Sunday, 8 September 2013

NIK AZIZ TAK KATA MAT SABU BUKAN ULAMA

Berikutan dengan anjuran Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat supaya ulama dilantik menjadi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu segera menafikan kenyataan itu melibatkannya atau bertujuan untuk mengenepikannya, sebaliknya kata beliau semua anggota Pas adalah ulama kecuali di antara mereka yang lebih berilmu.

Ini diikuti dengan kenyataan Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga menidakkan laporan Utusan Malaysia dengan katanya Utusan telah salah mentafsirkan dan mencatatkan apa yang sebenarnya dikatakan oleh Nik Aziz.

Ini samalah ceritanya dengan apa yang berlaku kepada Timbalan  Presiden UMNO, Ghafar Baba apabila beliau hendak dicabar oleh Anwar Ibrahim.

Menjelang pemilehan MKT UMNO, Presiden UMNO Dr. Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan bahawa pemimpin-pemimpin yang telah overstay patutlah berundur.

Orang-orang Anwar Ibrahim dengan serta merta spin kenyataan itu sebagai ditujukan kepada Ghafar. Walaupun dinafikan oleh Dr. Mahahtir bahawa beliau tidak maksudkan Ghafar, tetapi kesannya ialah Ghafar tidak lagi dapat melihat cahaya di hujung terowong. Ghafar menyerah kalah sebelum bertanding.

Mat Sabu tidak nampak kesan kepadanya dari kenyataan Nik Aziz itu, tetapi ia bergantung kepada pencabarnya.Walapun semua orang dalam Pas ulama, tetapi jika pencabar Mat Sabu  lebih ulama, lebih berwibawa, lebih bersih, lebih berkredebeliti, lebih berpengetahuan dan bukan kaki temberang, kaki sapu. rumbu dan merapu maka eloklah Mat Sabu ikut langkah Allahyarham Ghafar Baba.

Mungkin Nik Aziz memberikan mesej kepada ahli-ahli Pas untuk membersihkan Pas dari Anwarinas dan kembali kepada keperibadian asal Pas.

3 comments:

  1. Kan Nik Aziz lebih membela Anwar terhadap ahli2 Pas....

    ReplyDelete
  2. Salam TS,

    1. Mungkin dalam keadaan kesihatan sekarang, TGA baru sedar peranan mat sabu. Dulu, kuasa politik yang jadi pengawal kerana prestij konon nya PAS itu bermaruah.

    2. Mesej orang tua (lama) itu sama. Untuk menjaga integriti, kesinambungan dan maruah parti, bererti membuang buah busuk yang boleh menjahanamkan buah-buah lain yang baik. Selalu nya buah yang cepat busuk terlalu ranum atau akibat ulat atau sememang nya sudah rosak bahagian dalam nya.

    Politik tidak sihat akan memakan diri sendiri. Jika sudah berumur elok lah bersara dari memegang apa-apa jawatan kerana bakat-bakat baru lebih relevan dengan keadaan semasa. DSAI juga mesti patuh pada janji nya...

    ReplyDelete
  3. Elok sangat PAS dipimpin olah para ulamak.Bukan kerana cakap Nik Aziz maka ulamak kena terajui PAS>
    Pas hilang maruah sebagai suara ulamak kepartian.Nat Sabu dilihat lebih kepada tokoh merapu yang tak ada hala tuju.Jika berlaku pada Hj Hadi Awang maka kelam dan gelap gelita arah tuju PAS.
    Latar belakang ilmu Mat Sabu pun tidak membanggakan.
    Biarlah Presiden dan Timbalan Presiden PAS dari kalangan ulamak.Lain jawatan biarlah dari golongan mana pun.Sama koprat,teknorat atau lain-lain rofesional.
    Malang bagi Pas bila Timbalan Presiden Pas dilihat tak ada apa pun kelebihan dari segi ilmu dan wibawanya.

    Barangkali Nik Aziz pun menyesal dengan keadaan senario pimpinan Pas yang ada sekarang ini.Daulat Tokoh PAS sudah makin tiada.

    Pas perlu di beri imej yang lebih hebat dari segi Islamnya sebagai pembela keunggulan Islam itu sendiri.

    Rakyat boleh nampak pemimpin yang berilmu dengan pemimpin yang tak ada ilmu dalam bidang mereka.Lebih lebih lagi hala tuju Pas.

    Pas wajib bebas dari menjadi alat atau kuda sesiapa.Pas perlu menjadi pilot bukan sebagai co pilot atau penumpang saja.

    ReplyDelete