Monday, 16 September 2013

THE STAR: BERHENTILAH DARI PEPAT DI LUAR RFENCONG DIDALAM.

The Star tidak dapat dinapikan merupakan sebuah akhbar yang terbaik dalam memenuhi kualiti kewartawanan,terkini dengan berita, ekoran berita,rencana dan sebagainya yang menggambarkan wartawan wartawannya senantiasa aktif,sensitif dan berinisiat.

Dalam pada itu The Star juga akhbar yang paling bijak dan halus dalam memainkan isu isiu perkauman yang akhirnya telah mencapai matlamatnya.

Umpamanya dalam  kontroversi sekolah SK Seri Pristana Sg Buloh Selangor yang bersifat perkauman dan keugamaan .Sudah berbulan isu ini dihidupkan dengan berselindong disebalik human right.

Isu ini  berpunca dengan memberikan gambaran  sekolah itu meletakan kantin murid bukan Islam di kawasan tandas dalam  bulan puasa seolah olah untuk melindungi dari murid Islam dari melihat bukan Islam sedang makan.Ia memberikan gambaran sekolah itu memperkcilkan bukan Islam.

Bagaimanpun siasatan dan penjelasan telah diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan Sekolah berkenaanbahawa hal itu telah lama berlaku kerana ketidakcukupan ruang  dan bukannya di bilek tandas tetapi di bilek persalinan.Siaran berita ini tanpa penjelasan  pihak sekolah lebih dahulu yang sewajarnya di lakukan dalam berita berita yang bersifat sensitif.Apakah tujuannya?

Tetapi berita ini tidak terhenti walaupun penjelasan telah diberikan. Ekoran berita dibuat untuk menghidupkan semula isu atas sentimen perkauman  berikutan dengan seorang India telah ditahan dalam siasatan kerana membuat fitnah kepada pengetua  sekolah berkeaan dan isu individu ini dijadikan isu ramai hanya  berasaskan dakwaan mengatakan murid murid bukan Melayu dicemuhkan sehingga memaksa beberapa orang murid India  berpindah dari sekolah itu.

Berapakah sebenarnya di pindahkan,tidakkah hanya anak orang terlibat sahaja. Tidakah orang yang berusaha untuk menghidupkan isu ini   merupakan ansir suversif,anti sosial dan anti nasional dengan tujuan untuk menapaikan perasaan perkauamn. Fahamkan The Star bagaimana perasaan guru guru yang telah berytahun tyahun  mengajar murid murid India di sekolah itu dengan jujur sleama ini?

Untuk menghidupkan terus isu ini , The Star menimbulkan pula soal murid murid  di bawah umur 18 tahun tidak berhak untuk disiasat oleh polis tanpa di temani oleh ibubapa mereka dalam isu kontrovesi itu bila polis menjalankan siasatan  di sekolah itu.

Peguam , polis, orang awam  dan lain lain  telah dicari untuk  followup bagi  menghidupkan terus  isu ini dan tentunya  ada instigater dari luar memberikan tunjuk ajar pemberita,news deitor atau ketua pemberita apa yang sewajarnya dilakukan untuk mengidupkan terus isu ini  demi untuk kepentingan politik mereka.

Sesiapapun yang mengikuti  berita  dari awal hingga sekarang akan sedar bahawa  ini adalah cetusan isu  perkauman yang boleh menimbuklan prasangka,prejudis, kebencian dan langsung  tidak membantu usaha untuk menghidupkan perasaan kerharmonian antatra kaunm terutma diterima peringkat murid murid sekolah.

Bila ditunjukan permainan perkauman  The Star, maka orang akan bertanya bagaimana dengan Utusan Malaysia?

Jawapannya cukup mudah .Apa  yang dilakukan oleh Utusan tidak pernah terkeluar dari tanggungjawabnya untuk mempertahankan  ciri ciri Perlembagaan Malaysia. tetapi  Utusan Melayu tidak pandai pepat di luar rencong didalam .Utusan hanya pakai satu muka tetapi The Star bermuka muka.

Sewajarnya diingatkan  MCA, Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail telah menjelaskan tujuan Akta Hasutan di pinda selepas 13 Mei adalah untuk menyelamatkan MCA dan MIC yang terikat dengan Perlembagan Persektuan dan kontrak Sosial dari  menjadi magsa serangan parti pembangkang tetapi MCA telah membiarkan duri dalam dagingnya sehingga menghakiskan pengaruhnya.

Telah sampai masanya untuk Presiden UMNO Datuk Seri Najib memberitahu The Star supaya jujur dan memberitahu  MCA " You' are either with me, or agains us."

Ingatlah!  The Star memperjuangkan untuk di kembalikan Sekolah Inggeris. Dalam kata kata lain menghapuskan Sekolah Kebangsaan   sebagai jalan penyelesaian memenuhi kehendak semua kaum. Malaysian Malaysia ala Singaporean Singapore.



.




No comments:

Post a Comment