Saturday, 31 August 2013

TENGKU RAZALEIGH MAHU REBUT JAWATAN PRESIDEN UMNO DARI NAJIB

ANWAR MAHU BERDAMAI DENGAN BARISAN NASIONAL

Tengku Razaleigh Hamzah
Khabar angin bertiup kencang malam ini bahawa anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan mencabar jawatan Presiden UMNO yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib. Beliau telahpun memulakan langkah untuk mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak.

Tengku Razaleigh hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang telah dipegangnya sejak 50 tahun lalu yang dipercayai sebagai strategi untuk menarik perhatian ramai dan juga sokongan kepadanya sekiranya beliau mencabar Najib.

Berikutan dengan khabar angin ini, Pemuda UMNO, UMNO Kedah dan beberapa UMNO negeri lain serta Tun Dr. Mahathir telah menegaskan tidak perlu adanya cabaran kepada Presiden UMNO dan Timbalannya kerana akan membawa perpecahan lebih besar dalam UMNO.

Sementara itu akhbar The Star melaporkan malam ini, pemimpin besar Pembangkang Anwar Ibrahim telah menghulurkan tangan perdamaian kepada Barisan Nasional bersempena dalam semangat sambutan kemerdekaan yang dipercayai berpunca dari kebimbangannya terhadap kes liwatnya dan berita terbaru yang melibatkannya dengan rasuah.

Beliau disebutkan sebagai berkata mahu merundingkan pekara-pekara yang penting dengan segera.

Sebelum ini telah tersebar berita mengatakan Anwar mengadakan pertemuan dengan Najib di Indonesia dengan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi sebagai pengaturnya.

Thursday, 29 August 2013

KHAIRY JAMALUDDIN CEMARKAN NAMA NAJIB

Khairy Jamaluddin (kiri) dan Azran Osman Rani
Apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" maka beliau bukan menyatakan perasaan Najib, tetapi menyatakan sikap, pendirian dan persepsinya sendiri.

Sama ada benar atau tidak dakwaannya itu seperti yang dilaporkan oleh portal berita pro pembangkang Malaysiakini tetapi tentunya Khairy tidak perlu menggunakan Najib untuk memperkuatkan persepsinya sendiri yang meletakkan Najib dalam keadaan serba salah.

Inilah manusia yang dikatakan orang Clever but not wise atau cerdik tetapi tidak bijaksana. Ketua Pemuda ini setaraf pemikirannya dengan CEO AirAsia X, Azran Osman Rani yang mensifatkan Utusan sebagai rasis.

Orang ramai tentu masih belum lupa bila Najib ditanya bertubi-tubi oleh seorang wartawan akhbar Cina mengenai tajuk berita Utusan itu maka akhirnya Najib tidak dapat menahan persaannya dan telah bertanya balik kepada wartawan ini bagaimana dengan akhbar Cina?.

Pertanyaan Najib ini mendapat tepokan spontan dari para wartawan lain dalam sidang akhbar itu dan ini sudah cukup untuk menjelaskan perasaan terpendam Najib yang telah salah dibaca oleh seorang Ketua Pemuda UMNO dan cuba dikelirukan olehnya kepada masyarakat Malaysia atau kepada orang Melayu.

Mungkin Khairy juga akan merasa perlu menafikan bahawa Najib pernah mengeluarkan perkataan "Tsunami Cina."

Sudah berapa kali Ketua Pemuda ini membuat kenyataan yang boleh membawa malapetaka besar kepada BN dan bangsa?.

Suatu masa dahulu beliau ikut dalam desakan pembangkang supaya disingkirkan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dari bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (disiarkan oleh akhbar The Star) tetapi nasib baik Presiden BN Datuk Seri Najib tidak ikut nasihatnya. Inilah yang dikehendaki oleh orang Cina. Jika tidak Sarawak hilang sebagai fix deposit BN.

Sayang sekali ketika namanya sedang mulai naik malah dianggap oleh penulis Pro Amerika Karim Raslan sebagai seorang yang memberikan harapan baru kepada UMNO (Khairy now a polished gem - The Star 27 Ogos) telah mencemarkan namanya sendiri di kalangan UMNO dan orang Melayu demi untuk mencari populariti di kalangan bukan Melayu. Beliau masih belum belajar dari kesilapan Datuk Najib.

Khairy: This is not the way to balance the demands of the party's right wing with the broader Malaysian agenda. (menidakan secebis dari pandangan Karim Raslan)

Wednesday, 28 August 2013

PROVOKASI PANAS THE STAR YANG BOLEH MENIMBULKAN PERGADUHAN KAUM

GURU GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DIDAKWA ANCAM MURID-MURID INDIA

Seluruh rakyat Malaysia terutama kaum India harus bertenang dan tidak terus percaya sepenuhnya berita di akhbar The Star hari ini yang bersifat provokasi perkauman yang mendakwa guru-guru Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana telah mengugut murid-murid India sehingga menyebabkan mereka berpindah.

Berita ini yang berat sebelah tanpa penjelasan serentak dari pihak sekolah tentunya mudah mengapikan masyarakat India. Sekiranya The Star akhbar yang benar-benar merasa bertanggungjawab terhadap keharmonian kaum di negara ini, tentunya tidak akan menyiarkan beirta ini tanpa usul periksa.

Ada orang dalam The Star pantas dan seronok menggunakan berita-berita seumpama ini sekalipun dia tahu   anasir-anasir perkauman yang jelas terlibat dengan peristiwa 13 Mei menyokong dakwaan ini.

Berita The Star itu mengatakan seorang jurucakap bagi kumpulan ibu bapa yang prihatin mendakwa kononya beberapa orang murid India Sekolah Kebangsaan Seri Pristana telah dipindahkan oleh ibu bapa mereka kerana menerima tekanan dari guru-guru sekolah itu.

Dakwaan ini dibuat oleh seorang yang tidak mahu namanya disebut sepenuhnya berikutan dengan penahanan seorang yang bernama V. Kunancan Isnin lalu setelah siasatan polis kerana mengugut guru besar sekolah itu dan dia dibebaskan pada hari yang sama tetapi dijangka akan menghadapi tuduhan melakukan ugutan jenayah pada 9 September depan.

Tidakah boleh The Star bertanya lebih dahulu mengenai  tuduhan itu terutama setelah mengetahui bahawa seorang yang selalu membela anasir anti kerajaan R. Silvarasah turut hadir dalam sidang akhbar bersama dengan Kumancan yang berhadapan dengan tuduhan jenayah.

Semasa saya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, apabila seorang Melayu mendakwa bahawa dia tidak dibenarkan pergi bersembayang Jumaat dan dibuang kerja oleh majikannya seorang Cina, saya lebih dahulu mengarahkan pemberita mendapat penjelasan darinya dan taukeh ini menjelaskan bahawa orang Islam ini bila dibenarkan pergi bersembayang Jumaat, tidak kembali berkerja semula (munkin dia balik tidur).

Bagaimanakah orang-orang cerdik di The Star boleh cepat, gopoh dan mudah percaya kepada sesuatu yang bersifat dakwaan apatah lagi dibuat oleh seorang yang tidak mahu memberikan nama sebenarnya? Adakah Journalism The Star mengajar boleh siarkan berita tanpa penjelasan yang kena tuduh?

Malaysian Tamilan Today Welfare Association yang memanggil sidang akhbar berkenaan telah mengancam akan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan sekolah itu dalam masa dua minggu sekiranya tindakan tidak diambil terhadap guru-guru yang dituduh mengugut murid-murid India itu.

Ibu bapa harus sedar bahawa sebelum ini sekolah berkenaan menghadapi fitnah dengan penyebaran gambar-gambar yang kononnya murid-murid bukan Islam diarah makan berhampiran dengan tandas di bulan Ramadan. Ini memberikan gambaran seolah-olah kerana anak-anak Islam berpuasa.

Dalam sidang itu seorang India yang tidak mahu namanya disebut menyatakan bimbang bahawa dia juga akan ditangkap seperti V. Kumancan.

Apakah The Star memikirkan polis kita menangkap orang dengan sewenang-wenang dan tidakkah siaran dakwaan seperi ini mudah diterima oleh orang lain yang tidak boleh berfikir terutama dalam keadaan beremosi?
.
 Adakah Star menyiarkan berita ini kerana takut portal berita atau pun blog dan media online lainnya  terutama yang pro pembangkang akan menyiarkanya dan Star akan kehilangan pembaca?

Selagi MCA dan Ketua Pengarang Akhbar The Star, Datuk Wong Chun Wai tidak berani bertindak membersihkan anasir DAP dalam The Star maka akhbar ini akan terus menjadi masalah kepada perpaduan kaum di negara ini atau menjadi duri dalam daging yang jika dibiarkan akan semakin menggugat keselamatan negara.

Monday, 26 August 2013

DATUK NAJIB MESTI TUNJUKAN KELAKIAN

JANGAN TUNGGU DESAKAN DEMI DESAKAN UNTUK PECAT P. WAYTHAMOORTHY

Datuk Seri Zahid Hamidi (kiri) dan P. Waythamoothy
Tidak seorang menteri malah beberapa orang menteri, tidak sebuah NGO tetapi beberapa NGO, tidak seorang individu tetapi beberapa individu yang waras telah meminta Timbalan Menteri, P. Waythamoothy meletakan jawatan kerana memainkan isu perkauman dalam tindakan polis membenteras penjenayah.

Seruan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam pekara ini diikuti dengan seruan yang sama dari bekas Menteri Dalam Negeri yang sekarang menjadi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn.

Tentunya merekalah yang lebih mengetahui dan merasakan kesan buruk dan pencemaran terhadap imej kerajaan dengan kenyataan Waythamoorthy yang juga pengasas Hindraf yang meragukan tindakan polis dengan berkata "Tidak ada seorangpun yang waras akan percaya bahawa berlaku tembak menembak antara polis dan mereka yang disyaki."

Tidakkah kenyataan seperti ini dari seorang menteri kerajaan dan membiarkan dia terus berada dalam kerajaan adalah merbahaya dari segi kerahsiaan dan keselamatan negara.

Sewajarnya Datuk Seri Najib tidak perlu menunggu desakan dan seruan demi seruan dari menterinya sendiri atau dari orang ramai untuk bertindak kerana tindakannnya memecat Waythamoorthy adalah sesuai dengan sentimen rakyat sejak sebelum perlantikannya dan apatahlagi sesudah dia membuat kesilapan besar setelah menjadi menteri.

Dengan tindakan itu kelak, Datuk Seri Najib akan dapat menebus salah satu kesilapannya. Tunjukanlah kelakian, keberanian, kegagahan dan kewibawaan seorang Perdana Menteri.

Sunday, 25 August 2013

TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN AIRASIA TAK TAHU TENTANG SAMAN RM5 JUTA

TERIMA KASIH KEPADA Rocky's Bru.

Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranum seolah olah tidak mengetahui langsung mengenai tindakan saman malu RM 5 juta yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap saya berhubung dengan suatu dakwaan saya mengatakan  babi dihidangkan dalam penerbangannya.

Bila saya memberitahu hal  ini kepadanya didalam Majlis Aidilfitri Utusan Melayu  Jumaat lalu di hadapan beberapa orang tetamu kenamaan termasuk seorang pegawai tinggi Jabatan Perdana  Menteri , Kamarudin  bertanya kenaapa dan  saya menjawab kerana CEO AirAsia X bersikap anti Utusan dan menuduh  Utusan rasis.
" Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya dan saya tidak dapat menerima tuduhan ini", kata saya.

Kamaruddin berkata AirAsia tidak anti Utusan tetapi saya bertanya kalau tidak,kenaapa AirAsia menarik balik iklannya dari Utusan?." Tetapi perbincangan ini terhenti apabila Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang duduk semeja berkata eloklah tidak dipanjangkan kerana mungkin beliau nampak akan menimbulkan ketegangan.
  .

DI BAWAH INI ADALAH APOLOGY SAYA KEPADA AIR ASIA  PADA POSTING 1 JULAI 2013  KERANA SAYA TIDAK MAMPU BAYAR RM5 JUTA DAN SAYA HANYA HIDUP DIATAS WANG PERSARAAN.

WALAUPUN AIR ASIA MEMINTA SAYA MENYIARKAN APLOGY INI HANYA SELAMA ENAM BULAN TETAPI SAYA AKAN SIARKAN UNTUK  BERTAHUN TAHUN AKAN DATANG DENGAN TUJUAN SUPAYA  PENYEBARANNYA  LEBIH MELUAS DAN BAGI PENGETAHUAN DARI GENERASI KE GENARASI.

SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA ROCKY'S BRU YANG TELAH MENYATAKAN SETIAKAWAN BAGI PIHAK BLOGGER DAN  JAMINAN AKAN MEMBELA SAYA DALAM MENGHADAPI SEBARANG TINDAKAN DARI AIR ASIA.

.

MONDAY, 1 JULY 2013


ZAM DAN AIRASIA.

Tan Sri Zainuddin Maidin penulis blog zamkata telah meminta maaf kepada AirAsia berikutan dengan sebuah rencananya yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X.

Setelah penjelasan dari AirAsia, beliau yakin bahawa syarikat penerbangan itu adalah prihatin terhadap senstiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.Dibawah ini  adalah permohonan maaf darinya.


APOLOGY.

Saya tidak menyedari bahawa pekara- pekara yang tesiar dalam artikel di bawah tajuk " Hidangan Babi Dalam Penerbangan Air Asia, Orang Islam Patut Tangguhkan Dulu Terbang dengan Pesawat ini"(artikel tersebut) dalam blog zamkata memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Bagaimanapun setelah menerima surat tuntutan dari Peguambela dam Peguamcara AirAsia Berhad kira -kira sebulan dari tarikh penyiarannya,maka barulah saya menyedari bahawa artikel tersebut memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan-penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Ini adalah tidak benar samasekali.

Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut, dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang pransangka bahawa babi ada dihidangkan dalam masa mana penerbangan AirAsia dan AirAisa X.

Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia  dan AirAsia X adalah sangat prihatin terhadap sensitiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.

Tan Sri Zainuddin Maidin

AIR ASIAX WON'T PULL OUT ADS FROM UTUSAN-RAFIDAH


  • Rafidah Aziz Azran Osman Rani AirAsia
Rafidah (left) said Azran should refrain from saying anything unofficial about the company (Graphic by Dayang Norazhar/The Mole)
KUALA LUMPUR: AirAsia X chairman Tan Sri Rafidah Aziz said the long-haul budget airliner will not pull out its advertisements from Utusan Malaysia despite the recent "threat" to do so by its chief executive officer (CEO) Azran Osman Rani.

Speaking to The Mole, the former senior member of Cabinet said the remarks made by Azran were personal in nature as they were made via the latter’s social media accounts and should not be considered as an official view of the company.

“It was his personal view and it has nothing to do with AirAsia X,” Rafidah said, adding that as far as she is concerned, the issue has never been discussed by the company’s management.

Azran had recently said that Utusan Malaysia is racist for publishing a front-page article entitled ‘Apa lagi Cina mahu? (What else the Chinese wants?)”.



Monday, August 26, 2013


Pork-on-flight issue: Zam's for-years-to-come apology to Air Asia & X



The spat between a subsidiary of Air Asia and the influential Malay daily Utusan Malaysia is far from dead; in fact, it recently escalated to a verbal exchange in public between two prominent Dins: Air Asia deputy group chief exec director Kamarudin Meranun and former editor-in-chief of Utusan Malaysia group Zainudin Maidin or Zam.  
Din Meranun
Like Din Meranun, I wasn't aware that Air Asia or AAX had filed a lawsuit against Zam the blogger-journo for his writing  reproducing the articleHidangan babi dalam penerbangan Air Asia (Pork menu on baord Air Asia) in May this year. Unbecoming as the lawsuit is, though, it has become a norm these days where big corporations, including political parties, resort to financially-crippling court actions to silence their critics, especially journalists. 
As always, when a fellow blogger gets into trouble, we extend a hand to Zam in the spirit of solidarity. There was a time when we bloggers stood against Zam when he was the Information Minister but this occasion calls for a different kind of response.   
Read Zam's promise to repeat his "for years to come" apology so that people will know of the circumstances that had led to the pork-on-flight issue.

Saturday, 24 August 2013

MR. MYSTERY DI BERLIN BARAT


HANYA UNTUK PENGHAYATAN



MR MYSTERY DI BERLIN BARAT.

Ini adalah kisah lebih 30 tahun lalu .Apakah Mr Mystery masih hidup lagi saya tidak tahu.Jika ada pelajar pelajar Malaysia yang bersama dengan saya di Berlin dari Januari - Mac 1969 yang masih mengingati saya sila hubungi saya menerusi blog ini atau : zainudinmaidin@ gamil.com.


Bersama dengan rakan rakan Berlin Institute of Journalism dari beberapa buah negara Asia dan Afirca Januari-Mac 1969   


Dalam kedinginan musim sejuk di Tiergarten Berlin berlatar belakangkan
Victory Column 








Menerima Deploma Of Journalism dari Berlin  Institute Of Journalism 

















Tuesday, 20 August 2013

NAJIB SOKONG SHAHRIZAT KETUA WANITA

KOMEN: Sekiranya Shahrizat menang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO maka dia akan meminta jawatan menteri kerana jika ikut tradisi, itu adalah haknya. Maka itu Najib lebih dahulu memberikan kedudukan yang berprestig kepadanya supaya dia tidak perlu bertanding yang akan membawa masaalah yang lebih besar - Sapura Pendang

NAJIB SOKONG
Perlantikan Shahrizat Abdul Jalil sebagai Pembantu Khas kepada Perdana Menteri menimbulkan berbagai- bagai spekulasi.

Menurut The Star 20 Ogos 2013, perlantikan itu berkuatkuasa mulai 15 Ogos lalu, tetapi Datuk Seri Najib tidak mahu membuat sebarang pengesahan mengenainya.

Prasangka, spekulasi dan juga pandangan umum perlantikan itu ialah mesej sokongan Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Shahrizat yang akan dicabar kedudukannya sebagai Ketua Wanita UMNO oleh anggota Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman atau pun perlantikan itu adalah nasihat secara tidak langsung "Tidaklah perlu bagi Datuk Shahrizat untuk bertanding dan berilah laluan kepada orang lain yang bersih dari kontroversi."

Monday, 19 August 2013

MEDIA JANGAN JADI JUARA PENJENAYAH

THE STAR 19 OGOS:

Why can't police fire warning shot, asks dead gang member's family

Khalid (middle) and Penang police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi (right) showing reporters the pistols that were recovered at the apartment in Sungai Nibong
Khalid (middle) and Penang police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi (right) showing reporters the pistols that were recovered at the apartment in Sungai Nibong
KOMEN: WARNING? JUST SHOOT THEM AND BAKAR.DAN B20 August 2013 00:57
why waste time at the courts ....just shoot them already lah...warning for what ? so that they can get ready with their guns is it? catch them alive so that lawyers from opposition parties can take this opportunity to be in the lime lite ke? then set them loose again due to techincal glitch. if dont want to claim their bodies no problem just bakar and throw the ashes into the sea- Anonymous.
Tidak
Email
Facebook
2
GEORGE TOWN: Family members of the five suspected gang members killed in a shoot-out in Sungai Nibong have criticised the police for being trigger-happy.
A Nadarajah, 62, the uncle of one of the deceased, said they would not claim the bodies until the Inspector-General of Police "explains the whole situation" over the incident.
"What is the reason that they have to start shooting when they can just fire a warning shot?" said Nadarajah.
"They were all sleeping inside and I believe the police can just easily apprehend them," he said outside the mortuary of Penang Hospital where the post-mortems on the bodies were being carried out.

V.R.Murugasen, 53, the father of another suspect, said he was baffled as to how his son and the other four could be related to the notorious gang 04.

"My son has no criminal record so how can he be affiliated to the gang?" said Murugasen.

Murugesan said the five suspects had moved into the apartment three days ago.

Over 50 family members had gathered outside the mortuary demanding to have access to the autopsy reports on the bodies.

Seri Delima assemblyman R.S.N Rayer, who was at the hospital, said he would assist the family members in lodging reports at the Patani Road police station.

"They are not satisfied especially in the media report where the five of them are said to be associated with the gang 04," said Rayer.

"They are also seeking for the second post mortem to be conducted on the bodies," he added.

The five were killed in an ambush by a police special team at an apartment in Sungai Nibong at about 5am Monday.

Police said they were behind 12 murders - seven in Penang, two in Kedah and one in Negri Sembilan.

MEDIA JANGAN JADI JUARA PENJENAYAH.

Portal Berita On Line atau akhbar akhbar arus  perdana tidaklah  seharusnya menjadi juara kepada keluarga penjenayah yang dihapuskan oleh polis untuk menunjukan mereka memperjuangkan hak asasi manusia atau mahu menjadi juara demokrasi.

Biarlah tugas pembelaan ini diserahkan kepada peguam peguam yang laparkan  wang atau wakil wakil rakyat yang tak bemaruah yang mahu mencari pengaruh politik  tetapi seluruh media  terutamanya media perdana samaada portal beritanya atau pun akhbar  perlu menunjukan sokongan rakyat  terhadap misi  suci pihak polis.

Tidaklah usaha dibesar besarkan berita pembelaan  terhadap penjenayah yang memberikan gambaran seolah olah polis telah membunuh mereka secara sewinang -winang..

Apa yang harus diutamakan  oleh media arus perdana ialah hak sasasi majoriti rakyat yang mahu  hidup bebas tanpa merasa terancam dan bukannya segelintir penjenayah.

Akhbar The Star tidaklah perlu untuk menjadi juara hak asasi kepada penjenayah sebaliknya  hendaklah  membangkitkan sokongan besar rakyat kepada polis.

Yakinkanlah polis terhadap tugas mereka dan bukannya membuat mereka menjadi serba salah.

Tahniah kepada  Ketua Polis Negara dan seluruh anggotanya yang bertempur dan berjaya membunuh penjenayah. Inilah yang ditunggu tunggu  oleh seluruh rakyat.

Sunday, 18 August 2013

MAS ADMITTED TO ICU


TERKINI: 19/8 : Malaysia Airlines will not be privatised, says PM Najib- Bernama. 


FROM THE STAR 
Published: Sunday August 18, 2013 MYT 6:05:00 PM
Updated: Sunday August 18, 2013 MYT 6:29:50 PM

Dr M: Privatisation can make MAS profitable


Dr Mahathir and Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali receiving guests at their Hari Raya open house on Sunday
Dr Mahathir and Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali receiving guests at their Hari Raya open house on Sunday
  
Email
Facebook
35
KUALA LUMPUR: Privatisation could be the answer to Malaysia Airlines' profitability after efforts to turn it around had been unsuccessful, said Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said through privatisation, MAS' management would have to be serious in finding ways to make profits, whereas, as a government-linked company, the perception was that it was alright for MAS to even record losses.

“There are people who think that GLCs are meant to provide employment opportunities and not to make money for the company or the government.

"Privatising MAS may change this and the airline can probably make money instead of losses,” he said, adding that his experience with Proton was a good example where after the national car manufacturer was privatised, the management was more conscious about the company’s profit and loss.

The former prime minister said there were sufficient local talent to manage the airline should it be privatised, instead of selling it to foreigners.

Talk of the sale of MAS resurfaced recently, with several parties believed to have sent in proposals to the Government to buy over the loss-making airline.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala had said that the government did not have any plans to sell MAS and was implementing the recommendation to rationalise its role in business under the new economic model.

MAS ADMITTED TO ICU
Sunday, August 18, 2013
KOMEN: PM IS NOT SLEEPING
MAS Board of Directors need to issue a white paper after their investigations into the deplorable financial woes in MAS.PM is not sleeping as the investigations from an external team is going on and hopefully an appropriate statement will be issued by Khazanah Nasional in the coming weeks. Please do not embarrass the prime minister when things go wrong in an any of the GLCs.The Chairman and Board Members will be responsible for any rakus in the public listed GLC companies. MasAgung Kuala Lumpur on MAS ADMITTED TO ICU


FROM OutSyed The Box

GLC Management's Kill Again - MAS Admitted To ICU

Folks the conclusion first : Malaysia Airlines is in trouble again. There is only one way to turn MAS around - stop the stealing.  People who have been reading old books about Wall Street raiders are now planning to rip off MAS.

Here is the story. MAS is actually quite a jewel in the crown. Here are some really positive things about MAS. 

  • MAS provides excellent service
  • an excellent fleet of airplanes
  • an almost 100% unblemished safety record
  • good routes and most vitally, 
  • strong passenger loads.  

Here is more about MAS from BK Sidhu of The Star :

  • airline reported its highest ever load factor of 84.3% for June 
  • carrying 47,000 passengers every day 
  • Last year daily number of passengers was 37,000.
  • flies 17% more flights per day 
  • managing 340 flights per day, 60 destinations. 
  • “RM3bil cash in the bank
  • rural routes being fully subsidised by government


Other airlines around the world which enjoy the same ingredients are able to make profits. 

May I add something else - MAS also has a near monopoly access over the most favourable airport services and ground handling services in Malaysia plus strong Government support. 

And yet MAS is in trouble again. They are making losses.  Now they are saying that they want to sell off MAS.  

You mean this is what all the 'con-sultans' can come up with? This is the GLC management expertise? Sell off MAS? This is the "nenek tua" style of management again.

Folks, do you know that Malaysian Airlines share price is now down to just 33 sen a share? A roll of toilet paper costs more. We are talking about our national airline. Apa sudah jadi? 

The corporate raiders are now drooling at MAS. Old crooks have learnt new tricks. The stealing is going on. The Prime Minister is sleeping.

Imagine you were a crook. Then you were put in charge of this huge and wonderful asset called MAS. You cannot steal the airplanes - they are too big. Someone else has already stolen the food catering business. 

So what would you do? How would you steal? It is a listed company. You push down the prices of the shares. You push it down to almost worthless paper. You float all sorts of negative news about MAS as well. 

Then you call up your fellow crooks. They come in as "white nights" and say 'We have come to save you. We will buy over MAS and save it"

So they buy over MAS at 33 sen a share or less. Then they break up the company and sell off its core businesses and assets. This is called asset stripping.  

The accounts say MAS has 56 sen worth of assets per share. The share price is 33 sen per share. Each share therefore already has a 23 sen 'buta premium'

Or they can push the share prices down even further - to toilet paper level. At such low prices, of course they can buy it cheap and then "miraculously" boost the share price up again. They will make some bombastic announcements. The share price goes up, maybe even doubles or triples. Or more.  

Then they unload their shares, make a neat profit, pay themselves off and exit the scene. MAS will fly into more turbulence again. Then another rescue package will be put in place yet again.