Thursday, 31 January 2013

UNDI: ORANG CHINA SUDAH BUAT KEPUTUSAN MUKTAMAT

PAKATAN RAKYAT BERGEMBIRA TERLALU AWAL
Petikan akhbar Nanyang Siang Pau
21 Januari 2013

Oleh: Tan Shao Lien

Pada hari Sabtu lepas, saya hadir perhimpunan 112, walaupun perhimpunan itu digambarkan memberangsangkan, ada juga orang mengatakan perhinpunan 100 ribu orang itu memecah rekod yang terbesar, sebaliknya saya ada 3 macam pandangan:

Yang pertama, sejak perhimpunan Bersih, perhimpunan Hijau hingga perhimpunan besar-besaran seperti ini, kebanyakan sama ada pada perhimpunan mengikut peraturan dan berdisiplin diri, ataupun pihak penguatkuasa menjalankan tugas dengan baik, pihak kerajaan dan peserta yang hadir masing-masing ada pandangan yang tersendiri.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam perhimpunan itu, peserta yang hadir itu sama seperti perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu, mereka berdisipilin tiada kekurangan ataupun ditambah, tiada bezanya.

Yang kedua, berhimpun di padang sukan, dengan jelas kekuatan itu merosot, suara teriakan kelihatan lemah, suara itu dengan jelas tidak memberi kesan. Dimana Pakatan Rakyat begitu agresif cuba dapatkan sokongan pengundi atas pagar perlu adakan perhimpunan itu di padang Stadium, mereka cuba minimakan sesuatu yang mungkin berlaku secara mengejut, supaya mereka tidak dituduh cuba cipta kekacauan.

Di kawasan padang yang dikawal itu tidak kira sama ada reaksi penguatkuasa ataupun dari reaksi pengunjung perhimpunan tersebut, di mana pihak penganjur juga dapat kawal keadaan itu.

Yang ketiga, pihak polis jalankan tugas secara sederhana, bagi Pakatan Rakyat yang mahu mendapat sokongan pengundi atas pagar seperti berputar-putar. BN dan Pakatan Rakyat perlu mencari imej sederhana untuk meraih pengundi atas pagar. Jika pihak penguasa ambil bahagian secara keras, ataupun peluru senapang tersasar terkena mangsa, pasti keadaan akan memburuk, ia tidak elok bagi kedua-dua belah pihak.

Ramai orang-orang Melayu yang hadir

Kehadiran dalam perhimpunan itu seperti yang lepas-lepas, diadakan di kawasan stadium dengan dikawal pihak polis yang bersikap sederhana, itu seperti Pakatan Rakyat dan BN sedang berdiam diri tidak keluarkan senjata mereka; jika kita fikir lebih dalam lagi, sebenarnya ia tidak langsung memecah sebarang rekod.

Sebenarnya sejak beberapa kali perhimpunan ini, kesemarakan perhimpunan 112 apa yang saya rasa tidak sehebat dan seghairah perhimpunan yang lepas-lepas. Walaupun ada berlaku tembakan bom pemedih mata ataupun pancutan air, mungkin semangat dalam jiwa menjadi hangat dan berdarah juang, tetapi pada dasarnya semangat itu telah pun semakin sejuk, ia adalah perkara biasa apabila selepas semangat meninggi ia akan turun kembali, itu langsung tidak ada kaitannya dengan adanya kesan dari pihak penguatkuasa di situ.

Perhimpunan 112 masih lagi ada cahayanya, tajuk yang berbeza, gambaran yang berbeza dan bersamaan yang lebih menonjol. Sebaliknya mempunyai tajuk yang begitu banyak yang tidak berapa jelas, susah untuk ditembusi, menyebabkan kekuatan rayuan yang dibuat berpecah dan merosot, seruan itu seperti tidak mendalam.

Walau bagaimanapun, yang lebih menonjol ialah kehadiran orang-orang Melayu lebih ramai dan lebih bertambah. Mengikut apa yang saya nampak dan ramalkan, ada sesetengah orang-orang Melayu yang hadir bukan datang dari kawasan Kuala Lumpur ataupun negeri Selangor, tetapi apa yang kita perihatin ialah negara kita Malaysia, apa sebenarnya masalah itu?

Sebaliknya, kelihatan keghairahan orang-orang Cina berkurangan, mungkin orang-orang Cina telah buat keputusan muktamat kepada siapa mereka buang undi, mereka anggap hadir ataupun tidak hadir di perhimpunan itu tiada bezanya. Dan kehadiran orang-orang India juga semakin sedikit, mungkin mereka rasa risau terhadap Pakatan Rakyat.

Markah untuk BN tidak nampak jelas

Pada keseluruhan perhimpunan tersebut kelihatan perhimpunan baju kuning penyokong Bersih yang lebih ramai. Melalui perhimpunan seperti ini, jika lebih ramai orang-orang Cina yang perihatin terhadap royalti minyak di Kelantan, ataupun lebih ramai orang-orang Melayu perihatin terhadap isu Lynas di Kuantan, barulah perhimpunan 112 itu memecah rekod yang luar biasa. Dan jika benar pun ia berlaku, pasti perlu ambil masa yang lama dan perjalanan yang jauh.

Pakatan Rakyat menang dari segi persembahan mereka di tempat itu ditambah pula dengan laporan dalam akhbar-akhbar Cina yang luar biasa memberangsangkan dan luar biasa digembar-gemburkan.

Tetapi hanya kekuatan seperti itu sahaja yang mereka ada, sebaliknya mereka sudah rasa yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada perhimpunan 112, bukankah ini seperti bergembira terlalu awal. Dalam ketiga-tiga parti, kelihatan Pas lebih mendapat markah tinggi. Pasti pas boleh menggunakan suasana ini untuk ambil kesempatan menaikan semangat mereka untuk berjuang.

Perhimpunan itu berlaku ikut sukatan apa yang kedua belah pihak mahukan sebelum ini. Walaupun BN dikatakan tidak masuk sebarang gol dalam permainan bola itu, tetapi BN juga tidak kehilangan mata. Jika kumpulan Najib anggap perhimpunan 100 ribu orang itu di luar jangkaan mereka, ini bermakna kumpulan Najib terlalu pandang rendah dan tersilap jangka, “kelihatan dalang dan kekuatan perhimpunan itu seperti anjuran Pas” yang kerahkan kekuatan itu dari seluruh negara?

Terjemahan:
Wang Wei NG Abdulla

NEGARA HARMONI BILA CINA SERANG CINA

Oleh Zainuddin Maidin
Dipetik dari Utusan Malaysia  31 Januari 2013
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek disambut hangat
di jamuan makan malam MCA di George Town baru baru ini
Apabila orang Melayu menyerang orang Cina dalam memperkatakan isu-isu sensitif, maka ia akan meningkatkan suhu racial pollarisation di negara ini, tetapi apabila orang Cina sendiri menyerang orang Cina, ia tidak akan menimbulkan perasaan perkauman.

Dengan kata-kata lain; dalam masyarakat berbilang kaum di  Malaysia, kata mengata antara sebangsa tidak menggugat kerharmonian hubungan dan  perpaduan antara kaum, berbanding dengan masyarakat homogenius seperti di India, China dan Indonesia yang kerana persengketaan atau perbezaan ideology politik memakan korban nyawa bertatus ribu manusia.

Untuk sekian lama negara menyaksikan UMNO menjadi juara menyerang parti Cina DAP atau boleh dikatakan Melayu menyerang Cina dalam mempertahankan prinsip-prinsip Perlembagaan terutamanya  mengenai sosial kontrak walaupun sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama MCA dan MIC, tetapi mereka lebih bersikap mendiamkan diri, tidak pernah ke hadapan untuk turut mempertahankannya.

Inilah yang berlaku dari sejak Perikatan membawa kepada Barisan Nasional. Dari era Tunku Abdul Rahman  hingga ke Abdullah Badawi. MCA sebenarnya berada dalam dilema untuk berbuat demikian, malah pernah berpecah dua kerana adanya anasir dalaman tidak bersetuju dengan sosial kontrak.

Menyedari hakikat, bahawa hal ini digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk menunjukkan kelemahan MCA dan MIC bagi mengangkat taraf kaum mereka, maka selepas peristiwa 13 Mei kerajaan telah menutup pintu serangan terhadap sosial kontrak dengan memaktubkannya dalam perlembagaan sebagai  perkara-perkara sennsitif yang tidak boleh disentuh atau dibangkitkan lagi, demi untuk menyelamatkan rakan-rakan dalam komponen.

Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail (Allahyarham)  menyatakan dalam bukunya The Reluctan Politician halaman 237 “ Thus in the 1969 election the sensitive issues of National Language and Special Rights handicapped the Alliance generally and caused the bloodshed of May 13th. We therefore enshrined the issues in the Constitution as subjects that cannot be raised. Thus the weakness of our partners is protected.

In the future MIC and The MCA cannot turn to UMNO and say they face difficulties with these issues because from now on they will not be troubled by by such issues.

Bagaimanapun, harapan Tun Dr. Ismail itu terhakis. Dengan kebebasan baru yang diberikan sebelum pilihan raya 2008 dan juga kebangkitan dunia siber, maka semua halangan perlembagaan telah dirempuh dan terlepas dari pemantauan atau tindakan, kerana kecekapan, kemahuan politik dan birokratik juga telah lemah dan  runtuh.

Melihat keadaan ini, parti-parrti komponen, terutama Gerakan yang tidak pernah sebati dengan darah BN, telah turut bersaing dengan DAP, malah mahu untuk menunjukkan kepada masyarakat Cina, bahwa mereka lebih radikal dari DAP dalam kempen pilihan raya 2008.

Maka itu, UMNO tertonjol bersendirian dan terbalik pada pandangan rakyat sebagai parti perkauman kerana mempertahahkan prinsip-prinsip perlembagaan dan pihak yang menjejak Perlembagaan dianggap sebagai parti nasional. Anggapan ini juga berlaku terhadap Kumpulan Utusan Melayu yang dulunya terkenal sebagai juara menentang pelampau Melayu dan agama.

Perubahan sikap MCA dan Gerakan itu tidak meyakinkan orang Cina, kerana gerakan politik mereka tetap terbatas selagi menjadi parti komponen BN dan akhirnya kedua-dua parti itu menerima akibat yang buruk dalam pilihan raya 2008.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya ke 13 ini, nampaknya serangan terhadap DAP tidak lagi dipikulkan tanggungjawab  kepada UMNO semata kerana seperti ada suatu kesedaran baru, bahawa serangan UMNO ke atas DAP akan menampakkan sebagai serangan orang Melayu ke atas orang Cina yang akan lebih menyuburkan perasaan permusuhan orang Cina kepada UMNO atau Melayu.

Kali ini MCA dan Gerakan nampaknya menjuarai serangan terhadap DAP untuk mendedahkan identiti  sebenar DAP, terutama sekali dalam persekongkolan dengan parti perkauman Melayu dan pelampau Islam serta anasir-anasir penderhaka UMNO yang sekarang bermuka dua. 

MCA berjaya meyakinkan masyarakat Cina, bahawa persekongkolan itu amat rapoh dan  akan mendatangkan bahaya masa depan kepada masyarakat Cina, berbanding dengan UMNO yang kerana  toleransinya telah terbukti memberikan limpahan ekonomi dan perkembangan sekolah Cina dan kebudayaan Cina di negara ini.

Keupayaan MCA memperlihatkan kes-kes extremisme Pas sebagai kawan DAP dari segi tidak adanya toleransi agama dan kejumudannya jelas memberi kesan besar sehingga memaksa Tok Guru Nik Aziz bekejar ke Pulau Pinang mengadap Karpal Singh untuk menunjukkan kesetiaannya kepada DAP.

Sesunguhnya walaupun sosial kontrak telah berabad dimetrikan, tetapi ia ibarat api dalam sekam malah pernah menyebabkan MCA berpecah dua, tetapi ketegasan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman memberikan sokongan kepada Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin telah menyelamatkan MCA dan mengekalkan perpaduan Perikatan.

Bagaimanapun penyertaan Singapura ke dalam Malaysia telah memarakkan api yang menyala dalam sekam, apabila Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew memperjuangkan persamaan hak di bawah Malaysian Malaysia. Yang menjuarai penentangan yang berkesan adalah Dr. Mahathir Mohamad dan Syed Jaafar Albar dan bukannya pemimpin-pemimpin MCA atau MIC.

Oleh kerana penentangan ini di juarai oleh orang Melayu, maka ia telah menimbulkan ketegangan kaum yang berjaya membibitkan benih permusuhan terhadap pemerintahan Melayu yang diwarisi oleh DAP sehingga membawa kepada peristiwa 13 Mei. Lee Kuan Yew tidak berjaya menarik sokongan masyarakat Cina ketika dia berada dalam Malaysia kerana kaum Cina di Malaysia terutamanya golongan kapitalis Cina takut  kepada socialism Lee Kuan Yew dan kepada penekanan LKY terhadap kebudayaan Cina.

Bagaimanapun Lee Kuan Yew dapat melihat benih yang disemainya terus hidup dan subur ketika beliau tidak lagi berada dalam Malaysia.

Perkembangan baru telah berlaku yang memberikan udara sihat dalam politik Malaysia. Bagi pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Malaysia kita melihat perubahan corak kempen politik yang akan membantu mengurangkan kebangkitan perasaan perkauman oleh kerana MCA dan Gerakan sendiri menjuarai serangan terhadap parti Cina DAP dan mendedahkan DAP sebagai parti perkauman Cina yang bersubahat dengan parti-parti perkauman dan pelampau Islam.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chuan Soi Lek dengan kewibawaannya yang luar biasa, daya intelektual yang tinggi, bijak menanggani serangan dengan jawapan yang rasional dan logik, dengan kekuatan tiga bahasa yang fasih jelas  dan mudah difahami serta dengan cara-cara pendekatannya yang berhemah telah berjaya mendekatkan kembali masyarkat Cina kepada MCA dan meyakinkan orang Melayu. Kita belum dapat pastikan kemenangan tetapi keberkesanannya telah nyata.

Keberkesanannya di kubu kuat DAP Pulau Pinang tidak dapat diperkecilkan. Kehadiran secara sukarela  lebih 5,000 orang masyarakat Cina di majlis makan malam MCA di George Town baru-baru ini  menandakan masyarakat Cina telah kembali kepada MCA.

Di sebalik ini semua ialah keberkesanan politik tidak berkonfrantasi (non confrontational) dan hubungan membina (constructive engagement),  Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan masyarakat bukan Melayu yang menyerlahkannya sebagai warisan deplomasi, kebijaksanaan dan kehalusan politik bapanya Tun Abdul Razak.

Wednesday, 30 January 2013

"SAYA INGAT TIDAK AKAN PULANG LAGI KE TANAH AIR"

Tasiknya yang biru akan memukau setiap pengunjung yang datang ke Dalat
Sebelum meninggalkan tanah air pada awal tahun 1975 untuk bertugas sambil belajar di London, saya telah menemui Kassim Ahmad pemimpin Parti Rakyat Malaysia di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Beliau  meramalkan dengan penuh yakin bahawa Malaysia akan jatuh ke tangan sosialis dalam masa lima tahun lagi. Saya kurang yakin.

Apabila saya melihat laporan siaran langsung BBC dari Saigon (sekarang Ho Chin Minh) yang menunjukkan kereta kebal Tentera Rakyat Vietnam (Vietcong) memasuki kawasan Istana Presiden di Saigon pada 30 April 1975 yang menandakan kekalahan Amerika Syarikat dan tamatnya regim bonekanya di Vietnam Selatan, maka saya mulai yakin bahawa Malaysia hanya menunggu masa sahaja.

Dari siaran langsung ini saya melihat ribuan pelarian manusia dari regim komunis pada saat-saat akhir kejatuhan Vietnam Selatan dengan bantuan kapal terbang dan Helikopter yang tidak putus-putus terbang keluar dari Saigon. Ke mana mereka dibawa saya tidak tahu dan sebuah helikopter yang sarat dengan muatan manusia telah terhempas ke dalam laut.

Saya semakin yakin, bahawa Malaysia juga akan jatuh ke tangan komunis apabila membaca berita di Daily Telegraph, bahawa Tugu Negara telah dibom oleh pengganas komunis. Saya yakin komunis telah berada dalam bandar Kuala lumpur. Ketika itu saya juga memikirkan apakah saya harus lari lebih awal dari komunis, apakah saya harus balik ke tanah air atau terus tinggal dan berkerja sambilan di Bahagian Melayu BBC.

Bagaimanapun Ketua  Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Mazlan Nordin (Allahyarham) dari jauh telah dapat membaca fikiran saya dan segera mengutus surat kepada saya menyatakan: "Zam, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri........"

Saigon adalah negara asing yang pertama saya jejaki pada tahun 1964, ketika ia berada dalam peperangan, tetapi kami hanya berhenti sebentar sahaja di Saigon, kerana telah berlaku rampasan kuasa dan terpaksa terus ke bandar peranginan Dalat dan kemudiannya baru kembali ke Saigon.Bacalah cerita "Bumi Yang Tak Mengenal Cinta"















Tuesday, 29 January 2013

EKONOMI TUNJANG PENGUKUHAN INTEGRASI

WALAUPUN VIDEO INI TELAH AGAK LAMA, TETAPI  PERBINCANGAN MENGENAINYA MASIH RELEVAN DENGAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.

MASALAH MULTI CULTURALISM DAN ISLAMOPHOBIA MASIH TETAP MENGGUGAT UNITED KINGDOM, TETAPI SEPERTI JUGA MALAYSIA, IA TIDAK MENGHILANGKAN KEYAKINAN PENGHIRAH, MALAH TETAP MENJADI TUMPUAN PENDATANG ASING  UNTUK TERUS MENGUNJUNGINYA DAN  MEDIAMINYA. EKONOMI ADALAH FAKTOR TARIKAN UTAMA.


The Cafe
The Dis-united Kingdom
The Cafe travels to Bradford to discuss race riots, poverty and polarised
communities in the UK.

Bradford is at the heart of the UK and it was once the wealthiest city in Britain, riding the wave of the industrial revolution, its mills churning out textiles that dressed the world. But Great Britain is no longer the great empire that it once was, and today, the city of Bradford is not defined by industrial or political power but by poverty, inequality and social decline.

Another thing that has changed is the make-up of the residents themselves. White Christian Anglo-Saxons used to be the only racial and religious denomination in Bradford. But then the children of the empire started migrating to the UK in search of better lives - and stayed. British society became multi-racial and multi-cultural.

Britain embraced multiculturalism, mosques jostled with church spires on some city skylines and Chicken Tikka Masala became the nation's favourite dish.

The problems started when the once colourful minority became, in places like Bradford, the majority. Native Britons felt left behind, especially as times got tougher. There were race riots in Bradford in 2001.

The so-called white working class is angry and alienated and the divide between communities seems to be growing. Add the threat of home-grown terrorism and religious extremism and it becomes a volatile cocktail.
The Cafe discusses multiculturalism, race riots, poverty and Islamophobia and what it really means to be British in the 21st century.

Joining our conversation in The Cafe at Bradford are guests:
  • Baroness Sayeeda Warsi, the UK's first Muslim cabinet minister and the co-chair of the ruling Conservative Party who recently warned that Islamophobia has become socially acceptable in Britain;
  • George Galloway, a British member of the parliament who took a stand against the war in Iraq and was expelled from the Labour Party, then went on to found the Respect Party, which in a dramatic by-election here in Bradford, overturned the massive Labour majority; 
  • David Goodhart, the director of influential British think tank Demos who mantains that mass, unregulated immigration has led to segregation and is undermining the UK’s welfare state;
  • Ratna Lachman, the director of Just West Yorkshire and a human rights campaigner who warns that politicians use loose talk of segregation for their own political gain;
  • Jason Smith, the Bradford district chairman of UKIP, the UK Independence Party, who argues that multiculturalism has split British society, and who advocates freezing immigration; 
  • Arfan Naseer, a former drug dealer who now leads Consequence, an organisation that works with young people locally to help them stay out of crime and who recently won the Social Entrepreneur of the Year Award.

GUAN ENG TUDUH SINCHEW DAILY DIKUASI MCA ADAKAN CERITA YANG TIADA

Petikan dari akhbar Cina Sinchew Daily News
Tarikh: 26 Jan 2013

Oleh:  Lim Guan Eng Ketua, Menteri Pulau Pinang

Beberapa minggu lepas, apabila saya baca surat-surat aduan dari e-mel, terbaca surat aduan dari seorang yang beragama Hindu.

Dia tidak puas hati kerana kerajaan negeri tidak menghormati agama Hindu, kenapa mahu adakan Penang Run pada tarikh sama dengan hari perayaan Hindu, dia mendakwa tidak dapat ambil bahagian dalam Penang Run, kerajaan Pakatan Rakyat yang melaungkan menghormati semua kaum kenapa mahu berbuat demikian?

Dia bertanya: “ada atau tidak orang-orang adakan aktiviti sukan pada bulan puasa? Jika dengan alasan untuk menghormati orang-orang Muslim, kenapa abaikan perasaan orang-orang Hindu?

Apabila diselidiki dengan teliti baru kami perasan: aktiviti itu tiada sebarang penglibatan kerajaan negeri ataupun disponsor oleh agensi-agensi di bawahnya. Apabila diselidiki di dalam laman web, terdapat sebatang pokok di pelabuhan bebas, kebetulan di kawasan itu tempat penyebaran jentera pilihan raya BN negeri Pulau Pinang.

Kebetulan juga pihak penganjurnya adalah ahli penyelaras pilihan raya peti undi parlimen BN Tanjung, walaupun beliau sebagai ketua kemajuan sukan, tetapi tidak terlepas “ikatan erat” itu.

Kami beri keterangan mengikut kenyataan yang sebenar. pengadu bukan sahaja tidak mahu terima keterangan itu, sehingga menuduh kerajaan negeri mahu lepaskan tanggungjawab, penjelasan kami dibalas dengan kemarahan: sedangkan “Penang Run” diambil atas nama Penang, tidak mungkin ia tiada kaitannya dengan kerajaan negeri. Pengadu tersebut minta kami umumkan kepada orang ramai, jika tidak pengadu tidak akan percaya kata-kata itu.

Penjelasan di sini air ludah sudah pun kering, penjelasan di sana timbul pula penyerahan memorandum bantahan membuat tuduhan yang sama oleh sekumpulan orang-orang yang beragama Hindu.

Kenapa orang-orang ini anggap aktiviti itu dianjurkan oleh kerajaan negeri? Kerana pihak penganjur menggunakan perkataan “Penang Run” sebagai aktiviti sukan larian tersebut, mereka tidak menggunakan “larian kemajuan sukan Pulau Pinang”, ataupun “larian Dewan Cina Pulau Pinang”, apabila diselidiki lebih lanjut, sebelum ini ada Penang Free Port Run, tetapi seperti nama itu seakan akan sama juga dengan menggunakan Penang, tetapi orang yang nampak akan tahu maksud itu.

Jika pihak swasta mahu adakan aktiviti di waktu dan tarikh sensitiviti keagamaan, kesan negatif itu perlu ditanggung oleh pihak penganjur tersebut. Sebaliknya kerajaan (BN/Gerakan) yang mempaparkan sebagai parti untuk pelbagai kaum, tidak berani berterus terang adakan aktiviti seumpama itu pada sama tarikh hari kebesaran Thaipusam, mereka memilih secara menyorok-nyorok di belakang pokok pelabuhan bebas; ditambah dengan anjuran bersama majlis sukan belia di bawah kerajaan persekutuan, Universiti Sains serta NGO-NGO luaran, cuba menggunakan “perang saraf” seperti taktik komunis.

 Akhirnya umpama anjing putih curi makan, anjing hitam terima akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telan sampah itu dan menjadi mangsa tuduhan pula.

Kami selama ini tidak pernah melarang mana-mana parti adakan aktiviti mereka, tetapi kenapa BN tidak mahu mendengarnya, bertegas mahu menggunakan “Penang Run”, bukankah ini menyebabkan berlaku kekeliruan dan silap tanggapan? kenapa BN buat kerja tidak mahu bertanggungjawab, sebaliknya berselindung di belakang pokok?

Kerajaan Pakatan Rakyat cuba adakan sidang media dan cuba membuat penjelasan, dan menegaskan bahawa sebelum BN cuba pergunakan aktiviti “Penang Run” sebagai aktiviti yang diadakan oleh kerajaan Pulau Pinang, tidak ada sebarang permohonan kepada kerajaan Pulau Pinang yang ada kaitannya dengan nama “Penang”, menyebabkan orang ramai salah anggap bahawa aktiviti itu adalah aktiviti kerajaan negeri.

Apa yang berlaku di depan mata tidak dapat dielakkan, oleh kerana BN mahu alihkan pandangan, supaya rakyat lupa bahawa BN tidak menghormati agama Hindu itu adalah satu kenyataan yang benar, BN menggunakan media cetak yang dikawal oleh BN, mereka cuba memutar belitkan kenyataan mengatakan “Lim Guan Eng cuba anggap Pulau Pinang sebagai hak kepunyaan Lim Guan Eng, selepas selang sehari akhbar Sinchew Daily News yang dikuasai oleh MCA paparkan berita itu di muka depan akhbar, keseluruhan isu berlaku jika mahu gunakan perkataan “Pulau Pinang” perlu mohon kepada kerajaan negeri. 

Pada mulanya aktiviti itu adalah aktiviti pemimpin BN, kini bertukar menjadi lain pula, seperti satu perkara yang diumpama baru keluar dari sarang Pulau Pinang disangan dalam kuali dijadikan kuetiaw, dan perkataan itu dikatakan dilarang untuk digunakan, menyebabkan seluruh rakyat terjebak dan takut kepada isu “Penang”.

Akhbar Sinchew menggunakan jenama Sinchew Penang sehingga kini? Yang penting penggunaan “Penang Run”, memberi gambaran bahawa ia adalah aktiviti kerajaan negeri, jika pihak penganjur menggunakan perkataan Penang dan ditambah dengan nama unit penganjur, contohnya seperti “”Penang Run BN”, kami tidak akan rasa ada percanggahan.

Yang menyedihkan, selepas pihak kerajaan negeri buat bantahan itu parti Gerakan tetap berdegil dan terus laksanakan aktiviti itu, langsung tidak hormati dan tidak pandang langsung kaum Hindu.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum ini, tidak kira sama ada mahu bakar Bible bahasa Melayu ataupun sama ada sengaja ataupun tidak sengaja pilih tarikh kebetulan di hari perayaan agama Hindu, ia boleh menyebabkan satu letupan bom yang kuat.

Media-media yang dikawal oleh BN secara sendiri menghukum sebarkan isu (“Penang sebagai Hak peribadi”), dimana BN bersandarkan Perkasa di belakangnya (secara umum dan terbuka menyeru bakar Bible sebaliknya dianggap bukan isu), akhirnya menyebabkan rakyat Malaysia dengan jelas nampak mereka hebat dari segi mengadakan cerita yang tiada.

Terjemahan:
Wang Wei Ng Abdullah

Monday, 28 January 2013

FATWA DEWAN ULAMAK: AHLI PAS WAJIB UNDI DAP

Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira

Beberapa jam yang lalu, blog ini telah melaporkan bahawa penyokong-penyokong Pas tidak akan memberikan undi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum ke 13, tetapi Tok Guru Pas Nik Aziz dalam kunjungannya kepada Pengerusi DAP Karpal Singh telah memberikan jaminan bahawa Pas tetap menyokong pencalonan DAP seperti yang telah dinasihatkan oleh Setiuasaha Dewan Ulama Pas, Ustaz Khairdduin Aman Razali.

Kata Khairuddin "Ahli-ahli Pas wajib mengundi DAP yang disokong kuat oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Ustaz Riduan Mohd Nor.

Berita di bawah ini dipertik dari  Harakahdaiily

28 Jan 2013
(PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82
di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)

KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya.  Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.

"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.

Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.

Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.

Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.

Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok  menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."

Sunday, 27 January 2013

PENYOKONG-PENYOKONG PAS TIDAK AKAN UNDI CALON PKR

UNTUK PASTIKAN ANWAR TIDAK JADI PERDANA MENTERI

Harakah menyiarkan berita dan gambar
menyatakan Haji Hadi lebih berminat jadi
nelayan
Suatu perkara yang sudah pasti akan berlaku dalam pilihan raya ke 13; ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong tidak akan memberikan undi kepada calon PKR kerana mereka mahu mempastikan Anwar Ibrahim tidak akan jadi Perdana Menteri.

Muktamar Pas yang baru lalu telah menyerlahkan bahawa Presiden Pas, Haji Hadi Awang pastinya bukan calon perdana menteri. Dia tidak dikehendaki oleh DAP atau PKR.

Ada orang mengatakan bahawa ini adalah sebagai strategi untuk tidak menakutkan orang Cina mengundi Pakatan Rakyat. Jika Hadi dipromokan sebagai PM, maka pastinya pengundi Cina akan lari.

Suara rasmi Pas Harakah dan Harakahdaily telah menutup mulut pemimpin-pemimpin Pas terutamanya; kalangan pemuda dan ulama supaya tidak memanjangkan isu ini walaupun telah dibangkitkan oleh seorang dua yang cuba mencetuskan perbahasan hangat.

Bagaimanapun Harakah segera mengingatkan ahli-ahli Pas tentang hasrat Hadi untuk kembali menjadi nelayan malah gambar Hadi sebagai nelayan diterbitkan di muka satu Harakahdaily. Hairannya pemimpin-pemimpin Pas menerima penghinaan ini.

Kenapa Harakah kepunyaan Pas sendiri begitu mudah menidakkan hasrat akar umbi Pas dan berjaya menyepikan hasrat mereka. Selepas muktamar itu penyokong-penyokong Pas yang tidak berpuas hati dan berpotensi untuk menjadi masaalah di bawa melawat pejabat Harakah untuk dicuci otak mereka.

Semuanya telah berjalan dengan licin. Isu Hadi sebagai Perdana Menteri tidak timbul lagi. Hadi akan kembali jadi nelayan. Kenapakah Harakah sendiri yang beria-ia untuk memainkan peranan bagi menutup hasrat sebenar ahli-ahli Pas diakar umbi?

Kamaruddin Jaafar
Ini oleh kerana Harakah suara Pas bukan lagi dikuasai oleh Pas, sebaliknya; oleh Anwarinas. Pengarah Urusan Harakah ialah Kamaruddin Jaafar proksi Anwar yang pernah menjadi Setiasuaha Agung Pas. Strategi Anwar dalam UMNO juga berjalan dalam Pas.

Sekalipun isu ini berjaya disepikan dalam Pas, tetapi ia  tidak sepi di hati orang-orang Pas diseluruh  Malaysia. Akar umbi tidak faham politik atasan. Mesej yang telah sampai di kalangan bawah ialah: Pastikan parti Anwar dan Anwar kalah untuk pastikan Hadi jadi Perdana Menteri.

Pas tahu akan kekuatannya, Pas jauh lebih tua dari PKR dan mempunyai cawangannya di seluruh negara dan Pas tahu PKR sekarang ini tidak lebih dari Anwar sahaja. Tulang belakang asalnya yang berintergriti dan mempunyai nama-nama besar, semuanya telah hilang. PKR sekarang bergantung kepada Pas dari segi pengaruh dan Pas bergantung kepada Anwar dari segi kewangan.Yang tinggal dalam PKR  hanya "ulak ayak" dan sekerat dua. ulama cari makan.

Tetapi kepada penyokong-penyokong Pas prinsip dan maruah mengatasi wang.

Maka itu, tidaklah sesiapapun harus terkejut mendengar Anwar akan tinggalkan kawasan Parlimennnya  Permatang Pauh kerana Pas akan meletakkan calonnya yang paling berpengaruh di kalangan rakyat setempat. Anwar akan mencari kawasan baru yang lebih meyakinkannya.

TOLAK CALON KASAR DAN MENCARUT

JANGAN BIARKAN ROKET JADI EPAL BUSUK
Dari akhbar Cina Sinchew Daily News, 23 Jan 2013

Oleh: Liau Hung Keong

Saya tidak menentang kerajaan, dan juga saya bukan orang ramai yang berteriak “janji ditepati”, saya hanya melihat salah betul, buruk baik, hitam dan putih, semua perkara yang dilihat akan diletakkan di atas dasar itu, dengan itu jika parti pemerintah buat perkara-perkara yang baik saya akan sanjung, pastinya parti pembangkang yang buat kacau akan saya templak dan belasah sampai teruk, dan bukan asyik bergelumang mahu UBAH kerajaan.

Tidak kira sama ada ahli parti dalam parti memerintah bersikap baik ataupun buruk, sepatutnya kesemuanya di masukkan ke dalam penjara bawah tanah supaya mereka insaf, jika ia adalah wakil dari Pakatan Rakyat, terus diletakkan di atas para tokong untuk disembah, walaupun mereka ada silap, mereka tetap disanjung tinggi, dan diletakkan perlahan-lahan supaya tidak cacat; apa yang dimaksudkan tidak kira apa sahaja, jika kerajaan dapat diUBAH, sudah memerintah baru fikir kemudian, biarkanlah apa yang akan terjadi!

Oleh kerana semua orang anggap dan bersikap “biarkanlah”, barulah timbul yang baik dan yang buruk sama-sama timbul, mana-mana hartanah jika dilabel dengan nama Pakatan Rakyat, semua orang rasa tenteram! Bukankah selepas PRU 2008 apa yang dilihat semuanya punah ranah, wakil Pakatan Rakyat bukankah ambil duit gaji tetapi tidak buat kerja?

Pertukaran kuasa kerajaan di negeri Perak bukankah satu contoh yang nyata? Di kain rentang mereka sebut “sokong DAP, tidak sokong xxx”, bukankah ia tidak membawa makna? Sebaliknya ia perlukan keberanian yang tinggi, alasannya mudah sahaja, jika lihat fenomena politik hari ini, semua orang tahu kewibawaan MCA telah jatuh merudum, jika mahu bangkit perlukan ramai orang yang sokong, sebaliknya kewibawaan DAP meninggi langit, suasana yang mengghairahkan, siapa yang tidak mahu rebut sate panggang dari kuasa api roket? Mereka anggap MCA seperti tikus di lorong-lorong jalanan, jumpa sahaja dikejar dan dibunuh?

Atas alasan apa kita kena pilih “epal busuk”? teori perbincangaan di belakang mereka tidak begitu berpelajaran, sebab itu rakyat jangan sampai terikat dengan ideologi parti politik, dan tidak akan menjadi mangsa buang undi kepada mereka dengan tangisan yang dirasai tidak bermakna.

Kepada sesebuah negara yang amalkan sistem demokrasi, rakyat itu taukey, sedangkan kamu itu taukey, sepatutnya kita ada hak keluarkan suara kita, dan alasan apa kita pilih “apel busuk”? jika kita lihat tiang seri DAP iaitu Lim Guan Eng, ia adalah perbandingan yang berbeza, kesilapan guna kuasa kepada penyokong tegar DAP daripada roket bertukar menjadi tempat penyimpanan “epal busuk”, pemimpin politik yang luar biasa barulah dapat membawa negara ini maju ke hadapan seperti epal yang bagus.

Pada tahun 1994 gara-gara mahu menyelamatkan satu kes skandal seorang budak perempuan Malayu di negeri Melaka beliau meringkuk dalam penjara, kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen, lesen akauntan beliau ditarik, akhirnya didapati satu keputusan yang silap, dengan itu beliau telah korbankan sesuatu yang begitu besar, tetapi beliau tidak lakukan kemarahan yang kasar ataupun lakukan sesuatu yang tidak diingini, ataupun sama sekali tidak marah dan mencarut, oleh disebabkan Lim Guan Eng luar biasa daripada orang-orang biasa, barulah beliau berpeluang menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

Sebaliknya apa yang kita nampak ada seorang ahli biasa DAP yang anggap dirinya sebagai “Superman” beliau adalah pasukan sebaran internet dalam DAP; apabila rakyat mengharapkan UBAH kerajaan, jika ia dilabelkan seperti ini, yang pandai mencarut merata tempat, mengggunakan alat kelamin menghentap dan memancut orang lain, dengan itu beliau telah tarik pandangan pengundi untuk tukar tiket undi, ia dianggap berkesan, jika begitu dikatakan parti pemerintah tempatkan kroni-kroni di jawatan-jawatan tinggi, berlaku penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya, dari segi dasarnya apa bezanya? 

Tidak kira parti mana memerintah ataupun tidak memerintah, ia akan ikut model yang sama secara berulangan dan tidak akan berubah, “busuk” yang boleh dijangkakan, bukankah epal busuk itu semakin lama semakin banyak?

Kami minta tolong, jangan lagi gunakan taktik “busuk” ini yang boleh menakutkan rakyat jelata, terutama sekali kepada pengundi kaum Cina, mereka telah ditakutkan selama 55 tahun, adakah masih tidak cukup lagi? Kita jangan takut kepada perubahan, tetapi mesti tolak calon yang “busuk”, sila dengan ikhlas hidangkan daging lembu untuk tundukkan kita buang tiket undi di tangan yang membawa maksud saya tidak akan undi selain daripada kamu.

Terjemahan:
Wang Wei NG Abdullah

Thursday, 24 January 2013

DATUK SHABERY MENJADI SUARA BERANI RAKYAT. SYABAS!

MEMBAWA ASKAR KE STADIUM BUKAN BUDAYA SUKAN

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Syabas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan kerana berani menyuarakan: "Membawa askar ke stadium, bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti ini tidak sewajarnya berlaku" (lihat Utusan Malaysia hari ini 24 Januari).

Inilah yang terpendam dan terbuku di hati rakyat sejak peristiwa itu berlaku di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada 15 Januari lalu. Rakyat pada keseluruhannya tersinggung dengan perbuatan luar biasa  itu dan kemudian terhina bila diminta pula mereka mediamkan diri dan jangan memanjangkan perkara ini.

Tengku Ismail Ibrahim bersama anggota
Tentera Timbalan Setia Johor
Shabery tidak mempedulikan permintaan ini, sebaliknya beliau berkata: "Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium. Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang meminta bantuan."

Shabery telah meluahkan perasaan rakyat dengan terus terang, ikhlas dan wajar. Inilah suara berani rakyat, inilah suara yang sezaman dengan peredaran globalisasi yang  meminta penyesuaian pemikiran, sikap dan tindakan dari  setiap  strata negara, dari raja-raja, birokrat, kepimpinan negara, para profesional dan rakyat biasa untuk menggambarkan ketamadunan negara.

Adakah ini Anggota Regimen ke 2 Gerak Khas
Komando yang mengawal di Stadium Sultan
Muhammad IV ?
Shabery merasa perlu untuk membersihkan imej negara demokratik Malaysia.

Setiap menteri ada tugasnya yang diamanahkan oleh rakyat yang dikhususkan tanggungjawabnya oleh Perdana Menteri dan semua teguran tidak  semestinya datang langsung dari Perdana Menteri atau Perdana Menteri tidak perlu untuk melakukan tugas menterinya kecuali jika terpaksa.

Datuk Zahid Hamid
Dalam hal ini, Shabery telah menjalankan tanggungjawabnya.Syabas anak watan yang berani yang juga merasa bertanggungjawab untuk mengambil tugas Menteri Besar Johor.

Hanya yang tinggal menjadi pertanyaan ramai apakah benar yang hadir pengawal Liga Super itu anggota Regiment ke 21 Gerak Khas Komando (GKK) atau Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Jika Panglima Angkatan Tentera Darat tidak berupaya untuk menjelaskannnya seperti yang dijanjikannya di dalam akhbar, maka adalah menjadi tanggungjawab Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi untuk mempunyai rasa tanggungjawab dan keberanian yang tinggi darjatnya pada pandangan rakyat seperti yang diserlahkan oleh Shabery.

Ini perlu dilakukan demi untuk membersihkan imej sukan negara dan imej tentera.

SILA BACA JUGA POSTING TERDAHLU: TENTERA DARAT TIDAK ANGGAP PENTING PERKARA PELEK (20 Januari) DAN RAKYAT MESTI PERSOALKAN KEHADIRAN KOMANDO (19 Januari).

Wednesday, 23 January 2013

PAS CEMOHKAN LAWATAN NAJIB KE GAZA

PAS dibuli, Hamas disantuni
Petikan dari Harakahdaily 23 Januari
Nik Nasri Nik Malek
Kelihatan Mantan Timbalan Presiden Pas, Ustaz
Nasharuddin Mat Isa bersama Datuk Seri Najib dan
Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh
mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang
dibom tentera Israel
Perdana Menteri Malaysia ziarah Gaza buat pertama kali. Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyyah ditemui. Cuma lawatan kemanusiaan (?) hanya sehari. Cakna Palestin sungguh ke atau bina imej semula sebelum PRU 13 nanti? Bagaimana dengan Apco dan ‘rangkaian’ halus Zionis melalui pelbagai aktiviti?

Palestin diziarah selepas pergi ke Kelantan tabur janji. Sedangkan janji-janji lepas belum dipenuhi. Royalti Kelantan tidak diberi. Kerajaan PAS Kelantan dimusuhi. Peruntukan untuk Kelantan penuh birokrasi. Projek minyak dan gas syarikat nasional dibuat macam hak sendiri.

PAS berjuang Islam di sini. Hamas berjuang Islam di Palestin hingga kini. PAS dan Hamas seperti adik-beradik dalam satu famili. Saya masih ingat, ketika mantan Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Mahmud as-Siyam datang berceramah di Malaysia, beliau berkata PAS dan Hamas adalah sama parti. Hanya tempat yang menjarakkan kami. Justeru, kenapa PAS dibuli sedangkan Hamas disantuni?

Kerajaan BN pun masih belum mengiktiraf kerajaan Hamas lagi. Justeru, lawatan itu atas sifat apa punya diplomasi? Dengarnya, Rosmah yang nak isytihar bantuan RM4 juta untuk hospital kanak-kanak itu baik, tapi atas apa punya kapasiti? Menteri? Isteri Perdana Menteri? atau ikut suka hati?

Dalam gambar, Ustaz Nasha juga ada berdiri. Baguslah kalau jadi orang tengah antara dua perdana menteri. Cuma dari dua perdana menteri itu, seorang berjuang Islam sungguh dan seorang lagi dari parti Melayu kat sini. Ismail Haniyyah hidup zuhud, tawadhuk, tiada rasuah, tidak mewah dan merendah diri. Seorang lagi tak payah cerita, tahu sendiri. Anta pergi kalau tolong sungguh Alhamdulillah tapi jangan ada udang di sebalik mi.

Yang pasti, PAS dan Palestin tetap di hati ini.

KOMEN:

MENURUT  PENULIS INI YANG BERJAWATAN KETUA LAJNAH PENERBITAN DAN PENYELDIKAN DEWAN ULAMA PAS TERENGGANU, BAHAWA  PERDANA MENTERI  HAMAS ISLAM SEBENAR (SUNGGUH) TETAPI SEORANG LAGI (MAKSUDNYA DATUK SERI NAJIB) MELAYU.

INILAH YANG DIPELAJARINYA DARI  FATWA MAHA GURU PAS, HAJI HADI AWANG  IAITU; DI MALAYSIA MELAYU  TIDAK SEMETINYA ISLAM KECUALI AHLI PAS. YANG LAIN ITU KAFIR.

INILAH ULAMA BAHLOL.

JIKA MAHATHIR GANAS CHEN FAN YONG DAH JADI AWANG

KENAPA TIDAK DESAK LIM KIT SIANG TINGGALKAN POLITIK?

Oleh Nasi Siru

HANYA mereka yang berjiwa kacau dan melihat keganasan itu sebahagian daripada hak asasi dan cara hidup sahaja yang akan melabel orang lain sebagai ganas.

Chin Peng adalah 'ikon' pengganas kepada ramai orang di Malaya satu ketika dulu. Ramai yang mati di hujung senapangnya dan banyak keluarga menderita angkara impiannya untuk menakluk Tanah Melayu ini.

Tetapi di penghujung usia, dia langsung tidak rasa bersalah, lalu memohon untuk kembali dan mati di bumi bertuah ini.

Orang seperti Chen Fan Yong tentunya bukan seorang pengganas seperti Chin Peng tetapi apabila dia melabel Dr Mahathir 'berfikiran pengganas' hanya kerana 'masih bergerak aktif dalam arena bisnes dan politik, apa sahaja berkaitan kehidupan rakyat beliau cuba sentuh, usik dan mahu tunjuk ajar', ia sekadar menyerlahkan mindanya penuh dengan keganasan.

Dr M mungkin sudah menjangkau usia 88  tahun - dua tahun lebih muda berbanding Lee Kwan Yew yang menjadi ikon perjuangan DAP - namun itu bukanlah garis pemisah untuk beliau berundur dan menikmati usia persaraannya. 

Mahathir melihat 'perjuangan Melayu tidak pernah selesai' kerana kerukunan hidup bangsa itu sering diganggu gugat oleh mereka termasuk Fan Yong yang tidak pernah bersyukur hidup di bumi bertuah ini.

Mengapa Fan Yong tidak mendesak orang seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang masih meneruskan perjuangan politik lapuk, meninggalkan gelanggang politik.

Pemimpin seperti ini - sama seperti Fan Yong juga - selalu melihat Dr M sebagai rasis hanya kerana memperjuang dan mempertahankan hak Melayu di bumi sendiri. Bukan rahsia lagi, semua orang tahu di mana Kit Siang ketika meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Namun demikian, Kit Siang tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan Malaysian Malaysia yang mampu merubah landskap politik negara jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya ketika 'Singa Selatan' menunggu untuk sama-sama melapah daging yang terhidang.

Fan Yong cuba menguatkan hujahnya dengan memberi fakta tentang 'kuasa Melayu' di Parlimen jika pun PR mengambil alih. Bukan saja Mahathir malah majoriti Melayu yang rasional dapat melihat ke arah mana kelompok Melayu ini mahu dipandu Kit Siang.

Penulis itu turut menggariskan: "Bukankah beliau (Dr M) sering berkata kepada rakyat dan orang asing bahawa Malaysia adalah negara aman sentosa, makan minum dan hasil tani yang mencukupi, dan Malaysia sebuah negara indah? Jika begitu bukankah apa yang beliau katakan itu semata-mata berbohong kepada rakyat dan orang asing"?

Dr Mahathir tidak berbohong tetapi ia sekadar bimbang segala-galanya itu akan musnah jika dibiar orang seperti Fan Yong menguasai politik negara.

Jika Dr M berjiwa pengganas, saya percaya tidak akan wujud lagi sekolah vernacular, tidak ada lagi tarian singa atau naga dan semua Cina termasuk Fan Yong akan dikenali sebagai 'Mamat', 'Awang' dan sebagainya yang bersifat Melayu. - Nasi Siru.
BACALAH PETIKAN AKHBAR CINA DI BAWAH.

MASA DEPAN ANAK CINA GELAP DI SEKOLAH KEBANGSAAN

Dipetik dari akhbar Nanyang Siang Pau  20 Jan 2013

Penulis: Kai Weng

Awal tahun 2013, berita yang memberi semangat kepada sekolah-sekolah menengah Cina, seluruh Semenanjung pendaftaran baru kemasukan ke sekolah menengah Cina penuh. 

Mengikut laporan, di negeri Johor sahaja seramai 4408 murid tidak dapat tempat di sekolah menengah Cina; ditambah pula di kawasan utara Semenanjung termasuk negeri Melaka dan Negeri Sembilan seramai 3697 murid tidak dapat tempat, jumlah keseluruhan sebanyak 8105 murid tidak dapat tempat untuk melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah Cina. Ada sesetangah orang berkata ia satu kelebihan di sekolah menengah Cina, sebaliknya penulis anggap ia satu dilema kepada orang-orang Cina Malaysia.

Adakah orang-orang Cina terfikir ke manakah arah tuju puluhan ribu murid-murid Cina yang mendapat tempat di sekolah menengah kebangsaan itu, bagaimana mereka dapat fikirkan masa depan anak-anak mereka?

Secara mudah dan senang mereka boleh terus belajar di sekolah menengah kebangsaan, ini adalah langkah untuk selesaikan masalah biasa yang ada di depan mata tetapi tidak dapat selesaikan masalah pokok sebenar. Mungkin anak-anak ini bermula saat itu telah masuk ke zaman “kegelapan” dan tiada “masa depan”, besar kemungkinan pada masa akan datang mereka ini menjadi buruh murahan. 

Ini bukan sikap negatif penulis, tetapi pengalaman yang telah dilalui di depan mata sendiri, dan menjadi mangsa itu. Dan isu ini selama ini tidak dapat perhatian ataupun mendapat tempat kaji selidik yang sepatutnya.

TIDAK DAPAT SESUAIKAN DIRI

Penulis sendiri sebagai murid sekolah menengah aliran Inggeris, anak sulung lelaki penulis menjadi mangsa dan alat kajian, di SJKC anak lelaki ini mendapat keputusan yang cemerlang, selepas itu masuk ke sekolah menengah kebangsaan, dari segi pembelajaran dia tidak dapat sesuaikan diri, dengan sendiri melepaskan peluang itu dan keputusan peperiksaan semuanya merah; selepas menengah dia tidak dapat teruskan pelajaran, dia hanya layak menjadi buruh murahan di Singapura.

Sebaliknya adik perempuannya keputusan peperiksaan di SJKC sederhana sahaja, tetapi dapat masuk ke sekolah menengah Cina, selepas mendapat keputusan yang cemerlang dapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Universiti ambil ijazah; selepas mendapat ijazah beliau bekerja di Singapura dengan gaji yang lumayan serta ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah Sarjana, sekarang ini beliau mempunyai kelulusan ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan.

Saya melihat isu pendidikan dari sudut kehidupan binatang di alam semula jadi, pembaca akan faham kenapa boleh berlaku perbezaan seperti itu, supaya keputusan yang dibuat itu tidak ada kesilapan lagi:

“Ikan Koi Jepun adalah berasal dari hidupan air tawar, apabila hujan lebat benteng sungai pecah air masuk ke laut, ikan-ikan koi Jepun dihanyutkan ke dalam laut, ikan-ikan ini dapat sesuaikan diri dengan air masin di laut, dan teruskan kehidupan mereka di tengah laut. Seballiknya ikan-ikan sungai biasa tidak dapat sesuaikan diri seperti ikan-ikan Koi Jepun yang mampu hidup di air masin, dan ikan-ikan itu semuanya mati terkena air masin!”

CIKGU-CIKGU KURANG PERHATIAN

Melalui 6 hingga 8 tahun di sekolah tadika dan rendah, di situ pihak sekolah menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantaran, tetapi tiba-tiba ditukar dengan gunakan bahasa lain dan di tempat suasana pembelajaran yang berbeza dan berlainan, dari segi permulaan garisan lumba lari sudah tempah kekalahan lebih awal lagi, di saat itu tidak dapat sesuaikan diri; ditambah guru-guru hari ini tidak cukup perihatin terhadap murid-murid, seperti umpama si anak gembala kambing sedang bermain-main tidak dapat beri tumpukan pada pelajaran. Ada sesetengah murid memang tiada masalah boleh jadi pandai; yang menyedihkan kepada murid-murid yang tertinggal dari segi pelajaran, mereka pilih tinggalkan realiti itu! Akhirnya apakah yang akan terjadi kepada mereka, kami pasti pembaca dapat fikirkannya!

Dalam pendidikan, ada laporan menunjukkan, sebanyak 25 peratus anak-anak Cina yang tidak melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, ini sudah cukup untuk menyedihkan kita. Dan seterusnya ada berapa peratus pula yang melanjutkan pelajaran ke Universiti?  Orang-orang Cina Malaysia tidak ada sebarang permintaan terhadap negara Malaysia, sebaliknya hanya pengorbanan dan kesetiaan.

Hanya mengharapkan pihak kerajaan realisasikan dan berikan layanan yang adil kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia begitu mudah sahaja! Pemimpin masyarakat Cina dan parti berdasarkan kaum Cina, perlu fikir kembali bagaimana untuk rebut peluang untuk tambahkan lagi bilangan sekolah menengah Cina, supaya pendidikan itu terpulang kepada pendidikan tidak dicampur aduk, barulah dapat selesaikan dilema ini.

Terjemahan:
Wan Abdullah NG

POLITIK AWET MUDA DR. MAHATHIR DAN NIK AZIZ

Dua tokoh ini walaupun sudah tua tetapi mereka masih
berbisa dan mengerunkan lawan
Walaupun usianya sudah mencecah 88 tahun, tetapi beliau ditakuti kerana berdaya untuk mengembalikan kuasa 2/3 BN dalam pilihan raya ke 13.

Maka itu seluruh kekuatan pembangkang menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai sasaran utama serangan mereka.

Media pembangkang mensifatkan Dr. Mahathir sebagai biadap, buta sejarah, pengkhianat negara, penjual negara dan lebih buruk lagi sebuah akhbar Cina menuduhnya "berfikiran pengganas."

Ini dapat dilihat apabila Dr. Mahathir semakin ke hadapan, semakin keras suara tentangan parti-parti Pakatan Rakyat dengan disertai bersama penulis-penulis dari akhbar-akhbar Cina untuk mengecamnya dengan membuat tohmahan, kritikan dan sebagainya.

Ini samalah juga kedudukannya dengan  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menjadi sasaran utama UMNO dan BN. Tetapi akhbar Cina tidak mengecam Nik Aziz sebagaimana mereka mengecam Dr. Mahathir kerana mereka sekata dalam usaha untuk membantu menggambarkan perpaduan Pakatan Rakyat kepada pembaca mereka.

Ada ketika tertentu, Dr. Mahathir dan Nik Aziz boleh
duduk besama tetapi imej menampakan perbezaan politik
mereka.
Dr. Mahathir dan Nik Aziz berada pada usia tua, tetapi berawet muda dalam politik.

Bezanya politik Nik Aziz Nik Mat,  berpusat di Kelantan dan di kalangan Melayu sahaja, tetapi Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri terbilang kepada semua kaum di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pengaruh Nik Aziz tidak sehebat Dr. Mahathir, tetapi terbilang sebagai benteng kukuh pertahanan negeri Kelantan.sama-sama tegar dalam keyakinan kepada fahaman dan ideologi parti masing-masing.

Ucapan, tulisan dan berita mereka masih dibaca oleh rakyat, kerana mereka tahu, untuk mengeluarkan sesuatu yang mempunyai nilai berita, sama ada secara di perhetongkan atau secara spontan, kedua-dua mereka walau bagaimana marah sekalipun kepada wartawan, tetapi tidak memusuhi para wartawan.

Hal ini  berbeza jauh dengan uncivilized politician Anwar Ibrahim yang senantiasa berkonfrantasi dengan wartawan, mengecam, menuduh , mengugut dan membohongi  mereka di dalam sidang akhbar.

Oleh kerana telah mengetahui sikapnya, maka wartawan-wartawan menjadi semakin berani  untuk mencabarnya dan sekarang dia pula takut menghadapi wartawan dan membataskan kehadiran hanya kepada wartawan-wartawan yang terpilih sahaja  ke sidang akhbarnya.

Dr. Mahathir tidak takut untuk berkonfrantasi dengan mana-mana wartawan dan senantiasa bersedia menghadapinya  sama ada wartawan tempatan atau wartawan dari luar negara.

Inilah perbezaan antara street actor, seniman jalanan atau penjual ubat dengan pemimpin politik sejati dan terhormat

Perlu disebutkan, Kerajaan Kelantan juga tidak memulaukan wartawan atau mencegah wartawan dari hadir ke majlis-majlisnya sebagaimana sikap di Selangor dan Pulau Pinang yang membenarkan hanya wartawan tertentu sahaja dan kerana itulah Nik Aziz tetap mempunyai hubungan yang baik dengan wartawan-wartawan akhbar arus  perdana (akhbar UMNO atau BN) yang menampakkan beliau memahami dan menghormati tugas mereka.

Yang memberikan kesihatan dan kekuatan kepada mereka, adalah kebijaksaan dan keterbukaan politik,  melihat politik  tidak mengekalkan musuh atau lawan . Hari ini Pas berkawan dengan PKR, tetapi selepas pilihan raya mungkin berkawan dengan UMNO.

Bagi Dr. Mahathir dan Nik Aziz, dalam berpolitik biarlah seperti menyeluk pekasam hingga sampai ke pangkal lengan, alang-alang berpolitik biar sampai ke mati. Politiklah yang menjadikan awet muda kepada kedua-dua tokoh dan jaguh tua ini.

Semoga mereka dipanjangkan umur untuk terus menceriakan politik tanahair.

Tuesday, 22 January 2013

MAHATHIR BERFIKIRAN PENGGANAS - KATA AKHBAR CINA

BERSARA, TETAPI APA TUJUAN TIDAK MAHU BEREHAT?
Dipetik dari China Press, 18 Jan 2013 
Perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya dengan
Kerajaan Malaysia yang ditandatangani  di Hatyai pada
2 Disember 1989 itu adalah dibawah restu Dr. Mahathir.
Malaysia diwakil oleh Ketua Polis Negara ketika itu (kiri),
Tan Sri Abdul Rahim Nor sementara  Parti Komunis
Malaya diwakili oleh Pengerusinya Chin Peng (kanan)
Oleh: Chen Fan Yong

Bekas perdana menteri Mahathir berkuasa dalam politik Malaysia selama 22 tahun, selepas beliau serahkan kuasa kepada penyambungnya, beliau tetap masih bergerak aktif dalam arena bisnes dan politik, apa sahaja berkaitan kehidupan rakyat beliau cuba sentuh, usik dan mahu tunjuk ajar.

Seorang tua yang berusia 87 tahun tidak mahu rasa kesepian, sanggup bertungkus lumus kemukakan agenda besarnya, beliau punyai alasan-alasan yang tertentu, sebaliknya beliau tidak benar-benar memikirkan untuk kebahagiaan Negara, dan tidak juga memikirkan untuk mempertahankan kepentingan rakyat.

Mahathir berkata, jika pada PRU akan datang BN kalah teruk, yang paling utama yang menerima kesannya adalah orang-orang Melayu, masyarakat Melayu akan dipinggirkan, sebab itu beliau sarankan supaya masyarakat Melayu bersatu padu, pertahankan kepentingan-kepentingan orang Melayu, dan pastikan BN terus memerintah kerajaan pusat.

Kata-kata Mahathir ini seperti kata-kata pemikiran pengganas. Walaupun nanti Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat, 90 peratus dari kalangan ahli-ahli Pas adalah terdiri daripada orang-orang Melayu, 80 peratus daripada ahli PKR adalah orang-orang Melayu, dan dalam DAP ada segelintir orang-orang Melayu, sedangkan ahli parlimen dalam dewan rakyat lebih 80 peratus adalah terdiri dari kalangan orang-orang Melayu, di bawah struktur politik seperti ini, sudah tentu ahli-ahli parlimen terdiri daripada orang-orang Melayu dalam dewan akan pertahankan kepentingan orang-orang Melayu, kenapa pula dikatakan orang-orang Melayu akan ditindas?

Chin Peng
Mahathir berkata, jika pada PRU akan datang Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, beliau orang yang pertama akan imigerasi keluar negara, kata-kata ini menyebabkan orang lain rasa terpinga-pinga. Semasa Mahathir menjadi perdana menteri, bukankah beliau sering berkata kepada rakyat dan orang asing bahawa Malaysia adalah negara yang aman sentosa, makan minum dan hasil tani yang mencukupi, dan Malaysia ialah sebuah Negara yang aman dan indah? Jika begitu bukankah apa yang beliau katakan itu semata-mata berbohong kepada rakyat dan orang asing?

Mahathir siang malam tidak dapat tidur dengan lena, apabila waktu sedang makan dan minum rasa gelisah, sebab-sebab beliau rasa gelisah kerana semasa beliau berkuasa dan waktu beliau memerintah, beliau menggunakan kuasa sepenuhnya yang ada menekan musuh politik beliau, ramai yang hadapi meringkuk dalam penjara, sebab itu Mahathir siang malam berdoa supaya BN menang PRU akan datang ini, dapat kekalkan kuasa kerajaan pusat supaya beliau dapat rasa tenteram dipenghujung sisa hayatnya.

Oleh kerana perkara itulah Mahathir buat kacau, bergiat dan aktif dalam pertubuhan-pertubuhan NGO dan politik, apa yang beliau mahukan ialah dapat rasa selesa dan tenteram di hujung hayatnya.

Tidak disangka, sebelum Pakatan Rakyat memerintah pusat, Mahathir sudah rasa gelisah dan gelabah, kejap sihat kejap sakit tidak tentu arah?

Terjemahan:
Wan Abdullah NG

PROF ZAINAL BERI SEBAB MENGAPA TINJAU KE BALING

Tidak sahaja tinjauan Utusan gagal untuk menemui manusia mati kebuluran di Baling seperti yang di dakwa oleh pemimpin ABIM, Anwar Ibahim, tetapi suatu rombongan ahli akedemik yang di ketuai oleh Profesor Zainal Abidin Wahid juga telah mengadakan tinjauan yang sama dan mendapati bahawa perkara itu     tidak benar.
                                                                                                                                        .
Beliau merasa perlu untuk mengadakan tinjauan itu kerana dakwaan adanya dua orang mati kebuluran di Baling, telah membakar semangat pelajar-pelajar sehingga menyebabkan mereka meninggalkan kuliah dan mengadakan tunjuk perasaan.

Semoga siaran semula peristiwa pembohongan terbesar di negara kita pada tahun 70an itu akan menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam melihat cetusan isu yang menggemparkan yang akan terus berlaku di tanah air kita terutama; dalam menghadapi pilihan raya ke 13.

  
 
 
 





Sunday, 20 January 2013

BENARKAH AZIZ BARI PAKAR PERLEMBAGAAN ???

Aziz Bari: Mahathir biadap,buta sejarah

Ini adalah berita yang disiarkan oleh Keadilandaily hari ini (20 Januari). Berita ini menyebutkan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai Pakar Perlembagaan.

Siapakah yang memberikan pengiktirafan kepadanya sebagai Pakar Perlembagaan. Title ini digunakannya semasa menjadi penulis kepada Harian Sinar?  Adakah Majlis Peguam mengiktirafnya? Adakah Karpal Singh menerimanya sebagai Pakar Perlembagaan.

Dia harus; malah mesti menjawabnya dengan jujur, siapakah yang memberikan gelaran ini kepadanya dan universiti mana atau badan manakah yang mengiktirafkannya.

Pertanyaan ini mesti dikemukakan kepadanya oleh setiap orang yang mendengar ceramahnya di hadapan umum, atau para wartawan mesti bertanya kepadanya jika ada kesempatan.

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”

“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,” katanya.

Menurutnya, prinsip Jus soli yang digunapakai pada masa itu membenarkan seseorang mendapat status warga negara di tempat mereka dilahirkan.

“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,” ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.

“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah beliau.

Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

“Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.

“Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja,” tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata “Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.

“Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia,” tegas Aziz.

“Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.

“Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku,” ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.