Sunday, 15 September 2013

JANGAN BIARKAN "ANAK-ANAK HARAM" BERADA DI UTUSAN MELAYU

NAJIB MAHU JALAN ENAM DI NAMAKAN JALAN UTUSAN MELAYU
Inilah medan pejuangan wira wira Utusan Melayu: Jabatan Pengarang Utusan Melayu di bawah bumbong bangunan Utusan Melayu yang baru di Jalan Enam (bakal di tukar kepada Jalan Utusan Melayu) of Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur. Ia merangkumi Utusan Malaysia,Kosmo, Mingguan Malaysia  dan majallah majallah.
Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang telah melancarkan buku: Kisah Sejarah Utusan Melayu: DI DEPAN API DI BELAKANG DURI pada Jumaat 13 September 2013 bersempena dengan perasmian Bangunan Baharu Utusan Melayu (M) Berhad yang memberikan keyakinan baru kepada Utusan Melayu untuk terus menjadi kuasa besar bangsa, agama dan negara.

Jabatan pengarangnya yang dulu sempit, uzur dan ketinggalan zaman sekarang adalah yang termorden dan terkemas dibandingkan dengan mana-mana akhbar di Malaysia untuk menjadi medan perjuangan berani wira-wira Utusan Melayu.

Semangat yang tinggi dengan ilmu dan kepakaran kewartawanan perlu dipertingkatkan di kalangan pekerja dan khusus para wartawannya atas kesedaran bahawa mereka bekerja di sebuah insititusi akhbar yang akan terus menjadi rebutan untuk tapak perjuangan merampas kuasa dari dalam parti dan juga dari luar untuk berada di puncak kuasa.

Kuasa ekonomi dan politik akan terus digunakan ke arah mencapai matlamat ini. Sejarah terpahat sebagai buktinya dan percubaan untuk merebut kuasanya sama ada dengan mencemarkannya atau melumpuhkan kewangannya. Tetapi semuanya telah gagal. Lee Kuan Yew gagal, NST patah di tengah jalan, Anwar Ibrahim terbantut  dan mungkin ada lagi yang akan mencuba dengan berbagai-bagai cara.

Hanya dengan komitmen, dedikasi dan kasih sejati yang dibina dari kefahaman terhadap sejarahnya akan membolehkan tenaga kerja Utusan sensitif terhadap strategi dan penyusupan anasir-anasir untuk menguasainya.

Tiap wira sejati Utusan Melayu mesti waspada terhadap anak-anak haram yang menyeludup masuk ke dalam Utusan Melayu dan cuba melakukan sabotaj terhadapnya dengan mengumpul penyokong dari dalam. Beberapa orang anak haram ini telah pun berjaya dihapuskan sebelum berakar kerana adanya kecekapan dan keberanian di kalangan wira-wira Utusan mengenali dan mencantas mereka.

Ingatlah Utusan ini adalah warisan roh bangsa dan agama yang bersih, murni dan sangat mahal harganya.

Tiap Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama Tunku Abdul Rahman Al Haj hingga kepada  Datuk Seri Najib telah menjejak kaki di tanah bertuah Utusan Melayu di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin yang diduduki sejak berpindah dari Singapura tahun 1958.

Beberapa kali Utusan telah merancang untuk berpindah ke tapak lain tetapi tidak jadi. Barangkali ada hikmahnya. Di kawasan ini Utusan mempunyai beberapa keping tanah yang boleh dimajukan. Utusan telah membuat keputusan yang bijak untuk melangkah ke dunia perniagaan pembangunan hartanah.

Walaupun hanya dengan sepatah kata persetujuan Datuk Seri Najib untuk menamakan Jalan Enam sebagai Jalan Utusan Melayu atas cadangan Pengerusi Eksekutif  Utusan,Tan Sri Hashim tetapi ini mencatitkan suatu sejarah baru yang sangat besar ertinya bagi pembangunan Melayu di kawasan ini yang berada di tengah-tengah kawasan bukan Melayu. Dulu Ibu Pejabat Utusan berada di Jalan Lima di belakang bangunan baru ini.

Bagi saya pelancaran buku "Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api Di Belakang Duri" bersempena dengan perasmian Bangunan Baru Utusan Melayu adalah sangat bererti kerana Datuk Seri Najib merupakan Perdana Menteri yang ketiga melancarkan buku saya.

Pertama Perdana Menteri Dr. Mahathir melancarkan buku Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot, Kedua Abdullah Badawi  Wira Tak Di Dendang  dan ketiga yang terbaru Datuk Seri Najib.

Buku saya yang mendapat sambutan paling hebat dengan lebih 60,000 jualannya (The Best Seller) ialah Mahathir di Sebalik Tabir yang telah dilancarkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Buku sejarah Utusan ini telah pun habis dalam pasaran sebelum pelancaran oleh Datuk Najib dan berikutan dengan pelancarannya oleh Datuk Seri Najib kelmarin ramai yang bertanya kepada saya di mana buku ini dapat dibeli kerana menurut mereka sukar untuk mendapatinya.

Di bawah ini adalah rangkaian kedai-kedai buku dimana anda boleh mendapatkan cetakan kedua Kisah Sejarah Utusan: DI DEPAN API DI BELAKANG DURI.
  
RANGKAIAN KEDAI POPULAR DAN MPH:

JOHOR

1) POPULAR AEON JUSCO BUKIT INDAH(JJB) JOHOR

2) POPULAR BOOK CO (M) SB (JKC) JOHOR

3) POPULAR BOOK CO. (M) SB(JOS) JOHOR

4) POPULAR BOOK COM.S/B(JBC) JOHOR

5) POPULAR BOOK COM.S/B(JBM) JOHOR

6) POPULAR BOOK COM.S/B(JKM) JOHOR

7) POPULAR BOOK COM.S/B(JTC) JOHOR

KEDAH

1) POPULAR BOOK COM.S/B(ACP) KEDAH

2) POPULAR BOOK COM.S/B(ASP) KEDAH

3) POPULAR BOOK COM.S/B(ATM) KEDAH

4) POPULAR BOOK COM.S/B(GJP) KEDAH

5) POPULAR BOOK COM.S/B(SCS) KEDAH

6) POPULAR BOOK COM.S/B(STM) KEDAH

KELANTAN

1) POPULAR BOOK COM.S/B(KBM) KELANTAN

KUALA LUMPUR

1) POPULAR BOOK COM. S/B(WKP) KUALA LUMPUR

2) POPULAR BOOK COM. S/B(WWM) KUALA LUMPUR

3) POPULAR BOOK COM.S/B(WTA) KUALA LUMPUR

4) POPULAR WILAYAH FEST CITY SETAPAK KUALA LUMPUR

MELAKA

1) POPULAR BOOK CO.(M) SB (MMP) MELAKA

2) POPULAR BOOK COM.S/B(MJB) MELAKA

3) POPULAR BOOK COM.S/B(MJJ) MELAKA

4) POPULAR BOOK COM.S/B(MTP) MELAKA

NEGERI SEMBILAN

1) POPULAR BOOK CO.(M)SB(SNN) NEGERI SEMBILAN

2) POPULAR BOOK COM.S/B(SBN) NEGERI SEMBILAN

3) POPULAR BOOK COM.S/B(SJJ) NEGERI SEMBILAN

PAHANG

1) POPULAR BOOK COM.S/B(KMM) PAHANG

2) POPULAR PAHANG STAR MALL (PSM) PAHANG

PERAK

1) POPULAR AEON JUSCO SERI MANJUNG(PJM PERAK

2) POPULAR BOOK CO (M) SDN BHD(PJS) PERAK

3) POPULAR BOOK COM.S/B(IIP) PERAK

4) POPULAR BOOK COM.S/B(IKC) PERAK

5) POPULAR BOOK COM.S/B(TWP) PERAK

6) POPULAR TESCO MANJUNG(PTM) PERAK

PULAU PINANG

1) POPULAR BOOK COM.S/B(PJP) PULAU PINANG

2) POPULAR BOOK COM.S/B(PKS11) PULAU PINANG

3) POPULAR BOOK COM.S/B(PMM) PULAU PINANG

4) POPULAR BOOK COM.S/B(PQB) PULAU PINANG

5) POPULAR BOOK COM.S/B(PSC) PULAU PINANG

SABAH

1) POPULAR BOOK COM.S/B(KCP) SABAH

2) POPULAR BOOK COM.S/B(KOB) SABAH

SARAWAK

1) POPULAR BOOK CO (M) SDN BHD(KCO) SARAWAK

2) POPULAR BOOK COM.S/B(BPM) SARAWAK

3) POPULAR BOOK COM.S/B(KBS) SARAWAK

4) POPULAR BOOK COM.S/B(KCM) SARAWAK

5) POPULAR BOOK COM.S/B(KTJ) SARAWAK

6) POPULAR BOOK COM.S/B(MBP2) SARAWAK

7) POPULAR BOOK COM.S/B(SDM) SARAWAK

SELANGOR

1) POPULAR BOOK CO (M) SDN BHD(SPK) SELANGOR

2) POPULAR BOOK COM. S/B(SJC) SELANGOR

3) POPULAR BOOK COM. S/B(SLY) SELANGOR

4) POPULAR BOOK COM. S/B(SOD) SELANGOR

5) POPULAR BOOK COM. S/B(WAP) SELANGOR

6) POPULAR BOOK COM. S/B(WTK) SELANGOR

7) POPULAR BOOK COM.S/B(AMC) SELANGOR

8) POPULAR BOOK COM.S/B(BBK) SELANGOR

9) POPULAR BOOK COM.S/B(IOI 11) SELANGOR

10) POPULAR BOOK COM.S/B(SBT) SELANGOR

11) POPULAR BOOK COM.S/B(SID) SELANGOR

12) POPULAR BOOK COM.S/B(SJE) SELANGOR

13) POPULAR BOOK COM.S/B(SSP) SELANGOR

14) POPULAR JUSCO RAWANG(SJR) SELANGOR

TERENGGANU

1) POPULAR BOOK COM.S/B(TMK) TERENGGANU

RANGKAIAN KEDAI MPH


JOHOR

1) MPH TAMAN UNIVERSITI - TU JOHOR

2) MPH @ CITY SQUARE - CS JOHOR

KEDAH

1) MPH TESCO SUNGAI PETANI- TSP KEDAH

2) MPH BOOKSTORE@ AMAN JAYA KEDAH

KUALA LUMPUR

1) MPH ALPHA ANGLE-AA KUALA LUMPUR

2) MPH BOOKSTORE SDN BHD- MV KUALA LUMPUR

3) MPH TAMAN MALURI KUALA LUMPUR

4) MPH BOOKSTORES SB (TBS) KUALA LUMPUR

MELAKA

1) MPH MYDIN MITC MELAKA(MPH MAK) MELAKA

NEGERI SEMBILAN

1) MPH GIANT SENAWANG NEGERI SEMBILAN

2) MPH @ JUSCO SEREMBAN 2 - JS2 NEGERI SEMBILAN

PERAK

1) MPH KINTA CITY - KC PERAK

PUTRAJAYA

1) MPH ALAMANDA PUTRAJAYA-AP PUTRAJAYA

SARAWAK

1) MPH THE SPRING BRANCH SARAWAK

SELANGOR

1) MPH SHAH ALAM CITY CENTRE-SACC SELANGOR

2) MPH SUBANG PARADE - SP SELANGOR

3) MPH MAHKOTA PARADE - MP SELANGOR

4) MPH GIANT STADIUM SHAH ALAM-GSSA SELANGOR

5) MPH-1U PHASE 2 - IU2 SELANGOR

6) MPH THE CURVE BRANCH - TC SELANGOR

7) MPH BOOKSTORES@SETIA CITY MALL(SCM) SELANGOR

8) MPHONLINE.COM SELANGOR


Perdana Menteri Datuk Seri Najib sedang melihat sebuah gambar yang menarik dari buku DI DEPAN API DI BELAKANG DURI yang dilancarkanya.

15 comments:

  1. Tan Sri, tahniah & terima kasih saya ucapkan kpd Tan Sri serta para karyawan Utusan Melayu, dulu & kini. Jasabakti anda semua terpahat dgn tinta emas di dalam lipatan sejarah perjuangan bangsa Melayu. Sesungguhnya, semangat juang anda lebih tulus & kental drpd sebilangan pelakon yg mendabik dada sebagai wira Melayu tetapi berjiwa kerdil. Hidup Utusan Melayu!

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri,

    Teman nak juga tahu siapa 'anak2 haram' yg pernah ( dan masih) berada di UM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah orang yang makan cili mendedahkan dirinya.

      Delete
    2. Bab menembak dari dalam semak cukup pandai, bab mendedah..berkias pula
      Kalau dah jelas, sebut - biar jadi anak jantan

      Delete
    3. Come on ZAM! Dedahkan mereka untuk tatapan anak bangsa kita. Takut kena sue ke? Yang benar tetap benar ZAM. Berani kerana benar dan takut kerana salah, bukan kah begitu kata pepatah lama MELAYU kita....

      Delete
  3. Setuju dgn PantunBudi 16:53. Para petugas Utusan Melayu bak wira tak didendang. Besar sumbangan mereka walau tidak hidup bersalut emas seperti ramai anak Melayu yg menikmati hasil perjuangan Utusan selama ini. Semoga perjuangan Utusan sebagai penyambung lidah umat Melayu akan terus segar, insya'allah.

    ReplyDelete
  4. popular bookstore kedai cina bangsat..kalau boleh beli kat toko2 buku lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah sampai sentimen bagitu. Tak salahnya beli buku di kedai Cina. makan di kedai Cina Islam.sembayang di Masjid Cina Islam dan pergi ke negeri Cina,naik bas cina,makan biskut Cina,tengok wayang Cina,tengok filem Cina. Kita hidup bermasyarakat dan berdunia.

      Delete
    2. memang tak salah beli barang di kedai cina..tapi alangkah baiknya kalau kita sokong,utamakan dan majukan ekonomi saudara2 sebangsa dan seagama dengan kita sendiri..

      masih tak terlambat lagi..selama ini kita banyak dibuai mimpi..terlalu berkhayal hingga semuanya berharap pada bangsa lain..

      Delete
  5. Putera Gunung Jerai.16 September 2013 at 07:28

    Ts Zam.
    Sebutlah siapa dia anak haram.
    Ramai nak tahu anak haram tu.
    kalau tuduh secara rambang jadi fitnah pula.
    Kalau anak jantan dedah saja anak haram ini.

    ReplyDelete
  6. Anak Halal Utusan.16 September 2013 at 09:52

    Kenaapa Putera Gunung Jerai,anak Bentan dan Kluangman sebok sangat nak tahu siapa dia anak haram,adakah mereka gelisah kerana berada dalam Utusan ataupun yang telah terkeluar dari Utusan kerana Utusan tercium bau haram mereka.

    Datuk Zam,tak payahlah nak dedahkan. Kami dalam Utusan memang kenal beberapa orang anak haram yang dah terkeluar dari Utusan.

    Tak payah jadi anak jantanlah Datuk, tak ada faedah apa pun, orang dah kenal datuk lebih pada jantan.

    ReplyDelete
  7. Masa Anwar TPM saya berhenti baca utusan sebab banyak window dressing. Lepas AI kena pecat saya baca balik sebab bermutu tapi berhenti sejak zaman Pak lah sampai hari ini, Tan Sri pun tahu mengapa.

    ReplyDelete
  8. Zaman lebih mencabar. Moga Utusan lebih gagah, kemas dan menonjol.

    Sampai masa Utusan menyaman balik pihak-pihak yang menabur fitnah, menjadikan Utusan bahan bakar akibat perbuatan orang lain. Utusan mesti lebib menonjol, berani, bertenaga dan mampu membentuk Melayu dinamik.

    Jadikan Utusan tempat rujukan. Himpunan khazanah ilmu-ilmu Sejarah Melayu dan bahan ilmiah lain dalam bentuk digital. Juga meliputi rangkaian global.

    Bersainglah dengan The Star ! Kita mesti boleh ! Syarat nya, apa kata TS Zam, buang anak-anak haram yang suka dan di upah menjahanamkan. Dari dulu pun sudah ada, cuma mereka tersungkam di tengah jalan.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Utusan Melayu. Jabatan pengarangnya lebih hebat dari NST dan The Star dan harap profesionalismanya pun lebih hebat lagi dalam mambagunkan imej sebuah akhbar yang sesoai dengan citarasa kebebasan dan global.

    Janganlah berat sebelah dalam laporan pertandingan UMNO. Nampak Shafee Afdal, Hishamuddin dan Shahrijaj yang banyak ditunjulkan. Dalam UMNO sendiri pun tidak ada kebebasan ke?. Bagaimana dengan yang tak ada duit nak buat iklan. Berilah iklan percuma bagi mereka.Maka itulah kebebasan dan keadilan.

    ReplyDelete
  10. Imagine Malaysia without Utusan... Undoubtedly, Utusan is Malay, Utusan is Malaysia!

    Utusan should be awarded and accorded more rewards than any other newspaper.

    If the trend now is on-line news, then Utusan should go all out on-line. Use different portal names for that matter. The young only reads the internet!

    I see Malaysiakini, Star, MSNnews etc. portal applications that can be downloaded into Android phones, I-phones and Windows phone. But there is no Utusan application..[sad].

    Go tell the Utusan boys. Go internet!

    Congrats brader Zam ! Its a long long road, with many a winding turns..

    ReplyDelete