Tuesday, 3 September 2013

PATUTLAH "TANDA PUTERA" HARAM DAN JIJIK DISISI LIM KIT SIANG DAN ANAKNYA

KHAIRY TAK PERLU NAFI "TSUNAMI CINA" BAGI PIHAK NAJIB
Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi (2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram di sisi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu dibawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.

Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.

Pemimpin-pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang-orang bukan Melayu yang bertanya: Kenapa ada Waktu Tanah Melayu? kenapa Keretapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu? (Baca buku Memoirs of Lee Kuan Yew)

Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah (Pak Melan) juga ada bersama.

Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang  menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba-tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya, menterbalikkan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah kena! Orang kita dah kena!

Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dalam perkara ini adalah benar dan tepat.

Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan  mayat bergelimpangan. Orang-orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew. Racun yang mereka semai telah membunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.

Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kampung Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung."

Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu. Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah begitu celupar. Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur, sama ada sebagai penjaja di pasar, peniaga besar dan kecil, pelajar, siswa, pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.
Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.

Lim Kit Siang tahu bahawa Pilihan Raya Ke-13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama-lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan "Ini kalilah."

Populasi Melayu akan bertambah, profesional  Melayu akan semakin ramai. Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerintahan BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.

Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera, maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka. Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menafikan.

Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga. Dia pasti tidak akan berjaya.

Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukkan manusia-manusia Malaysia dari semua kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal, malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni, makmur dan aman damai.

Tun Razak memberitahu Doktornya: "Saya mahu sedikit masa lagi." Tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.


Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti-parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa.

25 comments:

  1. Yup, masaalahnya simbol roket dan filem itu dan keangguhan mereka untuk tidak mengakui bahawa mereka terlibat secara langsung dgn May 13.
    Mrk should come clean, admit shj kesilapan lalu dan ajak rakyat Malaysia agar tidak mengulangi kesilapan yg sama.

    ReplyDelete
  2. Terbaik TS Zam,biar mereka kutuk kita tetapi kita bercakap yang benar,nothing but the truth !

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Pak Zam,

    Jika tertulis dalam lipatan sejarah seorang itu pernah menjadi penjenayah, biarpun tujuan dia melakukan perbuatan trsebut kerana hendak memberikan keluarganya makan (misalannya), sejarah tetap akan tercatit dianya itu pernah menjadi penjenayah.

    Walaupun apa yang dilakukan oleh keluarga si penjenayah itu, sesungguhnya tidak mampu mengubah lipatan sejarah yang telahpun tertulis.

    Hesmel Faisal

    ReplyDelete
  4. Kita (UMNO) masih nak menyingkap kisah lama untuk apa? benar atau tidak apa yg dilakonkan dlm TP adalah mengikut penerimaan masing2. Amat mengecewakan jika UMNO terpaksa mengupah seorang pengarah yg sudah suam suam kuku mutu pembikinan filemnya, untuk mengungkit kisah silam dan memburukkan pihak yang menjadi seteru politiknya. Sekiranya TS Jins Shamsudin masih sihat, kemungkinan dia akan diberi gran untuk membuat filem ini.

    sri hartamas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yg tak mahu singkap kisah lama tu bagus sangat ke?Dominan ke mereka dalam kumpulan mereka atau hanya jadi Pak turut dan Pak angguk?.

      Delete
    2. Sri Hartamas,
      Apa masalahnya menyingkap sejarah lama? Kita menjadi seperti hari ini kerana semalam. Siapa yang mengarahnya dan mutu pengarahan adalah perkara yang lain; dalam kes Tanda Putera, isu yang diketengahkan dan mesej yang cuba disampaikan itu lebih penting.
      Filem itu tidak akan boleh menghentikan agenda jahat mana-mana chauvinis yang bersarang dalam DAP, tapi setidak-tidaknya boleh menyedarkan rakyat lain tentang kewujudan manusia-manusia jenis itu.

      Delete
    3. Supaya anak muda Melayu yang semakin hanyut dari perjuangan Agenda Melayu hari ini jangan lupa, mengapa kita perlu berjuang untuk Agenda Melayu. Kerana orang sana tak pernah lupa dengan agenda Cinakuinya.

      Delete
    4. wahai sri Hartamas!!
      SEJARAH TAK BOLEH DIUBAH TETAPI BOLEH BERULANG!
      INGAT BETUL BETUL : sEJARAH TAK BOLEH DIUBAH TETAPI BOLEH BERULANG.
      MUDAH MUDAHAN DENGAN PENYINGKAPAN SEJARAH LAMA.., ANAK CUCU KITA TIDAK AKAN MENGULANGI PERBUATAN TOK NEK MOYANG KITA YANG TELAH MELAKUKAN KESILAPAN ITU.
      wahai sri Hartamas!!
      singkaplah sejarah kita.., asal usul kita..,pada anak cucu kita sehingga akhir nafas kita berulang ulang..supaya mudah mudahan mereka mensyukuri nikmat pemberian Allah ini. supaya apabila kita mati kelak anak anak kita mudah untuk beribadat dengan aman seterusnya mendoakan kita supaya bersama-sama orang yang dirahmati dan diberkati.. dan bukan sibuk hendak berperang kerana kesilapan kita tidak mahu (samada malu atau takut) menyingkap sejarah di bumi sendiri.

      Delete
  5. Salam TS,

    1. Terimakasih kerana menceritakan keadaan sebenar. Ini yang saya maksudkan dengan artikel terdahulu. Pelik dan hairan tiada orang-orang lama kita menyanggah sebab musabab utama LKS dan LGE melenting. Kita tidak boleh lagi, tidak apa.

    2. Waktu kejadian berlaku, seluruh orang kampung termasuk arwah bapa saya sentiasa berjaga-jaga dan sebahagian nya turun ke kampung baru. Ketika itu saya masih sekolah rendah dan faham apa yang mereka perkatakan. Jika tidak pun arwah bapa (polis bersara british) akan menceritakan kepada kaum keluarga. Mereka juga di persiapkan dengan selendang dan "parang terbang" dari seorang yang mahir " dua dunia".

    3. Itu dulu-dulu. Kini semangat Melayu sudah memihak harta dunia. Yang terbang, mungkin lari ke negara lain atau yang terbang ialah kereta ferarri, porche, merc, bmw dan sewaktu dengan nya. Anak-anak mereka ? Hilang jatidiri kemelayuan. LAYU.
    Apa lagi yang biasa-biasa, terlalu jauh untuk bersama UMNO.... DSAI tahu ini dan bijak manipulasi nya.

    4. Harap TS kongsi pengalaman yang mendatangkan kesedaran terhadap Bangsa Melayu yang selalu kehilangan Bapa dan Ibu. Kini Bapa kita, apa dalam fikiran nya ? Kias saya di sini, Pemimpin2 Melayu sekarang, di mana rumah nya UMNO. Jika PAS dan PKR itu benar, mereka akan kenal Bangsa Melayu tapi sayang, suara mereka sumbang dan nyata memecah-belahkan bangsa sendiri. Bertelagah sesama sendiri. Ada bangsa bukan melayu begini ?

    ReplyDelete
  6. Only one word to describe lim kit siang, lim guan eng and their patriach lee kuan jew: "psychopath"!

    ReplyDelete
  7. TS Zam.
    Yang saya amat hairan.Kenapa Menteri UMNO jadikan Cina sebagai juruwang mereka.
    Sampai saat ini saya amat tak faham.Bingung.Apa jadi PRU 13 Cina habisan tolak kerajaan UMNO/BN.
    Nasib baik menang walauoun tipis.
    Menteri Melayu UMNO tak insaf ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi teruk orang Pas jadikan Lim Guan Eng Khalifah mereka.Cina tak khatan di samakan dgn Khalifah Umar Abd Aziz.

      Delete
  8. TS, teramat menghargai tulisan kali ini. marilah kita bangkit utk menegakkan hak kita yg semakin terhakis

    ReplyDelete
  9. Pak Zam,
    saya membesar sebagai anak bekas Polis yang kerap bercerita tentang perjuangan melayu mempertahankan negara dari zaman sebelum merdeka juga selepas merdeka. Cerita bapa berkampung di hutan mengawasi komunis dari memasuki kawasan perkampungan tak asing di telinga saya dan kejadian 13 Mei 1969 tentunya tak terlepas untuk diceritakan.

    LGE, LKS dan DAP sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan DAP. Tetapi apa nak dihairankan, kerana itu memang mereka yang sebenarnya. Sombong dan angkuh! Lihat sahaja sekarang, semua salah mereka hendak dituding ke orang lain: Silap memberi kenyataan dituduh akhbar memutar belit. Silap memberi arahan, dituduh pihak yang diarah salah mentafsir. Silap keputusan pemilihan CEC, dikatakan perisian Excel yang bermasalah. Semuanya salah orang lain, mereka maksum!

    ReplyDelete
  10. Saya harap artikel saudara Zam ini dapat dibaca oleh semua generasi melayu muda negara ini supaya lebih bersatu padu dan patriotik untuk masa nendatang...

    ReplyDelete
  11. Tulisan dan pencerahan yang terbaik oleh TS.
    Moga menjadi panduan dan pedoman yang berguna kepada Bangsa Melayu Islam sekarang yang sudah hilang jati diri dan rendahnya semangat nasionalisma bangsa disebabkan penyakit " Kecintaan Kepada Dunia dan Takut akan Kematian".

    ReplyDelete
  12. Terbaik. Terima kasih Tan Sri. Artikel wajib disebarkan.

    ReplyDelete
  13. Syabas Dato Zam!

    ReplyDelete
  14. TS Zam,
    Saya pun sudah menontonnya & impaknya sangat besar kerana pada saya sesiapa yg menontonnya terutama generasi baru akan lebih menghormati kedua2 negarawan kita itu. Tetapi penerbit & pengarahpun perlu mengambil inisiatif dari segi cgi, setting, prop dan sebagainya agar penceritaan yang baik itu tampak lebih terkesan di hati.
    Malang sekali segelintir masyarakat kita tanpa menonton & dgn hati yg penuh syak wasangka mengutuk filem sedemikian...... mereka telah ditanamkan dengan perasaan busuk hati... apa2 saja sejarah tentang perjuangan masyarakat lampau yang tidak memihak kepada mereka semuanya salah... sbb itu ada propaganda agar sejarah ditulis semula... KESIAN... Saya syorkan agar filem ini ditayangkan di kaca tv pada perayaan Hari Kemerdekaan pada tahun hadapan..

    ReplyDelete
  15. Syabas TS ZAM.

    1. Pemimpin Melayu mesti faham akan Grand Design Cinabeng mahu halau Melayu di bandar-bandar utama seluruh negara.

    2. Perlu diingat pada PRU13 yg lalu BN hanya menang di dua buah bandar sahaja iaitu Parlimen Kangar dan Parlimen Johor Bahru. Sila rujuk artikel Helen Ang pada Ogos 27, 2013 at 12:11 pm, "Pakatan pegang semua ibu negeri kecuali Johor Bahru dan Kangar" di www.helenang.wordpress.com.

    3. Perancangan licik Cinabeng menghalau Melayu dari Bandar/Bandaraya ialah dengan melonjakkan harga hartanah sebagai teknik terbaharu.

    4. Lihat sahaja bagaimana harga rumah dan premis perniagaan mewah bernilai jutaan ringgit yg sama sekali menafikan kuasa beli Melayu.

    5. Manakala pada masa yg sama kampung-kampung tradisional Melayu terus menghakis diserang penuh rakus dengan membangunkan projek-projek perumahan mewah/separa mewah.

    6. Negeri Melaka semakin kehilangan kampung tradisional (semakin lenyap) atas alasan menzahirkan 'City State' yg sebok dipekikkan oleh Ali Rustam dulu.

    7. Kesannya perkampungan tradisi Melayu yg merupakan kubu kuat UMNO/BN semakin terhakis.

    8. Pemaju perumahan yg dikuasai Cinabeng sepenuhnya atas dasar ekonomi terbuka dan beri muka oleh Ali Rustam dulu hanya membangunkan projek rumah mewah/sederhana mewah yg rata-ratanya tidak mampu dimiliki oleh masyarakat Melayu.

    9. Projek perumahan mewah/separa mewah seperti di Vista Kirana, Ozana, Orna, Melaka Perdana, Paya Rumput Perdana, Belimbing Setia, Taman Belia Antarabangsa, dan banyak lagi hampir keseluruhannya dibeli oleh Cinabeng.

    10. Kesannya pada PRU13 yg lalu untuk DUN Durian Tunggal sahaja UMNO banyak kehilangan undi di merata PDM. Misalnya PDM Gangsa dan pekan Durian Tunggal jatuh ke tangan pembangkang. Ini adalah impak pembangunan projek perumahan tanpa perancangan strategi yg akhirnya dikuasai oleh pembeli Cinabeng.

    11. Jika tidak dikawal fenomena ini akan menjadi lebih tragis yg mana Cinabeng telahpun menerobos kampung tradisional seperti di Kerubung Jaya, Cheng, Beringin yg mana kini terlihat Cinabeng di mana-mana.

    12. PRU14 amat kritikal sekali di mana pusat pembangunan baharu ini akan menjadi medan dan sarang DAPigs sebagaimana yg telah mereka lakukan di Kota Melaka, Kota Laksamana, Durian Daun, Duyong, Bukit Katil, Bacang, Ayer Keruh, Malim, Macap dan Taman Merdeka.

    13. Idris Haron mesti buka mata buka minda dan matahati. Kita MESTI hentikan niat jahat Cinabeng bagi memecahkan undi Melayu di kampung-kampung tradisi.

    14. Percayalah Cinabeng tidak akan sama sekali berpuas hati setakat kejayaan di PRU12 dan PRU13 lalu. Mereka akan GANYANG HABIS-HABISAN sisa sokongan dan kubu kuat UMNO/BN yg tinggal di kampung-kampung tradisional.

    15. Sebelum mereka laksanakan niat jahat penuh kesumat itu kita mesti BERTINDAK dengan SABOTAJ BISNES mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Inilah masalahnya . Projek perumahan baharu, rumah kedai , supermarket diluluskan oleh pihak yang berkuasa samada BN/PR.

      Terbinanya projek perumahan baharu, rumah kedai, super market bermaana hak Orang Melayu akan diusik. Orang Melayu akan terusir.

      Contoh, Pekan Masjid Tanah pesat dan sedang dibangunkan. Maka di atas tanah-tanah dan sawah-sawah bekas milik Melayu diragukan samada masih milik Orang Melayu (melalui kaedah memastikan milik Melayu tidak bertukar tangan) atau telah 'diberikan' (dijual) kepada peniaga bukan Melayu.

      Kalau perkara yang tidak diingini berlaku, jangan salahkan Orang Cina, salahkanlah diri (bangsa) sendiri.

      Tidak salah mengingat perkara yang telah berlaku. Tetapi beringat dengan masalah yang sedang berlaku wajib kita lakukan.

      Delete
  16. Fikir Tajam.
    Setuju.Semua ini kerja Ketua Menteri Melayu Melaka Mamak Ali.
    Akhirnya dia terima lah padah dari Cina juga.Semua ini adalah BALA kerana tindas cara terhormat pada Melayu.Mereka kaut wang ringgit bila ada jawatan.Masuk kampung cakap perjuangan dan masa depan Melayu.Pada hal merekalah pembunuh Melayu secara halus.Dengan wang rasuah inilah juga mereka beli undi dari Melayu UMNO sendiri.
    UMNO sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk jaga Melayu.Orang Melayu sudah hilang tempat pergantungan hari ini.Rasuah dan salah guna kuasa sudah jadi darah daging.
    Mereka tipu Melayu.Mereka bikin DUIT dengan Tauke Tauke Cina.Bila PRU 13 kalah buat-buat marah Tsunami Cina.Walau apa pun mereka tetap kaya.

    Datok Zam yang mulia.Siapakh pembela Melayu hari ini.Payung manakah tempat Melayu bernaung hari ini.
    Pemimpin Melayu sudah banyak lupa diri dan bangsa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian org Melayu,hidup di negara sendiri dan jadi rakyat mejoriti,tapi masih memerlukan payung.Masa hujan,masa panas dan masa teduh semuanya memerlukan payung.Cukuplah nada begini,cuba lah bangkit dgn sendirinya.

      Delete
  17. Silap.Silap.
    Apakah Cina tak perlu payung.Jangan salah Melayu soal payung ini.
    Sekarang payung Cina telah kembang besar.Payung Melayu makin berkecai.
    Melayu kalau tak boleh fikir inilah yang mati kepanasan,kesejukan,dibumi sendiri atau dalam rumah sendiri.
    Cina sedang membina kekuatan ekonomi,pelajaran,perpaduan dsb melalui satu payung.
    Melayu lupa diri kira temolok sendiri.Ada kuasa pun buat rasuah.Bukan nak amanah.

    Tunggulah saat Melayu akan rebah dibumi sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pun ada payung Melayu masih macam sekarang tuding jari pada orang, pandai cari salah orang ,salah pemimpin salah pihak lawan dsb tapi diri sendiri selamba seperti biasa tak ada perubahan,Melayu akan rebah juga.Selama ini,raja adalah payung orang Melayu,Umno dan pemimpinnya seperti Tun Razak dan Tun Mahahtir juga payung orang Melayu,tapi di mana kedudukan orang Melayu secara perbandingan dgn bangsa lainterutamanya org Cina?.Jangan samapai kita mahukan payung kerana kita terus mahu releks dgn subsidi,dgn kuota,dgn hak istimewa dsb.Tapi,kalau mahukan payung disamping org Melayu mahu juga berubah tingkatkan usaha,tingkatkan kegigihan,tingkatkan kebolehan,ilmu ,keberanian dll,saya ucapkan syabas.

      Delete