Saturday, 30 November 2013

BAGAIMANA LEE KUAN YEW MAHU MATI


Dalam umurnya sekarang melebihi 90 tahun, Menteri Mentor Singapore Lee Kuan Yew(LKY) mengakui tidak lagi dapat mengelak diri  dari memikirkan hari  kematiannya. Ketika diinterbiu pada umur 89 tahun LKY berkata beliau  tidak ada  sebab  boleh mengelak  dari persoalan ini.

Dalam buku terbarunya  One Man's View of The WORLD  yang mungkin telah dibaca oleh ramai orang,  pada bab "Personal Life",LKY  yang tidak percaya kepada wujudnya tuhan dan alam akhirat menyatakan bahwa beliau seorang atheist yang tidak percaya kepada mana mana agama tetapi  tidak menapikan dan tidak pula mengakui adanya Tuhan.Dia tidak percaya akan dapat menemui lagi isterinya. .

"  I do not laugh at people who believe in God. But I do not necessarily believe in God-nor deny that there could be one," katanya..

Isterinya yang telah  meninggal dunia juga tidak percaya kepada agama. Seorang  kawan  yang cukup kuat berpegang kepada agama akhirnya berpisah dengan isterinya kerana setiap kali berjumpa cuba mengkristiankannya.  Isterinya meanggap ini  sebagai  perbuatan bodoh.

Apa yang difikirkan  oleh LKY dalam munggu saat kematiannya ialah apakah dia akan mati dengan pantas  kerana serangan stroke atau stroke otak yang  akan menyebabkannya  terbaring lama di katil dalam keadaan setengah sedar.

Antara keduanya LKY  memileh untuk mati dengan pantas.Beliau telah pun memberikan" Arahan Perubatan Terdahulu" ( Advance Medical Directive- AMD)  supaya sekiranya  beliau   terpaksa diberikan makan menerusi tube dan tidak mungkin akan puleh dan tidak boleh lagi  bergerak, maka doktornya hendaklah melepaskannya  pergi dengan segera( mematikannya).

Arahan ini telah ditandatangani oleh seorang peguamnya dan seorang doktor

LKY menyatakan bahawa  setiap hari yang dilaluinya sekarang dirasainya semakin meletihkan  dan semakin kurang aktif. Apapun yang diusahakannya dan didisplinkan dirinya  tetapi keadaannya tetap merosot.

Bagi LKY kepuasan hidupnya yang paling besar ialah dapat menggunakan masa bertahun tahun mengumpul sokongan, menjadikan Singapore meritoctratic,bebas dari rasuah dan kesaksamaan antara kaum.

Wednesday, 27 November 2013

CUTI JUMAAT DAN NAIK CUKAI UNTUK BALAS DENDAM PADA CINA

TERKINI: DEWAN BANDARAYA BATALKAN NAIK CUKAI(lihat berita dibawah)

Pendirian  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menguatkuasakan pelarasan  cukai pintu mengikut nilai hartanah semasa pada 1 Januari depan dan ketegasan Kerajaan Johor untuk menukarkan cuti umum negeri itu dari Ahad kepada Jumaat telah dianggap oleh kebanyakan orang Cina sebagai bermotif politik , hendak  balas dendam kerana tidak memberikan undi kepada BN.

Tentunya mereka sekarang sedang memikirkan bahawa sekiranya mereka mempunyai perwakilan dalam kerajaan Johor atau MCA masih kuat dalam BN, kedua langkah itu tidak akan berlaku.

Saya mendapat kabar dari luar negara ,ada Cina Malaysia yang menyebarkan cerita langkah kerajaan Johor itu hendak menunjukan kuasa Raja, kuasa Melayu dan martabat Islam.

Baguslah jika mereka mempunyai fahaman demikian supaya mereka memahami pepatah Melayu baru " Buat baik berpada- pada. Buat jahat pada yang tak mengenang budi."

Apa peduli kata orang kalau buat apa pun tak kena.

Tahniah kepada Menteri  Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku MaNsor yang  telah menampakan  sokongan kuat kepada Dewan Bandaraya untuk meneruskan langkah itu setelah tertunggak salama 21 tahun.

Tak usahlah nak bertolak ansur .Cara kita selama ini tidak berkesan tetapi cara Lee Kuan Yew adalah sebaiknya untuk membentuk orang Cina.Masalah kita sekarang ialah membiarkan jenis orang Cina  yang tidak dikehendaki oleh LKY bermaharajalela di Malaysia.

Mereka yang tidak membaca sejarah Singapura tidak tahu hal ini.Saya boleh mendakwa telah mengikuti dan membaca  jejak   LKY dari A to Z.

Orang Cina yang hendak mengetahui betapa nasib mereka lebih baik dari Singapore bacalah Memoir LKY  From Third World To First World  dan Singapore Story.


FROM THE STAR ONLINE:

Published: Wednesday November 27, 2013 MYT 5:09:00 PM 
Updated: Wednesday November 27, 2013 MYT 5:13:45 PM

DBKL assessment rate hike on hold till March 2014, says FT Deputy Minister

Federal Territories Deputy Minister Datuk Dr J. Loga Bala Mohan.
Federal Territories Deputy Minister Datuk Dr J. Loga Bala Mohan.
  
KUALA LUMPUR: The proposed increase in assessment rates by Kuala Lumpur City Hall (DBKL) has been put on hold until March 2014.
Federal Territories Deputy Minister Datuk Dr J. Loga Bala Mohan said this during a debate on the allocation for the Ministry in Budget 2014, adding that the date of implementation had yet to be fixed.
"I have good news for MPs, especially those in Kuala Lumpur. The implementation of the new assessment rate has been deferred until March next year," he said.
Dr Loga Bala added that engagement with various stakeholders will continue through public hearing sessions starting Dec 17.









Sunday, 24 November 2013

SIAPA KATA CINA MALAYSIA TOLAK RAJA


Kita boleh menyekat kalimah Allah digunakan sebagai sebutan tuhan kepada agama lain tetapi kita tidak boleh menyekat mereka menggunakan" RAJA" sebagai Tok Pekkong untuk disembah bagi memohon limpahan rezki serta merta.

Ini adalah Tok Pekkong yang menarik; seorang "RAJA" bertengkolok yang memegang keris untuk disembayang yang saya rakamkan di Taman Permai  Bedong Kedah.

Dari  suatu segi "Tok Pekkong" ini  mungkin menunjukan bahawa di sebalik Malaysian Malaysia ,di hati kecil sebahagian orang Cina masih ada pendewaan terhadap kekeramatan  raja tetapi disuatu sudut yang lain pula ialah orang Cina sanggup untuk menyembah  apa sahaja demi untuk meterialisme.

Di Singapura mengadakan Tok Pekkong di tempat terbuka atau pun pembakaran colok  di  rumah rumah pangsa diharamkan kerana asapnya akan menggangu jiran kecuali gaharu eletrik tetapi di Malaysia orang boleh mendirikan Tok Pekkong dan  berhala  mini di mana sahaja  malah di tanah haram sehingga yang bermula dengan  haram kecil  menjadi  haram besar dan kemudiannya menjadi halal abadi  kerana kepentingan politik.

Di Singapura tidak ada kepentingan politik dalam agama kerana Menteri Mentornya,  Lee Kuan Yew sendiri tidak mahu  Tuhan campurtangan dalam politik.Fahamannya sama dengan Karpal Singh.

Dari dulu lagi pun orang Melayu tidak ambil kisah untuk orang Cina menjadikan tok tok  guru Islam yang dianggap" keramat"  sebagai Tok Pekkong  di pokok pokok besar  atau di mana mana sahaja yang mereka  rasa sesuai malah di kampung kampung  buah-buahan seperti limau dan apple yang dihidangkan untuk Tok Pekkong dicuri oleh anak anak Melayu Islam.


Thursday, 14 November 2013

BAHASA INGGERIS BAGI SAINS DAN MATEMATIK ANCAM SEKOLAH CINA.

FANATIK MELAYU GAGAL MEMBACA YANG TERSIRAT.

Implementasi pengajaran Sains dan Matematik   dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan  akan  membawa kemerosotan kepada  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,tetapi gulongan  fanatik bahasa  Melayu telah menggagalkan usaha Mahathir kearah itu.

Ketika orang Melayu menjadikan isu  ini sebagai "tebusan politic" untuk mengancam kerajaan, gulongan pelampau Cina juga memperjuangkan supaya bahasa Ibunda di kekalkan bagi pengajaran kedua mata pelajaran itu kerana mereka nampak bahayanya

Disebalik pertembongan dua gulongan fanatik ini , semacam ada pula persafahaman antara mereka.

Tetapi apakah faedah yang tidak kelihatan dan tidak disedari oleh fanatik Bahasa Melayu sekiranya pengajaran  Sains dan Matematik diteruskan dalam bahassa Inggeris di Sekolah Kebangsaan.?

Akibat dan kesan perlaksanaan dasar inilah yang  paling ditakuti oleh pejuang  pendidikan Cina kerana pastinya  ramai orang Cina yang  berminda praktik dan metrealistik  akan kembali menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana kualiti dan nilainya akan lebih dari Sekolah Cina.

Pandangan saya ini  mungkin dianggap sebagai tidak logik  atau  berasaskan kepada sentimen.

Biarlah saya dedahkan sesuatu  yang saya simpan tentang percakapan saya dengan dua orang pemimpin tertinggi Parti  Gerakan semasa saya menjadi Menteri Penerangan yang kebetulan berlaku dalam penerbangan ke Pulau Pinang dalam masa yang berasingan.

Seorang menyatakan" Datuk kita mesti mempertahankan  Bahasa Ibunda kita. Sains dan matematik mesti diajar dalam bahasa Ibunda."

Dan seorang lagi pula menyatakan kepada saya "Datuk jika Sains dan Matematik di ajar di Sekolah Kebangsaan dalam Bahasa Inggeris maka habislah sekolah Cina. Majority orang  Cina adalah practical minded. Mereka mementingkan nilai dan kualiti dalam melakukan sesuatu "

Orang  pertama cuba memainkan sentimen saya dan yang kedua bercakap secara jujur dan ikhlas.

Tun Mahathir bermotif  untuk mengembalikan kegemilangan Sekolah Kebangsaan dengan cepat sesoai dengan tuntutan semasa  tetapi bangsanya dalam kelumpuk fanatik gagal  membaca apa yang tersirat disebalik yang tersurat, dihantui oleh  xenophobia.

Mahatir tidak bertujuan menggantikan   Sekolah Kebangsaan dengan kembali kepada Sekolah Inggeris seperti yang diharapkan oleh gulongan Cina yang langsung tidak berjiwa nasional tetapi beliau hanya mahu dua mata pelajaran di ajar dalam Bahasa Inggeris  di samping memperkuatkan pengajaran  dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Saya gembira Tun Mahathir telah menuntut   supaya dasarnya yang  dibatalkan kerana " tebusan politik"  dipulehkan semula demi untuk tebusan bangsa.

Monday, 11 November 2013

FELDA : GUAN ENG SLAMMED ZAM

FROM MALAYSIAN INSIDER   

Why is it always about race, asks Lim Guan Eng

LATEST UPDATE: NOVEMBER 11, 2013 04:49 PM
Lim Guan Eng (pic) slammed former information minister Tan Sri Zainuddin Maidin today for turning his criticisms of Felda buying an expensive hotel in London into a racial issue.
The Penang Chief Minister accused Zainuddin of playing the race card when the latter did not address the issue at hand.
"The problem with Umno is when they cannot give an explanation, they go back to racism. They can't answer the two important questions I had asked.
"Why pay RM100 million more (for the hotel)? Is someone making money? Prove to us you have the expertise. Don't turn this into a race issue," he said in Penang when asked to comment on Zainuddin's remarks in his blog, Zam Kata.
Zainuddin had lashed out at Lim for questioning Felda's recent purchase of a RM500 million apartment complex cum hotel in London.
He accused Lim of looking down on the ability of the Malays to manage international hotels, and thinking that only the Chinese could do it.
Zainuddin also hit out at Lim for saying that Felda should only focus on agriculture-related businesses.
Lim reiterated that the question was never about race but why Felda had to pay more when it could pay less, and chose to spend so much when it had no experience in running a hotel in a foreign country.
Lim, who is also the DAP secretary-general, said the 198-unit Grand Plaza serviced apartments in Bayswater, London bought by FIC UK Properties, a subsidiary of Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd in early September, was valued at £80 million (RM408 million) in March but the amount went up to about £98 million (RM500 million) in six months.
"Where is the proof (to show how the value shot up)?
"And what is Felda's expertise in running foreign hotels. In London, there are so many big boys. Who is Felda?" said Lim.
"Everything in Malaysia is racialised when the question should be about competency, buying what is value for money and protecting public funds."
He also cited how the DAP-led Penang government adopted a policy of divestment when it took over the state in 2008, getting out of businesses where it had no expertise to prevent loss of money.
"Why is it that when we question Putrajaya and ask it to do the same, it becomes a racial issue?
"If this is the case, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak should also be questioned about getting out of businesses that lose money. He also carried out the policy of divestment," Lim added. - November 11, 2013.

MAT SABU GANTI HADI JADI PRESIDEN PAS.


BERI PELUANG PADA MAT SABU

KOMEN:
Saya rasa pandangan Sdr ada kebenaranya.tetapi dalam gelagat organisasi maka ahli menentukan alah tuju sesebuah organisasi.Kepimpinan mungkin merasakan mereka ada lah lebih bijaksana dan maha mengetahui tidak dapat merasa kan aspirasi ahli ahli Pas.Mat Sabu seorang yang lama dalam kepimpinan parti seharusnya diberi peluang untuk terus memimpin Pas.
Yang penting ia dapat merealisasikan kehendak ahli nya yang mahu perubahan.Harus dingatkan kepimpinan PAS dan Umno sama saja dimana mereka tidak mahu berundor kecuali ditolak oleh ahlinya.Mungkin duduk ditampok kepimpinan mempunyai daya tarikan yang luar biasa.Kalau boleh mahu mati di kerusi tersebut.Mat Sabu seorang pejuang yang jatuh dan bangun seharusnya beliau diberi peluang dan pilihan.Sikap dan retorik adalah sebahagian warna warna politik Malaysia.Rakyat mahu perubahan fundamental tidak kosmetik.

MAT SABU GANTI HADI

Suatu pekara yang sangat serius yang sedang menggugat dan  membimbangkan  hampir  seluruh ahli Pas sekarang ini  ialah kepastian Mat Sabu  akan mengambilaleh pucuk pimpinan Pas sekiranya sesuatu berlaku terhadap Presiden Haji Hadi (menang tak bertanding) jika Mat Sabu terus berada pada kedudukan Timbalan Presiden.

Kemungkinan ini berlaku tidak akan dapat dielakan sekiranya  Mat Sabu yang berkempen berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai  Timbalan Presedien Pas dalam menghadapi cabaran  dari   Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan yang tidak mahu berkempen kerana meanggap berbuatan itu unIslamic  apatah lagi apabila melakukan cercaan.

Joceline Tan kolumnis The Star dalam rencananya semalan telah menyebutkan bahawa elit ulama dalam PAS meanggap Mat Sabu sebagai harta tetapi tidak lebih dari hanya seorang penghibur, pemidatu dan pembangkit semangat.

Ulama ulama  Pas bermimpi ngeri memikirkan jika sesuatu berlaku akan menyebabkan Mat Sabu menjadi Presiden Pas,kata Joceline

Pemerhati politik yag cekap dan tajam pandangan  akan dapat melihat bagaimana kelicinan dan kecekapan gulongan pencinta ulama dalam Pas dari veteran dan generasi baru telah berjaya bersepakat  mengatur taktik dan stratiji  untuk mengembalikan penguasaan mantap ulama dari peringkat ahli jawatankuasa  hingga kepucuk kePimpinan Pas dan juga sayap sayapnya bagi membersihkan Pas dari anasir subversif Anwarinas.

Dalam pada itu perhatian juga harus diberikan kepada peranan  Harakah cetak dan online yang dikuasai oleh Anwarinas dalam menyokong calun calun mereka.

Sunday, 10 November 2013

AIR ASIA TARIK BALIK TUDUHAN RASIS TERHADAP UTUSAN MELAYU

KAMARUDIN MERANUM BERJIWA BESAR MEMINTA MAAF.

Kamarudin Meranum
Air Asia yang menyaman saya sebesar lima juta kerana memberikan gambaran ia menghidangkan babi dalam penerbangannya telah meminta maaf kepda Utusan Melayu kerana tindakan Ketua Eksekutif AirAsia X,  Azran Osman Rani menuduh Utusan Malaysia  rasis dan mengancam akan menarik balik iklan Air Asia di Utusan.

Dalam satu kenyataannya kepada Utusan Malaysia pada 8 November ,Pengerusi Eksekutif Air Asia  Bhd, Datuk Kamarudin Meranum menyatakan  kesal terhadap tindakan Azran itu tetapi masih mahu memberikan  peluang kepadanya untuk menyedari kesilapannya dan telah memintanya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya.

Kamaruddin memberitahu bahawa beliau telah pun mengutus surat kepada Pengarang Kumpulan Utusan untuk memohon maaf dan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Azran itu yang di luar jangkaannya.

Bagaimanapun Ketua Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri  Mohd Hashim Makharuddin memberitahu sehingga ini belum menerima secara rasmi  surat permohonan maaf itu.

Dalam Majlis Aidil Fitri Utusan Melayu yang lalu ,saya memberitahu Datuk Kamaruddin  tentang tindakan saman RM5 juta Air Asia terhadap saya kerana memberikan imbasan Air Asia menghidangkan babi dalam penerbangannya.

Saya memberitahunya gambaran itu sejajar  dengan dakwaan yang dibuat oleh Azran mengatakan Utusan rasis  yang  saya tidak dapat terima  kerana merupakan suatu fitnah jahat terhadap Utusan Melayu yang merupakan darah daging saya setelah berkhidmat dengannya lebih 40 tahun. Kamarudin memberitahu bahwa beliau  tidak tahu menahu  mengenai tindakan itu.

Saya juga telah memberitahunya bahawa pemintaan maaf saya kepada Air Asia walaupun diminta saya menyiarkannya dalam blog saya hanya  selama enam bulan bagi membatalkan saman RM5 juta tetapi saya akan siarkan sehingga akhir hayat saya  supaya disedari dari generasi ke generasi.

Saya ucapkan  terima kasih kepada  Datuk Kamaruddin kerana kesanggupannya meminta maaf kepada Utusan  itu membuktikan bahawa beliau memiliki  Big Heart atau Berjiwa Besar   kerana sanggup mengambil tanggungjawab atas perbuatan ketua eksekutifnya yang tidak bertanggungjawab,tidak bermaruah dan menimbulkan rasisme dalam perniagaan.

Kamaruddin  juga membuktikan dirinya sebagai seorang yang terkawal dengan kesedaran nasional dan tidak terkongkong oleh kepentingan perniagaan  semata mata.

DARI:  Rocky' Bru

Sunday, November 10, 2013


Now everyone can sorry

Kamarudin Bidas GLC, Utusan Malaysia, 8/11/2013
Kamarudin Meranun and the man who "gave" him Air Asia 
The Din Meranun I know is a quintessential Malay gentleman. So I'm not surprised to read that he had written to my friends at Utusan Malaysia to apologize for the things said by a subordinate at Air Asia X sometime back. 
Zam, ex Utusan boss
I also believe that Din genuinely had not known about the lawsuit that Air Asia had filed against Zam for things the Tokoh Wartawan Negara had written onzamkata.blogspot.com in the aftermath of what that subordinate had said.  
Now that Din is executive chairman of Air Asia in charge of ties with government aviation regulators and other airline authorites, we can expect the airline's PR to improve. The legal suit against Zam must be officially withdrawn. 
Perhaps then everyone can be friends. 
Read also:
Apology, on behalf by Bujai
Tombstone Air juggling act by Big Dog

Thursday, 7 November 2013

ZAM SOKONG KARPAL SINGH HARAMKAN PARTI AGAMA DI MALAYSIA

KENAPA LIM KIT SIANG YANG NAPIKAN.

KOMEN: Penasihat DAP Lim Kit Siang  menapikan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh telah meminta supaya pendaftaran Parti PAS rakan dalam Pakatan Rakyat di batalkan.

Kit Siang membuat kenyataan ini menerusi blognya setelah mendapat penjelasan  dari Karpal Singh.

Soalnya kenapa Lim Kit Siang yang harus membuat penapian bagi pihak  Karpal Singh dan tidak Karpal Singh sendiri.Adakah  Kit Siang lebih sensitif terhadap kecederaan kepada DAP akibat dari kenyataan itu atau PAS lebih percaya kepada kenyataan Kit Siang dari Karpal Singh? 

 Orang  cerdik ketawa pada penapian ini tetapi percayalah  PAS akan menyambut baik- Sang Nila Utama.

Saya menyokong penuh supaya parti politik berasaskan agama termasuk PAS diharamkan di negara ini tetapi Malaysia  belum layak mempunyai  parti politik yang tidak berasaskan kaum.

Adalah merupakakan suatu kesilapan besar kerajaan Perikatan dengan rastu UMNO menghalalkan   gulongan serpihan  fanatik agama  menubuhkan PAS berpuluh tahun lalu dengan tujuan untuk menakutkan bukan Islam dengan dogmatisme agama parti itu  supaya terus menyokong Perikatan .

Tetapi setelah lebih 50 tahun merdeka ,ternyata parti ini dengan pendekatan agama yang mendakwa Allah berada dipihak mereka , menolak Melayu UMNO sebagai seagama dengan mereka malah dikafirkan sebaliknya merelakan Imej mereka di Islamkan oleh DAP untuk menutop wajah sebenar PAS kepada bukan Islam..

Kepada bukan Islam di negara ini dan juga kepada UMNO,  DAP telah berjaya mengIslamkan PAS, mengajarnya tentang Islam yang sebenarnya, membawanya keluar dari kejumudan dan  dogmatisme dan memperbaiki imejnya selari dengan moderation of Islam yang diamalkan oleh Perikatan dan BN.

Dalam proses pengIslaman dirinya  PAS  menjadi seperti rusa masuk kampong , memijak imej bangsa dan agamanya sendiri sekalipun dalam keadaan agama dan bangsanya menghadapi cabaran paling getir dan demi untuk kuasa  telah sanggup menerima kepimpinan dari orang yang terbkuti melakukan zina dan tidak bermoral.

Dengan itu liberalisme Pas  lebih berkredebiliti dan lebih hebat dari mana mana parti  di negara negara demokraktik di Barat malah lebih dahsyat dari  Amerika Syarikat sendiri  yang   menyingkirkan  pimpinan parti  yang moralnya menjadi persoalan.

Di Singapura pilinanraya kecil terpaksa diadakan setelah terbukti anggota parlimennya terlibat dengan skendal.

Bukti demi bukti menunjukan kewujudan  Parti  Islam di negara ini tidak sahaja memecahbelahkan perpaduan Melayu dan Islam  malah mencemarkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara.

Kenyataan Karpal Singh itu adalah menunjukan bahwa sekalipun DAP berkawan dengan Pas tetapi dia tidak pernah yakin dengan PAS baik dari segi moral dan prinsip. Dia memandang rendah pada   PAS kerana terbukti kepadanya PAS sanggup mengorbankan nilai nilai agamanya dan boleh dibeli dengan kuasa.

Karpal Singh melihat  kebenaran dalam kepercayaan  Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dalam  bukunya One Man's View Of The World bahawa  jika Pakatan Rakyat  berkuasa pun pimpinan Melayu juga yang  akan bekuasa tetapi pimpinan Melayu fanatik Islam akan membawa malapetaka kepada Malaysia dan Singapura. Inilah yang ditakuti oleh LKY dan Singapore hingga sekarang.

Oleh  kerana itu jugalah perisekan Singapura sangat mengutamakan perhatian kepada  perkembangan Islam di Malaysia ynag boleh mengancam keselamatannya.

Sebagai veteran politik yang berpengalaman,Karpal Singh menyedari  hakikat  dan bahaya ini.

Sekiranya UMNO jujur kepada masa depan negara ini,lupakanlah soal perpaduan dengan Pas dan terima anjuran Karpal Singh supaya parti agama di haramkan di negara ini.

Sesiapa juga yang menjadikan  agama sebagai parti politik akan mendakwa Allah atau tuhan  berada di pihak mereka. Tidak ada parti PAS dalam Al Quran.

FROM THE STAR
Published: Friday November 8, 2013 MYT 1:18:00 PM 
Updated: Friday November 8, 2013 MYT 1:32:59 PM

Karpal won't apologise to PAS, denies de-registration call

  
PETALING JAYA: DAP national chairman Karpal Singh (pic) has denied calling for the de-registration of the party's ally PAS recently, describing it as a "vile allegation".
"True, I had stated that race-based political parties and professional bodies should open their doors to other races which, unfortunately, included PAS. But I did not ask for the de-registration of PAS at the press conference.
"I was quick to add that PAS acknowledged the necessity of multi-racialism by having a non-Muslim supporters' wing," he said in a statement Friday.
It was reported on Tuesday that Karpal, a veteran lawyer and politician, had called for the de-registration of all political or professional bodies that operated along racial and religious lines, including PAS, saying that the move would work in the interest of national unity.
He said this while hitting out at the Muslim Lawyers Association (MLA) for threatening the Bar Council over its alleged support for Catholic weekly The Herald, saying that such associations should be de-registered.
His statement earned the wrath of PAS leaders, who said Karpal failed to understand the party's struggle. Some also called for his public apology on the matter.
Karpal explained that at the press conference on Tuesday, he in fact threw PAS a life-line.
"I did not bring PAS into the net I had cast against political parties and professional bodies set up along racial lines. I have stated the truth," said the Bukit Gelugor MP.
Therefore, he added, demands for an apology by "so-called" PAS leaders will not be met.
"That much, I assure them," he said.
However, he stood firm on his statement calling for the de-registration of the  MLA.
"The president of the Muslim Lawyers Association threatened further action against the council. I stand firmly over my call for the de-registration of the MLA," he said.







Tuesday, 5 November 2013

PANDANGAN TERSURAT DAN TERSIRAT LIM GUANG ENG TERHADAP MELAYU.

MEREKA TIDAK LAYAK MEMILIKI HARTA DAN PASARAN LONDON.

Adakah orang Melayu dapat membaca apa yang tersirat disebalik yang tersurat dari kecaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP terhadap langkah FELDA membeli  hotel RM 500 juta di London yang didakwanya  melebihi RM100 juta dari harga pasaran.

Pada pandangan Guan Eng, FELDA sepatut menumpukan perniagaannya hanya di bidang yang berkaitan dengan  pertanian sahaja.

Pendapat ini mendedahkan  bagitu rendah dan hinanya persepsi   Guan Eng terhadap orang Melayu dan organisasi Melayu. Mereka hanya layak kekal sebagai petani, nelayan, dan perkerja kampong  .Mereka tidak boleh menyertai perniagaan antarabangsa.

Menurut Malay Mail 5 November 2013,  Guang Eng mahukan  Pengerusi Felda Tan Sri Isa menjelaskan kepada lebih 1 juta peneroka Felda terhadap keputusan  untuk membelanjakan hampir RM600 juta bagi membeli dua hotel  di London dan RM 110 juta lagi  untuk membeli  25 peratus dari saham  Iris Corp.

Kata Guan Eng, FELDA sepatutnya mengembangkan modalnya hanya kepada bidang yang berkaitan dengan perniagaan pertanian sahaja.

Kenapa beliau tidak membangkitkan  perihal kerajaan menjadi penyokong dan penjamin kepada beberapa syarikat gergasi kepunyaan  individu Cina  dalam pembelian harta berbillion ringgit di London?

Tidak ada individu Melayu yang mampu untuk memasuki pasaran hartatanah yang berharga tinggi  secara besendiran  di London  kecuali menerusi organisasi ,perbadanan atau institusi kewangan yang dikuasai oleh orang  Melayu tetapi ramai bukan Melayu terutama orang Cina yang dapat berbuat demikian.

Jika perbuatan ini tidak salah dilakukan oleh individu Cina maka kenaapa jika para petani dan nelayan Melayu yang mengambil masa berpuluh  tahun membina kekuatan kewangan dengan  titek peluh mereka dianggap bersalah membeli harta di London  dan  memasuki pasaran London.

Tidaklah seharusnya Guan Eng mencari sokongan orang Melayu dengan fitnah murahan iaitu penyalahgunaan wang  untuk menimbulkan prasangka buruk di kalangan peneroka FELDA dan juga orang Melayu.

Teguran Guan Eng tidak bersifat  ikhlas sebaliknya lebih merupakan persepsinya yang melihat orang Melayu sampai bila bila pun hanya layak  sekadarkan untuk  menjadi petani , nelayan  dan pekerja kampong atau sekadarkan mampu menjalankan perniagaan kecil kecilan sahaja.

Bagi Guan Eng orang Melayu tidak layak untuk mempunyai hotel di London atau memiliki saham di pasaran luar negara. Hanya orang Cina yang layak dan sah untuk berbuat demikian.Pandangan yang bersifat perkauman dan prajudis.




Sunday, 3 November 2013

KEKALAHAN BN DI PILIHANRAYA KECIL DUN SG LIMAU.......

Jika Barisan Nasional kalah di Pilihanraya Kecil Dun Sg Limau esuk, tidaklah sesakit dan separah  kekalahan Pas yang telah sekian lama mewakili rakyat kawasan ini.Kekalahan Pas  akan melemahkan moralnya kerana telah selama tiga penggal disokong oleh penduduk tempatan di bawah kepimpinan tertinggi parti itu  dan terakhir sebagai Menteri Besar Kedah.

Ia juga akan membuktikan bahawa kemenangan Pas di kawasan ini sejak tiga penggal yang lalu lebih kerana keperibadian Azizan dari keyakinan kepada perjuangan PAS.

Kemenangan  BN akan memberi kesan positif yang sangat besar sebagai suatu kejayaan menyusupi kubu kuat Pas dan kemajuan  pengaruh UMNO kearah kembali kepada kekuatan asalnya di negeri itu.

Kekalahan Pas  akan menipiskan  lagi harapannya untuk kembali menguasai Kedah disamping memberikan tamparan  kepada anasir  anasir Anwarinas dalam Pas yang telah berhempas pula meganggugugat  kedudukan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah.

Azizan diketahui oleh gulongan Anwarinas sebagai musuh utama Anwar Ibrahim dalam Pas.

Kekalahan Pas akan  mengesahkan dan mendedahkan  tentang wujudnya  perpecahan besar dalam Pas negeri Kedah yang cuba dilindungi selama ini.

Kemenangan BN juga akan diperhetongkan sebagai  faktor orang Cina telah kembali menyokong BN dan jika ini berlaku maka suatu petanda baik terhadap harapan pemulehan kekuatan BN di seluruh negara.

Apapun keputusan piihanraya kecil Sg Limau esuk, BN tidak akan menerima kesan buruk sekalipun kalah kerana kemenangan Pas diperhetongkan sebagai kemenangan yang sewajarnya berlaku dan bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi kemenangan BN adalah sesuatu yang luar biasa.

Kejayaan  BN juga akan merupakan kemenangan peribadi Mukhriz yang telah gagal untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO dan akan meningkatkan  auranya dalam kepimpinan politik di negeri Kedah disamping  menggilap  imejnya diperingkat nasional.