Sunday, 10 November 2013

AIR ASIA TARIK BALIK TUDUHAN RASIS TERHADAP UTUSAN MELAYU

KAMARUDIN MERANUM BERJIWA BESAR MEMINTA MAAF.

Kamarudin Meranum
Air Asia yang menyaman saya sebesar lima juta kerana memberikan gambaran ia menghidangkan babi dalam penerbangannya telah meminta maaf kepda Utusan Melayu kerana tindakan Ketua Eksekutif AirAsia X,  Azran Osman Rani menuduh Utusan Malaysia  rasis dan mengancam akan menarik balik iklan Air Asia di Utusan.

Dalam satu kenyataannya kepada Utusan Malaysia pada 8 November ,Pengerusi Eksekutif Air Asia  Bhd, Datuk Kamarudin Meranum menyatakan  kesal terhadap tindakan Azran itu tetapi masih mahu memberikan  peluang kepadanya untuk menyedari kesilapannya dan telah memintanya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya.

Kamaruddin memberitahu bahawa beliau telah pun mengutus surat kepada Pengarang Kumpulan Utusan untuk memohon maaf dan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Azran itu yang di luar jangkaannya.

Bagaimanapun Ketua Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri  Mohd Hashim Makharuddin memberitahu sehingga ini belum menerima secara rasmi  surat permohonan maaf itu.

Dalam Majlis Aidil Fitri Utusan Melayu yang lalu ,saya memberitahu Datuk Kamaruddin  tentang tindakan saman RM5 juta Air Asia terhadap saya kerana memberikan imbasan Air Asia menghidangkan babi dalam penerbangannya.

Saya memberitahunya gambaran itu sejajar  dengan dakwaan yang dibuat oleh Azran mengatakan Utusan rasis  yang  saya tidak dapat terima  kerana merupakan suatu fitnah jahat terhadap Utusan Melayu yang merupakan darah daging saya setelah berkhidmat dengannya lebih 40 tahun. Kamarudin memberitahu bahwa beliau  tidak tahu menahu  mengenai tindakan itu.

Saya juga telah memberitahunya bahawa pemintaan maaf saya kepada Air Asia walaupun diminta saya menyiarkannya dalam blog saya hanya  selama enam bulan bagi membatalkan saman RM5 juta tetapi saya akan siarkan sehingga akhir hayat saya  supaya disedari dari generasi ke generasi.

Saya ucapkan  terima kasih kepada  Datuk Kamaruddin kerana kesanggupannya meminta maaf kepada Utusan  itu membuktikan bahawa beliau memiliki  Big Heart atau Berjiwa Besar   kerana sanggup mengambil tanggungjawab atas perbuatan ketua eksekutifnya yang tidak bertanggungjawab,tidak bermaruah dan menimbulkan rasisme dalam perniagaan.

Kamaruddin  juga membuktikan dirinya sebagai seorang yang terkawal dengan kesedaran nasional dan tidak terkongkong oleh kepentingan perniagaan  semata mata.

DARI:  Rocky' Bru

Sunday, November 10, 2013


Now everyone can sorry

Kamarudin Bidas GLC, Utusan Malaysia, 8/11/2013
Kamarudin Meranun and the man who "gave" him Air Asia 
The Din Meranun I know is a quintessential Malay gentleman. So I'm not surprised to read that he had written to my friends at Utusan Malaysia to apologize for the things said by a subordinate at Air Asia X sometime back. 
Zam, ex Utusan boss
I also believe that Din genuinely had not known about the lawsuit that Air Asia had filed against Zam for things the Tokoh Wartawan Negara had written onzamkata.blogspot.com in the aftermath of what that subordinate had said.  
Now that Din is executive chairman of Air Asia in charge of ties with government aviation regulators and other airline authorites, we can expect the airline's PR to improve. The legal suit against Zam must be officially withdrawn. 
Perhaps then everyone can be friends. 
Read also:
Apology, on behalf by Bujai
Tombstone Air juggling act by Big Dog

9 comments:

  1. .. kenapa ianya memakan masa sampai 6 bulan untuk minta maaf.. jika diimbas kembali, bayak peristiwa telah berlaku sepanjang tempoh tersebut, .. antaranya BN sudah kembali berkuasa.. Pemilihan UMNO telah berlalu.. suara-suara sumbang dan demonstrasi jalanan sudah mula senyap.. dan yang paling mengerunkan ialah orang ramai sudah mula sangsi setelah terbangkit dari lamunan slogan yang berbunyi ..' now everybody can lie'... barulah tersedar bahawa kerusi penuh yang dilihat selama ini hanyalah fatamorgana semata... dan yang kelihatan datang berpakaian putih dari jauh bukanlah malaikat.. tetapi para 'chettiar' sedang mengelek buku hutang....

    ReplyDelete
  2. Baru sekarang nak minta maaf? Dah 6 bulan berlalu? Yang minta maaf pun bukan yang empunya badan. Saya rasa tak ikhlas. Ini mesti sebab boikot Melayu pada AA dah ada impact sedikit sebanyak kot?

    Whatever it is, I still think that AA is an unethical organisation. Have they paid ALL the airport taxes that they took from the customers (way in advance) to MAHB? If they didn't and MAHB gave them discount for them to settle, the discount is actually duit haram that AA owed to the customers.

    ReplyDelete
  3. Azran tu Melayu apa dan siapa Azran tu? Nak kata Utusan racist? Bila ada saingan boleh menggugat AirAsia baru nak mohon maaf. Cakap sama Azran design la tangga besi karat yang elok sikit untuk penumpang nak turun naik AirAsia tu.

    Tak payah sibuk sama racist atau Utusan. DAP kawan Azran tu bukan bapak segala racist ke? Apa la bodoh dan otak beku sangat.

    ReplyDelete
  4. Mahfuz Shah Alam.10 November 2013 at 21:42

    SYABAS KAMARUDIN MERANUN! GUA CAYA SAMALU.

    ReplyDelete
  5. kalau tidak dulu air asia dpt duit dari saya tiap2 bln kerana gi mkn angin jalan2 serata negara asean. lepas satu insiden paspot saya krg satu mgu aja capai 6 bln utk mati staf air asia kat airport tak bagi saya boarding, walaupun saya dah cx dgn imigeresen dn mereke tak ada hal dn saya pun kata kalu saya tak dpt msk ke negara yg saya nak gi tu saya sendiri tggung risiko, tapi masih juga mereke tak bagi saya pergi. jdi lps tarikh itu saya dah janji pada diri saya tak akan naik air asia lgi, kini hampir empat tahun saya tak naik air asia, cuma Mas dn lain2 jenis penerbangan.

    ReplyDelete
  6. Jgn cepat melatah dato, aiirasia dah mula rasa bahang boikot tambahan pula dengan bermulanay operasi malindo air, kalau bukan sebab ini jgn harap puak ni nak minta maaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Saya cukup sedar. Saya mempunyai pandangan yang sama dengan saudara.

      Delete
  7. Putera Gunung Jerai.11 November 2013 at 06:29

    TS Zam.Air Asia melalui minta maaf kerana langit sudah timpa kepala Air Asia.
    Rupanya pengguna raicist sudah mula boikot dengan Air Asia.Periuk nasi sudah mnula masuk pasir.
    Kenapa Azran sendiri yang tak minta maaf.Melayu pun sengkek lagi.
    Sebab itu seminggu dua ini sudah ada iklan Air Asia di Utusan Malaysia.
    Kalau kuasa pengguna tak racist tobat Air Asia tak minta maaf.
    Sudah tiba masanya pengguna juga ada kesedaran racist.

    ReplyDelete
  8. Bagi saya minta maaf atau tidak, sama sahaja. Saya tak teruja untuk melompat sampai ke syiling kerana AirAsia minta maaf. Kepada AirAsia, kalau tak minta maaf pun tak apa, nak takut apa dengan Utusan Melayu. Cuma saya tertanya-tanya dalam satu entri Tan Sri ada mengatakan Kamaruddin Meranun kata dia tak tahu tentang AirAsia saman Tan Sri RM5 juta. Nampaknya di AirAsia siapa sahaja boleh menyaman orang lain atas nama AirAsia. Bayangkan Pengerusi Ekselutif pun tak tahu, siapa yang sebenarnya saman Tan Sri. Mungkin budak pejabat, tukang cuci atau tukang kebun AirAsia yang saman.

    ReplyDelete