Thursday, 7 November 2013

ZAM SOKONG KARPAL SINGH HARAMKAN PARTI AGAMA DI MALAYSIA

KENAPA LIM KIT SIANG YANG NAPIKAN.

KOMEN: Penasihat DAP Lim Kit Siang  menapikan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh telah meminta supaya pendaftaran Parti PAS rakan dalam Pakatan Rakyat di batalkan.

Kit Siang membuat kenyataan ini menerusi blognya setelah mendapat penjelasan  dari Karpal Singh.

Soalnya kenapa Lim Kit Siang yang harus membuat penapian bagi pihak  Karpal Singh dan tidak Karpal Singh sendiri.Adakah  Kit Siang lebih sensitif terhadap kecederaan kepada DAP akibat dari kenyataan itu atau PAS lebih percaya kepada kenyataan Kit Siang dari Karpal Singh? 

 Orang  cerdik ketawa pada penapian ini tetapi percayalah  PAS akan menyambut baik- Sang Nila Utama.

Saya menyokong penuh supaya parti politik berasaskan agama termasuk PAS diharamkan di negara ini tetapi Malaysia  belum layak mempunyai  parti politik yang tidak berasaskan kaum.

Adalah merupakakan suatu kesilapan besar kerajaan Perikatan dengan rastu UMNO menghalalkan   gulongan serpihan  fanatik agama  menubuhkan PAS berpuluh tahun lalu dengan tujuan untuk menakutkan bukan Islam dengan dogmatisme agama parti itu  supaya terus menyokong Perikatan .

Tetapi setelah lebih 50 tahun merdeka ,ternyata parti ini dengan pendekatan agama yang mendakwa Allah berada dipihak mereka , menolak Melayu UMNO sebagai seagama dengan mereka malah dikafirkan sebaliknya merelakan Imej mereka di Islamkan oleh DAP untuk menutop wajah sebenar PAS kepada bukan Islam..

Kepada bukan Islam di negara ini dan juga kepada UMNO,  DAP telah berjaya mengIslamkan PAS, mengajarnya tentang Islam yang sebenarnya, membawanya keluar dari kejumudan dan  dogmatisme dan memperbaiki imejnya selari dengan moderation of Islam yang diamalkan oleh Perikatan dan BN.

Dalam proses pengIslaman dirinya  PAS  menjadi seperti rusa masuk kampong , memijak imej bangsa dan agamanya sendiri sekalipun dalam keadaan agama dan bangsanya menghadapi cabaran paling getir dan demi untuk kuasa  telah sanggup menerima kepimpinan dari orang yang terbkuti melakukan zina dan tidak bermoral.

Dengan itu liberalisme Pas  lebih berkredebiliti dan lebih hebat dari mana mana parti  di negara negara demokraktik di Barat malah lebih dahsyat dari  Amerika Syarikat sendiri  yang   menyingkirkan  pimpinan parti  yang moralnya menjadi persoalan.

Di Singapura pilinanraya kecil terpaksa diadakan setelah terbukti anggota parlimennya terlibat dengan skendal.

Bukti demi bukti menunjukan kewujudan  Parti  Islam di negara ini tidak sahaja memecahbelahkan perpaduan Melayu dan Islam  malah mencemarkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara.

Kenyataan Karpal Singh itu adalah menunjukan bahwa sekalipun DAP berkawan dengan Pas tetapi dia tidak pernah yakin dengan PAS baik dari segi moral dan prinsip. Dia memandang rendah pada   PAS kerana terbukti kepadanya PAS sanggup mengorbankan nilai nilai agamanya dan boleh dibeli dengan kuasa.

Karpal Singh melihat  kebenaran dalam kepercayaan  Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dalam  bukunya One Man's View Of The World bahawa  jika Pakatan Rakyat  berkuasa pun pimpinan Melayu juga yang  akan bekuasa tetapi pimpinan Melayu fanatik Islam akan membawa malapetaka kepada Malaysia dan Singapura. Inilah yang ditakuti oleh LKY dan Singapore hingga sekarang.

Oleh  kerana itu jugalah perisekan Singapura sangat mengutamakan perhatian kepada  perkembangan Islam di Malaysia ynag boleh mengancam keselamatannya.

Sebagai veteran politik yang berpengalaman,Karpal Singh menyedari  hakikat  dan bahaya ini.

Sekiranya UMNO jujur kepada masa depan negara ini,lupakanlah soal perpaduan dengan Pas dan terima anjuran Karpal Singh supaya parti agama di haramkan di negara ini.

Sesiapa juga yang menjadikan  agama sebagai parti politik akan mendakwa Allah atau tuhan  berada di pihak mereka. Tidak ada parti PAS dalam Al Quran.

FROM THE STAR
Published: Friday November 8, 2013 MYT 1:18:00 PM 
Updated: Friday November 8, 2013 MYT 1:32:59 PM

Karpal won't apologise to PAS, denies de-registration call

  
PETALING JAYA: DAP national chairman Karpal Singh (pic) has denied calling for the de-registration of the party's ally PAS recently, describing it as a "vile allegation".
"True, I had stated that race-based political parties and professional bodies should open their doors to other races which, unfortunately, included PAS. But I did not ask for the de-registration of PAS at the press conference.
"I was quick to add that PAS acknowledged the necessity of multi-racialism by having a non-Muslim supporters' wing," he said in a statement Friday.
It was reported on Tuesday that Karpal, a veteran lawyer and politician, had called for the de-registration of all political or professional bodies that operated along racial and religious lines, including PAS, saying that the move would work in the interest of national unity.
He said this while hitting out at the Muslim Lawyers Association (MLA) for threatening the Bar Council over its alleged support for Catholic weekly The Herald, saying that such associations should be de-registered.
His statement earned the wrath of PAS leaders, who said Karpal failed to understand the party's struggle. Some also called for his public apology on the matter.
Karpal explained that at the press conference on Tuesday, he in fact threw PAS a life-line.
"I did not bring PAS into the net I had cast against political parties and professional bodies set up along racial lines. I have stated the truth," said the Bukit Gelugor MP.
Therefore, he added, demands for an apology by "so-called" PAS leaders will not be met.
"That much, I assure them," he said.
However, he stood firm on his statement calling for the de-registration of the  MLA.
"The president of the Muslim Lawyers Association threatened further action against the council. I stand firmly over my call for the de-registration of the MLA," he said.







7 comments:

  1. Saya pun setuju PAS diharamkan. Bila berpolitik orang Melayu takkan sampai over nak berbunuhan hanya sebab parti politik TAPI bila dah masuk politik agama.. siapa lebih alim, siapa kafir etc etc tak mustahil orang Melayu boleh berbunuhan sesama sendiri. Lagilah bila kena kipas dengan orang Kristian..

    Sedarlah orang Melayu, bersatu kita teguh.. bercerai kita roboh!

    ReplyDelete
  2. "Sesiapa juga yang menjadikan agama sebagai parti politik akan mendakwa Allah atau tuhan berada di pihak mereka. Tidak ada parti PAS dalam Al Quran".

    umno (baru) lagu mana pulak?. 'demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara'.

    ReplyDelete
  3. Mungkin TS Zam agak keberatan menyebut Liwat apabila di tujukan pada penzina dan juga bekas TPM ini. Peliwat ini juga sudah terbukti bersalah menyalah-guna kuasa dengan mengarah Polis menangkap dan mengertak Ummi Hafilda untuk menarik-balik surat yang ditujukan kepada Dr.M, mengenai perlakuan sex luar tabii dan zina Timbalannya. Walau pun tuduhan liwat di gugurkan, dalam Lapuran Penghakiman, Hakim menyebut ada berlaku hubungan jenis dan liwat tetapi bercanggah tarikh.

    Pengenai unjuran Karpal bahawa parti berteraskan Agama di haramkan, saya pun setuju. DAP pun sudah pandai guna Agama untuk meraih sokongan terutama di Sabah dan Sarawak.Tak dengar pula ahli politik tertinggi PAS membangkang Karpal Singh. Kalau Pemimpin UMNO yang syorkan, sudah tentu berapi Nik Aziz & Haji Hadi mengamuk. Elok juga Karpal Singh beri cadangan bila Muktamar sudah dekat ni. Sedarkan mereka sikit. Mungkin Nik Aziz tidak akan lagi bawa kek untuk meraikan hari-lahir Karpal Singh tahun depan.

    Pada Muktamar nanti harap mereka singkirkan Anwarinas dan keluar dari PR pada masa yang sesuai.

    Mungkin Karpal Singh terlanjur cakap kerana telah berjaya mematikan 'Majlis Peguam Muslim'. Mereka sudah ada BAR dan kita tak perlu ada party agama atau bangsa, katanya. Dengan tidak sengaja terkena kawan DAP, iaitu PAS. Sebenarnya beliau betujuan menghapuskan Party politik berasaskan kaum, seperti di amalkan dalam BN, terutamanya UMNO. Mungkin kerana beliau langsung tiada rasa hormat pada PAS, Karpal terlupa bahawa PAS berada dalam Pakatan. Begitu rendah sekali pandangan Karpal terhadap Nik Aziz dan Hadi. Turban pun dia tak pakai. Sudah tentu beliau bukan pegang sangat pada agamanya sendiri. Tambahan lagi agama orang Islam.
    Mesti Karpal hairan, orang Islam pulak yang pakai turban.

    ReplyDelete
  4. Kalau Zam sekapal dengan Karpal apalah dipedulikan PAS marah atau tidak kepada kenyataan Karpal.

    Zam oh Zam...........

    ReplyDelete
  5. Setuju 1000%! Haramkan pelacuran Agama dalam Politik. Cukup lah dengan Setan2 berserban yg keluar dari segala lubang cacing di Msia menguna Agama utk kepentingang dan keuntungan masing2. Tak ada yg ikhlas pon. Semua IPOKERIT talk cock ! Dah terlalu ramai sangat lebai snake oil vendor pengecop sijil sendiri, kaki Auta dari pembeli/pengunanya...bwahahahaha.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan harus tegas kali ini dan tidak perlu lagi mengharapkan perpaduan bersama PAS. Islam adalah hak sejagat dan tidak layak dijadikan label kepada mana2 parti politik untuk mendapatkan sokongan. Bertindaklah atas dasar tanggungjawab menjaga kesucian Islam. Kerajaan tidak perlu ragu kerana hal ini dicadangkan sendiri oleh orang yang paling berpengaruh dalam parti pembangkang. PAS selepas ini bebas untuk menggunakan apa saja nama asalkan tidak menggunakan label Islam. Cukup-cukuplah kerosakan yang PAS telah bawa kepada kesatuan dan maruah umat Islam di Negara ini dengan imej palsu mereka. Haramkan PAS itu lebih utama dari mengharamkan DAP. Kerana jika bukan kerana PAS, DAP tidak se-gah hari ini mencabar Islam setiap hari.

    ReplyDelete
  7. Meletak Islam sbg nama parti, menafsir agama dgn pendapat sendiri, kemudian menuduh yg tidak menyokong dan yg tidak sependirian sbg tidak menyokong Islam bahkan dituduh tidak Islam, boleh merosakkan aqidah sendiri.

    ReplyDelete