Tuesday, 22 October 2013

NAJIB BERJAYA KETEPIKAN GULONGAN MAHATHIR DALAM UMNO.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah berjaya mengenepikan " Faction" atau gulongan Mahathir dalam UMNO.

"Dengan itu Najib mesti menunjukan kekuatannya dan bertindak tanpa teragak agak," kata kolumnis The Star Karim Raslan dalam rencananya bertajuk Najib consolidates di akhbar itu hari ini.

Dalam bahasa asalnya Karim berkata " Having side-lined The Mahathir faction within UMNO,he must show us his true mettle."

Semalam Joceline Tan kolumnis The Star yang  tersuhur telah membuat konklusi bahawa Najib tidak dapat membasuh tangannya terlibat dalam usaha mengenepikan Mukhriz anak Mahathir apabila semua bahagian di Pahang tidak memberikan satu undi pun kepada Mukhriz.

Kata Joceline' Not a single division in Pahang dared to go against what they perceived as the wisheh of UMNO president Datuk Seri Najib.
" Pahang is the Prime Minister's state and we made the decision to go with the incumbent," said Temerloh Umno Chief Datuk Sharkar Shamsuddin.

Kabarnya keputusan semua bahagian UMNO Pahang itu adalah bertentangan dengan apa yang dimaklumkan oleh MB Pahang kepada Mukhriz.

Sepatah kata Najib bahawa Mukhriz walaupun kalah  telah mempamerkan prestasi yang sangat mengglakan dalam persaingan yang sengit dengan Datuk Hishamuddin dan juga kata kata Timbalan Presiden Muhyiddin  bahawa Mukhriz menang dalam kalah menidakan pandangan Karim dan membuktikan dia lebih dikuasai oleh sentimen kebenciannya kepada Mahathir dan bukan  suatu perhetongan yang matang.

Konklusi ini juga dibuat  Karim Raslan kerana hendak memperkecilkan cabaran yang semakin besar kepada Khairy dalam cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri yang amat jelas terbentang apabila populariti Mukhriz  mengatasi Hsihamuddin walaupun kalah.

29 comments:

  1. Mukriz will prevail in years to come. Not to worry

    ReplyDelete
  2. 'Mukhriz menang dalam kalah'

    belanda masok final world cup 2 kali & kalah terturut2 walaupun permainan mereka lebih baik dari team2 johan. banyak mengatakan 'sekiranya venue perlawanan di belanda sudah pasti jadi champions'. johan tetap johan la, ertinya no. 1 lebih baik dari no. 2. matlamat perang ialah kemenangan walaupun kalah pertempuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menang jadi abu ..kalah jadi arang buat ape... tiada guna baa.. Umno masih lagi di diterajui oleh orang lama yang berfikiran jumud dan tak mahu berubah.. Yang Pasti PRU 14 , UMNO akan berani berubah menjadi pembangkang..tanda tanda telah dapat dilihat sekarang...

      Delete
    2. menang jadi arang kalah jadi abu

      Delete
    3. its aint over till its over! people have short memory span. remember anwar? he was The Chosen One. what happened to him now?

      so for KJ and hisham if both of them are rotten at the core, they will not get what they want!! history has taught us that.

      Delete
    4. Anon 21:37

      I'm with you, they don't see it now but like the sharp eyes that you are and just as you said, "it ain't over.." and I said "...till the fat lady sings"

      Najib's trying to outdo his Dad, apparently his Dad do it with more heart and conviction.

      Phoenix Bangkit!

      Cheers

      Overseas Malay

      Delete
  3. Diantara kepimpinan Dol Badawi,,,,,,Najib........Dr M......siapakah yg lebih tegas dan berwawasan. Sudah tentu Dr M......jadi mengapa beliau harus diketepikan?
    Adakah tindakan Najib ini betul?
    Saya melihat Dol dan Najib hanya sebagai pentadbir yg hanya berupaya to fill in the blanks tetapi Dr M adalah seorang pemimpin yg benar2 memimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even "to fill in the blanks", they need a bunch of advisors... *sigh*

      Delete
  4. anon 10.58
    insya allah

    ReplyDelete
  5. Lautan dalam sudah di duga. Mukhriz kini tahu di mana terdampar nya bahtera beliau. Untuk sementara beliau boleh berlabuh sehingga armada perang nya boleh di lengkapkan. Sekurang-kurang nya untuk tiga tahun akan datang.

    Satus quo masih kekal, maka PM Najib di jangka selesa melaksanakan pentadbiran nya. Apa yang di harap, tiada pemimpin-pemimpin yang berada dalam pimpinan beliau 'memekakan telinga dan membutakan mata' kerana majoriti melayu kini terkesima tanpa perubahan sebenar parti Umno.

    Semoga melayu tidak di gula-gula dan di biaskan. Jika ia masih berlaku, tidak keterlaluan jika saya nyatakan Ali Rustam telah di hadiahkan dengan 'kehilangan pengaruh dan kuasa yang teramat sangat' sama ada dari pihak cina dan terbaru dari sokongan Melayu.

    Mana silap nya, dia sendiri yang tahu. Politik sekarang bukan lagi berkisar kepada apa pembangunan yang di lakukan tetapi lebih dari itu. Ia amat memerlukan 'Obor roh dan semangat'. Perjuangan benar mesti terus hidup dan boleh di julang oleh sesiapa sahaja yang bernama dan berbangsa Melayu beragama Islam.

    Bukan politik saya berkuasa, menghabiskan wang peruntukan tanpa kebenaran akibat perangai tamak yang sia-sia.

    Rugi di dunia, rugi di akhirat ! Allah SWT akan amat murka !

    ReplyDelete
  6. InsyaALLAH pemimpin yang jujur akan dibantu ALLAH. Dari rahmatNya akan berduyun orang membantu dan memenangkan mereka yang jujur dan ikhlas. HArus diingat mainan istana, juga ibu janggal tua serta pengaruh media pro-pembangkang dan lain lain cara yang kotor sudah jelas terbentang.

    Ini kali sajalah, rakyat sudah dibukakan mata . Jangan anggap lalauan Hishamuddin dan KJ akan mudah pada pemilihan akan datang.

    Dalam kemaraan, berundur satu langkah kebelakang bukan bermakna kekalahan. Mukriz tahu dan faham akan strategic retreat dan ia akan lakukan sesuatu yang akan menawan hati ramai bakal pengundi dan mana tahu Istana pun mungkin akan menyesal kerana turut campur hal ehwal politik rakyat...

    ReplyDelete
  7. Salam dan sejahtera hendaknya ayahnda Zam semoga Allah terus memberi kekuatan untuk mencoret ulasan terbaik untuk generasi masa depan.Izinkan saya memberi sedikit luahan rasa yang berbuku didada saya beberapa hari ini.Ayahnda Zam seorang penulis yang telah melalui beberapa zaman dari Zaman Tunku hinggalah sekarang.Sudah tentu ayahnda tahu bahawa bahawa apa yang telah berlaku kepada DP Mukhriz adalah satu sekatan yang amat terang walaupun cuba dinafikan oleh pelaku-pelakunya tetapi itulah realitinya.Sekatan ini dilakukan untuk menghalang kemaraan DP Mukhriz yang dilihat sebagai ancaman cita-cita rakus politikus yang sebenarnya telah terang-terangan menyatakan keinginan beliau untuk menjadi PM dalam usia mudanya.Ini pernah dinyatakan olehnya beberapa tahun yang lepas.Malahan pada PRU 12 yang lalu nama DP Mukhriz nyaris-nyaris tidak dimasukan untuk bertanding tetapi hanya disaat akhir apabila politikus tersebut mendapat tekanan dari pemimpin diatas barulah DP Mukhriz dapat menjadi calon.Malahan kawasan parlimen itu juga diketahui sebagai kubu kuat parti PAS dan harapan untuk DP Mukhriz menang agak tipis.Tetapi ketentuan Allah juga memenangkan DP Mukhriz dan pula dilantik sebagai Tim.Menteri.Ini menjadikan politikus itu nampak bahawa DP Mukhriz adalah ancaman kepada beliau dan menjadikan DP Mukhriz sebagai sasaran untuk dicantas secepat yang mungkin.Tetapi Aura pemimpin yang kuat serta sikap yang tidak hipokrip DP Mukhriz telah menambat hati rakyat kedah apatah lagi PM Najib memberi "endorsement" untuk beliau menjadi MB Kedah sekiranya BN menang di kedah pada PRU 13 yang lalu.Dan takdir Allah juga berlaku DP Mukhriz dan calon-calon BN menang dan dapat membentuk kerajaan.Ahh maka bertambah panas serta gerun politikus tersebut maka beliau mencari siapa yang beliau dapat gunakan untuk menahan kemaraan Dp Mukhriz.Dapat, beliau dapat orangnya, seorang polikus yang sedang dalam kegentingan kerana populariti beliau semakin haus disebabkan sikap beliau menangani isu-isu keselamatan negara.Sampai disini dulu ayahnda Zam akan saya sambung lagi.

    ReplyDelete
  8. Putera Gunung Jerai.22 October 2013 at 19:41

    Mukriz kalah kerana ada tangan dari Sri Perdana yang keluarkan arahan agar Mukriz di cantas.
    Shahrizat jadi alat Sri Perdana.
    Nak belas dendam kerana Tun Det kritik isu NFC dulu.
    Ramai Ketua Bahagian dan MT akur kerana masa depan mereka.

    Memang betul kumpulan Mahathir sedang dicantas oleh Sri Perdana.

    Ini makna nya
    Mahyudin juga terancan pemilihan masa depan.

    Politik UMNO makin kotor dan comot.

    Tanpa campur tangan Sri Perdana Hishamudin mungkin hanyut..

    ReplyDelete
  9. Najib jalankan dasar PECAH dan PERINTAH dikalangan sesama UMNO.

    ReplyDelete
  10. Mukriz walau kalah dalam pemilihan UMNO dua kali (Ketua Pemuda & Naib Presiden) membuktikan kehebatannya dalam PRU di mana pada PRU 12 beliau menang Parlimen Jerlun yang sukar (kubu PAS) dan PRU 13 di Air Hitam juga kubu PAS. Ini menunjukkan beliau diterima oleh pengundi (voters). Ini yang PM perlu lihat, iaitu Mukriz always perform & deliver at PRU. Ahli UMNO juga perlu lihat analisis dari keputusan PRU. Mukriz dah bawa balik Kedah kepada BN. Apa sumbangan utama KJ & Hishamudin? Maaf saya tak nampak pun setakat ini, melainkan mereka ini diberi laluan mudah oleh PM

    ReplyDelete
  11. Masa lawan Ketua Pemuda menantu PM .
    Kemudian bila lawan NP sepupu PM pulak dah.

    ReplyDelete
  12. UMNO hanya akan berubah apabila ada kejutan besar umpamanya bila BN tidak lagi mendapat 2/3 majority. Hasilnya Pak Lah direhatkan. Apabila sekali lagi di GE13 BN juga tak mendapat 2/3, ia bukan lagi kejutan, jadi Najib terselamat. UMNO hanya akan berubah apabila kejutan terbesar akan berlaku di GE14 bilamana BN akan kalah dan rakan? parti BN yg lain berubah angin. Najib pula akan direhatkan bersama2 Hisham, KJ, Shahrizat dan ramai lagi. Maka Mukhriz lah yg akan mengetuai team baru UMNO yg ketika itu menjadi pembangkang. Wallahhualam.

    ReplyDelete
  13. Ketika Tun M memulakan projek ' Mukhriz MB Kedah' ramai orang menganggap ianya sesuatu yang tidak akan berlaku @ cerita khayalan seribu satu malam.

    Namun, kini Mukhriz adalah ' real ' YAB MB Kedah.

    Mukhriz mempunyai banyak lagi masa. Kalau mudah sahaja mendapat sesuatu tanpa ujian, ianya kurang klasik. Mukhriz baru bermula membina imej MB yang auranya (kalau boleh) setanding Nik Aziz dimana rakyat negeri Kedah (termasuk penyokong pembangkang) akan terpukau.

    Mukhriz menang dalam kalah. Bagaimanapun, tidaklah diketahui bacaan politik Tun M yang permainan politiknya berkuasa turbo mengenai kekalahan anak beliau.

    ReplyDelete
  14. Mawardi, Ulu Kelang.23 October 2013 at 05:44

    Mari kita beramai beramai ke Sg Limau,sokong calun BN dalam pilihanraya kecil ini. Kemenangannya adalah kemenangan Mukhriz,kemenangan yang lebih besar dan lebih berarti dari kemenangan Naib Presiden UMNO,mantapkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah. buktikan pada Najib bahawa walaupun ,orang Pahang dan Orang Johor tolak Mukhriz tetapi rakyat Kedah termasuk orang Pas mahukan Mukhriz dengan menangkan Mukhriz di pilihanraya kecil ini.

    Pengundi Sg Limau boleh buktikan bahawa mereka tidak perkauman macam orang Johor dan Pahang dan bahawa mereka mahukan perpaduan yang melampaui sempadan parti.
    Orang Pas juga boleh bantu menangkan BN untuk buktikan bahawa mereka menolak Anwarinas dan permainan politik Pas Pusat untuk gantikan Azizan dengan Anwarinas. Tolak Pas demi untuk bersama Allahyarham Azizan yang menolak Anwar, demi untuk kasih abadi kepada Azizan..

    ReplyDelete
  15. Sham, Kg Kerunci.23 October 2013 at 07:07

    Najib wajib lantik Mukhriz ke Majlis Tertinggi UMNO. Kalau tak lantik alamat nak mampus.

    ReplyDelete
  16. Menteri UMNO anti Mahathir pun berkata:

    Mukhriz kalah tetapi bergaya dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.
    Selepas 4/11/2013 nanti Mukhriz dan UMNO Kedah kalah diSungai Limau pun bergaya kerana berjaya mengurangkan majoriti PAS dari 2774 kepada 1xxx sahaja

    Begitulah UMNO terus syok sendiri.Kumpulan Anti Dr Mahatihir akan terus berlakon..

    .

    ReplyDelete
  17. Selepas ini kita boleh tengok bagaimana sikap Mahathir kepada Najib. adakah dia akan belasah Najib macam dia belasah Dollah Badawi dulu. Fasal kerusi mkt umno mahathir tahu mukhriz akan dapat kerusi itu atas kapasitinya sebagai mb kedah.tetapi ada perbezaan yang ketara dapat dilihat oleh semua orang kepada anak dan ayah ini. Kepala mahathir penuh rambut, kepala mukhriz botak - kalau dilihat disitu kepala mereka berbeza --- mungkinkah mereka benar-benar berbeza.

    ReplyDelete
  18. Dalam kepala DS Najib memang dia nak pastikan Hishamudin sepupunya jadi TPM kemudian PM bila dia kena paksa undur nanti.
    Inilah salah satu blue print DS Najib.Silap haribulan kalau DS Najib main kroni suku sakat PRU 14 UMNO akan berada keruis pembangkang.
    DS Najib jangan buat main main dengan politik hari ini.
    UMNO bukan parti bangsawan atau keturunan.Jelas kenapa Zahid dan Shafie kekal dan hebat kerana prestasi kerjanya bukan bapa mereka pernah jadi oranf besar dulu.
    DS Najib akan terima kesan baling batu sembunyi tangan.UMNO adalah parti rakyat bukan parti suku sakat atau kroni.
    Sebenarnya tranformasi DS Najib hanyalah slogan separuh masak sahaja.
    Slogan politik selalunya anjal dan berubah ubah.

    ReplyDelete
  19. Pada pru13, saya tidak mengundi kerana sayangkan BN, selepas pemilihan UMNO dan kekalnya 3 naib presiden, saya akan mengundi PR. Saya tidak nampak Shafie atau Hisam mampu menjamin masa depan anak serta keluarga saya, dan saya mahu memberi peluang kpd PR. mungkin mereka lebih baik, siapa tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Pada pru13, saya tidak mengundi kerana sayangkan BN,"

      Ini logik tempurung kelapa mana ni?

      "saya mahu memberi peluang kpd PR. mungkin mereka lebih baik, siapa tahu. "

      Celik mata, assess sendiri. PR bukan tak pernah berkuasa. Dah 2 penggal dia berkuasa. Nilaikanlah sendiri. Adakah dia buat seperti apa yang dia cakap? Adakah dia praktikkan prinsip-prinsip demokrasi atau hanya sekadar retorik?

      Kerajaan mana yang bagi direct award projek terowong RM6 bilion? BN atau PR? Kerajaaan mana yang, lepas baru beberapa bulan masuk pejabat, dah bagi kontrak kepada isteri sendiri? BN atau PR? Kerajaan mana yang keluar surat mengugut syarikat perniagaan (pawagam) sebab kuasa memberi lesen ada pada dia - BN atau PR? Kerajaan mana yang suka ban media yang tak sealiran dengan dia - BN atau PR?

      Delete
    2. Nanti menyesal seumur hidup bila hak dalam tangan hilang dan anak cucu terpaksa mengemis!!

      Delete
  20. UMNO bubar sajalah .Dag tak relevan lagi.Dia parti bangsawan.

    ReplyDelete
  21. Najib berjaya meminggirkan golongan Mahathir dalam UMNO.Jawapannya YA dan tepat sekali.Najib nak jadi Presiden UMNO lebih panjang drp Mahatihr.Dia perlu kuatkan barisan totoknya .Mahyudin yang lebih tua drp nya perlu ditamatkan selepas PRU 14 nanti.Dia juga mahu pastikan Hishamudin jadi TPM terlebih dulu sebelum Najib pencen.Zahid dan Shafie akan melepas untuk jawatan itu kerana mereka berdua bukan anak mantan PM.Maka faktor usia selepas ini akan menjadi rebutan antara Khairi dan Mukhriz.Itu pun jika umur mereka panjang.Mahyudin siap sedialah untuk hadapi kemungkinan perisriwa ini berlaku.Zaman Dr Mahatir bagaimana Musa Hitam,Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim gagal jadi PM.Inilah faktor Dr Mahatihir bertahan lama jadi PM.Nasib Najib banyak bergantung pada kedudukan kepeutusan PRU 14 nanti.Jika prestasi lebih teruk drp PRU 13 maka Najib akan hadapi macam Pak Lah hadapi masa PRU 12 yg lalu.Untuk elak tekanan ini sebab itulah Najib terpaksa kekalkan panglimanya dalam barisan MT pada pemilihan UMNO yang lalu walaupun tak ada tranformasi politik UMNO sebanar.Itulah dalilnya barisan panglima Najib kini.Mahyudin pun tahu.Tapi apa nak buat .Tunggu dan lihat sajalah.Mahyudin dilihat keseorangan .Politik Najib cukup kuat dan kemas waktu ini.Tolak pun tak jatuh atau rebah.Tapi untuk PRU 14 belum tentu lagi.Amat menarik PRU 14 nanti.Mampukah UMNO menarik undi dari bukan Melayu yang besar jumlahnya.Undi sudah pecah dua.Satu kumpulan bersama Pakatan Rakyat dan BN.Golongan atas pagar pun jumlahnya besar juga..Golongan penentu ini akan mencorakan kerajaan masa depan.Cuma 54 bulan lagi.Bukan lama.Kalau pemimpin UMNO masih main-main,syok sendir,mengumpul kekayaan,salah guna kuasa rakyat,berlagak bangsawan alamat akan hilang kuasa akan jadi kenyataan.
    Janganlah jadikan negara yang KAYA DENGAN KEMISKINAN.Pemimpin kaya raya.Rakyat jadi macam cacing panas dan kesejukan setiap masa.

    Jurang miskin kaya masih terbuka luas..Suara rakyat tak sampai kehati pemimpin.Dasar pemimpin yang baik tak sampai kebawah.Tersangkut sangkut di tengah jalan.

    Selamat berjuang pada semua .

    ReplyDelete
  22. kj, kak jat dan puteri pakat habis2an utk menangkan hisham. kj tak sukakan mukhriz, kak jat bencikan tun M, puteri nak cari tempat sebab tu taktik mereka Berjaya. tapi hisham hampir tenggelam juga. nasib baik sepupu najib.nak buat cam mana salah sendiri dpt tpt bagus jadi penakut pulak.
    orang umno tak semua ikut cakap. kecuali ketua2 umno caw, dan perwakilan yang nak cari duit masa ada pertandingan mereke sanggup apa saja untuk jadi perwakilan.
    dengar2 ramai yg tebelahak kenyang makan kiri kanan. sedih kerana ramai yg nafikan tak pakai duit.

    ReplyDelete