Monday, 30 September 2013

PENDATANG MELAYU LEBIH CERDIK DARI CINA DAN INDIA.

BAGI LEE KUAN YEW "HAK SAYA HAK SAYA ,HAK AWAK 

HAK SAYA" TUNKU.

KOMEN:
Dalam buku kompilasi tulisannya  Looking Back, Perdana Menteri Pertama  Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra dalam  mengulas dakwaan Lee Kuan Yew bahawa orang Melayu datang ke negara ini hanya 700 tahun dahulu, telah berkata " Keluarga saya keturunan Mongols dari India,kapal mereka pecah di Langkawi 1,200 tahun dahulu dalam pelayaran  ke China. Marong Maha Wongsa mengasaskan dinasti Kesultanan Kedah yang wujud sehingga ke hari ini.
"Nama Kedah tertera di atas peta tertua  Semenanjung Tanah Melayu"
Kata Tunku lagi," Bagi Lee Kuan Yew  hak saya adalah hak saya dan hak awak adalah hak saya"- Man Banun Sg. Petani Kedah.





    SUBKY ABDUL LATIFF Pengasas suara Pas Harakah dan juga bekas tokoh wartawan Utusan Melayu yang banyak mengembara dalam dunia kewartawanan dari menerbitkan akhbar  sendiri Suara Rakyat,Suara Merdeka dan sehingga menjadi  Ketua  Pengarang Watan akhbar harian  yang  telah ditutup,telah memberikan logik yang menarik tentang Melayu lebih cerdik dari Cina dan India  dalam buku terbarunya Propagandis Zaman(PZ).

Buku ini cukup berguna kepada saya kerana mengingatkan saya kepada zaman zaman kecerian di Utusan juga personaliti personaliti yang terlibat tetapi ini tidak akan saya sentuh sekarang   sebaliknya saya hendak fokuskan kepada logik Subky dalam menolak  dakwaan PAP atau Lee Kuan Yew yang  di hayati oleh DAP sekarang ini tentang  orang Melayu juga adalah pendatang ke Tanah Melayu seperti orang Cina dan India.

Sebenarnya ini adalah pandangan Subky dalam suatu forum di University Malaya lama dahulu semasa masih di Utusan  tentang dakwaan Lee Kuan Yew semasa dalam Malaysia bahwa Melayu bukan kaum yang mula mula tiba ke rantau alam Melayu ini terutama di semenanjung.

 Subky memberikan pendapatnya secara sinis dan menyindir kerana beliau tidak mahu teperangkap dalam provokasi LKY yang hendak mencari populariti di kalangan orang Cina diatas isu isu yang menyakitkan hati orang Melayu dan membanggakan kaum Cina.

Sebenarnya :LKY sendiri tidak berperkauman  Cina tetapi dia suka menunggang harimau untuk naik keatas. Dia sendiri  nak jadi orang putih, nama sebenarnya Henry Lee  dan dia telah berjaya memutihkan fikiran orang Singapore.yang berwarna putih langsat.


Kata Subky di muka 268 -269 PZ " Katakanlah provokasi itu benar. Memang benar orang Melayu sama sama tiba di alam Melayu khususnya di Tanah Melayu dengan tok nenek orang -orang Cina dan India,baik dari Mongolia atau daratan Asia Tengah yang lain, maka ia menandakan tok nenek saya orang Melayu dulu itu kumpulan pengembara yang cerdik dan pintar,jauh lebih pintar dan cerdik daripada tok nenek Lee Kuan Yew dan tok nenek Rajaratnam.

"Saya tak kata tok nenek Lee Kuan Yew dan tok nenek Rajaratnam dulu itu bodoh tetapi tak sepintar politik nenek saya.

" Cerdiknya tok nenek saya dulu telah dapat menamakan Semenanjung Tanah Melayu itu negeri orang Melayu.Macam mana tok nenek orang Cina dan tok nenek orang India yang sama sama tiba itu diam dan biarkan saja tok nenek saya menjadikan semenanjung itu milek ketuanan Melayu.


" Saya tak dapat hendak membayangkan betapa lemah dan uzurnya orang -orang Cina dan orang-orang India yang sama sama datang dulu boleh membiarkan orang Melayu membolot ketuanan rantau ini. Tentu nenek saya berjaya menundukan tok nenek orang Cina bahawa alam ini adalah alam Melayu,bukan alam Cina kerana alam Cina ada di tempat lain iaitu di Tanah Besar China dan tok nenek Rajaratnam juga dapat tok nenek saya yakinkan alam India ada di benua India."

Suadara Subky.! Tahniah!  Walaupun logik ini dikeluarkan  lebih 40 tahun dahulu tetapi  masih boleh sah terpakai hingga sekarang. Jika Melayu tak pintar dan halus budi bahasanya( Melayu yang turut berdemonstrasi  bodoh sikit ) maka tentulah Raja Raja Melayu tidak  memerentah sejak lebih 50 tahun merdeka  dan bila  yang bodoh  provokasikan  13 Mei, maka  mereka tertolak sepuluh lima belas  tahun  kebelakang kerana membangkitkan dinamisme Melayu dan Tsunami Cina 2013 suatu rahmat menjadikan orang Melayu lebih  kreatif dan lebih agresif dalam dinamisme mereka.


CATATAN: Saudara Subky Latiff sekarang adalah wartawan Harakah.







14 comments:

  1. Bagaimana pula alam Melayu? Marilah semua rakyat Malaysia hidup bersatu padu tak kira kaum atau bangsa atau dari mana nenek moyang kita datang. Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa.

    ReplyDelete
  2. ZAM, bukan saja sultan sultan kita telah memerintah selama beratus tahun dan juga 50 tahun diabad MERDEKA tetapi juga sangat CERDIK apabila memberitahu semua rakyat MALAYSIA yang si CHIN PENG itu, tok nenek moden orang orang cinabeng disini sebagai PENGKHIANAT negara MALAYSIA. Orang Cina dan India sendiri tak nampak kebodohan mereka berfikir sehingga tidak mengetahui yang CIN PENG adalah sebenarnya PENKHIANAT! Aku respek SULTAN SELANGOR ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Jebat Melayu! Kita harus juga ingat bukan semua Cina pengkhianat. Kekahalahan Komunis di Malaysia adalah juga kerana sumbangan besar Special Branch Cina seperti Tan Sri C.C. Too, Aloysius Chin dan ramai lagi. Seimbangkanlah pandangan kita dalam hal ini. Orang Melayu pun ada yang jadi komunis.

      Delete
    2. Org melayu yg jadi komunis ibarat org melayu makan daging babi. Sikit sangat. Jadi berapa % melayu dalam PKM???. 5% agaknya atau kurang. Berapa % org melayu sokong komunis dgn memberi bantuan?? Tak ada rasanya. Komunis dan revolusinya bukan ideologi bagi org melayu. Jika tanpa penglibatan org cina dlm komunis, sejarah Tanah Melayu akan berbeda

      Delete
  3. 'dakwaan Lee Kuan Yew semasa dalam Malaysia bahwa Melayu bukan kaum yang mula mula tiba ke rantau alam Melayu ini terutama di semenanjung'.

    bukan dia sorang saja yg buat dakwaan tu. ada lagi sekoq betina cina dap (bekas mp bukit mertajam) jugak kata 'melayu pun pendatang'. dia ni cakap dialek hokkien. (mana ada bahasa cina - mandarin, cantonis & lain2 ada la. juga mana ada bahasa india - cuma ada tamil, urdu, kerala & lain2 ). dlm bahasa hokkien, melayu dipanggil 'huanaa'
    yg bererti 'native'. depa sendiri 'acknowledge' yg orang melayu adalah penduduk asal, apa nak 'deny' & apa nak pusing2. nanti bijik atau teloq depa lekat kat kerongkong bila kita tanya 'habaq mai sat 'huanaa' tu apa?'. memang haramjadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting org Melayu lebih dulu sampai ke Tanah Melayu berbanding org Cina,bukan setakat sampai malahan org Melayu di lantik menjadi pemerentah(Kesultanan Melaka).

      Delete
  4. http://ibnurusydi.blogspot.com/2011/02/melayu-dituduh-pendatang.html?m=1

    Cuba Tan Sri baca artikel diatas. Lihat juga pautan2 pada blog berkenaan.

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Tan Sri,

    Khalayak menterjemah Tan Sri dan Tuan Hj. Subki sebagai pendekar 'heavyweight' dalam dunia kewartawan. Namun, gelanggangnya berlainan.

    Walaupun tidak pernah beradu tenaga secara berhadapan, Tan Sri dan beliau sebenarnya sentiasa berbantai-bantaian melalui jurus jarak jauh atau gerak sendeng. Namun, tidak adil membandingkan mana satu yang lebih pendekar kerana masing-masing memiliki khalayaknya sendiri.

    Kendati pun demikian, saya tidak mengetahui gelagat Tan Sri dan Tuan Hj. Subki di luar gelanggang. Boleh bertepuk bertamparkah?

    Membaca ' entry' Tan Sri pada kali ini, bukanlah alang kepalang terhiburnya hati saya. Saya tidak ragu-ragu lagi mengagak bahawa jika beliau membaca catatan ini, beliau akan mengulas dengan cerdik dan 'gentleman'.

    Saya sangat-sangat berharap Tuan Hj. Subki Latif menjenguk blog ini dan memberi ulasan terus di dalam blog hebat ini.

    Syabas Tan Sri. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chin Peng bukan pengkhianat tapi sebenarnya orang asing yang mahu menjahanamkan orang Melayu dan Islam di Tanah Melayu.

      Delete
  6. Melayu pun asalnya pendatang? really? Dalam buku Dr. Mahathir, the Malay Dilemma ada juga dibincangkan tentang isu ini. Dr. Mahathir berhujah jika benar bagai dikata, kenapa utusan-utusan kerajaan purba pada zaman silam mengutus surat kepada raja-raja Melayu. Bukankah itu menunjukkan pengiktirafan orang Melayu berkuasa di tanah Melayu? Kenapa mereka tidak mengutus surat kepada ketua-ketua kapitan di lombong-lombong atau di pelabuhan?
    Rombongan-rombongan kerajaan pada masa silam dan misi-misi perdagangan akan melakukan kunjungan hormat kepada sultan dan para pembesar tempatan terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan untuk berlabuh,menurunkan muatan, berdagang, dan menggunakan kemudahan di tanah Melayu . Empayar-empayar Eropah yang tiba di perairan tanah Melayu seperti Portugis, Sepanyol, British, dan Belanda berunding, berjumpa dan berhubung secara rasmi dengan sultan dan para pembesar negeri sebelum bermula era penjajahan.
    Kerajaan-kerajaan serantau dan pihak British juga mengiktiraf raja-raja Melayu sebagai 'head of state' dengan mewujudkan misi perdagangan dan diplomatik dengan mereka, mengutus surat, dan menandatangani perjanjian. Pada zaman penjajahan British,keputusan-keputusan yang dibuat akan dirujuk kepada sultan Melayu terlebih dahulu samada untuk formaliti atau meminta pandangan daripada mereka.
    Ini menunjukkan kedudukan orang Melayu yang sememangnya tuan di tanah Melayu dan bukannya pendatang. Orang Melayu tidak tiba di Tanah Melayu sebatang kara, sehelai sepinggang menjaja, membuka perniagaan di pelabuhan. Orang Melayu tidak dibawa masuk secara beramai-ramai untuk bekerja di lombong-lombong. Mereka sememangnya tuan disini sebagaimana orang Cina merupakan tuan di negara China dan orang India merupakan orang yang berkuasa di India. Apabila ada yang berkata orang Melayu juga pendatang, mereka ini sama seperti para pekerja Bangladesh dan Nepal yang menuduh orang Melayu juga pendatang.

    ReplyDelete
  7. salam, saudara semua.

    cuba kaji sejarah betul2. tempoh 500 ratus tahun tu rujukan yang singkat sangat la untuk membincangkan permukiman orang melayu di bumi nusantara ni. tahun tu tak silap saya sezaman dengan empayar melaka yakni empayar melayu yg dianggap junior. kalau orang melayu merupakan pendatang sejak 700 tahun lalu, macam mana pula dengan empayar2 senior(purba) Melayu seperti Srivijaya, Majapahit, Tambralingga,Champa, Jawaka dan sebelum-sebelumnya. sebuah kuil di seam reap (Cambodia) menukilkan pada batu yg berbunyi "Bhavavarman mala malayu iva malayam raja" dalam bahasa Mon purba yg dalam Bahasa Melayunya bermaksud "Bhavavarman adalah raja Mala dari Melayu". Siapakah itu Bhavavarman?. Dia ialah raja empayar Angkor yang telah mengarahkan pembinaan Angkor Wat.salah satu binaan ajaib di dunia. Kalau salah satu binaan ajaib dunia pun telah dibina oleh raja-raja Melayu ribuan tahun dahulu, Bagaimana pula boleh timbul tanggapan bahawa orang Melayu pendatang di sini pada 700 tahun lampau?

    ReplyDelete
  8. ...inilah masalahnya kalau manusia di Malaysia ni atau sebelumnya Semenanjung Tanah Melayu tak geti-geti belajar sejarah negara....tu sebabnya di sekolah rendah dan menengah bila kena sabjek sejarah yang banyak cirit ialah bebudak Cina dan India....sebabnya tak faham atau tak mau faham mengenai kepentingan pelajaran sejarah itu....apa yang berlaku sekarang adalah rentetan sebahagian daripada finomena bodh dan bebal sejarah negara.....jadinya apa nak dihairankan kalau disebut siapa Melayu itu dan penduduknya tentu dijawapnya semua adalah pendatang....soalnya...siapa yang silap dalam soal ini?...adakah guru yang mengajar tuu tak cerdek pasai sejarah atau pelajar ketika itu mengantuk dila diajar mengenai sejarah...jadinya tak fahamlah manusia pendatang benua Cina dan India ini....bab LKY tuu dah jadi sejarah pengajaran pemimpin Melayu dulu tapi mungkin bukan sekarang kot....kita sebut pemimpin dulu zaman Tunku Abdul Rahman yang kini bakinya tinggal Tun Dr Mahathir aja....kenapa mereka ni begitu sensitif dan berhati-hati bila LKY berkata sesuatu mengenai Malaysia dan Melayu.....? sebabnya mereka dah melalui proses penipuan halus serta putar belit LKY untuk menguasai Malaysia....kalau kita cuba lihat sejarah dikaca TV ketika Tunku terajang keluaq LKY dan Singapura dari Malaysia, LKY adakan wawancara khas mengenai perkara itu dan menangis tersedu-sedu....ada yg kata dia gembira kerana akhirnya Singapura merdeka sendiri bukan ditangan British tapi sebenarnya nangisnya LKY tuu kerana hajatnya nak menguasai satu Malaysia melalui Malaysia Malaysiannya tuu tak kesampaian....tapi ingat...walau dia dah keluaq tapi benihnya ada juga dia tinggalkan.....DAPlah....siapa lagi....? masalah pemimpin sekarang dan muda yang ada tidak berapa faham dan mudah terima apa yang dicadangkan kepada mereka sehinggakan Iskandar Malaysia tuu dah nak terjual kalau tak dijaga dengan LKY dan Singapura...kan pelik kalau dah tau pemimpin Singapura tuu semua jenis kiasu tapi tiba-tiba terlalu baik dan bekerjasama menjayakan Iskanadar Malaysia.....apa sebabnya....? sejarah tak lupa betapa LKY amat berhajatkan kawasan Johor Selatan tuu tapi tak kesampaian melalui politik...malangnya pemimpin sekarang dan muda ni tak baca yang tersirat.....kawasan emas tuu dah dikuasai LKY dan Singapura melalui kuasa ekonomi dan sumber kewangannya.....selepas ni apa pulak yang pemimpin kita nak jual kat LKY....? tu sebabnya yang boleh mengajar LKY ni cuma Tun Dr M sahaja.....sebagaimana yang berlaku dalam keadaan sekarang dalam DAP.....pemimpin tertuanya seperti Lim Kit Siang, karpal Singh dll tuu masih ada lagi dan berkuasa manakala pemimpin tua dan lama Melayu dalam Umno sudah tiada....yg ada tuu lah sekarang tapi tak matang dan agak kabur permainan dan kehendak DAP yang sememangnya seibu sebapa dengan PAP Singapura....siapa yang dok mengkaji dan melihat rancangan asal mereka untuk direalitikan...? tiada sebenarnya....yang faham cuma Tun Dr Mahathir sahaja.....bayangkan kalau ore tua ni dah tak ada.....bungkui terui Umno dan Melayu pun terbarai....itu yang yang Anwar Ibrahim seronok sangat tuu.....dan kita sebagai orang-orang yang dipinggiran hanya boleh menggigit jari menuggu Singapura disatukan dengan Malaysia...maka berakhirlah kuasa dan kepimpinan Melayu di tangan DAP dan PAP Cina yang tak ada belas kasihana langsung dengan jenis Melayu seperti mana LKY lakukan di Singapura....kalau dah berlaku seperti itu...tak perlulah kita terjerit-jerit seperti sekarang.....bukankah kita ramai yang sokong Pakatan Rakyat (PR) kerana nak Anwar jadi PM dan DAP Lim Kit Siang Timbalannya.....hai Melayu......elok sangatlah tuu....janganlah kita menangis dikemudian hari kerana itu kehendak kita....cheers....

    Tun Mai Ulat Bulu
    abang Tun Mai Ulat Gonggok

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Kata bijak pandai, " Kita perlu memiliki kenangan lama dan harapan baru."

    Kita telah penat mengimbau kenangan lama. Marilah sama-sama kita membina harapan baru.

    Ayuh kita merebut segala peluang yang terhidang di hadapan mata. Jangan biarkan 'mereka' membolot segala peluang tanpa adanya perlawanan yang sebenarnya dari kita. Kita tidak boleh jadi orang yang banyak cakap dan banyak memerhati.

    Jangan jadi pembengis yang tidak menakutkan langsung. Jangan biarkan diri lemas dengan emosi yang terlampau.

    'Mengusik' saudara sendiri secara suka-suka akan menambahkan kerosakkan yang sedia ada. Janganlah bakar jambatan. 'Up grade' lah jambatan lama dan di mana perlu binalah jambatan baharu.

    Sdr Zam, teruskanlah usaha ' up grade' jambatan lama dan di mana perlu binalah jambatan baharu seperti yang Saudara lakukan melalui catatan sebegini.

    Seorang ZAM yang berganding bahu dengan Seorang Subki dalam apa sahaja kaedahnya jauh lebih baik dari seorang ZAM atau seorang Subki sahaja yang berjuang secara sendirian.

    Apatah lagi, tiada faedah satu sen pun jika Seorang ZAM dan Seorang Subki saling ' berbunuhan' dan dalam masa yang sama hendak mengalahkan musuh yang satu.

    Hindarkanlah:

    Dalam musyawarah berbantah-bantah
    Dalam berunding tuding-menuding
    Dalam helat cacat-mencacat.

    Sesama keluarga laga-melaga
    Sesama kawan makan-memakan
    Sesama sahabat sebat-menyebat
    Sesama bangsa paksa-memaksa.

    Sama sedusun pulun-memulun
    Sama sekampung hasung-menghasung
    Sama sedesa cerca-mencerca
    Sama negeri iri-mengiri.

    Amalkanlah:

    Panjatlah batang setingginya
    Agar bertemu pucuk dan selaranya
    Galilah akar dalam-dalam
    Agar bertemu akar tunjang dan isinya.

    ReplyDelete