Wednesday, 4 September 2013

INILAH KUALITI PENSYARAH UNDANG-UNDANG UNIVERSITI MALAYA

Untuk pengetahuan pengikut blog ini , Inilah posting yang mendapat kunjugan tertinggi sekali setakat  hari ini ( 17 September).


BROWN NOSES THE APEKS  AT ALL COSTS FOR
CRUMBS OF PRAISE

KOMEN:
Anonymous5 September 2013 07:06

golongan mamat melayu - sold my soul to the Chinapek kind. Tak sah kalo tak kutuk bangsa sendiri dalam apa2 kerjaya pon. Brown noses the Apeks at all costs for crumbs of praises from this. Some psychological/ self acceptance issue need to be in the good books of the Apeks to look good to himself. Bila bersama Apek will try his best to look and sound anti-establishment etc. Apek memang suka sangat dgn confused melayu camni.

INILAH KUALITI PENSYARAH...

Seorang Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya, Azmi Shahrom yang juga kolumnis tetap The Star dalam mengkritik kerajaan DAP kerana mahu mengharamkan Tanda Putera telah mengimbanginya dengan mengecam filem itu sebagai tidak bernilai kerana dia takut dianggap sebagai anti DAP.

Azmi tidak bersetuju supaya filem itu diharamkan kerana, katanya hasil seni harus diadili ikut merit tetapi dengan segera dia menambah dalam tulisannya di The Star hari ini "Saya tidak akan pergi melihat filem ini, kerana masa saya sangat berharga dan kalau saya akan ke panggung wayang, saya akan pastikan saya akan melihat filem yang menghiburkan."

Dia bersikap prejudis terhadap filem itu karana, katanya, filem Suhaimi Baba yang lalu Hati Malaya adalah membosankan.

"Maka itu saya tidak akan membuang RM10 yang sukar saya dapat untuk melihat sebarang filemnya walaupun banyak mana sekalipun digembar-gemburkan."Kata-katanya penuh dengan arrogant, sombong dan bongkak.

Walaupun beliau menyatakan tidak akan membuat sebarang komen kerana tidak menontonnya tetapi beliau bertanya "Mungkinkah ia suatu porpaganda untuk memburukkan orang Cina?.

Tidakkah yang bersembunyi di sebalik keberangkalian ini ialah anggapan buruk atau prejudis terhadap filem ini? Apa jenis peguam ni?

Dan kerana takutkan Guan Eng atau DAP tersinggung kerana kritikannya, maka diimbangi lagi  dengan kecaman terhadap Menteri Kebudayaan yang katanya: "Tiba-tiba mahu menjadi tauladan dengan mengajar Kerajaan Pulau Pinang tentang kebebasan seni tetapi berikutan dengan itu polis telah mengoyak gambar J Anu di pameran kerana dianggap mencemarkan Islam dan seorang lagi menteri meminta supaya konsert Lamb of God diharamkan."

Ini bukanlah suatu kritikan ikhlas dan adil yang melambangkan sikap bebas, tidak bias dan tanpa prejudis dari seorang Pensyarah Undang-undang Universiti  Malaya sebaliknya lebih hendak mempertahankan DAP dan Kerajaan Pulau Penang. Lebih banyak kritikan terhadap kerajaan dan filem Tanda Putera yang tidak ditontonnya dari mengecam lidah bercabang Guan Eng antara haram dan nasihat.

Ini menimbulkan pertanyaan, inikah jenis dan kualliti pensyarah bagi siswa-siswa Undang-undang Universiti Malaya?.

Sekalipun saya telahpun mengetahui sikap "tidak bebas" pensyarah universiti ini, tetapi inilah tulisannya yang benar-benar mendedahkan sikapnya yang tidak profesional, bias dan talam dua muka untuk menunjukkan dirinya sebagai seorang progresif, radikal dan bebas tetapi yang terdedah pemikirannya yang terikat.

Jika dia tidak mahu melihat filem itu kerana sikap prejudisnya, maka itu adalah haknya, tetapi saya juga tidak lagi akan membuang masa untuk membaca tulisan dari longkang.

Telah lama saya tidak membaca tulisan pensyarah ini kerana preconceived mind saya terhadapnya tetapi telah terdorong untuk membacanya kerana tertipu dengan tajuknya "Calling for a ban is ill-advised as any artistic work should be judged on its merit."


Jika The Star menanggap tulisan manusia ini boleh menaikkan imejnya sebagai akhbar bebas, ternyatalah The Star telah salah perhetongan. Dia tidak sahaja mencemarkan imej Universiti Malaya tetapi menjatuhkan maruah The Star.

25 comments:

  1. Banyak pensyarah UM kan pro anwar...u dono meh??

    ReplyDelete
  2. mamat poyo ni lah yang kata Tum M 'tak matang'.
    kah kah kah.....macam bumi dan langit kalau nak dibandingkan. ....perasan pulak tu.....this guy is nothing...zero...illek....hampeh.....dan bodoh.

    ReplyDelete
  3. Hassan Muin Spore.4 September 2013 at 18:59

    Kalau tak silap saya dia ni anak bekas wartawan Spore Herald yang berhijrah ke Malaysia dan kemudian menjadi pensyarah di sebuah Universiti. Dia ni mungkin lahir di Singapura dan tidak kenal dengan adat Istiadat Melayu Malaysia. Bapa dia tak sempat ajar dia jadi orang Malaysia tetapi dia jadi rakyat Malaysia. Harap siapa yang tahu tulong sahkan atau napikan.

    ReplyDelete
  4. Personally I think this guy's article in The Star is crap and nothing more than trying his best to please his employers at The Star which are majoritily DAP inclined. He was trying too hard to seem unbiased nevertheless in doing so, we obviously know where he's leaning towards to. If he's trying to please his masters, I beleive he succeeded but as a journalist, one word.... TONG SAMPAH.

    ReplyDelete
  5. Kenapa Zam tersinggung bila Azmi tak berminat menonton TP? Itulah pilihan dia samada nak tonton atau tidak.

    Azmi jauh lebih bijak dan informatif daripada kolumnis yang mencemarkan daun suratkhabar di Utusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak minat tonton sudah lah.

      ini bukan masalah dia minat tonton atau tidak. ini masalahnya kualiti percakapan dia. kalau dulu dia kata kena judge on merit, so now why u cerita pasal suhaimi baba punya film kualiti?

      kalau nak judge on merit, u shut your mouth and go watch then u judge. so kalau dia cakap takmahu bazir 10 ringgit sebab film dahulu SB bosan, maka itu sudah menyangkal sendiri percakapan dia yg mahukan 'judge on merit'

      itu merujok kepada kualiti seorang pengajar undang-undang di UM.

      so kalau begitu skewed nilai seorang pengajar, what chance the law students got in UM?

      Delete
    2. Memang students UM tak de chance akan improve kualitinya dengan pensyarah hampeh macam ni!

      Eleh...shahrom ni memang anti establishment pon. Geng2 baik dia jenis2 anti establishment jugak macam azly rahman (dulu UUM lecturer tu) dan geng dengan waythamoorthi tu..liberal lah sangat!

      A bunch of morons yg perasan bagus dan pandai.

      Delete
  6. Khairil Anwar Shah, Shah Alam.4 September 2013 at 21:46

    The Star tidak boleh menyatakan bahawa dia tidak bertanggungjawab diatas tulisan Azmi Sharom atau itu hanya merupakan fikirannya sendiri. Bagaimana kalau Star menghadapi tindakan undang udang kerana tulisannya .Apakah Star boleh melepas tangan?
    Inilah contoh sebuah akhbar yang editornya tidak bertanggungjawab terhadap parti, negara dan bangsa.

    ReplyDelete
  7. Azmi Sharom bijak?!!! lawaknya. bijak dia tu mungkin bagi orang yang bodoh dan tak tau buat penilaian sendiri sahaja. Sepanjang mengikuti penulisannya amat jelas yang dia ni cuba nak menonjolkan dirinya konon amat kritikal, rasional dan bijaksana dan cuba mengaburi mata pembaca mengenai kecenderungan sebenarnya kepada pembangkang yang tidak dinyatakan dengan jelas sebaliknya dipersembahkan melalui konsep-konsep yang dianggap ideal eg prinsip-prinsip liberal, kebebasan dll. Entah apa sumbangannya melainkan untuk memperbodohkan lagi orang yang memang bodoh tetapi perasan pandai. Sebab yang diberi untuk tidak menonton Tanda Putera pun sangat lucu dan kebudak-budakan.

    ReplyDelete
  8. Betul ke dia tu Law lecturer?? Susah sikit lah nak percaya....ada ke orang nak baca apa yang dia tulis?. Apa buku hebat yang dia pernah tulis????

    Kalau dah jadi kolumnis The Star memang alamat bertuankan DAP lah tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. "bertuankan DAP"..??? sinis je bunyinya ... kalau "bertuankan umno-bn ..kira ok ke ...?

      Delete
  9. golongan mamat melayu - sold my soul to the Chinapek kind. Tak sah kalo tak kutuk bangsa sendiri dalam apa2 kerjaya pon. Brown noses the Apeks at all costs for crumbs of praises from this. Some psychological/ self acceptance issue need to be in the good books of the Apeks to look good to himself. Bila bersama Apek will try his best to look and sound anti-establishment etc. Apek memang suka sangat dgn confused melayu camni.

    ReplyDelete
  10. Zam dan Azmi Shahrom bertapak di dunia yang amat berlainan. Zam seumpama politician journalist yang sudah lama menulis dari sudut yang beremosi politik bangsa melayu. Azmi pula seorang peguam dan memang adat peguam selalu melihat semua pandangan dari sudut "Devil's Advocate". Sudah tentu kedua mereka tak akan dapat berkompromi apabila tajuk pandangan adalah dari segi bangsa dan agama.

    Tak patutlah jika salah seorang dari mereka mengutuk kerjaya yang seorang lagi atas alasan berlainan pandangan sebab kehendak kerjaya dan latar belakang mereka memang pun berlainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan takde jalan tengah kot...mestikah kehendak kerjaya dan latarbelakang menundukkan kebenaran yang berlaku dalam dunia sebenar?

      Delete
  11. I have read his article in the star but I guest that is the thinking of most of Y genertion.In university Malaya,some students are very much Islamic based thinking,some are nationalist thinking,and don't forget some are just like this law lecturer.Politically correct or politically wrong is the question the current leader and thinker must start to see how we build nation.
    It is scarry indeed how our nation has to face so many challenges like syiah,LBGT,socialist,plural Islam,liberal Malay,liberal Islam and what not.
    Some how our education systems need to fine tune on many aspect.I guest the education policy that were mooted by our deputy Prime Minister could provide some solution to this problem.
    When I had a hari raya gathering with my nephews and nieces then I found out their thinking is so diverse and they generally embraced democracy,human right and freedom of speech.I was stunned even some ask me what is wrong with equal marriage,since it is their body,their right,their choice and why are you against it.
    well I guest we got our job cut for us,we better do something otherwise our culture and way of life will be perished.Western colonisation has not gone away even though we have celeberated Merdeka fo 56 year.Our mind........I take the challenge.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sadly to say that for decades our education revolved around getting as many students getting as many As in their public examinations starting as early as UPSR...making other educational pursuits irrelevant...and mind you that's what most parents want and that's dictate the rest

      Delete
  12. Pekara yang diperkatakan oleh Zam ialah soal ketidakadilan seorang pensyarah undang undang dalam membuat hukuman dan bukannya soal haknya untuk berfikir.

    Hak untuk berhomosexual atau lesbianatau equal marriage adalah soal peribadi dan sekalipun Azmi Shahrom mungkin termasuk dalam gulongan ini tetapi beliau mestilah berpegang kepada akadamik displin .

    Umpamanya bukanlah kebebasan dan demokrasi bagi seorang peguam untuk membuat hukuman tanpa melihat sesuatu kes dari dua sudut. Masakan hukuman terhadap Tanda Putera dan juga sikap biasa boleh dibuat berasakan kegagalan Suhaimi Baba yang lalu.Adakah cara ini peguam atau hakim melihat sesuatu kes atau membuat keputusan?

    ReplyDelete
  13. Tan Sri,

    Pembaca beruntung kerana berpeluang menjenguk blog otai wartawan seperti ' Zamkata ' dan ' The Scribe A.Kadir Jasin'.

    Namun saya lihat pengunjung kedua-dua blog tersebut tidak majmuk. Kebanyakkan pengunjung ' Zamkata' dari satu 'mazhab' dan 'The Scribe A.Kadir Jasin' dari 'mazhab' yang lain.

    Bilakah agaknya kita (Melayu) boleh berbeza pendapat secara ' gentleman'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makdum K. Selangor.6 September 2013 at 07:49

      Dalam bangsa apa pun terdapat perbezaan pendapat dan ini harus dibiarkan terus berkembang dan yang penting ialah keupayaan kita mengawal dan mententeramkan keadaan bila panas dan bukannya bertindak balas.Kalau bertindak pun cara yang lembut.Ditahan diberi makan.

      Inilah keistemewaan Malaysia yang ditunjukan oleh pihak berkuasa sekalipun berlaku perdebatan yang panas. Jika kita bertindak keras maka ia akan berlanjutan,dendam dibalas dendam dan pembunuhan digantikan dengan pembunuhan dan inlah yan berlaku di Mesir dan di negara negara Islam lain.

      Soal berlainan pengikut Kadir dan Zam adalah soal biasa.Manusia suka baca apa yang mereka suka baca dan tak suka dengar apa yang mereka tak suka.

      India yang satu kaum pun bergaduh dan berpecah belah.Cina bersatu kerana tekanan tanpa kebebasan. Apa pun kita lebih baik. Jangan terlalu pesimistik.

      Delete
    2. Sdr Makdum Selangor,

      T.Kasih di atas pandangan balas saudara.

      Maksud saya, seeloknya kedua ' mazhab' tersebut memasuki gelanggang yang sama pada sesuatu masa @ menjenguk dan mengeluarkan pendapat secara 'gentleman' dalam kedua blog hebat tersebut. TS Zam hebat. Datuk A.Kadir Jasin Hebat.

      Kalau tidak akan jadilah suasana ' syok sendiri/sebelah pihak' meluahkan idea dan ulasan.

      Mohon maaf jika pandangan ini tidak relevan pada sesetengah pihak. T.kasih.



      Delete
  14. seorang peguam biasanya akan mengukuhkan bukti kes tapi yang ni tak tengok pun dah kata buang RM10 kalau tengok TP. Itu hanya persepsi yang tidak signifikan.

    ReplyDelete
  15. Bukan semua yang jadi pensyarah itu cerdik pandai.Yang bodoh pun banyak.Nilai pemikiran yang lemah dalam buat sesuatu pendirian.
    Dia syok bila jadi songsang atau lawan arus.
    Faham sajalah pensyarah AYAM DAGING berlambak hari ini.

    Tentang filem Melayu ini memang itulah keadaan.
    Zaman kini orang pun tak minat tak tonton filem.Itu soal lain.
    Saya pun tak minat tontong filem.Betul buang masa dan wang ringgit.
    Lagi pula tauke panggung itu siapa punya.
    Banyak kerja lain boleh buat.

    Suruh orang Melayu bersihkan belakang rumah mereka di Kampung yang penuh belukar yang menjadi sarang babi hutan.Tanam yang boleh beri hasil.

    Sekali pandang macam Melayulah yang menjadi penternak babi hutan belakang rumah mereka.

    Buatlah filem supaya Melayu jadi rajin dan cergas.Bukan macam pensyarah universiti Malaya umpama AYAM DAGING lemah daya fikir.

    ReplyDelete
  16. Francis Yeoh Klang.7 September 2013 at 21:45

    Saudara Zam tidak seharusnya generalised kerendahan taraf dan kualiti Azmi Shahrom sebagai mewakili imej Fakulti Undang-Udang UM kerana pensyarah yang bermasalah seperti ini ada di mana mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadir Mastan Pulau Pinang.7 September 2013 at 21:48

      Kalau saya sebagai Naib Chanselor UM, saya tidak mahu nila setitik merosakan susu sebelanga.

      Delete
  17. Jika dia hendak berpolitik masuk la ke gelanggang politik.

    Jika setakat bersuara du sebalik tirai universiti atas nama kebebasan elok di jadikan ayam daging saja

    ReplyDelete