Sunday, 22 September 2013

UMNO DAN PAS HADAPI KRISIS KEYAKINAN DIRI.

MASING MASING  BERPURA -PURA MENUNJUKKAN KEKUATAN  DALAM KEBIMBANGAN


BIASANYA saya  langsung tidak mengharapkan  suatu dialog antara PAS dengan UMNO  tetapi sambutan  terkini  Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyuddin Yassin bahawa UMNO  terbuka untuk kerjasama dengan Pas adalah dalam nada suara yang berlainan yang memberikan keyakinan kepada mereka yang mahu berfikir secara rasional berasaskan logik politik.

Haji Hadi berkata kerjasama itu boleh diadakan di bidang politik tetapi  bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan (lihat Sinar Harian 22 September).

Saya pernah menulis  bahawa dalam hal ini ,UMNO tidak perlu  menjadi seperi hidung tak  mancong pipi tersurung- tersurung kerana Pas  memperkceilkan  UMNO sebabgai gila talak. PAS sering mengulangi bahawa kesilapan berlakunya perpisahan dahulu adalah kerana UMNO  dan seolah-olah Pas tiada dosanya.

Bagaimanapun  apa yang penting apabila sudah wujud hasrat yang baik antara kedua pihak untuk berdialog maka  tidaklah perlu diungkit- ungkit  pekara lalu yang negatif atau membuka semula luka lama.

Apabila Ketua Pengganas Komunis Malaya Chin Peng meminta untuk  berunding bagi  perdamaian dengan kerajaan Malaysia dan Thailand, Chin Peng tidak membangkitkan berapa ramai anggotanya yang telah dibunuh oleh pihak keselamatan Malaysia dan demikian juga sebaliknya.

Pas memahami kebimbangan UMNO sekarang dan UMNO juga memahami kebimbangan Pas dalam melihat perlu adanya dialog yang ikhlas  dan serius antara kedua parti Melayu dan Islam ini dan tentunya ajendanya bukanlah untuk pembentukan suatu kerajaan perpaduan tetapi untuk saling memahami pengalaman dan kedewasaan masing masing dalam suatu kancah pertarungan untuk survival  ummah di negara ini.


Pas sudah disosialisasikan dengan kolabarasinya dengan DAP dan PKR dan UMMO mendahului  permuafakatan   dengan MCA dan MIC  dalam Perikatan dan kemudiannya dalam suatu pakatan kerjasama lebih besar iaitu Barisan Nasional.

Perkembangan politik dalam proses sosialisasi ini bukannya semakin  meyakinkan sebaliknya meragukan dan berada dalam keadaan tergugat,bukannya  menjadi semakn kuat tetapi semakin mundur ke belakang.Keyakinan diri yang cuba ditunjukan oleh kedua pihak adalah kepura-puraan

Masanya  sudah sampai untuk PAS dan UMNO melihat bukan sahaja  kuman di depan mata tetapi juga cahaya pagi di kaki langit  jika suatu kerjasama politik boleh diadakan tanpa kerajaan perpaduan sebagai merintis jalan.

8 comments:

  1. Terbaca saya dalam paper Sinar Harian. Hadi Awang berkata, jika Umno nak bincang dengan PAS, tak ada masalah, tapi bukan untuk bersama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan.

    Itu jawapan dari seorang " ulamak " yang sombong serta bongkak. Dia sanggup duduk bersama dengan DAP dengan harapan dapat membentuk kerajaan, sedangkan orang melayu melihat keadaan PAS dalam Pakatan Rakyat tak ubah seperti " Kupang Tembaga " saja. Astaghfirullah .. rupa2nya Allah swt telah menutup pintu hati " si ulamak " itu kepada kebenaran. Saudara sebangsa dan seagama telah Allah jelmakan sebagai musuh kepada " si ulamak " itu manakala Setan Allah nampakkan kepada dia sebagai sahabat yang boleh dipercayai. Tak apa lah kalau itu yang Allah mahu maka biar lah " si ulamak " itu dengan dunia dia.

    Saya sebagai orang diluar PAS, berdoa semuga Allah jelmakan Harun Din dan Harun Taib sebagai " Imam Mahadi " yang diutuskan untuk menyelamatkan PAS, menyelaatkan Islam dan menyelamatkan orang melayu. Tidak ada apa yang saya harapkan melainkan terlalu sangat teringin untuk melihat seluruh orang melayu berada dibawah satu payung .. payung yang melindungi bangsa melayu dan agama islam.

    Kepada TS Muhyidin ingin saya berkata " bersabar lah, niat anda jika ikhlas, insyallah Allah akan bersama anda juga satu hari nanti ".

    Saya mendoakan agar Allah swt memberikan kekuatan kepada Datok Harun Din dan Datok Harun Taib untuk memimpin PAS ke jalan yang benar dan diredhai. MEMINTA BANTUAN SETAN UNTUK MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM DAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD ADALAH SUATU PERBUATAN YANG SESAT.

    Ana Muslimah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah suatu fikiran yang singkat.Tidaklah mudah bagi Pas yang sudah berkawan dengan DAP dan PKR untuk meninggalkan kawan tanpa perhetongan dan demikian juga UMNO. Apakah UMNO akan abandon MCA,MIC dan lain lain untuk kerjasama dengan PAS.

      Maka sebaik baiknya dimulakan dengan kerjasama politik. Ini langkah ysng logik

      Delete
  2. Sebagai seorang Islam, Haji Hadi sepatut nya lebih fleksibel dan menunaikan hasrat tersebut tanpa syarat. Demi kebaikan bersama tidak perlu ada niat tersembunyi kerana perpecahan ummah itu menjadi agenda utama. Apa yang perlu di lihat dan perhalusi :-

    a. Ahli-ahli PAS dan UMNO mesti berpadu dalam mengendalikan isu-isu semasa Islam yang di serang bertubi-tubi akhir-akhir ini. Nampak sangat perbezaan sehingga Melayu Islam itu benar-benar bermusuh dan ini menjadi medan terbaik untuk musuh Islam bertindak agresif.

    b. Mengekang tindakan Islam ekstrim yang di amalkan di Timor Tengah berkembang di Malaysia demi keselamatan kita bersama. Di samping perkembangan Syiah, fahaman ekstrim sudah di uji oleh tangan ghaib sebelum ini yang mula menampakkan hasil.

    c. Memperkasakan Ekonomi Islam dan Inovasi. Sungguh ramai kepakaran Islam dan ada tergolong Ulul Al Bab, terbiar begitu sahaja. Dulu ada kias, jarum sebatang pun Melayu tidak boleh buat. Jika ekonomi Islam kuat, setiap menjelang ramadan, aidilfitri atau aidil adha, sekurang-kurang nya segala keperluan itu datang dari Umat Islam sendiri. Nampak tidak penting tetapi volum nya sungguh besar. Maka bertitik mula dari sini keperluan hari-hari boleh di terjemah lebih besar dalam rangkaian dan rantaian nya yang boleh datang dari Umat Islam sendiri.

    Moga ada usaha yang lebih gigih. Musuh Islam tidak akan benarkan perkara ini terjadi kerana impak nya amat menggerunkan mereka.

    ReplyDelete
  3. "UMNO dan PAS hadapi krisis keyakinan diri"
    Sgt benar ! hingga merendah diri, menagih, mengemis sokongan parti lain, sedang dlm pakatan masing masing dua parti inilah yg paling ramai ahlinya dan paling kuat, yg sepatutnya menjadi pengemudi dan penentu dasar. Dan alangkah baik lagi jika kedua duanya berkerjasama meninggikan agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  4. Dialog antara PAS dan UMNO tidak wajar dalam konsep UMNO atau PAS saling menyertai. Ia sepatutnya kepada apa yang mereka boleh lakukan secara bersama untuk kebaikan Islam, Melayu dan Negara tanpa banyak menjejaskan diri mereka sendiri dengan komponen masing2.

    Sudah tentu jika ia berkaitan pembangunan Islam dan Melayu terlalu banyak perkara mereka boleh lakukan bersama. Soal pendidikan Islam, soal ekonomi Islam dan sebagainya.

    UMNO dan PAS harus mulakan satu perjumpaan (bukan dialog) untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama yang disertai oleh mereka yang fokus kepada ekonomi sosio dan bukannya kepada 'politik'.

    ReplyDelete
  5. Harun Din dan Harun Taib sebagai " Imam Mahadi "

    Ustaz Jin jadi Imam Mahadi?.

    PAS/UMNO ada lh muslim jadi seperti kuthbah terakhir nabi, setiap orang muslim adalah bersaudara, janganlah menyakiti diantara sesame mereka. History Pas yang mengkafirkan UMNO, jadi cam masa? Tapi indahnya Islam, kita boleh bermaaf maafan. PAS/UMNO perlu iklas untuk perpaduan Ummah kalau tak buang masa je. Niz Aziz dah tak releven jadi ada harapan. Umat Islam di Malaysia lihat lah perbezaan antara DR Mahathir dan Datuk Nik Aziz dari segi kehidupan, kesihatan dan pemikiran mereka . Ada sesuatu untuk direnunkan kejadian Allah ini.

    ReplyDelete
  6. TS Zam.
    Setuju pendapat TS Zam.Sebenarnya Pas dan UMNO dalam kebimbangan tentang masa depan politik mereka.
    Pemimpin UMNO dan Pas telah pun tahu menilai kedudukan prestasi mereka melalui PRU 13 yang lalu.
    Umno cuna berselindung disebalik 88 kerusi yg dimenanginya sahaja.Pada hal BN terus hilang kerusi dengan cuma 133.Lebih teruk dari zaman PRU 12.
    Begitu juga Pas yang terus banyak hilang dan kalah banyak kerusi kerna pebolakan Melayu luar bandar pada Pas.

    Yang sahnya.Cina tolak UMNO/BN.Manakala Melayu luar bandar tolak Pas.

    UMNO dan Pas sama-sama sesak nafas.Silap-silap haribulan UMNO/Pas akan tenggelam terus diarus politik Malaysia.

    Sekarang punya senario UMNO ialah sebuah parti anak elit,bangsawan,hartawan,asaskan keluarga.Harapan akar umbi yang berkebolehn sudah terbantut.

    Pas pula cuma sekadar penumpang dalam Pakatan Rakyat.Pas berada dibelakang pakatan tersebut.Apa peranan Pas diPulau Pinang dan barisan EXCO.Suara Islam Pas dimana.Pas di Pulau Pinang lebih kurang sama sahaja dengan Umno dizaman BN dulu.Begitu juga Pas di Selangor.Apa yang Pas boleh dan telah buat untuk Islam/Melayu.Yang lebih jelas PKR dan DAP lebih berkuasa.Lebih teruk dari zaman UMNO/BN di Selangor.

    Penolakan rakyat pada UMNO bukan kerana Pakatan Rakyat itu bagus.Tetapi kerana Keranggian pemimpin UMNO itu sendiri.Inilah yang berlaku di Selangor.Pemimpin UMNO lupa diri denagn jawatan dan kekayaan.

    Kenapa Pas kalah di Kedah.Bukan kerana UMNO itu bagus.Tetapi Kerajaan Pas banyak sangat buat kesilapan yang memberi ruang untuk rakyat berubah selera.Rakyat kata Pas dan UMNO serupa sahaja bila ada kuasa diKedah.Pas bergaduh sesamn sendiri.Pemimpin Pas pula diperingkat bawah ramai yang naik tocang,sombong dengan bukan ahli mereka.Cakapan Islam mereka cuma dalam ceramah sahaja.Dalam masjid sahaja.Adakah cermah mereka tergamak mewmuji CM Pulau Pinang.

    UMNO dan Pas akan jadi sebuah parti yang sudah tua dan suka beritorik .UMNO denagn Melayunya.Pas dengan Islamnya.Pada hal kulit-kulit sahaja.

    PRU 14 nanti kalau Pas/UMNO masih belum sedar segalanya tunggulah.

    Kelebihan UMNO kerana kerajaan menguasai parti bukan parti menguasai kerajaan.Sebab itu penyandang dalam kerajaan lebih baik.

    Cukup lah Pas dan UMNO bersilat pulut sesama sendiri.Silat pulut hanyalah silat menyerikan majlis.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Apalah masalah PAS dan UMNO ni, tak faham-faham. Pengundi Melayu telah memberikan signal yang sangat jelas bahawa mereka menolak PAKATAN kerana kecinaan DAP yang melampau. Orang Cina tidak suka menjadi no. 2, di negara ini walaupun hakikatnya mereka tidak dilayan sebegitu. Tetapi simbol kuasa politik orang cina, iaitu MCA kelihatan less superior than UMNO. Itulah sebabnya mereka memilih DAP kerana DAP kelihatan sangat berkuasa dan tidak tunduk kepada mana-mana parti lain dalam Pakatan.

    Hanya mereka lupa siapalah DAP untuk mengetuai parti-parti yang lain dalam Pakatan. Di dalam islam, dalam kumpulan dua orang atau lebih, kita perlu memilih seorang sebagai ketua. Jadi di dalam mana-mana pakatan mahupun barisan, perlu ada satu parti yang menjadi ketua kepada parti-parti yang lain. Suka atau tidak, masyarakat cina perlu terima hakikat bahawa parti cina mereka tidak akan dapat menjadi ketua kerana sifat kecinaan yang menebal dan hanya menjaga dan membangkitkan isu-isu masyarakat cina sahaja.

    PAS dan UMNO perlu sedar kuasa penentu politik di Malaysia adalah masyarakat Melayu dan bumiputera lain. Jadi mereka tidak perlu ragu-ragu mengenai perkara ini. Salah satu parti yang ikhlas memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara dan ikhlas serta bersih pasti mendapat sokongan padu masyarakat Melayu dan Bumiputera. Jadi tidak perlu mengorbankan kepentingan negara untuk memenuhi tuntutan perkauman DAP dan mana-mana parti perkauman yang lain.

    Sedarlah, negara memerlukan pemimpin yang bijaksana dan berani, bukan bijak membuat helah dan bermuka-muka yang akhirnya menimbulkan sel-sel barah komunisme dan chinesme yang telah jelas timbul pada hari ini.

    Sekian.

    Aku bukan politician

    ReplyDelete