Thursday, 19 December 2013

PENAPIAN JABATAN PERDANA MENTERI

MERUJUK KEPADA POSTING: SAYA TAK SANGKA NAJIB AKAN LAKUKAN INI


Jabatan Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Najib tidak menghadhiri upacara penghormatan terakhir kepada bekas Presiden Africa Selatan Mandela untuk menjimatkan wang negara.

Berita  mengenainya yang disiarkan oleh sebuah stesen radio telahpun  dinapikan oleh Jabatan Perdana Menteri  menerusi Astro tetapi  telah tidak disiarkan.

Saya meyakini berita ini benar kerana datang dari sebuah stesen radio dan telah digunakan oleh bloggers sebagai sumber dan saya telah membuat ulasan setelah beberapa hari tidak ada penapian. Sewajarnya kiranya tidak digunakan oleh Astro seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh seorang jurucakap JPM maka penapian itu  hendaklah diedarkan kepada  media lain  terutama media cetak yang pasti akan menggunakannya.

Saya sendiri   berpendapat bahawa Unit Komunikasi Jabatan Perdana Menteri tidak seharusnya memberikan reaksi  terhadap setiap berita rubbish yang digunakan oleh mana mana portal berita rubbish atau blog.

Melayani mereka adalah memberikan kredibiliti dan pengihtirafan kepada mereka  tetapi dalam pekara yang serius seumpama ini yang disiarkan oleh media yang diiktiraf dan berpengaruh maka apabila mereka anggan menyiarkannya sewajarnnya  diedarkan kepada seluruh media lain  terutama media cetak dengan menyebutkan pihak yang membuat kesilapan.


5 comments:

  1. Adapun hal yang tidak penting, sedikit penting, agak penting, sungguh penting, terlalu penting: itulah sebab orang besar dialah yang mentadbir, dan orang dialah yang mengurus. Kalau tidak begitu, buat apa rakyat biasa bagi kepercayaan kepada kerajaan?

    ReplyDelete
  2. TS Zam.tolong ulas sikit ungkapan para dua.
    Kurang paham oleh saya akan huraian itu.
    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stesen radio ini adalah di bawah Astro. JPM membuat penapian menerusi Astro.

      Delete
  3. Is there a conspiracy to topple Najib.em em...I smell something rotten here.But as a wise man say that the fish is rotten form the head.or is it the fish is rotten from the stomach.PM communication director must be more careful and alert to ensure the news must be credible and reasonable.
    I stand to be corrected.

    ReplyDelete
  4. Arakian diberitakan oleh cendiakawan sang petapa bahawa sekiranya diadakan pilihanraya sekarang, maka akan jatuhlah kerajaan raja biru berpermaisuri rambut sarang lebah dinegeri entah berentah ini. rakyat marhain kerajaan baginda sudah tidak tertahan menanggung bala sara hidup pipisan sambil melihat golongan bangsawan bagai kadok naik junjung. nujum pak belalang sendiri begitu bersetuju dengan pandangan sang pertapa tersebut. hanya menanti siang menjadi gelap, dan malam menjadi terang.

    ReplyDelete