Sunday, 3 November 2013

KEKALAHAN BN DI PILIHANRAYA KECIL DUN SG LIMAU.......

Jika Barisan Nasional kalah di Pilihanraya Kecil Dun Sg Limau esuk, tidaklah sesakit dan separah  kekalahan Pas yang telah sekian lama mewakili rakyat kawasan ini.Kekalahan Pas  akan melemahkan moralnya kerana telah selama tiga penggal disokong oleh penduduk tempatan di bawah kepimpinan tertinggi parti itu  dan terakhir sebagai Menteri Besar Kedah.

Ia juga akan membuktikan bahawa kemenangan Pas di kawasan ini sejak tiga penggal yang lalu lebih kerana keperibadian Azizan dari keyakinan kepada perjuangan PAS.

Kemenangan  BN akan memberi kesan positif yang sangat besar sebagai suatu kejayaan menyusupi kubu kuat Pas dan kemajuan  pengaruh UMNO kearah kembali kepada kekuatan asalnya di negeri itu.

Kekalahan Pas  akan menipiskan  lagi harapannya untuk kembali menguasai Kedah disamping memberikan tamparan  kepada anasir  anasir Anwarinas dalam Pas yang telah berhempas pula meganggugugat  kedudukan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah.

Azizan diketahui oleh gulongan Anwarinas sebagai musuh utama Anwar Ibrahim dalam Pas.

Kekalahan Pas akan  mengesahkan dan mendedahkan  tentang wujudnya  perpecahan besar dalam Pas negeri Kedah yang cuba dilindungi selama ini.

Kemenangan BN juga akan diperhetongkan sebagai  faktor orang Cina telah kembali menyokong BN dan jika ini berlaku maka suatu petanda baik terhadap harapan pemulehan kekuatan BN di seluruh negara.

Apapun keputusan piihanraya kecil Sg Limau esuk, BN tidak akan menerima kesan buruk sekalipun kalah kerana kemenangan Pas diperhetongkan sebagai kemenangan yang sewajarnya berlaku dan bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi kemenangan BN adalah sesuatu yang luar biasa.

Kejayaan  BN juga akan merupakan kemenangan peribadi Mukhriz yang telah gagal untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO dan akan meningkatkan  auranya dalam kepimpinan politik di negeri Kedah disamping  menggilap  imejnya diperingkat nasional.

32 comments:

  1. Walaupun saya tak berapa sokong UMNO/BN, dalam PRK Sg.Limau kali ini, saya amat bersetuju sekali dengan pandangan TS mengenai tafsiran dan kesannya keputusan nya keatas PAS mahu pun UMNO nanti.

    Jangan nanti, kalau BN menang, pemimpin mereka (terutama yang pernah terpalit dengan scandal dan rasuah) pulak melaung 1Malaysia berkata 'kepercayaan Rakyat telah kembali pada UMNO'... Ia akan menaikkan lagi kemarahan dan rasa meluat kepada kerajaan.

    Harap mereka duduk diam-diam dan jangan berkata apa-apa.

    Harap Maaf.

    ReplyDelete
  2. Hamimi Sg Limau.3 November 2013 at 18:19

    Pengundi di Sg Limau patut memberikan undi kepada BN kerana mereka akan mendapat pertulongan secara langsungm dari wakil BN bagi menyelesaikan banyak masalah yang belum di selesaikan sebaliknya memenangkan calun Pas hanya akan melambatkan penyaluran bantuan kerajaan kerana dia akan terpaksa merayu kepada kerajaan BN.

    ReplyDelete
  3. Tan Sri macam tidak yakin BN boleh menang!

    ReplyDelete
  4. Fakrulrazi,Bukit Besar.4 November 2013 at 06:36

    Tidaklah sewajarnya Anwar Ibrahim di bawa berkempen di kawasan Sg Limau ini yang selama ini diwakili oleh pemimpin kami yang tidak pernah pun menyebut nama orang ini kepada kami sebagai seorang yang membantu perjuangan kami. Jika Pas kalah di kawasan ini maka mereka yang membawa orang ini ke sini dengan keyakinan akan memenangkan Pas adalah bertangungjawab kerana mereka tidak memahami perasaan Allahyarham yang turiut didukong oleh kami yang mengundinya selama inii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa begitu.

      Kalau saya ada kuasa dan pengaruh, sudah tentu saya akan menjatuhkan Hukun haram mengundi seorang peliwat dan bekas banduan yang telah terbukti, menyalah-guna kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan mengarah Polis untuk menangkap dan mengertak Ummi Hafilda, menarik-balik surat kepada Dr.M.

      Selama ini masyarakat sangka bahawa Al-Juburi (nama yang diberi Mat Sabu pada 1996) di penjara sebagai tahanan politik atau di aniaya oleh kerajaan, terutamanya Dr.M.

      Hakikatnya, Al-Juburi pandai mengambil kesempatan atas sifat orang Melayu yang khuatirkan berbicara mengenai kes liwat beliau, takut nanti, tak tentu pasal dapat dosa besar, membuat fitnah dan dimurkai Allah. Ramai orang percaya yang beliau tidak bersalah, pasal itu mereka sanggup mendengar khutbah beliau. Tambah lagi beliau berasal dari ABIM dan membawa watak alim dan pernah masuk TV, mengimamkan solat berjamaah.

      Sungguh hebat, lakonan Al-Juburi.
      Jangan benarkan seorang Peliwat melacurkan Agama, Bangsa dan Negara.

      Delete
  5. Pilihanraya kecil selalunya memihak pada BN. Secara tiba tiba Cina insaf dan sokong BN . Ha Ha Ha

    ReplyDelete
  6. Jika BN menang, yang paling saya tak suka dengar ialah "sokongan Cina telah kembali kepada BN." Kalau ada pemimpin BN yang cakap macam tu, memang sah 100% pemimpin tu lurus bendul (bahasa halus) atau bodoh bahlol (bahasa kasar).

    Jika PAS menang, yang paling saya tak suka dengar ialah "PAS akan tetap bersama PR." Kerana kuasa, PAS sanggup bersekongkol dengan puak yang nak merosakkan agama dan bangsa.

    So I'm neutral. Whatever!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju. BN kalau menang jangan jadi BODOH BANGANG dengan sokongan Cinabeng yang tak sampai 1% dari jumlah pengundi Sg Limau tu. PAS kalau menang pulak janganlah jadi BODOH BERUK yang diikat dengan tali tengkoknya dan disuruh panjat sana sini olih PKR dan DAPork

      Delete
    2. CB.Hang la bodoh! Xtau apa jgn dk sbut. blog ni yg TS .hormat sama der. baek ko jual fon n laptop ko.duduk jer bwh tmpurung.xlyak bg kmen pn. xda pndirian

      Delete
  7. Abdullah Pak, Yan.4 November 2013 at 10:26

    Undi Rahsia tetapi saya telah keluar mengundi i BN kerana perasaan marah saya kepada Anwarinas yang mahu menjatuhkan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.Sekiranya Azizan masih hidup dan ditakdirkan masih menjadi MB Kedah maka pastinya orang orang Anwar dalam DUN negeri akan terus berusaha untuk jatuhkan Azizan.

    Saya yakin keluarga Azizan pun tidak akan ,memberikan undi untuk memenangkan anasir anasir Anwar.

    ReplyDelete
  8. TS, kalau BN kalah pun tak pa. BN dah biasa kalah dan bila kalah mereka terima dengan hati terbuka. Tapi kalau kumpulan tu yang kalah nanti ada la yang nak baring ka tungging ka atas jalan. Elok pi tungging dalam bendang biaq lintah masuk dalam lubang hidung

    ReplyDelete
  9. Jaga jaga dengan ulangan pempohongan yang telah dilakukan oleh parti makksiat PKR di Pilihanraya Raya Negeri Sarawak tidak lama dahulu mengatakan Pakatan telah menang dan sudah boleh menguasai Sarawak pada tengah hari. Tujuannya adalah untiuk menghalang orang keluar mengundi kerana bertmabah ramai pengundi akan akan mempastikan BN kembali berkuasa Hal ini mungkin dilakukan di Sg Limau bila dilihat trend pengundian memihak kepada BN. Saya harap semua mesti keluar mengundi.
    Kerja bohong parti maksiat ini akan terus berlaku sehingga kiamat. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.
      Ketua Umum mereka adalah bapa segala maksiat dan rasuah, tapi terlepas kerana politik dan juga tak tahu malu.

      Delete
    2. PAKATAN TETAP TERBAEK. KETUA HAMPA TU BPAK RASUAH,BPAK PERBEH DUIT RAKYAT.HANG BUKA LA MATA HANG LUAS2. HEHE.

      Delete
  10. NAMPAKNYA BN AKAN KALAH KALAU RAMAI TIDAK KELUAR MENGUNDI DI SEBELAH PETANG DAN ORANG BN PUN TIDAK AKTIF SEPERTI ORANG PAS MEMBAWA PENGUNDI.TUNJUKANLAH DEDIKASI.

    ReplyDelete
  11. Putera Gunung Jerai.4 November 2013 at 13:21

    TS Zam.Sepanjang saya berada di DUN Sg Limau ikuti perjalanan PRK saya dapati yang bekerja kuat seperri ceramah,kempen rumah kerumah,adalah dari tenaga pekerja parti UMNO.Namun khidmat dari Wakil Rakyat UMNo seluruh Kedah tak nampak langsung.Mereka ini muncul bila ada TPM atau Menteri muncul.Nampaklah muka mereka menempel didepan majlis.Waktu yang lain kemana pergi wakil rakyat UMNO kita.Begitu juga ceramah-ceramah seorang wakil rakyat pun tak kelihatan beri ceramah.Yang ligat bukan dari wakil rakyat .
    Semua pemimpin UMNO kena berubah dari sekarang.Tak payah lah ranggi denagn kereta berlambang YB itu.Ini masa berjuang.Bukan kerja lasak dan teruk orang lain yang kena buat.
    Pemimpin UMNO dan wakil rakyat UMNO kita kena lah berubah mulai sekarang.
    PRK bukan pgrogram makan angin atau bersantai.Cuba lihat macamana peketrja dan pemimpin PKR dan Pas buat kerja.Wakil rakyat Pas.PKR dan pemimpin mereka ceramah merata tempat.Wakil rakyat UMNO goyang kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas terbaek.tahniah

      Delete
  12. Menang kalah adat btanding. Parti mana yg dpt myakinkan pngundi utk masa depan....peluang menang agak besar.

    ReplyDelete
  13. Itulah sama seperti di N.27 Pantai Merdeka, kikis jalan berbulan-bulan tidak diturap selepas BN menang.Cubalah kalau dekat pilihan raya jalan yang boleh guna pun hendak di tar baru. Saya ambil gambar dan twitter kepada Datuk Mukhriz memohon tindakan selanjutnya tiada reaksi.Harap wakil rakyat tidak kira parti mana pun yang menang berkhidmatlah kepada rakyat dengan iklas bukanya sebab sesuatu.

    ReplyDelete
  14. HAHAHA.PADAN MUKA. AMPA XTAU KA YANG PAS MEMANG PILIHAN ORANG MUDA. POLITIK RASUAH DGN BODEK ORG XMAU DAH OI.. BUKA LA MATA!! ALLAHYARHAM TAN SRI TETAP PEMIMPIN TERBAEK YG KEDAH PENAH DAPAT.TAHNIAH WAT PAS KEDAH DAN KELUARGA ALLAHYARHAM

    ReplyDelete
  15. Akhirnya penduduk di Sungai Limau pun suka kekalkan undi quo.. Tak apa lah, kalau itu pilihan mereka.

    Tapi saya mohon janganlah MB kedah memulaukan DUN ini sebagaimana MB saya di Terengganu sana yang memutuskan tidak mahu bina Perumahan rakyat yang djanjikan di DUN yang dimenangi oleh pembangkang. Kawasan saya termasuk dalam dun yang dimenangi pembangkang dalam PRU jadi tak dapat kami merasa, walaupun saya mengundi parti BN baru ni. Rasa tertipu pulak..

    ReplyDelete
  16. Tahniah Mukhriz kerana telah dapat mengurangkan sokongan kepada Pas di Sg Limau. Ini adalah petanda baik untuk BN di kawasan ini di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap la. Xkira kurang ker tambah ke.yg pnting SG LIMAU selamanya milik PAS . TS pn dr awl tahu yg BN xkn menang. Buat hbis duet ja.. lbur media byk sgt.beri kt org miskin pn ada gak kebaikannya

      Delete
  17. Man Banun Sg Petani.5 November 2013 at 06:45

    Keputusan Sg Limau bukan kekalahan kepada BN tetapi BN sebenarnya menang dalam kalah. Menang kerana dapat mengurangjan undi Pas di kawasan yang cukup berpotensi dan berarti kepada mereka Cukuplah sekadarkan dapat menambah undi memandangkan pilihnarya umum baru sahaja diadakan,pemilehan UMNO pun juga baru diadakan yang kesan perpecahan dalam parti melibatkan kelemahan kerjasama dalam usaha untuk menang di kawasan DUN ini.Mukhriz pun baru sahaja jadi MB.

    Cuba fikirkan bagaimana jika pilihanraya kecil ini menghaselkan keputusan penguragan undi kepada BN?. Untuk merasakan kesannya tanyalah pada orang Pas.
    Syabas Mukhriz. Anda telah menunjukan kemajuan politik di Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gah sgt mukhriz tu knpa xdpt tandingi Aura Allahyarham TS Azizan? Maknanya bkas MB kedah lg gah la.mukhriz pn xdpt msuk line.janji mcm2. Wat prbeh duet ja tbur sana sini. Pas xgna TV pn leh menang. betul x?
      Pnduduk sg limau tahniah! Anda bijak membuat kptusan

      Delete
    2. Takder ha la la bro kalau Mukhriz tak blh masuk line Sg.Limau pun. Dia dh blh MASUK LINE YG LAGI BESAR la line Kedah ko faham tak.

      Aura Ts Azizan pon setakat sepenggal jer. Kalau dah AURA sgt apehal sepenggal jer lepas 2 dh kena PENGGAL oleh org Kedah.

      Bila mng tahniah pd pengundi. Kalau kalah mula la BN tipu la,pengundi bangla,black out,white out dll.

      Delete
  18. Tan Sri,

    Sesiapa pun yang siuman akan ketawa apabila membaca berita " SEKARANG DIUMUMKAN KEPUTUSAN PRK SUNGAI LIMAU : BN TELAH BERJAYA.........MENGURANGKAN MAJORITI PAS"

    UMNO-BN sebuah parti politik yang besar, gagah dan yang memerintah. Janganlah rosakkan gah UMNO-BN dengan pendekatan kewartawanan yang sedemikian.

    Jadilah wartawan yang disegani oleh kawan dan lawan (fahaman).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Family aq org bn. Bahkan bapa ku org kuat bn.tp dia malu sgt dgn phak media. over sgt2. Ayat pn tah apa2.

      Delete
  19. Tan Sri Zam.

    Walaupun BN kalah diSg Limau seperti biasa akan ada pemimpin UMNO bahagian,negeri dan pusat akan bercuti diluar negara seperti Medan,Jakarta,Hadyai,Phuket,London,Bali dan sebagainya.
    Lebih menarik juga akan ada yang mampu tukar motosikal baru,gelang baru,tukar kereta baru,

    Tunggu dan teroponglah .Petugas dan jentera tinggal di rumah sewa.Para pemimpin tinggal di hotel ,homestay mewah,apartmen.

    Petugas dapat tulang.Pemimpin dapat isi pejal.

    Sampai bila isu macam ini nak selesai dalam UMNO.
    Ramai tak ada keiklhlasan dan kejujuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebut ja ISU RASUAH ,bdk2 pn tahu n nampak mcm man dulang kata. Kurang2knlah. Smpi bila nk mkn jd drh dgeng cm2.ingat anak bini

      Delete
  20. Selepas BN kalah dengar pula cerita di Pekan Guar ,Pekan Sg Limau katanya calon BN tempohari adalah calon pilihan Datok Badarudin.
    Inilah pun antara penyumbang pada BN kalah.Sepatutnya calon ialah Datok Suhaimi.Dr Suhaimi bukanlah pilihan PM tetapi rekomen kuat Datok Badarudin pada PM.

    Betoi ke cerita ini.

    ReplyDelete
  21. Tan Sri Zam
    Saya melihat Pas berjaya menguasai SG Limau kerana pertamanya ianya merupakan
    kubu kuat Pas semenjak zaman Tan Sri Azizan lagi. Saya rasa tak payahlah BN berusaha keras menabur janji kerana penduduk disini memang merupakan penyokong Pas Tegar.Pas walaupun menang,bererti mengekalkan kerusi yang lama, dan tidak dapat berbuat apa apa perubahan kerana kerajaan di perintah oleh BN. Kalau tak masuk bertanding pun takapa.

    ReplyDelete