Monday, 30 September 2013

PENDATANG MELAYU LEBIH CERDIK DARI CINA DAN INDIA.

BAGI LEE KUAN YEW "HAK SAYA HAK SAYA ,HAK AWAK 

HAK SAYA" TUNKU.

KOMEN:
Dalam buku kompilasi tulisannya  Looking Back, Perdana Menteri Pertama  Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra dalam  mengulas dakwaan Lee Kuan Yew bahawa orang Melayu datang ke negara ini hanya 700 tahun dahulu, telah berkata " Keluarga saya keturunan Mongols dari India,kapal mereka pecah di Langkawi 1,200 tahun dahulu dalam pelayaran  ke China. Marong Maha Wongsa mengasaskan dinasti Kesultanan Kedah yang wujud sehingga ke hari ini.
"Nama Kedah tertera di atas peta tertua  Semenanjung Tanah Melayu"
Kata Tunku lagi," Bagi Lee Kuan Yew  hak saya adalah hak saya dan hak awak adalah hak saya"- Man Banun Sg. Petani Kedah.





    SUBKY ABDUL LATIFF Pengasas suara Pas Harakah dan juga bekas tokoh wartawan Utusan Melayu yang banyak mengembara dalam dunia kewartawanan dari menerbitkan akhbar  sendiri Suara Rakyat,Suara Merdeka dan sehingga menjadi  Ketua  Pengarang Watan akhbar harian  yang  telah ditutup,telah memberikan logik yang menarik tentang Melayu lebih cerdik dari Cina dan India  dalam buku terbarunya Propagandis Zaman(PZ).

Buku ini cukup berguna kepada saya kerana mengingatkan saya kepada zaman zaman kecerian di Utusan juga personaliti personaliti yang terlibat tetapi ini tidak akan saya sentuh sekarang   sebaliknya saya hendak fokuskan kepada logik Subky dalam menolak  dakwaan PAP atau Lee Kuan Yew yang  di hayati oleh DAP sekarang ini tentang  orang Melayu juga adalah pendatang ke Tanah Melayu seperti orang Cina dan India.

Sebenarnya ini adalah pandangan Subky dalam suatu forum di University Malaya lama dahulu semasa masih di Utusan  tentang dakwaan Lee Kuan Yew semasa dalam Malaysia bahwa Melayu bukan kaum yang mula mula tiba ke rantau alam Melayu ini terutama di semenanjung.

 Subky memberikan pendapatnya secara sinis dan menyindir kerana beliau tidak mahu teperangkap dalam provokasi LKY yang hendak mencari populariti di kalangan orang Cina diatas isu isu yang menyakitkan hati orang Melayu dan membanggakan kaum Cina.

Sebenarnya :LKY sendiri tidak berperkauman  Cina tetapi dia suka menunggang harimau untuk naik keatas. Dia sendiri  nak jadi orang putih, nama sebenarnya Henry Lee  dan dia telah berjaya memutihkan fikiran orang Singapore.yang berwarna putih langsat.


Kata Subky di muka 268 -269 PZ " Katakanlah provokasi itu benar. Memang benar orang Melayu sama sama tiba di alam Melayu khususnya di Tanah Melayu dengan tok nenek orang -orang Cina dan India,baik dari Mongolia atau daratan Asia Tengah yang lain, maka ia menandakan tok nenek saya orang Melayu dulu itu kumpulan pengembara yang cerdik dan pintar,jauh lebih pintar dan cerdik daripada tok nenek Lee Kuan Yew dan tok nenek Rajaratnam.

"Saya tak kata tok nenek Lee Kuan Yew dan tok nenek Rajaratnam dulu itu bodoh tetapi tak sepintar politik nenek saya.

" Cerdiknya tok nenek saya dulu telah dapat menamakan Semenanjung Tanah Melayu itu negeri orang Melayu.Macam mana tok nenek orang Cina dan tok nenek orang India yang sama sama tiba itu diam dan biarkan saja tok nenek saya menjadikan semenanjung itu milek ketuanan Melayu.


" Saya tak dapat hendak membayangkan betapa lemah dan uzurnya orang -orang Cina dan orang-orang India yang sama sama datang dulu boleh membiarkan orang Melayu membolot ketuanan rantau ini. Tentu nenek saya berjaya menundukan tok nenek orang Cina bahawa alam ini adalah alam Melayu,bukan alam Cina kerana alam Cina ada di tempat lain iaitu di Tanah Besar China dan tok nenek Rajaratnam juga dapat tok nenek saya yakinkan alam India ada di benua India."

Suadara Subky.! Tahniah!  Walaupun logik ini dikeluarkan  lebih 40 tahun dahulu tetapi  masih boleh sah terpakai hingga sekarang. Jika Melayu tak pintar dan halus budi bahasanya( Melayu yang turut berdemonstrasi  bodoh sikit ) maka tentulah Raja Raja Melayu tidak  memerentah sejak lebih 50 tahun merdeka  dan bila  yang bodoh  provokasikan  13 Mei, maka  mereka tertolak sepuluh lima belas  tahun  kebelakang kerana membangkitkan dinamisme Melayu dan Tsunami Cina 2013 suatu rahmat menjadikan orang Melayu lebih  kreatif dan lebih agresif dalam dinamisme mereka.


CATATAN: Saudara Subky Latiff sekarang adalah wartawan Harakah.







Thursday, 26 September 2013

KOMBINASI MUKHRIZ DAN KHAIRY PERLU UNTUK TRANSFORMASI UMNO.

KOMBINASI antara Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir  untuk saling menang memenangkan dalam persaingan kepucuk pimpinan UMNO  adalah sangat diperlukan bagi transformasi imej UMNO.

"Transformers"
Kemenangan kedua mereka; Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO dan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO  pastinya akan  memberikan suatu imej baru yang meyegarkan dan meyakinkan tidak sahaja kepada  gulongan muda dalam UMNO tetapi juga  generasi baru Melayu di luar UMNO dan juga bukan Melayu.

Kedua mereka  mempunyai kualiti dan keupayaan masing- masing   untuk menjadi gandingan yang kuat dan mantap bagi  penerusan kepimpinan masa depan negara.

Kita boleh bayangkan kemantapan imej baru  UMNO  kepada negara kiranya  Khairy menjadi Ketua Pemuda dan Mukhriz menjadi  Naib President  UMNO . Setakat ini mereka telah menunjukan gaya kepimpinan yang menghayati  harapan harapan baru dan tentunya akan dapat menarik lebih ramai anak muda memyertai UMNO..

Ini juga akan dapat mengelakan kepupusan UMNO seperti yang dibimbangkan oleh pemimpin teragung  negara  Tun Dr.Mahathir.

Walaupun keduanya berseteruan politik, tidak sekadarkan antara mereka tetapi juga antara bapa mertua dan bapa sendiri tetapi hal ini tidak seharusnya menjadi warisan dan sewarjanya Mukhriz-Khairy  menerima logik politik "tidak ada musuh yang kekal dalam politik,yang kekal hanyalah kepentingan diri atau kepentingan bersama." Masih tidak terlewat untuk bermula dari saat ini.

 Khairy  dan Mukhriz mestilah berganding bahu , harus dapat datang kepada suatu persafahaman kerjasama diatas  sikap rasional untuk membuktikan kepada bangsa dan negara bahawa dalam keadaan yang runcing, mereka lebih mementingkan perpaduan dan kepentingan negara.

Bukan masanya sekarang untuk menentukan siapakah yang bakal  menjadi Perdana Menteri . Khairy telah belajar dari kesilapan terlalu bertakbur  dan terburu-buru untuk naik keatas dan Mukhriz  juga telah belajar untuk mendapat faedah dari kesabaran.

Mulai hari ini Mukhriz dan Khairy mestilah mencari jalan untuk saling bantu membantu  bagi menjadikan Pilihanraya UMNO yang paling demokratik  kali ini   suatu sejarah besar kearah mentranformasikan UMNO kepada kekuatan bagi pembinaan suatu bangsa yang sanggup menghadapi cabaran zaman.

Tuesday, 24 September 2013

KERANA KEMBALI MENGHUNUS KERIS ZAHID HAMIDI DAPAT UNDI TERTINGGI

SABAH BERI LALUAN PADA MUKHRIZ.MUSUH DALAM SELIMUT SHARIZAT

Ramalan popular dalam persaingan untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO ialah penyandang Datuk  Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mendapat undi kemenangan tertinggi sekali kerana beliau telah kembali menjulang keris dan memperlihatkan ketajaman dalam menggunakannya pada masa yang diperlukan.

Sekali gus tindakan ini mengingatkan orang ramai terutama ahli ahli UMNO terhadap perisitwa sedih pemimpin merasa bersalah  menjulang  keris dan meminta maaf  yang menjatuhkan maruah UMNO dan bangsa.

Kemenangan seorang lagi penyandang, Shafie Afdal  nampaknya bergantung kepada sokongan pengundi  UMNO  di Persekutuan kerana jika pandangan  Datuk Mohamed Dahan Abdul Latiff  dianggap sebagai mewakili pandangan  majoriti UMNO Sabah maka  Shafie adalah dalam keadaan  tergugat.

Kata Mohamed Dahan  " Saya mahu melihat seorang yang dibawah umur 50 tahun bertanding bagi jawatan Naib Presiden kerana ini akan mengikis  imej UMNO sebagai parti orang tua" (lihat tulisan Philip Golingai di Star 23 September). Dalam kata kata  lain beliau mahu laluan dibuka kepada Mukhriz.Dia bercakap kepada wartawan terkemuka di Sabah.

Maka itu kita boleh mejangkakan untuk melihat lebih banyak iklan Karnival KUD dengan gambar Shafie Afdal  di Utusan Malaysia dan di lain lain akhbar Bahasa Malaysia atau lain lain iklan baru.

Yang paling berdebar sekali di sebalik cuba to put up a brave face ialah Ketua Wanita ,Shahrizat yang walaupun telah berjaya mencantas semua pencabar berpontensi; Azalina terundur, Halimah Mohamed Sadique terpatah kaki, Masitah tercungkil  rasuah  tetapi tiba tiba termuncol  musuh dalam selimut  Senator Maznah Mazlan yang juga Exco Wanita sebagai pencabar disaat terakhir.

Maznah sekarang terlihat sebagai pencabar  paling berpotensi dan tentunya semua pencabar berpotensi yang menarik diri berserta pengikut mereka adalah juga musuh dalam selimut.

Utusan perlu memperbanyakan lagi berita dan rencana mengenai Shahrizat.

Sunday, 22 September 2013

UMNO DAN PAS HADAPI KRISIS KEYAKINAN DIRI.

MASING MASING  BERPURA -PURA MENUNJUKKAN KEKUATAN  DALAM KEBIMBANGAN


BIASANYA saya  langsung tidak mengharapkan  suatu dialog antara PAS dengan UMNO  tetapi sambutan  terkini  Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyuddin Yassin bahawa UMNO  terbuka untuk kerjasama dengan Pas adalah dalam nada suara yang berlainan yang memberikan keyakinan kepada mereka yang mahu berfikir secara rasional berasaskan logik politik.

Haji Hadi berkata kerjasama itu boleh diadakan di bidang politik tetapi  bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan (lihat Sinar Harian 22 September).

Saya pernah menulis  bahawa dalam hal ini ,UMNO tidak perlu  menjadi seperi hidung tak  mancong pipi tersurung- tersurung kerana Pas  memperkceilkan  UMNO sebabgai gila talak. PAS sering mengulangi bahawa kesilapan berlakunya perpisahan dahulu adalah kerana UMNO  dan seolah-olah Pas tiada dosanya.

Bagaimanapun  apa yang penting apabila sudah wujud hasrat yang baik antara kedua pihak untuk berdialog maka  tidaklah perlu diungkit- ungkit  pekara lalu yang negatif atau membuka semula luka lama.

Apabila Ketua Pengganas Komunis Malaya Chin Peng meminta untuk  berunding bagi  perdamaian dengan kerajaan Malaysia dan Thailand, Chin Peng tidak membangkitkan berapa ramai anggotanya yang telah dibunuh oleh pihak keselamatan Malaysia dan demikian juga sebaliknya.

Pas memahami kebimbangan UMNO sekarang dan UMNO juga memahami kebimbangan Pas dalam melihat perlu adanya dialog yang ikhlas  dan serius antara kedua parti Melayu dan Islam ini dan tentunya ajendanya bukanlah untuk pembentukan suatu kerajaan perpaduan tetapi untuk saling memahami pengalaman dan kedewasaan masing masing dalam suatu kancah pertarungan untuk survival  ummah di negara ini.


Pas sudah disosialisasikan dengan kolabarasinya dengan DAP dan PKR dan UMMO mendahului  permuafakatan   dengan MCA dan MIC  dalam Perikatan dan kemudiannya dalam suatu pakatan kerjasama lebih besar iaitu Barisan Nasional.

Perkembangan politik dalam proses sosialisasi ini bukannya semakin  meyakinkan sebaliknya meragukan dan berada dalam keadaan tergugat,bukannya  menjadi semakn kuat tetapi semakin mundur ke belakang.Keyakinan diri yang cuba ditunjukan oleh kedua pihak adalah kepura-puraan

Masanya  sudah sampai untuk PAS dan UMNO melihat bukan sahaja  kuman di depan mata tetapi juga cahaya pagi di kaki langit  jika suatu kerjasama politik boleh diadakan tanpa kerajaan perpaduan sebagai merintis jalan.

Saturday, 21 September 2013

wan saiful

Wan Saiful: I did not call for Article 153 to be scrapped in 10-15 years


The Chief of IDEAS called me up yesterday afternoon to clarify his position on Article 153 of the Federal Constitution.  (refer my notes at the end of Wan Saiful's statement) 

from Wan Saiful Wan Jan via email to rockybru@gmail.com 20 Sept 2013 at 8.53pm

IT IS REALLY AMAZING how quickly things can go wrong if you take your eyes off the blogosphere and twitterland.  Even those who know you personally could change their minds simply by reading a few tweets.

I have recently been accused of calling for the abolishment of the special position of Islam and the Malays, based on what I said at an event in the afternoon of Malaysia Day (Monday 16 Sept).  But I missed the first few days of this development because I had to tend to my mother, who fell ill on that Monday evening and is now in hospital.  As a result of not following these developments, I am now accused by some as a traitor.

I am still not 100percent “back in the game” and I won’t be until my mother is fully discharged.  But I thought I should quickly come up with a brief explanation.  I called Dato Rocky earlier and he very kindly suggested I send this explanation to him so that other critics can also read it.  Please forgive me for the brevity and lack of details as I am typing this from a crowded emergency room of a hospital (with a non-functioning aircond and very stuffy).  I am happy to chat about all these later if necessary, but for now, I just want to clarify some of the wrong allegations against me.

My actual message is as follows:

-       I know quite a few people are talking about how the special position of Islam and the Malays is discriminatory.  I too have been debating this for quite some time.

-       But I am worried about how some quarters approach this issue.  Some are very aggressive and make demands for immediate change.  Others take it too emotionally such that the issue is treated as a taboo that cannot be discussed.  These dynamics have driven discussions underground, and this is not healthy.

-       The best way forward is for us to not treat this issue as a taboo, but instead engage in healthy conversation *if* we really want to discuss it.

-       And certainly no one should expect or demand for any change to happen immediately.  You will just end up frustrated and angry (and usually more aggressive too).  If any, you’ll be lucky to see a change 10-15 years down the line.  This is a huge issue and it will take time to be digested rationally, if at all.

Let me also clarify my own position on these issues:

-       I am a beneficiary of various government support programmes. I have also seen so many successful individuals who have benefitted from the same assistance.

-       As a result of what I have seen over the years, I have come to the conclusion that the position of both Islam and the Malays does not need legal protection.  Islam is a strong religion on its own.  And the Malays have proven that we can stand on our own two feet.

-       It is therefore better for the various protectionist measures to be stopped.  I see legal protection as a weakness. I believe in individual responsibility and we as individuals should defend our own identities.  I am fully aware that this position is new and is still unacceptable to many, and if so, I hope we can courteously agree to disagree.

So let me make this clear.  My belief comes out of conviction of our ability to compete and succeed. We are strong enough to stand on our own feet, and, most importantly, to help each other without being dependent on the government.

By extension I feel that protectionism is a sign of weakness and I refuse to accept that a whole ethno-religious group is weak simply because of who they are.  I appreciate that this worldview may differ from those who see protectionism as a right that must be defended, and I appreciate that even though we have different views, that view has its merit too. I just hope that we can focus on the end aim, which I think is, actually, quite similar, and make space for differences in the methods to achieve that ultimate aim.

Again, apologies for not responding earlier.  But I hope to be back “online” properly in the near future.


Ends

MCA GERAKAN HANYALAH COPYCAT KEPADA DAP

BN memasuki Pilihanraya 2008 dengan keyakinan tinggi dalam suasana kebebasan baru berasaskan kemenangan cemerlang 2004. Maka itu parti parti komponennya terutama  MCA dan  GERAKAN percaya bahawa mereka akan  mendapat keyakinan lebih tinggi  masyarakat  Cina atas persaingan dengan  DAP diatas landasan perkauman.

Tetapi apa yang dilakukan mereka adalah  gambaran kehilangan keyakinan diri. MCA dan GERAKAN gerun dan gentar melihat ancaman  DAP  dan wartawan wartawan di NST, The Star dan juga akhbar akhbar  Cina yang senada dalam  membantu DAP di bawah  kebebasan baru.

Kebebasan telah memperlihatkan luahan berani  perasaan terpendam  orang Cina dan India  terutama yang berada di dalam akhbar akhbar Cina dan Inggeris dari  tekanan perasaan adanya  Kedaulatan Raja, Kedudukan Islam dan Hak Bumiputera.

Antara apa yang dilakukan oleh mereka tanpa menghiraukan perasaan orang Islam dan Melayu  dalam pilihanraya ke 12 ialah  siaran gambar kartoon Nabi  Muhamad SAW yang di ulang ulang  oleh NST ,kelemahan PLKN (Program Latihan Negara ) di perbesar-besarkan seolah olah ada tekanan terhadap bukan Melayu,buku 13 Mei  yang ditulis oleh orang DAP dipromokan dengan mendakwa kerajaan mengharamkannya ( Ini kerja The Star) dan berbagai bagai lagi isu sensitif.Reaksi marah orang Melayu menambahkan populariti DAP.

The Star merasa selamat untuk mempermainkan isu  isu ini dengan lebih bijak  dan halus oleh kerana NST sebagai  akhbar UMNO sendiri  telah menjuarainya. Ia mengambil Q dari NST.

Pindaan Perlembagaan  terhadap Akta Hasutan selepas 13 Mei untuk melindungi parti parrti komponen Perikatan yang dihasratkan oleh Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail tidak lagi berkesan malah MCA dan MIC turut bermain di dalamnnya

Tetapi bagi masyarakat Cina, apa gunanya mereka memileh MCA atau GERAKAN  yang hanya menjadi COPYCAT kepada DAP, yang cuba untuk hidup diatas  isu isu popular dan perkauman DAP. Tentunya DAP lebih  bebas untuk  menunjukan kelebihannya,lebih agresif ,lebih berani,lebih berinisiatif  dan lebih dirasakan keikhlasan dan kesungguhannya oleh masyarakat Cina kerana apa yang diperjuangkannya adalah prinsip asalnya.

DAP mendedahkan belang sebenarnya masyarakat Cina termasuk  yang tersembunyi memendam rasa dalam MCA selama lebih 40 tahun.

Apakah yang telah  MCA dan GERAKAN dapat dari sanada dengan DAP dalam kempen pilihanraya 2008 dan juga dalam 2013. Kerusi MCA merosot dan GERAKAN kehilangan kuasa di Pulau Pinang ,MCA lumpuh  dalam Pilihanraya 2013 kerana dilihat bukan lagi dirinya sendiri,bukan peribadinya,sebalinya sebuah parti yang hilang arahdan identiti.

Tetapi apakah MCA dan GERKAN  belajar dari kesilapan ini?

Tidak samasekali sebaliknya MCA masih cuba untuk terus bersaing  dengan DAP dan dalam ketakutan turut mempertahankan akhbar akhbar Cina yang sejak merdeka  tidak pernah berganjak dari memperjuangkan kepentingan pelajaran ,kebudayaan Cina dan pengasingan orang Cina dari aliran  perdana negara ini (Kecuali Lee Kuan Yew yang dapat mengajar mereka bahawa sebenarnya mereka berada di Singapura dan bukan di Taiwan, Hong Kong atau China )

Yang paling terkini dapat dilihat  apabila Presiden MCA Chua Soi Lek ikut dalam  arus  nasional  membantah  kepulangan  abu pengganas komunis  Chin Peng  ke negara ini tetapi ada pemimpin MCA lebih melampau dari DAP dengan membangkitkan tentang melitan Islam yang dibunuh di luar negara di benarkan di bawa pulang ke negara ini.

Seorang Pegawai  Biro Penerangan MCA, Datuk Heng Kie bercakap seperti tidak mengetahui sejarah bahawa pemimpin pertama  MCA Tan Cheng Lock juga telah cuba di bunuh oleh pengganas komunis dan dia juga tidak berfikir  bahawa jenazah militan Islam yang di kebumikan di sini  tidak melakukan keganasan berpuluh tahun terhadap rakyat negara ini untuk menjadi dendam kesumat bagi membangkitkan kemarahan bila di bawa pulang.

Apabila akhbar akhbar  Cina mempertikaikan Stratiji Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib  baru baru ini ,seorang pemimpin MCA  telah mempertahankan mereka dari kritikan UMNO.

UMNO  mesti bersikap tegas terhadap MCA kerana MCA pun bukanlah lagi merupakan parti yang mewakili orang Cina sebaliknya melukut di tepi gantang.Kehilangan Pulau Pinang kepada DAP pun tidaklah wajar di kesalkan sangat  kerana semasa BN berkuasa pun ia di kuasai oleh parti GERAKAN  yang  asalnya pun  sedarah dengan DAP.

Apabila berlaku  13 Mei, sebenarnya  maysarakat  Cina telah ditolak lebih 15 tahun kebelakang kerana ia membangkitkan dinamisme orang Melayu dan pemimpin pemimpin mereka yang tidak kehilangan perhetongan sebaliknya merangka stratiji yang adil ,bijak dan konstruktif bagi mempercepatkan kemajuan orang Melayu di berbagai bidang.

Orang Melayu bukanlah suatu bangsa yang bodoh kerana   mereka telah dapat mengekalkan pemerentahan beraja yang demokratik selama lebih 50 tahun.

MCA harus tetap diatas pendirian  untuk tidak sertai kerajaan. Suatu keputusan Presiden MCA yang sangat wajar untuk masa depan orang Cina. Sikap ini akan dapat mengajar orang Cina untuk merasa dan mengisafi  apa yang mereka hilang tanpa perwakilan Cina dalam kerajaan untuk selama empat tahun akan datang.

Dalam pada itu MCA harus mengkaji semula apakah keuntungannya dengan terus menjadi copycat kepada DAP yang tidak memberikan keuntugan kepadanya sebaliknya semakin menghakiskan maruahnya dan menjadikannya sebagai parti yang tidak lagi berpengaruh di negara ini

Published: Sunday October 13, 2013 MYT 3:55:00 PM 
Updated: Sunday October 13, 2013 MYT 7:39:55 PM

Loh Seng Kok blasts Mukhriz for accusing MCA of being racist

   
Email
Facebook
23
PETALING JAYA: An MCA leader has lambasted Kedah Mentri Besar Datuk Mukhriz Mahathir for accusing the party of being racist.
MCA central committee member Loh Seng Kok (pix) dismissed Mukhriz’s allegations that the party was racist as “utterly false”.
“The MCA has always taken a wide-minded approach towards any issue and we have never issued racist statements in order to win over the Chinese at the expense of the other races.
“We have always dealt with issues in a logical manner regardless of whether it involves Malays, Indians or Chinese or any other race,” said Loh, who is also MCA publicity bureau deputy chairman, in a statement.
He was responding to a news report quoting Mukhriz who questioned whether MCA and Gerakan were trying to be “more racist than DAP” to woo Chinese votes.
Mukhriz, who is running for the Umno vice-president post in the coming party elections, also denied that the Kedah government practised a racist policy, saying that national schools need more help than Chinese schools.
Loh said it was regretful and shocking for Mukhriz to accuse MCA as racists simply because they disagreed with his statement that he will not help Chinese schools as the Chinese community did not vote for Barisan Nasional in the previous general polls.
He pointed out that the Chinese community had contributed much to the development and progress of the nation, just like any other community.
“It is essential that racial harmony be maintained as it is the main factor in allowing a country to grow, and it is unfortunate that some political leaders had decided to play up racial issues instead to win support,” he said.
Loh urged Mukhriz and other Umno leaders to stop playing up racist issues seeing that the Umno elections were just around the corner.
“If they want to win the support of their party members, they should do so based on their achievements in the party to prove that they are the better candidate,” he said.
Loh said MCA will not allow anyone to undermine or pawn the nation’s racial harmony for their own personal gains.






SEBAB MUKHRIIZ BOLEH MENANG DARI PANDANGAN PROF RAMLAH ADAM.


DARI THE  STAR ONLIE
Published: Saturday September 21, 2013 MYT 8:30:00 AM
Updated: Friday September 20, 2013 MYT 10:47:21 PM

Mukhriz's winning factor

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (right) with his father Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir (right) with his father Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
Email
Facebook
0
PETALING JAYA: Despite being born as a child of one of the most-renowned political figures in the country, Datuk Mukhriz Mahathir rise in Umno is based on his own merit, and not because of his father's influence.
"He can't run away from the fact that he is the son of (former Prime Minister) Tun Mahathir Mohamad and he gained people's respect because of that - but they are two different personalities," Umno expert Datuk Prof Dr Ramlah Adam told The Star Online.
Ramlah, who is also a political analyst from Universiti Teknologi Mara, said Mukhriz, 49, will make a great impact in Umno if he is elected as one of its vice presidents in the upcoming party election on Oct 19.
"Although he is still considered young in politics, he already has the authority in (policy decision-making at state level) and people perceive him as educated and professional.
"These are the traits that Umno should highly seek for, as it can open up the floodgates of young politicians to become the next in line in Umno before the next general election," she said.
Mukhriz went against the odds when he announced his candidacy as an Umno vice-president Thursday, facing veterans such as former Malacca chief minister Tan Sri Ali Rustam and former Negri Sembilan Mentri Besar Tan Sri Isa Samad.
The youngest among the pack, he also will be up against incumbent Umno vice-presidents, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
The trio has also formed a pact to work together to defend their positions at the polls.
When asked whether Mukhriz was aligned to Ali and Isa to unseat the incumbents, another political analyst Datuk Prof Zainal Kling said the situation was unlikely.
"The new faces are fighting individually to displace any of the incumbents, that is all," said Zainal, who is also a political analyst from Universiti Pendidikan Sultan Idris.
All three incumbents, he said, are working hard to gain momentum on the ground and he said it is still not clear who would fall as each has a fair chance winning.
"However, the weakest link would probably be Shafie, because he does not really stand out compared to the rest.
"But you never know, he might make it through because there are delegates who want a representative from East Malaysia," said Zainal.
He also said although Mukhriz had the advantage of being the son of a former premier, he has yet to prove his capabilities in both Kedah and Umno.

"Being a son to Mahathir could be a winning factor, and he could win some votes from delegates from his age range.
"I still don't foresee any changes at the top leadership. I think Hishammuddin, Shafie and Zahid will remain as vice-presidents," he said.
Ramlah, however, had a different take, despite arguments suggesting that Mukhriz was not politically mature to make it through.
"Mukhriz has every advantage to win because now he is a leader from Kedah, a state which holds strongly to the principles of Islam and he has the backing from the people," she said.
She also compared Mukhriz's political influence compared to Isa and Ali, whom she said no longer have the authority in policy decision-making at the state or the federal level.
"Although Ali is the chairman of Malacca Economic Consultative Council and Isa is a Felda chairman, they are not policy makers, unlike Mukhriz," she said.
"I think it is time we give opportunity for young blood to rise up rather than maintain the old faces," she added.

Thursday, 19 September 2013

PERBEZAAN ANTARA SINAR HARIAN DAN THE STAR

NAJIB WAJIB BERITAHU MCA: YOU'RE EITHER WITH US OR AGAINTS US
Masthead akhbar  hampir sama, tetapi Sinar Harian dilihat lebih bertanggungjawab
berbanding The Star.

Saya ucapkan syabas kepada akhbar Sinar Harian yang merasa bertanggungjawab untuk membersihkan nama SK Seri Pristana Sungai Buloh Selangor dari cemohan terhadapnya sebagai rasis hanya berasaskan kepada penyebaran gambar palsu mengatakan anak-anak bukan Melayu diberi makan di tandas sekolah itu di bulan puasa sebaliknya yang sebenar ialah di kawasan persalinan.

Sekali pun penjelasan telah diberikan berkali-kali tetapi kita dapat melihat bagaimana sebuah akhbar Inggeris telah cuba menghidupkan terus isu ini untuk  mengapi-apikan perasaan kebencian orang India terhadap orang Melayu.

Yang terakhir dengan menyiarkan berita dakwaan bapa yang disyaki terlibat menyebarkan fitnah itu mengapikan pula dengan cerita ramai anak-anak India telah dipindahkan dari sekolah itu pada hal sebenarnya dari 27 orang,hanya seorang sahaja yang berpindah.The Star menyiarkan berita ini seolah-olah benar belaka.

Hari ini Akhbar Sinar Harian menyiarkan wawancara wartawan-wartawannya dengan Guru Besar Sekolah itu Muhamad Nasir Mohd Nor untuk memberikan penjelasan yang sebenarnya menunjukan bahawa pengendali Sinar Harian dapat merasakan bahaya api sekam yang telah dibakar oleh media yang tidak bertanggungjawab dalam soal ini.

Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya membiarkan pekara ini berlalu begitu sahaja tetapi siasatan mengenainya mestilah didedahkan dan tindakan keras mesti diambil kepada mereka yang mempromokan hasutan perkauman. Walaupun akhbar-akhbar Tamil atau Cina juga memainkan pekara ini tetapi tidak sama kesannya dengan akhbar yang dibaca oleh semua kaum.

Di bawah ini adalah pandangan zamkata  dan juga penjelasan guru besar sekolah berkenaan:

Tidak dapat dinafikan The Star merupakan sebuah akhbar yang terbaik dalam memenuhi kualiti kewartawanan; terkini dengan berita, ekoran berita yang pantas, rencana yang menarik dan bermutu dan sebagainya yang menggambarkan wartawan-wartawannya senantiasa aktif, cekap  dan berinisiatif.

Dalam pada itu The Star juga akhbar yang paling bijak dan halus dalam memainkan isu-isu sentimen Cina. Ini dapat dilihat dalam isu untuk membawa pulang abu Ketua Pengganas Komunis Chin Peng yang sesiapa pun dapat menciumi kecendorongannya atau biasnya.

Isu SK Seri Pristana Sungai Buloh Selangor sudah berbulan dihidupkan dalam nada perkauman dengan berselindung disebalik human right.

Isu ini  berpunca dengan memberikan gambaran sekolah itu meletakan tempat makan murid bukan Islam di kawasan tandas dalam bulan puasa seolah-olah untuk melindungi murid Islam dari nampak bukan Islam sedang makan.Ia memberikan gambaran sekolah itu memperkecilkan bukan Islam.

Bagaimanpun siasatan dan penjelasan telah diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan Sekolah berkenaan bahawa hal itu telah lama berlaku kerana ketidakcukupan ruang. Sebenarnya bukannya bilek tandas tetapi bilek persalinan digunakan untuk sementara.

Berita ini disiarkan tanpa penjelasan pihak sekolah lebih dahulu yang sewajarnya dilakukan dalam berita-berita yang bersifat sensitif. Apakah tujuannya? Ini semestinya didorongkan oleh orang-orang yang bersifat perkauman India di The Star.

Peluang terbuka lagi bagi akhbar ini untuk mengapikan isu berkenaan bila seorang India yang ditahan dalam siasatan kerana membuat fitnah mendakwa murid-murid bukan Melayu dicemuhkan oleh guru-guru sekolah sehingga memaksa beberapa orang murid India berpindah tetapi sebenarnya hanya seorang murid India sahaja yang pindah.

Tidakah orang yang berusaha untuk menjadikan isu ini sebagai  isu perkauman yang panas merupakan anasir subversif, anti sosial dan anti nasional? Fahamkah The Star bagaimana perasaan guru-guru Melayu yang telah bertahun-tahun mengajar murid-murid India di sekolah itu dengan penuh didikasi dan jujur ?

Tidak cukup setakat itu sahaja, The Star menimbulkan pula soal murid-murid  di bawah umur 18 tahun tidak berhak untuk disiasat oleh polis tanpa ditemani oleh ibubapa mereka bila polis menjalankan siasatan di sekolah itu. Siapakah yang berada di belakang The Star untuk  terus pursue isu ini dari berbagai-bagai sudut?

Peguam, polis, orang awam dan lain-lain telah dicari untuk follow-up bagi  menghidupkan terus isu ini dan tentunya ada instigater dari luar memberikan tunjuk ajar kepada  pemberita, news editor atau ketua pemberita yang senantiasa bersemangat untuk menghidupkan isu-isu demi untuk kepentingan politik mereka.

Sesiapapun yang mengikuti berita ini dari awal hingga sekarang akan sedar bahawa puncannya adalah prejudis perkauman yang boleh menimbulkan prasangka, prejudis dan kebencian kepada sekolah Melayu (Kebangsaan) dan kepada orang Melayu dan berita seumpama ini sama sekali tidak menyumbang kepada usaha untuk menghidupkan perasaan keharmonian antara kaum terutama di peringkat murid-murid sekolah.

Apakah Ketua Pengarang akhbar The Star tidak dapat mencium kecendorongan news editornya, ketua pemberitanya atau penghasut-penghasut dalam The Star untuk pursue isu ini diatas landasan yang bahaya?

Bila ditunjukan permainan perkauman The Star, maka orang akan bertanya bagaimana dengan Utusan Malaysia?

Jawapannya cukup mudah. Apa yang dilakukan oleh Utusan tidak pernah terkeluar dari tanggungjawabnya untuk mempertahankan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia. tetapi Utusan tidak pandai pepat di luar rencong di dalam.Utusan hanya pakai satu muka tetapi The Star bermuka-muka.

Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail telah menjelaskan tujuan Akta Hasutan dipinda selepas 13 Mei 1969 (Lihat bukunya The Reluctant Politician) adalah untuk menlindungi MCA dan MIC yang terikat dengan Perlembagaan Persektuan dan Kontrak Sosial dari menjadi mangsa serangan parti pembangkang tetapi MCA telah membiarkan duri dalam dagingnya sehingga menghakiskan pengaruhnya.

Telah sampai masanya Presiden UMNO yang juga Ketua Barisan Nasional, Datuk Seri Najib memberitahu MCA dan The Star  "You' are either with us, or againts us."

Ingatlah! The Star telah tercatat memperjuangkan untuk dikembalikan Sekolah Inggeris. Dalam kata-kata lain menghapuskan Sekolah Kebangsaan sebagai jalan penyelesaian memuaskan hati semua kaum iaitu dengan mengikuti langkah Singapura: Singaporean Singapore- Malaysian Malaysia.

Jangan lupa di sebalik cemuhan terhadap aliran Melayu, ribuan anak-anak dari asas SPM sekarang menguasai universiti-uiversiti, menjadi orang profesional, doktor, jurutera termasuk mereka yang telah diambil bekerja  sebagai doktor di Singapura dan di lain-lain negara.

DARI SINAR HARIAN

Isu SK Pristana: Ada hikmah di sebalik kejadian
RUZY ADILA IDRIS DAN NINA FARZUIN MD SHAROM
19 September 2013
Muhamad Nasir Mohd Noor
Isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, mengundang pelbagai kontroversi. Pelbagai tuduhan dilemparkan, tidak kurang dikatakan guru-guru sekolah itu mengamalkan rasis terhadap murid-murid berhubung isu kontroversi murid-murid bukan Melayu makan di bilik persalinan sehingga isu tersebut mendapat liputan meluas.

Wartawan Ruzy Adila Idris dan Nina Farzuin Md Sharom bersama juruvideo Yusrizal Yusuf Ahmad mendapatkan guru besarnya Muhamad Nasir Mohd Noor bagi mendapatkan penjelasan yang lebih tepat mengenai perkara ini.

Berapa jumlah murid di sekolah ini mengikut perpecahan kaum?

Secara keseluruhan, jumlah murid adalah seramai 1,370 di mana 1,337 daripadanya adalah berbangsa Melayu, 27 India, dua Cina dan empat lain-lain. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan berhampiran sekolah.


Insiden murid dikatakan makan di bilik persalinan, menjadi kontroversi sejak Julai lalu, bagaimana anda melalui semua ini?

Saya akui, sedikit tertekan dengan apa yang berlaku. Bukan saya sahaja, malah ada antara guru-guru yang merasai perkara sama. Tetapi, kami berbalik kepada niat kami. Sebagai guru, sudah pasti keutamaan murid-murid menjadi perkara penting. Kami meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Adakah dengan tersebarnya kes ini, lebih memberi impak negatif kepada sekolah?

Sebenarnya, jika isu tersebut tidak dibawa keluar (sekolah), ia mungkin boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Ini kerana masalah ini bermula dengan salah faham daripada sekeping gambar yang diambil, di mana ia kelihatan seperti di dalam tandas, tetapi sebenarnya ia adalah bilik persalinan.

Apabila perkara ini telah keluar daripada pagar sekolah, dan menjadi isu nasional, sebagai pentadbir sekolah ini, saya hanya mengikut arahan pihak kementerian. Seharusnya Ibu bapa merujuk terlebih dahulu kepada guru-guru, saya atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) jika ada ketidakpuasan hati. Mungkin masalah ini dapat diselesaikan di dalam sekolah sahaja. Dengan cara itu, isu kecil ini tidak akan diperbesarkan.

Apakah kesan kepada diri, keluarga, sekolah dan kehidupan seharian?

Saya akui memang sedikit tertekan dengan isu ini, malah ada juga guru-guru yang turut merasai perkara sama. Tetapi, kami kuatkan diri. Saya bertanggungjawab terhadap perkara ini. Jika ada perkara yang berlaku sama ada untuk kebaikan atau perkara yang bukan disengajakan, sebagai guru, kita tidak perlu takut. Tugas pendidik adalah merancang perkara yang terbaik untuk mendidik murid-murid. Itulah niat sebenar kami. Biarpun keputusan menggunakan bilik persalinan itu bukan keputusan saya sendiri, tetapi ia dilakukan bersama-sama dan dicadangkan oleh orang lain tapi sekarang tanggungjawab itu terletak pada bahu saya. Apabila isu ini telah keluar dari kawasan sekolah, maka ia menjadi tanggungjawab pihak kementerian.

Adakah anda ada menerima sebarang persepsi negatif daripada orang awam?

Saya tidak mahu besarkan perkara itu. Yang penting, murid-murid selesa belajar di sekolah ini.

Bagaimana perasan anda apabila dikatakan sebagai rasis sedangkan anda begitu akrab dengan masyarakat pelbagai kaum?

Saya bukan rasis. Sebelum ini saya banyak bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk orang bukan Melayu. Saya pernah berkhidmat di sebuah sekolah mubaligh di mana lembaga kelolaannya dikuasai orang-orang bukan Melayu. Ketika itu kami sering mengadakan program bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang di anggotai orang Cina dan India. Pada masa sama, saya turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah persatuan tuisyen elit bagi kaum India dengan memberi ruang kepada mereka menggunakan bangunan sekolah pada setiap hari ahad. Jadi, saya rasa isu rasis ini tidak pernah timbul dalam diri saya. Sebagai pengajar, apa yang penting adalah menjaga keperluan murid-murid.


Bagaimana salah faham ini berlaku, sedangkan pihak sekolah telah mendapat persetujuan daripada PIBG pada Mac lalu untuk menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara?

Baru-baru ini ketika diadakan sesi dialog bersama ibu bapa, ada di kalangan mereka mahu kami memikirkan cara meningkatkan prestasi sekolah sedangkan sekolah ini adalah antara yang terbaik di Selangor. Dalam isu bilik persalinan ini juga, ada di kalangan mereka tidak tahu ia telah digunakan sejak bulan Mei lagi. Mereka tidak tahu langsung perkembangan yang berlaku di sekolah kerana tidak pernah menghadiri mesyuarat agung PIBG. Inilah salah satu puncanya.

Sejak awal sekolah ini beroperasi pada tahun 2010, saya dapati kehadiran ibu bapa pada mesyuarat agung mendapat sambutan baik di mana 80 peratus yang hadir. Namun jumlah itu kian merosot.

Sepatutnya ibu bapa perlu memberi sokongan pada program-program anjuran sekolah supaya mereka tahu perkembangan sekolah ini.


Benarkah dakwaan ramai pelajar bukan Melayu berhenti dari sekolah ini selepas kes tersebut?

Tidak benar. Hanya seorang murid sahaja berhenti kerana tidak berpuas hati mengenai isu ini. Dua murid Melayu yang berhenti adalah kerana berpindah ke Pahang. Tidak ada isu yang harus ditimbulkan mengenainya.

Kehadiran Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin diharap menjadi titik noktah kepada salah faham ini. Apakah langkah-langkah yang akan di ambil pihak sekolah bagi memastikan insiden sama tidak berulang kembali?

Kes ini adalah iktibar buat kami. Paling penting, ibu bapa, guru dan persatuan PIBG perlu bersatu demi menjamin kebaikan dan kecemerlangan murid-murid di sekolah ini. Jika kita bersatu, perkara seperti ini boleh dielakkan, malah akan ada kebaikan yang bakal kita peroleh. Sebenarnya saya agak terkilan perkara ini terjadi. Majoriti ibu bapa di sini sangat memberi kerjasama, tetapi seperti ungkapan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. PIBG sekolah telah memiliki laman sosial Facebook sejak 2012. Setiap perkembangan sekolah seperti aktiviti, gambar-gambar kejayaan sekolah dimuat naik dalam laman tersebut dan ibu bapa boleh mengetahui perkembangan sekolah. Namun mesyuarat PIBG adalah platform terbaik untuk sebarang permasalahan.

Jika ada ibu bapa tidak pasti, seharusnya mereka menghadiri mesyuarat atau berjumpa sendiri pihak pentadbiran sekolah untuk membincangkannya. Sekiranya ibu bapa menggunakan jalan yang betul untuk selesaikan masalah, saya rasa isu ini tidak akan timbul.

Bagaimana pula dengan peranan ibu bapa bagi memastikan kelangsungan hubungan ibu bapa dan pihak sekolah berjalan dalam keadaan harmoni?

Walaupun tidak ramai ibu bapa di kalangan bukan orang Melayu, namun kita masih akan terus mengadakan program-program yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian dan ini membuktikan kita tidak menyisihkan mereka.

Terdapat beberapa program akan dijalankan seperti Hari Sukan Sekolah pada akhir bulan ini dan program Pesta Ungu (hari kantin) pada Oktober ini. Pihak sekolah mengharapkan ibu bapa dapat hadir bersama-sama menjayakan program dan sama-sama menyemai semangat perpaduan.

Seperti yang dikatakan Datuk Seri Idris Jusoh pada sesi dialog sebelum ini, kita perlu memaafkan dan melupakan mengenai perkara yang lalu. Itu adalah kesilapan yang tidak disengajakan. Sebagai manusia kita tidak akan pernah sempurna.

Perkara ini telah selesai dan saya berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat memberi peruntukan sebagai bantuan untuk pihak sekolah. Bantuan itu akan digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti dan juga prasarana sekolah.

Apakah harapan anda serta guru-guru di sekolah ini?

Saya mengharapkan kehadiran Menteri Pendidikan II kelmarin adalah pengakhiran terhadap apa yang berlaku. Beliau telah memanggil saya untuk mendapatkan cerita sebenar dan berharap lawatan beliau kelmarin adalah sebagai penutup cerita. Jika saya disalahkan, saya tidak ada masalah kerana perkara itu berlaku tidak disengajakan. Apa yang penting tuhan tahu niat sebenar.

Alhamdulillah, dalam masa yang terdekat ini pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM45,000 daripada kejadian itu dan ini adalah hikmah di sebaliknya. Banyak yang saya belajar daripada perkara yang berlaku.