lawan  Presiden Africa Selatan Mandela pada 15 Disember 2013 ini.

Keharuman nama Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman yang  dengan tegas dan berani menyokong  perjuangan menentang apartheid dengan sekali gus telah dipadamkan dengan seguris keputusan Perdana Menteri Malaysia yang melukakan perasaan rakyat Africa Selatan khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Apakah ini atas nasihat dari Wisma  Putra atau keputusan Najib  sendiri atau  orang yang terdekat dengannya ? Saya tidak mahu percaya kepada alasan yang diberikan bahawa ini dilakukan  untuk menjimatkan belanja.

Apapun inilah  suatu keputusan yang sangat tidak waras dan bertentangan dengan semangat rakyat dan penghayatan negara.

Jika Tun Dr.Mahathir sihat tentulah beliau akan pergi.

Saya tidak perlu komen terlalu panjang tetapi cukuplah untuk  mengatakan bahwa keptutusan Najib ini adalah langsung  tidak termasuk dalam logik akal saya.Perbuatan ini tidak dirastukan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan anti kekejaman malah menghina perasaan seluruh rakyat  Malaysia yang menghayati perjuangan dan jasa  Mandela.

Saya meagungkan ayahnya nya Tun Abdul Razak sebagai seorang nasionalis yang bijak yang sanggup menyekutukan dirinya dengan gulongan sosialis dan nasionalis kiri untuk mengeluarkan bangsanya dari perbezaan dan penindasan dalam negaranya sendiri tetapi anaknya gagal untuk membuktikan penghayatan perjuangan gigih seorang pemimpin yang juga dihayati oleh ayahnya.

Inilah saat saatnya untuk menunjukan warisan kepada penjiwaan semangat negara.

Kepada mendiang  Mandela hanya ingin ku katakan:
Sebagai rakyat Malaysia aku  tidak turut merastui perbuatan ini 
Aku telah membaca bukumu A long Walk To Freedom
Mungkin kerana aku terlalu sentimen kepada mu
Maka perasaan ini ku curahkan  dalam pemergian abadimu
Semuga  suara kecil ini dirasakan oleh rakyat Africa
Bangsa kami tidak miskin budi bahasa
Hanya  pemimpin  tidak tahu mengharga .






Monday, 9 December 2013

KEPIMPINAN PUTERI UMNO YANG TIDAK BERAURA DAN BERWIBAWA.

Kiranya benar fakta fakta yang terkandung dalam tulisan wartawan The Star Shahanaaz Habib  (The Sunday Star 8 Disember 2013),maka kepimpinan baru Puteri UMNO  tidak memberikan tanda keyakinan  untuk membawa Puteri UMNO  berkembang dan berpengaruh sebagai penyumbang kepada pemulihan kekuatan UMNO.

Bahawa Puan Ermiyati Shamsudin berusia 37 tahun yang berpengalaman dalam politik tidak menulis ucapannya perdananya  kepada  Perwakilan Puteri dan mengharapkan kepada kawan kawan dengan alasan tidak mempunyai masa,  menampakan beliau  tidak tahu menilai kesempatan keemasan ini dan tidak  dapat melihat kualiti kepimpinan yang diperlukan.

Menurut Shahanaaz, Eermiyati memberi alasan  tidak berkesempatan menulis sendiri  ucapannya kerana telah pergi ke Belgium selama seminggu dan meminta  ucapannya disediakan bersama oleh sekumpulan rakan rakannya.

" Saya tidak mempunyai masa . Bila kembali saya hanya ada dua hari untuk menyediakan."katanya.

Pertanyaan yang timbul apakah beliau tidak mempunyai masa  selama kira kira 13 jam  dalam penerbangan dari Eropah  ke Kuala Lumpur.

Dalam Pilihanraya Umum tahun 1999, A. Kadir Jasin, Dr.Nordin Sofie(Allahyarham) dan saya sendiri telah diminta oleh  Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Mahathir untuk membantu  Timbalan Presdien UMNO dan juga Setiausaha Agung UMNO  menyediakan manifesto tetapi setelah disampaikan kepadanya  beberapa hari sebelum pilihanraya suatu draft manifesto yang ditulis tangan oleh beliau sendiri dikemukakan kepada kami yang menunggu di sebuah bilek untuk semakan.

Draft manifesto kami  yang diusahakan hampir sebulan langsung tidak dipakai. Kata Dr Nordin Sofie  kepada saya" Biasalah Zam"

Ini berarti bahawa Nordin sendiri telah banyak kali melalui pengalaman ini dan demikian juga nasib kebanyakan draft  ucapan untuknya terutama ucapan kepada Perhimpuan Agung UMNO setiap tahun yang disediakannya sendiri.

Semasa menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu,saya sendiri banyak menerima  surat pembaca yang ditulis tangan oleh Dr. Mahahtir sendiri yang saya simpan sampai sekarang.

Kepimpinan besar dan tulin jarang  mewakilkan tugas utamanya  kepada orang lain, mengenali aspek kelebihan  dan kekuatan sendiri yang melebihi orang lain, mempunyai keyakinan dan kesedaran bahawa kekuatan untuk menawan hati rakyat adalah yang terbit dari hatinya sendiri. Dengan itu rakyat  merasakan kejujuran dan keikhlasannya. Sesiapa juga boleh menyampaikan fikiran tetapi tidak dapat menyampaikan perasaan hati.

P. Ramlle juga pernah berkata bahwa untuk menawan hati penonton perlu  penyampaian dari hati sendiri dan bukannya dengan hanya akal.Ramai orang boleh memberikan fikiran tetapi orang mengetahui jika bukan dari diri sendiri.

Bagaimanapun sekarang penyampaian  dari hati ke hati tidak perlu lagi tetapi yang perlu ialah penyampaian  wang dari tangan ke tangan untuk menawan hati.

Tidaklah mengherankan jika Shahanaaz menulis bahwa ucapan Perdana  Ermiyati tidak memberikan penghayatan dan dia  kekurangan aura dan bagaimana jika beliau terpaksa  berhadapan dengan PKR Srikandi Siti Aisah Shaikh Ismail dan Nurul Izzah Anwar yang mempunyai kelebihan sebagai Orator?

Masa depan Puteri UMNO tidak menjanjikan kehebatan.