Thursday, 26 September 2013

KOMBINASI MUKHRIZ DAN KHAIRY PERLU UNTUK TRANSFORMASI UMNO.

KOMBINASI antara Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir  untuk saling menang memenangkan dalam persaingan kepucuk pimpinan UMNO  adalah sangat diperlukan bagi transformasi imej UMNO.

"Transformers"
Kemenangan kedua mereka; Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO dan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO  pastinya akan  memberikan suatu imej baru yang meyegarkan dan meyakinkan tidak sahaja kepada  gulongan muda dalam UMNO tetapi juga  generasi baru Melayu di luar UMNO dan juga bukan Melayu.

Kedua mereka  mempunyai kualiti dan keupayaan masing- masing   untuk menjadi gandingan yang kuat dan mantap bagi  penerusan kepimpinan masa depan negara.

Kita boleh bayangkan kemantapan imej baru  UMNO  kepada negara kiranya  Khairy menjadi Ketua Pemuda dan Mukhriz menjadi  Naib President  UMNO . Setakat ini mereka telah menunjukan gaya kepimpinan yang menghayati  harapan harapan baru dan tentunya akan dapat menarik lebih ramai anak muda memyertai UMNO..

Ini juga akan dapat mengelakan kepupusan UMNO seperti yang dibimbangkan oleh pemimpin teragung  negara  Tun Dr.Mahathir.

Walaupun keduanya berseteruan politik, tidak sekadarkan antara mereka tetapi juga antara bapa mertua dan bapa sendiri tetapi hal ini tidak seharusnya menjadi warisan dan sewarjanya Mukhriz-Khairy  menerima logik politik "tidak ada musuh yang kekal dalam politik,yang kekal hanyalah kepentingan diri atau kepentingan bersama." Masih tidak terlewat untuk bermula dari saat ini.

 Khairy  dan Mukhriz mestilah berganding bahu , harus dapat datang kepada suatu persafahaman kerjasama diatas  sikap rasional untuk membuktikan kepada bangsa dan negara bahawa dalam keadaan yang runcing, mereka lebih mementingkan perpaduan dan kepentingan negara.

Bukan masanya sekarang untuk menentukan siapakah yang bakal  menjadi Perdana Menteri . Khairy telah belajar dari kesilapan terlalu bertakbur  dan terburu-buru untuk naik keatas dan Mukhriz  juga telah belajar untuk mendapat faedah dari kesabaran.

Mulai hari ini Mukhriz dan Khairy mestilah mencari jalan untuk saling bantu membantu  bagi menjadikan Pilihanraya UMNO yang paling demokratik  kali ini   suatu sejarah besar kearah mentranformasikan UMNO kepada kekuatan bagi pembinaan suatu bangsa yang sanggup menghadapi cabaran zaman.

38 comments:

  1. Salam TS,

    1. Benar seperti apa TS tuliskan. Saya sendiri memerhatikan begitu. Mukhris boleh membina jalan dan jambatan.

    2. Cuma sedikit keraguan kepada KJ. Beliau selalu mengambil jalan mudah. Laluan yang sudah di bina, sepatut nya di jadikan dan di perkemas dengan kemudahan lebih baik di mana zaman sebelum itu mungkin kekurangan. Bermakna beliau mesti memberi sentuhan ajaib. Kalau anak muda mesti lebih bertenaga

    3. Saya pasti Mukhris mempunyai visi. Visi yang belum dapat di terjemah kerana kekangan protokol. Walau apa pun beliau telah mengorak langkah untuk merialisasikan perubahan Umno.

    4. Menjadi kerisauan besar ialah " big brothers". Mereka berlagak seperti bapa yang masih mengawal anak - anak yang sudah berusia. Ingat lah, Nabi Besar kita mendidik anak sehingga umur mencecah dua puluh tahun. Kemudian tanggung jawab baginda berkurangan sehingga di lepas sepenuh nya bila umur anak mencecah matang. Jika di Malaysia umur matang ideal ialah dua puluh lima tahun. Perempuan mungkin tiga atau empat tahun awal.

    Natijah nya " big bros ini dan bapa nya " mesti sudah boleh menerima kehadhiran dan menerimapakai cadangan dan mengiktiraf kebijaksanaan adik-adik dan anak-anak mereka. Sudah sampai masa undur dua tiga langkah kebelakang sambil memerhati dan menegur kesilapan. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. It doesn't always that way Mr. Zam as it involves one's personal ambition. Like Margaret Thatcher said, premiership is a greasy pole. Nobody really knows who will one day ended up there. Sometimes, someone you're least expected. And Mr. Najib is still relatively young. He could go for another 2 terms or more if healthy. During those periods, we could have a new line up of vice presidents or a new deputy, Charismatic young Umno leaders could always come up through the rank and suddenly become a force to reckon with. No one really knows.

    ReplyDelete
  3. Mr. Zam, i think you forgot that blunder you created during that BERSIH live television footage.! Are you trying to make amends for yourself.? Khairy is khairy, try to make a survey for the acceptance of him in UMNO, for that matter in the blogosphere. Mukhriz is himself being rejected during the last ketua pemuda elections,(going up the ranks as the MB of Kedah state, formerly an ex deputy minister in MITI) and rejected by that state as well as his father during the tenure of Khairy's father in law . Stop this mind boggling and make your stand. Choose which side your'e on . You are no longer the utusan malaysia/melayu correspondents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Because I am not an Utusan's man any more so I am free to express my own stand. Both of them are the few eligibles to be the future leaders of this country and that is my stand.

      Delete
  4. These two wannabees can easily get tips and tricks from their fathers. They have this advantage..hahaha..



    ReplyDelete
  5. This is a brliliant idea. Mukhriz and Khairy should make a move fast.

    ReplyDelete
  6. they should wait and fade because there are others who are better than them

    ReplyDelete
  7. Both of them are the few eligibles to be the future leaders of this country and that is my stand ROUNDABOUT KA?
    SOrry KJ no way. Banyak mencurigakan. Pemuda UMNO tidak boleh di LIBERALKAN kerana UMNO =MELAYU+PRIBUMI bukan CINA+INDIA+LAINLAIN, kalau tidak tak perlu UMNO.
    KJ= AI+LKS Ideology KJ adalah Ideologi Anwar + Lim Kit Siang. UMNO perlu menjaga dan mempertahankan HAK MELAYU+PRIBUMI sambil membenarkan Non Bumi dengan hak hak mereka sejajar dengan perlembagaan MALAYSIA. Sekarang ini Pemuda UMNO lemah suka pakai SKIRT tapi masih boleh diperbaiki kerana belum pakai COLI.. Jadi harap yang terbaik dapat menerajui PEMUDA UMNO.Kita mahu Pemuda yang berani menegur Presiden UMNO bukan YES MAN sepanjang MASA, Asal bagi PERUNTUKAN BERJUTA RINGGI,(ni duit sebahagian aku punya tax money ) Mulut semua jadi KELU. New Ketua Pemuda = AHKRAM mungkin? Demokrasi UMNO adalah Demokrasi Kambing megeluh nak Beranak. Adaka tak digalakkan challenge Top Position, demokrasi apa benda, ni demo kasi bagi jawatan selama lama nya. This is my Last comment at your blog sebab 'every which way still loose'. BAnyak komen negative mengenai Najib tapi 3 juta ahli tak de sorang berani nak challenge Najib termasuk Ku Li. Selamat Tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pandangan sdr Anon.

      Delete
  8. Shamsul Ikmal Damansara26 September 2013 at 22:56

    Siapa peduli orang yang bercakap dengan marah dan perasaan. Nak selamat tinggalke ,tak mahu menulis ke ikut sukalah, tapi kita kena terima reality Khairy semakin diterima oleh gulongan muda, keupayaannya dapat di lihat di Parlimen dan di luar Parlimen. terutama sejak jadi Menteri. . Dia berani kritik hingga ke Sultan dan pandangannya dalam sukan banyak yang menarik.

    Ahkram siapa kenal? Dulu pun ada pemimpin UMNO yang jual UMNO. Tetapi Khairy menunjukan sikapnya yang rasional dan seimbang dan tidak hanya untuk please kan orang Melayu. Dalam politik tidak boleh main hantuk kepala di batu,batu tidak akan pecah tetapi mesti bijak dalam menghantuk dan tidak sepanjang masa mesti hantuk.

    Saya setuju dengan zam,kita tidak ramai pemimpin yang berbakat besar dan mempunyai sejarah perjuangan sepererti mukhriz dan khairy.Kita tidak mahu pemimpin Melayu yang hanya popular di kalangan Melayu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara ZAM,

      Satu perkara yang masih berlegar dikepala saya ,mengapa KJ memilih UMNO dan bukan PKR . Kalau mengikut rentak beliau ,PKR lebih sesuai .
      Adakah beliau memilih UMNO disebabkan beliau menantu Pak Lah atau beliau menyertai UMNO dan menjadi menantu Pak Lah disebabkan hendak menjadi Perdana Menteri.

      Hebatkah KJ ? Kalau melihat dari segi beliau berhujah dan menjawab semasa Debat dengan Rafizi rasanya tak sehebat mana . Rafizi pun bukan hebat sangat ... boleh la setakat nak 'chong' budak IPTA yang belum berijazah..dah bawa pengikut mesti la dapat tepukan .

      Sekiranya KJ berwibawa dan menarik minat orang muda ...dah tentu beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai belia yang mengundi BN semasa PRU13 . (tak susah sebab saluran undi ikut umur so just add up the number).

      Memang pedapat beliau selalu dimuatkan di dalam akhbar The Star tapi faham faham lah niat The Star . Budak umur 19 tahun dari IDEA pun dapat tempat.

      terlalu awal untuk menyatakan KJ merupakan "PM material"

      Delete
    2. Anonymous 26 September 2013,

      Hujah and sememangnya mempunyai point yang cukup bernas. Selayaknya kita hendakkan pemimpin yang mempunyai karisma dari sudut idea dan kemampuan untuk membina pengikut yang menyokong insitutsi yang dianggotainya, dan bukan sekadar menjadi "cult figure" sahaja.

      Delete
  9. KJ rasional utk kejar kepentingan diri, masih tak nampak ke? bagaimana seorang yg seperti tn yg sudah lama melibatkn diri dlm politik tanah air tidak dapat menilai public figure yg mcm mana utk dilantik sbg pemimpin. mana perginya aspek penting spt 'pemimpin bukan saja mesti bersih tapi juga kelihatan bersih'. apakah pula nilai rasional dan seimbang yg saudara shamsul cuba highlight kn. apakah sudah terlalu banyak yg sudah di'please'kn utk org melayu sekarang ini? hanya di nilai pandangan beliau dlm sukan? apa sejarah perjuangan KJ dan benarkah golongan muda kembali kepada UMNO? kerana KJ? mana boleh dibandingkan dgn keberanian mukhriz secara sendirian dan pertama mendesak bekas PM meletak jawatan demi kepentingan negara. kelihatan pandangan kamu sudah tidak dapat menilai iltizam pemimpin2 sekarang, yang mana utk kepentingan ramai dan yang mana utk kepentingan diri. rasanya tak perlulah disenaraikn rekod2 kebaikan dan keburukan antara mereka berdua ini. tn zam lebih tahu. jadi bagaimana analisa tn zam? adakah dengan bermuka2 utk berbaik2 antara mereka bole memajukan negara? adakah tn zam berpendapat mereka ini robot atau mesen tak berotak dan akan melupakan kesah2 lama mereka contohnya pertandingan merebut jawatan ketua pemuda yg lalu? adakah nasib anak cucu kita sedia diperjudikan tanpa prejudis dengan meletakkan mereka bersama sebagai pemimpin tanpa mainan politik kotor di kemudian hari? dan yg paling menjadi persoalan sekarang, adakah artikel tn zam kali ini ditulis dalam keadaan sedang mengantuk dan terlupa menghirup secawan besar kopi kaw kurang manis? wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Syed Albab Sg Petani.27 September 2013 at 05:58

    Sekalipun anjuran zam ni nampak logiknya tetapi Mukhriz mesti berhati hati kerana berganding dengan orang yang tidak disenangi majoriti dalam parti akan memberikan kesan buruk kepada Mukhriz sendiri.Mungkin berpakat dengan Khairy akan menyebabkan penyokong kepada Mukhriz menarik diri. Hati hatilah memileh partner dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  11. Kadir Mastan Pulau Pinang.27 September 2013 at 06:04

    Hati hati juga. Ini adalah provokasi zam. He is an agent of provocature.

    ReplyDelete
  12. KJ is DSAI in the making. Period.

    Since the era of Hisham followed by KJ, Pemuda UMNO has become too soft and progressing towards liberal view. Looks like Perkasa need to fill the vacuum to champion Malay, bumi and Islam rights.

    I prefer Akhramsyah over KJ. Pemuda need to relevan as right wing group, not centrist as proposed by KJ. If he want to have a liberal base, go into PKR. I prefer Mukhriz over Hisham.

    I don't trust KJ. Seems like parasit. Also all the fourth floor boys and lately Lokman Nor Adam; ex AMK SU who are now contending for Naib ketua pemuda. All of them are parasit to eat UMNO from inside.

    ReplyDelete
  13. UMNO's survival and power for the coming generations will be from the young Malays. Who do they prefer??

    It is NOT who we prefer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Sir. Mukhritz and Khairy are perfect combination. Of course they are not for us but for the future. We cannot see the future leadership in leaders who are depending on malay chavinism..

      Delete
  14. Pak Zam, Khairy mungkin kelihatan popular, tetapi hanya di kalangan golongan atasan, melayu bandar yang ada class dan yang pagi-pagi santapan mindanya The Star sambil melepak di kafe-kafe. Khairy memiliki riak muka yang tak mesra. Bahasa mudah kata, riak muka berlagak. Orang-orang macam saya tak selesa dengan pemimpin seperti itu Pak Zam.

    Kalau Najib dikatakan terlalu berlembut dan terlalu mengikut kehendak kaum cina, rasanya Khairy contoh individu yang akan menjadi lebih tunduk. Sehingga sekarang tak nampak apa baiknya melantik Regina Lee yang terang-terang condong kepada DAP sebagai setiausaha politiknya. Adakah beliau menggunakan falsafah Lincoln, "Am I not destroying my enemies when I make them my friends?". Dalam hal KJ, rasanya beliau yang akan dimakan oleh Regina, bukan sebaliknya.

    Akhramsyah mungkin nama baru dalam arena politik, tetapi sekurang-kurangnya dia bersih dan kelihatan juga bersih. Kita perlukan pemimpin yang bersih untuk sedikit demi sedikit mengembalikan keyakinan anak-anak muda yang tiap hari disogok dengan propaganda "pemimpin melayu (baca: UMNO) membolot dan mengumpul hasil negara masuk ke kantung sendiri".

    Kalau KJ yang terbukti bersalah dalam permainan politik wang dalam pemilihan KP UMNO yang lalu masih dipilih, memang benarlah ada sesuatu yang tak kena dalam UMNO. Nota: KJ hanya diberikan amaran dan terlepas peluang jawatan dalam kabinet selepas skandal tersebut.

    UMNO memang perlukan pelapis, pemimpin yang muda tetapi bukan pemimpin muda yang terpalit dengan imej tak bersih.

    ReplyDelete
  15. ZAM UTUSA ASYIK KENA SAMAN< PULAK ASIK KALAH JE> BARU NI KENA BAYAR DENDA KAT DAP> APA DAH JADI DENGAN UTUSAN, ? UTUSAN SEKARANG BUKAN UTUSAN MALAYSIA TAPI UTUSAN PELINGKUP MELAYU> BUAT FITNAH JE < WRTAWAN TAK DE MARUAH> ASAL SAMAN KALAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhaimi Damansara.28 September 2013 at 05:39

      Bagitu mudah menuduh Utusan pelingkup Melayu. Berkata tanpa berfikir. Adakah Utusan kena saman dan kalah kerana mempertahankan dirinya . Akhbar manakah yang berani mengatakan :Apa lagi Cina Mahu,akhbar manakah yang pertahankan mati matian Perlembagaan Persekutuan,akhbar manakah yang berjuang mentang Homosexual,akhbar manakah yang lebih dahulu mendedahkan tentang syiah. Menulislah dengan kepala dan bukan dengan kepala dibawah seluar awak.

      Delete
    2. Rasaya saudara lebih banyak menulis dengan bawak seluar sambil melihat keatas hingga tak sedar kebenaran. Kalau semua melayu cam saudara tak bermaruah dalam mengkritik sesama sendiri maka masa depan melayu yang dah malap akan menjadi gelap. Buka lah fikiran anda bukan buka seluar anda.

      Delete
  16. Salam TS..mukriz ok tp KJ dia lah yang akan menyebabkan UMNO dan Melayu pupus atas sikap liberalnya..persoalan yg tidak KJ jwp..mengapa Regina Lee

    ReplyDelete
  17. Sekarang saman dilihat sebagai suatu tindakan undemocratic untuk menakutkan lawan dan bukan lagi terlihat sebagai kejatuhan maruah. Sudah banyak saman yang terpakas di minta maaf oleh akhbar lain juga, tetapi oleh kerana Utusan yang paling berkesan dan paling ditakuti maka Utusanlah yang paling banyak menjadi mangsa. saman.
    Akhbar lain tidak menjadi akhbar perjuangan sepoerti Utusan sebaliknya lebih mencari jalan selamat.Kemenangan saman bukan berarti kebenaran.. Saudara bercakap macam seteru Utusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adkah Makamah kita tak Adil? Utusan patut bermaruah mengelakkan fitnah. Kala kena saman atas tuduhan fitnah dan kalah sebab Utusan tak dapat buktikan, apamakna nya Tuan Zam. Utusna is no more like what it used to be, Zaman Sebelum dan sesudah ZAM saya beli dan baca Utusan kecuali bila Anwar tak over dan sekarang. Beza sebeza langit dan bumi. Utusan sepaut nya progressive dalam melaporkan keberran. Kalau nak buat berita pasal LKS dan lain lain biar lah asasnya kuat bukan lemah hingga senang boleh disaman dan kalah, Memang utusan berani melaportkan'APA CINA MAU' tapi berapa banyak 'APA MELAYU MAU' yang dilaporkan?. Kes kantin sekolah apa yang Utusan laporkan sehinnga harapan pada SInar Harian? Change for the better Tuan Zam. Utusan perlu jadi leboh baik dari Star dan Surat Khabar Cina. Dulu, Cina, India pun baca Utusan.Tuan Zam pun kena saman tapi saya percaya jika asas Tuan Zam kuat dan benar , keadilah akan berpihak pada Tuan Zam begitu juga Utusan , tapi bila kalah bukankah ada sesuatu yang tak kena.

      Delete
    2. Rustam Sani. Kelang.28 September 2013 at 13:36

      Saya setuju beberapa pandangan saudara tetapi kemarahan kepada Utusan tidak seharusnya sampai ketahap prejudis sehingga meanggapnya sebagai Pelingkup Bangsa.

      Harus diperhatikan juga bukan semua kes yang kalah kerana kesalahan Utusan malah hakim tidak semestinya tidak ada biasnya. Lihat sahaja dalam kes penjualan buku mengenai Islam di Borders dan beberapa kes lagi yang berkaitan dengan nama Allah dan Islam..

      Apapun dikata takan tentang Utusan ia adalah merupakan akhbar yang tertinggi pasarannya sekarang dibandingkan dengan Berita Harian dan The Star kerana ia mempunyai rohnya sendiri.

      Saya sendiri berharap agar Utusan lebih bebas untuk memberikan tempat kepada pembangkang kerana ia mempunyai kekuatan untuk bertahan dan juga dengan itu akan menarik lebih ramai pembangkang dan juga orang diatas pagar untuk membacanya.

      Delete
    3. Tidak benar lebih dari The Star. Barangkali maksud saudara lebih dari NST?

      Delete
    4. Maaf memang saya maksudkan NST.

      Delete
    5. Sayatidak marah pada UTUSAN tapi inilah kiritic jujur saya pada Utusan. UTUSAN perlu BANGKIT bukan saja dalam mengkritik opposition atau Cina tapi perlu jujur dan bukan sekadar Yes Sir Pada Najib. Jika Strategi Najib silap, tegurlah dia dalan Utusan. janganlah terlalu harapkan blog.Tegurjugalah Melayu kerana melayu juga ada salah silapnya dan kelemahannya.. Sejarah Utusan membangunan kan Bangsa terutama Melayu maka jaganlan segan untuk kehadapan. PAU UMNO apakah sikap UTUSAN? Adakan North-East-South atau West? Atau NEUTRAL . Untuk menyokong Utusan Najib TERPAKSA buat ucapan ADVISE GLC mengadvertise dalam UTUSAN. In the first place Kenapa GLC segan untuk mengiklankan di UTUSAN?

      Delete
  18. Salam ts,

    harap tan sri tak dpt maklumat kj dr cafe hotel. Dpt maklumat dr kedai kopi yg murah. Org ramai tak lupa rasanya yg berlaku 10 tahun dulu. Kisah ecm libra, pengundian ketua pemuda, kalimullah dsb. Lebih byk bertahan drpd menyerang kalu kj.

    ReplyDelete
  19. Sdr Tan Sri,

    Saya melihat kedua-duanya adalah legasi kepada politik suku sakat yang hendak diasuh dalam konteks menguasai dunia politik kita (YAB Menteri Besra Kedah lebih terkehadapan kepekatan legasinya kerana beliau anak bekas PM) .

    Seperti SOP nya, pemimpin yang akan dilahirkan mesti ayah/datuk mereka pemimpin juga. Dinasti.

    Dan, kita seperti bersetuju dengan fenomena ini.

    T.kasih.

    ReplyDelete
  20. Rakyatlah yang berkuasa untuk menolak arus politik suku sakat yang telah menjadi tradisi kepimpinan UMNO dan berjangkit hingga kepada Anwar Ibrahim yang singgah sebentar di UMNO.

    Yang terlalu teruk ialahj penerimaan Hishamuddin Onn semata mata kerana anak cucu Onn. Tak tahulah kalau hanya sekadarkan menteri amaran masih di terima untuk jadi Naib Presiden maka alamat Melayu nak mampuslah dek suka suku sakat.

    ReplyDelete
  21. jumpa kj dan ular serentak - mana satu nak katok dulu.

    ReplyDelete
  22. Cucu mat lela gila.29 September 2013 at 18:38

    Pemuda UMNO tak kenal yang mana satu ular dan yang mana satu kj.Kalau kenal mereka dah katok dahulu lagi.Mereka hanya kenal pulus.

    ReplyDelete
  23. obviously you are on KJ side who "Pak Mentua" that you serve has brought good fortune upon you. but putting mukhriz to cover your stand on who you support? wow. how low can you go.
    I know you did not like mukhriz, if you do, there are things you can done (yep, even supporting bersih) to elaviate UMNO members and rakyat when you were a minister.

    anyways, KJ does not have what it takes even to become a UMNO member. The end game has already been decided when pak lah decided to come down and najib to go up.

    ReplyDelete
  24. It is all up to the members of UMNO to choose who they want!

    Tak guna kita nak bahaskan disni siapa baik siapa jahat.

    Kita tengok nanti hari pemilihan, sapa akan menang. Tengok siapa ahli Umno pilih.

    The political landscape has changed, drastically and dramatically, since Anwar keluar penjara, and the results of GE13.

    Even veterans of UMNO now cannot predict whats gonna happen next term. More worries than moving forward.

    ReplyDelete
  25. Pak Zam pernah jadi setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri, member parlimen, pejuang melayu Umno semasa di utusan... pengalaman nya dan kata2 nya memang boleh pakai.. Pak Zam bukan nya sekadar penulis biasa jer.

    Come what may, dont stop. Keep up your good intentions. God bless you!

    ReplyDelete
  26. Cannot agree more....kj is anwar in da making!!!
    Ini tok aki i cakap..tengok kj kita rasa jauh, rasa mcm org kaya dgn org miskin, tak dekat d hati..tapi tengok mukhriz ni rasa sejuk, rasa mcm nk pergi berborak dgn dia, berkenan...

    ReplyDelete