Sunday, 27 October 2013

"APA YANG ALLLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN BERITAHU SAYA TENTANG ANWAR IBRAHIM"

 INI BUKAN GAMBAR SUPERIMPOSED TETAPI TULIN DAN BENAR.

Memberikan undi kepada calun Pas di kawasan Sg Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini  dan mahu menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk Anwar Ibrahim  menjadi Perdana Menteri.

Allahyarham Tan Sri Azizan semasa hayatnya kelihatan mesra membisikan sesuatu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Ini bukan gambar superimposed menggunakan teknik photoshop tetapi gambar asli, tulin dan benar.
                                

Ingat Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah menyatakan bahawa Haji Hadi hanya layak untuk menjadi nelayan.

Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak cukup menyedari pandangan rendah dan kecil Anwar Ibrahim terhadap ulama  dan beliau tidak senang dengan Anwar lama  sebelum PKR berkerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Saya ingin memberitahu seluruh ahli Pas dan juga orangramai  apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Azizan kepada saya ketika beliau melancarkan buku" Haji Abdul Rahman Merbok" seorang ulama pejuang kemerdekaan yang terkenal di negeri Kedah yang ditulis oleh Ismail Rastu seorang penulis beberapa buah buku  terbitan  Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Pilhanraya Umum 2008.

Jemputan kepada Azizan yang dibuat oleh saya tidak menyenangkan orang orang UMNO tempatan dan mereka tidak  hadhir bersama saya  kecuali beberapa orang pegawai  JASA.Mereka heran bagaimana saya boleh menjemput Azizan sedangkan saya baru kalah pilihanraya di kawasan Sg Petani setelah disingkirkan dari kawasan Merbok dalam masa dua hari sebelum pilihanraya dan ketika itu saya tidak mempunyai sebarang kedudukan kecuali sebagai seorang calun yang kalah.

Dalam ucapan di majlis itu yang diadakan di sebuah surau berhampiran dengan Pekan Merbuk, Azizan  menyatakan bahawa beliau hadhir memenuhi jemputan saya kerana pertama sekali:

* Haji Abdul Rahman Merbok adalah guru kepada bapanya Abdul Razak. Dan kedua:

* kerana" Zam adalah kawan saya."

Kami sama sama pernah di Maktab Mahmud Alur Setar dan juga kemudiannya di London antara tahun 1975-76 dan kerap berjumpa di Malaysia Hall, Marble Arch.

Sesuatu yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup saya ialah bila di majlis itu  di tanya oleh Azizan   kenapa saya  berikan peluang untuk siaran langsung perdebatan terbuka Anwar Ibrahim dengan Sabri Chik (Menteri Penerangan) di RTM. Saya menjawab " Maaf Datuk "saya bukan lagi menteri penerangan" dan beliau ketawa.Memang benar pandangan Azizan, Perdebatan itu membawa malapetaka kepada UMNO.

Saya telah lama faham dengan sikap Azizan terhadap Anwar. Azizan bukanlah ulama jumud seperti kebanyakan pemimpin Pas yang mudah dicucuk hidung oleh Anwar .Maka itu Anwar tidak mengujungi Azizan ketika sakit di Hospital.

Dosa orang Anwarinas termasuk di Kedah  terlalu besar terhadap Azizan dan keluarganya. Maka itu sebagai mengenang  jasanya  dan menghormati Allahyarham yang mahu diinanyai oleh orang Anwar sendiri dalam Pas di Kedah, penduduk Sg Limau mestilah menolak calun Pas  di kawasan ini sekalipun dikatakan mewakili Azizan tetapi yang lebih penting ialah menjiwai hasrat terpendam Azizan sendiri yang tidak pernah dinyatakannya secara terus terang tetapi saya tahu.

Satu undi kepada calun Pas di Sg Lima berarti satu undi kepada memperkuatkan Anwarinas di dalam Pas.

49 comments:

  1. Orang dah meninggal ape nak diungkit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai otak la.. P ramlee pun dan lama mati.. Nabi pun dh lama mati.. Bukan Dato Zam kata benda tak baik ttg ustaz azizan.. kenang la baik orang.. bangang...

      Delete
    2. Bukan ungkit saudara....sejarah atau peristiwa yang boleh kita nilai untuk tindakkan seterusnya...

      Delete
    3. cerita dah lama.. 2008.. bila tuan dah tak ada baru nak bercerita.. 2013.. entahla.. orang macam ni kita nak buat jadi pemimpin kita ke? org dah buat dah pun.. pikir2 lah.. lepas ni katakan tidak..

      Delete
    4. nabi meninggal lg lah punya lama, dah beribu tahun bernading dgn azizan yg masih merah tanah kuburnya. anon 8:05 ini anwarinas sbb itu bukan main lg nak tutup cerita. PI MAMPOS LER KAU DGN ANUAR KOTE BENGKOKKKKK

      Delete
    5. jgn percaya dgn cerita rekaan mamak maidin....

      Delete
  2. Ikhwan Kg Pasir .27 October 2013 at 12:50

    Hang pi bagrtahu dekat orang Pas lah buat diungkit ungkit pasal Azizan dalam ucapan pilihanraya mereka. Bila kena yang negatif pada Pas hang takut. Pandangan Azizan itu patut di sampaikan oleh Zam untuk menyelamatkan anak cucu kita dari terus disesatkan oleh ulama ulama jumud dan bahlol dalam Pas.

    ReplyDelete
  3. mentality org melayu pikiran cetek malas memikir - kalo tak betul tu di *ungkit* konon. Patut lah terkenal sebagai bangsa yg *mudah lupa*. Tak pernah belajar dari apa2 pon, sejarah tak penting bagi dia.

    ReplyDelete
  4. Saya sebagai penyokong UMNO yang setia sudah putus-asa denga UMNO. Mereka kata nak transformasi politik dam meremajakan UMNO. Alih-alih, yang lembik, terpalit dengan scandal dam perasuah dari Tingkat 4 juga yang di pilih oleh perwakilan.

    Saya sedang mencari alternatif party Melayu, sekarang ini.
    Pada November ini, jika PAS singkirkan puak Anwarinas di kalangan pemimpin mereka dan keluar dari Pakatan, saya akan menyokong PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong.

      Delete
    2. Terima kasih Anon 23:54

      Delete
    3. saya sokong jugak

      Delete
    4. Bis tu nk sokong sapa? Peliwat Tegar?

      Delete
    5. saya pun sokong....

      Delete
    6. tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah.. bijaksana la dalam kehidupan dunia untuk bahagia di kehidupan akhirat.. sokonglah islam.. hang ingat pemimpin & ulama' dalam pas tu 'mangkuk hayun' ke? berjuang bersama PKR & DAP.. kita yg mangkuk hayun.. apa pun tak tau.. tapi sombong..

      Delete
    7. Anon 08:10

      Apa yang hang merapu ni?
      Cuba baca balik pelan-pelan, apa yang saya tulis, diatas.

      Saya minta penyokong UMNO yang dah meluat dengan UMNO, beraleh sokongan kepada PAS. Saya mahu PAS menang besar di Sg.Limau. Tak dak, kena mengena dengan Agama pun, pasai kita 'hampir' semuanya beragama Islam.

      Jangan campur aduk Agama dengan Politik. Ini yang menyebabkan umat Islam, hampir seluruh dunia, berbunuhan sesama sendiri. Nanti, kerana WANG dan Harta, akan ada yang sanggup berpakatan dengan bukan Islam, malah kedua-dua pihak memperkayakan mereka dengan membeli senjata untuk berbunuhan sesama bangsa dan Agama seperti apa yang berlaku di Timur Tengah dan Africa.

      Jangan ikut bangsa Arab. Bangsa Melayu, jangan campur aduk Agama dengan Politik.
      Nak kata ahli UMNO 100%, semuanya Islam pun tak boleh. Orang Siam pun boleh masuk UMNO, sekarang.

      Nak kata ahli PAS Islam 100% pun tak boleh juga. Depa dah tukar, "PAS for ALL", sekarang ni. Peliwat dan penzina pun depa boleh terima. Siap pi dengar dia baca khutbah pulak lagi.

      Dulu Hadi kata UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA & MIC yang 'sederhana'.
      Tapi hari ini, PAS boleh pula berkawan dengan DAP yang 'extreme'.

      Oleh itu saya konpius, sebagai seorang yang di lahirkan Melayu Islam. Dunia, saya nak kejar, akhirat pun saya nak kerjar juga.
      Tapi kalau dunia dah lintang-pukang, anak-bini, cucu-cicik dan keturunanan saya nak cari makan pun susah dan terancam, mereka nanti nak kejar akhirat macamana? Dah jadi macam Rohinya di Myanmar, baru Allah nak terima dan kurniakan doa mereka?

      Jadi, kita letak Agama dalam hati dahulu. Nak solat, baca Koran atau doa, buat di rumah, diam-diam. Kita pisahkan Politik dan Agama, buat sementara. Mari kita kukuhkan dahulu perpaduan Melayu dan jaga kepentingannya mengikut Perlembagaan. Bila tujuan ini tercapai dengan jaya dan sempurna, insyaAllah, agama akan dengan tersendirinya terpelihara juga.

      Sekali lagi, tolong letak agama dalam hati saja, dahulu. Kalau kedua-dua kita nak kejar pada satu masa, nanti yang digenggam tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran.

      Delete
  5. 1. Sebagaj Islam, sekurang-kurang TS sudah menasihat dan menegur dengan lidah. Terpulang kepada ahli-ahli Pas yang sudah tersasar perjuangan. PAS BUKAN ISLAM. Ia hanya bayangan manusia yang gila kuasa dan suka berpecah belah.

    2. Sekarang masih terjadi sembahyang dua imam. Secara tidak langsung semua ulama berdosa membiarkan berlaku. Amat tidak baik pandangan bukan Islam yang kebih bersatu dan menghormati ketua agama mereka. Mesti ada perkara jelas dalam syariah Islam dengan hukuman setimpal. Terutama pembetulan akidah yang telah di carca marbakan.

    3. Ingin lihat Umat Islam bersatu. Anwar bukan lagi tokoh yang boleh di banggakan kerana sikap "double standard" perjuangan yang semakin menjahanamkan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Heу there! I k&X6E;ow thi&X73; iѕ
    so&X6D;ew&X68;at off tοpiс &X62;ut I was wonԁеring if yo&X75; knew where I could find a сaptc&X68;a plu&X67;in
    foг my commen&X74; form? Ӏ'm using t&X68;е samе blog platform
    аs yours and I'm haνi&X6E;&X67; trouble findin&X67; one?
    Thanks a l&X6f;t!

    Herе iѕ &X6d;y ωеbpage ::
    how to factory unlock iphone 4 free at\u0026t

    ReplyDelete
  7. Jika pengundi Sungai Limau menolak Pas maka berarti mereka telah membuktikan kesetiaan mereka kepada Tan Sri Azizan adalah sangat mendalam dan mereka adalah sejalan dan sefahaman dalam melihat kepimpinan Pas sebagai kudang tunggangan dan pecacai kepada Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti BN menang besar pulak di PRK Sg.Limau dan terus jadi besar kepala.

      KJ dan Sharizat ataupun PM akan melalak 1Malaysia, bahawa rakyat telah kembali menyokong UMNO dan kepimpinan yang di pilih perwakilan pada Perhimpunan lepas dan merestui agenda progressive dan liberal di bawah mereka.
      Lebih ramai lah penyokong DAP dan con-sultan yang juga menyebelahi pembangkang akan di bawa masuk ke dalam pejabat kerajaan ataupun GLC. Ta'kan mereka nak bawa masuk ahli politik PAS, yang kurang cerdik dan tak tahu bahasa inggeris, ke dalam kerajaan.

      Lebih baik kita minta calon BN tarik diri dan beri kemenangan kepada PAS, sebagai tanda persahabatan sesama Melayu Islam. Moga terdetik di hati Ahli PAS untuk singkirkan Anwarinas dan keluar dari Pakatan, November ini. (Itu pun kalau mereka tidak sign apa-apa perjanjian sulit dengan DAP. Maklum lah, mereka ada Karpal Singh, seorang lawyer terkenal. Nanti tak pasal-pasal, bankrupt pulak Haji Hadi dan Nik Aziz.

      Delete
    2. Oh no. Hanya kerana tanda persahabatan, kita nak biarkan bendera roket dikibarkan oleh orang kita? Kita dah tengok, PAS yang berjuang tp bendera roket yang dibawa bersama. Jangan biarkan selagi PAS masih sebumbung dengan DAP dan selagi perjuangan PAS tak kembali memperjuangkan agama Islam, lebih baik pilih parti politik Melayu Islam yg lain.
      Bukan tak sokong PAS tp melihat kedudukan PAS dalam PR bukan sebagai decision maker dan peralihan perjuangan PAS yang seolah lari dari perjuangan sebenar hingga penggunaan nama ALLAH pun tiada yang berani mempertahankan.

      Delete
  8. Kami mencabar Anwar Ibrahim jika berani turunlah berkempen ke Sg Limau. Tak usahlah hantar hanya wakil wakil. Apakah tak boleh datang kerana disekat oleh pemimpin pemimpin Pas kerana kehadhiran di kawasan ini akan lebih memudharatkan dari membantu Pas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah mai dah pun, pi buat ceramah2 singkat depan bilik gerakkan UMNO. Saja dia test depan muka orang2 UMNO, sampai geng 2 tak terkata apa. Hah.. kalau org UMNO asyik dok baru nak tanya berapa depa bayaq utk pacak bendera, berapa peruntukkan utk atoq acara, hah... geng pas dah seminggu pasang bendera dimerata kawasan, siap juai baju T cap lambang PAS lagi. Tak dak nampak depa tanya berapa hinggit parti bagi pun. Macam ni ka pergerakkan orang UMNO, lambat, liat dan masih nak berkira. Nampak takdak semangat ikhlas berjuang. Buat malu aku saja.

      Delete
    2. Nyak Gam Nyak Bad28 October 2013 at 05:42

      Memang dari dulu lagi pihak parti pembangkang lebih kreatif ,inovatif dan berinisiatif dalam masa pilihanraya.Pekerja UMNO tunggu duit turun dan ketua ketua pula akan beritahu calun duit tak turunlagi walaupun poket dah penuh sebabnya nak duit lagi.

      Bila lagi. Inilah peluang buat duit dengan penuh. Yang di Ibu Pejabat pun macam tu juga, Duit yang diberi orang berbedak sama sendiri. Yang di bawah dapat habuklah.

      Delete
    3. Salam, Anon 00:12 dan Anon 05:42

      Tak syak lagi, WANG adalah segala nya. Perpecahan kita juga adalah kerana manusia yang gila kuasa. Dengan kuasa, mereka dapat kumpul wang dan harta. Politik, jalan yang paling mudah dan tak perlu kederat dan memerah otak. Hanya guna air liur saja dan berlakon. Kalau kita ingat UMNO/BN teruk, Pakatan 10 kali lebih teruk. Itu tak termasuk Nepotism dan Cronyism l.

      Buktinya?
      Lihat keputusan PAU lepas. Yang di pilih perwakilan, mereka yang lembik, terpalit dengan scandal dan perasuah dari Tingkat 4. Yang menang Ketua Pemuda 2009 adalah secara politik wang (Terlepas dari tindakan kerana bapa mertuanya PM) dan di herdik oleh hampir kesemua perwakilan, ketika itu.

      Delete
    4. Alah, nak kata UMNO, PKR pun sama. Tak pernah dengar stetmen dari ketua belia PKR ke? Dia kata budak dia tak mo buat kerja sebab duit belum turun. Budaya PKR tu datang dari mana, kalau dah cip besaq mai dari UMNO? Sekarang ni penyakit tu dia nak bawak ke PAS pulak.

      Delete
  9. Putera Gunung Jerai.27 October 2013 at 17:50

    TS Zam.Peyertaan Pas dalam PR hanyalah sebagai kondaktor sahaja.Pemandunya ialah DAP dan PKR.Pas cakap sahaja pasal Islam.Apa jadi diPulau Pinang sepatutnya EXCO agama ADUN Paslah.Kenapa EXCO Agama diberi pada PKR.
    Maknya PKR lebih Islam dari Pas.Itulah Pas yg berada dalam PR hanyalah sebagai penumpang yang tak ada kuasa.

    Hadi Awanag dan Mat Sabu telah di suntik ubat bisu oleh LGE dan Anwar .

    Pas cuma guna Islam untuk dapat undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Sabu telah di beri jawatan Pengarah di PBAPP. (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang), sejak 2008, kalau tak silap. Pasal tu, masa dia jatuh motorsikal dalam demo Bersih, segala kos perubatan dibayar oleh PBAPP.

      Masukkk... baik punya. DAP dah cekak telornya.
      Agama dah tak dak tempat di benaknya, kot.
      PRU13 pun, dah tak jadi Ahli Parlimen, lebih menikus lagi lah. Demand lebih-lebih, nanti tak pasal-pasal tersingkir dari punca rezeki.

      Delete
  10. Apakah Hadi sebenarnya kuat tanpa cabaran? Sama sahaja samaada Presiden UMNO Najib benar benar kuat tanpa dicabar. Bagaimanapun rakyat dan ahli UMNO tidak berpeluang menyaksikan kekuatan atau kelemahan sebenar Najib. Tetapi rakyat Sg Limau dapat membuat pengadilan dan hukuman terhadap Hadi dalam pilihanrya kecil ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau BN menang di Sg.Limau, dengan megah Najib akan berkata; kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Ini bermakna rakyat merestui agenda transformasi kerajaan.
      Satuuuuuuuuuuuuuuuu Malaysia.

      Delete
  11. Iskandar, Sg Limau.27 October 2013 at 21:58

    Mukhriz mestilah melakukan sesuatu yang besar untuk mengenang jasa Azizan kepada penduduk Sg Limau. Dengan itu beliau boleh membuktikan bahawa beliau Menteri Besar yang lebih mengutamakan perpaduan dari kepentingan politik kepartian semata mata.

    ReplyDelete
  12. Saudara Zam, dengar2 cerita pelan surau untuk aman central kat kedah tu dah berubah, kedudukan surau ditingkat bawah, mudah dimasuki, menjadi mercu islam telah diubah ke tingkat tiga. Kalau benar, maka minta tuan beri tekanan kpd pas kedah yang sekarang membisu seribu bahasa. Mereka Mungkin akan tuduh "ini adalah salah kerajaan negeri BN" ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak setuju dengan unjuran Anon 23:13.

      "kedudukan surau ditingkat bawah, mudah dimasuki, menjadi mercu islam".

      Bukan kah kita sudah ada banyak Masjid-masjid yang tersergam indah dan setiap kali masuk waktu solat, Azan berkumandang di corong-corong pembesar suara, TV dan radio.
      Tidak cukup lagikah, mercu tanda Islam?
      Apakah kita hanya mahu berbangga dengan "mercu tanda" ini, sedangkan keadaan dan situasi umat Islam, jauh ketinggalan dalam serba-serbi bidang.

      Untuk meyemarakan lagi penglibatan orang Islam dalam perniagaan, lebih baik kita beri laluan mereka berniaga di tingkat bawah untuk orang mudah masuk dan membeli-belah. Kalau berniaga di tingkat atas dan tersorok, siapa yang nak pergi?

      Jangan pikirkan kemudahan untuk orang bersolat saja. Kalau nak senang, lebih baik solat di rumah, sebelum keluar membeli-belah. Bukankah ada 'ayat' yang menyebut; "lebih jauh dan bersusah payah perjalanan ke Masjid, lebih berkat, afdal dan berganda pahala". (Saya bukan orang Agama, tapi lebih kurang macam itu lah bunyinya.)

      Delete
  13. Orang Sg.limau jangan mudah tertipu dgn Pas....jangan bagi 1 undi pun pada pas....bak kata ayah Jamil Khir... ahli Pas bukan bermakna tak buleh undi BN...!...segala janji pas yg lalu tak mampu ditunaikan..laaniii depa dok reka reka janji baru......Takbirrrrr !!!! 3 X

    ~~~~~~~ANAK AHLI PAS SEDAKA~~~~~

    ReplyDelete
  14. Jgn lupa ada org duk dlm sangkaq pakai underwear!

    ReplyDelete
  15. ZAM Berak Melayu Makan. Sekarang .mana ada Melayu ori semua dah jadi celup2 belaka

    ReplyDelete
  16. kenapa Anwar tak boleh jadi PM? kalau sekarang jugak Anwar bilang dia tak berhasrat jadi PM, bolehlah kita undi PAS?

    ReplyDelete
  17. Dari jauh saya tertarik dengan gaya YAB Mukhriz berpolitik - berhemah dan santun.

    Sayangnya , politik ala Utusan Malaysia tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan Tan Sri. Ianya akan (mungkin) dibawa hingga mati.

    Saya menghormati pendirian politik Tan Sri. Namun, sebagai seorang tokoh Tan Sri tidak ' beberapa kena ' bermain dengan isu-isu standard Ketua Cawangan (UMNO)/Ranting (PAS).

    Jangan tuduh saya anti Tan Sri. Saya inginkan lebih lagi mengikut standard atau makam Tan Sri.

    Harap maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Man Banun Sg Petani.30 October 2013 at 22:31

      Pasal kenalah maka bergegar Pas dan Pas panas punggong. Politik ala Utusan yang terus berkesan dan menakutkan pak lebai pak lebai Pas. Dedahkan lebih banyak lagi kerana kami nampak inilah permainan politik yang menyebabkan reaksi orang Pas menghina Tan Sri tapi ingat pandangan seorang bukan pandangan ramai.

      Delete
  18. Mat Hasan Yan Kecil.29 October 2013 at 07:26

    Apa yg dapat dilihat diSg Limau amat sedih.Jentera BN khasnya UMNO masih ditahap tak memuaskan.Dari segi ceramah UMNO amat kurang sekali.Pihak Pas tiap tiap malam cermah diadakan walaupun pendengarnya kurang.Yang penting mesej dan matlamat didengari oleh pengundi.Nampak yang Pas lebiih ageresif.
    Petugas UMNO terutama nampak macam sebok-serbok sahaja.
    Unsur sabotaj secara licin masih berlaku.Golongan kecewa tak jadi calon.Golongan kecewa kalah dalam pemilihan masih berlaku.Golongan ini berpura sebok bila Bapak Menteri turun jumpa pengundi.Ramai juga pemimpin kalah dalam pemilihan tak nampak muka.
    Ceramah UMNO cuma ada lima atau enam sahaja semalam.Pas merata tempat adakan ceramah.Begitulah gelagat UMNO di Sg Limau.
    Petugas luar UMNO pula tak tersusun jentera kerja nya.
    Ramalan banyak pihak mengatakan Sg Limau ini ada harapan untuk BN.
    Tapi kalau pemimpin tempatan sendiri sambil lewa.Tak ada kesungguhan.
    Urusan kewangan pun bunyi macam-macam isu.Tak telus.Ada yang kosong.Ada yang mewah yang pandai ambil kesempatan.Kesian petugas bawahan yang tak berkira tenaga dan masa.
    UMNO Jerai kena pulun betul-betul.Pemimpin tranformasi cawangan,bahagian,negeri dan pusat kurang berbisa lagi.Cuma bisa macam semut gatal sahaja.
    Kalau sambil lewa UMNO akan kalah di Sungai Limau kerana ini adalah kubu mereka.Penbungundi Pas beribu-ribu berkubu dalam alamat pondok-pondok yang sama sekali tak dikesan oleh UMNO.
    Harapan UMNO amat bergantung pengundi atas pagar.Sejauh mana pengundi atas pagar telah di tarbiah oleh UMNO.
    Silap haribulan UMNO kalah lagi di Sungai Daun.
    Sdr Zam bila nak turun jengok-jengok di Sungai Limau.Tak dijemput oleh UMNO Kedah ke.Pengaruh orang lama macam sdr Zam dan yang lain ada.
    Banyak muka baru.Muka lama dibiarkan.Begitulah perangai UMNO agaknya.
    Tunggulah 4.11.2013 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah meninjau di Sg Limau malam Isnin. Memang saya lihat di mana mana ada cermah Pas berbanding dengan BN tetapi kabarnya BN lebih giat pergi dari rumah ke rumah. Pendekatan ini lebih berkesan. Soal saya tak dijemput tak usahlah dijadikan isu.Saya sendiri pun lebih suka meninjau sebagai wartawan. Yang paling kecut perut sekarang ialah Pas kerana kekalahannya akan menjatuhkan maruah Pas bagi seluruh negeri Kedah dan memadamkan masa depannya kerana ia adalah kawasan bekas MB dan disamping itu akan menaikan aura Mukhriz.

      Delete
  19. argument macam budak saja.

    ReplyDelete
  20. Uncle ZAM,

    Wajib bagi kita mendoakan kesejahteraan saudara kita yang telah pergi menemui Rabbi...wajib juga bagi kita meneruskan apa yang dihajatkan...maka ayuh kita zahirkan sokongan menentang agenda politikus sempit "for the sake of opposing"...sampaikan salam saya pada anak jantan uncle, saudara Zaidan...yang saya kenal semasa duduk berjiran dengan beliau di kampus UIAM dahulu. As-Salam....-Peguam Muda-

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK saya akan sampaikan dari manusia tanpa nama.

      Delete
  21. Apa saja yang diperkatakan kiranya ianya berupa menjatuhkan seseorang atau perlakuan jahat seseorang atau menuduh orang,, memerangkap orang atau untuk mengaibkan seseorangh selepas sesuaatu kematian adalah satu pembohongan kecuali semasa nak menghembuskan nafas terakhir dikhalayk ramai sebagai saksi.... maka boleh dipakai....kerana timbiulnya satu keinsafan ....kalau dengan tiba-tioba datang dari orang-orang yang tidak pernah kedengaran cerita-cerita begini....tiba-tiba muncul menjatuhkan orang, mengaibkan orang bermaksud syaitan yang dihantar........ ini hanyalah gimmick politik semata-mata untuk menjatuhkan seseorang, mengaibkan seseorang, .. kalau benar sekalipun...kenapa baru sekarang timbul? kembalilah kepada al quran dan al sunnah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang berbunuhan sesama sendiri di Timur Tengah dan Africa, juga berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

      Delete
  22. Aahh sudahlahhh!!! Sejak dengar Bajet 2014..Aku malasss sokong BN dah..suh rakyat jimat cermat..org atasan makin kaya raya! Jgn haraplah BN nak menang lepas ni..kecewa!

    ReplyDelete
  23. Mat Hassan Yan Kecil.1 November 2013 at 06:12

    Sdr Zam.Syabas kerana telah menjengok kat PRK Sungai Limau.Betul ceramah UMNO sudah aktif.Ceramah Pas dan PKR macam lama juga hantam dan kutuk apa saja UMNO/BN buat.Ceramah dari Pas memang tak ada kualiti banyak merapu sahaja.
    Bila saya ikuti ceramah UMNO lebih kurang juga.Sepatutnya penceramah kena terang kenapa pengundi Sg Limau kena undi BN.Ini perlu ditekankan.Penceramah BN ada juga yang bagus terutama golongan lama Penceramah muda pun ada juga yang bagus dan semnagat sekali.
    Wakil Rakyat UMNO/BN kemana periginya mereka.Kenapa mereka tak ambil bahagian dalam ceramah.
    Ada juga yang tak amanah tentang wang ringgit .Inilah penyakit yang rosakkan UMNO.Inilah pemimpin ULAQ AYAQ.
    Ada harapan menang.Semua golongan tua muda,pemimpin dan bekas pemimpin kena ganding bahu.
    Pemimpin UMNO kena mesra rakyat sepanjang masa .Itulah saja caranya..

    ReplyDelete