Tuesday, 10 December 2013

SAYA TAK SANGKA NAJIB AKAN LAKUKAN INI

ANWAR IBRAHIM  WAKILI MALAYSIA KEPENGKEBUMIAN MANDELA

KOMEN : SAYA MENCADANGKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT AGAR MEMBUAT KEPUTUSAN SEGERA BAGI MEWAKILKAN ANWAR IBRAHIM KEPENGKEBUMIAN  MANDELA PADA HARI AHAD INI.

SEKURANG KURANGNYA TINDAKAN INI AKAN DIKENANGKAN  SEBAGAI SUATU PENGHARGAAN PEMBANGKANG KEPADA JASA BEKAS PERDANA MENTERI TUNKU ABDUL RAHMAN DAN MENGUBATI PERASAAN LUKA TUN MAHATHIR TERHADAP KEPUTUSAN MALAYSIA YANG MENJATUHKAN MARUAH RAKYAT- ADI PUTRA.

CELAKALAH BAGI ORANG YANG MENASIHATKAN NAJIB UNTUK TIDAK HADIR- NURASHIKIN


SAYA TAK SANGKA........
Saya terkejut,tergaman,terkelu  dan sedih menghiris hati  apabila  saya mendengar berita mengatakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib tidak akan menghadhiri upacara pengkebumian seorang pemimpin agung dunia yang di hormati kawan dan lawan  Presiden Africa Selatan Mandela pada 15 Disember 2013 ini.

Keharuman nama Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman yang  dengan tegas dan berani menyokong  perjuangan menentang apartheid dengan sekali gus telah dipadamkan dengan seguris keputusan Perdana Menteri Malaysia yang melukakan perasaan rakyat Africa Selatan khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Apakah ini atas nasihat dari Wisma  Putra atau keputusan Najib  sendiri atau  orang yang terdekat dengannya ? Saya tidak mahu percaya kepada alasan yang diberikan bahawa ini dilakukan  untuk menjimatkan belanja.

Apapun inilah  suatu keputusan yang sangat tidak waras dan bertentangan dengan semangat rakyat dan penghayatan negara.

Jika Tun Dr.Mahathir sihat tentulah beliau akan pergi.

Saya tidak perlu komen terlalu panjang tetapi cukuplah untuk  mengatakan bahwa keptutusan Najib ini adalah langsung  tidak termasuk dalam logik akal saya.Perbuatan ini tidak dirastukan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan anti kekejaman malah menghina perasaan seluruh rakyat  Malaysia yang menghayati perjuangan dan jasa  Mandela.

Saya meagungkan ayahnya nya Tun Abdul Razak sebagai seorang nasionalis yang bijak yang sanggup menyekutukan dirinya dengan gulongan sosialis dan nasionalis kiri untuk mengeluarkan bangsanya dari perbezaan dan penindasan dalam negaranya sendiri tetapi anaknya gagal untuk membuktikan penghayatan perjuangan gigih seorang pemimpin yang juga dihayati oleh ayahnya.

Inilah saat saatnya untuk menunjukan warisan kepada penjiwaan semangat negara.

Kepada mendiang  Mandela hanya ingin ku katakan:
Sebagai rakyat Malaysia aku  tidak turut merastui perbuatan ini 
Aku telah membaca bukumu A long Walk To Freedom
Mungkin kerana aku terlalu sentimen kepada mu
Maka perasaan ini ku curahkan  dalam pemergian abadimu
Semuga  suara kecil ini dirasakan oleh rakyat Africa
Bangsa kami tidak miskin budi bahasa
Hanya  pemimpin  tidak tahu mengharga .






40 comments:

  1. Tapi kalau ada pemimpin Arab meninggal, pasti Najib akan pergi, konon konon sesama Islam. Saya lebih suka Mandela dari mana mana pemimpin dari negeri Arab.

    Mandela was the real man of peace.

    ReplyDelete
  2. Saya percaya ini adalah atas nasihat dari pegawai pegawai Wisma Putra yang tidak lagi dapat menghayati perjuangan lalu atau tidak lagi mengenal sejarah.

    ReplyDelete
  3. Anwar yang kaki main pungkok pun jika jadi Perdana Menteri tidak akan melakukan perkara ini. Inilah PM eletis yang tidak menghayati jiwa rakyat dan banyak berpura pura untuk menyerupai rakyat tetapi semuanya palsu,tidak sejati dan tidak ada kejatian diri.Ini adalah suatu bukti yang jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad k, hang ni betul2 "pukimak". Ini saja sesuai untuk kamu.

      Delete
    2. Greenman,
      Berapa hang dapat gaji sebulan dari najib gor? Hang tak setuju tak payahlah nak memp***** orang, berbalik kat muka sendiri baru padan...

      Delete
  4. Jangan jangan ini kerana nasihat Rosman Mansor kerana di sana tidak peluang untuk shopping disamping berziarah.

    ReplyDelete
  5. mandela berjuang menentang apartheid. pemerintahan malaysia dah jadi macam apartheid, jadi tak boleh pi la. pm israel pun tak pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la tu...kita cam Yahudi tu...bagus la...

      Mamat Kerdil

      Delete
  6. Bini dia tak kasi pegi lah Zam. Tu lah habuan hang bila pilih Ah Gib Gor jadi Presiden UMNO.

    ReplyDelete
  7. Assalam..
    maaf cakap...haku berbaik sangka jew la...najib kesian kat rakyat m'sia yg rata rata dilanda banjir...nanti klo banjir surut n rumah rumah rakyat yg kena banjir dah bersih..najib bleh jew p ziarah mendiang mandela....jet pm kat ada...apa ada kes...

    ReplyDelete
  8. DALAM MEMBERI KOMEN.. TAK BAIK MENGUTOK ATAU MENGGELAR ORANG KAKI ......... SAYA HARAP ENCIK AHMAD KHATRAJA FIKIR DAN RENONG DALAM DIRI SENDIRI SEBAIK2NYA. ASALAMULAIKUM..

    ReplyDelete
  9. Israel's PM Netahyahu came for the funeral. He even commented on the passing of Mandela. His comments are positive and very humane. Next time please check before saying anything ok 'kampong lad'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelikkan, Israel yang mengamal apartheid terhadap bangsa Palestine pun PM dia boleh datang... siap bagi positive and humane comments lagi... pelik, pelik... apa jadi dengan ah jib gor???

      Delete
    2. PM Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Israel Shimon Peres tak hadiri penkebumian Madiba

      http://talkingpointsmemo.com/livewire/israel-s-president-prime-minister-won-t-attend-mandela-s-funeral

      Delete
  10. Apalah yang diharapkan dari seorang patung bertali. Ianya bergerak mengikut jari tali yang dikawal oleh tangan pemunya. Apa beza Najib dengan patung bertali ini.
    Saya percaya jika tangan yang mengawal menyuruhnya tertun dari tempat yang tinggi untuk mendapat sanjungan dan mencadi terkenal pasti si patung bertali ini akan melakukannya.

    Matt SA.

    ReplyDelete
  11. Sewajarnya Wisma Putra atau kerajaan Malaysia memberikan penjelasan kenaapa Perdana Menteri sendiri tidak dapat hadir keupacara ini dan jika ada alasan yang kuat umpamanya dari segi keselamatan maka haruslah dijelaskan dan apakah benar kerana hendak menjimatkan wang negara.

    Jika Najib tak dapat hadhir maka tidakkah boleh diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri.?

    ReplyDelete
  12. anti-Otak Kepala Lutut10 December 2013 at 21:12

    Dia tak pi ada sebab lah tu......

    ReplyDelete
  13. anti-otak KL,

    Itu lah kita mau tau apa sebabnya? Perrgh...pala lutut betoi hang ni!

    ReplyDelete
  14. sesungguhnya Najib telah memalukan rakyat Malaysia. alasan yang diberikan sangat tidak masuk akal. berapa banyak negara akan rugi kiranya dia pergi, atau dia terbiasa berbelanja besar setiap kali keluar negara? diharap harapkan dimasa masa akan datang Najib berhenti dari menggunakan gantinama KITA untuk melibatkan rakyat Malaysia termasuk saya yang mana saya belum pernah bersetuju dengan apa pun keputusan yang dibuatnya.

    sebagai rujukan sila baca:

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/12/pms-advisors-insult-mandela-keep.html

    ReplyDelete
  15. dalam keadaan malaysia yang dilanda bencana alam yang sangat dasyat berpuluh ribu orang rakyat jadi mangsa kerugian mungkin makan beratus juta ringgit,takkan najib nak pentingkan orang yang dah mati dari bantu rakyat negara kita yang dilanda bencana.duit yang terpaksa dibelanjakan untuk kos jet nak pergi lihat pengebumian tu adalah lebih baik disalurkan kepada rakyat yang sedang dilanda bencana banjir ni.fikir la secara mendalam sebelum nak keluarkan artikel ni,apa kata saya cadangkan agar tuan zam sahajalah yang pergi mewakili pm najib lihat mendiang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau tuan sahaja yang mewakilkan PM Najib. Naik Air Asia.

      Delete
  16. Our Ah Jib Gor is always doing the opposite of what the rakyat expects of him. Some consultants he is employing!!!

    Alfie

    ReplyDelete
  17. Jangan salahkan penasihat...tuan badan kan ada akai sendiri.

    ReplyDelete
  18. Najib percaya si Mandela tu iluminati kot!? Satu donia hormat Mandela, payah ni PM mesia neh...

    ReplyDelete
  19. saudara zam............saya baca somewhere in the blog pm najib hantar tun Mahathir for the mendela's funeral , sangat elok dan ok laa tu............, banjir di 4 buah negri masih ada dan pm najib sangat peka hal hal kebajikan raayat , salah ke tu...............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont tell something you are not sure. I didnot read anywhere in the newspaper Mahahtir is going to Mendela Funeral. Majhathir is not well. Don"t depend just for the sake of defending.This is serious matter.

      Delete
    2. Inilah cara orang Najib mempertahankan Najib,berbohong kunon Najib hantar Mahathir mewakilinya.Mahathir pergi bercuti rehat ketempat lain, Orang sekarang bukan bodoh. Jika hendak meyakinkan berilah fakta yang benar. Orang macam inilah yang menjahnamkan Najib.

      Delete
    3. Saudara Zam, Malaysia diwakili oleh Tun Dr Mahathir yang terbang dengan Siti Hasmah menaiki jet eksekutif TUDM. Najib-gor hadiri mesyuarat yg dijadualkan terlebih dahulu dgn PM Jepun di Tokyo.

      Delete
    4. Saya belum menemui kenyataan rasmi ini di mana mana. Jika saudara bertanggungjawab sila maklumkan kepada saya di mana saudara dapat meklumat ini dan maklumkan nama saudara..

      Jangan kerana hendak mempertahankan sesaorang kita sanggup membuat kenyataan palsu.

      Jika Najib tidak dapat hadir ,sepatutnya Timbalan PM mewakilinya.

      Delete
    5. https://scontent-b-ord.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/1486594_10201313574068512_2111676579_n.jpg

      Gambar Tun M bersama Duta Malaysia di Afrika Selatan untuk hadiri majlis penghormatan terakhir Madiba.

      Delete
  20. Sdr Zam, I wonder may be the source of this information is not accurate.Our PM did say that in UMNO assembly that UMNO will convey deep appreciation for Nelson Mendela contribution in world peace.He is a legend for this centure.
    Furthur more two of our cabinet minister will be going to the funeral and will convey our rakyat message to the government of South Africa and to the family of Nelson Mendela.
    I think all of us feel a great loss a man whose time line is captured in long road to freedom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Sir. You have missed my point. Why can'nt Najib himself as PM represent Malaysia. Even Obama and Castro were there

      Delete
  21. Woi, yang Rosmah guna jet rasmi Negara tak membazir pulak?? My God, the quality of leaders we have today is a joke!!

    ReplyDelete
  22. Mahathir hidup di zaman Jepun sebab tu Mahathir tahu harga dan nilai sesuatu perjuangan. "Apabila saya ditanya siapakah pemimpin paling dikagumi yang pernah saya kenali, saya tidak akan tergagak-agak menamakan Nelson Mandela," kata Mahathir.

    Tetapi Najib hidup penuh elitis disuap dengan sudu dan garfu emas dan perak. Menjadi MP pada usia 23 tahun. Menjadi Timbalan Menteri pada usia 25 tahun dan menjadi MB pada usia 29 tahun. Darah Najib adalah darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan. Najib tidak pernah melalui luka-luka ranjau dan tunggul-tunggul gerigis dalam politik. Apabila dicabar dia akan mengambil ‘easy way out’. Bagi BR1M itu solutionnya.

    Sebab itu hati kecil Najib tidak berdetik dengan perjuangan Mandela. Manakala Anwar Ibrahim pula bijak mengambil kersempatan untuk melawat Mandela sebaik beliau keluar dari penjara. Ini supaya beliau dilihat perjuangannya seperti Mandela masuk penjara dan jadi Presiden Afrika Selatan. Seperti tulis Mandela dalam bukunya Long Walk To Freedom ““In my country we go to prison first and then become President”. Itulah harapan Anwar Ibrahim.

    Najib harus menghadam kata-kata hikmat ini “I have never cared very much for personal prizes. A person does not become a freedom fighter in the hope of winning awards.” ― Nelson Mandela, Long Walk to Freedom. Najib hanya mengejar popularity. Najib bukan seorang pejuang seperti Tunku, Tun Razak dan Mahathir.

    ReplyDelete
  23. Habis -habis koman orang Kedah kata hantaklah Mami Shahrizat pun ok.Tulang belakang lah katakan.

    ReplyDelete
  24. saudara zam akhir nya siapa pergi memorial mandela................

    ReplyDelete
  25. YAB PM Najib dalam masalah besar - Kiri-kanan-depan-belakang kena bantai.

    Golongan rakyat biasa seperti saya tidak kisah sangat beliau tidak hadir ke Afrika Selatan. Yang ' Eden' risau sangat-sangat, keperluan hidup bertambah membebankan.

    YAB PM Najib ada masalah kerana kena bantai, Eden pula ada masalah nak hidup. Semoga YAB PM Najib dapat menyelesaikan masalah beliau dan masalah Eden (orang lain Eden tidak tahu) @ menang-menang.

    ReplyDelete
  26. Jika keperluan hidup membebankan anda kenapa saya lihat aanda perg ke kedai mamak sampai dua kali sehari, tak makan di rumah tetapi di luar,berjalan dengan keluarga melancong di dalam negeri dan kadang kadang ke Bandung.

    Rakyat Malaysia banyak pura pura susah tetapi sebenarnya susah susah orang senang.nak senang sahaja,barang naik sedikit macam dah teruk sangat.

    ReplyDelete
  27. Baca ni. Penjelasan ini adalah munasabah. Jangan terlalu asyik mengkritik tanpa mahu membuka minda. http://barkingmagpie.blogspot.com/2013/12/for-all-intents-and-purposestun.html

    ReplyDelete