Tuesday, 24 September 2013

KERANA KEMBALI MENGHUNUS KERIS ZAHID HAMIDI DAPAT UNDI TERTINGGI

SABAH BERI LALUAN PADA MUKHRIZ.MUSUH DALAM SELIMUT SHARIZAT

Ramalan popular dalam persaingan untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO ialah penyandang Datuk  Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mendapat undi kemenangan tertinggi sekali kerana beliau telah kembali menjulang keris dan memperlihatkan ketajaman dalam menggunakannya pada masa yang diperlukan.

Sekali gus tindakan ini mengingatkan orang ramai terutama ahli ahli UMNO terhadap perisitwa sedih pemimpin merasa bersalah  menjulang  keris dan meminta maaf  yang menjatuhkan maruah UMNO dan bangsa.

Kemenangan seorang lagi penyandang, Shafie Afdal  nampaknya bergantung kepada sokongan pengundi  UMNO  di Persekutuan kerana jika pandangan  Datuk Mohamed Dahan Abdul Latiff  dianggap sebagai mewakili pandangan  majoriti UMNO Sabah maka  Shafie adalah dalam keadaan  tergugat.

Kata Mohamed Dahan  " Saya mahu melihat seorang yang dibawah umur 50 tahun bertanding bagi jawatan Naib Presiden kerana ini akan mengikis  imej UMNO sebagai parti orang tua" (lihat tulisan Philip Golingai di Star 23 September). Dalam kata kata  lain beliau mahu laluan dibuka kepada Mukhriz.Dia bercakap kepada wartawan terkemuka di Sabah.

Maka itu kita boleh mejangkakan untuk melihat lebih banyak iklan Karnival KUD dengan gambar Shafie Afdal  di Utusan Malaysia dan di lain lain akhbar Bahasa Malaysia atau lain lain iklan baru.

Yang paling berdebar sekali di sebalik cuba to put up a brave face ialah Ketua Wanita ,Shahrizat yang walaupun telah berjaya mencantas semua pencabar berpontensi; Azalina terundur, Halimah Mohamed Sadique terpatah kaki, Masitah tercungkil  rasuah  tetapi tiba tiba termuncol  musuh dalam selimut  Senator Maznah Mazlan yang juga Exco Wanita sebagai pencabar disaat terakhir.

Maznah sekarang terlihat sebagai pencabar  paling berpotensi dan tentunya semua pencabar berpotensi yang menarik diri berserta pengikut mereka adalah juga musuh dalam selimut.

Utusan perlu memperbanyakan lagi berita dan rencana mengenai Shahrizat.

23 comments:

  1. .. Kak Ijat patut undur diri secara terhormat. Sekarang ni satu Malaysia tak respect dia. I doubt kaki bodek (a.k.a supporters) dia pun respect dia. I think they support her becoz what she can do for them. You scratch my back, I'll scratch yours.

    So sad! At least Rafidah Aziz did so much for the country. She is well respected overseas. Can't say the same for Shahrizat though. Her Ministry is so "auntie".. Under her Wanita wing has lost their standing. I'm not sure what Maznah can do even if she wins. Can she assume the Ministry of Finance portfolio? If not, Wanita will continue to be layu.

    ReplyDelete
  2. Dengan adanya cabaran dari Maznah Mazlan yang juga mempunyai kedudukan yang sama dengan Shahrizat dan juga latar belakang pejuang UMNO yang juga hebat maka saya harap akhbar Utusan Malaysia dan juga lain lain akhbar memberikan laporan yang adil dan seimbang bagi keduanya. Janganlah berlaku tidak adil kerana jika Maznah Mazlan menang tentu susah juiga Utusan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Jangan pula kerana Maznah Mazlan dari Pahang maka dia dianggap sebagai proxy Najib Perdana Menteri. Dia tak pergi pun minta apa apa jawatan supaya dapat membantu Najib untuk menang jika di tandingi.

    ReplyDelete
  4. Sharizat mungkin tiba2 ada masalah di pertengahan kempen, sudah pasti mesti ada somebody untuk meneruskan bagi pihaknya.
    Fikir sendiri, siapa !!!

    Sejarah menunjukkan semua Ketua Wanita telah deliver sesuatu yang bagus dan boleh dibanggakan, Sharizat bukan sahaja gagal dalam PRU tetapi terpalit pula secara moralnya.

    Tapi 'muka jenis apa agaknya' yang masih bertahan untuk dijadikan tunggul dan boneka di situ.

    ReplyDelete
  5. Sekarang sentimen di bawah ialah anyone but Shahrizat, anyone but KJ, anyone but Najib, anyone but Hishamuddin.

    Jadi, sesiapa naik lawan ada potensi untuk menang. Persoalan seterusnya adalah, perwakilan UMNO yang mengundi adakah membawa aspirasi sentimen on the ground?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak setuju dengan sentimen ini. Siapakah yang lebih baik dari Najib untuk pimpinan UMNO sekarang. Dulu jelas Najib lebih baik dari Pak Lah tetapi walaupun anyone but Najib tetapi siapa? Muhyuddin ? No. Najib masih diperlukan tetapi mesti berikan tekanan seperti tekanan yang diberikan oleh orang Melayu kepada Tunku jika dia terus bertolak ansur pada orang Cina dan Khairy juga diperlukan disamping kita memerlukan Mukhriz. Dia juga akan menjadi lebih rasional. Tunku dan Khir Johari pun liberal macam Khairy tetapi jika dia tidak mahu sedar juga bila dah diatas maka dia akan diturunkan seperti UMNO menurunkan Tunku dan Hussein On. Jangan terlalu sentimen.Young Tug dalam UMNO pun bukan semua otak macam Khairy. Dia juga akan terbentuk untuk imbangi kehendak politik.

      Delete
    2. Tak kena soalan "Siapakah yang lebih baik dari Najib untuk pimpinan UMNO sekarang." tu. Seolah2 mengatakan tiada lagi orang lain yang layak dan mampu memegang jawatan ketua pentadbiran kabinet Malaysia. Apa kata ditakdirkan najib dan menteri kabinetnya mati eksiden, apa jadi kepada negara? Mestilah ada yang hidup yang akan meneruskan urusan duniawi ini kan. Jadi, tak payahlah nak kata siapa yang lebih baik daripada najib untuk pimpinan umno sekarang. takdir Allah siapa yang boleh menjangkakan.

      Jika makbul doa orang yang ihklas akan adalah pengganti najib kelak.

      Yang pastinya jika najib berada dilandasan yang benar memegang amalan orang mukmin sejati iaitu amar maaruf nahi mungkar, maka, akan panjanglah jodohnya sebaga ketua umno. Jika tidak, maka, pendeklah jodoh. Kita nak tanya najib, diKuantan sekarang ada berita tentang pusat pelancongan pelbagai agama kecuali Islam dan Yahudi akan dibina. Benarkah berita ini? Adakah beliau dan anggota kabinetnya menyokong penuh? Adakah Sultan Pahang menyokong penuh?

      Siapa nak jawab ni?

      Delete
    3. Pendapat ini menolak sandaran kepada logik politik dan sejarah kerana pengganti setiap pemimpin UMNO adalah jelas dan tidak semata diatas perhetongan takdir . Kita menerima takdir tetapi jangkaan dan ramalan mestilah berasaskan kepada fakta.
      Soal pengganti jika sesaorang pemimpin mati biasanya diuruskan oleh parti pada ketika itu juga seperti kematian Tun Hussein Onn tetapi pengganti jelas telah ada yang layak tetapi soalnya sekarang ialah siapakah yang lebih layak dari Najib terutama dari segi pendekatan ekonomi dan international standing?

      Bila saudara campur dengan tuduhan adanya pelancongan berbagai agama di Kuantan maka nyatalah saudara seorang yang suka melihat Najib dari sudut negatif atau mahu meyakinkan orang ramai terhadap kelemahan Najib hanya berasaskan kabar angin. Ini biasanya perangai oang Pas atau orang pembangkang yang bernafas diatas fitnah.

      Delete
    4. Persoalan utama didalam perkara ketua orang melayu didalam umno ialah adakah ketua orang umno itu yang mengikut tradisinya beliau juga ketua pemimpin politik negara, adakah tindak tanduk beliau itu selaras seiringan dan sejajar dengan kitab undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan atau tidak?

      Adakah membenarkan pembinaan tempat agama orang kafir (atas alasan apapun sekali) didalam negara Malaysia yang agama rasmi Persekutuannya ialah ISLAM itu sahih dibawah Perlembagaan negara?

      Komen Anonymous26 September 2013 16:36 diatas itu bukan terhadap peribadi PM 1Malaysia kita tetapi terhadap kerusi PM yang didudukinya. Kita semua mesti jelas pemahaman didalam perkara ini.

      Siapalah kita hendak mencampuri urusan Allah iaitu takdir. Perhetongan dan sifir orang umno sekarang mungkin akan hanya tinggal perhetongan sekiranya takdir Allah ta'ala adalah disebalik perhetongan kamu.

      Apa kata ditakdirkan umno pupus pada 2018 nanti akibat perhetongan orang umno pada 2013? Takdir atau perhetongan sebab musababnya?

      Delete
    5. Siarap Kamaruddin Klang.27 September 2013 at 14:51

      Saya ingin bertanya apa kata kalau ditakdirkan Pas pupus di tahun 2018 dan yang tinggal hanya bayang bayang Pas dalam Anwarinas? Bagaimana dengan Wad Budha yang terbesar terletak di negeri Kelantan? di bawah Perlembgaan Malaysia agama lain bebas termasuk mendirikan tempat ibadah mereka. Demikian juga takdir Allah tidah sahaja pada UMNO tetapi juga pada Pas. lihat sahaja bala di Kedahdan tanda kehancuran Pas di Kelantan yang semakin merosot dan menjadi alamat akan berkubur pada pilihanraya akan datang..

      Delete
    6. Sdr Siarap KK. Elok sangat jika apa yg sdr katakan diatas itu berlaku. Biarkan orang Melayu kenal diri selepas pupusnya 2 parti besar orang Melayu itu. Sementelahan pula, melihatkan kepada percakaran yang tidak habis2 diantara 2 parti Melayu ini maka, elok sangat dipupuskan. Dua2 tunduk dan lembik terhadap parti kapir.

      Saya setuju dengan kata2 sdr tentang patung budha itu. Precedent yang dibuat oleh pas menjadi ikutan oleh umno dibawah sir najib. Sesuai sangat pemikiran pemimpin dari 2 parti ini. Pas memang tak ngaku melayu hanya Isle, Umno pula ngaku Melayu tapi Melayu kulit aka liberal aka elit aka polisi pandang ke Konsultan!

      Saya bukan ahli pas ataupun orang pas, saya orang Umno. Yang menjadi musykil dihati dan pikiran saya ialah halatuju dan matlamat pemimpin Umno sekarang iaitulah kemana hendak dibawa orang Melayu ini dan kemana kiblat kepimpinan negara sekarang?

      Saya berpegang kepada prinsip Melayu sejati. Melayu sejati itu mereka yang berpegang kepada hukum dan adat. Melayu itu seperti yang digambarkan didalam Gurindam 12 Raja Ali Haji. Itulah dia Melayu sejati.

      Adakah orang UMNO sekarang ini Melayu sejati? Adakah pemimpin Umno sekarang ini Melayu sejati? Jika tiada, mengapa? Jika ada, siapa?

      Mampukah presiden Umno sekarang ini membawa tanah air kita kepada zero jenayah sebagaimana yang disuarakan oleh hadirin di Forum Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Awan di KDN Putrajaya semalam? Bolehkah saf kepimpinan najib razak merealisasikan kehendak orang Melayu yang bijaksana iaitu mahukan tanahair yang aman damai sehingga boleh mendengar helaian dedaun jatuh seperti yang disuarakan oleh ahli matematik hebat Melayu, sdr Abdul Halim Bustaman di Forum tersebut semalam? Mampukah orang Melayu ini menjadikan tanahair ini seperti Sepanyol dizaman kegemilangan Islamnya dahulu?

      Sdr, apa yg saya komenkan didalam artikel ini tidak penting. Yang penting ialah kesinambungan pendapat yang baik dan membina untuk mencapai matlamat kegemilangan dan kesejahteraan orang Melayu demi agama, bangsa dan negara.

      Delete
  6. Saya ingin mendapat penjelasan dari Pengarang Utusan Malaysia apa kena mengena rencana mengenai Fakta Sebenar NFCORP dalam Utusan Malaysia hariini dengan Shahrizat. Adakah rencana ini boleh membersihkan nama Shahrizat.Penyiaran rencana ini bukan membantunya tetapi lebih memudaratkannya. Tambah lagi terpampang nama suaminya direncana itu.Orang sekarang cukup cerdik. Jangan sampai ahli UMNO pun pulaukan Utusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan En. Murad. Saya telah pon menghantar sms ke ruang pendapat sebaik membaca artikle tersebut, tetapi belum tersiar sehingga kini. Kita bukan persoal kepakaran suami, tetapi penggunaan pinjaman mudah cara pertanian pelaburan hartanah. Jangan jadikan penyokong tear BN naik meluat dan tak undi sapa-sapa.

      Delete
  7. Assalamualaikum wbt..
    Ketua Wanita sepatutnya mestilah menyedari bahawa dalam keadaan PM mahukan barisan pentadbirannya terdiri dari mereka mereka yang bukan sahaja nampak bersih tetapi mestilah juga berbau bersih,

    Sebagai pemimpin kita mesti berjiwa besar..wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya shahrizat terlebih maklum dan sedia melepaskan jawatannya cuma dia tidak dilepaskan oleh Najib - simple game.

      Begitu juga bagi yang mahu bertanding, perlu mendapat nasihat Najib (rujuk pandangan zahid terhadap mukhriz) - simple game.

      Kalaupun shahrizat perlu ditewaskan, yang menang mesti dari pemimpin yang mudah dikawal - simple game

      Delete
  8. Era Mahathir sudah terlalu lama, 22 tahun menjadi PM. Berilah peluang pada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada orang yang bersyukur dan berfikir tak akan pernah melupakan era 22 tahun Mahathir yang penuh gemilang..

      Delete
    2. Betul tu. Walaupun mungkin terdapat banyak kekurangannya namun era TDM lah yang berjaya membawa Malaysia dan rakyatnya jauh kehadapan, Begitu ramai rakyat Malaysia yang menikmati hasil daripada era tersebut.

      Menidakkan sumbangan besar TDM adalah tidak adil. Mereka yang mengatakan perkara tersebut harus bertanya kepada diri sendiri - apakah sumbangan yang mereka sendiri telah lakukan kepada agama, negara dan bangsa.

      Cukup lah sekadar membandingkan apakah yang telah TDM lakukan bagi 5 tahun pertama pemerintahannya dengan PM-PM yang selepas mereka..

      Delete
    3. 5 tahun pertama mahathir hanyalah mebnghancurkan umno dan bangsa. Mahathir membawa masuk peliwat dan penzina utk devide n rule dkm umno. Mahathir menyuburkan politik wang dan kroni dlm umno. Mahathirlah pembunuh budaya murni dlm umno. Ramai yg tidak tahu kerana hanya membesar di era mahathir

      Delete
  9. TS Zam.
    Walau hebat mana sekalipun calon beratnding jika tidak diiringi denagn RM melalui broker politik atua lain-laim cara alamat kalah.Itulah budaya dan darah daging UMNO.
    Nak menang main duit banyak mudahlah popular.

    Siapa nak nafi ini semua.......

    ReplyDelete
  10. Orang Melayu, Oh Orang Melayu...kenapalah Melayu itu tidak mahu menggunakan sejarah bangsanya untuk berFIKIR sejenak. Lupakah dia akan maju mundur bangsanya di masa depan bergantung pd BERSATUnya umat Melayu itu hari ini? Apa perlu kita berdendam kalau sang pujangga tidak berada di tampuk kuasa? APAKAH AGENDA KELOMPOK LEBIH PENTING DR AGENDA BANGSA, UGAMA & NEGARA? Kemana kita selepas pemilihan selesai kelak? Tinggalkan saf? Hei, kamu ada agenda tersembunyi kalau kau mahu pergi hanya kerana idolamu dinafikan! Apa kamu percaya pd kerja individu tidak berpasukan? Kamu pencacai jika kamu bukan ahli tetapi memecah belah kami melalui komen nakal kamu. Kamu aku kata pengkhianat kalau kamu main kuasa,pengaruh dan wang kamu bg mendapat sokongan walhal kamu ibarat tin kosong dlm parti keramat ini melihat akn prestasi hambar kamu, mcm mana kami tahu? Kau sendiri sedar apa telah kau lakukan demi kemajuan parti dan pimpinan kau. Aku adalah rakyat kbnykn melihat dari dlm dan luar akn kelansungan parti ini. Ia mesti kekal kuat Dulu, Kini dan Selamanya.....Aku berdoa pd maha Esa agar pemimpin jujur menguasai saf kepimpinan kami.

    ReplyDelete
  11. Menangkan Maznah dan kalahkan Jat.

    ReplyDelete
  12. Datuk Hishamuddin nampaknya dalam keadaan terdesak. Dia dah rasa nak kalah dan kerana itu terpaksa muncol di TV 3 untuk terangkan kenaapa dia tidak tegas macam yang dilakukan oleh Zahid Hamidi.

    Bukan soal itu sahaja Datuk,yang orang marah kerana hunus keris dan julang kemudian minta maaf. Saya tak tahu muka melayu manakah yang akan izinkan pekara ini dilakukan. Untuk mendapat kemenangan minta maafalah pada orang Melau dan maklumkan paria mana yang ajar suruh minta maaf lepas angkat keris,Orang Melayu takkan lupa sampai mati.

    ReplyDelete