Tuesday, 30 July 2013

TAHNIAH NAJIB: BLUE OCEAN MENJADI STORMY OCEAN

IT IS  A SOURCE OF MANY DISASTERS
KOMEN:
The blue ocean hides many wonders. It also hide many 
monsters. It is also a source of many disasters eg. tsunami, 
which you never anticipate since you have already did all 
the kow tow to the tokongs, the zhongs, the lohongs - 
cost you some millions, but whats a few millions between
"friends" aye....? Except those friends were like sneaky 
slippery serpents/naga/ular sawa/monsters from the depth
of the oceans which looks blue to you but actually dark 
and evil. So, are you now still swimming half drowning in
your ocean? - PEAH

APABILA BANGUN SAHUR PAGI INI DAN MEMBACA BERITA SMS DARI THE STAR MENGENAI PENGASAS BANK ARAB MALAYSIA - AM BANK BERHAD, HUSSAIN AHMAD NAJADI DI TEMBAK MATI DI JALAN CEYLON KUALA LUMPUR SEMALAM (29 JULAI) MAKA KEJUTANNYA SERTA MERTA MENDORONGKAN SAYA UNTUK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SERI NAJIB KERANA SEMAKIN BESAR KEJAYAANNYA DALAM MENGHAPUSKAN ISA/ EO.

INILAH JUGA KEJAYAAN BLUE OCEAN ATAU DALAM BAHASA MELAYUNYA STRATEGI LAUTAN BIRU (SLB) YANG DIGUNA OLEH KERAJAAN MALAYSIA SEBAGAI  BAHAN RUJUKAN DAN PANDUAN UNTUK MENGATASI SEGALA MASAALAH NEGARA DENGAN   BAYARAN BERJUTA RINGGIT KEPADA PENASIHAT-PENASIHATNYA.

HASRAT NAJIB UNTUK MENJADI  SELEBRITI  DUNIA SEBAGAI JUARA PEMBEBASAN DAN HAK ASASI MANUSIA TELAH MENGHAPUSKAN KEBEBASAN RAKYAT SENDIRI YANG SEKARANG  BERADA DALAM KEBIMBANGAN DAN KETAKUTAN SETIAP HARI DI SAMPING  KEYAKINAN DUNIA SEMAKIN TERHAKIS.

RAKYAT SEMAKIN MARAH KERANA MELIHAT USAHA UNTUK MENGATASI KESILAPAN SENDIRI YANG DIAKUI DENGAN MAHU MENGADAKAN UNDANG-UNDANG BARU BERLAKU SAMBIL LEWA, ACUH TAK ACUH, BERJALAN MACAM  KURA-KURA.TIDAK MEMPERLIHATKAN SENSE OF URGENCY.

RAKYAT TIDAK LAGI MEMPERSOALKAN APA JUGA YANG MENYEBABKAN HUSSAIN AHMAD NAJADI 75 TAHUN DITEMBAK MATI TETAPI RAKYAT MEMPERSOALKAN ADAKAH INI HARGA YANG HARUS MEREKA BAYAR UNTUK MALAYSIA MENJADI JUARA HAK ASASI  DUNIA.

SEPERTI KATA ANAK HUSSAIN, PASCAL YANG DIHUBUNGI STAR DI MOSCOW, BAPANYA YANG DILAHIRKAN DI BAHARIN MEMILEH UNTUK MENETAP DI MALAYSIA KERANA NEGARA INI SELAMAT.

TETAPI KATANYA SEKARANG "IS NOT MALAYSIA MY FATHER KNEW AND LOVED AND  THE WHOLE WORLD WILL BE WATCHING TO SEE HOW THE AUTHORITIES HANDLE THIS CASE"

TULISAN SAYA INI BOLEH DIANGGAP SEBAGAI CURAHAN PERASAAN SENTIMEN TETAPI SENTIMEN AKAN MENJADI PERSEPSI DAN PERSEPSI MENJADI OPINION. MASA DEPAN NAJIB SEDANG DICANTAS SETIAP HARI OLEH PENJENAYAH.

Saturday, 27 July 2013

DATUK IBRAHIM BAWA BUKU SEJARAH UTUSAN MELAYU KE MEKAH

HABIS DI PASARAN DALAM MASA HANYA SEBULAN

Buku Di Depan Api, Di Belakang Duri
Bersempena dengan Penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) yang inisiatifkan oleh Perkasa pada malam 17 Ramadan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, saya telah menyampaikan buku Kisah Sejarah Utusan Melayu: Di Depan Api Di Belakang Duri kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Mirac didokong bersama oleh wakil-wakil bukan Melayu iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinbam) dan Persatuan Cina 1Malaysia (Percisama)

Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan membaca buku itu dalam penerbangan ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Beliau berlepas hari ini.

Dalam autograph kepadanya saya catatkan "Keagungan dan kebesaran Utusan akan dapat difahami dan dihayati hanya apabila membaca sejarahnya."

Di Depan Api di Belakang Duri yang merupakan buku sejarah Utusan Melayu yang paling comprehensive   pernah diterbitkan itu telah habis dijual dalam masa hanya kira-kira sebulan berada di pasaran dan sekarang sedang memasukki cetakan kedua yang dijangka akan siap tidak lama lagi.

Saya menerima banyak pertanyaan tentang di mana buku ini boleh dibeli. Insayaalah saya akan berikan alamat kedai-kedai buku yang menjualnyal setelah cetakan keduanya berada di pasaran dan buat sementara ini buku ini saya lihat masih ada beberapa buah di MPH Alamanda Putrajaya.

Monday, 22 July 2013

PEGUAM NEGARA POTONG KUKU POLIS DIRAJA MALAYSIA

Tan Sri Abdul Ghani Patail
AKIBAT DARI MEMENTINGKAN HAK ASASI PENJENAYAH.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berpandangan tidak harus ada lagi aspek penahanan untuk pencegahan dalam undang-undang baru yang bakal digubal bagi mengambilalih peranan Ordinan Darurat 69 (EO). Pendapat ini telahpun dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan pendirian kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor membantah pendapat ini .Dalam interview dengan Mingguan Malaysia 21 Julai 2013 beliau nampaknya  tidak begitu yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan memberatkan pandangan polis, sebaliknya akan mengutamakan  Jabatan Peguam Negara dari PDRM bagi memainkan peranan lebih besar dalam penggubalan akta untuk menggantikan EO.

Bagi Rahim Jabatan Peguam Negara tidak tahu sepenuhnya tentang putar belit atau modus operandi penjenayah khusunya yang membabitkan gangsterisme. Rakyat sedang menanggung ancaman keselamatan terhadap diri mereka oleh kerana sikap Peguam Negara.

Sesiapa pun yang membaca interviu dengan Rahim ini akan dapat merasakan beliau  memberikan pandangan secara ikhlas,seriaus ,terus terang dan sungguh sungguh berdasarkan pengalamannya untuk berkongsi pengetahuan dengan kerajaan bagi pemulihan keamaman negara yang sekarang berada dalam keadaan yang tidak menyakinkan rakyat.

Beliau  benar benar mengharapkan  anggota-anggota Parlimen memberikan sokongan penuh kepada polis bagi memasukan semula kuasa PENANGKAPAN dalam undang-undang baharu yang amat perlu sebagai  langkah pencegahan paling berkesan bagi menjamin keselamatan rakyat.

Sebenarnya langkah kerajaan hendak menggubal semula undang-undang bagi menggantikan EO 1969 adalah suatu pengakuan terhadap kesilapan yang telah dilakukan. Siapakah yang melakukan kesilapan ini? Peguam Negara sebagai penasihat atau ketelanjuran Datuk Seri Najib sendiri yang hendak menjadi celebriti dunia bebas?

Saya petik beberapa pandangan Tan Sri Abdul Rahim Noor:

"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat bukti menunjukkan berlaku peningkatan kadar jenayah indeks berhubung dengan kegiatan gangsterisme selepas EO 1969 dihapuskan.

 "Kesan daripada pemansuhan undang-undang berkenaan, penahahan suspek-suspek bagi kes-kes baharu yang dulunya disiasat di bawah EO 1969 tidak dapat lagi dilakukan malah individu yang sedang ditahan terpaksa dibebaskan walaupun tempoh tahanan masih belum tamat. Ada di antara mereka yang bebas ini bermaharajalela. Sebilangan mereka melakukan jenayah semula.

Penjenayah kini semakin berani melakukan rompakan dan
pembunuhan kerana merasakan pihak polis kini telah
kehilangan "kuku" berikutan pemansuhan beberapa akta
yang mengerunkan mereka sebelum ini.
Pihak polis sekadar menjadi pemerhati tetapi tidak dapat membendungnya. Mereka seperti patah sayap. Keadaan tidak lagi seperti dahulu. Maklumat yang diperolehi hasil daripada risikan hanya dibukukan sahaja. Sekiranya laporan polis dibuat, barulah tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Tan Sri Rahim tidak secara langsung menyatakan kebimbangan bahawa Jabatan Peguam Negara akan diberikan peranan lebih besar daripada PDRM dalam penggubalan akta baharu yang bakal digubal untuk menggantikan EO 1969 itu.

Rahim berpandangan Jabatan Peguam Negara tidak tahu sepenuhnya tentang putar belit atau modus operandi penjenayah khususnya yang membabitkan gangsterisme, maklumat risikan dikutip, dijejak dan disimpan oleh pihak polis. Mereka mengetahui secara mendalam tentang dunia penjenayah.

Pihak pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak melihat permasalahan jenayah secara keseluruhan. Mereka lebih cenderung melindungi hak asasi suspek daripada membantu siasatan polis.

Jenayah keganasan semakin subur tetapi  malangnya pihak polis hanya dapat melihat sahaja kerana tangan mereka kini terikat. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia  dan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak memahami hakikat ini kerana bukan mereka yang bergelumang dalam kegiatan mencegah jenayah seperti yang dilakukan pihak polis.

Rahim berkali-kali meletakan harapan kepada ahli ahli parlimen sebagai penggubal undang-undang supaya memahami betapa penting unsur tangkapan untuk pencegahan bagi menjamin keselamatan rakyat. Polis hendaklah diberikan kuasa ini dan keselamatan rakyat sepatutnya lebih diutamakan.

Apa yang disuarakan oleh Tan Sri Rahim sebenarnya mewakili hasrat dan hati nadi anggota polis dari peringkat bawah sehingga teratas dan juga perasaan keseluruhan rakyat. Anggota anggota polis berada dalam keadaan moral yang sangat rendah sekarang. Penjenayah menjadi besar kepala kerana mereka tahu polis telah hilang kuasa.  Saya sendiri baharu sahaja bercakap dengan seorang pegawai tinggi polis dalam bahagian jenayah yang menyatakan "kami sekarang tak ada kuku lagi Tan Sri."

Inilah akibatnya apabila hak asasi penjenayah dilihat lebih penting dari hak asasi masyarakat dan kepentingan populariti politik mengatasi kepentingan hakiki.

Sunday, 21 July 2013

KAMPONG HALAMANKU

(Untuk kawan-kawan seperjuangan)


Ramadhan ini
Titiskan kesayupan rindu
Kawan-kawan dan Utusan Melayu
Ibarat  kampong halaman dikejauhan
Wangi rumputnya menyegarkan
Haruman sepanjang jalanan

Disinilah tertanam benih sejati perjuangan
Silih berganti sepanjang zaman
Pun sesekali kemarau melayukan
Kembali segar dititisan hujan
Rohnya dalam jiwa kerakyatan
Pembakarnya kemiskinan dan kehinaan.

Dalam usia tujuh puluhan
Darahmu masih mengalir dalam darahku
Membakar semangat para warisan
Menggegarkan suara perjuangan.

Mengenggam pesanan yang berpergian,
Yusof, Zabha, Melan, Mazlan, Usman
Dan ramai lagi pahlawan.

Utusan,
Wajah dan lenggang mu boleh berubah
Suara dan nadamu terkocak gundah
Namun jiwamu tetap tidak mungkir
Untuk bangsa agama dan tanah air.

Utusan,
Di sinilah kampung halamanku,
Di sini jugalah hilang kekasihku
Menjadi pengikat rindu padamu
Padang perjuangan tanpa batas waktu.

ZAM
PUTRAJAYA
13 Julai 2013

Dipetik dari Mingguan Malaysia 21 Julai 2013

Gambar diatas saya ambil dari   pameran  lukisan di Hotel Sultan Jakarta lama dahulu. 



Monday, 15 July 2013

TABIK HORMAT DATUK SERI NAJIB: BUKAN INI YANG DI TUNGGU.

DUTA VATICAN MINTA MAAF

TERKINI: THE STAR MELAPORKAN (16 JULAI) DUTA VATICAN ARCHBISHOP JOSEPH MARINO TELAH MEMINTA MAAF KERANA KOMENNYA MENGENAI ALLAH DAN MENJELASKAN BAHAWA BELIAU TIDAK BERHASRAT UNTUK CAMPUR TANGAN   DALAM URUSAN NEGARA MALAYSIA.


VATICAN; KALAU KERAJAAN TAKUT  BERTINDAK, MEDIA BENAMKAN SAHAJA REAKSI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan Pope
Benedict XVI di Vatican, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan pimpinannya  akan terus meninggikan syiar Islam, menjaga dan mempertanhkan kesucian  Islam termasuk kalimah Allah ( Utusan Malaysia 15 Julai).

Dengan lebih dahulu mengangkat tabik hormat, saya ingin berterus terang kepada Datuk Seri Najib bahawa bukan jaminan ini yang ditunggu oleh seluruh umat Islam yang di dalam keadaan marah  kerana provokasi  Duta Vatican City.Najib seperti tidak sensitif terhadap perasaan mereka.

Jaminan  yang Datuk Seri berikan  bukanlah  pekara baru tetapi telah lama diketahui oleh umat Islam di negara ini, telah berkali kali didengar dan dibaca.

Umat Islam yang terpelajar  di Malaysia memahami  kenyataan itu sebagai langkah jangka panjang untuk kekebalan diri orang Islam dalam dunia yang semakin mencabar  tetapi reaksi yang timbul sekarang ialah antara emosi kemarahan dan pemikiran yang rasional kerana merasa terhina.

Yang ditunggu ialah langkah  kerajaan yang setimpal bagi  membalas provokasi  Vatican City yang menyentuh  sensitiviti umat Islam dalam sebuah  negara yang Islam adalah agama rasminya.

Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan  umat Islam di negara ini yang lebih penting  kepada  masa depan politiknya ? Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.

Mungkin kehadhiran duta ini berguna  bagi pilihanraya ke 13  tetapi  tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut  sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut.

Jika kerajaan tidak berani bertindak setimpal untuk  menebus maruah,sekurang  kurangnya dengan  Wisma Putra  memanggil Duta Biadap ini , maka  media Melayu Islam lebih baik membenamkan reaksi  rakyat kerana ia akan   lebih mendedahkan kelemahan  kerajaan sendiri apabila kerajaan tidak berani bertindak kecuali hanya mengulangi retorik lama.
.





Friday, 12 July 2013

DI SINILAH MEMBENIH UTUSAN MELAYU SEBAGAI AKHBAR PERJUANGAN

          "DI DEPAN API DI BELAKANG DURI" MEMASUKI 
CETAKAN KEDUA

Balu Allah Yarham Yusuf Ishak Puan Noor Aisah Md Salim
menerima buku Di Depan Api  Di Belakang Duri  dari penulis. 
Bercermin mata di belakanngnya ialah bekas Menteri Kenan 
bagi Hal Ehwal Luar  Singapura Zainul Abidin Rasheed. Di kiri
penulis, Datuk Zaini Hassan Ketua Konvoi Kembara Queen Street.
























Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana limpah rahmatnya telah membolehkan saya menyampaikan sendiri buku: Kisah Sejarah Utusan Melayu: Di Depan Api Di Belakang Duri tulisan saya kepada balu Penaja dan Pengarang Utusan Melayu yang pertama Allahyarham Yusof Ishak.

Yusof Ishak setelah berhenti dari Utusan Melayu  menjadi Yang Dipertuan Negara dan seterusnya Presiden Singapura yang pertama.

Balunya Puan Noor Aisah Md. Salim telah menerima buku itu dari saya dalam suatu majlis yang sederhana bagi memberikan penghormatan kepadanya oleh Konvoi Kembara Queen Street bermotosikal dari Kuala  Lumpur  terdiri dari kakitangan Utusan Melayu di Taman Warisan Melayu Kampung Gelam Singapura pada Ahad lalu( 7 Julai 2013)

Dinamakan kembara ini Queen Street oleh kerana matlamatnya adalah ke  Queen Street di mana masih terletaknnya bangunan asal pertama Utusan Melayu menjalankan operasinya dengan cetakan naskah pertama berada di pasaran pada 29 Mei 1939. Sebelum ke Queen Street mereka telah menziarahi makam Allahyarham di Tanah Perkuburan Perang Kranji Singapore (Singapore War Memorial)

Seperti isteri pembesar-pembesar Singapura lain, Puan Noor Aisah jarang muncul bersama suaminya ketika menjadi Presiden Singapura dan demikian juga selepas kematian suaminya maka itu kehadirannya di majlis bersama kakitangan Utusan Melayu itu  menunjukkan penghargaannya yang tinggi kepada Utusan Melayu yang masih ingat jasa suaminya.

Allahyarham Yusof Ishak
Walaupun beliau diketahui tidak pernah berucap  dalam mana-mana majlis tetapi dengan kebijaksanaan bekas Menteri Kanan bagi Hal Ehwal Luar Singapura, Zainul Abidin Rasheed dan desakan bertubi-tubi Datuk Zaini Hassan maka beliau bercakap secara ringkas tentang suaminya yang menampakkan beliau sendiri memahami semangat tinggi Yusof untuk menghidupkan Utusan Melayu.

Zainul Abidin  sekarang adalah  Duta Begerak Singapore ke Timur Tengah.

Puan Noor Aisah mengakui Yusof bersikap keras, garang dan tegas terhadap semua pekerjanya yang menjadikannya seorang yang disegani, ditakuti dan dihormati " tetapi niatnya baik untuk menjayakan Utusan Melayu", katanya.

Puan Noor Aishah  menceritakan bahawa apabila mesin cetak  baru yang dipesan dari London tiba, beliau menunggu mesin itu dipasang setiap hari sehingga siap untuk digunakan bagi  percetakan.

Sekurang-kurangnya apabila membaca buku Di Depan Api Di Belakang Duri ini  , Puan Noor Aisah  akan dapat mengenang kembali jalan-jalan pahit manis yang telah dilalui oleh suaminya di Utusan Melayu dan betapa pengikhtirafan telah diberikan kepada  jasa baktinya.

Dalam ucapan di majlis itu, saya memberikan  pengikhtirafan kepada Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu(KKBUM) kerana kembara itu merupakan suatu inovasi yang berkesan bagi mengingatkan generasi baru Utusan dan juga masyarakat  terhadap  mereka yang telah berjasa kepada Utusan Melayu.

Saya mengangkat topi kepada Datuk Zaini Hassan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan Melayu yang menginisiatifkan usaha ini dan juga kejayaannya membawa balu pengasas utama bekas Utusan Melayu  ke majlis untuk mengenang Utusan Melayu di Singapura sempena ulangtahunnya yang ke 75.

Kehadhiran Puan Noor Aisah  menjadikan majlis itu sangat berarti  sekalipun berlangsung dalam suasana yang amat sederhana di  bangunan Warisan Melayu Singapura..

Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) pastinya akan berkembang dengan mudah untuk menarik penyertaan lebih ramai generasi muda di Utusan seperti pegawai, wartawan dan kakitangan bagi meneruskan usaha yang lebih besar untuk menarik perhatian ramai terhadap sejarah, jasa dan sumbangan Utusan Melayu kepada bangsa, agama dan negara.

Kelab ini juga akan berkesan dalam menggembelingkan nama Utusan Melayu  kerana kelab ini secucuk  dengan  cita rasa  sekarang.

Bagi saya dengan penyampaian buku sejarah Utusan  kepada balu Allahyarham Yusof Ishak maka sempurnalah tugas saya dalam mengenang jasa mereka yang  telah  berjasa besar kepada diri saya dan juga kepada Utusan Melayu.

Buku ini telah pun saya sampaikan kepada Osman Wok sifu saya yang menjadi contoh tauladan kepada saya dalam membina karier kewartawanan dan juga kepada Said Zahari Pengarang Utusan Melayu yang mengambil saya berkerja pada tahun 1958.

Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu sekalipun tidak sempat melihat siapnya buku ini tetapi beberapa bab dari manuskripnya telah saya berikan untuk tatapannya.

Sementara itu  Pengurus Kanan UP&D (Utusan Publication & Distributors) Mohammad Fahmi Asraf memberitahu  buku ini (Kisah sejarah Utusan Melayu: Di Depan Api Di Belakang Duri) telah memasuki cetakan kedua kerana cetakan pertama telah habis dalam pasaran.


Jika sukar untuk mendapatnya ,anda boleh memesannya dari beberapa kedai buku terbesar seperti MPH atau lain lain kedai di negeri negeri selain dari membuat pesanan terus dari UP&D. Laman web: www.mybooks.com.my  Tel: 03-92856577

Monday, 1 July 2013

ZAM DAN AIRASIA.

Tan Sri Zainuddin Maidin penulis blog zamkata telah meminta maaf kepada AirAsia berikutan dengan sebuah rencananya yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X.

Setelah penjelasan dari AirAsia, beliau yakin bahawa syarikat penerbangan itu adalah prihatin terhadap senstiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.Dibawah ini  adalah permohonan maaf darinya.


APOLOGY.

Saya tidak menyedari bahawa pekara- pekara yang tesiar dalam artikel di bawah tajuk " Hidangan Babi Dalam Penerbangan Air Asia, Orang Islam Patut Tangguhkan Dulu Terbang dengan Pesawat ini"(artikel tersebut) dalam blog zamkata memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Bagaimanapun setelah menerima surat tuntutan dari Peguambela dam Peguamcara AirAsia Berhad kira -kira sebulan dari tarikh penyiarannya,maka barulah saya menyedari bahawa artikel tersebut memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan-penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Ini adalah tidak benar samasekali.

Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut, dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang pransangka bahawa babi ada dihidangkan dalam masa mana penerbangan AirAsia dan AirAisa X.

Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia  dan AirAsia X adalah sangat prihatin terhadap sensitiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.

Tan Sri Zainuddin Maidin.

SIAPAKAH YANG LEBIH BERKUASA
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak telah memuji Ketua Pegawai Eksekutif  AirAsia X Azran Osman Rani kerana pandangannya yang terus terang terhadap Utusan Malaysia dan Pekasa.

Nazir Razak
Katanya, sikap terus terang inilah yang menjadikan dia pemimpin besar dengan keupayaannya menunaikan tanggungjawabnya sebagai CEO Air Asia.

Menurut sebuah akhbar Nazir ketika melancarkan prospectus Air Asia X kelmarin berkata "sesetengah orang mungkin memikirkan Azran melampau dalam kata-katanya tetapi apakah yang dapat kita harapkan apabila kita mempunyai seorang pengerusi seperti Rafidah Aziz."

Saya tidak tahu dalam soal apakah yang dimaksudkan oleh Nazir sebagai sikap terus terang Azran; adakah anggapannya Utusan sebagai akhbar rasis kerana menyiarkan berita ‘Apa Lagi Orang Cina Mahu’ atau ugutannya untuk menarik iklan  Air Asia dari Utusan Malaysia.

Bagi saya anggapan Utusan sebagai rasis adalah subjektif. Ia bergantung kepada aliran pemikiran atau kecendorongan seseorang dan juga latar belakang pendidikannya dan itu adalah hak masing-masing.

Tetapi yang saya rasa tidak wajar ialah sikap tidak toleransi Azran yang kerana tidak bersetuju dengan pendirian Utusan telah mengugut untuk menarik balik iklan Air Asia dari Utusan kerana pandirian Utusan bertentangan dengan pemikirannya. Sentimen dan prejudis telah mempengaruhi tindakannya.

Apakah ini sikap seorang terpelajar yang percaya kepada kebebasan dan demokrasi, keterbukaan dan globalisasi. Apakah ini bukan merupakan penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak rasional.

Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu maka bererti beliau merestu amalan sikap anarkis CEO atau Ketua-ketua Eksekutif dalam badan-badan korporat atau perniagaan besar.

Apabila Utusan Melayu dilahirkan di Singapura 
pada tahun 1939, ia menjadi suara berani semua
kaum. Bacalah sejarahnya: Di Depan Api,
Di Belakang Duri, Boleh dibeli di MPH dan
lain-lain kedai buku.
Dalam perkembangan kapitalisme Barat, korporat gergasi dan syarikat-syarikat perniagaan besar semakin berkuasa malah melebihi kuasa kerajaan dan mengancam kebebasan media atau memperalatkan media dengan kuasa wang mereka.

Inilah kuasa yang tidak kelihatan kepada orang ramai sebaliknya rakyat hanya nampak kuasa kerajaan yang menekan kebebasan media khususnya akhbar.

Berhubung dengan pekara ini saya suka memetik sedikit dari apa yang ditulis oleh seorang penulis terkenal British, Anthony Sampson dalam bukunya The Essential Anatomy Of Britian-Democracy in Crisis:

Katanya "The link between newspapers and big business had a longer- term effect: for journalist have constrained from reporting or criticising the excesses of  financial boom,by pressures from owners, advertisers and public relations men, who helped set the agenda of the business pages. Enterpreneurial owners naturally dislike the critical and investigative function of reporters".

Pandangan Samson ini menepati pandangan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam suatu jamuan makan malam Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) pada tahun 1990 dimana beliau berkata bukan sahaja kerajaan yang memberi kesan kepada kebebasan akhbar, tetapi juga kepentingan perniagaan, pemilik, pengarah-pengarah dan juga kepentingan  populariti.

Utusan sendiri tahu banyak hal yang negatif mengenai AirAsia  telah di sembunyikan bersama-sama dengan akhbar-akhbar lain demi kepentingan iklan atau wang darinya tetapi nampaknya ini sahaja tidak cukup kepada CEO AirAsia Azran.

Beliau merasakan bahawa untuk Utusan mendapat iklan dari AirAsia maka perlulah Utusan mengikuti kecendorogan sosial dan politiknya. Maka tekanan kewangan perlu dikenakan ke atas Utusan.

Tentulah semangatnya bertambah tinggi dengan sokongan Nazir adik kepada Najib Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib dan juga UMNO.

Nazir tidak memahami bahawa tanpa sokongan dari Utusan Malaysia memerangi anasir-anasir yang menghakiskan keyakinan kepada kerajaan maka tidak mungkin UMNO akan dapat mengekalkan sokongan orang Melayu kepadanya dalam Pilihan Raya ke 13.

Sokongan yang berani dan mengambil risiko kewangan inilah yang menambahkan kerusi UMNO di Parlimen, menawan negeri Kedah dan Perak dan menambah kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Barangkali Nazir memikikan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina maka Barisan Nasional akan mendapat sokongan orang Cina.

Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib dan UMNO.

Rencana ini dipetik dari Utusan Malaysia 12 Jun 2013.