Wednesday, 18 September 2013

MUKHRIZ TERJUN KE GELANGGANG, KHAIRY TAKKAN BIARKAN

TERKINI:  Rasmi  Menteri Besar Kedah Mukhriz Tun Mahathir bertanding untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

TINDAKAN BERANI DAN TEGAS ZAHID  JEJASKAN IMEJ HISHAMUDDIN

Mukhriz Tun Mahathir
Paluan gendang silat persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO akan semakin bergemuruh dan kuat mulai esok bila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan untuk terjun ke dalam gelanggang.

Beliau telah mendapat Eastu dari semua Ketua Bahagian UMNO di Kedah dalam pertemuan dengan mereka malam kelmarin dan pengumuman rasmi mengenainya dijangka akan di buat esuk atau lusa yang akan menjadikan pencabar kepada juara bertahan tiga orang.

Yang terdahulu mengumumkan penyertaan mereka ialah Pengersui Felda, Tan Sri  Isa Samad dan Mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tetapi penyertaan Mukhriz lebih menarik perhatian kerana selain dari anak kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, beliau mempunyai pengaruh tersembunyi yang kuat di kalangan anak muda dalam UMNO dan kalangan veteran UMNO yang melihat beliau sebagai harapan untuk mengimbangi kemaraan pantas Khairy ke arah Perdana Menteri.

Tentunya Khairy tidak akan berdiam diri dengan hanya membiarkan Mukhriz bertanding untuk mendapat kemenangan mudah dan akan meleburkan harapan masa depanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi nampak tenang dan yakin dalam menghadapi persaingan yang runcing dan genting ini kerana perfromancenya sebagai Menteri Dalam Negeri bukan sahaja mengembalikan keyakinan rakyat tetapi  khususnya ahli UMNO.

Tanpa sedar tindakan tindakan tegas dan berani  bagi pembenterasan jenayah  sejak beliau menjadi Menteri Dalam Negeri telah memberi kesan negatif kepada DatukSeri Hishamuddin Hussein yang memegang jawatan itu sebelumnya. Orang bertanya kenaapa Hisham tidak  melakukannya?.

Kegelisahan Datuk Seri Hishamuddin dan Shafie Apdal nampak jelas dengan adanya iklan-iklan bersangkutan dengan kementerian mereka hampir setiap hari di akhar Utusan Malaysia yang berpengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.(BACA POSTING TERDAHULU; MAGNETIC KHAIRY JAMBATAN KE PERDANA MENTERI)


20 comments:

  1. Apa Mukhriz nak terjun? Apa jasa Mukhriz di dalam perjuangan UMNO dan Barisan Nasional terutamanya UMNO Kedah? Mukhriz cuma dapat menjadi Timbalan Menteri MITI, - Apa jasa Mukhriz didalam MITI? Berapa Banyak Funds yang berjaya di bawa masuk oleh Mukhriz ini?

    Ini tidak Lain - Hanya Kebergantungan Yang Amat Keterlaluan kepada Tun Mahathir. Apa kita nak biar UMNO ini jadi Trade Mark Hak Milik Mereka-Mereka Yang Berkepentingan Sahaja?

    Apa tidak ada orang Lain selain Daripada si Mukhriz nie seramai yang ada di dalam UMNO.

    Ini kerana si Mukhriz Nie TAK LAYAK LANGSUNG, dia Tak layak dan tak pernah layak BUAT MASA INI.

    lihat saja semasa di OPCOM.. Dia dapat kontrak kerajaan pon kerana MUKHRIZ ANAK MAHATHIR!

    Saya Amat Beharap Semoga di jauhkan dan di tutupkan hati si Mukhriz ini daripada bertanding dan daripada MEMALUKAN UMNO.. setakat Jadi Kat Kedah sudah lee.

    Tempoh hari lawan dengan si Khairi Jamaluddin pon dia tak boleh Menang...

    INI Mahathir Che Det TEROK SANGAT.. pie campor Urusan Politik & Kuasa lagi...

    Tun Mahathir jugak yang kata Dia Berhenti Sebelom Kenyang.... Apa Tun Masih LAPOOOR LAGI KAAA? PIE KACAU SANA SINI..

    PRU 13 BN Kalah sebab Tun Mahathir pie kacau sanan sini laaah..

    War Room Semua orang tali barut Tun.. Pemandu Idea Orang Jepun Orang Tun Jugak..

    Insaflah Tun Mahathir.. Kubur sudah nak Menjemput.. rumah pon sudah menyampah suruh Pergi... Buatlah amal ibadat.. Ingat Akhirat..

    Mukhriz, Biarkan dia berjuang habis2san supaya Biar Dia Benar2 Layak.. Bukan Main Kot Belakang aje..

    Apa Tun Nak ajar Mukhriz Jadi dan Tiru Macam si Anwar Ibrahim Al-Jubs.....

    allahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat hang dungu sangat bro ? Hang atau family tak dapat habuan dari Tun dan Mukhriz ke ?. Bezanya Mukhriz dengan calon calon pilihan hang tu adalah Mukhriz buat kerja tak canang merata - dia tak pandai pukul gong dan tak reti nak bodek macam banyak yang dok ada lani demi nak hidup. Kalau hang nak compare Mukhriz dengan KJ toksah lah buat malu muka hang sendiri pasal hang tak kenai sapa KJ siulaq tedung ni pasal hang jenis katak yang duduk dalam mangkok jamban (tau tau lah bila duduk dalam mangkok jamban tu cam mana keadaan dia (bau najis pun dah jadi sebati)

      Delete
    2. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian....kata DR Mahathir......Ada pahamkah Anonymous 10.33

      Delete
    3. "Anonymous18 September 2013 16:33 "

      Mohon Izin,

      "Ramai pengkritik berkata YB Khairy Jamaludin masih mempunyai ikatan sentimental value dengan Anwar. Bukti yang diberikan ketika KJ membawa sendiri pasport Anwar pada tahun 2004 dahulu.

      Rakan-rakan saya juga bertanya mengapa saya terlalu kerap mengkritik KJ. Jawapan saya ialah, kita mengkritik dasar-dasarnya, bukan dirinya. Saya tidak mengkritik KJ kerana KJ memakai kasut “mahal” berlambang tanduk gladiator jika saya tidak silap, semasa Majlis Merdeka Raya di PWTC. Saya tidak mengkritik KJ kerana KJ lebih ramai dikelilingi wanita untuk sesi bergambar. Itu hal peribadi dia.

      Kita pasti akan mengkritik KJ jika KJ tidak boleh menjawab isu-isu besar seperti apakah KJ bersedia menerima Anwar Ibrahim menyertai semula UMNO atau BN?

      Kelemahan KJ ialah kenapa KJ berdiam diri semasa isu “Awakening Pak Lah”? Kelemahan KJ lagi ialah KJ tidak memperbaiki hubungannya dengan negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad? KJ harus sedar jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir melantik Pak Lah sebagai penggantinya, tidak mungkin KJ boleh berada di kedudukannya sekarang ini!

      Sebagai Naib Presiden UMNO (melalui Kerusi Ketua Pemuda), KJ perlu menyelesaikan hal-hal besar seperti itu, bukannya melalui wakil exco-exconya.

      Ada orang bercerita tentang kekayaan KJ kepada saya, perihal simpanannya di luar negara, hal-hal berkaitan negara Singapura, mengenai Kalimullah, NST, tingkat 4, dan sebagainya. Sebagai penulis saya tentulah seronok mendengarnya, apatah lagi bilamana ianya diceritakan oleh wakil rakyat kita sendiri. Soal sama ada benar atau tidak, percaya atau tidak, itu hak saya sendiri.

      Saya membisikkan kepada KJ minggu lalu, “kritikan ini bagus untuk kamu”. Barangkali KJ tidak berapa dengar, kerana bunyi lagu hari raya lebih besar.

      Akan datang, “Siapa Offer Siapa”."

      Delete
    4. Anon untuk VP.....

      Delete
  2. sAUDARA zAM

    Tolong bagi email address, saya nak tulis pasal PENIPUAN, KEJAHILAN DAN KESONNGLAPPAN HADI AWANG

    OK

    ReplyDelete
  3. Brace yourself for intense campaigning from Dr. M for his beloved son. Things are so uninspiring lately. It's going to be interesting in coming months. At least there's something to look forward to. Can't wait.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdak punya, don't worry. Tun will be true to himself. Otherwise as he said, he would have done it when he was PM. Nobody to stop him then. So, don't waste your time waiting, go find your entertainment in haadyai or somewhere similar....you get my drift!

      Delete
  4. langkah mukriz utk memintas kelajuan KJ utk menduduki tahta tertinggi di putrajaya..........sekali lg pertembungan antara 2 kasta utk penentu PM akan datang.......

    ReplyDelete
  5. fokus kepada potensi mukhriz..layak ke tidak.
    tak perlulah babitkan mahathir - yang masih terikat dengan mahathir bukan mukhriz tetapi mereka yang pro atau anti mahathir.

    ReplyDelete
  6. Sekarang ini kepupusan calon pengganti atau pelapis. Yang ada ialah muka-muka lama yang KPI nya tidak boleh di banggakan.

    Saya harap Mukhris menonjolkan diri kali ini. Terpilih atau tidak, Umno ingin melaksanakan demokrasi buat pertama kali. Jika beliau kecundang, harapan untuk mengatasi kelemahan masih terbuka luas.

    Begitu juga calon-calon muda yang lain. Kenapa Ketua Pemuda tidak di cabar ? Sepatut nya jawatan ini menyerlahkan ketokohan calon. Kita tidak minta Khairy berundur tetapi demi persaingan dan pendemokrasian. Kita tidak mahu lagi politik wang dan rasuah. Kita tidak mahu lagi calon menang tanpa bertanding. Ketokohan itu apabila semua lapis masyarakat bercakap benda baik yang sama. Contoh terbaik ialah Tun Razak dan Tun Dr. Ismail. Ia jelas.

    Semoga Umno kembali GAH.

    ReplyDelete
  7. Apalah Nak bertanding pun nak minta restu advice dari PM and TPM, Ceh... Inikah demokrasi UMNO, sapalagi anak jantan nak challenge Najib dan Muhiddin. Takde de ke?

    ReplyDelete
  8. .. yay for Mukhriz! We need a young person as VP. I hope he will win!

    To KJ's supporters, why don't you ask KJ to contest for VP position too? The more the merrier. Too young? At 37 he is not qualified? How on earth is he going to be PM by 40 then?

    Let Akram be the Pemuda Chief, maybe Pemuda UMNO taklah pondan sangat macam sekarang. We want a capable Malay leader as Pemuda Chief who is not embarrassed to be borned as a Malay. Bukan liberal yang asyik fikir nak penuhkan poket diri sendiri, keluarga dan crony saje.. Bijak pun tak guna bila amoral.

    ReplyDelete
  9. Pemuda Pondan.

    Mukhriz got balls... Tolong ganti Vp yang Pondan.

    To KJ supporter yang dah gelabah sekarang ni... rilek laaa.. lol

    ReplyDelete
  10. Saya Anonymous18 September 2013 16:33 menulis lagi:- part 1 of 2
    Saya Ulang bahawa Saudara Mukhriz tidak layak buat masa ini untuk bertanding dan merebut Jawatan Naib Presiden UMNO.
    Mukhriz seharusnya menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan Kedah dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat Kedah yang majorotinya adalah Orang-orang Melayu. Sekiranya, beliau tawadduk dan focus di dalam kerja beliau sebagai Menteri Besar di dalam membangunkan Kedah, dan memastikan Pakatan Rakyat terus berkubur di negeri Kedah.
    Bijak Pandai Melayu berpesan… “Jangan nanti Yang Dikejar Tak Dapat Yang Di Kandung Berciciran”
    Saya tidak Menyentuh langsung pasal si Budak Lompat Khairi Jamaluddin, kerana pada saya amatlah membuang masa memikirkan masalah si Khairi ini. Beliau pemimpin “PREMATURE EJACULATION” sudah pastinya akan jatuh merudum sebaik sahaja PAU nanti.
    Alhamdulillah saya ucapkan Syabas kepada Saudara Akramshah anak si Sanusi yang menurut ramai pendapat Blogger, spt Din Turtle, seorang yang banyak menggunakan otak sebelum membuat kenyataan.
    Khairi dilihat amat suka buat kecoh, sibok-sibok untuk lebih glamour, memberikan komen apa saja, dan di dalam kes PSM, beliau mengambil langkah PUNISH FIRST and CHECK LATER. KBS belum lagi selesai membuat siasatan berhubung dgn mutu sepak takraw, tapi Khairi seawalnya menyekat budget PSM, menyebabkan PSM mengamok. Ini satu contoh yang amat tidak bijak, maknanya BODDO lah yang di lakukan oleh seorang menteri.
    Mungkin suatu portfolio baru Khas Untuk Khairi perlu ditubuhkan iaitu Menteri Artis, senang untuk jadi glamour. Itupon kalau orang Melayu UMNO masih membuta tuli memilih si Khairi nie.
    Tak payah kita rungkaikan, siapa Khairi, Cara Beliau melanggar Belakang Bontot kereta anak Pak Lah untuk berkenalan, Dikatakan juga Agen Uncle Sam di Malaysia, Hubungan dengan siAnwar Al-Jubs, Mempengaruhi Keputusan Pak Lah yang ada masalah tidor dan macam-macam lagi.

    ReplyDelete
  11. Saya Anonymous18 September 2013 16:33 menulis lagi:- part 2 of 2
    Memang Tidak dinafikan Tun Mahathir banyak berjasa kepada Malaysia. Tetapi siapakah yang boleh Menidakkan Fakta berikut:-
    1. Kenapa Tun Mahathir melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan walaupun Tun M tahu yang Si Anwar ini seorang kelulusan Sastera?
    2. Kenapa Tun Mahathir melantik Allahyarham Tun Ghaffar sebagai Timbalan Perdanan Menteri, sedangkan umum tahu siapa Tun Ghaffar.
    3. Kenapa Tun Mahathir melantik Tun Abdullah sebagai pengganti beliau walaupon Tun Mahathir tahu yang Tun Abdullah mempunyai penyakit tidor?
    4. Kenapa dan Apakah sebab sebenar Tun Mahathir membuang Anwar Al-Jubs daripada Jawatan Menteri Kewangan?
    5. Kenapa semua Aset-aset Melayu melalui UMNO-Renong hancur berkecai?
    6. Kenapa UEM dinyah senarai keluar daripada Bursa Saham?
    7. Apa jadi dengan Konglomerat Melayu di zaman Tun Mahathir?
    8. Macammana Tun Mahathir Berjaya mengapongkan matawang Ringgit kepada US Dollar, USD1.00 bersamaan RM3.80.
    9. Ulasan Lim Kit Siang berkenaan USD270 Billion Currency Manipulation oleh Bank Negara dan pembabitan Bank Negara di dalam Forex secara luar biasa US5 Billion in one lot?
    Banyak sebenarnya perkara-perkara yang tidak dijelaskan dengan sebaik mungkin oleh Tun Mahathir, kerana takut ianya akan terpalit dengan DiriNya sendiri.
    Jadi saya sesungguhnya berpendapat dan amat Marah kiranya Datuk Mukhriz betanding jawatan Naib Presiden sebelum beliau membukti apa-apa di negeri Kedah.
    Beliau wajib mengambil peluang sebagai Menteri Besar untuk memajukan Negeri Kedah, menunjukkan keupayaannya mentadbir sebuah negeri dan selepas itu Adakah Manan-Mana Melayu mahu Menidakkan Jawatn tersebut untuk beliau.
    Sebagai Contoh DS Najib pun pernah menjadi Menteri Besar Pahang.
    Yang pentingnya, Beliau harus keluar daripada baying-bayang Ayahandanya, dan berenang merempuh lautan luas dengan berani dan bertawakkal kepada Allah Tuhan Sekelian Alam.
    Semoga Datuk Mukhriz dapat menghapuskan segala dosa, pekung dan onah yang dilakukan oleh Bapanya yang tidaklah ketahuan oleh Kebanyakkan Orang-Orang Melayu. Walhal orang-orang Cina sudah pon maklom mengenainya, maka Orang-Cina pon mula memberontak dan menunjukkan belangnya.
    Tapi, Percayalah, Kita Orang-Orang Melayu di Tanah Tumpah darah keturunan kita di bumi berdaulat ini, akan memastikan Melayu akan Maju, Makmur dan Berdaya Saing di dalam ertikata yang sebenar-benarnya, bukan bergantung kepada GLC untuk mencapai Nisbah 50% yang perlu di rebut.
    Kami berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair, akan memastikan Orang-orang Melayu hidup bermaruah di negeri mereka sendiri di samping memartabatkan Kedaulatan Raja-Raja Melayu..
    Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup Melayu. InsyaAllahuaminiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nih anon, susah sangat ko je lah tanding sekali, tolong kalahkan KJ, Mukh, kalau power tahap perdana, ko tanding je la kerusi presiden....boleh ah jib menumpukan sepenuh perhatian kepada anak, bini di rumah....bukan di sekolah vernakular

      Delete
  12. orang cina sebetulnya satu bangsa yang penakut. Mereka takut hilang segalanya2 di atas muka dunia. Sedangkan ornag islam/melayu sanggup mati kerana agama & bangsanya. Inilah kekuatan orang islam/melayu sebenarnya. Tetapi malangnya mereka tidak sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....sekarang baru aku sedar. Rupanya ia dah lama berada dlm jati diri Melayu sejak dilahirkan tapi tenggelam dek kealpaan diri sendiri.
      BERANI ! BERUBAH ! HIDUP MELAYU!

      Delete