Sunday, 20 October 2013

ANTARA KALAH BERMARUAH DAN MENANG YANG PARAH.


KEKALAHAN SAIFUDDIN HARUS JADI PENGAJARAN KEPADA KHAIRY.

Ketulinan demokrasi yang semestinya  diterima oleh sesaorang yang demokratik sifatnya ialah walaupun lawan menang dengan  satu undi tetapi yang  kalah adalah kalah . Hakikat ini tentulah diterima oleh Mukhriz Tun Mahathir yang dikalahkan oleh Hishamuddin dengan hanya 9 undi. Hishamuddin mendapat 100 undi dan Mukhriz 91 undi.

Mukhriz boleh berpuas hati dengan kelakahan ini kerana beliau menang  dengan undi popular mengikut sistem electorial college iaitu 55,299 undi manakala Hishamuddin mendapat 54,829 undi.Berasaskan kepada facebook dan blog ternyata Mukhriz juga paling  popular di luar parti berbanding Hishamuddin.

Semua orang tentu bersetuju kalau mengatakan bahawa biar pun Mukhriz kalah tetapi kalah dengan bermaruah dan Hishamuddin biarpun  menang tetapi menang yang parah.

Mukhriz telah mengambil langkah yang benar apabila menyertai persaingan Naib Presiden UMNO kerana dengan itu beliau dan juga pendukong parti  sekarang  mengetahui pengaruhnya   di peringkat nasional berbanding dengan Hishamuddin yang merupakan veteran UMNO.

Soal sokongan Presiden UMNO  kepada status quo tidak seharurnys timbul kerana hampir semua Presiden UMNO termasuk Dr,Mahathir dan Allahyarham Tun Abdul Razak  telah dengan cara masing masing menunjukan sokongan baling batu sembunyi tangan kepada  orang  yang mereka mahu dimenangkan dalam pemilihan parti .Umpamanya  dengan menyebut namanya dalam ucapan presiden atau mengatakan don't overstay.

Yang utama sekarang ini bagi  setiap penyokong Mukhriz di dalam dan di luar  parti ialah  untuk memberikan kemenangan yang lebih besar dan lebih berarti kepada Mukhriz dengan berkumpul di Sungai Limau untuk menggerakan langkah gagah bagi  mempastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil di Sungai Limau  Kedah  pada 4 November 2013.

KHAIRY MESTI BELAJAR DARI KEKALAHAN SAIFUDDIN ABDULLAH.

Kekalahan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah seharusnya menjadi pengajaran kepada Ketua Pemda UMNO Khairy Jamaluddin.

Jika Khairy memberikan komen atas sesuatu isu yang menunjukan kurang kedewasaannya dan juga pengalamannya dalam politik yang kadang kadang mungkin tidak disenangi oleh orang Melayu sendiri dan menyenang  bukan Melayu tetapi boleh dianggap sebagai ikhlas.

Ini berbanding dengan Saifuddin Abdullah yang terlihat mengada-ngada , lebih untuk menunjulkan diri sebagai Western liberalist, sebagai globalist dan hendak menyekutukan dirinya dengan identiti dengan  so called intellectual. Tujuan  utamanya adalah untuk  populariti di kalangan bukan Melayu. Tetapi perhetongannya silap menyebabkan dia dibenci oleh orang UMNO sendiri.

Untuk masa depannya  Khairi lebih perlu  sensitif kepada  naluri bangsanya tanpa membuang fahaman liberalnya  dan beliau juga harus  berhati hati dalam egoismenya supaya beliau tidak korbankan oleh orang UMNO yang semakin celek dan cerdik.

Khairy  mempunyai masa depan yang cerah sekalipun mungkin akan sampai kepuncak hanya selepas Zahid Hamidi atau selepas Muhyuddin dan Najib berundur atau diundurkan.

Undi popular yang diberikan oleh ahli UMNO kepada Mukhriz menunjukan masa depan politiknya tetap cemerlang dan tentunya tidak selesa kepada Khairy dan tidak boleh ditolak oleh Kahiry sebagai saingannya kepada Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.


Saturday, October 19, 2013

DARI Rocky's Bru

For (some) news portals, sorry is not the hardest word

Why did the Malaysian Insider publish that dubious report about Mukhriz Mahathir, knowing very well that it was so dubious it couldn't be true and that, because it's so clearly so defamatory, it would have to issue an apology or face a lawsuit?
In Kenapa Mukhriz boleh jadi mangsa fitnah?, influential blogger Helen Ang says it is because Mukhriz has become a major threat to many people, inside and outside UMNO, including Khairy Jamaluddin. Pro-UMNO blogger Big Dog, describing the Insider as a pro-Opposition, "Riong Kali's" portal, says the malicious attack on Mukhriz to "smear his good name and clean image" was expected "since Mukhriz's popularity among the UMNO grassroots increases by the day, across the board". Read Here comes the dirty trick (the blogger attaches the Insider's offending article Mukhriz's raises the stake with .."windfall" for party branches - Sources). 
Me, I think it reflects on the professionalism and ethics of today's online journalism. 
I think the Malaysian Insider editor concerned did it because he/she reckoned the portal would get away with it, like they'd gotten away many times before. I mean, look at the apology - how blas√©! How sincere is the apology when you removed the "offending articles" but not the disparaging comments by readers (who were responding to the erroneous original article), and when you still proudly displays the article under your "Most Read" section?








17 comments:

  1. Betui tu, pakat kumpui ramai2 kat sg limau, pakat langgah ayaq gamat, bagi bungkuis pas pis pus, kasi malu sikit dkt hisyam amaran

    ReplyDelete
  2. Tunas yg baik dicantas untuk memberi laluan kepada mengkaduk..something wrong...

    ReplyDelete
  3. Hishamuddin memang tidak bermaruah..sudahlah menang tipis, undi popular pun kalah..kalaulah benar si kerismuddin ini keturunan dato' onn, si kerismuddin patut meletakkan jawatan sebagai naib presiden umno kerana akar umbi umno terang2 tidak mahukan seorang yang lembik sebagai pemimpin!

    Berundurlah kerismuddin dari terus mencemarkan legasi Dato Onn

    ReplyDelete
  4. Walaupun Datuk Mukhriz kalah, saya sebagai ahli Umno akan tetap setia di belakang datuk..datuk mukhriz jangan bersedih kerana banyak lagi ahli akar umbi umno tetap setia dan menyokong anda..kepada para perwakilan dari johor dan pahang, diucapkan jutaan tahniah kerana bodoh dan bebal menyokong si lembik sebagai naib presiden..tahniah!

    Hidup Mukhriz!

    ReplyDelete
  5. Kita rampas kembali sungai limau..kita buktikan kejantanan anak kedah iaitu datuk mukhriz kepada si naib presiden lembik yang hidup bergantung hayat politik kepada sepupunya itu

    ReplyDelete
  6. Mukhriz....ala sayang.... anak muda ini bertanding tidak mengungkit-ungkit jasa bapanya...berlawan cara jantan...nak memimpin bukan dipimpin,bukan ditolong istana atau no 1...ada aura tutur kata berilmu....wajahnya tenang...pak cik suka pemimpin seperti anak muda ini...

    ReplyDelete
  7. This is the last term for Najib as president. Bila najib out, hisham pun tentu out juga.....dah takde sapa nak bagi dia tompang sekaki lagi.

    Sebaliknya, populariti Mukhriz akan bertambah mantap kalau dia kekalkan atau perbaiki lagi prestasinya seperti sekarang. Cool man, remain hardworking and incorruptible, the VP and above is yours for the taking 4 yrs down the road. This was just your warning salvo. KJ really has his works cut out for him.

    ReplyDelete
  8. Kalau Umno...bukan bn yea!! yang menang prk nanti...yang dapat nama nanti bukan Mukhriz tapi pemimpin transformasi.Maka berdegar-degarlah' bangganya ' dengan idea-ideanya yang dikatakan diterma olih akar umbi Melayu.Takut'...lembu punya susu,sapi pulak yang dapat nama..'

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    gayanyer nak tranform umno...guana klo org yg sama gak...citernyew tetap cakap tak serupa bikin lah kan....dak gitu...

    ReplyDelete
  10. hishammudin sudah menang VP. saya harap sangat beliau mengubah stail kepimpinannya. Kalau beliau masih berlembut tengkuk atau terhegeh2 mcm dulu saya tak tau samada orang melayu masih boleh bergantung harap pada beliau. Rupa2nya 146,000 pengundi UMNO yang mengundi semalam belum tentu mewakili rasa getir dan suara hari orang melayu secara keseluruhannya. Orang melayu tidaklah terlalu berharap untuk UMMO melahirkan pemimpin sehebat Dr Mahathir tetapi sekurang2nya biarlah pemimpin yang tegas, yang berani bersuara & bertindak dan bukannya pemimpin yang lemah longlai seperti datuk hisham

    ReplyDelete
  11. Tidak semestinya yang merindui gaya kepemimpinan Tun M mesti memastikan Mukhriz menjadi pemimpin, tetapi orang Melayu melihat Mukhriz jauh lebih baik daripada Hisham.

    ReplyDelete
  12. Syabas Dato' Mukhris. Walau pun Dato' kalah dari degi sokongan bahagian UMNO tetapi dari segi undi ahli perwakilan, Dato' adalah pemenang. Saya melihat melalui kepimpinan Dato' Mukhris kelak, era UMNO mengunakan politik wang akan berakhir. Saya harap, kita ahli UMNO kena terus bersabar sehingga sampai era Dato' Mukhris menjadi Presiden UMNO. Ini kerana buat masa sekarang agak sukar bagi UMNO meninggalkan politik wang kerana banyak pemimpin yang ada sekarang telah terpalit dengan taik wang. Saya berharap Negeri Kedah di bawah Dato' Mukhris akan jadi negeri pertama yang akan telus dan bersih samaada di dalam parti atau kerajaan. Perjuangan UMNO yang matlamatnya membina, membela dan memertabatkan Bangsa Melayu akan terus di pertingkatkan di bawah pimpinan Dato' Mukhris kelak. Ini tidak bermakna hak bangsa asing kita rampas, tetapi sebaliknya kita perbanyakkan penyertaan Bangsa Melayu didalam semua bidang ekonomi dan sosial. Tidak akan ada lagi monopoli.

    Sabbas48

    ReplyDelete
  13. Tan Sri, begitulah UMNO ia tidak berubah kecuali diubah. Apabila presiden dan timbalan presiden cenderung mengekalkan status quo tidak dipertandingkan, apakah kita masih mengharapkan perubahan berlaku di barisan kepimpinan tertinggi. Ini tak akan berlaku. Saya melihat UMNO tak berubah dalam pemilihan kali ini cuma yang berubah adalah sokongan kepada muka baru, Mukhriz yang menunjukkan ada gelombang mahu mengubah barisan naib presiden. Seperti biasa pemilihan UMNO tidak pernah mengejutkan kecuali semasa Ku Li menentang Mahathir. Saya tak pasti sama ada keadaan ini baik atau sebaliknya untuk UMNO mendepani survival pada PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
  14. zam seperti biasala, idolanya tun m sampai mengheret ke menyokong mukhriz sehingga tak terhingga walaupun hakikatnya biarlah mukhriz bertatih dulu, di kedah pun dia belum perform betoi2...

    ReplyDelete
  15. hishamuddin hanya menang apabila dia menyalah gunakan kuasa dan resources 2 kementerian yg dipegangnya selain menggunakan pengaruh istana Pahang untk meraih simpati dan undi. Tidak hairan lah mukhriz tak dapat satu undi pon dari Pahang. disamping itu, pertama kali kita lihat pemuda dan wanita UMNO all out berkempen untk Hisham, seorang calon vp. saya tak mahu bercakap tentang politik wang kerana tiada bukti kukuh tapi perwakilan sendiri tahu apa yg mereka korbankan untk seribu ringgit: maruah parti, maruah diri dan keredhaan Allah. ahli umno perlu paham bahawa untk membentuk kerajaan, umno perlukan undi org melayu yg bukan ahli umno, dan kami semua memerhati dan ramai yg sudah tidak yakin yg umno akan menjaga melayu dengan terlantiknya muka-muka rasuah yg sama dan tokoh-tokoh yg recycle.Sekiranya Pas tidak berada bersama PR, maka undi kami semua akan beralih kesana.percayalah.

    ReplyDelete
  16. ... dato' mukhriz boleh menang dan cemerlang 2016-2019 ... pru-14
    ...

    ReplyDelete
  17. Sangat mengharukan.sepatutnya perwakilan tidak dibelenggu dengan wang dan wang,namun haruslah melihat potensi seorang insan yang jelas berupaya menyatukan PAS dan UMNO dan meninggalkan KEADILAN terkial-kial.Namun kerana HASAD .MUKHRIZ di tohmah kiri dan kanan.JELAS,cubaan untuk MEMBUNUH KARIER beliau.Namun akar umbi menjadi kekuatannya..sokong MUKHRIZ 1000% sebagai PM!

    ReplyDelete