Thursday, 19 September 2013

PERBEZAAN ANTARA SINAR HARIAN DAN THE STAR

NAJIB WAJIB BERITAHU MCA: YOU'RE EITHER WITH US OR AGAINTS US
Masthead akhbar  hampir sama, tetapi Sinar Harian dilihat lebih bertanggungjawab
berbanding The Star.

Saya ucapkan syabas kepada akhbar Sinar Harian yang merasa bertanggungjawab untuk membersihkan nama SK Seri Pristana Sungai Buloh Selangor dari cemohan terhadapnya sebagai rasis hanya berasaskan kepada penyebaran gambar palsu mengatakan anak-anak bukan Melayu diberi makan di tandas sekolah itu di bulan puasa sebaliknya yang sebenar ialah di kawasan persalinan.

Sekali pun penjelasan telah diberikan berkali-kali tetapi kita dapat melihat bagaimana sebuah akhbar Inggeris telah cuba menghidupkan terus isu ini untuk  mengapi-apikan perasaan kebencian orang India terhadap orang Melayu.

Yang terakhir dengan menyiarkan berita dakwaan bapa yang disyaki terlibat menyebarkan fitnah itu mengapikan pula dengan cerita ramai anak-anak India telah dipindahkan dari sekolah itu pada hal sebenarnya dari 27 orang,hanya seorang sahaja yang berpindah.The Star menyiarkan berita ini seolah-olah benar belaka.

Hari ini Akhbar Sinar Harian menyiarkan wawancara wartawan-wartawannya dengan Guru Besar Sekolah itu Muhamad Nasir Mohd Nor untuk memberikan penjelasan yang sebenarnya menunjukan bahawa pengendali Sinar Harian dapat merasakan bahaya api sekam yang telah dibakar oleh media yang tidak bertanggungjawab dalam soal ini.

Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya membiarkan pekara ini berlalu begitu sahaja tetapi siasatan mengenainya mestilah didedahkan dan tindakan keras mesti diambil kepada mereka yang mempromokan hasutan perkauman. Walaupun akhbar-akhbar Tamil atau Cina juga memainkan pekara ini tetapi tidak sama kesannya dengan akhbar yang dibaca oleh semua kaum.

Di bawah ini adalah pandangan zamkata  dan juga penjelasan guru besar sekolah berkenaan:

Tidak dapat dinafikan The Star merupakan sebuah akhbar yang terbaik dalam memenuhi kualiti kewartawanan; terkini dengan berita, ekoran berita yang pantas, rencana yang menarik dan bermutu dan sebagainya yang menggambarkan wartawan-wartawannya senantiasa aktif, cekap  dan berinisiatif.

Dalam pada itu The Star juga akhbar yang paling bijak dan halus dalam memainkan isu-isu sentimen Cina. Ini dapat dilihat dalam isu untuk membawa pulang abu Ketua Pengganas Komunis Chin Peng yang sesiapa pun dapat menciumi kecendorongannya atau biasnya.

Isu SK Seri Pristana Sungai Buloh Selangor sudah berbulan dihidupkan dalam nada perkauman dengan berselindung disebalik human right.

Isu ini  berpunca dengan memberikan gambaran sekolah itu meletakan tempat makan murid bukan Islam di kawasan tandas dalam bulan puasa seolah-olah untuk melindungi murid Islam dari nampak bukan Islam sedang makan.Ia memberikan gambaran sekolah itu memperkecilkan bukan Islam.

Bagaimanpun siasatan dan penjelasan telah diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan Sekolah berkenaan bahawa hal itu telah lama berlaku kerana ketidakcukupan ruang. Sebenarnya bukannya bilek tandas tetapi bilek persalinan digunakan untuk sementara.

Berita ini disiarkan tanpa penjelasan pihak sekolah lebih dahulu yang sewajarnya dilakukan dalam berita-berita yang bersifat sensitif. Apakah tujuannya? Ini semestinya didorongkan oleh orang-orang yang bersifat perkauman India di The Star.

Peluang terbuka lagi bagi akhbar ini untuk mengapikan isu berkenaan bila seorang India yang ditahan dalam siasatan kerana membuat fitnah mendakwa murid-murid bukan Melayu dicemuhkan oleh guru-guru sekolah sehingga memaksa beberapa orang murid India berpindah tetapi sebenarnya hanya seorang murid India sahaja yang pindah.

Tidakah orang yang berusaha untuk menjadikan isu ini sebagai  isu perkauman yang panas merupakan anasir subversif, anti sosial dan anti nasional? Fahamkah The Star bagaimana perasaan guru-guru Melayu yang telah bertahun-tahun mengajar murid-murid India di sekolah itu dengan penuh didikasi dan jujur ?

Tidak cukup setakat itu sahaja, The Star menimbulkan pula soal murid-murid  di bawah umur 18 tahun tidak berhak untuk disiasat oleh polis tanpa ditemani oleh ibubapa mereka bila polis menjalankan siasatan di sekolah itu. Siapakah yang berada di belakang The Star untuk  terus pursue isu ini dari berbagai-bagai sudut?

Peguam, polis, orang awam dan lain-lain telah dicari untuk follow-up bagi  menghidupkan terus isu ini dan tentunya ada instigater dari luar memberikan tunjuk ajar kepada  pemberita, news editor atau ketua pemberita yang senantiasa bersemangat untuk menghidupkan isu-isu demi untuk kepentingan politik mereka.

Sesiapapun yang mengikuti berita ini dari awal hingga sekarang akan sedar bahawa puncannya adalah prejudis perkauman yang boleh menimbulkan prasangka, prejudis dan kebencian kepada sekolah Melayu (Kebangsaan) dan kepada orang Melayu dan berita seumpama ini sama sekali tidak menyumbang kepada usaha untuk menghidupkan perasaan keharmonian antara kaum terutama di peringkat murid-murid sekolah.

Apakah Ketua Pengarang akhbar The Star tidak dapat mencium kecendorongan news editornya, ketua pemberitanya atau penghasut-penghasut dalam The Star untuk pursue isu ini diatas landasan yang bahaya?

Bila ditunjukan permainan perkauman The Star, maka orang akan bertanya bagaimana dengan Utusan Malaysia?

Jawapannya cukup mudah. Apa yang dilakukan oleh Utusan tidak pernah terkeluar dari tanggungjawabnya untuk mempertahankan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia. tetapi Utusan tidak pandai pepat di luar rencong di dalam.Utusan hanya pakai satu muka tetapi The Star bermuka-muka.

Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail telah menjelaskan tujuan Akta Hasutan dipinda selepas 13 Mei 1969 (Lihat bukunya The Reluctant Politician) adalah untuk menlindungi MCA dan MIC yang terikat dengan Perlembagaan Persektuan dan Kontrak Sosial dari menjadi mangsa serangan parti pembangkang tetapi MCA telah membiarkan duri dalam dagingnya sehingga menghakiskan pengaruhnya.

Telah sampai masanya Presiden UMNO yang juga Ketua Barisan Nasional, Datuk Seri Najib memberitahu MCA dan The Star  "You' are either with us, or againts us."

Ingatlah! The Star telah tercatat memperjuangkan untuk dikembalikan Sekolah Inggeris. Dalam kata-kata lain menghapuskan Sekolah Kebangsaan sebagai jalan penyelesaian memuaskan hati semua kaum iaitu dengan mengikuti langkah Singapura: Singaporean Singapore- Malaysian Malaysia.

Jangan lupa di sebalik cemuhan terhadap aliran Melayu, ribuan anak-anak dari asas SPM sekarang menguasai universiti-uiversiti, menjadi orang profesional, doktor, jurutera termasuk mereka yang telah diambil bekerja  sebagai doktor di Singapura dan di lain-lain negara.

DARI SINAR HARIAN

Isu SK Pristana: Ada hikmah di sebalik kejadian
RUZY ADILA IDRIS DAN NINA FARZUIN MD SHAROM
19 September 2013
Muhamad Nasir Mohd Noor
Isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, mengundang pelbagai kontroversi. Pelbagai tuduhan dilemparkan, tidak kurang dikatakan guru-guru sekolah itu mengamalkan rasis terhadap murid-murid berhubung isu kontroversi murid-murid bukan Melayu makan di bilik persalinan sehingga isu tersebut mendapat liputan meluas.

Wartawan Ruzy Adila Idris dan Nina Farzuin Md Sharom bersama juruvideo Yusrizal Yusuf Ahmad mendapatkan guru besarnya Muhamad Nasir Mohd Noor bagi mendapatkan penjelasan yang lebih tepat mengenai perkara ini.

Berapa jumlah murid di sekolah ini mengikut perpecahan kaum?

Secara keseluruhan, jumlah murid adalah seramai 1,370 di mana 1,337 daripadanya adalah berbangsa Melayu, 27 India, dua Cina dan empat lain-lain. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan berhampiran sekolah.


Insiden murid dikatakan makan di bilik persalinan, menjadi kontroversi sejak Julai lalu, bagaimana anda melalui semua ini?

Saya akui, sedikit tertekan dengan apa yang berlaku. Bukan saya sahaja, malah ada antara guru-guru yang merasai perkara sama. Tetapi, kami berbalik kepada niat kami. Sebagai guru, sudah pasti keutamaan murid-murid menjadi perkara penting. Kami meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Adakah dengan tersebarnya kes ini, lebih memberi impak negatif kepada sekolah?

Sebenarnya, jika isu tersebut tidak dibawa keluar (sekolah), ia mungkin boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Ini kerana masalah ini bermula dengan salah faham daripada sekeping gambar yang diambil, di mana ia kelihatan seperti di dalam tandas, tetapi sebenarnya ia adalah bilik persalinan.

Apabila perkara ini telah keluar daripada pagar sekolah, dan menjadi isu nasional, sebagai pentadbir sekolah ini, saya hanya mengikut arahan pihak kementerian. Seharusnya Ibu bapa merujuk terlebih dahulu kepada guru-guru, saya atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) jika ada ketidakpuasan hati. Mungkin masalah ini dapat diselesaikan di dalam sekolah sahaja. Dengan cara itu, isu kecil ini tidak akan diperbesarkan.

Apakah kesan kepada diri, keluarga, sekolah dan kehidupan seharian?

Saya akui memang sedikit tertekan dengan isu ini, malah ada juga guru-guru yang turut merasai perkara sama. Tetapi, kami kuatkan diri. Saya bertanggungjawab terhadap perkara ini. Jika ada perkara yang berlaku sama ada untuk kebaikan atau perkara yang bukan disengajakan, sebagai guru, kita tidak perlu takut. Tugas pendidik adalah merancang perkara yang terbaik untuk mendidik murid-murid. Itulah niat sebenar kami. Biarpun keputusan menggunakan bilik persalinan itu bukan keputusan saya sendiri, tetapi ia dilakukan bersama-sama dan dicadangkan oleh orang lain tapi sekarang tanggungjawab itu terletak pada bahu saya. Apabila isu ini telah keluar dari kawasan sekolah, maka ia menjadi tanggungjawab pihak kementerian.

Adakah anda ada menerima sebarang persepsi negatif daripada orang awam?

Saya tidak mahu besarkan perkara itu. Yang penting, murid-murid selesa belajar di sekolah ini.

Bagaimana perasan anda apabila dikatakan sebagai rasis sedangkan anda begitu akrab dengan masyarakat pelbagai kaum?

Saya bukan rasis. Sebelum ini saya banyak bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk orang bukan Melayu. Saya pernah berkhidmat di sebuah sekolah mubaligh di mana lembaga kelolaannya dikuasai orang-orang bukan Melayu. Ketika itu kami sering mengadakan program bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang di anggotai orang Cina dan India. Pada masa sama, saya turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah persatuan tuisyen elit bagi kaum India dengan memberi ruang kepada mereka menggunakan bangunan sekolah pada setiap hari ahad. Jadi, saya rasa isu rasis ini tidak pernah timbul dalam diri saya. Sebagai pengajar, apa yang penting adalah menjaga keperluan murid-murid.


Bagaimana salah faham ini berlaku, sedangkan pihak sekolah telah mendapat persetujuan daripada PIBG pada Mac lalu untuk menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara?

Baru-baru ini ketika diadakan sesi dialog bersama ibu bapa, ada di kalangan mereka mahu kami memikirkan cara meningkatkan prestasi sekolah sedangkan sekolah ini adalah antara yang terbaik di Selangor. Dalam isu bilik persalinan ini juga, ada di kalangan mereka tidak tahu ia telah digunakan sejak bulan Mei lagi. Mereka tidak tahu langsung perkembangan yang berlaku di sekolah kerana tidak pernah menghadiri mesyuarat agung PIBG. Inilah salah satu puncanya.

Sejak awal sekolah ini beroperasi pada tahun 2010, saya dapati kehadiran ibu bapa pada mesyuarat agung mendapat sambutan baik di mana 80 peratus yang hadir. Namun jumlah itu kian merosot.

Sepatutnya ibu bapa perlu memberi sokongan pada program-program anjuran sekolah supaya mereka tahu perkembangan sekolah ini.


Benarkah dakwaan ramai pelajar bukan Melayu berhenti dari sekolah ini selepas kes tersebut?

Tidak benar. Hanya seorang murid sahaja berhenti kerana tidak berpuas hati mengenai isu ini. Dua murid Melayu yang berhenti adalah kerana berpindah ke Pahang. Tidak ada isu yang harus ditimbulkan mengenainya.

Kehadiran Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin diharap menjadi titik noktah kepada salah faham ini. Apakah langkah-langkah yang akan di ambil pihak sekolah bagi memastikan insiden sama tidak berulang kembali?

Kes ini adalah iktibar buat kami. Paling penting, ibu bapa, guru dan persatuan PIBG perlu bersatu demi menjamin kebaikan dan kecemerlangan murid-murid di sekolah ini. Jika kita bersatu, perkara seperti ini boleh dielakkan, malah akan ada kebaikan yang bakal kita peroleh. Sebenarnya saya agak terkilan perkara ini terjadi. Majoriti ibu bapa di sini sangat memberi kerjasama, tetapi seperti ungkapan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. PIBG sekolah telah memiliki laman sosial Facebook sejak 2012. Setiap perkembangan sekolah seperti aktiviti, gambar-gambar kejayaan sekolah dimuat naik dalam laman tersebut dan ibu bapa boleh mengetahui perkembangan sekolah. Namun mesyuarat PIBG adalah platform terbaik untuk sebarang permasalahan.

Jika ada ibu bapa tidak pasti, seharusnya mereka menghadiri mesyuarat atau berjumpa sendiri pihak pentadbiran sekolah untuk membincangkannya. Sekiranya ibu bapa menggunakan jalan yang betul untuk selesaikan masalah, saya rasa isu ini tidak akan timbul.

Bagaimana pula dengan peranan ibu bapa bagi memastikan kelangsungan hubungan ibu bapa dan pihak sekolah berjalan dalam keadaan harmoni?

Walaupun tidak ramai ibu bapa di kalangan bukan orang Melayu, namun kita masih akan terus mengadakan program-program yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian dan ini membuktikan kita tidak menyisihkan mereka.

Terdapat beberapa program akan dijalankan seperti Hari Sukan Sekolah pada akhir bulan ini dan program Pesta Ungu (hari kantin) pada Oktober ini. Pihak sekolah mengharapkan ibu bapa dapat hadir bersama-sama menjayakan program dan sama-sama menyemai semangat perpaduan.

Seperti yang dikatakan Datuk Seri Idris Jusoh pada sesi dialog sebelum ini, kita perlu memaafkan dan melupakan mengenai perkara yang lalu. Itu adalah kesilapan yang tidak disengajakan. Sebagai manusia kita tidak akan pernah sempurna.

Perkara ini telah selesai dan saya berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat memberi peruntukan sebagai bantuan untuk pihak sekolah. Bantuan itu akan digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti dan juga prasarana sekolah.

Apakah harapan anda serta guru-guru di sekolah ini?

Saya mengharapkan kehadiran Menteri Pendidikan II kelmarin adalah pengakhiran terhadap apa yang berlaku. Beliau telah memanggil saya untuk mendapatkan cerita sebenar dan berharap lawatan beliau kelmarin adalah sebagai penutup cerita. Jika saya disalahkan, saya tidak ada masalah kerana perkara itu berlaku tidak disengajakan. Apa yang penting tuhan tahu niat sebenar.

Alhamdulillah, dalam masa yang terdekat ini pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM45,000 daripada kejadian itu dan ini adalah hikmah di sebaliknya. Banyak yang saya belajar daripada perkara yang berlaku.

10 comments:

  1. sememangnya the star masih terus memainkan isu ini dalam laporan mereka. Di samping itu, isu Chin Peng dimainkan melalui wawancara dengan A. Samad Said, isu 'perselisihan' pemimpin umno sering di gembar-gemburkan, kritikan terhadap LGE akan dijawab dan pembelaan diberikan. sudah terang lagi bersuluh - the star is not with BN!

    ReplyDelete
  2. Saya tertarik dengan statement ini "Biarpun keputusan menggunakan bilik persalinan itu bukan keputusan saya sendiri, tetapi ia dilakukan bersama-sama dan dicadangkan oleh orang lain tapi sekarang tanggungjawab itu terletak pada bahu saya."

    Bandingkan dengan seorang Ketua Menteri, bila kereta paking illegal, dia salahkan driver. Bila kiraan undi tak betul, salahkan Excel dan pecat EC partinya. Bila surat arahan jangan tayang tanda putera dipertikaikan, dia salahkan pihak berkuasa tempatan.

    Pemimpin sejati adalah mereka yang berani bertanggungjawab dengan tindakannya, termasuk memikul tanggungjawab segala tindakan yang dilakukan oleh orang bawahannya. Jadi bandingkanlah seorang Guru Besar dengan Ketua Menteri tahap kepimpinan mereka.

    ReplyDelete
  3. Bagus Sinar Harian. Kalau harap Utusan, tengah sibuk mengampu Shahrizat.

    ReplyDelete
  4. Star kembali kepada trick lama ya. Ingatkan dah serik masa digantung dalam operasi Lalang. Columnist June Wongnya bukan main lantang mencerca Melayu. Yang Wong Chun Wai pulak sekejap sini, sekejap sana. Tulis membodek nak kumpul banyak lagi Datukship.Pada yang sama anti-melayu.
    Takde anak Melayu kat sana yang berani menegr mereka. Ini kalau cerita Chin Peng, bukan main ghairah dia. Macam patriot. Dah mampus tu bakar jelah macam Pol Pot.
    Najib perlu bertindak tegas terhadap The Star!

    ReplyDelete
  5. Mengapa kita org Melayu terlalu fobia dgn isu perkauman?.Mengapa pula org lain sudah tidak kesah lagi,walau di tegur seribukali pun mereka terus dengan gelagat mereka?.Apakah ini menandakan mereka sudah pun bersedia dgn 'apa pun akan terjadi',hanya kita yg terkial-kial dan menggigil gusar?.

    Kepada org Melayu,marilah kita melihat diri kita sendiri,marilah kita melihat pada keluarga kita,marilah kita melihat komuniti kita,mengapa kita sudah tidak lagi di hurmati,mengapa kita sudah tidak lagi di peduli,mengapa kita sudah tidak lagi di geruni?.Kemudian marilah kita menyususn diri kita sendiri terlebih dahulu,kemudian keluarga kita dan seterusnya komuniti kita supaya kegemilangan kita,kita perolehi kembali.Kita kena sedar ,apa yg kita mahu perolehi tidaklah memadai hanya dgn meminta org lain berubah,menuding jari dan menyalahkan org lain sedangkan kita masih seperti biasa.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Inilah tarf pemikiran yg menyebabkan org Melayu mundur,sentisa menyalahkan pihak lain.Diri sendiri buat apa?

      Delete