Sunday, 24 November 2013

SIAPA KATA CINA MALAYSIA TOLAK RAJA


Kita boleh menyekat kalimah Allah digunakan sebagai sebutan tuhan kepada agama lain tetapi kita tidak boleh menyekat mereka menggunakan" RAJA" sebagai Tok Pekkong untuk disembah bagi memohon limpahan rezki serta merta.

Ini adalah Tok Pekkong yang menarik; seorang "RAJA" bertengkolok yang memegang keris untuk disembayang yang saya rakamkan di Taman Permai  Bedong Kedah.

Dari  suatu segi "Tok Pekkong" ini  mungkin menunjukan bahawa di sebalik Malaysian Malaysia ,di hati kecil sebahagian orang Cina masih ada pendewaan terhadap kekeramatan  raja tetapi disuatu sudut yang lain pula ialah orang Cina sanggup untuk menyembah  apa sahaja demi untuk meterialisme.

Di Singapura mengadakan Tok Pekkong di tempat terbuka atau pun pembakaran colok  di  rumah rumah pangsa diharamkan kerana asapnya akan menggangu jiran kecuali gaharu eletrik tetapi di Malaysia orang boleh mendirikan Tok Pekkong dan  berhala  mini di mana sahaja  malah di tanah haram sehingga yang bermula dengan  haram kecil  menjadi  haram besar dan kemudiannya menjadi halal abadi  kerana kepentingan politik.

Di Singapura tidak ada kepentingan politik dalam agama kerana Menteri Mentornya,  Lee Kuan Yew sendiri tidak mahu  Tuhan campurtangan dalam politik.Fahamannya sama dengan Karpal Singh.

Dari dulu lagi pun orang Melayu tidak ambil kisah untuk orang Cina menjadikan tok tok  guru Islam yang dianggap" keramat"  sebagai Tok Pekkong  di pokok pokok besar  atau di mana mana sahaja yang mereka  rasa sesuai malah di kampung kampung  buah-buahan seperti limau dan apple yang dihidangkan untuk Tok Pekkong dicuri oleh anak anak Melayu Islam.


15 comments:

  1. Teringat masa budak2 dulu,bila time pi mengaji lalu tepi kedai cina,survey dulu buah apa tokey tu jamu tok pekkong dia hari ni..kalau epal ka,limau,buah lai ka memang tak sempat la tok pekkong tu nak merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami mintak tabek dulu, anak cucu tak erti bahasa, kemudian baling colok atau geharu bagi padam,baru sapu apple dan limau.

      Delete
    2. Saya dan rakan-rakan pun sama. Masa itu nak dapat limau apa lagi apple bukan senang...tak terbeli.

      Delete
  2. "buah-buahan seperti limau dan apple yang dihidangkan untuk Tok Pekkong dicuri oleh anak anak Melayu Islam".

    haha pernah buat ka? buah2 kat tokong hindu depa tak berani pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Kenaapa?

      Delete
    2. kita satu geng la....orang tua bagi petua (tips), bila nak sapu buah2 kat tokong hindu, hangpa kena kata lagu ni "aku nak ambik buah2 ni' dan hangpa pun jawab sendiri 'ha ambik la'. kerabat pokok moktan orang malam2 (padahal kat rumah sendiri pun belambak, tokak buah sekali dgn semut kerengga, kena yg tak masak 'pahit bedengung' (gelap, tak nampak masak ka tak masak lagi). nostagia la zaman 60an. dulu2 punya thrill. tak jahat cuma nakai saja.

      Delete
  3. Tokong hindu nampak garang . misai bergulung . kulit hitam . prut buncit . pegang parang .

    ReplyDelete
  4. Man Banun Sg Petani.24 November 2013 at 20:56

    Ha Ha Ha.Artinya engkau lebih takut pada Hindu dari Cina atau mungkin kerana tokong hindu tak beri hidangan yang menarik. Cina pemurah,hindu kedekut.

    ReplyDelete
  5. Saudara Zam,
    Anda mungkin tidak perasan bahawa di Kedah, banyak kedai2 China yang menggantungkan gambar Al Marhum Sultan Abdul Hamid. Khabarnya sebagai 'pelaris'.

    ReplyDelete
  6. RE: "Kita boleh menyekat kalimah Allah digunakan sebagai sebutan tuhan kepada agama lain tetapi kita tidak boleh menyekat mereka menggunakan" RAJA" sebagai Tok Pekkong untuk disembah bagi memohon limpahan rezki serta merta.Ini adalah Tok Pekkong yang menarik; seorang "RAJA" bertengkolok yang memegang keris untuk disembayang yang saya rakamkan di Taman Permai Bedong Kedah."


    Kalau kita tanya Si Fulan yang menyembah Tua Pek Kong Keris ini, "Siapa itu Tuhan" dan dia menjawab: "Allah", soalannya adakah dia sudah bertauhid kepada Allah? Saya sendiri tidak anggap demikian, tapi peliknya Sheikh Ibn Taymiyyah dan pengikutnya dpd. Hanbaliyah-Wahhabiyah mengistiharkan bahawa si Fulan Cina itu dia telah berTauhid Rububiyah. Aneh bukan? tapi benar! Kelompok ini telah melecehkan akidah tradisi orang Melayu yang berdasarkan Asha'irah itu. Bahawa Zat Allah itu kekal abadi dan kekal azali, dan bersalahan langsung dengan sifat makhluk yang baru.
    Itu sebabnya Hadi Awang yang menolak akidah Ashairah itu boleh seneng-seneng dengan chauvinist Cina kurafat yang mati-mati mahu cetak Allah sebagai tuhan dalam bible mereka! Hadi Awang berpegang bahwa Allah itu boleh turun dan naik, seumpama jangkaan orang Jahiliyyah yang berjisimkan Tuhan yang Maha Esa dan terjerumus dalam penyelewengan memperumpamakan Allah dengan sifat2 makhluk.

    Percanggahan Awang dengan akidah Ashairah
    http://www.youtube.com/watch?v=hxibDPkSTOo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Anon perlu faham konsep-konsep ilmu akidah yang dipelopori oleh para ulama. Ulama berbeza dari segi pendekatan terhadap memahami akidah. Sama juga dalam fiqh, mazhab berbeza mempunyai pendekatan yang berbeza dalam menentukan satu hukum. Tetapi akhirnya mereka akan bertemu pada objektif asal iaitu menterjemahkan pemahaman sebenar dalam agama menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

      Dalam konsep tauhid Rububiah, para ulama yang mempelopori kaedah akidah tersebut menggariskan 3 peringkat kepercayaan pada Allah untuk melayakkan mereka bergelar Muslim. Yakni,
      1. Rububiah - mempercayai kewujudan Tuhan sebagai penguasa alam. Hal ini ditolak oleh golongan athies.
      2. Uluhiyah - menujukan penyembahan pada Tuhan yang dipercayainya.
      3. Asma-wal-sifat - mempercayai Tuhan dengan sifat-sifatnya.

      Untuk menjadi seorang Islam, seorang perlu memenuhi ketiga-tiga tauhid tersebut menurut garis panduan Islam. Misalnya dalam uluhiyah, tidak boleh menggunakan patung sebagai sembahan, dan tidak boleh mencipta kaedah sembahyang sendiri untuk tujuan sembahan. Begitu juga dalam asma wal sifat, tidak boleh mempercayai Allah itu beranak dan diperanakkan.

      Jika diteliti pada setiap agama selain dari Islam, masing-masing mempercayai kewujudan Tuhan (rububiah), masing-masing ada kaedah penyembahan (uluhian) dan masing-masing mempercayai tuhan mereka dengan sifat-sifat tertentu (asma-wal-sifat). Oleh itu, bagaimana kita mahu tentukan sama ada mereka ini Islam?

      Itulah sebabnya para ulama menggariskan panduan akidah berdasarkan tauhid Rububiah, Uluhiyah dan Asma wal sifat. Tujuannya adalah supaya kita lebih mudah dalam memahami akidah Islami. Begitu jugalah dalam Ashairah yang mana para ulama mereka mempunyai kaedah tersendiri untuk menerangkan konsep akidah.

      Oleh itu jangan Anon cepat membuat tuduhan tidak berasas semata-mata kerana taksub terhadap kaedah-kaedah tertentu.

      Wallahualam

      Delete
    2. Bukan yang tidak berasas sekalipun .... saudara Grand Marquis perlu menyaksi bukti yang terkandung dalam video di-atas, iaitu Ustaz Awang menyatakan bahwa Allah bukan wujud, dan tidak qidam dan baqa'. Adakah saudara tahu apa itu sifat kamaliah Allah subhana wa ta ala yang di nafikan oleh si ustaz? Kalau saudara tidak kenal pada fahaman alim ulamak ahli sunnah wal jamaah Ashairah-Maturidiyah terhadap Tuhan kita Maha Esa, tidak beranak tidak di peranakkan maka saudara perlu mengahdap guru murshidin dalam Ilmu Makrifatullah wal Usuluddin
      Hanya makhluk ada hari kewujudannya dan pasti ada saat kehancurannya, tapi (saya ulangi takut saudara tak kenal dalam kenyataan awalku) Zat Allah, ia kekal azali (qidam) dan ia kekal abadi (baqa') dan sudah tentunya Allah ia wujud di sebabkan alam semesta ini mesti terjadi oleh Tuhan yang mutlak Kuasa dan KehendakNya.

      Hanyasanya lebih afdal jikalau saudara Marquis menghadap dengan seorang Tuan Guru dari Persatuan Ulama Malaysia pada bab
      Pegangan Fahaman Agama orang mukmin Melayu beratus-ratus tahun di rantau Nusantara kita ini ..... aqidah bukan taksub, tidak bertaqlid buta, jauh daripada tuduhan-tuduhan yang kosong.

      Bismillahir Rahmanir Rahim bi barkatil Nur Muhammad, sal allahu alaihi was salaam
      http://www.youtube.com/watch?v=npe4nmQIbrA

      Delete
  7. Jamu makan berhala oleh kaum Cina hari ini lebih advance, mereka tak jamu lagi buah-buah segar tapi buah-buah plastic dan lilin pun lilin letrik yang tidak ada asap.
    Tetapi apa yang lebih menarik ialah di Komaki City’s Tagata lebih kuranfg 45 minit dari Nagoya setiap tahun 15hb March diadakan genital worship days atau hari menyembah alat sulit.
    Terkini ada segelintir Melayu pula melantik Harun Bin Saat sebagai ‘Tuhan’. Belum sempat di soal siasat ‘Tuhan Harun’ pula telah diserang stroke mungkin kerana pemakanan yang tak pantang ‘Tuhan Harun’ banyak kolestrol dan makan lemak binatang, kurang makan sayur dan buah-buahan plastik seperti tokong Cina.
    Kalau Jepun sembah alat sulit, ‘Tuhan-Tuhan’ Melayu kerapkali dikaitkan dengan ramai pengikut perempuan yang berzikir dalam gelap menggagau alat sulit.

    ReplyDelete
  8. saya rasa zam artikel wikipedia ni menjelaskan tentang artikel zam.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Na_Tuk_Kong

    ReplyDelete
  9. Look this to correct u guys. It is not tok pekkong but tua pek kong. Tua Pek means elders of the family n kong is to state his age our granpa. He is not god he is an angel like any other statue that chinese worship. All of them are just angel they once lives like all of us as human. We chinese pray to god also. Maybe the god we pray is the same god everyone pray. Pls get the fact right before you open your mouth. Untill today when a chinese baby is born the officer that issue a birth cert will state in the religion colum 'buddism'. And no one correct it. If youre a buddist you only pray to buddha statue not other statue. Anyway statue is to let us know how this person look like when he lives his human life long long ago. Anyway I am an atheist.

    ReplyDelete