Wednesday, 26 June 2013

SANDIWARA POLITIK


 I THINK THE SUPPOTERS HAVE JUST BEEN  TAKEN 

FOR LONG,LONG RIDE- OutSyed The Box




I think is ok. They have been paid- Zam

Thursday, 20 June 2013

BUILD A COMMUNIST MEMORIAL  AND A CHINESE MUSEUM IN  MALAYSIA

UPDATED ON THE STAR        
Thinking that the existing Malay BN government is a government that continues with the give in policy and is dumb, The Star has launched a campaign for the building of a memorial to commemorate the mass killings of the communist supporters in Batang Kali. (See full report in The Star  19th June)

The killing was carried out by the British army and the High Court in London has rejected claims for compensation by families of the victims on the incident which happened 65 years ago, but today The Star  is reviving the story to make the British government apologise to them and for a retrial.

Certainly DAP which had proposed the matter in Parliament is very happy because The Star has  brought up the matter again at a time when DAP is stronger.

Actually, the killing of those suspected of supporting the communist is a huge contribution by the British to enable political parties in Malaya to fight for independence, resulting in the formation of a democratic Malaysia today and that has enabled The Star to become a big capitalist and Wong Chun Wai conferred the Datukship and his aides still working with The Star, despite being DAP supporters.
 MALAYSIAN CHINESE MUSEUM
 The Star yester dayalso published an article by June H.L.Wong   ( Views 25) seeking for a Chinese Museum be set up in Malaysia to display the history of the Chinese community and their contributions, especially in fighting the communist during the emergency, as well as to showcase the artifacts left by Yap Ah Loy who opened Kuala Lumpur, which were not displayed at the national Museum, but the Peranakan Museum in Singapore.
"The Chinese in Malaysia did not get free ride to where they are," said June.
True, but I don’t think the Malays have forgotten the sacrifices of the Chinese, especially SB officers like Tan Sri C.C Too and also the economic contributions of the Chinese to the country, to an extent that they could not bear to hear about the past, but the Malays will completely forget the Chinese contributions if they continue to think that they are always being pressured. If so, how can they be so rich?
Majority of the Chinese show their bad attitude of not being grateful, wanting Malaysian Malaysia (The Star being its string supporter) and having no respect for the social contract, wanting Chinese schools to be upgraded to the same level as national schools, etc. What happens if the Malays were to demand for some of the social contract to be revoked?
Did Datuk Wong Chun Wai ordered for the sensitive matters to be brought up again having felt that they are now strong enough to exploit the Malay government whose policy is give in and is weak, which is included in “the Malays are stupid” as regarded by the Star as seen by blogger Helen Ang.
Wong Chun Wai can easily persuade this weak Malay government. Blow up caption stories on Datuk Zahid Hamidi, the Home Minister, everyday and place Rosmah, the Prime Minister’s wife, at   No. 1 in the list of 10 The Most Powerful Woman in Malaysia. 
Careful with your antics Datuk Wong to survive and for Malaysian Malaysia. During Datuk Najib’s time you are safe, so will you when DAP is in power. Long live Datuk Wong!


Wednesday, 19 June 2013

DIRIKAN TUGU PERINGATAN KOMUNIS DAN BANGUNKAN MUZIUM CINA DI MALAYSIA

UPDATED ON THE STAR

Oleh kerana memikirkan kerjaan BN Melayu yang ada sekarang ini kerajaan yang meneruskan dasar give ini dan bodoh maka The Star memulakan kempen supaya didirikan Tugu Peringatan bagi pembunuhan beramai-ramai penyokong-penyokong komunis di Batang Kali. (Lihat berita penuh The Star hari ini)

Datuk Zahid Hamidi
Pembunuhan itu dilakukan oleh tentera British dan Mahkamah Tinggi di London telah menolak tuntutan keluarga mangsa untuk mendapat ganti rugi atas kejadian yang berlaku 65 tahun lalu tetapi hari ini The Star menghidupkan semula cerita itu supaya kerajaan British meminta maaf kepada mereka dan  diadakan  ulang bicara.

Tentunya DAP yang pernah mengemukakan pekara ini ke dalam Parlimen amat gembira kerana The Star telah menimbulkannya semula dalam keadaan kekuatan DAP bertambah.

Sebenarnmya  pembunuhan ke atas keluarga yang disyaki menyokong pengganas komunis ini adalah salah satu sumbangan besar penjajah British bagi membolehkan parti-parti politik di Malaya memperjuangkan kemerdekaan secara perlembagaan  yang menyebabkan wujudnya negara demokrasi Malaysia hari ini yang membolehkan The Star menjadi Kapitalis Besar dan Wong Chun Wai mendapat Datuk dan pembantu-pembantunya masih boleh berkerja dengan The Star walaupun menyokong DAP.

MUZIUM CHINA MALAYSIA.

The Star hari ini juga menyiarkan tulisan June H.L.Wong   ( Views 25) menuntut supaya dibangunkan sebuah Muzium China di Malaysia untuk mempamerkan sejarah dan jasa orang Cina terutamanya sumbangan mereka menentang komunis dalam masa dharurat malah disebutkannya tentang barang-barang peninggalan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur tidak ada di Muzium Negara sebaliknya terpamer di Muzium Peranakan di Singapura.

"The Chinese in Malaysia did not get free ride to where they are," kata June.

Ya Betul! Tetapi saya tidak fikir orang Melayu melupakan pengorbanan orang Cina terutama pegawai-pegawai SB seperti Tan Sri C.C Too dan juga tentang sumbangan ekonomi orang Cina kepada negara  ini sehingga pekak orang Melayu mendengarnya ungkitannya tetapi orang Melayu dengan sekaligus melupakan jasa orang  Cina ini bila bercakap macam negara ini menindas mereka sepanjang masa. Kalau demikian bagaimana mereka jadi kaya raya?

Sebahagian besar orang Cina menunjukkan kelakuan buruk sebagai manusia yang tidak tahu mengenang budi, macam kacang lupakan kulit; mahu Malaysian Malaysia( The Star penyokong kuat) dan tidak hormati sosial kontrak, mahu Sekolah Cina setaraf dengan Sekolah Kebangsaan dan sebagainya.Bagaimana  kalau orang Melayu juga menuntut supaya beberapa bahagian dari sosial kontrak itu dibatalkan?

Apakah  Datuk Wong Chun Wai mengarahkan dibangkitkan semula pekara pekara sensitif  kerana merasa sudah cukup kuat untuk mengeksploitasi kerajaan Melayu yang dasarnya ialah give in dan lemah yang termasuk dalam "Melayu banyak bodoh" yang menjadi anggapan The Star seperti dilihat oleh  bolgger Helen Ang.

Wong Chun Wai mudah sahaja untuk memujuk kerajaan Melayu yang lemah ini. Besarkan berita aktiviti   bergambar Datuk Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri setiap hari dan jadikan Rosmah isteri Perdana Menteri sebagai  No. 1 dalam senarai 10 The Most Powerful Woman in Malaysia. 

Pandai-pandailah Datuk Wong membaling batu sembunyi tangan demi untuk hidup dan untuk Malaysian Malaysia. Masa Datuk Najib pun boleh selamat, masa DAP berkuasa kelak lagi selamat. Hidup Datuk Wong!

Tuesday, 18 June 2013

THE STAR ANGGAP MELAYU "BANYAK BODOH PUNYA ORANG"



Helen Ang

Comment:
"One of the most destructive things that's happening in modern society is that we are losing our sense of the bonds that bind people together - which can lead to nightmares of social collapse". Alexander McCall Smith - We have the bond with BN. We have autonomy on our own race to look into our particular needs, and meet together for balancing....now we are moving away from that bond....ahhh politics suck! on THE STAR ANGGAP MELAYU "BANYAK BODOH PUNYA ORANG"-MOYA


KATA  BLOGGER TERBILANG HELEN ANG "SESIAPA JUGA YANG MEMBACA THE STAR AKAN  DAPAT GAMBARAN BAHAWA  PENGARANG PENGARANGNYA YANG LICIK  MEANGGAP ORANG MELAYU SANGAT  BODOH."

Anyone reading The Star comes away with  the impression that the paper slick editors and journos reckos Malays are plenty stupid.

Former Utusan group editor Zainuddin Maidin takes The Star to task today.(17 June)

Zamkata “Apakah anda pernah membaca sebarang rencana yang ditulis oleh Wong Chun Wai Ketua Pengarang Kumpulan The Star dan juga Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan II Leanne L.Y. Goh dan Pengarang Urusannya yang mengkritik DAP atau Pakatan Pembangkang?”

My comment in response: Nope. Not that I can recall.

Chun Wai did occasionally whine about the personal attacks made by oppo supporters who labelled him an “MCA stooge” and not living up to their Christian expectations, but that’s about it.

Zamkata: “Tugas menghadapi pembaca Inggeris lebih banyak diserahkan kepada bloggers yang pro kerajaan.”

Me: I hope more bloggers will tolong pantau — please read Dr Novandri’s game plan.

Zamkata: “Apakah tujuannya MCA memiliki The Star? Untuk kepentingan politik atau untuk kepentingan perniagaan semata-mata.”

Me: Bagi kepentingan “the bottom dollar” / “… MCA’s portion of dividends declared by Star last year would amount to RM126 million”, (The Edge, 27 Sept 2011)

Zamkata: “Lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh The Star kepada MCA dari membina imejnya.”
Me: The Star is causing untold damage to the BN.

The pie chart below shows The Star‘s readership by ethnicity. BN can write off the Chinese and their votes. However, The Star has a 26 percent Malay and 24 percent Indian readership which it is enticing to Pakatan, and more specifically to the DAP.

Zamkata: “Sebagai bekas wartawan saya cukup faham permainan ini baik cara halus atau kasar. Penuh dengan hipokrasi munafik dan tidak jujur. Mereka yang diberikan tanggungjawab telah mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan. Mereka lebih suka untuk bermuka-muka dengan parti pembangkang.”

Me: The Tan Sri is being too kind as “tidak jujur” is an understatement. Stabbing in the back is pure treachery.

Zamkata: “Saya mendapat khabar beberapa orang pengarang-pengarang kananThe Star tidak lagi dapat menahan perasaan kecewa dan sedih mereka apabila BN diumumkan menang pada malam 5 Mei itu walaupun pada mulanya mereka telah meloncat-loncat kegembiraan kerana kemaraan Pakatan Rakyat.”

Me: Zam’s sources are correct.

And the rank-and-file are even more opposition-minded. The Scissorati are open and vocal about their political orientation in Facebook and over Twitter.

Zamkata: “MCA harus melihat kembali kedudukan Jabatan Pengarang The Starkerana tidak dapat dinafikan bahawa sikapnya juga telah menyebabkan kekalahan besar MCA dalam Pilihan Raya Ke 13.”
Me: I have a better idea. Just sack the MCA.

Zamkata: “The Star telah menggunting dalam lipatan.”
Undoubtedly.
TERIMA KASIH HELEN - ZAM

Monday, 17 June 2013

THE STAR IS A THORN IN THE FLESH

HELEN ANG: IT IS OWNED BY THE SECOND BIGGEST BN COMPONENT TO PERPETUATE THE IRRATIONALITY TO SERVE DAP

The Group Chief Editor of The Star, Datuk Wong Chun Wai has called on the government to not penalise those who did not vote for the ruling party in the 13th general election.

In  his article in The Sunday Star yesterday, he said “Malaysians have made their choices. The victors have plenty of work to do and the least of their concern should be to talk about punishing those who did not vote for them.

“It is the people’s right to vote for anyone or any party. A general election is any party is about the right to choose.

“No one should be made to feel pressured or threatened, in any way, simply because they did not vote for the winning ruling party,” he said.
Note:

 It is not a surprise of The Star did not show its commitment to MCA since the 2008 Tsunami , compared with the attitude shown by Utusan Malaysia.

Have you ever read any feature written by Wong Chun Wai, the Group Editor of the The Star  and also that of Group Editor II Leanne L.Y. Goh  and its managing director criticizing DAP or the opposition pact.

The task of facing the English readers is much left to the pro-government bloggers.

What is the purpose of MCA owning The Star ? For political interest or solely for business interest. More damage is done by The Starto MCA than building its image.

As a former journalist, I clearly understand the game, subtly or directly. Full of hypocrisy and dishonesty. Those given the rersponsibility have  betrayed the trust given to them. They prefer to favour the opposition parties.

I receive news that several senior editors in The Star could no longer contain their disappointment and frustration when BN was declared the winner on May 5, despite initially jumping with joy when the Pakatan Rakyat was leading.

Does the media management division at the Prime Minister’s Department aware of this? Ask me if you want to know.

MCA should review the position of the Editorial Department of The Star  because undeniably, its attitude has resulted in MCA's defeat in the 13th general election. The Star is a thorn in the flesh

WHAT BLOGGER HELEN ANG SAYS

BN “lost the perception war” as rued by Najib because the BN has allowed a mainstream media that can reach an audience of 5.63 million – and here’s the salt on the wound; it is owned by the second biggest BN component – to perpetuate the illogic and irrationality that serve to benefit the DAP and their strange bedfellows.

BN has allowed the DAP through its sympathetic mass propaganda organ to control the national narrative and direct the public discourse.

So yes, absolutely. Najib is 101 percent correct to say that BN lost the perception war. And BN will lose the next general election if it continues to allow this loss to lead to a fatal hemorrhage.

KETUA PENGARANG THE STAR PERTAHANKAN PENGUNDI PEMBANGKANG

Ketua Pengarang Akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai telah meminta agar kerajaan tidak menghukum mereka yang tidak mengundi bagi parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum Ke 13.

Dalam tulisannya di The Sunday Star semalam, beliau berkata "Rakyat Malaysia telah membuat pilihan, yang menang mempunyai banyak kerja untuk dilakukan dan tidaklah sewajarnya mereka memberikan perhatian terhadap cakap-cakap untuk menghukum pihak yang tidak mengundi mereka.

"Adalah menjadi hak rakyat untuk mengundi sesiapapun atau mana-mana parti. Pilihan Raya Umum di mana-mana negara demokrasi adalah mengenai hak untuk memilih.

"Tidak seorang pun seharusnya dibuat untuk merasakan tekanan atau terancam dalam cara apapun kerana mereka tidak mengundi bagi parti pemerintah," katanya.

Catatan:

Tidak hairanlah jika The Star tidak menunjukkan komitmennya terhadap MCA dari sejak Tsunami 2008 berbanding dengan sikap yang ditunjukkan oleh Utusan Malaysia.

Apakah anda pernah membaca sebarang rencana yang ditulis oleh Wong Chu Wai Ketua Pengarang Kumpulan The Star dan juga Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan II Leanne L.Y. Goh dan  Pengarang Urusannya yang mengkritik DAP atau Pakatan Pembangkang?

Tugas menghadapi pembaca Inggeris lebih banyak diserahkan kepada bloggers yang pro kerajaan.

Apakah tujuannya MCA memiliki The Star ? Untuk kepentingan politik atau untuk kepentingan perniagaan semata-mata. Lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh The Star kepada MCA dari membina imejnya.

Sebagai bekas wartawan saya cukup faham permainan ini baik cara halus atau kasar. Penuh dengan hipokrasi munafik dan tidak jujur. Mereka yang diberikan tanggungjawab telah mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan. Mereka lebih suka untuk bermuka-muka dengan parti pembangkang.

Saya mendapat khabar beberapa orang pengarang-pengarang kanan The Star tidak lagi dapat menahan perasaan kecewa dan sedih mereka apabila BN diumumkan menang pada malam 5 Mei itu walaupun pada mulanya mereka telah meloncat-loncat kegembiraan kerana kemaraan Pakatan Rakyat.

Adakah bahagian pengurusan media JPM tahu hal ini? Kalau nak tahu boleh tanya saya.

MCA harus melihat kembali kedudukan Jabatan Pengarang The Star kerana tidak dapat dinafikan bahawa sikapnya juga telah menyebabkan kekalahan besar MCA dalam Pilihan Raya Ke 13. The Star telah menggunting dalam lipatan.

Sunday, 16 June 2013

NAMA NAJIB SEMESTINYA MELAYU ISLAM DAN WONG SEMESTINYA CINA

Wong Chun Wai Ketua Pengarang
The Star
APA PERLU DISEBUT AGAMA RAKYAT
MYANMAR YANG JADI MANGSA
SERANGAN?

Apakah motif akhbar The Star (15 Jun) mendedahkan perihal seorang rakyat Myanmar yang cedera parah dalam pergaduhan antara mereka  di Kuala Lumpur baru baru ini sebagai  penganut setia agama Buddha 

Berita ini disertakan dengan gambar menunjukan jahitan luka di badannya  berserta kenyataannya memaafkan penyerangnya. 

Bagaimana pula sekiranya The Star menunjukan gambar seorang Myanmar Islam dengan kesan serangan oleh Myanmar Buddha.  

Kedua-dua berita seumpama ini pastinya akan mudah membangkitkan perasaan marah di kalangan rakyat Malaysia yang menganut kedua-dua agama itu tetapi nasib baik mereka  telah matang dan menganggap kejadian itu terasing dari mereka.

Pihak polis telah cuba untuk merahsiakan kejadian tersebut sebagai pergaduhan agama dan hanya  membuat kenyataan rasmi setelah kabar angin mengenainya tidak terkawal lagi setelah   kejadian itu merebak.

Bagaimanapun jika diapi-apikan oleh media pastinya akan  mendorongkan  ke arah pergaduhan agama di negara ini. 

The Star sangat bijak dan cekap  memainkan isu-isu sensitif  sehingga orang seperti adik Perdana Menteri, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Nazir dan CEO Air Asia, Azran tidak sedar akan rasismenya dan  sanggup mencurahkan iklan berjuta ringgit kepadanya  dan tidak memberikan iklan kepada Utusan kerana rasis. Bantuan ini tidak secara langsung memberi kekuatan kepada The Star untuk meneruskan ajendanya yang tersembunyi.

CIMB memang memboikot iklannya kepada Utusan Malaysia  mendahului AirAsia kerana memikirkan pelanggan Melayunya hanya kecil sahaja.

Orang orang seperti Nazir dan Azran yang berpelaran tinggi tetapi tidak terpelajar (meminjam kata kata Pak Ungku Aziz) tidak akan dapat memahami apa yang tersirat dan tidak tersurat dalam permainan politik 

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia malah penduduk di sekitar Ampang dan Selayang tidak sedar bahawa beberapa kejadian  pembunuhan rakyat Myanmar yang berlaku di sekitar mereka adalah berkaitan dengan sentimen agama yang ada kaitan dengan rusuhan agama di Myanmar sebaliknya disangka mereka sebagai pergaduhan kumpulan semseng. Terima kasih kepada akhbar akhbar yang tidak membesar besarkan kejadian ini.

Perlu disebutkan selepas peristiwa 13 Mei 1969, akhbar berbagai-bagai bahasa di negara ini telah dinasihatkan oleh Kementerian Dalam Negeri supaya tidak menyebutkan bangsa seseorang di dalam pemberitaan mereka , cukup sekadar menyebutkan nama sudah di kenali bangsanya atau agamanya.

Di Malaysia orang yang bernama Najib semestinya Islam atau Melayu dan Leong Pei Koe semestinya Cina, Samy Vellu semestinya India. 

Maka tidaklah perlu disebutkan bahawa seorang Cina, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agong. Sebut namanya sudah dikenali sebagai Cina.

Bagaimanapun sekarang etika ini sudah dilanggar oleh pengarang-pengarag akhbar. Nila- nilai lama yang baik sudah tidak berguna lagi kerana perlu bersaing dengan media sosial atau portal berita yang lebih bebas dan tidak terkawal. 

Untuk menyekat persaingan ini, Kerajaan Singapura meletakkan  portal berita atau media sosial di bawah peraturan yang sama seperti yang dikenakan ke atas media tradisi (akhbar-akhbar).

Ini juga menunjukkan pemerintah negara itu mahu menjamin agar  media cetak tetap lebih berkesan dari Media Siber dan membina keyakinan ramai bahawa semestinya berita dan sebagainya dari media siber lebih baik atau berkredebiliti. 

Di Malaysia ketidakadilan berlaku dalam pengawasan terhadap media yang dipunyai oleh parti pemerintah sendiri, ada yang tertekan dan ada yang lebih bebas yang menyebabkan yang terkawal dan komited kepada parti dan ajenda bangsa menjadi korban dari segi pengiklanan.

The Star  kerana kebijaksanaannya memainkan  isu isu sensitif  dari masa kemasa telah  dapat membasuh tangannya dan menutup  mata pegawai pegawai KDN yang kurang cekap.

The Star bebas mempromokan perhimpunan-perhimpunan haram atas nama Black 505 rally dengan teriakan kepala berita: Big Crowd! Big Crowd! Big Crowd! bagi setiap perhimpunan itu pada hal penyertaan rakyat semakin merosot.

Kelmarin  akhbar yang sama  memaklumkan kepada umum tentang rancangan pembangkang untuk mengadakan  Perhimpunan Kilat Pakatan Rakyat  di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi membantah keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dan untuk mengajak rakayt bagi hadhir keperhimpuan haram yang lebih besar minggu depan.. 

Akhbar The Star adalah kepunyaan MCA dan Utusan kepunyaan UMNO tetapi pemimpin MCA tidak mengawal The Star seperti pemimpin UMNO mengawal UMNO kerana kepada orang Cina  komersialisme lebih penting dari nasionalime.

Friday, 14 June 2013

DEMI UNTUK JUWIE MANTAN WARTAWAN UTUSAN BERGABUNG TENAGA

Dari kiri Bobby Rajan, Rosle Azmi, Datuk Raja
Ahmad Niza dan Munir Ghazali
SEKUMPULAN mantan wartawan Utusan –  Dato Raja Ahmad Niza Raja Ismail atau R. A. Niza, Bahyah Mahmood, Ahmad Idris, Mama Juwie, Munir Ghazali, Maimunah Yusoff, Zainol Fakir dan Rosle Azmi bergabung tenaga menerbitkan sebuah majalah bulanan atas nama JUWIE.

Keluaran sulung – Julai 2013 sudah berada di pasaran. Majalah ini merupakan digest Melayu paling unggul dengan taglinesnya – Majalah Dalam Kelas Tersendiri – membawakan kisah-kisah mesyarakat, sedikit tentang alam misteri, hiburan dan agama.

Persembahannya luarbiasa berbanding majalah yang ada di pasaran kita kerana misterinya bukan sebarang misteri, begitu juga hiburannya yang dipimpin oleh Bahyah Mahmood, sangat lain daripada majalah hiburan yang ada di pasaran.

Dapatkan naskah sulung sekarang, kerana cetakannya cukup terhad, takut kalau-kalau anda terlepas memilikinya. Ia diterbitkan oleh BYG Publisher & Distributors yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Tujuan menerbitkan majalah ini, menurut Ketua Editornya, R. A Niza adalah membuka peluang kepada mantan wartawan Utusan yang berhasrat untuk berkarya tetapi tiada tempat,

Beliau memberitahu bahawa Tan Sri Zainuddin Maidin telah bersetuju untuk menjadi penasihat.

Nahhhh…, JUWIE menjadi gelanggang kepada semua orang untuk menulis cerita-cerita yang menarik bagi berkongsi dengan orang lain. Dapatkan naskah pertamanya.  

Raja Niza memberitahu nama Juwie digunakan dengan persetujuan Juwie sendiri untuk mengenang suatu nama besar dalam dunia penulisan hiburan tanah air suatu masa dahulu. Kolumnya di Mingguan Malaysia  paling popular dan menjadi buah mulut ramai.

Thursday, 13 June 2013

SAYA SAJA BOLEH AJAR ORANG CINA - LEE KUAN YEW

Lee Kuan Yew
Pengurus Kilang Utusan Melayu Yusuf Mahmud (Allahyarham) atau lebih terkenal dengan panggilan Pak Yusuf memberitahu saya bahawa Lee Kuan Yew yang sering datang ke Ibu Pejabat Utusan Melayu 185 Cecil Street Singapura ketika menjadi Peguam Utusan Melayu di awal tahun 50an telah memberitahunya "Saya saja boleh ajar orang Cina."

LKY memang keluar masuk pejabat Utusan Melayu kerana membincangkan politik dan penubuhan PAP dengan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Samad Ismail dan Devan Nair 

Sama ada benar atau tidak maklumat Pak Yusuf itu saya tidak tahu tetapi kita dapat menyaksikan buktinya selepas Singapura tersingkir dari Malaysia.

Menurut buku memoir LKY From Third World To First Bab 11 Many Tongue, One Language, lapan minggu selepas perpisahan, Dewan Perniagaan Cina Singapura telah menuntut supaya kerajaan Singapura mempastikan kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi Singapura dengan alasan bahasa itu digunakan oleh lebih 80% rakyat Singapura.

LKY mematahkan hasrat ini sebelum kebangkitan sokongan lebih besar terutama dari Kesatuan-kesatuan Guru Sekolah Cina dan Pengurus-pengurus Sekolah Cina. Beliau menakutkan perwakilan mereka dengan menemui mereka di bawah sinaran lampu televisyen siaran langsung dan memberi amaran bahawa beliau tidak akan membiarkan sesiapapun menjadikan soal bahasa China sebagai isu politik.

Bagaimanapun bangkangan berterusan dengan pelajar-pelajar universiti Cina Nanyang Universiti dan Ngee Ann College mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat LKY dan bertempur dengan polis.

Apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew? Beliau membuang negeri dua rakyat Malaysia yang mengetuai demonstrasi itu dan dengan itu tidak ada lagi demonstrasi.

Apabila akhbar Cina, Nanyang Siang Pau menuduh kerajaan menekan bahasa, pelajar dan kebudayaan Cina serta menggambarkan LKY sebagai pseudo foreigner yang melupakan keturunannya, LKY menangkap Pengurus Besar akhbar itu Lee Mau Seng dan Ketua Pengarang Shamsuddin Tung Tao Chang dan Ly Singko penulis kanan rencana pengarang.

Seorang lagi, Ho Juan Thai bekas Ketua Kesatuan Pelajar Nanyang yang membantah penggunaan Bahasa Inggeris bagi kertas peperiksaan dan menuduh kerajaan hendak membunuh pelajaran Cina,  telah melarikan diri ke London setelah kalah dalam Pilihan Raya Umum Singapura 1979.

LKY  berjaya menukarkan pengantar Bahasa Cina di Nanyang Univesiti dan Ngee Ann College ke Bahasa Inggeris. Beliau menggabungkan Nanyang Universiti dengan National Universiti of Singapore  dan mengadakan program belajar bahasa Inggeris secara intensif.

Tidak ada negara di Asia Tenggara yang mahukan Universiti Bahasa Cina, kata Lee Kuan Yew (Muka 177)

30 tahun sesudah perpisahan, LKY tidak sahaja berjaya menjadikan orang Cina sebagai Singaporean malah menurut suatu kajian (Herald Tribune 20 Disember 1999) kalangan pelajar mahu menjadi Caucasian (orang putih) atau Jepun yang menurut tinjauan itu kerana mereka dipengaruhi globalisasi dan metrialisme yang mengikis identiti dan patriotisme.

Apa pun anggapan kita terhadap Lee Kuan Yew, kita harus berterima kasih kepadanya kerana telah melahirkan Singaporean Singapore.

Jika tidak kebangkitan cauvinisme Cina yang berlaku di Malaysia sekarang ini akan mendapat sokongan dari orang Cina Singapura tetapi sikap Cina Singapura bebeza dari Cina Malaysia yang kebanyakannya tidak dapat menyesuaikan diri dengan aliran perdana negara. 

Sebenarnya Lee Kuan Yew telah menghapuskan suatu masalah besar kepada Malaysia iaitu ancaman perkauman Cina dari Singapura.

Cina Malaysia telah tersalah perhitongan apabila menyangka akan mendapat simpati dari orang Cina Singapura bila berdemonstrasi di republik itu baru-baru ini sebaliknya mereka telah ditangkap dan permit kerja dibatalkan. 

Untuk  mengetahui sepenuhnya bagaimana LKY menangani cauvinisme Cina di Singapura maka saya syorkan bacalah Memoirs of Lee Kuan Yew From Third  World to First (The Singapore Story 1965-2000.

Sunday, 9 June 2013

KAJI SEMULA DASAR ANUGERAH DARJAH KEBESARAN UNTUK KUKUHKAN NILAI

Setiap tahun, begitu banyak rakyat Malaysia menerima bintang kehormatan yang dianugerahkan oleh Yang Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputraan masing- masing.

 Bintang-bintang darjah kebesaran negara yang menjadi
idaman sesetengah orang
1.  Ada yang menerima bintang gelaran tambahan yang membawa gelaran sama atau pun gelaran yang lebih tinggi. Ada juga penerima yang mendapat anugerah dari setiap kerajaan negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Bagi sesetengah orang menjadi hobi dan kebanggaan mengutip bintang.

2.  Beberapa penerima bintang kebesaran  tidak dinilai oleh masyarakat umum sebagai wajar diberi penghormatan kerana tidak jelas sumbangan mereka pada negara atau negeri-negeri berkenaan.

3.  Sekarang telah bercambah anugerah gelaran kerana sudah menjadi lumrah diberikan setiap tahun dengan sokongan pihak tertentu dan nilai anugerah menjadi  luntur. Kalau kita pergi ke sesuatu majlis apabila kita panggil Datuk, berpuluh orang dalam majlis tersebut akan menoleh.

4.  Dengan demikian sudah timbul persepsi dan tuduhan bahawa sesetengah penerima bintang dan gelaran tersebut bukan atas jasa mereka tetapi sebaliknya mereka membelinya dengan berbagai cara tanpa pengetahuan pihak Istana.

5.  Ada rakyat Malaysia yang kemaruk sangat nak pangkat Datuk sanggup  membelinya dari Mindanau, Selatan Filipina. Ada yang memakai gelaran Datuk yang palsu. Dia tahu bahawa tak ada siapa pun akan periksa kalau dia guna pangkat Datuk.

6.  Gelaran Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' hanyalah untuk digunapakai dalam masyarakat Malaysia. Tetapi ada juga rakyat Malaysia yang mempunyai gelaran gelaran ini membawanya ke luar negara. Ada yang menggunakan gelaran dalam dokumen perjalanan termasuk tiket kapal terbang dan sebagainya yang menimbulkan kekeliruan. Pernah terjadi, pengumuman di buat di lobby hotel di London mencari Mr. Tan (Sri). Orang luar tak kisah pun dengan pangkat kita.

7. Lebih menyedihkan ada penentang Institusi Raja, juga diberikan anugerah. Kalau tak hormat Raja-Raja Melayu buat apa pakai gelaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu. Tak ada malu langsung dan amat biadab.

8. Gelaran Datuk juga diberi pada pemuda dan pemudi yang berumur dibawah 35 tahun. Saya rasa ada cara lain yang kita boleh iktiraf sumbangan mereka.  Biarlah mereka menjalani hidup dulu dan bolehlah kurniaan diberikan bila usia mereka sudah menjangkau umar yang sewajarnya. Lebih manis dipandang orang.

Oleh demikian saya syorkan supaya kerajaan kita menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja.

1.Jumlah bintang kebesaran harus dikurangkan atau dihadkan  sama ada di peringkat kerajaan
negeri atau pun kerajaan persekutuan.  Ada Raja-Raja Melayu yang "Strict" tetapi ada pula yang terlalu pemurah. Eloklah kalau dapat berpakat untuk menjaga dan menghormati nilai anugerah Diraja, Gabenor atau Yang Dipertuan Negeri.

2. Pilihlah atas kriteria yang berhemah supaya anugerah-anugerah tersebut tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

3.  Suatu Daftar anugerah yang menggabungkan daftar-daftar di peringkat negeri dan persekutuan patut diadakan untuk rujukan umum supaya masyarakat dapat tahu sama ada seseorang yang memakai gelaran itu benar-benar mendapat anugerah atau hanya gelaran palsu.

4.  Penerima anugerah diwajibkan mempamerkan satu daripada bintang
kebesaran yang diterimanya pada kad nama – sama ada JPN, DPMK, DPMP,
atau sebagainya. Kalau tidak semua orang boleh pakai Datuk saja.

5.  Anugerah bintang yang membawa gelaran Datuk eloklah dihadkan mengikut umur dan biarlah penerimanya lebih matang supaya nampak sesuai.

6. Penerima bintang dan gelaran darajah kebesaran mestilah berkelakuan baik dan 
dihormati oleh masyarakat umum. Kalau mereka berkelakuan buruk dan dibenci masyarakat, gelaran yang dipakai tidak mencerminkan watakdan kelakuan orang kenamaan.

Bagi orang yang diberikan gelaran darjah kebesaran tetapi tidak menghormati perlembagaan dan Instutusi  Raja patut ditarik balik kurniaan kepada mereka  seperti
yang telah dilakukan oleh Baginda Sultan Selangor, Sultan Johor dan Sultan Kelantan.

Sebagai contoh anugerah bintang oleh Kerajaan Britain adalah dihormati tidak sahaja oleh oleh masyarakat setempat malah di  luar Britain kerana hanya yang benar-benar layak diberi pengiktirafan.

Friday, 7 June 2013

TERSINGKIR DARI UTUSAN KERANA TANYA MENGAPA GAJI AZIZ ISHAK LEBIH BESAR.


Tidak ramai orang yang mengenali wartawan Hussein bin Abdul Hamid yang gambarnya bercangkung melipuit berita  menaikan bendera UMNO di Sultan  Sulaiman Kelab Kuala Lumpur  oleh Sultan Selangor pada tahun 1947, menjadi gambar kulit buku Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api Di Belakang Duri.

Beliau tidak terkenal seperti Othman Wok penulis cerita  hantu dan juga Samad Ismail tokoh wartawan politik Utusan Melayu. Walaupun  tidak  berkerja lama dengan Utusan  tetapi  Hussein telah   meliputi beberapa  peristiwa  bersejarah di tahun 40an.

Singgah sekejapnya di Utusan adalah singgah yang bersejarah.

Dalam usianya sekarang  yang telah mejangkau 90 tahun , ingatan dan pemikirannya masih jelas dan terang apabila saya menemuinya bagi kali kedua di rumahnya di Bukit Jelutong Selangor baru baru ini.

Seperti ada sesuatu yang menyebabkan sesaorang yang sekalipun singgah berkerja  sekejap di Utusan Melayu tetapi menyimpan kenangan yang berpanjangan kepadanya seumur hidup. Inilah juga yang berlaku kepada Hussein  yang memulakan kerjannya dengan Utusan Melayu sebaik sahaja lulus  Senior Cambridge Grade 1 di Singapore  pada tahun 1945 atas hasrat bapanya.

Tidak lama selepas bertugas  sebagai wartawan di Singapura, beliau dilantik  menjadi wakil Utusan Melayu yang pertama di Kuala Lumpur  yang bertanggungjawab terhadap pemberitaan dan pengedaran Utusan Melayu.

Tempat beliau digantikan kemudianya oleh Aziz Ishak( Pernah menjadi Menteri Pertanian Malaya)  adik kepada Yusuf Ishak Penaja dan Ketua Pengarang pertama Utusan Melayu  tetapi Hussein kemudiannya  dibuang kerja oleh Yusuf  kerana  mempersoalkan mengapa  gaji  Aziz sebagai wakil Utusan Melayu di Kuala Lumpur  lebih besar darinya. Yusuf menjawab ini  pekara keluarga dan menamatkan kerja Hussein.

Sebelum itu Yusuf juga memberhentikan kerja Salleh Daud(Ketua Pengarang Bernama 1972-79 dan Setiausaha Akhbar Menteri Kewangan Tengku Razaleigh) kerana membuat terjemahan salah.

Hussein mengenang Yusuf sebagai seorang ketua yang tegas,bengis dan keras tetapi seperti kata  Allahyarham Tan Sri Samad Ismail  tanpa seorang yang bersikap  seperti Yusuf  mungkin Utusan sudah tidak wujud lagi hari ini.

Yusuf Ishak pula  yang   diberhentikan dari Utusan Melayu pada tahun 1959  telah   diambil oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew  untuk menjadi   Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura dan seterusnya menjadi  Yang di Petuan Negara Singapura dan seterusnya menjadi Presiden  Singapura yang pertama. LKY mengenali Yusuf  sejak  bila beliau menjadi peguam pertama Utusan Melayu.

Bila tersingkir ,Yusuf telah menjual pegangan sahamnya  yang besar kepada UMNO

Kisah Utusan Melayu  penuh dengan cerita kecekalan dan kegigihan manusia mewarnakan sejarahnya  sehingga menjadikannya sebagai akhbar perjuangan yang hebat dan terbilang.

Untuk mengetahui cerita sepenohnya dapatkanlah buku Kisah Sejarah Utusan Melayu: DI DEPAN API DI BELAKANG DURI   di mana mana kedai buku di seluruh negara.

Keterangan gambar: Haji Hussein menerima buku sejarah Utusan dengan disaksikan oleh anak perempuannya Datin Juwita isteri kepada Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad bekas Hakim Mahkamah Rayuan.


Thursday, 6 June 2013

BETWEEN TAN SRI MICHELLE YEOH, ALLEYCATS AND FAUZIAH NAWI

COMMENT:
TAN SRI MICHELLE SHOULD BE WANITA MCA LEADER

Our Bond Girl should go for Wanita MCA chief!!! hehehe

She's got all it takes as a modern, vibrant, international and smart-thinking chinese lady. She potrays a leader in many ways.

If a happy multi-racial Malaysia is what we want to continue enjoy here, Michelle has all the flair to help BN achieve this. 

After all, most young chinese girls and ladies have alwys dreamed to be like her. A personality like MIchelle is the chinese that we want, moving forward to achieve modernisation, for the people.

It is not the chinese people but DAP (and gang) who is propagating unhapiness amongst we Malaysians!


- zorro bukit -

Although Michelle Yeoh is well-known as an actress of western and Hong Kong films, her name is not on everyone's lips in the country, be it among the Chinese or Malay community. However, she suddenly became the talk of the town, be it at the cafe, kopitiam or the mamak shops,  following the conferment of the PSM award, which came with the title Tan Sri, on her by the Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’zam Shah in conjunction with his birthday celebration last June 1.

People are happy talking about Michelle Yeoh's royal awards. She has been conferred the Datuk title (DPMP and SPMP) and then the PSM. The conferment of the Tan Sri title, perhaps, is because of her support for Barisan Nasional in the recent 13th general election. That was the conclusion perceived by many on Michelle Yeoh getting the award.
  
While I too am glad for the award bestowed on Michelle Yeoh for her contributions to the country, being among the 50 most beautiful women in the world and for her superb acting in films like James Bond, it crosses my mind Alleycat singer David Arumugam, who I recommended to be given the federal datukship, but went unheeded. However, he was later bestowed the datukship by the Pahang Sultan.

The contribution by Alleycat, especially David Arumugam, to the country`s music industry since 1970 was huge, having popularise Malay songs to Hong Kong, Singapore and Malaysia.

The band played for only three months in Hong Kong, but because their songs were a hit on the island, especially Malay songs, its contract was extended to more than three years.

Alleycats, formed in1969, has become a legend for Malaysian pop music and David Arumugam remained popular with songs like Sekuntum Mawar Merah, Sampaikan Salam, Suara Kekasih.

Besides being overwhelmed by the award to Michelle Yeoh, which is equivalent to the one bestowed on P. Ramlee, it brings to my mind a dramatist who cried when she met me.
When I was at a shopping complex in Damansara not long after I retired as a minister. She is Fauziah Nawi, a big name in the country's radio, stage and TV industry since more than 25 years ago.

I don’t know why Fauziah cried, but looking at her, I felt sad, thinking of how active and dedicated she has been to the industry, but until today, not a single award has been given to her by the country for her contributions.

As an artiste, Fauziah never feels sad, but she expressed in a blog on the recognition and appreciation given to her by Singapore sometime ago when she made a solo performance "Cinta Julia" at the Singapore Esplanade. The tickets were sold out a week before the show.

 "While in Singapore, what touched me was when I saw pictures of my aging face at the Esplanade and several other public places.

"Perhaps, some people will get angry when I say it, but that is a fact. Outsiders appreciate our art works more," she told journalists in Singapore.

 It reminded me of a song by P. Ramlee, "Dunia ini hanya palsu...." (The world is a fake).

Wednesday, 5 June 2013

BOLEHKAH PASTI MUHYUDDIN TIDAK CABAR NAJIB?

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri
Muhyiddin Yassin
Kempen untuk mengekalkan kedudukan dua jawatan tertinggi parti dalam UMNO telah bermula. Utusan Malaysia memulakannya hari ini (5 Jun) dengan beberapa orang pemimpin kanan menyatakan tidak perlu ada tandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Saya sendiri memikirkan bahawa keutamaan kepada perpaduan parti perlu diutamakan bagi menunjangi kepimpinan negara yang menghadapi cabaran semakin besar bagi sebuah kerajaan yang mahu demokrasinya diiktiraf dunia terutama oleh Barat.

Najib harus diberikan masa untuk menunjukan keberkesanan kepimpinannya yang bersifat apologetik bawah kabinet barunya sendiri.

Seperti kata Tun Dr. Mahathir di Tokyo "Kita tidak ada pilihan lain lagi kecuali menyokong Najib untuk mengekalkan perpaduan parti." Ini bererti penerimaannya adalah kerana terpaksa.

Pemimpin kecil dan ahli-ahli UMNO boleh membantu untuk mempastikan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar tetapi bolehkah dipastikan Timbalan Presiden tidak akan mencabar Presiden?

Barangakali pekara ini terlalu pahit untuk diperkatakan secara terbuka tetapi telah dibincangkan secara tertutup dan kalau soal tidak perlu ada pertandingan dua jawatan tertinggi telah diperkatakan untuk mengkodisikan pemikiran ahli maka pastinya sesuatu yang lebih besar yang tersimpan di dada perlu terpancar dalam kata.

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Umpamanya bila Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris diketahui mahu mencabar Tun Abdul Razak bagi jawatan Presiden UMNO, saya dan seorang lagi wartawan Utusan Melayu, Khalid Jefri telah pergi ke rumahnya di Jalan Duta dan bertanya "Apakah benar Datuk akan mencabar Tun Abdul Razak? jawab Datuk Harun "Oleh kerana sudah ada orang lain yang nak mencabar maka lebih baik saya yang bertanding."

Tetapi Muhyuddin mesti ingat Anak Melayu Pantang Derhaka kecuali menghunus dan menjulang keris dan kemudian meminta maaf. 

ANTARA TAN SRI MICHELLE YEOH, ALLEYCATS DAN FAUZIAH NAWI

Kiri Michelle Yeoh , David Arumugam dan  Fauziah Nawi

Walaupun namanya terkenal sebagai pelakon filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah celebriti yang meniti di bibir  rakyat  negara ini sama ada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu tetapi  tiba tiba namanya bagitu  banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan  umum   di cafe, di kopitiam, kedai Mamak dan sebagainya apabila beliau  dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam  pada 1 Jun lalu.

Orang bergembira bercerita tentang Michelle dilimpah rahmat bertalu talu dengan kurniaan di raja. Beliau  sudah pun mendapat gelaran Datuk (DPMP dan SPMP) dan dikurniakan pula PSM. Kurniaan Tan Sri mungkin kerana seruannya menyokong Barisan Nasional dalam PRU13 baru-baru ini, Oleh kerana dekatnya jarak masa kurniaan dengan masa beliau berkempen pilihanraya untuk BN maka itulah konklusi yang dibuat umum. Bagitu cepat sekali dibalas budinya.

Ketika saya turut berbangga dengan kurniaan kepada  Michelle Yeoh kerana perhetongan diatas meritnya yang lain lain   seperti  mengharomkan nama negara sebagai di antara 50 orang tercantik di dunia dan kerana lakonan hebat dalam filem-filem Barat termasuk filem James Bond, saya terkenang pula kepada penyanyi Alleycats, David Arumugam yang pernah  saya cadangkan diberikan gelaran Datuk Persekutuan semasa saya menjadi Menteri Penerangan, tetapi telah "disepikan." Bagaimanapun  beliau kemudiannya dikurniakan Dato  atas ingatan baik  Duli Yang Maha Muia Sultan Pahang.

Sumbangan Alleycats dan khususnya penyanyinya David Arumugam kepada seni muzik negara  sangat besar sejak tahun 1970,antaranya  mempopularkan lagu-lagu Melayu melampaui batas kaum dan negara sehingga ke Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Bandnya di jangka bermain hanya tiga bulan di Hong Kong, tetapi kerana menjadi hit di pulau itu  terutamanya lagu-lagu Melayunya maka kontrak mereka dengan Mocambo Club telah disambung kepada lebih tiga tahun.

Allaycat yang ditubuhkan pada tahun 1969 telah menjadi Legenda Pop Muzik Malaysia dan populariti penyanyinya David Arumugam bertahan hingga sekarang.Lagu lagunya;Sekuntum Mawar Merah, Sampaikan Salam,Suara Kekasih.

Disamping itu dalam" seronok gile" ( meminjam bahasa  anak muda sekarang) kerana kurniaan tertinggi yang setaraf dengan P. Ramlee kepada Michelle Yeoh  anak Malaysia yang berjaya di dunia Barat itu, saya juga terkenang kepada seorang dramatis yang menitiskan air matanya apabila menemui saya  di sebuah komplek membeli belah di Damansara tidak lama selepas saya bersara dari jawatan menteri. Beliau ialah Fauziah Nawi  sebuah nama besar dalam dunia drama negara di radio,  pentas dan TV sejak  lebih 25 tahun lalu.

Beliau pernah juga berlakon dalam drama sejarah " Malam Haram" (kisah pengharaman UMNO)  sempena malam 50 tahun Utusan Melayu. Skripnya di tulis bersama oleh saya dan Ku Seman.

Saya tidak tahu kenapa Fauziah menangis tetapi melihatnya saya sedih mengenangkan sebagai seorang yang  aktif  dan terus menerus gigih  dalam dunia seni tanah air  tetapi sehingga sekarang ini tidak diberikan sebarang  penghargaan atau pengiktirafan  yang sewajarnya oleh negara.

Sebagai anak seni Fauziah  tidak pernah merasa sedih dalam hal ini, tetapi beliau menyuarakan dalam sebuah blog tentang penghargaan masyarakat Singapura kepadanya apabila tidak lama dahulu, beliau membuat pementasan solo berjudul Cinta Julia di Esplanade Singapura. Seminggu sebelum pementasan, tiket sudah habis dijual..

"Ketika di Singapura, yang membuatkan saya rasa sebak, apabila wajah saya yang sudah berumur ini terpampang di luar sekitar Esplanade dan beberapa tempat awam," katanya.

"Mungkin ada yang akan marah bila saya cakap begini, tetapi itulah hakikatnya, orang luar lebih menghargai kerja-kerja seni kita," katanya kepada para wartawan di Singapura.

Saya terkenangkan lagu P.Ramle: Dunia ini hanya palsu......

DAN INI APA PULA KATA OutSyed The Box 

TAK ADA ORANG LAIN LAGIKAH?

Then today's news says that Michelle Yeoh has been appointed the "Mentor" for something called the IM4U program. It is a crime prevention initiative. The question is how much does Michelle Yeoh know about crime, street crime, crime prevention and things like that? She is an actress and she does not even live here permanently. 


Arent there other more capable and committed people in Malaysia who are better suited to handle this type of work? Kenapa pula balik2 Michelle Yeoh juga? Dah bagi Tan Sri sekarang jadi Mentor IM4U pula?  Strike No. 5.  This is as bad as appointing Waythamoorthy a Deputy Minister. Tak masuk akal.

Lihat  sepenohnya di posting terkini OutSyed The Box bertajuk PM Doing Things The Wrong Way Again 








Tuesday, 4 June 2013

ROCKY TIDAK MAHU RAFIDAH AZIZ BUNUH SYARIKAT MELAYU INI

Rafidah Aziz
Rocky'S Bru dalam posting terkininya mahukan Wanita UMNO Malaysia mempastikan agar bekas ketuanya Rafiah Aziz tidak membunuh satu-satunya syarikat Bumiputera Mycron dengan menggunakan pengaruhnya supaya mengambil alih sebuah syarikat Cina Megasteel yang diketuai oleh Rafidah yang sedang dalam keaadaan lemas.

Baru-baru ini Utusan Malaysia telah menyiarkan sepucuk surat pembaca bertajuk: Megasteel susahkan kontraktor Bumiputera.

Kata Rocky: The Megasteel drama is expected to resume at Miti again this weekafter the PRU13 "interval". While I have nothing against the government bailing out Chinese-owned companies and tycoons (something this government has been doing for decades), it should never again be at the expense of a Malay-Bumi player, small or big. One badly distressed company is Mycron, the only Bumiputera cold rolled coils manufacturer in the world, which may have to gulung tikar if the Government goes ahead with plans to force it to buy from Megasteel Sdn Bhd. Wanita UMNO can help make surew that doesn't happen.

Rafidah  is chairman of Megasteel. Lion Group owns Megasteel. William Cheng owns Lion.

Perlu disebutkan baru-baru ini Rafidah Aziz membela CEO Air Asia Azran yang menuduh Utusan Malaysia rasis kerana menjeritkan "Apa lagi orang Cina mahu ?

Orang Melayu bukan marah kerana tuduhan rasis tetapi kerana budak Azran ini mengugut untuk menarik balik iklan Air Asia dari Utusan Malaysia. Ini adalah sifat seorang yang jika menjadi Perdana Menteri akan menyalahgunakan kuasanya, bersikap tidak adil dan jahat serta berpotensi untuk menjadi seorang dictator paling brutal

Dia tidak faham apa artinya liberalisme dan lebih hendak menunjuk liberalismenya dengan bersikap rasis terhadap bangsanya sendiri. Hanya baru jadi  CEO AirAsia sudah berlagak macam samseng? Anak siapakah dia ini?

Inilah orang yang dibela oleh Rafidah Aziz yang dapat terbang percuma dengan Air Asia. Sayangnya dia sanggup mengakhiri karier politiknya dengan menconteng arang kemukanya sendiri hanya kerana wang dan juga boleh terbang percuma dengan Air Asia. 

Saya sokong Rocky. Wanita UMNO mesti menyelamatkan syarikat Melayu ini dari dibunuh oleh Rafidah Aziz.

RED BEAN ARMY DALAM KERAJAAN SENDIRI

Reaksi kepada "I love PM." It Is Disgusting di bawah ini menembak dengan tepat terhadap masalah media Cyber anti kerajaan yang berkembang kerana ketidakupayaan memeranginya secara profesional dan efektif dari sejak mula berputik.

Kelemahan ini kerana politik dalaman UMNO, Kementerian Dalam Negeri dan juga apa yang dipanggil War Room BN. Memang tidak wajar untuk ditangani masalah ini hanya ketika kempen PRU13.

Singapura telah mengenali masaalah ini dan menguatkuasakan peraturan mewajibkan media sosial termasuk laman web berita merangkumi Yahoo mulai 1 Jun lalu (lihat berita di bawah) tetapi dasar kerajaan kita ialah memadamkan isu dan bukannya membunuh isu termasuk yang terkini dalam cara menolak kecaman terhadap SPR.

Dasar ini dalam zaman Perdana Menteri Tunku Abdu Rahman dipanggil "Tolak Ansur" yang menyebabkan ahli UMNO mengorbankan Tunku dan Abdullah Badawi serta terdahulu dari itu menyebabkan pengunduran pengasas UMNO Dato Onn Jaafar. 

Maka itu kita jangan salah focus, sebaliknya fokus lah kepada Red Been Army dari dalam parti dan kerajaan sendiri sekiranya kepimpinan Najib dan Negara hendak diselamatkan. 

KOMEN:

Malaysiakini dan MalaysianInsider effective dan berjaya!! Hampir semua penyokong pembangkang diofis saya rujuk cerita-cerita dan fahaman mereka pada portal-portal di atas. Hari-hari saya degar mereka bercerita dan mengutuk kerajaan. Hari-hari saya nampak di screen komputer mereka! Effektif nya sebab mereka terlalu percaya secara serius khabar-khabar dari portal-portal ini.

Kenapa dok heboh-heboh tentang tentera kacang; Malaysiakini dan Malaysian Insider dah mula perang siber sekian lama nya.. Buat lah sesuatu drastik tentang portal-portal ini ya. Saya dah penat membaca analisis-analisis dan berceloteh !!!!! Jangan jadi NATO (No Action Talk Only) jer...huhuhu - zorro bukit - on "I LOVE PM". IT IS DISGUSTING

SINGAPURA KENAKAN LESEN KE ATAS WEBSITES BERITA
By Kevin Lim
SINGAPORE (Reuters) - Websites that regularly report on Singapore including Yahoo News will have to get a license from June 1, putting them on par with newspapers and television news outlets, in a move seen by some as a bid to rein in free-wheeling Internet news.

"Online news sites that report regularly on issues relating to Singapore and have significant reach among readers here will require an individual license," Singapore's Media Development Authority(MDA) said in a statement.

"This will place them on a more consistent regulatory framework with traditional news platforms which are already individually licensed," the media regulator said.

Prosperous and orderly Singapore, a regional base for many multinationals and fund managers, is one of the world's most wired-up cities with most people having broadband access.

It has long maintained strict controls on the media, saying that was necessary to maintain stability in a small, multi-racial country and that media must be held accountable for what they publish.

Lobby group Reporters Without Borders, in its latest report, ranked Singapore 149th globally in terms of press freedom, down 14 places from 2012 and below many of its neighbors.

In 2011, the city-state's tiny opposition made big gains against the long-ruling People's Action Party in parliamentary elections, partly by using the Internet to reach voters.
A survey by the Straits Times newspaper shortly before the vote found 36.3 percent of people between the ages of 21 and 34 cited the Internet as their top source of domestic political news compared with 35.3 percent who preferred newspapers.

Sunday, 2 June 2013

COMMUNIST SURROGATES: RAMALAN TEPAT KETUA PERANG SARAF

Anasir anasir subersive  Cina bukan lagi datang dari Republic Rakyat Cina tetapi sekarang   terlatih di university universiti Taiwan. Ibubapa mereka adalah dari pengganas pengganas komunis di Malaysia Mereka lah  communist surrogates dalam wajah baru.

  TAN SRI C.C.TOO
Tan Sri Dr. C. C To
Saya tidak kenal rapat dengan C.C. Too seorang anak watan yang pertama menjadi Ketua Bahagian Perang Saraf dari sejak sebelum merdeka (1956) hingga 1983 tetapi saya telah lama mendekati pemikirannya dan visinya yang jauh ke hadapan.

Dalam keadaan negara sekarang menghadapi ancaman dari Communist Surrogates, saya mengkagumi C.C. Too kerana ketepatan pandangan dan  jangkaannya.

Selain dari memainkan peranan penting dalam perang saraf menentang Parti Komunis Malaya, beliau juga terlibat menangani  masaalah musuh dalaman dan  gerila-gerila Indonesia dalam masa konfrantasi Indonesia di awal tahun 60an.

Saya masih ingat  menghadiri suatu sidang akhbar di Angkasapuri bagi  gurila gurila Indonesia yang di tawan ketika mendarat di Labis dan Pontian membuat pengakuan terbuka (Confession) dengan diawasi   oleh C.C.Too.

Walaupun beliau telah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, tetapi beberapa telahan, pandangan dan pesanannya sebagai seorang yang berpengalaman lebih 27 tahun dalam perang saraf masih tetap relevan dan boleh dijadikan panduan hingga sekarang ini.

Umpamanya apa yang dicatatkan oleh persara Senior Assistant Commissioner of Polis Deputy Director of Special Branch (Operation) Aloysius Chin dalam bukunya The Communist Party Of Malaya Inside Story.

Kata  C.C. Too: "Chin Peng in an article on the peace agrement and the future intention of CPM,was putting an a remakable, amazing and highly charismatic public relations performance, which was obviously well rehearsed beforehand."

C.C. Too warned that the CPM was merely temporarily suspending its armed struggle, but through infiltration and subversion with the help of communist surrogates would create a new "revolutionary situation" which would be expedited and aggravated  by any future economic recession in the country.

He  futher  stated that  it was brilliant example of the classic communist tactic of taking one step backward to go two step foward. The communist should never be underestimated. They wolud never give up easily. History is likely to repeat itself unless timely and positive actions taken to prevent any reccurrecne.

MUSUH DARI KAPITALIS DAN KOMUNIS

Dalam  temubual eksklusif dengan Jabatan Penerangan Malaysia (17 Mei 1986), C.C.Too berkata: "Yang pastinya pihak musuh, sama ada komunis atau imperialis akan cuba memecah belahkan perpaduan masyarakat untuk meningkatkan polarisasi kaum dan merosakan kestabilan negara supaya mereka dapat menyerang dan menakluki kita dengan lebih mudah. Oleh itu perpaduan nasional perlu dititikberatkan."

KAWALAN MEDIA MASSA

Sir Gerald Templer
"Paling penting , kawalan ketat terhadap media massa terutamanya wartawan asing. Pada pendapat peribadi saya, kekalahan Amerika di Vetnam berpunca daripada akhbar Amerika. Ini kerana mereka menyiarkan apa yang dikehendaki oleh Vietcong (komunis Vietnam) sambil mengkritik negara mereka sendiri.

Hishamuddin Rais
"Di dalam peperangan, publisiti perlu dikawal dan Sir Gerald Templer berjaya melakukannya. Jika terdapat wartawan asing termasuklah warga British yang mengeluarkan kenyataan bukan-bukan, mereka disingkirkan dari negara ini dalam tempoh 24 jam."

Perlu disebutkan Hishamuddin Rais salah seorang dari yang ditahan kerana kes hasutan dan perhimpunan haram adalah bekas anasir komunis yang pernah melarikan diri keluar negara dan telah dibenarkan pulang semasa Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan.

Keruncingan dan ketegangan yang berlaku di Malaysia sekarang adalah kombinasi dari tindakan bersama communist surrogate dan ejen ejen  imprealis dan kapitalis dan seperti yang dikatakan oleh C.C.Too sejarah akan berulang kecuali  jika diambil  tindakan positif  tepat pada masanya.

CATATAN TENTANG TAN SRI DR. TOO CHEE CHEW ATAU C.C.TOO (1920-1992)

Tan Sri Dr. Too Chee Chew telah meninggal dunia pada tahun 1992. Beliau merupakan negarawan dan patriot negara yang membantu mencorakan senario politik ke arah kemerdekaan tetapi tidak begitu dikenali terutama di kalangan generasi sekarang.

C.C. Too memainkan peranan penting dalam perang saraf menentang Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

C.C.Too telah dilahirkan pada 31 Mac 1920 di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di sekolah Cina dan menyambung pelajarannya ke Sekolah Lelaki Methodis Kuala Lumpur. Beliau merupakan pelajar cemerlang di peringkat Sijil Cambridge dan diberi  biasiswa Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Raffle di Singapura.

Beliau merupakan rakyat tempatan pertama yang menjadi Ketua Bahagian Perang Saraf dari tahun 1956 hingga tahun 1983. Beliau adalah seorang patriot negara yang komited dan berdedikasi.Tugas utamanya adalah menyemai kesedaran rakyat berbilang kaum supaya menolak ideologi komunis. Konsep yang ditekankan oleh beliau ialah bersatu padu dan setia kepada negara demi menjadikan negara sebagai tempat yang selesa untuk didiami oleh masyarakat pada masa itu dan generasi akan datang.

Beliau mula menceburkan diri dalam Perang Saraf sewaktu menjalankan tugas sebagai "orang perhubungan" di antara Ketua Komunis daripada Pertubuhan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan pegawai perisikan sebarang laut Amerika (OSS).

Beliau akhirnya berjaya mempengaruhi seorang pemimpin peringkat rendah komunis untuk berpaling tadah. Sebagai "orang perhubungan" maka beliau digelar sebagai C.C. Too.  Nama itu terus sebati dengan dirinya sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1992.