Thursday, 14 November 2013

BAHASA INGGERIS BAGI SAINS DAN MATEMATIK ANCAM SEKOLAH CINA.

FANATIK MELAYU GAGAL MEMBACA YANG TERSIRAT.

Implementasi pengajaran Sains dan Matematik   dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan  akan  membawa kemerosotan kepada  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,tetapi gulongan  fanatik bahasa  Melayu telah menggagalkan usaha Mahathir kearah itu.

Ketika orang Melayu menjadikan isu  ini sebagai "tebusan politic" untuk mengancam kerajaan, gulongan pelampau Cina juga memperjuangkan supaya bahasa Ibunda di kekalkan bagi pengajaran kedua mata pelajaran itu kerana mereka nampak bahayanya

Disebalik pertembongan dua gulongan fanatik ini , semacam ada pula persafahaman antara mereka.

Tetapi apakah faedah yang tidak kelihatan dan tidak disedari oleh fanatik Bahasa Melayu sekiranya pengajaran  Sains dan Matematik diteruskan dalam bahassa Inggeris di Sekolah Kebangsaan.?

Akibat dan kesan perlaksanaan dasar inilah yang  paling ditakuti oleh pejuang  pendidikan Cina kerana pastinya  ramai orang Cina yang  berminda praktik dan metrealistik  akan kembali menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana kualiti dan nilainya akan lebih dari Sekolah Cina.

Pandangan saya ini  mungkin dianggap sebagai tidak logik  atau  berasaskan kepada sentimen.

Biarlah saya dedahkan sesuatu  yang saya simpan tentang percakapan saya dengan dua orang pemimpin tertinggi Parti  Gerakan semasa saya menjadi Menteri Penerangan yang kebetulan berlaku dalam penerbangan ke Pulau Pinang dalam masa yang berasingan.

Seorang menyatakan" Datuk kita mesti mempertahankan  Bahasa Ibunda kita. Sains dan matematik mesti diajar dalam bahasa Ibunda."

Dan seorang lagi pula menyatakan kepada saya "Datuk jika Sains dan Matematik di ajar di Sekolah Kebangsaan dalam Bahasa Inggeris maka habislah sekolah Cina. Majority orang  Cina adalah practical minded. Mereka mementingkan nilai dan kualiti dalam melakukan sesuatu "

Orang  pertama cuba memainkan sentimen saya dan yang kedua bercakap secara jujur dan ikhlas.

Tun Mahathir bermotif  untuk mengembalikan kegemilangan Sekolah Kebangsaan dengan cepat sesoai dengan tuntutan semasa  tetapi bangsanya dalam kelumpuk fanatik gagal  membaca apa yang tersirat disebalik yang tersurat, dihantui oleh  xenophobia.

Mahatir tidak bertujuan menggantikan   Sekolah Kebangsaan dengan kembali kepada Sekolah Inggeris seperti yang diharapkan oleh gulongan Cina yang langsung tidak berjiwa nasional tetapi beliau hanya mahu dua mata pelajaran di ajar dalam Bahasa Inggeris  di samping memperkuatkan pengajaran  dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Saya gembira Tun Mahathir telah menuntut   supaya dasarnya yang  dibatalkan kerana " tebusan politik"  dipulehkan semula demi untuk tebusan bangsa.

57 comments:

  1. Apakah maksud surat pembaca ringkas dalam The Star 14 November yang menyatakan bahawa kerajaan sekarang tidak melihat pentingnya bahasa Inggeris sedangkan kerajaan telah mengumumkan dasar untuk memperkasakan bahasa Inggeris dan Melayu baru baru ini.

    Pemabca ini tidak berpuas hati kerana Sekolah Kebangsaan terus kekalkan dan tidak dihapuskan. Fikirannya sama seperrti Ketua Pengarang Star yang tetap
    tidak puas hati kerana mahukan semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa
    Inggeris.Artinya dihapuskan Sekolah Kebangsaan.
    Saya sokong Mahathir tetapi saya tidak berfikiran seperti orang Cina yang Bahasa Inggeris menjajahhi fikirannya dan bukannya melihat kepentingannya.Juga tuntutan yang bermotifkan untuk MALAYSIAN MALAYSIA dengan menjalankan dasar seperti Singapore.

    ReplyDelete
  2. Fanatik Bahasa Melayu berfikiran sempit.Maka itu orang Melayu bergerak dalam ruang yang sempit,tidak rasional dan me jadi penghalang kepada dasar dasar yang dinamik. Sampai bilakah kerajaan akan tunduk kepada mereka dan sanggup menjadi tebusan politik.

    ReplyDelete
  3. Tepat sekali. Ramai fanatik BM nih sentiasa menggunakan hujah kemajuan negara Jepun Korea Perancis dan sebagainya. Kalau nak tahu diorang dah pecut lama dah. Kita baru tangah pakai kasut lari. Tahukah anda, hampir kesemua tesis ditulis dalam bahasa inggeris. Cubalah cek sikit lawan web ini www.sciencedirect.com laman web ini mengandungi koleksi2 tesis dari seluruh dunia. Bahasa Sains amat sukar difahami jika dibandingkan bahasa inggeris harian. Sebab itu Tun M memperjuangkan PPSMI.

    ReplyDelete
  4. Dalam soal bahasa, fantik bahasa jadikan Jepun dan Korea sebagai contoh tetapi mereka tidak bandingkan sejarah ketamadonan kedua bangsa itu berbanding dengan bangsa Melayu. Jepun pernah berperang dengan Amerika kerana sudah ada kemajuan teknologi dan juga penerapan budaya bangsa Cina.

    Orang Melayu di mana ketika itu, jauh ketinggalan jauh dan masih dengan legenda Hang Tuah dan Hanga Jebat dan sekarang dalam fantasi buah kismis dan air jampi boleh mencerdikan bangsa.

    Kalau formula karut marut boleh dipercayai kenaapa sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak boleh menjadi kuasa ajaib mempercepatkan kemajuan bangsa?

    Ini adalah kerana pemikiran Melayu yang jumud yang masih tidak dapat melihat kebenaran dalam pekara yang logik tetapi cepat yakin kepada yang berunsur emosi,wahyu dan toyol.Bahasa Inggeris boleh memprogresifkan pemikiran disamping memperkuatkan nilai diri orang Melayu. Bandingkan nilai pemikiran graduan UKM yang kepondokan dengan UITM yang lebih yakin diri. Kenaapa?

    ReplyDelete
  5. Peluang untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sepatutnya diberikan kepada semua pelajar, tak kira bangsa atau status ekonomi mereka. Tapi apa dah jadi, hanya pelajar-pelajar yang ibubapa mereka mampu untuk memasukkan mereka ke sekolah private/antarabangsa sahaja yang akan mendapat 'advantage' ini. Fanatik Bahasa Melayu tak dapat menerima hakikat bahawa merekalah yang telah menganiayakan dan memundurkan anak bangsa mereka sendiri dalam persaingan di pentas dunia. Saya sokong Tun M 100% dalam isu ini.Dia memang seorang yang berjiwa besar dan berwawasan tinggi yang cukup saya kagumi sehingga ke hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi politik pengecut,politic cari populariti, politik nak menang pilihanraya telah mengorbankan dasar yang amat penting. Sekarang dalam keadaan lemah lagi takut untuk kembali ke pengajaran sains dan matekamtik dalam bahasa Inggeris. Kemudian mereka yang berfikiran Melayu seperti yang banyak berhimpun di Dewan Bahasa dan UKM akan menjadi penentang kerajaan.

      Delete
  6. Saya sendiri tidak nampak pekara ini. TK tok Zam kerana membuka fikiran saya dan mungkin fanatik bahasa yang lain. Maka itu sekarang saya setuju dengan Tun Dr.Mahathir.

    ReplyDelete
  7. Diantara sebab yang Sasterwan Negara Samad Said marah sangat dengan Tun Mahathir adalah kerana implementasi sains dan matematik dlm Bahasa Inggeris. Ini Sasterawan yang pandai bahasa Inggeris dan tidak sedar nilai dan kualiti dirinya dibina dari Bahasa Inggeris,kemudian nak sekat anak bangsa maju kedepan dalam bahasa Inggeris di dunia ilmu yang lebih besar dari sastera. Jadi Sasterwan Negara tetapi bereikiran di bawah ke langkang kera.

    ReplyDelete
  8. Pak Din Who Eat A Lot Of Belacan15 November 2013 at 09:43

    Your assumption statement is too much as if Tun M has a hidden agenda to kill the Chinese School. The reality is that Tun M want the must be able to compete globally and the Malaysian Chinese factor is only a small fraction of it. If the Malays can compete with other gigantic players in the world what is that Malaysian Chinese like Kit Siang and Guan Eng (only monkey like peanuts)? Even the mainland Chinese in China don't trust the Malaysian Chinese (a con Chinese). They prefer to do business with the Malays but Malaysian Malays go and 'tonggek' thier project to the Malaysian Stupid Chinese.
    Your assumption is totally wrong.

    Regards,
    Pak Din who eat a lot of BELACAN

    ReplyDelete
  9. Understood. How do am I going to convince the Malays without playing on their sentimen. I am not totally wrong. I know you are concernd about Mahathir.in eyes of Chinese . Why should we care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Din Who Eat A Lot Of Belacan15 November 2013 at 15:09

      My state of argument is that Mahathir is an icon of a successful Malay figure, all Malays at one time stand tall behind him. Clap and clap in the assembly even break down tears when he announced he want to resign.

      The Chinese at that time like a tamed dog, shrink their balls , keep quiet don't dare to challenge him. Now when you play your kind of sentiment the Chinese will be very happy when the Malay like you also hantam sama Mahathir. You must remember that when you hantam Mahathir indirectly you also hantam Malay Master and Icon.

      When the Chinese don't respect Mahathir they also dont't respect the Malays. Now Kit Siang and his Son and daughter in-law is very happy. I'm sure that stupid Kit Siang will spin your statement that Mahathir is racist.

      For your information sake I'm not concern about Mahathir but I'm concerned about Malays because they are all my race like me that eat belacan a lot. I don't want that stupid family of Kit Siang to piss on Malay's head.

      Regards,
      Pak Din Who Eat A Lot Of Belacan.

      Delete
  10. Pak Din you have a right perception on the majority of the Chinese in Malaysia. They even cannot associate with Singapore Chinese. So why you are worried if they angry with Mahathir. In one hand your look down to them but you also scared of what they say about us. Be reasonable.

    ReplyDelete
  11. Sdr Zam,

    Research has shown that the two subjects are best taught in their own mother tongue.

    How can the student cope to understand mathematics while at the same time learning English which is foreign to them. In the end he failed both. Are we willing to sacrifice our kid just to satisfy the ego of Tun M.

    English can be taught by increasing the lesson time by adding English literature for example. Include more role play in the curiculum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esa Adam, ini yang sdg dijalankan di sekolah sekarang. Masalahnya pelajar Melayu kurang berminat dgn bhs Inggeris.Mereka boleh berjaya dlm Math dan Sains peringkat SPM tapi selepas SPM Math dan Sains diajar dlm bhs Inggeris (BI) pula!
      Sbg guru saya takut apabila BI diwajibkan lulus nanti kerana yg akan jadi mangsanya ialah pelajar2 Melayu yg agak fobia dgn BI.
      Semasa era PPSMI dulu guru tak semestinya menggunakan 100% BI. Jika ada masalah berkaitan konsep @ arahan penting bhs Melayu digunakan.Tanyalah pd pelajar yg melalui era PPSMI itu, adakah otak mereka terus 'blank' akibat pengajaran dalam bahasa Inggeris itu? Ambil satu istilah matematik, "garis serenjang" dan tanyakan kpd orang2 tua di kg.....itu bahasa Melayu, tapi org Melayu tak semuanya faham kerana ianya adalah istilah Matematik. Jadi, tugas guru memperkenal dan memahamkan pelajar tentang istilah sama shj sama ada dlm bhs Inggeris @ Melayu. Mengajar dlm bhs ibunda memang tidak dinafikan lebih difahami, contohnya saya mengajar di Kedah, guna loghat Kedah, kalau mengajar bangsa Kadazan, guna bhs Kadazan, bangsa Cina guna bhs Cina................! Benar, pelajar lebih faham! Tapi adakah tugas guru mengajar di sekolah semata-mata utk pelajar faham mata pelajaran yg diajarnya sahaja?

      Delete
  12. Esa: Bagaimana dengan anak anak Melayu yang terpaksa mengambil MCE dalam bahasa Inggeris menerusi remove class. Mereka menghadapi keadaan yang lebih teruk danlebih tertekan. Tetapi terbukti orang Melayu boleh bangkit dalam keadaan tertekan. Mahathir tidak utamakan literature kerana beliau adalah practical dan dinamik untuk suatu jalan singkat kearah keperluan segera.

    Kelulusan MCE adalah lebih berkualiti dari SPM tetapi orang seperti Nik Safiah dan Hassan Haji Muhammad dan kepala kepala sempit di DBP dan UKM dan sesetengah berpendidikan Inggeris telah mengelirukan orang Melayu. Anak mereka dari didikan Inggeris.Jadi tak ada masalah. Bagaimana dengan anak orang kampong. Mungkin sdr termasuk dalam gulongan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Norman,
      Boleh ke murid sekolah rendah berkomunikasi macan ni ' Hi friend two + one equal to three'. dan dia sudah boleh dianggap mahir bahasa Inggris. Begiu juga dengan sains.
      Saya adalah product murid yg memasuki aliran Inggris dari sek keb memasuki special malay class dan ambil peperiksaan MCE. Tapi apa yg saya pelajari dahulu tak sama dengan apa yg anak saya belajar sekarang.
      Saya belajar probability theory masa saya ambil statistics di Maktab Mara pada tahun 1968 tapi murid sekolah rendah sekarang telah mula mempelajarinya sekarang.
      Ada pula yg kata macam mana kita nak dapatkan maklumat yg kebanyakkan research ditulis dalam bahasa Inggris. Mana ada murid sekolah rendah perlukan baca research papers. Ini semua alasan mengarut dan saja mahu mendewakan bahasa inggris.
      Graduan2 product aliran bahasa kebangsaan sudah pun melambak dan ekonomi negara tidak pula menguncup kerananya.
      Peluang pekerjaan yg dikatakan kerana kurang mahir berbahasa inggris adalah alasan pihak yg chauvanist mahu mengenepikan anak Melayu. Kenapa anak2 Cina yg lintang pukang bahasa inggrisnya mudah mendapat kerja di syarikat2 swasta? Mereka tak komplen pulak.

      Delete
    2. Esa adnan
      Saya tidak bersetuju langsung dengan pendapat yg saudara berikan.. Pernah tak saudara melihat bagaimana susahnya anak bangsa kita bila disuruh berbahasa inggeris. Saya mengajar di salah sebuah universiti. Bila ada perbincangan dlm b inggeris, kesian betul tengok anak bangsa kita, terketar2 untuk mengeluarkan perkataan inggeris.. Byk idea tapi tidak dpt meluahkan dlm b inggeris.adakah ini yg hendak kita banggakan..turun ke padang dan lihat sendiri betapa menyedihkan anak anak muda melayu kita ni.kekadang tak sanggup saya melihat mereka 'struggling to find the right words to use in english.what have we done to them. We are not doing justice to the young generation.they cannot even string a simple sentence in english.
      Memang graduan kita berlambak tapi berapa ramai yg akan dpt mencapai kedudukan yg tinggi dlm syarikat gergasi.banggakah kita jika di dalam mesyuarat budak melayu ni membisu seribu bahasa kerana kekangan bahasa inggeris.. Akhirnya jadi pak turut saja sebab semua perkara yg dibangkitkan semasa mesyuarat tidak dapt dibahaskan.berpijak lah di bumi nyata. Sebak dada saya melihat anak melayu kita tidak dapt meluahkan apa yg di rasa kerana kekangan b inggeris.

      Delete
    3. Kita sebenarnya bercakap pasal PPSMI yang mana subject Maths dan sains patutkah diajar dalam BI. Kiat bukan bercakap pasal keperluan BI. BI memang mustahak utk komunikasi dalam era global. Itu tidak saya nafikan. Tapi gunalah kaedah yg lebih efektif bukan dalam subject Maths dan Sains. Dalam usia yg begitu muda acquiring knowledge is more important. Saya ada anak angkat berumur 6 tahun. Saya galakankan dia berbahasa inggris dirumah. Dia boleh bertutur kata sedikit sebanyak dalam BI hanya dengan menonton program TV kesukaannya spti Jack n Finn dan Victorious. Dan juga mendengar lagu2 dalam You Tube. Bukan diajar Maths. Belum masuk sekolah pun.
      Pandangan saya ajarlah dalam kaedah yg betul. Cara2 lama spti yg pernah kita belajar dulu dengan 'past present tense' adalah kaedah yg lapok.
      Sdr pernah mengajar di Universiti. Apa yg universiti buat dalam memperkasa BI undergraduate mereka? Dalam 3-5 tahun di universiti tak bolehkah dibuat subject tambahan BI bagi undergraduate ni. Ada kekekangan ke? Begitu juga diperingkat menegah murid2 boleh diberi tambahan subject BI.

      Pokoknya dalam permulaan awal sekolah murid tak perlu dibebankan dengan matapelajaran BI kerana BI bukan bahasa ibunda mereka. Biarkan murid ini menimba ilmu asas dan mendapat kefahaman yg betul.

      Delete
    4. Esa Adnan
      3-5 tahun adalah tidak cukup untuk mempelajari/membetulkan bahasa inggeris.seperti yang diketahui, penguasaan sesuatu bahasa adalah ketika di peringkat kanak2 dan akan menjadi sukar apabila meningkat
      bahasa. Ini adalah sebabnya kanak2 yang didedahkan kpd bahasa pada awal akan menjadi mahir dalam bahasa yang didedahkan itu.pembelajaran b inggeris sepatutnya di lakukan ketika kanak2 di peringkat tadika dan sekolah rendah lagi.
      Universiti cuma sepatutnya menggilap potensi mereka dan bukannya mengajar basic grammar.kerja ini sepatutnya dilakukan dengan betul diperingkat sekolah. Dengan ppsmi, mereka akan didedahkan dengan b inggeris di peringkat awal lagi.. Tatabahasa juga akan meningkat..pergi lah ke universiti2 di malaysia dan cuba bertutur di dalam b inggeris kepada mereka.barulah en esa tahu apa yg saya katakan.tiada apa yang hendak dibanggakan.

      Delete
    5. Anon 21:05 Saya nak perbetulkan;
      Belajar bahasa dalam subject Maths dan Sains bukan kaedah yg betul.

      Kenapa kita boleh belajar bahasa Jepun, Francis dan German misalnya dalam masa 3-4 bulan misalnya untuk kita boleh berkomunikasi. Tapi berbelas-belas tahun disekolah dan universiti masih lagi terkial-kial untuk bertutur dalam bahasa inggris.

      Kalau guru2 maths yg mereka sendiri tak fasih BI disuruh ajar Maths dalam BI macam mana murid nak pandai. Bahasa mereka akan jadi bahasa rojak dan in the end murid akan lebih keliru dengan BI dam maths sekali. Itu sebab PPSMI tak berjaya. Kalau nak ajar bahasa inggris gurunya mesti fasih dalam bahasa inggris. Dan modul pelajaran bahasa inggris mesti diubah.

      Macam mana nak ajar grammer dalam maths. Itu sebab saya sokong PPSMI dihapuskan. Buatlah cara yang betul untuk mengajar bahasa.

      Delete
    6. Esa Adam,
      Anda boleh berteori "Belajar bahasa dalam subject Maths dan Sains bukan kaedah yg betul." , tapi saya yg mengajar Fizik dan Kimia di sekolah tahu keperluan pelajar. Tahukah anda betapa pljr Melayu cukup liat membaca bhn2 bhs Inggeris? Juga betapa kerasnya lidah mereka untuk berkomunikasi dlm bhs Inggeris (BI)? PPSMI mengurangkan masalah ini! Pelajar mahu bertutur dlm BI. Pada awal pelaksanaan PPSMI saya agak pesimis dgn pelajar, ttpi slps bbrpa tahun saya tak menjangka yang mereka (pelajar2 Melayu) lebih memahami soalan Kimia dlm BI bbanding bahasa Melayu! Saya tanya, "semasa kamu menjawab PMR kamu takkan tak baca soalan Sains yg diterjemahkan ke bhs Melayu?"Mereka jawab "Tak! Kami baca soalan dlm BI."
      Ini yg taktiknya bagi pljr Melayu yg malas membaca dan bertutur dlm BI!!

      Delete
  13. Tak praktikal BI diguna untuk mengajar kedua2 sabjek tadi. Budak2 tak faham BI dan sabjek pula bukan mudah. Guru2 disekolah lebih faham masalah ini. Policy makers hanya boleh cakap. Pendapat Mahathir salah. Elok diteruskan sahaja mengajar sabjek2 tadi dalam bahasa ibunda. Tapi pelajar harus ingat, BI penting. Begitu juga Mandarin. Pelajar digalakkan mempelajari BI dan Mandarin. Peluang busines lagi baik jika rakyat dapat menguasai kedua2 bahasa ini. Jangan jterlalu taksub dan adikan bahasa itu bahan politik sempit. Ini merugikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dol keropok Johor15 November 2013 at 15:51

      Masalahnya guru malas. Mereka juga tak faham BI,jadi kena usaha lebih. Jika budak removed class boleh belajar semua pelajaran dalam bahasa Inggeri,dua subjek dalam BI tak bolehke.
      Kita wujudkan dulu masalah dan kemudian kita selesaikan .Bukankah pengajaran kedua subjek itu telah pun berjalan dalam BI.
      Setakat ajar makan buah kismis dengan minum air jampi sahaja, Melayu tak kemana. Beri mereka cabaran dan tekanan untuk dijawab.

      Masaalahnya pegawai pegawai kementerian pun tak dinamik. Maka kita mundur kebelakang.

      Delete
    2. Anon 14.44,
      Saya setuju dgn anda dalam BI subjek yg bukan mudah. Akan tetapi kita mahu atau tidak terpaksa mengakui bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu buat masa ini. jika kita masih belajar dan mengharapkan terjemahan dari pihak ketiga untuk menimba ilmu, maka kita akan ketinggalan. Dikala anak anak rakan kita sedang sibuk mempelajari perkara " roket sains", anak anak kita pula sibuk mempelajari "past & future tense". sampai bila- bila kita akan ketinggalan.
      Saya tidak galakan anak anak mempelajari bahasa Mandarin. Saya fasih berbahasa mandarin tetapi saya dapati bahasa ini tidak ada add value di kala ini. bahkan masyarakat cina pun ramai yg tidak fasih bahasa tersebut. saya cadangkan untuk anak anda mempelajari secara mendalam bahasa Inggeris dan bahasa Al Quran. Ini yg lebih baik..

      Delete
    3. Saya setuju bahasa Mandarin tidak penting bukan kerana saya perkauman tetapi realiti iaitu bahasa ini bukan bahasa ilmu kerana ketemadonan Cina terbantut bila komunis menguasai negara itu

      .

      Kemajuan Cina sekarang adalah kerana mencontohi tamadon dan ilmu Barat yang terus berkembang, bersifat liberal ,dinamik dan progresif Samada sahaja seperti Bahasa Arab. Apa guna belajar bahasa Arab yang tidak lagi merupakan bahasa ilmu kerana kemajuan Islam telah
      terbantut kerana Islam dijumudkan oleh pemikiran ulama ulama taksub.

      Kemjuan nagara Arab sekarang kerana menggunakan kepakaran Barat dan bukan dari kemajuan ilmu Arab. Barat mengexploitasi kekayaan mereka dengan mengajar kegunaan minyak dan menggunakan wang minyak mereka untuk keuntungan dan kekayaan Barat.

      Lihatlah pembanguan Saudi, Dubai,Khatar,Oman dll semuanya dari hasel exploitasi Barat keatas kekayaan mereka. Bukan dari kemajuan ilmu dari buku buku ilmu dalam bahasa Arab yang telah dijumudkan oleh pemkiran wahyu yang terbatas.

      Delete
    4. salam utk ibnu Ariffin,
      mungkin tulisan saya tidak menyeluruh. maafkan saya. saya mencadangkan supaya kita mempelajari bahasa " Al Quran" dan bukannya bahasa Arab. Sememangnya bahasa arab juga tiada ad value dikala ini.
      JIka jita memahami & mengamalkan bahasa "Al Quran" maka kita akan sentiasa akan diberkati Allah. Lebih lebih lagi di zaman manusia sanggup mempergunakan ayat ayat Al Quran utk kepentingan peribadi. Isha Allah..

      Anon 16.50

      Delete
  14. Sipakah pemilek Hard Rock Cafe? Anak Syed Nasir bekas Pengarah Dewan Bahasa. Siapakah Syed Hamid Albar asal profesion peguam?, Anak Syed Jaafar Albar singa UMNO,nasionalis Melayu. Siapakah Zeti Gabnor Bank Negara, anak Prof Ungku Aziz. Ramai lagi anak gulongan elit yang berkualiti dan memegang kedudukan penting dari pendidikan Inggeris tetapi malangnya diantara mereka alah yang meyakinkan dengan bahasa Melayu boleh maju dengan bahasa Melayu malah gambar Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama dibakar di Dewan Bahasa kerana mahu kekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.
    Anak anak kampong jadi fanatik kerana mereka sehingga rasa salah cakap bahasa Inggeris,anak elit kerja besar besardan pegang jawatan penting dalam negara. .

    Malangnya pelampau nasionalis masih tidak sedar diri dan mahu menjadikan ebih ramai anak Melayu mangsa sentimen fanatik mereka.

    Tanya Nik Safiah anak dia kerja apa ? Belajar bahasa Inggeris di mana?. Ini orang yang mesti dihukum kerana beri kepercayaan karut kepada bangsanya.

    ReplyDelete
  15. Ramai orang (termasuk Menteri) masih confuse lagi dengan polisi Tun M. Tun M mahu anak-anak Malaysia mahir dengan scientific studies which are mostly written in English. Dia bukan hanya nak anak-anak Malaysia tahu cakap Inggeris. Semua orang tahu yang communication language is easier than scientific language. Hanya tahu bercakap tapi tak boleh nak menguasai ilmu nak buat apa?

    Ini yang menunjukkan betapa geliganya otak Tun M. He planned to kill two (maybe three) birds with one stone. Malangnya ramai yang bodoh sombong merosakkan rancangan dia.

    Kids are more resilient than adults. Betul ke budak yang susah nak belajar atau cikgu yang susah nak ajar? Kalau cikgu berbelit lidah nak ajar guna English, then guna ajelah bahasa campur bila nak explain dengan students. Pokoknya guna English terminology so that bila budak-budak ni baca thesis or any scientific documents in English, taklah macam rusa masuk kampung!

    Bebulu betul bila dengar "pencinta bahasa" bercakap. Most especially yang dah tua bangka tu. Bukan semua anak-anak Malaysia nak jadi Prof in Bahasa Melayu!

    ReplyDelete
  16. Saya adalah dari mereka yang terakhir menduduki MCE pada 1976, dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Pada MCE tahun 1977, History dan Geography mula diduduki dalam BM. Seterusnya, saya tak tahu bila BM di ajar sepenuhnya, termasuk dalam Sains & Mathematic. Dr.M, Menteri Pelajaran, 1974~1978. Bukan lah tujuan saya untuk menyalahkan Dr.M. Hakikatnya, kesilapan terbesar Ayahanda Tun, adalah membawa masuk Al-Juburi kedalam kerajaan dan diasuh sebagai bakal penganti.

    Memang betul telahan Tan Sri Zam. Kebanyakan orang Cina "berminda praktik dan metrealistik" dan mereka memilih kualiti bila menghantar anak-anak mereka untuk belajar. Memang di ketahui umum, sekolah vernacular merosot permintaannya dan banyak yang kekurangan murid, sekitar 70~80an. Apabila bertukar kepada pembelajaran dalam BM dan ditambah dengan pengIslamam di Sekolah Kebangsaan oleh Anwar Ibrahim (untuk menyaingi pengaruh PAS), permintaan sekolah vernacular meningkat, sehingga kehari ini.

    Selain dari fanatik bahasa Melayu ini ada juga mereka yang mengambil kesempatan. Mereka adalah pengarang, penerbit dan pencetak buku-buku tek dan buku latihan dalam BM. Ramai yang putus mata pencarian bila PPSMI dilaksanakan. Sekarang mereka lega dan akan terus memeras-ugut kerajaan sebagai ‘pejuang Bangsa dan Bahasa Melayu’. Yang peliknya, pembangkang pun sokong mereka ini.

    Mengenai Sains & Mathematic dalam Inggeris, saya amat setuju sekali. Malah anak saya yang akan masuk Tingkatan 2 tahun depan, nampaknya merosot dalam pembelajaran Sains dan Mathematik apabila bertukar kembali ke BM. Apa yang saya hairan, Guru lebih mengutamakan buku latihan dalam pengajaran. Malah buku teks yang diberi Kerajaan ada yang tidak digunakan langsung.

    Saya cadangkan Kerajaan mengembalikan Sekolah Inggeris atau ditubuhkan SRJK (E). Dalam bracket E , bermaksud English. Mata pelajaran Pengetahuan Islam untuk murid Muslim dan Pendidikan Moral untuk bukan Islam. Tiada unsur-unsur atau kegiatan keagamaan apa sekalipun di benarkan dalam sekolah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa E? Gunalah I, untuk Inggeris. SRJK (I).

      Delete
  17. Assalam..melayu yg beria ia membantah ppsmi adalah melayu yg takot anak anak ulu lebih berjaya dari keturunan mereka yg mungkin ada yg pemalas...maaf cakap yea...klo anak anak yg uuullu berjaya keturunan yg pemalas tuh nak ghoje hapew...
    dan yg terpenting sekali...ghasew nyew yea...dorang idak sebulu ngan tun m..tu yg walo sebaguih tahap dewa pown dorang kasi tentang...gamaknyew la....sbb saya dah takto apa sbb dorang tentang sgt...depa pown pasih omputih...ppsmi bkn nk bg pasih tp nak bg memudahkan pemahaman terma2 yg digunakkan dlm sains terutamanyew yg selalu dan sentiasa bertukar dan berkembang...adakah dewan bahasa dan pustaka sedia menterjemah setiap penemuan terma baru digunakan dlm setengah jam....errrr...sori...pendapat 1/2 sen saya..paper pown..tun m..kami saya bergantung harap pd tun...tetap sokong tun...sayang tun...gigih tun gigih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf budak2 darjah 1-6 sekolah rendah bukannya nak belajar apa itu atom colliader atau multiple regression atau time series analysis.

      Jadi janganlah nak kata org keturunan pemalas. apa yg murid belajar diperingkat awal tak akan banyak beza dengan apa yg kita belajar 20 tahun dulu.

      Delete
    2. Esa adan
      Kaum lain berebut rebut menghantar anak anak mereka menguasai beberapa bahasa tapi org melayu takut nak membebankan anak mereka dengan bahasa inggeris.. Pandangan beginilah akan membodohkan bangsa sendiri.masa mudalah otak mereka senang menyerap apa yang diajar. Kalau ramai lah orang mcm kamu ni, i rest my case..
      Nak kesian apa? Kita akan jadi kesian bila mereka tidak dpt bersaing dengan bangsa lain.

      Delete
    3. Kenapa org Jepun tak malu bercakap sesama sendiri dengan bahasa jepun walau pun berbincang perkara teknikal yg kita ada bersama mereka. Begitu juga org German dan Italy. Ini saya alami sendiri ketika saya pergi kenagara mereka berbincang mengenai perkara2 teknikal.

      Ini kerana mereka bangga dengan bangsa dan bahasa mereka. Tapi kita org melayu selalu rasa rendah diri kalau tak dapat bercakap bahasa inggris termasuk kamu anon 21.11.

      Saya kagum melihat org jepun, german, francis dan italy. mereka tak pun berasa bodoh macam org melayu yg tak bercakap inggris. malah mereka dapat menguasi teknoloji tinggi seperti bangsa german dan francis. Adakah negara india dan lebih dekat dengan kita negara philipine yg rata2 rakyatnya mahir berbahasa inggris lebih maju dari negara2 yg saya sebutkan tadi?
      Wake up anon 21.11. Pemikiran sdr masih dijajah oleh British. Kita dah masuk ke kurun 21 dan zaman cyberspace. masih ada lagi org yg mahu jadi pejuang bahasa inggris di malaysia ini.

      Delete
    4. Mungkin Esa Adam berkerja dengan Kerajaan. Oleh itu tak nampak keperluan Bahasa Inggeris.Jika berkerja swasta (Syarikat Jepun, Perancis, Italy atau China Malaysia atau), mereka yang cepat naik pangkat mesti yang berkebolehan buat report dan presentation dalam bahasa Inggeris kepada pihak pengurusan teratas.

      Delete
    5. RD,
      Saya nak sambung kpd jawapan saya terdahulu. Saya bekerja dgn swasta selama 30 tahun dan sekarang sudah retired dan menumpukan masa pada pendidikan dengan menjadi YDP PIBG sebuah sekolah kebangsaan.

      Semasa PPSMI keputusan matapelajaran murid2 dalam Maths dan Sains merosot. Ini fact dan bukan direka-reka.

      Jadi alasan2 saya menentang PPSMI bukan atas dasar sentimen semata-mata. Ini merugikan anak2 kita. Kalau polisi yg Tn Mahathir buat ada agenda lain yg saya tak tahu itu bukan masaalah saya tapi saya sedih bila anak2 kita tak dapat menguasai maths dan sains diperingkat awal. We are not doing justice to them just to satisfy the ego of adults.

      Delete
    6. Esa adnan
      Wake up and smell the roses..what utter nonsense r u talkin about. You were schooled during the english era and are able to rip the benefit of having learned english. You r successful. So after reading all your postings about yr reluctance of ppsmi, i rest my case. Why r u talking about italy, france.. How long hve their culture evolved. How long have ours.. Another point r u and the rest of the malays here as hardworking as the japanese.dahlah esa, stop jabbering n blowing yr own horns.thats what many malays r gud at, all talk, talk, talk.go to the ground, listen to our salesgirls speak.dont just come out with your opinions which r not substantiated at all.


      Delete
  18. ... cadangan Tun Dr Mahathir untuk mengunakan bahasa Enggeris bagi mata pelajaran mathematic dan science memang bagus, cuma masa dan keadaan politik di Malaysia dari tahun 1997 sehingga 2013 tidak sesuai, ini tidak bermakna sekarang keadaan politik sudah stabil, namun nampaknya suara-suara sumbang yang ingin mengugat keamanan negara sudah mula reda. Sekiranya persekitaran sekarang dapat bertahan untuk beberapa tahun, mungkin cadangan tersebut boleh di utarakan semula. Apa yang perlu ialah kesediaan politik di pihak yang menang untuk mengeluarkan 'kitol' dan 'trojan' dari arena politik Malaysia dengan penuh hikmah, ibarat menarik rambut dalam tepung... kita percaya para pemikir yang punya kuasa sebagai 'shakers & movers' telah pun mampu mengenalpasti mereka-mereka yang terlibat dan tempoh 5 tahun ini perlulah di gunakan sepenuhnya terutama di musim dimana anasir-anasir luar sedang sibuk leka dengan pembahagian laba di Timur Tengah. Para pemikir tentu sedia maklum bahawa anasir luar punya rancangan masa depan untuk tempat ini setelah laba yang mereka ratah di Timur Tengah habis. Semoga mereka pada ketikanya tidak mempunyai peluang dan ruang.

    ReplyDelete
  19. hmm...darjah 1-6..tak berubah..mcm mana yg peringkat tinggi.. ..maaf..tak salah klo berfikir 10/20/30 taon akan dtg lebih dari saya yg berfikir 1/2/3jam akan datang...nama pown pemimpin kan ...mustahil lah pemimpin berfikir mcm saya yg keje kuli....kita hidup mesti berwawasan berjati diri walo setinggi mana pangkat/serendah mana pun pangkat yg di sandang...kita tak perlu bercakap sebijik telor org putih cukuplah kita memahami setiap terma yg digunakan...klo ada telor melayu pon tak salah sbb ini m'sia..masing2 negara ada telor masing...yg penting kemajuan negara dan rakyatnya...kemajuan dunia dan akhirat mesti seiring....barulah m'sia akan sentiasa harmoni.......kata pemimpin mesti berlaku adil...berilah yg terbaik utk kami kami yg duduk nun jauh di pendalaman...ini hanya pandangan peribadi saya...lebiu m'sia...

    ReplyDelete
  20. Sdr Zam,the fact is very clear if we want to sustain our self ,we need to use English and our national language.To use politics as a barrier to change will eventually l change us any way.We will be colonised by others who are stronger than us.
    Remember we almost speak japanese,had Japanese won the world war.We speak English after the world war.Why others directed us to speak the language they choosed. Simply because history is written by the winner.
    So in that score Dr. Mahathir is a visionary and pragmatic leader.Use English in Mathemetics and science but retain national language to strengtened unity and common history.
    Last week Apple announced that 50 million new I-phone 5c is exported overseas. Malaysia participation in that product development.manufacturing,marketing is certainly zero. China sent their students to study English and participate in any economic activities.
    We choose to debate something that otherwise should be settled nad forward looking.
    Lets not wasting our time sdealing with people who refuse to change. This species will become dinosour and should be placed. in Jurasic Park.Our youth need jobs to put dinner on their table.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju penuh dengan pandangan saudara tetapi saya tidak bersetuju bahawa kita membuang masa membincangkan pekara ini kerana masih ramai dari kalangan masyarakat kita yang masih berkhayal seolah olah sejarah ketamadonan kita setua dan sehebat Jerman, Jepun,
      Francis, IItali dan lain lain negara maju dan mampu untuk mengejar
      kemajuan menerusi sains dan matematik dalam bahasa Melayu sedangkan kemajuan , inovasi dan penemuan ilmu dari masa kemasa adalah bersumbar bangsa yang berbangga dengan bahasa sendiri.Malah India yang miskin pun negaranya maju dibidang teknologi kerana bahasa Inggeris.
      .
      Kita tidak boleh mengharapkan kepantasan untuk mengejar ilmu dengan menunggu terjemahan sebuah institusi bahasa yang lembab sedang
      kemajuan dalam kedua bidang itu berkembang dengan pantas dalam
      Bahasa Inggeris.

      Selain dari itu kita bukan hidup dalam masyarkat homogenious tetapi dalam masyarakat majmuk yang amat mencabar dan kerana itu kita mestilah mencari jalan pintas.

      Disamping itu kita mempunyai jiran yang menjadi negara maju dengan penggunaan bahasa Inggeris.

      Kita tidak boleh hadapi mereka sekadar berbangga bahasa Melayu sudah maju tetapi sebenarnya tidak dilambangkan oleh kepantasan pengeluran buku dalam bahasa Melayu.Orang Singapura terus baca dan orang Malaysia tunggu istilah Dewan Bahasa.

      Kita perlu bincangkan pekara ini sehingga orang orang seperti Esa Adam celek dan sedar.

      Delete
    2. Sdr Zam,

      Saya bukan tak celik dan tak sedar. Teknologi bukan hanya dari BI sahaja. Tengok aja Samsung. Mereka dapat meguasai teknoloji komunikasi.
      Adakah org Korea semuanya fasih berbahasa Inggris. Janganlah nak bodek Tun Mahadir hingga sanggup mengorbankan anak2 kita yg masih mentah didarjah 1-6 sekolah rendah.

      Sebagai bekas seorang menteri kabinet sdr tentu maklum akan scientific study yg mendapati anak2 semuda itu akan lebih mudah memahami ilmu hisab dan sain dalam bahasa ibunda mereka.

      Ramai yg melontarkan kata2 disini mengatakan banyak research papers ditulis dalam BI. Adakah mereka ini bercakap bagi pihak mereka sendiri atau budak2 kecil ini.

      Mana ada murid dalam peringkat 1-6 sekolah rendah diminta membuat thesis papers dan perlu buat research dilibrary/google. Kebanyak mereka yg beri pendapat disini seolah-olah mereka yg belajar PPSMI bukannya anak2 mereka.

      Seperti yg saya katakan sebelum ini saya kagun dgn org Jepun. Mereka berbicara sesama sendiri cakap jepun dan menulis bahasa jepun dalam bidang2 teknikal seperti chemistry. Boleh pulak mereka faham.

      It may take years to develop bahasa kebangsaan. Tapi apa salahnya. Kalau sdr Zam masih rasa inferior dgn org Singapura itu adalah masaalah sdr zam sendiri tapi bukan saya. Saya tak rasa rendah diri bila berbincang dgn CEO2 org Jepun German atau Italy. Mungkin sdr zam rasa begitu tak taulah saya.

      Delete
    3. Semua orang Melayu yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak faham Bahasa Inggeris adalah merasa inferior kepada orang yang boleh berbahasa Inggeris. Lihatlah keyakinan diri mereka yang dapat berbahasa Inggeirs. Semasa saya menajdi Ketua Pengarang Utusan Melayu dahulu saya lebih bersedia megambil graduan dari UTM yang mengusai bahasa Inggeris dari graduan UKM. Graduan UTM dapat bergaul dengan bebas dengan keterampilan diri.

      Delete
  21. Kita kena mula dari rumah. Bemula dari lahir, mari kita bercakap dengan anak-anak di rumah menggunakan Bahasa Inggeris. Broken pun tak apa. Yang mustahak mereka berani mencuba bercakap dalam bahasa Inggeris. Buangkan sifat malu pada orang.
    Dengar radio Inggeris. Dengar lagu Inggeris. Dengar Berita Inggeris. Tengok drama Inggeris. Dalam kereta pun tune stesen Inggeris.
    Bila anak-anak dah biasa dengar dari kecil, mereka akan cepat mahir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari membuka dimensi fikir. Budaya fikir yang kacau akan membuahkan hasil yang juga kacaui. Hati-hati. Jikalau dah beria-ia sangat sedemikian maka bagaimana dengan budaya bahasa Melayu. Nescaya terpinggir media Melayu andai sedemikian sikap Melayu. Takkan kerana bahasa Inggeris sanggup dikorbankan bahasa Melayu. Yang bijaksananya apabila kita bersikap 'seperti menarik rambut dalam tepung'

      Delete
  22. Esa Adam kata dia tak rasa rendah diri bila bercakap dengan CEO Jepun, German dan Italy. Saya nak tahu dia bercakap dalam bahasa apa. Kalau dia boleh bercakap dalam Inggeris maka tidaklah dia merasa inferior tetapi kalau dia bercakap dalam Bahasa Melayu yang mereka tak faham tentu dia rasa inferior.
    Orang macam ini hanya pentingkan perasaan sendiri kerana mereka tak bermasaalah dalam Bahasa Inggeris tetapi bagi yang tak tahu,jadilah orang Melayu yang malu dan merasa tak ada harga diri. Bukan mudah kuasai BI jika tidak diajar dari sekolah rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello brother Saya bekerja dengan syarikat swasta compete dengan org2 cina. Memang bahasa komunikasi yg digunakan di syarikat swasta adalah BI. Tapi saya bercakap melalui pengalaman saya menjadi CEO di syarikat swasta dan bukan dengan gomen.

      Ramai yg missing the point here. Kita bercakap pasal PPSMI yang diajar di sekolah rendah yg saya kata tak efektif bukan kata BI tak penting.

      Mereka berkata macam mereka yg kena belajar disekolah rendah. Tapi saya kesiankan budak2 ni yg keliru bila diajar secara rojak oleh guru.

      Ajarlah BI dalam subject BI dengan guru2 yg mahir BI.

      Delete
    2. By all means teach the student English language but not through PPSMI.

      Delete
    3. Sdr Norman,

      Bukan hanya tahu bercakap aja PIBG di sekolah saya telah memperkenal matapelajaran ICT bagi murid2 dari darjah 1-6. Inilah platform yg saya fikir boleh meningkatkan kemahiran murid2 berkomunikasi dalam BI. dari basic hingga murid boleh belajar word, excel dan powerpoint. Ini adalah matapelajaran tambahan. Ibubapa kena membayarnya setiap bulan.

      Saya dapati semua SJKC ada kelas tambahan ICT untuk murid2nya. Tapi tidak di sekolah kebangsaan. Itu sebab mereka juga membantah PPSMI. Ada alternatif lain mengajar murid dalam BI dan bukan dalam maths dan sain.

      Saya harap semua faham kenapa saya bantah PPSMI.

      Delete
    4. I think i have said enough. I rest my case. No further response to this issue. Wassalam.

      Delete
    5. Esa Adam,
      Anda bukan guru yg terlibat dgn PPSMI, anda tidak tahu mana yg lebih baik utk generasi masa dpn terutamanya bangsa Melayu! Kerajaan telah bertindak seperti yg anda mahukan.........sama2 kita tunggu akibatnya kpd bangsa Melayu!

      Delete
  23. Ah, saya mungkin terlambat dalam perbincangan ini tapi tak mengapa. Dah lama tak jenguk blog saudara Zam. Harap-harap perbincangan ini masih belum sejuk lagi.
    Saya menganggap keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI adalah tepat. Ya, niat Kerajaan dulu untuk meningkatkan tahap kecekapan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah adalah murni tetapi bukan itu caranya. Sains dan Matematik adalah subjek yang agak sukar jika hendak dibandingkan dengan subjek-subjek lain. Kedua-dua mata pelajaran ini memerlukan perhatian dan penghayatan yang mendalam untuk difahami. Oleh yang yang demikian, bahasa memainkan peranan yang sangat penting. Bahasa yang memudahkan mereka untuk faham sepatutnya digunakan.
    Cuba kita lihat pencapaian para pelajar kita di sekolah-sekolah luar bandar. Nun jauh di pedalaman. Pelajar-pelajar yang dunianya memang di kampung. Tinggal di kampung. Membesar di kampung. Tiada pendedahan dari dunia luar. Dunia mereka hanya persekitaran kampung halaman mereka. Bahasa ibunda adalah bahasa Melayu dengan loghat yang segala macam. Ianya menjadi bahasa perantaraan mereka. Mak dan Ayah bekerja sebagai penoreh getah, petani, dan pesawah. Apabila genap umur untuk dihantar ke sekolah, Ibubapa mereka ini akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berhampiran dengan harapan satu hari nanti anak-anak ini dapat mengubah nasib mereka.
    Bila masuk sekolah, dek kerana dasar PPSMI, murid-murid ini belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Bahasa yang sangat asing bagi mereka. Memang asing. Belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris seolah-olah seperti belajar Sains dan Matematik dalam bahasa German. Apabila guru mengajar di depan, murid-murid ini hanya terlopong dan terngaga. Mendengar perkataan-perkataan Inggeris yang keluar dari mulut guru mereka.
    Apabila keputusan peperiksaan bagi kedua-dua matapelajaran tersebut keluar, pencapaian anak-anak desa ini dalam kedua-dua matapelajaran tersebut amat mendukacitakan. Jika sebelum ini, rata-rata pelajar ini mempu mencapai gred B dan C bagi matapelajaran Sains dan Matematik, namun dek kerana PPSMI ramai pelajar yang mendapat gred D dan E sekaligus merosakkan pencapaian mereka bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Apabila ini terjadi, mereka tidak dapat melanjutkan pengajian ke tahap yang seterusnya.
    Persoalannya, adakah gred-gred yang diperolehi oleh para pelajar ini menunjukkan pencapaian sebenar mereka dalam kedua-dua subjek tersebut? Bukankah perkara tersebut terjadi kerana masalah bahasa? Mengapakah kita menjadi begitu kejam sekali untuk 'impose' dasar ini ke atas pelajar-pelajar kita di luar bandar?
    Apabila perkara sebegini terjadi, secara tidak langsung ianya telah menggelapkan masa depan mereka dan menutup peluang anak-anak desa ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat selanjutnya. Dan mereka ini akan kekal tinggal di kampung seperti ibubapa mereka.

    ReplyDelete
  24. Saya seorang guru Matematik dan Sains yg menyokong pengajaran Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris. Tahun pertama diajar,dalam bhs Inggeris keputusan Matematik Tingkatan 1 sekolah saya terus turun! Saya buat analisa dan saya dapati penurunannya kerana lebih ramai pelajar Cina yg gagal dalam Matematik! Adapun pelajar Melayu yang gagal dlm Matematik bukan faktor bahasa tetapi mereka memang lemah dalam Matematik biar pun diajar dlm bhs Melayu! Sebab itu saya tak hairan PPSMI dibantah oleh org Cina, tapi saya hairan bila dibantah oleh PAS dan saya lagi hairan bila dibantah oleh org UMNO.
    Sememangnya org tak terlibat dgn PPSMI tak tahu hakikat sebenarnya. Begitu juga dengan org yg tak berlatarbelakangkan sains pun mungkin tidak tahu betapa sakitnya seorang mahasiswa sains yg dtg dari aliran melayu nak menelaah fakta2 sains dalam bhs inggeris!
    PAS pun pelik, kalau nak perjuangkan bahasa Melayu hapuskan PPSMI, bagaimana pula pelajar2 agama yang menggunakan kitab Arab........bukankah kita perlu gunakan kitab Melayu @ yang dialihbahasakan ke bhs Melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun perbincangan ini tahun lepas namun saya sangat berharap bantuan dari mana2 pihak yg boleh memberitahu saya kalau2 masih ada sek keb yg mengajar math sc dlm bhs inggris. sbb nya anak saya tidak dapat memahami pelajaran yg diajar dlm bhs melayu.

      Delete
  25. Tiada pemimpin sebaik Tun M. Dua PM yang menggantikannya telah gagal sepenuhnya. Tun M dan Lee Kuan Yew adalah dua pemimpin agung di rantau ini. Pemikiran mereka melangkaui batasan bangsa dan agama yang sempit.

    ReplyDelete
  26. Hі, just wanted to mention, I lofed tɦis post.
    It wɑas inspiring. Keep on posting!

    Herе iѕ my blog :: livejasmin credit hack 2013 download

    ReplyDelete