Saturday, 31 August 2013

TENGKU RAZALEIGH MAHU REBUT JAWATAN PRESIDEN UMNO DARI NAJIB

ANWAR MAHU BERDAMAI DENGAN BARISAN NASIONAL

Tengku Razaleigh Hamzah
Khabar angin bertiup kencang malam ini bahawa anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan mencabar jawatan Presiden UMNO yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib. Beliau telahpun memulakan langkah untuk mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak.

Tengku Razaleigh hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang telah dipegangnya sejak 50 tahun lalu yang dipercayai sebagai strategi untuk menarik perhatian ramai dan juga sokongan kepadanya sekiranya beliau mencabar Najib.

Berikutan dengan khabar angin ini, Pemuda UMNO, UMNO Kedah dan beberapa UMNO negeri lain serta Tun Dr. Mahathir telah menegaskan tidak perlu adanya cabaran kepada Presiden UMNO dan Timbalannya kerana akan membawa perpecahan lebih besar dalam UMNO.

Sementara itu akhbar The Star melaporkan malam ini, pemimpin besar Pembangkang Anwar Ibrahim telah menghulurkan tangan perdamaian kepada Barisan Nasional bersempena dalam semangat sambutan kemerdekaan yang dipercayai berpunca dari kebimbangannya terhadap kes liwatnya dan berita terbaru yang melibatkannya dengan rasuah.

Beliau disebutkan sebagai berkata mahu merundingkan pekara-pekara yang penting dengan segera.

Sebelum ini telah tersebar berita mengatakan Anwar mengadakan pertemuan dengan Najib di Indonesia dengan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi sebagai pengaturnya.

19 comments:

  1. Jika benar ada usaha pertemuan dan di atur pula oleh Zahid Hamidi, percayalah akan lebih ramai Ahli UMNO atau Orang UMNO akan merajuk. Jokiden salah seorang darinya..

    Selepas segala kerosakan ini Nuar anak Brahim ini tidak selayaknya dilayan sebagai permata nilam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada lah ahli UMNO Cheras dan tidak akan sokong lagi pimpinan yang ada sekiranya Najib berdamai dgn mangkok ayun Annuar Ibrahim for all he has done to UMNO and the country. If Najib proceeds to reconciliate with Annaur , you can tell both of them to put their heads between their legs and kiss their ass goodbye.

      Delete
  2. Tekaan....sja!

    ReplyDelete
  3. Saya rasa Tengku adalah solusi bagi UMNO bagi memecahkan dominasi dan legasi tingkat 4. Sejak dari zaman pak lah, pengaruh consultant ala tingkat 4 memang tak kesudah. Najib pun dihantui masalah demikian.

    Mungkin ada baiknya Tengku mengambil alih UMNO supaya pemimpin UMNO akan kembali kepada perjuangan asal.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  4. tan sri,

    elok juga presiden ditukar.

    kalau berlaku pasal nuar ni maka semua orang kena liwat le kali ni

    usabukata

    ReplyDelete
  5. Lebih Tepat Jika dikatakan bahawa Tg Razaleigh Mahu MeMerdekakan UMNO dari Najib.

    ReplyDelete
  6. Tan Sri Zam dan rakan2 sekalian,

    DS Najib dan Pimpinan UMNO/BN kena hold dulu atau abaikan permintaan dpd Anu Waa Brahim untuk sebarang perundingan tentang keselamatan negara dan isu2 lain, Anu Waa baru nak mengaku kalah dlm PRU 13 selepas bnyk petisyen2 yang dijangka akan memihak kepadanya telah dikekalkan kemenangan utk UMNO/BN....Anu Waa semakin pening dgn kemelut dlm PKR sndiri, DAP pula makin bergelora, Geng harapan Anu Waa dalam PAS pun bnyk yang gugur 'syahid' dlm PRU lepas.... So, Ini Kali Lah Anu Waa cuba nak berbaik dgn UMNO, kot2 masih ada ruang kosong atau kerusi buruk sbg tempat utk bertenggek, yg mungkin akan diberi oleh segelintir ‘peminat2’ sebagi talian hayat utk Anu Waa...
    Lagi pun perundingan DS Najib & Anu Waa mungkin menyebabkan terganggu tugas2 polis dalam Ops Cantas, untuk mencantas semua yang terlibat dgn Gansters atau Kongsi Gelap termasuk Ketua Umum atau Presiden atau CEO atau Jenero Geng atau Kumpulan masing2, tak terkecuali Funders/Back Up/Kabel Besi…. Yg memungkinkan terencat sebahagian Fund/Kantung sebahagian mereka…. Heheh.
    Dan lagi kebimbangan besar Anu Waa adalah tentang kes liwat beliau yang akan bermula pada 17 September 2013, beliau bakal dikalahkan oleh DS.Mohd Shafee Abdullah(yg amat digeruni oleh Anu Waa, sbb itulah Anu Waa beria-ia menentang pelantikan DS Md Shafee sbg Tim.Pendakwa Raya)… Selain itu Anu Waa juga takut kepada kes-kes Rasuah yang bakal menyusul terhadap beliau….
    Itulah pasal dalam laporan The Star, Anu Waa berharap PM akan mengadakan rundingan dengan segera,dengan alasan Semangat Merdeka kini.. walhal supaya cepat sikit hilang fening dan sakit kopalo Anu Waaaaa…..

    ReplyDelete
  7. I want Mukriz Mahathir as our PM

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri,

    1. Ribut dalam cawan kali ini ada juga bagus nya. Dalam politik UMNO kita memerlukan sergahan kerana apa di perhatikan, pemimpin di pilih dan mempunyai kuasa, perangai mereka suka "menjentik". Kemudian meninggalkan jemaah apabila membuat sesuatu keputusan. Cara tidak langsung ahli-ahli yang menyokong di abaikan. Sudah pandai pilih bulu.

    2. Retotik DSAI tidak akan berkesudahan selagi beliau aktif. Cuma pihak UMNO kena bijak mengimbangi seloka ini. Jika ada individu pro kerajaan masih melibatkan diri dalam retorik ini, pasti Melayu tidak dapat bersatu. Penyakit yang langsung tidak di beri penawar sekian lama. Lemah nya kita, tidak bertegas di waktu dan ketika nya. Hanya setelah berlaku dengan akibat buruk, baru terkial-kial mencari penyelesaian.

    3. Aspirasi Melayu ketika ini menjadikan Malaysia sebagai pentas besar bebas bergerak dengan segala peralatan dan kelengkapan yang serba cukup untuk latihan dan aktiviti persembahan mereka. Majoriti tergolong bijak pandai mahir dalam tred masing-masing. Waima yang tertinggal atau kurang pendidikan juga mempunyai keinginan beraksi di pentas yang sama. Ini lah Aspirasi yang gagal UMNO tunaikan.
    UMNO perlukan tokoh Pemimpin Pemuda yang agresif dan pada waktu yang sama berpegang teguh dan mengamalkan slogan tradisi UMNO. Kesinambungan berkibar megah bendera UMNO dan Malaysia. Tiada kepura-puraan.

    4. Pandangan saya, Ku Li tidak lagi relevan sebagai pecabar Jawatan Utama. UMNO tidak boleh dalam kapasiti undur kebelakang. Ku Li sudah melewati zaman nya. Dulu peluang itu sudah wujud tetapi nafsu menjadi ikutan. Begitu juga DSAI. Jadi UMNO mesti mempunyai wajah yang mesti di perkemaskan. Bersih, jujur dan berwawasan. Tidak boleh lagi berkelompok. UMNO itu tulang belakang Melayu dan mesti berjalan segak dengan hati yang tunduk. Bukan seekor himar.

    ReplyDelete
  9. Tan Sri

    Selamat Hari Raya

    Jika benar dan apabila perkara ini berlaku - TR jadi memegang jawatan Presiden UMNO, berasaskan desas desus terdahlu - maka DAP (dan secara tempias PKR) akan mendapaat durian runtuh.

    Semoga Allah yang mengetahui hanya akan mengqadar dan mengizinkan apa yang baik-baik sahaja untuk Ummah Melayu dan Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Semangat 46.....

    ReplyDelete
  11. Apasalahnya Tengku Razaleigh jadi presiden UMNO tetapi dengan syarat dia tidak melayan kehendak anwar, ie. kes-kes anwar diselesaikan dimahkamah tanpa campurtangan pentadbiran. Ini bermakna, selain muhyiddin, kita ada juga pilihan lain yg viable.

    Walau pun mungkin KuLi tak sehaluan dengan Tun M, tetapi sekurang-kurangnya dia menghayati perjuangan asal UMNO. Perlukah kita persoalkan integritinya?

    At the same time, mukhriz should rise on his own merit without the perception of him perching on dad's wide shoulders, like what most detractors wish to potray.

    ReplyDelete
  12. Presiden tak semestinya jadi PM. Perlu ada check and balance. Zaman sudah berubah. PM tak boleh lagi punya kuasa mutlak. Mungkin Ku Li ialah jawapan kepada kekeliruan hala-tuju UMNO.

    ReplyDelete
  13. Tun M patut membiarkan saja jawatan presiden UMNO dipertandingkan.. UMNO harus menunjukan kepada parti2 lain yang bahawasanya ianya adalah sebuah parti yang demokratik...Lagi pun ini lah salah satu caranya untuk menebas semak lalang yang makin menebal dalam UMNO.Rakyat semua dah celik, so biarkan rakyat yang menentukan siapa yang terbaik untuk memimpin parti keramat ini.

    ReplyDelete
  14. TS Zam.Nak tanya.DiSarawak mana ada UMNO.Taib Mahmud mana benarkan UMNO ada disana.Betuk ke Ku Li nak lawan Najib.
    Untuk makluman TS Zam Najib masih ada majoriti dikalangan ahli UMNO.Tetapi dikalangan rakyat ummum bercampur-campur kaum dan bangsa Najib punya populariti makin menurun.Nilai saham Najib menjunam.
    Punca nya Najib dilihat kurang tegas .Flip Flop selalu berlaku.
    Orang keliling nya pun satu hal.Tak boleh diharap.
    Kalau Ku Li menang Presiden UMNO sekali pun PRU 14 masih tidak diyakini oleh rakyat jelata.
    Puncanya ialah UMNO bukan lagi perjuangan.
    UMNO sudah dilihat sebagai satu perniagaan yang matlamatnya kekayaan.

    Sama ada Najib atau Ku Li memimpin UMNO keadaan nya payah berubah.

    ReplyDelete
  15. apa-apapun,jangan dilayan si Dajal Anwar Ibrahim,perosak bangsa, agama dan negara. sudah cukup tindakan nafsu ganas beliau yang telah meyebabkan nama Malaysia tercalar dimata dunia.
    Biar dia pergi dgn Labu-Labunya.....
    Reformasi(kepala hotak dia),Bersih (jiwa sendiri kotor), Black-out (otak dia sendiri dah Balck-Out)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan suka menghina orang kerana mungkin dialah yang akan menjadi juara orang melayu nanti. Kut2 nanti awak orang pertama yang memberi sokongan padu.

      Delete
    2. Awal mimpilah. Pilihanraya ke 14 Anwar Ibrahim dah tua nak mampus, siapa nak dia jadi PM lagi. Kita hanya doa agar dia tak kena HIV.Saya akan jadi orang yang pertama merayakan pengkebumiannya sebagai pengkhianat bangsa dan agama.

      Delete