Sunday, 27 October 2013

"APA YANG ALLLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN BERITAHU SAYA TENTANG ANWAR IBRAHIM"

 INI BUKAN GAMBAR SUPERIMPOSED TETAPI TULIN DAN BENAR.

Memberikan undi kepada calun Pas di kawasan Sg Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini  dan mahu menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk Anwar Ibrahim  menjadi Perdana Menteri.

Allahyarham Tan Sri Azizan semasa hayatnya kelihatan mesra membisikan sesuatu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Ini bukan gambar superimposed menggunakan teknik photoshop tetapi gambar asli, tulin dan benar.
                                

Ingat Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah menyatakan bahawa Haji Hadi hanya layak untuk menjadi nelayan.

Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak cukup menyedari pandangan rendah dan kecil Anwar Ibrahim terhadap ulama  dan beliau tidak senang dengan Anwar lama  sebelum PKR berkerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Saya ingin memberitahu seluruh ahli Pas dan juga orangramai  apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Azizan kepada saya ketika beliau melancarkan buku" Haji Abdul Rahman Merbok" seorang ulama pejuang kemerdekaan yang terkenal di negeri Kedah yang ditulis oleh Ismail Rastu seorang penulis beberapa buah buku  terbitan  Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Pilhanraya Umum 2008.

Jemputan kepada Azizan yang dibuat oleh saya tidak menyenangkan orang orang UMNO tempatan dan mereka tidak  hadhir bersama saya  kecuali beberapa orang pegawai  JASA.Mereka heran bagaimana saya boleh menjemput Azizan sedangkan saya baru kalah pilihanraya di kawasan Sg Petani setelah disingkirkan dari kawasan Merbok dalam masa dua hari sebelum pilihanraya dan ketika itu saya tidak mempunyai sebarang kedudukan kecuali sebagai seorang calun yang kalah.

Dalam ucapan di majlis itu yang diadakan di sebuah surau berhampiran dengan Pekan Merbuk, Azizan  menyatakan bahawa beliau hadhir memenuhi jemputan saya kerana pertama sekali:

* Haji Abdul Rahman Merbok adalah guru kepada bapanya Abdul Razak. Dan kedua:

* kerana" Zam adalah kawan saya."

Kami sama sama pernah di Maktab Mahmud Alur Setar dan juga kemudiannya di London antara tahun 1975-76 dan kerap berjumpa di Malaysia Hall, Marble Arch.

Sesuatu yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup saya ialah bila di majlis itu  di tanya oleh Azizan   kenapa saya  berikan peluang untuk siaran langsung perdebatan terbuka Anwar Ibrahim dengan Sabri Chik (Menteri Penerangan) di RTM. Saya menjawab " Maaf Datuk "saya bukan lagi menteri penerangan" dan beliau ketawa.Memang benar pandangan Azizan, Perdebatan itu membawa malapetaka kepada UMNO.

Saya telah lama faham dengan sikap Azizan terhadap Anwar. Azizan bukanlah ulama jumud seperti kebanyakan pemimpin Pas yang mudah dicucuk hidung oleh Anwar .Maka itu Anwar tidak mengujungi Azizan ketika sakit di Hospital.

Dosa orang Anwarinas termasuk di Kedah  terlalu besar terhadap Azizan dan keluarganya. Maka itu sebagai mengenang  jasanya  dan menghormati Allahyarham yang mahu diinanyai oleh orang Anwar sendiri dalam Pas di Kedah, penduduk Sg Limau mestilah menolak calun Pas  di kawasan ini sekalipun dikatakan mewakili Azizan tetapi yang lebih penting ialah menjiwai hasrat terpendam Azizan sendiri yang tidak pernah dinyatakannya secara terus terang tetapi saya tahu.

Satu undi kepada calun Pas di Sg Lima berarti satu undi kepada memperkuatkan Anwarinas di dalam Pas.

Thursday, 24 October 2013

MAHATHIR : TIDAK PERLU DENGAR CAKAP ZAM

Buku ini sekarang boleh didapati di kedai 
kedai buku di seluruh negara 
Setelah saya tersingkir dari jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan dilantik menjadi Penasihat, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad memberitahu Johan Jaafar yang mengambilaleh jawatan saya" " You tidak perlu dengar nasihat Zam."

Berikutan dengan keputusan penyingkiran itu yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada November 1992,Menteri Kewangan Anwar Ibrahim segera mengarahkan Johan Jaafar yang ketika itu menjadi Ketua Bahagian Penerbitan Am Dewan Bahasa dan Pustaka supaya meletakan jawatannya serta merta untuk ke Utusan Melayu.

Bagaimanapun Johan juga tidak kekal lama dengan jawatan sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu.Setelah hanya lima tahun, beliau pula disingkirkan oleh kerana dianggap sebagai pro Anwar tetapi 11 tahun kemudian dalam suatu majlis memperkatakan buku memoir Dr.Mahahir A Doctor in the House, Johan menapikan beliau disingkirkan tetapi meletakan jawatan bagi menunaikan janjinya untuk berhenti apabila sudah tidak lagi diyakini.

Bagaimanapun Mahathir yang berucap kemudiannya secara berseloroh menyatakan bahawa "Sebenarnya saya buang Johan dari Utusan."

Sejarah Utusan Melayu menyaksikan sejak dari tahun 50 an seorang demi seorang Ketua Pengarang Utusan Melayu keluar kerana disingkirkan kecuali Khalid Mohd  yang menggantikan Johan.Beliau  mencari jalan keluar dengan selamat.

Semasa keadaan Dr.Mahathir tidak pasti dalam menghadapi cabaran dari Anwar Ibrahim ,beliau adalah penyokong Anwar  tetapi tidak diketahui  ramai orang kecuali pegawai yang dekat dengannya.

 Khalid tidak mahu menyiarkan rencana yang menapikan dakwaan orang orang  Anwar bahawa  Mahathir pengsan dan sakit  apabila hendak menunaikan  fardhu Haji di Mekah pada tahun 1999

Oleh kerana takut dianggap sebagai penyokong Mahathir,Khalid  telah menyekat Pengarang Mingguan Malaysia, Maimunah Yusuf dari menyiarkan rencana ini yang ditulis oleh Hassan Mohd  Noor berasaskan sumber Konsul Besar Malaysia di Jeddah, Syed Hussein Al- Habshee tetapi atas desakan Maimunah akhirnya Khalid menyiarkannya  sebagai tulisan  Syed Hussein.

Sebelumnya Khalid juga telah menegur Maimunah kerana menyiarkan rencana yang memuji dan membesarkan kejayaan Dr.Mahathir membina Kompleks Sukan Komanwel dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Semua ini dapat dibaca dalam buku Di Depan Api di Belakang Duri  Kisah Sejarah Utusan Melayu dari sejak awal penubuhannya  pada tahun 1938 hingga sekarang ini. Buku ini boleh dibeli di semua kedai buku di seluruh Malaysia.


Tuesday, 22 October 2013

NAJIB BERJAYA KETEPIKAN GULONGAN MAHATHIR DALAM UMNO.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah berjaya mengenepikan " Faction" atau gulongan Mahathir dalam UMNO.

"Dengan itu Najib mesti menunjukan kekuatannya dan bertindak tanpa teragak agak," kata kolumnis The Star Karim Raslan dalam rencananya bertajuk Najib consolidates di akhbar itu hari ini.

Dalam bahasa asalnya Karim berkata " Having side-lined The Mahathir faction within UMNO,he must show us his true mettle."

Semalam Joceline Tan kolumnis The Star yang  tersuhur telah membuat konklusi bahawa Najib tidak dapat membasuh tangannya terlibat dalam usaha mengenepikan Mukhriz anak Mahathir apabila semua bahagian di Pahang tidak memberikan satu undi pun kepada Mukhriz.

Kata Joceline' Not a single division in Pahang dared to go against what they perceived as the wisheh of UMNO president Datuk Seri Najib.
" Pahang is the Prime Minister's state and we made the decision to go with the incumbent," said Temerloh Umno Chief Datuk Sharkar Shamsuddin.

Kabarnya keputusan semua bahagian UMNO Pahang itu adalah bertentangan dengan apa yang dimaklumkan oleh MB Pahang kepada Mukhriz.

Sepatah kata Najib bahawa Mukhriz walaupun kalah  telah mempamerkan prestasi yang sangat mengglakan dalam persaingan yang sengit dengan Datuk Hishamuddin dan juga kata kata Timbalan Presiden Muhyiddin  bahawa Mukhriz menang dalam kalah menidakan pandangan Karim dan membuktikan dia lebih dikuasai oleh sentimen kebenciannya kepada Mahathir dan bukan  suatu perhetongan yang matang.

Konklusi ini juga dibuat  Karim Raslan kerana hendak memperkecilkan cabaran yang semakin besar kepada Khairy dalam cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri yang amat jelas terbentang apabila populariti Mukhriz  mengatasi Hsihamuddin walaupun kalah.

Monday, 21 October 2013

HAI ALI RUSTAM!: TAK ADA BEZANYA MELAYU MELAKA DENGAN CINA MELAKA.


KOMEN; Ha ha ha ha. Even Melayu knows the racist is toxic. Well Done! Anonymous.

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedih dan kesal kerana dari enam bahagian UMNO di negeri itu ,hanya satu yang mengundinya untuk jawatan Naib Presiden UMNO.Itu pun dri bahagiannya sendiri.

Artinya tidak sahaja orang Cina Melaka yang tidak mengenang budi tetapi orang Melayu Melaka yang serumah setangga pun tidak tahu mengenang budi.

Ini memberikan arti bahwa orang Melayu dan Cina Melaka sama sahaja sifatnya walaupun berlainan ajenda dan sama sama termasuk dalam hakikat yang diakui oleh Ali Rustam " Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri  atau Pusat tidak siapa nak lihat" (UM 21 Oktober).Tetapi tikaman dari bangsa sendiri tentu lebih berbisa.

Cuma bezanya orang UMNO Melaka jadi pak turut.Bila Cina tolak mereka pun tolak.Mereka tidak percaya pada Hang Tuah dan Hang Jebat tetapi percaya kepada sifat  Hung Leker  (Lee ) dan Hung Lekiu (Liew).

Kejam sekali Melayu(UMNO) Melaka


Sunday, 20 October 2013

PENYOKONG PENYOKONG MUKHRIZ MESTI BUKTIKAN KELEMAHAN MCMC.

LAPORKAN KEPADA POLIS FITNAH MALAYSIAN INSIDER 
Rocky's Bru:I think the Malaysian Insider editor concerned did it because he/she reckoned the portal would get away with it, like they'd gotten away many times before. I mean, look at the apology - how blasé! How sincere is the apology when you removed the "offending articles" but not the disparaging comments by readers (who were responding to the erroneous original article), and when you still proudly displays the article under your "Most Read" section?
Walaupun portal berita MALAYSIAN INSIDER telah menarik balik laporannya mengatakan Mukhriz telah menabur wang untuk kemenangannya bagi jawatan Naib Presiden UMNO tetapi penyiaran sepintas lalu dan juga mesej  di Facebook  yang didakwa dari Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO  mengatakan Jawatankuasa Displin Parti  tidak melayakan Mukhriz bertanding menjelang pengundian telah memberikan sumbangan besar kepada kekalahan kecil Mukhriz.

Tidakah ini merupakan suatu konspirasi untuk membunuh masa depan politik  Mukhriz?

Berlakunya pengiriman mesej fitnah secara serentak antara Facebook dan Malaysian Insider dengan stratiji sepintas lalu dalam saat genting kepada sesaorang calon tidak boleh dibiarkan berlalu bagitu sahaja kerana dapat dibacakan sebagai  suatu konspirasi jahat terhadap Mukhriz.

Mesej panas  seperti ini ini tidak perlu kekal lama di permukaan web tetapi cukup untuk sepintas lalu.Malaysian Insider tahu apa yang dilakukannya. Mereka cukup profesional dalam hal ini.

Walaupun di maafkan oleh Mukhritz tetapi orang ramai dan seluruh penyokong Mukhriz adalah sedang menunggu  sikap  MCMC dalam  menjalankan tanggungjawabnya.Apakah kerana Mukhriz memberikan kemaafan maka  MCMC juga mesti memberikan kemaafan.Hal ini tidak seharusnya dilihat dari kepentingan politk Mukhriz tetapi dari segi  kebebasan untuk membuat fitnah.

Telah disedari umum bahawa Suruhanjaya Multi Media Malaysia(MCMC) tidak mahu terjebak dalam isu isu yang akan menjadi masalah kepadanya terutama isu politik  sekalipun mempunyai kepentingan nasional. Ia lebih mahu menjadi  popular sebagai pendukong nilai  libralisme global dari mengutamakan kepentingan nasional seperti  yang ditunjukan oleh  Singapura dan China.

Pekara yang berlaku kepada Mukhriz  sangat berat dan sangat serius  yang sukar untuk difahami oleh orang orang yang tidak mempunyai sensitiviti politik di MCMC .Terlalu banyak kemaafan MCMC kepada Malaysian Insider .Entah kenaapa???.

Adalah menjadi tanggungjawab penyokong penyokong Mukhriz di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap laporan fitnah  Malaysian Insider untuk membolehkan  rakyat melihat lebih jelas sikap MCMC dalam hal ini.

ANTARA KALAH BERMARUAH DAN MENANG YANG PARAH.


KEKALAHAN SAIFUDDIN HARUS JADI PENGAJARAN KEPADA KHAIRY.

Ketulinan demokrasi yang semestinya  diterima oleh sesaorang yang demokratik sifatnya ialah walaupun lawan menang dengan  satu undi tetapi yang  kalah adalah kalah . Hakikat ini tentulah diterima oleh Mukhriz Tun Mahathir yang dikalahkan oleh Hishamuddin dengan hanya 9 undi. Hishamuddin mendapat 100 undi dan Mukhriz 91 undi.

Mukhriz boleh berpuas hati dengan kelakahan ini kerana beliau menang  dengan undi popular mengikut sistem electorial college iaitu 55,299 undi manakala Hishamuddin mendapat 54,829 undi.Berasaskan kepada facebook dan blog ternyata Mukhriz juga paling  popular di luar parti berbanding Hishamuddin.

Semua orang tentu bersetuju kalau mengatakan bahawa biar pun Mukhriz kalah tetapi kalah dengan bermaruah dan Hishamuddin biarpun  menang tetapi menang yang parah.

Mukhriz telah mengambil langkah yang benar apabila menyertai persaingan Naib Presiden UMNO kerana dengan itu beliau dan juga pendukong parti  sekarang  mengetahui pengaruhnya   di peringkat nasional berbanding dengan Hishamuddin yang merupakan veteran UMNO.

Soal sokongan Presiden UMNO  kepada status quo tidak seharurnys timbul kerana hampir semua Presiden UMNO termasuk Dr,Mahathir dan Allahyarham Tun Abdul Razak  telah dengan cara masing masing menunjukan sokongan baling batu sembunyi tangan kepada  orang  yang mereka mahu dimenangkan dalam pemilihan parti .Umpamanya  dengan menyebut namanya dalam ucapan presiden atau mengatakan don't overstay.

Yang utama sekarang ini bagi  setiap penyokong Mukhriz di dalam dan di luar  parti ialah  untuk memberikan kemenangan yang lebih besar dan lebih berarti kepada Mukhriz dengan berkumpul di Sungai Limau untuk menggerakan langkah gagah bagi  mempastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil di Sungai Limau  Kedah  pada 4 November 2013.

KHAIRY MESTI BELAJAR DARI KEKALAHAN SAIFUDDIN ABDULLAH.

Kekalahan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah seharusnya menjadi pengajaran kepada Ketua Pemda UMNO Khairy Jamaluddin.

Jika Khairy memberikan komen atas sesuatu isu yang menunjukan kurang kedewasaannya dan juga pengalamannya dalam politik yang kadang kadang mungkin tidak disenangi oleh orang Melayu sendiri dan menyenang  bukan Melayu tetapi boleh dianggap sebagai ikhlas.

Ini berbanding dengan Saifuddin Abdullah yang terlihat mengada-ngada , lebih untuk menunjulkan diri sebagai Western liberalist, sebagai globalist dan hendak menyekutukan dirinya dengan identiti dengan  so called intellectual. Tujuan  utamanya adalah untuk  populariti di kalangan bukan Melayu. Tetapi perhetongannya silap menyebabkan dia dibenci oleh orang UMNO sendiri.

Untuk masa depannya  Khairi lebih perlu  sensitif kepada  naluri bangsanya tanpa membuang fahaman liberalnya  dan beliau juga harus  berhati hati dalam egoismenya supaya beliau tidak korbankan oleh orang UMNO yang semakin celek dan cerdik.

Khairy  mempunyai masa depan yang cerah sekalipun mungkin akan sampai kepuncak hanya selepas Zahid Hamidi atau selepas Muhyuddin dan Najib berundur atau diundurkan.

Undi popular yang diberikan oleh ahli UMNO kepada Mukhriz menunjukan masa depan politiknya tetap cemerlang dan tentunya tidak selesa kepada Khairy dan tidak boleh ditolak oleh Kahiry sebagai saingannya kepada Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.


Saturday, October 19, 2013

DARI Rocky's Bru

For (some) news portals, sorry is not the hardest word

Why did the Malaysian Insider publish that dubious report about Mukhriz Mahathir, knowing very well that it was so dubious it couldn't be true and that, because it's so clearly so defamatory, it would have to issue an apology or face a lawsuit?
In Kenapa Mukhriz boleh jadi mangsa fitnah?, influential blogger Helen Ang says it is because Mukhriz has become a major threat to many people, inside and outside UMNO, including Khairy Jamaluddin. Pro-UMNO blogger Big Dog, describing the Insider as a pro-Opposition, "Riong Kali's" portal, says the malicious attack on Mukhriz to "smear his good name and clean image" was expected "since Mukhriz's popularity among the UMNO grassroots increases by the day, across the board". Read Here comes the dirty trick (the blogger attaches the Insider's offending article Mukhriz's raises the stake with .."windfall" for party branches - Sources). 
Me, I think it reflects on the professionalism and ethics of today's online journalism. 
I think the Malaysian Insider editor concerned did it because he/she reckoned the portal would get away with it, like they'd gotten away many times before. I mean, look at the apology - how blasé! How sincere is the apology when you removed the "offending articles" but not the disparaging comments by readers (who were responding to the erroneous original article), and when you still proudly displays the article under your "Most Read" section?








Friday, 18 October 2013

MAMAK ISLAM DALAM UMNO MELAYU. CINA ISLAM DALAM DAP BUKAN MELAYU

 PASARAN  MELAYU CELUP YANG GAGAL.

Oleh: Rejal Arbee.
Bekas Ketua Pengarang Bernama dan Bekas Ketua Pengarang Berita NST.

Apakah sebenarnya masaalah yang tokong DAP (suatu gelaran
orang DAP sendiri menjolokkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng) berfikir dia sedang hadapi? Kenapa begitu ghairah
sangat mahu menunjukkan bahawa dia tidak memusuhi orang
Melayu atau tidak senang dengan Melayu.

Kalau tidak berperasaan demikian kenapa beria-ia sangat mahu
menunjukan dia bukan anti-Melayu?
Maka itu dia tidak habis-habis mendabek dada bahawa dialah
orang yang membela gadis Melayu berumur 15 tahun yang
dikatakan ditahan polis kerana terlibat dengan tuduhan telah
mengadakan hubungan sex dengan Ketua Menteri Melaka pada
1996 dahulu.

 Kononnya kerana membela gadis itu dia telah
merengkok dalam penjara.

Sebenarnya dia dipenjarakan pada tahun 1997 itu bukan
kerana membela gadis itu tetapi didapati cuba menimbulkan
perasaan membenci dikalangan rakyat bersabit peristiwa itu
di bawah Akta Hasutan.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara di
bawah Akta Cetak dan Penerbitan kerana dengan niat jahat
telah menerbit dan menyebarkan berita palsu dalam sebuah
risalah mengenai peristiwa itu.

Malah Mahkamah Rayuan terdiri dari Hakim Gopal Sri Ram,
Siti Norma Yaakob and Denis J.F. Ong mendapati dengan
menyebarkan risalah itu dia menimbulkan perasaan membenci
dan menghina pentadbiran kehakiman negara ini dan dengan
itu telah menambahkan hukuman dengan memenjarakannya
selama 18 bulan bagi setiap satu dari kedua tuduhan
terhadapnya itu.

Apa pun benarkah dia membela gadis itu dengan ikhlas atau
dilakukannya kerana politik?

Dia telah menjalani hukumannya itu di Penjara Kajang pada
25 Ogos 1998 dan dibebaskan setahun kemudian apabila
hukumannya diringankan.

Lim Guan Eng juga berterusan mencanang bahawa perlantikan
Zairil Abdullah sebagai setiausaha politiknya dan pemilihannya
ke Jawatankuasa Pusat parti itu sebagai bukti DAP bukanlah
sebuah parti cauvinis Cina atau bersikap anti Melayu.

Begitu sekali ia ketandusan pemimpin Melayu hinggakan
seorang Melayu celup dicanang merata sebagai bukti parti itu
bukan anti Melayu.

Ini adalah kerana apabila diteliti Zairil ini yang dinamakan
sebagai Zairil Khir Johari hanyalah untuk mengabui mata orang
ramai kononnya setiausaha politik Guan Eng itu adalah anak
kandung Khir Johari, seorang kuat Umno era Tunku Abdul
Rahman dan Tun Abdul Razak dahalu.

Tetapi dia sebenarnya adalah anak tiri Khir. Mengikut kehendak
agama dia tidak boleh dibinkan kepada Khir Johari kerana dia
diharam membinkan orang yang bukan bapa kandung sendiri.

Dia hanya boleh dibinkan Abdullah apabila memeluk Islam.
Menghairankan bagaimana dia boleh mengakui Khir sebagai
bapa kandungnya kiranya Khir mengahwini ibunya, Puan Sri
Christine Lim ketika dia sudah pun berumur 13 tahun.

Kedua-dua ibu bapa kandungnya adalah Cina jadi agak
pelik juga DAP boleh mengisytiharkannya sebagai Melayu.
Nama asalnya ialah Christopher Ross Lim dan namanya yang
sepatutnya sekarang ialah Zairil bin Abdullah.

Kiranya kad pengenalannya membinkan dia kepada Khir
ini juga adalah satu kesalahan di segi agama dan harus
diperbetulkan. Sesiapa yang bertegas dengan nama
membinkanya kepada Khir juga menyalahi agama dan
menanggung dosa.

Demikian juga Guan Eng ini sebagai Setiausaha Agung parti
berterusan dilanda kontroversi akibat kekecohan mengenai
pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat parti itu.

Pemilihan pertamanya tahun lalu dilanda kekecohan mengira
undi menyebabkan Pendaftar Syarikat membatalkan keputusan
itu dan mengarahkan pemilihan diadakan semula.

Bagaimana pun pada pemilihan semula itu pun timbul
kontroversi kerana orang sama juga dipilih walau pun kali ini
pasukan bapa anak yang menguasai Parti bertahun-tahun
menerima undi merosot.

Timbul juga tuduhan oleh beberapa pihak DAP sendiri bahawa
pemilihan kedua itu dilakukan tanpa mengikut perlembagaan
parti.

Malah ada tuduhan sehingga 851 anggota perwakilan
kehilangan dan tidak hadir waktu pemilihan itu. Ini bermakna
33% daripada keseluruhan 2576 perwakilan telah tidak
hadir untuk mengundi. Pada pemilihan pertama seramai 753
perwakilan telah tidak hadir.

Persoalan timbul apakah mereka itu adalah mangsa politik Lim
Guan Eng?
Tuduhan terus dibuat bahawa pemilihan itu adalah tidak telus,
tidak bebas dan tidak adil kerana perwakilan yang hadir pula
dipengaruhi untuk membuat pemilihan yang sama dengan yang
sebelumnya.

Ini bercanggah dengan laungan parti itu bahawa ia sentiasa
berpegang kepada prinsip ketelusan dan saksama.
Malah ada puak menggesa Setiausaha Agung parti itu menilai
diri sendiri dan meletak jawatan selepas menerima undi
merosot dengan menduduki tangga kelima sahaja dalam
pemilihan pada 29 Sep itu.

KOMEN:

DAP percaya dapat mengaburi mata orang Melayu dengan mengemukakan Cina Islam sebagai Melayu dengan harapan akan dapat menarik lebih ramai  orang Melayu  menyertai DAP tetapi beberapa kerat Melayu yang menyertai DAP mendapati hanya ada seorang Melayu celup yang masih tinggal dalam DAP. Melayu tulin yang hebat hebat semua  dah keluar.Maka mereka pun keluar dari DAP. Maka gagallah perancangan DAP untuk mempromosikan pemasaran Melayu celup.

Di UMNO walaupun asal Mamak,Turkey atau Arab  tetapi diterima sebagai Melayu kerana mengamalkan budaya Melayu tetapi di dalam DAP orang Melayu atau Islam  gagal untuk mengamalkan budaya Cina kecuali  kalau dia  memang  dari keturunan  Cina yang berbinkan Melayu maka mudahlah di Cinakan.

Dalam kata kata lain di UMNO Islam semestinya Melayu tetapi di DAP Islam tidak semestinya Melayu.Maka itu belang mereka terserlah dan masa depan DAP di kalangan orang Melayu amatlah gelap. 


Thursday, 17 October 2013

BUDGET 2014: PERLU KAJI SEMULA REBET GULONGAN BERGAJI SEDERHANA.

Oleh: Lukman Moidin

25 hb Oktober ini kita bakal mendengar Budget 2014 yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Baru-baru ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan akan ada 'berita gembira' pelepasan cukai untuk golongan sederhana yang berpendapatan RM3 ribu ke atas.

 Benarkah ianya benar-benar berita gembira atau sebaliknya. Hanya selepas 25hb baru kita akan menilai semula keyakinan dan harapan yang diberikan itu. Namun sebenarnya golongan kakitangan kerajaan atau swasta yang 'bergaji senderhana' amat tertekan dengan sistem rebet LHDN yang tidak sesuai dengan kos kehidupan semasa.

 Perkara yang menyebabkan golongan ini sangat tertekan ialah apabila tabungan dan simpanan peribadi pun amat sukar dihimpun atau disimpan, tiba-tiba beban percukaian tertimpa kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka melihat golongan kaya dan mewah 'tanpa penyata gaji' seperti peniaga, penoreh getah yang mempunyai berekar tanah, penanam kelapa sawit atau usahawan 'tanpa penyata gaji' ini hadir mengambil wang BR1M.

 Bertapa sakit mata memandang dan bertapa sakit hati merasai gaji dan pendapatan yang tak seberapa ini dikenakan cukai tetapi orang yang kaya dan berharta pula dengan mudah terlepas dari membayar cukai kepada LHDN.  Inikah keadilan LHDN kepada golongan ini ?. 

Kajian semula sepatutnya dilakukan terhadap kemampuan kewangan golongan sederhana yang sebenarnya amat-amat kritikal hinggakan untuk menabung bagi urusan kecemasan pun ada dari kalangan mereka terpaksa membuat kerja sambilan atau membuat penjimatan perbelanjaan. Kadar pelepasan cukai oleh LHDN amat tidak relevan dengan kos perbelanjaan semasa. 

Walaupun pendapatan kami kelihatan tinggi, namun setelah ditolak berbagai potongan, ianya berbaki sekitar RM2000. Kenaikan kos keperluan rumahtangga merangkumi bil-bil dan lain-lain pun kadangkala  tidak dapat ditampung dengan baki gaji berkenaan. Keadaan mungkin sedikit lega jika pasangan turut bekerja. Desakan ini menyebabkan kebanyakkan mereka pula ada yang mengambil pembantu rumah yang kos pengambilannya mencecah RM8000 hingga RM10000. Malah gaji pembantu pula juga agak tinggi iaitu sekitar RM700. Semua ini tidak terkandung dalam pelepasan cukai termasuk kos bayaran bulanan kenderaan dan penyelenggaran. Malah kos petrol yang tinggi dan keperluan lain harus menjadi perhatian LHDN dalam meningkatkan rebet percukaian peribadi seseorang pekerja. 

Amatlah  perlu untuk LHDN dan Kementerian Kewangan mengkaji rebet perbelanjaan diri dan dirangkumkan dengan kos semasa serta tanggungan termasuk sumbangan kepada ibu bapa pekerja. Di dalam pelepasan cukai sedia ada hanya dikhususkan kepada bayaran perubatan tetapi dalam situasi sebenar setiap anak dituntut oleh agama membantu kos kehidupan hari tua mereka. Dalam situasi ini seharusnya LHDN mengkaji semula rebet ini dan disesuaikan sebagai kos tetap yang mesti disediakan oleh anak-anak kepada ibu bapa. Pembuktian boleh dilakukan melalui transaksi bank atau kaedah lain yang wajar.

Kerajaan juga boleh memasukkan kos percutian keluarga dan perbelanjaan umrah sebagai rebet pengecualian cukai bagi mengalakkan aktiviti kekeluargaan. Kos umrah sebagai contoh adalah agak tinggi dan menjadi impian golongan berpendapatan sederhana dan alangkah baiknya jika ibadah ini turut mendapat pelepasan cukai bagi mengalakkan lebih ramai umat Islam menabung dan memperuntukan perbelanjaan mengerjakannya. Malah ibadah korban juga boleh dijadikan sebagai rebet pengecualian cukai dengan sokongan Jabatan Agama Islam agar ibadah dan kebajikan yang dilaksanakan mendapat pelepasan yang sewajarnya. 

Semoga pandangan ini diambil peduli oleh Kementerian Kewangan khususnya dalam pembentangan Bajet 2014 kelak. Percayalah impak kelonggaran rebet cukai kepada golongan sedehana ini mempunyai kesan besar yang mampu mengubah langskap politik negara khususnya sokongan kepada Barisan Nasional. 


Wednesday, 16 October 2013

PENGHARAMAN PERKATAAN ALLAH TIDAK WAJAR MENCAKUPI SABAH DAN SARAWAK.

KRISTIAN BOLEH GUNA ALLAH  DI SABAH SARAWAK.

TERKINI:(21 Oktober)  Perdana Menteri Datuk Seri Najib menjelaskan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka kerana Mahakamah Rayuan tidak melibatkan mereka.

PENJELASAN PEGUAM NEGARA

Peguam Negara Abdul Gani Patail menjelaskan Keputusan Mahakamah Rayuan hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah The Herald dan bukan bagi Bible versi Bahasa Melayu Al -Kitab.

Al-Kitab dan majallah The Herald adalah dua penerbitan yang berbeza samasekali.

Al-Kitab adalah versi Bible dalam Bahasa Melayu  bagi kegunaan penganut Kristian di gereja manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam.

Oleh itu , kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al- Kitab,yang mengandungi perkataan Allah,tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald.( Utusan Malaysia 21 Oktober 2013)

PENGHARAMAN PERKATAAN ALLAH.....

Penggunaan perkatan Allah di kalangan pemeluk agama Kristian di Sabah dan Sarawak telah berlaku sekian lama  dan tidak menjadi masalah atau sensitif kepada  umat Islam di kedua negeri itu.

Keadaannya adalah berbeza dengan di Semenanjung yang majoriti bumiputranya adalah Melayu Islam yang sebelumnya tidak pernah mendengar  orang Kristian menggunakan perkataan Allah bagi Tuhan mereka.

Tidak heranlah apabila mereka terkejut, membantah dan meanggap hal ini sebagai suau percubaan untuk mencemarkan  perkataan Allah  dan mengelirukan umat Islam.Keadaannya sama seperti orang Melayu di Malaysia terkejut melihat orang Indonesia  bersongkok bersembahyang di gereja di Semenanjung.

Hal ini adalah pekara biasa di Indonesia tetapi di  Semenanjung  Malaysia ,Melayu semestinya Islam.

Maka itu tidak heranlah jika  percubaan menggunakan perkataan Allah oleh Mingguan Catholic The Herald dalam penerbitan bahasa Malaysianya  telah  disyaki sebagai suatu percubaan untuk mendakwahkan Kristian di kalangan orang Islam yang memang terlarang dari segi Perlembagaan Persekutuan.

Demikian juga kebimbangan dan kemarahan akan timbul di kalangan orang Kristian di Sabah dan Sarawak jika  mereka dilarang menggunakan perkataan Allah sedangkan pekara itu tidak pernah menjadi persoalan kepada orang Islam di negeri itu

Penjelasan  Timbalan Menteri Dalan Negeri Datuk Wan Junaidi bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya melibatkan mingguan Catholic dan bukan Al -Kitab versi Bible Bahaa Melayu seharusnya mewaraskan pemikiran penganut Kristian di Sabah dan Sarawak apabila menghadapi sebarang hasutan politik yang bermotif jahat.

Pemimpin pemimpin Kristian di Sarawak juga tidak yakin bahawa keputusan itu akan melibatkan Sabah dan Sarawak . Presiden Parti Rakyat Sarawak(PRS) Tan Sri James Masing  berkata Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud pernah memberikan jaminan bahwa masyarakat Kristian di Sarawak boleh terus menggunakan perkataan Allah didalam doa dan sembayang mereka.

Kata Masing "kami telah menggunakan perkataan ini sejak lebih 100 tahun dahulu dan kami tidak menghadapi masalah dalam hubungan dengan jiran tetangga kami orang Islam."

Untuk mengelakan dari pekara yang samar samar ini di bakar menjadi api politik maka eloklah penjelasan segera diberikan oleh Mahkamah Rayuan tentang samaada keputusan pengharaman perkataan Allah itu meliputi Sabah dan Sarfawak.





Friday, 11 October 2013

KETIDAKMATANGAN DI PIHAK ZAHID HAMIDI







Adalah ketidakmatangan di pihak Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  dalam keghairahan berkempen untuk  jawatan Naib Presiden UMNO  telah terlanjur  mendedahkan stratiji  "Shoot first" untuk menghapuskan penjenayah.

Pada keseluruhannya, rakyat adalah menyokong tindakan ini kecuali peguam peguam yang  bergantung hidup diatas wang haram penjenayah dan juga pemimpin pemimpin parti pembangkang
yang akan kehilangan modal untuk menyalahkan kerajaan tentang  bermaharajalelanya   kejadian jenayah di negara ini.

Pandangan Malaysian Bar Council bahawa kenyatan Zahid itu sangat  membimbangkan dan tidak bertanggungjawab di pihak menteri sepatutnya dikembalikan  kepada mereka sendiri kerana itulah sebenarnya pandangan umum  terhadap  Majlis Peguam Malaysia.

Majlis Peguam lebih mementingkan peluang cari makan kepada ahlinya dari peluang kepada rakyat untuk terus hidup.

Saya menyokong  penuh pandangan popular bahawa hak asasi umum  dan polis adalah lebih utama dari hak asasi  penjenayah yang  profesion mereka adalah  merompak,merogol,meragut  dan membunuh orang yang tidak  berdosa.Logiknya penjenayah pastinya penjahat dan mangsa pastinya orang yang tidak berdosa.

Tidak ada orang yang waras fikiran akan menyalahkan polis apabila menembak mati orang yang telah terbukti sebagai penjenayah malah setiap seorang  penenjayah yang ditembak mati sekarang dirayakan dalam  setiap hati kecil rakyat Malaysia.

Jika mereka ini ditangkap dan dibicarakan maka peguam peguam yang tidak berintegriti dan tidak bertanggungjawab   akan berpeluang mencari  makan dari taukeh taukeh penjenayah  diatas tumpahan darah dan nyawa orang yang tidak berdosa.

Bagaimanapun bila Zahid mendedahkan perihal dahulunya   MCA dan MIC membela penjenayah dengan membuat rayuan bagi  pihak mereka tetapi sekarang beliau tidak lagi  akan melayan tuntutan seumpama itu  maka ini memberikan fahaman dahulunya di layan. Maka   timbul pertanyaan di kalangan orang ramai siapakah menteri menteri  yang telah melayan rayuan penjenayah dan benarlah anggapan orang ramai  bahawa MIC melindungi penjenayah.

Zahid tidak boleh meyakini di zaman kebebasan tanpa sempadan dengan  internet; siber, sms,portal berita  sebagai perantas , maka beliau mempunyai kebebasan dan  selamat bercakap pekara pekara rahsia negara.

Dan sekiranya Zahid tidak mahu apa yang dicakapkannya  di laporkan oleh media maka  kenaapa dari awal lagi media tidak dilarang hadir atau diberitahu kepada mereka bahawa majlis itu tertutup dan dengan itu beliau tidak perlu memberikan amaran yang uncalled for  untuk  menutup akhbar yang menyiarkan ucapannya.

Bagaimanapun saya lebih suka untuk melihat ketelanjuran  ini  dari segi  positif . Kenyataan Datuk Seri  Ahmad Zahid  " Tembak dahulu"  yang dibuat di suatu seminar keselamatan di Melaka baru baru ini adalah suatu mesej yang jelas terhadap penjenayah. Jika tidak mereka masih tidak sedar bahawa undang undang baru telah dikuatkuasakan dan mereka sedang berhadapan dengan peluru dan saat saat kematian.

Syabas seluruh anggota polis! teruskan kerja mulia ini demi untuk menghidupkan hak asasi manusia kepada yang lebih berhak.





Wednesday, 9 October 2013

UNDI KEMENANGAN SHERIFF ATAU MUKHRIZ YANG LEBIH TINGGI ?.

Dalam persaingan merebut  jawatan Naib Presiden UMNO, yang menjadi persoalan umum  sekarang ialah siapakah diantara Datuk  Ahmad Zahid Hamidi  dan Mukhriz  Tun Dr Mahathir yang akan mendapat undi kemenangan tertinggi dan bukannya soal samaada mereka akan menang atau tidak.

Hishamuddin Tun Hussein Onn digambarkan sebagai seorang yang sedang panik dalam usaha mempertahankan kedudukannya  malah menurut analysis  Joceline Tan ( Star 8 October ) Hishamuddin sedang berkempen dalam keadaan cemas ( at a feverish pace) . Menurut kamus Oxford  feversih berarti nervous excitement)

Salah satu sebabnya adalah oleh  kerana Hishammuddin dibandingkan  dengan Zahid Hamidi yang bila mengambilaleh  jawatan menteri dalam negeri telah bertindak  keras dan tegas memerangi  jenayah dan untuk keselamatan yang memenuhi harapan UMNO dan rakyat seluruhnya  malah popularitinya keperingkat orang memanggilnya   "The Sheriff," kata Joseline.

Zahid samasekali tidak bertujuan untuk memperkecilkan Hishamuddin tetapi tindakan tindakannya  menyebabkan  Hishamuddin di pandang  "kecil"

Kemenangan besar Mukhriz di perhetongkan berasaskan kepada sambutan hangat  yang diberikan oleh perwakilan kepada  lawatan lawatan memperkenalkan dirinya  malah sambutan yang diberikan di Perak mengejutkan Menteri Besarnya yang pro status quo.

Malam ini Hishammuddin dan Mukhriz akan diinterbiu oleh TV3 . Hishammuddin jam 11 malam dan Mukhriz jam 12,30 pagi . Agensi rating boleh membuat penataan. Kiranya rating Mukhriz lebih tinggi dari Hishammuddin  sedangkan interbiunya dibuat ketika   ramai  orang sedang  tidur maka besar kemungkinan  Mukhriz akan menjadi saingan kepada  undi kemenangan Zahid Hamidi.

Tetapi kebenaran ini masih boleh diragui kerana Wanita UMNO dan juga Pemuda UMNO telah diarahkan untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada Hishammuddin malah Sultan Pahang sendiri telah menganjurkan supaya perwakilan UMNO Pahang  memberikan undi kepada Hishammuddin ( Joselin Tan Star 8 October))

ARAHAN SELAYANG  PILIH HISHAMUDDIN 

Pak Zam ,
Saya Ahli UMNO dan dipilih mewakili Cawangan kami sebagai seorang perwakilan untuk Bahagin Selayang.Selangor, pada 19hb Okt ini.

Ketua UMNO Bhg. Selayang YB En Ab.Shukur Hj Idrus sendiri mencadangkan supaya kami memileh Datuk Sri Hishamuddin. "Diantara nama nama untuk jawatan Naib Presiden UMNO kalau boleh pilihlah Hishamuddin"katanya dalam ucapan  di mesyaurat Perwakilan UMNO Bhg Selayang baru baru ini.
Selain itu ada juga kabar kabar “Sistem Chai “akan terus diamalkan pada hari Pemilihan Perwakilan nanti.Jika ini lah berlaku, saya takut UMNO akan terus punah dan akan terus dibimbing oleh pemimpin tidak berkaliber, tidak berwawasan.

Teja Lawang Ahli UMNO Selayang




Sunday, 6 October 2013

TUNKU.

The Tunku

Many a tale has been told about the Tunku in the mass media during his colourful

political leadership, first as Chief Minister of pre-independent Malaya, then later

as Prime Minister of independent Malaya and finally as Premier of the expanded

Malaysia.

But there were also other equally interesting stories that could not be printed, for

obvious reasons.

One such occasion happened when I was a rookie journalist in the mid 1960s with

The Straits Times (before it became The New Straits Times). One day, my tough,

hard-nosed and seasoned News Editor Felix Abisheganaden ( also called The Boss)

gave me an assignment. Interview the Tunku, he said, and shoved me a piece of

paper torn from a notebook that was recycled from damaged newsprint rolls. On it

he had scribbed with his familiar Bic ballpen eight questions to pose to Tunku.

His further brief was this: The Tunku would be arriving at 7 am the next morning at

the Kuala Lumpur Railway Station. I was to catch him as he disembarked from his

coach.

Dressed casually, I waited at Platform One at 6.30 am for the train from Butterworth

to arrive. Those were the days when our clocks were not set back and therefore

even at 7 in the morning, it was still dark. And cold and misty.

Except for myself and a couple of policemen, the platform was deserted. After the

diesel locomotive drew to a complete stop, the Tunku stepped out, in his usual

dapper style, with hat and a muffler around his collar.

I approached him, introduced myself and asked if I could pose to him a few

questions. Ever obliging, he said Yes. I started off with the first question, then

proceeded down the list. Despite the long journey during which sleep is not usually

undisturbed, the Tunku who appeared visibly tired, patiently answered my questions.

But when I got to Question no. 5, he smiled at me and said:”Young man, why do you

ask me so many questions so early in the morning ? You know me, whatever you

want, you just write lah.I won’t deny”.

I thanked the Tunku and with that the interview ended. The Tengku was whisked

away to his home to get ready to run the country. And I went to Balai Berita to get

ready to meet ire of The Boss.

But the Boss was not upset that I had not asked all eight questions. Instead, he

helped me write up a nice story that had colour, content and flow, and substantiated

with quotations. In the years ahead, I don’t remember a single occasion when the

Tunku has denied any quotation attributed to him.

Philip Mathews, 07 Sept 2012







RIJAL




Dua peristewa mengenai Tunku Abdul Rahman yang tidak

dapat dilupakan.

Kedua-dua peristewa ini berlaku waktu saya bertugas sebagai

pemberita kadet di Berita Harian di sekitar tahun tahun 1964.

Malaysia then was facing confrontation (konfrontasi) by

Indonesia as President Sukarno had opposed its formation. The

Pakistani government then was headed by Zulfikar Ali Butto as

Prime Minister who is very close to Sukarno and thus supported

Indonesia in the confrontation with Malaysia even though it was

then a member of the Commonwealth.

The Commonwealth Prime Ministers’ Conference (as it was

then known) had converged in London in 1964. (The name was

changed to Commonwealth Heads of Government Meeting in

1971 in Singapore).

The Tunku had attended the meeting just as the Pakistani

PM. On the day of his return from the meeting a group of us

reporters had converged at the Sungai Besi airport (now the

TUDM base - it was then KL’s international airport.) to find out

whether he had met Zulfikar Ali Butto while in London.

As soon as he emerged from the plane and coming into the

terminal building we confronted him to get his views of the

meeting.

A reporter had then asked: “Tunku did you meet Mr Batto in

London” (Radio and TV Malaysia had then pronounced his name

as such considering that ‘Buto’ would sound like the crude

name of the male organ in Malay ‘butoh’), thus everyone in

Malaysia had then pronounced his name as such.

The Tunku in his usual jovial stance and without batting an

eyelid had spontaneously quipped: “Oh Mr Butoh of Pukistan”

to the guffaws of all of us present. (puki is of course the Malay

word for the female genital).

Satu lagi peristewa juga pada tahun 1964 ketika membuat

liputan lawatan Tunku ke Kampung Pandan yang waktu itu baru

dibuka. Sekumpulan kami pemberita telah berada di khemah

berdekatan dengan tempat Tunku akan berucap.

Tanpa sebarang amaran hujan telah turun dengan amat lebat

sekali hingga ramai daripada orang ramai yang berada di

padang untuk mendengar ucapan Tunku terpaksa lari mencari

tempat berteduh.

Tunku kemudian telah tampil ke tempat berucap dan dengan

selamba berkata: “Hujan dah turun lebat dan saya ta mahu

tuan-tuan dan puan-puan berterusan di sini nanti semuanya

akan ‘lokoih’ (loghat Kedah basah kuyup).

“Pemberita yang ada di sini telah pun mempunyai teks ucapan

saya. Jadi depa bolehlah gunakan ucapan tu seolah saya dah

berucapnya”.

Itulah Tunku.






Saturday, 5 October 2013

JADI MENTERI KERANA TERSINGKIR..

Saya tidak mungkin menjdi menteru kalau saya tidak disingkrkan dari Utusan. Tan Sri Khalid sanagt concern mengenai saya.
Saya tidak measa kesal,orang kagta utusan dhalim. saya tidak peduliman utk juma mahathir kecuali seyelah pak lemal mengatakn hang lergilah jum;a dia.Mahtir terasa dg wang selama kepala mencecah awan. pakatan untuk membrukan saya dlam sidang umno. di tusan utusan dhalin.
mahathir tidak ada hutangh apa aapa lagi pada you.zxahir you sampai dg mudah orang pecah kepala.
Keyakkinan mahathir pada saya kerana saya memperjuajgkan al arqam,fanatisme agama,hadi su enam bulan. Anwar cuba dapat kan say adari awal mahu saya masuk dalam temanya.

Friday, 4 October 2013

MCA: BAHASA MANDARIN PENTING, TAK TAHU BAHASA NASIONAL OK

LEE KUAN YEW TIDAK NAMPAK MASA DEPAN BAHASA CINA.

Telah berkali- kali kita mendengar pemimpin pemimpin MCA dan lain lain  pemimpin berbagai pertubuhan  Cina di Malaysia  menekankan pentingnya  bahasa Mandarin kepada rakyat Malaysia tanpa  memberikan perhatian terhadap   kelemahan orang Cina rakyat Malaysia berbahasa Malaysia.

Terkini Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata rakyat Malaysia mesti dilatih dalam berbagai bahasa terutama Mandarin yang nilai ekonominya menjadi bertambah besar kerana China menjadi kuasa kedua ekonomi dunia.

Saya samasekali tidak menolak faedah mengetahui berbagai bahasa terutama bahasa Inggeris tetapi kenaapa dalam memahami konsep ini, orang Cina di Malaysia tidak meanggap penting mengetahui bahasa Malasyia sedangkan mereka hidup dalam alam persekitaran Melayu.

Penekanan  Chuan Soi Lek terhadap kepentingan bahasa Mandarin adalah  lebih dalam semangat chauvanisme untuk melihat pengikhtirafan terhadap pendidikan Cina terutama bahasa Cina. Inilah yang telah disekat malah  dibunuh di Singapura.

Rakyat Malaysia akan lebih berbangga  jika Soi Lek menekankan kepentingan Bahasa Melayu bila berucap kepada orang Cina untuk mengeluarkan mereka yang masih hidup dalam kefanatikan kecinaan tetapi sebaliknya Soi Lek  langsung tidak menampakan kesedaran dalam hal ini, tidak prihatin, tidak merasa malu,tidak ambil kisah dan tidak merasa terhina  dari nilai nasional kerana sebahagian besar kaumnya masih tidak dapat bercakap dalam bahasa Melayu dengan faseh seperti beliau sendiri.

Tentunya beliau sendiri tidak merasa tersinggung bila melihat tidak ada pemidang dalam Bahasa Malaysia di dalam sesuatu perjumpaan masyarakat Cina. Seolah olah bahasa Malaysia tidak ada kena mengena dengan mereka.

Sebenarnya pandangan Chua Soi Lek dalam hal ini  berbeza dengan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew  yang tidak menampakan keyakinannya  terhadap masa depan Mandarin untuk menjadi bahasa antara bangsa sebaliknya masyarakat Cina di  negara Republik Rakyat China sendiri akan suatu masa nanti menggunakan bahasa Inggeris.

Ini  dapat dilihat  dari pandagannya   dalam forum di Business School For The Wolrd  di Singapura yang membicangkan samaada China  Kawan atau Musuh  yang di sertai  oleh wartawan wartawan,intelektual dan ahli  perniagaan Asia (Lihat youtube video  Bahasa Inggeris Lee Kuan Yew on Whether China is Friend or Foe  23 ogos 2012).

Lee Kuan Yew yakin  kemaraan ekonomi Asia  yang akan menjadi kuasa ekonomi  menerusi sistem sekular dalam masa 20 tahun akan datang tidak akan dapat dielakan.

Mengenai samaada China akan menjadi sebagai musuh atau kawan,Lee Kuan Yew percaya hal ini akan ditentukan oleh  perubahan pemikiran orang Cina menerusi pengetahuan bahasa Inggeris.  Lee Kuan Yew yakin  bahasa Inggeris akan menjadi bahasa perhubungan  antara orang Cina dengan orang luar

Katanya, jika struktur  politburo Cina terus kekal seperti sekarang  maka gulongan berbahasa Inggeris  di China akan bertambah besar seperti dulunya  generasi Cina di bawah pengaruh Komunis Soviet Unon  pandai  berbahasa Soviet.

Katanya lagi,mungkin dalam  perundingan bahasa Cina akan digunakan  tetapi generasi baru  Cina akan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan orang asing kerana mereka mendapat dididikan Barat,Phd dari Amerika,Britain, Jerman dan lain lain negara Eropah.

Peleknya kenapa  Soi Lek merasa perlu untuk menyuarakan kepentingan Bahasa Mandarin   kepada rakyat Malaysia  di Forum Dunia Ekonomi Cina yang tentunya dihadiri oleh orang orang Cina  yang memang percaya kepada masa depan Bahasa Cina dan kenaapa  Soi Lek tidak menekankan kepada hanya penggunaan bahasa Mandarin sahaja di Malaysia dan tidak lain lain  dialect?.

Yang perlu ditekankan oleh Soi Lek sebagai mewakili masyarakat Malaysia ialah  orang Cina di luar China dan di China  perlu mempelajari bahasa Melayu Malaysia /Indonesia untuk berintraksi dengan rakyat Nusantara ini   kerana hubungan persahabatan rakyat  dua negara dengan  Republik Rakyat  Cina semakin diperlukan bila  Amerika Syarikat dan Barat   merasa China menjadi ancaman kepada mereka dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam pada itu ekonomi Malaysia dan Indonesia juga berkembang dengan pesat yang juga diperlukan oleh kalangan perniagaan  Cina dan negara China. Maka kenaapa hanya Mandarin menjadi lebih  penting?.

Bahasa Inggeris juga perlu bagi mencairkan pemikiran perkauman orang Cina saperti yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew terhadap Cina Singapura.


Soi Lek tidak seharusnya diyakinkan oleh orang tertentu  di  The Star sendiri  terutamanya manusia seperti June Wong ( sekarang Ketua Pengarang?) yang tidak mempunyai jiwa  Malaysia dan  memandang rendah kepada Bahasa Malaysia  yang terbukti  dalam sebuah  rencananya memperlihatkan  tidak puas hati  sekadarkan tambahan masa bagi  Bahasa Inggeris tanpa menghapuskan Sekolah Kebangsaan.

Orang orang seperti ini temasuk dalam jenis wartawan yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew "Standard Western Journalist thingking" bila ditanya  seorang watawan Inggeris  dalam forum yang sama, samaada Singapura boleh maju sekiranya Singapura terkongkong dan masih  tidak dapat berfikir di luar kotak. Kata Lee Kuan Yew  jika tidak ada kebebasan di Singapura maka Singapura tidak akan maju dan  dia  tidak akan berada di Singapura.

Nasib baik pemimpin pemimpin Melayu tidak berfikir di bawah tempurung, jika tidak June Wong tidak dapat hidup mewah di Malaysia walaupun tidak pandai berbahasa Malaysia dan tidak menjiwai Perlembagaan Malaysia.