Monday, 9 December 2013

KEPIMPINAN PUTERI UMNO YANG TIDAK BERAURA DAN BERWIBAWA.

Kiranya benar fakta fakta yang terkandung dalam tulisan wartawan The Star Shahanaaz Habib  (The Sunday Star 8 Disember 2013),maka kepimpinan baru Puteri UMNO  tidak memberikan tanda keyakinan  untuk membawa Puteri UMNO  berkembang dan berpengaruh sebagai penyumbang kepada pemulihan kekuatan UMNO.

Bahawa Puan Ermiyati Shamsudin berusia 37 tahun yang berpengalaman dalam politik tidak menulis ucapannya perdananya  kepada  Perwakilan Puteri dan mengharapkan kepada kawan kawan dengan alasan tidak mempunyai masa,  menampakan beliau  tidak tahu menilai kesempatan keemasan ini dan tidak  dapat melihat kualiti kepimpinan yang diperlukan.

Menurut Shahanaaz, Eermiyati memberi alasan  tidak berkesempatan menulis sendiri  ucapannya kerana telah pergi ke Belgium selama seminggu dan meminta  ucapannya disediakan bersama oleh sekumpulan rakan rakannya.

" Saya tidak mempunyai masa . Bila kembali saya hanya ada dua hari untuk menyediakan."katanya.

Pertanyaan yang timbul apakah beliau tidak mempunyai masa  selama kira kira 13 jam  dalam penerbangan dari Eropah  ke Kuala Lumpur.

Dalam Pilihanraya Umum tahun 1999, A. Kadir Jasin, Dr.Nordin Sofie(Allahyarham) dan saya sendiri telah diminta oleh  Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Mahathir untuk membantu  Timbalan Presdien UMNO dan juga Setiausaha Agung UMNO  menyediakan manifesto tetapi setelah disampaikan kepadanya  beberapa hari sebelum pilihanraya suatu draft manifesto yang ditulis tangan oleh beliau sendiri dikemukakan kepada kami yang menunggu di sebuah bilek untuk semakan.

Draft manifesto kami  yang diusahakan hampir sebulan langsung tidak dipakai. Kata Dr Nordin Sofie  kepada saya" Biasalah Zam"

Ini berarti bahawa Nordin sendiri telah banyak kali melalui pengalaman ini dan demikian juga nasib kebanyakan draft  ucapan untuknya terutama ucapan kepada Perhimpuan Agung UMNO setiap tahun yang disediakannya sendiri.

Semasa menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu,saya sendiri banyak menerima  surat pembaca yang ditulis tangan oleh Dr. Mahahtir sendiri yang saya simpan sampai sekarang.

Kepimpinan besar dan tulin jarang  mewakilkan tugas utamanya  kepada orang lain, mengenali aspek kelebihan  dan kekuatan sendiri yang melebihi orang lain, mempunyai keyakinan dan kesedaran bahawa kekuatan untuk menawan hati rakyat adalah yang terbit dari hatinya sendiri. Dengan itu rakyat  merasakan kejujuran dan keikhlasannya. Sesiapa juga boleh menyampaikan fikiran tetapi tidak dapat menyampaikan perasaan hati.

P. Ramlle juga pernah berkata bahwa untuk menawan hati penonton perlu  penyampaian dari hati sendiri dan bukannya dengan hanya akal.Ramai orang boleh memberikan fikiran tetapi orang mengetahui jika bukan dari diri sendiri.

Bagaimanapun sekarang penyampaian  dari hati ke hati tidak perlu lagi tetapi yang perlu ialah penyampaian  wang dari tangan ke tangan untuk menawan hati.

Tidaklah mengherankan jika Shahanaaz menulis bahwa ucapan Perdana  Ermiyati tidak memberikan penghayatan dan dia  kekurangan aura dan bagaimana jika beliau terpaksa  berhadapan dengan PKR Srikandi Siti Aisah Shaikh Ismail dan Nurul Izzah Anwar yang mempunyai kelebihan sebagai Orator?

Masa depan Puteri UMNO tidak menjanjikan kehebatan.

11 comments:

  1. Assalam..
    uhuk uhuk uhuk...gitu ler gayanyer org besao yg terlebih manja...seswei beno ngan najib yer dak...ganer acuan gitu ler kuih nyer....mmg tabik springing kat tun m...la ni merasa lah yg duk kutuk tun m tak sayang melayu..amik ko..dpt pm la ni..amik..tak abis abis nak puja puji bini dia..tolong lah tolong...ini hal negara lah..bkn hal rumahtangga...saper pm sebenonyer..cer citer cer citer...takyah puja poji sgnt bini..klo betoi bini baguih..rakyat m'sia sendrik akan mengakui secara spontan mcm tun ct tuh..apa ra...haku klo dpt laki mcm nih..stresssss gilew...

    ReplyDelete
  2. saya sokong 1000% tak ada aura daya penarik cakap pun ntah apa-apa sembang jer lebih masa pemilihan sekarang pokok-pokok semua dah beergoyang tunggu nak pengsan hohohohoho

    ReplyDelete
  3. Di dalam pilihanraya Singapura yang lalu hasil dari ledakan media social Singapura telah melahirkan seorang politikus muda yang bernama Nicole Rebecca Seah Xue Ling (27 tahun). Popularitinya ditangga kedua selepas Lee Kuan Yew. Beliau dilahirkan pada 17 October 1986. Nicole mewakili National Solidarity Party (NSP).
    NSP merupakan parti anak muda yang dilihat bersaing rapat dengan PAP parti orang tua.
    Di Malaysia Puteri UMNO terserot ke belakang, mandom, terkebil-kebil tak mampu bersaing. Tidak lantang seperti Rafidah Aziz dan Rosmah Mansor.
    Apa nak harap lagi? Sorong Papan Tarik Papan, Buah Keranji Dalam Perahu, Suruh Makan Puteri Makan, Suruh Mengaji Puteri Tak Tahu.

    ReplyDelete
  4. Dol keropok Johor9 December 2013 at 17:02

    Rosmah poltiician ke? Hebat macam Rafidah Aziz atau sama taraf dg Rafidah dari segi apa.pakaian atau barang kemas dan kalau dia politician kenaapa tak bela dirinya sendiri tetapi dibela oleh suaminya dalam perhimpunan agung UMNO , Mana ada presiden UMNO pernah bela isteri dlm perhimpujan agung UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bela lah tidak kalau tak bolih masuk kamar tidor. Kena tidor atas sofa

      Delete


  5. ERMIYATI TIDAK BELAJAR DARI ALI RUSTAM.

    Sebagai seorang yang pernah menjadi Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri
    Melaka Ali Rustam selama lebih tujuh tahun sepatutnya Mas Ermiyati telah menghayati cara kerja kempimnan beliau yang berjejak kepada kerajinan dan pendekatan dengan rakyat tetapi nampaknya Ermiyati tidak dapat menghayatinya
    malah menyerahkan tugas utama kepada orang sekeliling. Mungkin beliau seorang pentadbir yang baik atau termasuk generasi yang mewakilkan kerja kepada orang bawah.

    Kepimpinan seumpama ini tidak akan berkesan dan tidak meletakan masa depan yang cerah kepada Puteri UMNO.Beliau gagal untuk melihat sudut kekuatan Ali Rustam dan keberkesanan kepimpinannya.

    ReplyDelete
  6. TS Zam,

    Dalam UMNO sekarang ada tiga kelompok :-

    1. Popular dan terus glamor.

    2. Popular sebab berwibawa dan di percayai.

    3. Popular kerana lagho.

    Masa dulu setiap pemimpin akan membuktikan diri di perkara 2. Ini pemimpin benar. Pemimpin ini rakyat dambakan.

    Sekarang yang melambak dalam UMNO perkara 1 dan 3. Ganjil dan bakal menghancurkan ahli - ahli biasa. Kerana apa ? Pemimpin dalam kategori ini tidak boleh di percayai kerana terlalu banyak dengan urusan peribadi. Masa emas tidak di nilai setimpal.

    Amat baik mereka melalui sesi tarbiah kesedaran bina insan. Pendedahan rentetan peristiwa sejarah dan perjuangan lampau demi kekuatan untuk kini dan masa depan. Kita tidak hidup seperti dulu tetapi kesegaran hanya perlu dan mesti berpegang teguh konsep Sunnah wal Jamaah berpaksikan Al Quran dan Nabi Muhammad SAW sebagai idola sepanjang zaman.

    Jika tidak mahu UMNO tersasar dan musnah, intitusi politik dan perjuangan sebenar mesti berfungsi segera. Ahli-ahli politik mesti sentiasa berada di padang bersama rakyat yang melantik mereka. Jika ikatan tiada maka roh nya juga tiada. Bila roh tiada jasad itu mati. Jika jasad mati umpama mayat berjalan. Padi yang menjadi hampa.

    Sayangi lah perjuangan kerana mendominasi kuasa benar umpama mencukupi nafas rakyat jelata.

    ReplyDelete
  7. Jika benar dakwaan ini, tandanya UMNO sedang menuju akhir zaman. Mustahil tak sempat buat teks ucapan

    ReplyDelete
  8. Sdr Zam,this is what will happen when you are not committed to party struggle.Let us be honest most who joined UMNO merely to look for material gain,be it position or wealth.
    If you were to ask the delegate and the voters in last UMNO election,I guest you feel frustrated.
    When are all this nonsense shall stopped.Umno days are numbered if the members do not take the party's struggle seriously.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, jika pengurusan masa dianggap sebagai kelemahan Puteri, saya nampak sesuatu yang lebih besar. Pemuda dan Puteri kurang serius. Perhatikan tingkah laku mereka semasa TS Muhyiddin menyampaikan ucapan dasar. Mereka ( kebanyakannya ) sentiasa ' melayani ' telefon bimbit...

    ReplyDelete