Sunday, 20 October 2013

PENYOKONG PENYOKONG MUKHRIZ MESTI BUKTIKAN KELEMAHAN MCMC.

LAPORKAN KEPADA POLIS FITNAH MALAYSIAN INSIDER 
Rocky's Bru:I think the Malaysian Insider editor concerned did it because he/she reckoned the portal would get away with it, like they'd gotten away many times before. I mean, look at the apology - how blasé! How sincere is the apology when you removed the "offending articles" but not the disparaging comments by readers (who were responding to the erroneous original article), and when you still proudly displays the article under your "Most Read" section?
Walaupun portal berita MALAYSIAN INSIDER telah menarik balik laporannya mengatakan Mukhriz telah menabur wang untuk kemenangannya bagi jawatan Naib Presiden UMNO tetapi penyiaran sepintas lalu dan juga mesej  di Facebook  yang didakwa dari Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO  mengatakan Jawatankuasa Displin Parti  tidak melayakan Mukhriz bertanding menjelang pengundian telah memberikan sumbangan besar kepada kekalahan kecil Mukhriz.

Tidakah ini merupakan suatu konspirasi untuk membunuh masa depan politik  Mukhriz?

Berlakunya pengiriman mesej fitnah secara serentak antara Facebook dan Malaysian Insider dengan stratiji sepintas lalu dalam saat genting kepada sesaorang calon tidak boleh dibiarkan berlalu bagitu sahaja kerana dapat dibacakan sebagai  suatu konspirasi jahat terhadap Mukhriz.

Mesej panas  seperti ini ini tidak perlu kekal lama di permukaan web tetapi cukup untuk sepintas lalu.Malaysian Insider tahu apa yang dilakukannya. Mereka cukup profesional dalam hal ini.

Walaupun di maafkan oleh Mukhritz tetapi orang ramai dan seluruh penyokong Mukhriz adalah sedang menunggu  sikap  MCMC dalam  menjalankan tanggungjawabnya.Apakah kerana Mukhriz memberikan kemaafan maka  MCMC juga mesti memberikan kemaafan.Hal ini tidak seharusnya dilihat dari kepentingan politk Mukhriz tetapi dari segi  kebebasan untuk membuat fitnah.

Telah disedari umum bahawa Suruhanjaya Multi Media Malaysia(MCMC) tidak mahu terjebak dalam isu isu yang akan menjadi masalah kepadanya terutama isu politik  sekalipun mempunyai kepentingan nasional. Ia lebih mahu menjadi  popular sebagai pendukong nilai  libralisme global dari mengutamakan kepentingan nasional seperti  yang ditunjukan oleh  Singapura dan China.

Pekara yang berlaku kepada Mukhriz  sangat berat dan sangat serius  yang sukar untuk difahami oleh orang orang yang tidak mempunyai sensitiviti politik di MCMC .Terlalu banyak kemaafan MCMC kepada Malaysian Insider .Entah kenaapa???.

Adalah menjadi tanggungjawab penyokong penyokong Mukhriz di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap laporan fitnah  Malaysian Insider untuk membolehkan  rakyat melihat lebih jelas sikap MCMC dalam hal ini.

16 comments:

  1. Hal tindak tanduk MCMC sepatutnya bukan sahaja khas untuk kepentingan Mukhriz Sahaja tetapi untuk seluruh masyarakat umum. Jangan kerana Mukhriz VIP dia dapat layanan istimewa olih MCMC tetapi juga untuk semua rakyat tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ler bongok, dalam hal yang dibangkikan sdra Zam adalah isu yang membabitkan Mukhriz, jadi MCMC patut siasat penganayan kpd Mukriz ler...Lain kali klu Joe Black yang kena anaya, maka MCMC wajar menyiasat untuk membela Joe Black pula.

      Awat yang hang benci sangat kat Mukriz tu? Hang marah kat bapa dia pasai apa hang marah kat dia. Hang pi la kat bapa dia marah depan dia!
      Hang bacui ka?

      Delete
    2. joe black,
      ko paham ka tidak mesej blog pak zam ni? ngok!

      Delete
  2. MCMC? Ada telor ke mereka tu? Serupa jugak sprm, apa dah jadi dgn kes azmin ali? Apa hasil siasatan kat perak yg mana semasa pr memerintah 11 bln ada exco2nya menjadi kaya raya? Tak nampak telor mereka.tp cuba terjadi kat kerajaan atau umno, contohnya kes khir toyo.secepat kilat adakan siasatan dah berdesup jugak masuk mahkamah, masa tu telor mereka boleh dilihat dari jarak 10 km jauhnya.peguam negara pun harus ditukar secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. Joe Black - Anjing Pakatan (anjing ini boleh dilihat komen komen mengutuk UMNO dan orang orang Melayu pada blog blog pro Pakatan termasuk blog Kit Siang)

    ReplyDelete
  4. Yang berhormat Zam, Keputusan Status Quo UMNO membuktikan kematanagan perwakilan UMNO mengundi mimilih ahli ahli yang akan menguburkan UMNO dan BN di GE14.
    Sekarang Najib Berjaya status qua dengan all the YES man.
    Zam, masa sudah tiba untuk menubuhkan kumpulan pendesak melayu yang aggresif dan progressif (bukan stlye Perkasa) untuk mendesak Najib jika Najib bertukar wajah menjadi Ah Gib Gor. UMNO sekarang tak boleh harap. UMNO sekarang untuk yang kaya dan maha kaya.

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut undi popular UMNO dan BN duk di kerusi pembangkan dan Anwar sekarang tersenggih senggih jadi PM. Nasib baik tak pakai UNDI popular.

    ReplyDelete
  6. TS Zam
    Saya setuju dengan saranan Anon 22.21 . Sudah tiba masa nya untuk mengwujudkan kumpulan Melayu yang aggresif tapi progressif.

    ReplyDelete
  7. MCMC seharusnya mengambil tindakan segera kerana ,kes ini bukan sekadar penginayaan terhadap MM tetapi penyalahguna nama seseorang yang mempunyai kuasa dan jawatan dalam kerajaan . Sekiranya MCMC gagal bertindak mungkin akan ada pihak yang akan membuka "akaun sosial palsu" yang menggunakan nama DSN dan membuat pengumuman yang boleh memberi kesan terutamanya kepada soal keselamatan negara .Kita perlu melihat akviti ini dari sudut yang lebih jauh dan bukan sekadar sudut politik sahaja .

    Bagi MM pula saya amat tertarik dengan cara beliau menangani segala bentuk serangan dan sama sekali tidak akan mencalar kredibiliti beliau sebagai salah seorang pemimpin masa depan .

    Dalam konteks pemilihan UMNO kali ini MM ada pemenang sebenar .Walaupun lawan (KJ) mengunakan seluruh kekuatan dari pengaruh Presiden sehinggalah pengaruh media massa namun sokongan yang beliau terima amat membanggakan .

    Saya amat berharap MM akan terus mengekalkan penjuangan beliau . Masa depan UMNO semakin gelap dan mungkin dalam PRU14 Umno akan kehilangan kuasa . Saya pasti ramai antara pemimpin UMNO akan meninggalkan kapal yang karam .Tidak mungkin seseorang yang bercita cita untuk menjadi PM akan terus tinggal di dalam parti yang lemah , pemimpin seperti MM dan Akhramshah yang boleh diharapkan untuk memulihkan UMNO.

    Kepada DSN sekiranya Umno kehilangan kuasa pada PUR14 janganlah "tsunami Melayu" disalahkan.

    ReplyDelete
  8. Datuk
    Mayu oh Mayu.Kes lembu2 pun depa sokong.ni kan pula MB Kedah yg dok brhinguih

    Wawa

    ReplyDelete
  9. Putera Gunung Jerai.21 October 2013 at 10:39

    TS.Zam.

    Sebenarnya Muhkruz kalah bukan kerana fitnah.
    Kenapa ada tokoh lain kena fitnah moral dan akhlak pun menang.
    Puncanya kerana Mukhriz dikatakan salam kosong,salam teh o.salam karipap.
    Susah jadi amalan buruk perwakilan UMNOsejak dulu kini dan selamanya denagn rasuah politik wang.Inilah punca utama.

    TS Zam tahu ke tidak.'
    Semua yang menag besar atau kalau nak menang kena nelanja besar.
    Itulah puncanya.
    Isu fitnah kecil sahaja.
    Hampir semua perwakilan dari kampung,luar bandar,yang hidup miskin jadi perawkilan mengharapkan duit kopi.

    TS zam jangan buat-buat tak tahu amalan perwakilan UMNo.

    Itulah Mukriz kurang sambutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan saudara tetapi oleh kerana tidak menggunakan wanglah maka Mukhriz telah mendapat undi tinggi yang hampir mengalahkan Hishamuddin.

      Mukhriz berjaya dalam menegakan nilai moral di kalangan ahli UMNO sekalipun kalah.Dia kalah bergaya.

      Sekalipun apa yang dilakukan oleh Malaysian Insider tidak berkesan tetapi sewajarnya penyokong Mukhriz melakukan sesuatu untuk memperkenalkan keburukan moral Malaysian Insider. Tidak boleh dibiarkan berlalu bagitu sahaja.


      Delete
  10. TS Zam.. Saya sangat bersetuju dengan Putera Gunung Jerai, sebab itu DAP, MCA dan Gerakan, termasuklah mentor mereka Singapore anggap Melayu low class, no school, kalau ada school pun tak pernah nak jadi orang cerdik, baca apa kata Cgedet dalam entry terbaru...

    ReplyDelete
  11. Lembu-lembu Australia makan makanan yang enak-enak, berkhasiat....patutlah sihat-sihat belaka. Lembu-lembu Malaysia dapat saki baki rumput tepi jalan pun dah happy...patutlah kurus-kering....senang gembala lembu tarik ke hulu ke hilir.

    Makan Budu

    ReplyDelete
  12. Sokong cadangan itu, tapi takkanlah MCMC siasat pasal Mukhrz lagi. Macam mana dengan report oleh rakyat pula? Ingat MM saja bayar cukai kepada kerajaan ke. Wang pencen saudara pun rakyat yang bayar, kenalah adil juga. Siasat semua, tanpa pilih bulu tuan saja,

    ReplyDelete
  13. Tan Sri, saya percaya sabotaj yang di Malaysian Insider itu dilakukan oleh orang UMNO sendiri dan barangkali diketahui oleh pihak atasan UMNO. Saya juga percaya sabotaj itu dilakukan oleh Malaysian Insider kerana ada pemimpin UMNO yang menjadi sebahagian daripada Malaysian Insider atau kawan rapatnya yang membiayai portal itu. Tujuannya untuk mematahkan Mukhriz kerana beliau akan menjadi saingan pelapis kepimpinan penting UMNO pada masa depan atau beberapa tahun lagi. Malah ada pihak yang sangat kecewa dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Mukhriz dalam pemilihan yang lalu. Orang UMNO bukan semua suka kepada Dr Mahathir buktinya suatu ketika dulu akhbar arus perdana terutama kumpulan NST sangat anti Mahathir. Kerana itu sabotaj ini dilakukan oleh pihak berkenaan. Persoalannya sejauh manakah kuasa SKMM untuk mendedahkan si polan kerana kuasa mendakwa hanya kepada Peguam Negara. Saya fikir walaupun TPM mengarahkan SKMM siasat akhirnya akan senyap begitu sahaja.

    ReplyDelete