Friday, 11 October 2013

KETIDAKMATANGAN DI PIHAK ZAHID HAMIDI







Adalah ketidakmatangan di pihak Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  dalam keghairahan berkempen untuk  jawatan Naib Presiden UMNO  telah terlanjur  mendedahkan stratiji  "Shoot first" untuk menghapuskan penjenayah.

Pada keseluruhannya, rakyat adalah menyokong tindakan ini kecuali peguam peguam yang  bergantung hidup diatas wang haram penjenayah dan juga pemimpin pemimpin parti pembangkang
yang akan kehilangan modal untuk menyalahkan kerajaan tentang  bermaharajalelanya   kejadian jenayah di negara ini.

Pandangan Malaysian Bar Council bahawa kenyatan Zahid itu sangat  membimbangkan dan tidak bertanggungjawab di pihak menteri sepatutnya dikembalikan  kepada mereka sendiri kerana itulah sebenarnya pandangan umum  terhadap  Majlis Peguam Malaysia.

Majlis Peguam lebih mementingkan peluang cari makan kepada ahlinya dari peluang kepada rakyat untuk terus hidup.

Saya menyokong  penuh pandangan popular bahawa hak asasi umum  dan polis adalah lebih utama dari hak asasi  penjenayah yang  profesion mereka adalah  merompak,merogol,meragut  dan membunuh orang yang tidak  berdosa.Logiknya penjenayah pastinya penjahat dan mangsa pastinya orang yang tidak berdosa.

Tidak ada orang yang waras fikiran akan menyalahkan polis apabila menembak mati orang yang telah terbukti sebagai penjenayah malah setiap seorang  penenjayah yang ditembak mati sekarang dirayakan dalam  setiap hati kecil rakyat Malaysia.

Jika mereka ini ditangkap dan dibicarakan maka peguam peguam yang tidak berintegriti dan tidak bertanggungjawab   akan berpeluang mencari  makan dari taukeh taukeh penjenayah  diatas tumpahan darah dan nyawa orang yang tidak berdosa.

Bagaimanapun bila Zahid mendedahkan perihal dahulunya   MCA dan MIC membela penjenayah dengan membuat rayuan bagi  pihak mereka tetapi sekarang beliau tidak lagi  akan melayan tuntutan seumpama itu  maka ini memberikan fahaman dahulunya di layan. Maka   timbul pertanyaan di kalangan orang ramai siapakah menteri menteri  yang telah melayan rayuan penjenayah dan benarlah anggapan orang ramai  bahawa MIC melindungi penjenayah.

Zahid tidak boleh meyakini di zaman kebebasan tanpa sempadan dengan  internet; siber, sms,portal berita  sebagai perantas , maka beliau mempunyai kebebasan dan  selamat bercakap pekara pekara rahsia negara.

Dan sekiranya Zahid tidak mahu apa yang dicakapkannya  di laporkan oleh media maka  kenaapa dari awal lagi media tidak dilarang hadir atau diberitahu kepada mereka bahawa majlis itu tertutup dan dengan itu beliau tidak perlu memberikan amaran yang uncalled for  untuk  menutup akhbar yang menyiarkan ucapannya.

Bagaimanapun saya lebih suka untuk melihat ketelanjuran  ini  dari segi  positif . Kenyataan Datuk Seri  Ahmad Zahid  " Tembak dahulu"  yang dibuat di suatu seminar keselamatan di Melaka baru baru ini adalah suatu mesej yang jelas terhadap penjenayah. Jika tidak mereka masih tidak sedar bahawa undang undang baru telah dikuatkuasakan dan mereka sedang berhadapan dengan peluru dan saat saat kematian.

Syabas seluruh anggota polis! teruskan kerja mulia ini demi untuk menghidupkan hak asasi manusia kepada yang lebih berhak.





11 comments:

  1. taktik Zahid Hamidi "shoot first" juga merupakan taktik perang persepsi

    dalam peperangan Amerika dgn Iraq-kaedah Amphiban di war warkan sedangkan ia adalah misleading dan taktik serangam yg direkod dalam war book history ialah peperangan darat


    Saya yakin selain taktik shoot first, PDRM dah lama buat kaedah risikan dan lain lain kaedah yg tak didedahkan


    Risikan di Malaysia adalah yg terbaik di region ini

    Syabas kepada Zahid Hamidi dan PDRM yg mengembalikan maruah Kerajaan pimpinan Najib yg jelas lemah dan teragak agak dalam membuat keputusan

    ReplyDelete
  2. Tidak semua ketelanjuran mendatangkan keburukan,tidak semua kerana mulut santan binasa kerana ada kalanya dapat membinasakan musuh.PM Datuk Seri Dr.Mahathir juga pernah terlanjur mengatakan Shoot them kepada pendatang haram Vietnam sehingga menggemparkan dunia dan Tan Sri Ghazali Shafie terpkasa membetulkannya kepada shoo them tetapi mesej telah sampai. Syabas Zahid. Jangan merasa bersalah tetapi ambil ingatan juga dari Pak Zam

    ReplyDelete
  3. Dealing with armed criminals. Tembak dulu adalah yang terbaik. Kalau tidak polis kita akan ditembak olih mereka (criminals) dulu. Saya lebih suka kalau kumpulan mereka lebih dari 4 dan di kawasan tiada orang ramai maka eloklah di BOMkan saja!

    ReplyDelete
  4. amaran kpd pesaing zahid dan penakot kpd cinabeng/pembangkang/penjenayah serta macai2: jgn ambik kesempatan lak nak jatuhkan zahid. awak dulu gagal di kdn. manakala rakyat dan org melayu mula merasa yakin dgn ketegasan & keberanian zahid.

    ReplyDelete
  5. Malaysian Bar council tu under KDN ke? Ini satu lagi lahanat yang mesti dipantau dan dikenakan tindakan setimpal apabila melampaui batas-batas profession mereka dalam membela penjenayah konon atas tiket hak asasi manusia. Mereka juga sepatutnya bersikap neutrale dan tidak sewenang-wenangnya berperangai seperti parti politik atau alat politikus pembangkang.

    ReplyDelete
  6. Kalau di ingat semasa tragedi Lahad Datu, KDN telah mengenalpasti beberapa anasir yang mengeluarkan fitnah, hasutan dan kecamam melulu kepada kertajaan dan UMNO khususnya. KDN juga telah berhasil merisik ada dalang yang memungkin percerobohan ke Lahad Datu yang berakhir dengan begitu banyak pengorbanan anggota KDN and MINDEF.

    Lepas seketika, terus lenyap tanpa sebarang tindakan yang sampai ke pengetahuan rakyat.

    Berpandukan fakta sejarah singkat KDN di bawah Menteri yang baru, tak mungkin akan berlaku 'shoot first'.

    Mesej yang sampai sangat mudah kepada rakyat...cakap jer la berdengar dengar

    ReplyDelete
  7. Mana boleh tembak dulu ? Mesti bagi "amaran" 1 - "amaran" 2 - "amaran" 3 dan seterusnya. Kemudian jika penjenayah tidak mahu memperdulikan amaran, cuba "pujuk" mereka semula dan kalau masih tidak berkesan maka boleh diteruskan menberi "amaran" lagi..dan lagi..dan lagi...

    ReplyDelete
  8. Ada satu ungkapan menarik YB Menteri Dalam Negeri ucapkan yang lebih kurang maksudnya, " Kenapa segelintir rakyat bersusah payah memikirkan nasib penjenayah tetapi tidak memperdulikan kesan dan akibat yang ditanggung oleh anggota keselamatan dan rakyat?"


    Adakah ungkapan ini sama atau hampir sama maksudnya dengan, " Kenapa Hukum Hudud dituduh kejam sedangkan yang dihukum adalah penjenayah. Orang tidak bersalah tidak akan dihukum (misalnya melalui hukuman potong tangan)?"

    Semoga YB Dr Zahid istiqamah!

    ReplyDelete
  9. Terkini! Empat anggota geng Ah Fatt yang baru lepas menyamun ditembak mati.

    Menteri Dalam Negeri, andainya kamu Pendekar Jawa yang bertarung dengan Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah itu, catatan sejarah mungkin jadi lain ceritanya.

    Kamu patut menang Naib Presiden.

    Jika terserempak di Masjid Tanah, Melaka saya akan belanja kamu makan Cendol Masjid Tanah yang terkenal itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol songkok tinggi dari jiboi, ampangan, somban, n9 terkenal juga....tapi di seremban sahajalah! Sodaaappp!

      Delete
  10. Kerana tidak kematanganlah maka Zahid dapat menghapuskan sekian banyak penjenayah dalam sekelip mata yang mententeramkan perasaan ramai dan memulehkan keyakinan kepada kerajaan tetapi kerana kematanganlah maka gangster telah bermaharajalela bertahun lamanya .tanpa takut sehingga boleh berani menunjuk perasaan bila rakan rakan mereka ditembak dan kerajaan tidak lagi dihormati.
    Maka sekarang terserah pada ahli ahli umno nak memileh yang matang atau yang tidak ,matang. Yang matang hunus keris tetapi minta maaf tetapi Zahid sekali menghunus keris akan terjulang buat selamanya.

    ReplyDelete