Sunday, 4 August 2013

SIAPAKAH YANG LEBIH CERDIK ANTARA NAMEWEE DAN NAZRI AZIZ?

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membidas keras penyanyi rap, We Meng Chee (Namewee) sebagaI budak berhingus, bodoh dan buta sejarah kerana mahukan tayangan filem The New Village yang bertujuan untuk membasoh dosa Parti Komunis Malaya (PKM) dan penyokong mereka di Kampong Kampong  Baru.

Perlu disebutkan bahawa orang-orang Cina yang dikampongkan di Kampong-Kampong Baru dalam masa dharurat adalah untuk menyekat mereka dari membantu pengganas komunis dan juga untuk melindungi mereka dari ancaman keganasan komunis.

Dalan membuat kecaman ini, Nazri lebih bermotifkan untuk membasoh dosanya kerana telah memberi muka kepada budak berhingus ini di tengah-tengah kemarahan rakyat kerana dia menghina lagu Negaraku dengan mengubah liriknya.

Nazri cuba menunjukkan liberalismenya dengan memberikan sambutan istemewa kepada budak bodoh ini yang datang ke Parlimen dengan berpakaian tidak senonoh. Nazri memberikan betis dan sekarang dia mahukan paha, tidak berjaya menjinakannya sebaliknya dia menjadi semakin berani dan semakin kurang ajar.

Hampir seluruh orang Cina telah memberikan sokongan kepada misi dan inspirasi Namewee dengan menolak BN dalam pilihan raya ke 13.

Siapakah yang lebih cerdik antara Namewee dan Nazri?

Namewee bodoh kerana buta sejarah, Nazri cerdik kerana tahu membasuh dosanya. Dia tahu orang cepat lupa.

29 comments:

  1. Nazri nak cari makan.

    ReplyDelete
  2. Benar bagai yang dikata. Orang Melayu cerdik satu kali selepas melakukan kebodohan sebanyak sepuluh kali. Orang Melayu kebanyakkannya amat sukar untuk belajar dari kesilapan. Manakala bangsa lain adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Tidak! Aku tak akan lupa NA juga pernah clash dengan negarawan Tun M. Ni antara menteri yang aku paling tak sokong. Kalau aku dok kawasan dia, aku tak akan undi orang macam ni jadi pemimpin aku walau atas tiket BN. Aku lebih rela tak pi mengundi.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri,

    Kalau hendak tahu dalamnya lubuk tanyalah pada memerang. Susah hendak merumuskan antara Si Cerdik dan Si Pandai.

    Tokoh seperti YB Nazri dan sesiapa sahaja termasuk Tan Sri sendiri yang pernah berkuasa di laman perdana juga tidak terkecuali dari dimaknakan Si Bodoh atau Si Cerdik. Susah Tan Sri....

    ReplyDelete
  5. Nak tunggu jawatan apa yang akan ditandingi Nazri pada PAU Oktober ini. Ahli Majlis Tertinggi kah ?

    Hanya ahli Umno dapat menilai dan menentukan kedudukannya. Namun sejarah lalu menunjukkan dia enggan bertanding apa-apa jawatan.

    Sekadar berpuas hati dilantik menjadi menteri kabinet.

    ReplyDelete
  6. Melayu sekarang dah kurang sikit mudah lupa Tan Sri.

    All UMNO leaders yang TOO Chinese friendly should be removed. We want Malay Ultras like Tun M kind of leaders yang tau nak perjuangkan bangsa Melayu but at the same time know how to appease the non-Malays as well.

    Whatever it is I don't like this Nazri coz dia ni support Namewee and yet berani kutuk Tun M. Ciss!!

    ReplyDelete
  7. bukan Nazri seorg shj skrg cakap berderai2 ramai akn melakukannya dan mgkin lebih hebat dr Nazri psl pemilihan UMNO tahun ini.kesimpulanya ramai pemimpin UMNO atasan termasuk Presiden,Timb Presiden,NP2 sedar apa kehendak akar umbi.kesedaran ni sedar hanya dkat pemilihan.bila dah menang kesedaran pon hilang.inilah kebanyakan pemimpin UMNO yg ada.laungan demi kepentingan AGAMA,BANGSA dan NEGARA hanya d bibir shj.wahai ahli2 UMNO buatlah pilihan yg tepat dan berhemah supaya kamu tidak d tuduh bersubhat dgn pengkhianat AGAMA,BANGSA dan NEGARA d akhirat kelak.

    ReplyDelete
  8. Nazri cerdik,Namewee pun cerdik,yg bodoh ialah orang yg melantik Nazri pak menteri dan mereka yg memilih Nazri mewakili mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah yang melantik dan memilih dia menjadi menteri dan wakil rakyat.

      Delete
  9. Sorang gila kontroversi > (kononnya) berideoliji demokrasi ala taiwan, tapi sokong kezaliman komunis malaya. Apa logiknya kuomintang sokong chin peng? sewel betul budak ni!!

    Sorang lagi gila glamour > kurang ajar dgn TDM, dan skrg hingus budak tu terpalit kt dia balik. Padan muka!!

    ReplyDelete
  10. Nazri is an idiot though he is a lawyer. Bak kata Tun Ghafar Baba, sekolah bertingkat tingkat tapi bodoh berlapis lapis. hahahaha

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya pemimpin terpaksa main politik lagi dengan Cina.
    Sebabnya Cina lah yang menjadi tulang belakang keewangan tokoh UMNO .Itulah wayang tongkoi pemimpin UMNO termasuk Nazri.
    Toke Cina dan Pemimpin atasan UMNO memang tak dapat dipisahkan sama sekali.
    Melayu bawahan kena jual beli .....

    ReplyDelete
  12. Baghal bin Bahlol Kuala Kangsar4 August 2013 at 17:10

    Dua dua pun cerdik , Nazri guna Namewee dan Nemewee guna Nazri dan dua dua pun tidak ada prinsip asalkan boleh hidup. Seorang mahu hidup sepanjang zaman dg status menteri dan seorang lagi sanggup minta maaf untuk hidup terus sebagai rakyat negara ini. Dua dua tidak boleh dipercayai,seekor unta yang boleh hidup di padang pasir dan seekor lagi babi yang boleh hidup dalam kotor.

    ReplyDelete
  13. Nazri dan Namawee dua dua tak bodoh yang bodoh Ah Gib Gor. In the first place apasal pi amik Nazri ??????
    Rakyat sebenarnya dah bosan kerana saya ini adalah Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  14. nazri cerdik pasal nak cari makan. budak cina pun cerdik juga pasal dapat bodohkan nazri sebelum pru. sebelum pau, nazri cuba jadi cerdik kerana dia tau ramai melayu menyampah dengan perangai budak cina ni. yang bodoh sapa yang pilih nazri ni jadi menteri dan juga jadi pemimpin umno dan percaya bahawa nazri telah membodohkan budak cina ni. budak cina ni telah dilantik nazri jadi ikon 1mesia sebelum pru dulu.

    ReplyDelete
  15. HARAP AHLI UMNO TIDAK BODOH UNTUK MEMILIH PEMIMPIN SEPERTI INI YANG BEGITU RAMAI MEMIMPIN UMNO SEKARANG.

    lamdin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah persoalan yang dikemukakan oleh TS salah satu punca berkait kemorosotan UMNO.

      Delete
  16. Sekadar nak baritahu pada Melayu semua.
    Belakang seorang Menteri ialah saudagar Cina.
    Belakang seorang MB/CM ialah saudagar balak Cina.
    Belakang banyak YB MP/EXCO juga ialah saudagar Cina.
    Begitu juga belakang seorang tokoh politik Melayu UMNO pun ialah saudagar Cina.

    Oleh itu eloklah mana-mana pensyaraha sains politik beri tugasan pada pelajar mereka nanti dengan salah satu soalan berikut untuk dijadikan tugasan pelajar universiti berkenaan.

    Tajuk tugasan yg dicadangkan:

    Malaysia ialah sebuah negara demokrasi yang UMNO menjadi tulang belakangnya.Sejauh mana saudagar Cina menjadi penuyumbang kewangan pada mereka untuk berhayat dalam politik Melayu.

    Rujukan hendaklah tidak kurang dari 15 bahan rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan yang baik dijadikan tugasan pelajar

      Delete
    2. Terbaik! Pemikiran ilmiah yg konstruktif yg amat sangat wajar dimulakan serta merta!!

      Delete
  17. Menjelang pemilihan umno maka seperti biasa muncul bapak menteri yang bersuara macam pejuang .Petorik palsu.
    Itulah cara tipu helah pemimpin melayu dalam umno.Bukan semua tapi amat ramai sekali.
    PRU 14 itulah hasilnya nanti.

    ReplyDelete
  18. Sebuah kerajaan sangat sukar menyantuni satu-satu etnik sahaja dan mengabaikan yang lain secara literal.

    Tugas itu sepatutnya digalas oleh etnik itu sendiri - NGO, Kumpulan Pendesak Berwibawa. Etnik Cina & India telah ada kumpulan itu dan dilihat bberkesan.

    Bukannya seperti PERKASA. Berat sebelah, sibuk semasa pilihanraya, berebut menjadi calun...

    Maka wujudkanlah kumpulan pendesak/pejuang Melayu sejati - Tidak condong kpd UMNO, PAS, Keadilan.....

    Siapakah yang sanggup berhujan berpanas di lapangan jika berlaku sesuatu yang mengusik hati Melayu ( Bahasa, Tanah, Biasiswa dll) suatu ketika dahulu?

    ReplyDelete
  19. Yang paling bodoh ialah individu yang terus melanbtik/mengekalkan Nazri sebagai menteri kabinet.

    ReplyDelete
  20. Kalau pemimpin Melayu mudah dipermainkan, jangan salahnkan rakyat jelata yang tertipu oleh pihak lain dan juga pemimpin Melayu sendiri.

    ReplyDelete
  21. Apabila dibaca pendapat dari pembahas lain nyatalah rata-rata orang Melayu telah tersepit diantara realiti dan fantasi.Kita nahu kedamaian tetapi sebaliknya orang lain tidak fikir ianya penting.Nyata bahawa kedudukan ekonomi yang empoh tidak perlu kerajaan yang cintakan kedamaian.Yang pentingnya kemahuan mereka mestilah dipenohi sepenohnya dan sentiasa dijagai.
    Sejarah tidak penting, yang pasti permodenan mengikut natijah semata adalah penting,human right,kebebasan ugama,free thinking,fundamental liberties,less government interference in economics and socio-politik.Hasilnya apa yang dilihat sekarang kemajuan sain teknologi tak seberapa,Agama pula dimarginalised sebagai personel law.
    tak faham lagi ke.Nak tunggu, muka diludah baru nak sedar.
    Pergi Kuala lumpur berapa bangunan orang Melayu,perumahan diDamansara,Petaling Jaya,Sri hartamas,ecosetia Klang...ooops.tak sedar lagi.asyik nak tunjok siapa lebih hebat,.Ini adal prelude PRU ke 14. Akhirnya kita akan jadi tukang sorak.You tolak hudud,I nak hudud.You Tak Islam,I lebih Islam....ooops akhir tersungkorlah tamaddun bangsa yag dulu hebat 1402, kini menunggu masa untuk rebah.Agaknya lepas itu baru semua berpuas hati.Hidop Melayu.....sapa pun tak sambut,rupanya dah disejukbekukan di Musium Negara.kena bayaran RM 1.00 untuk masok lihat tamadun Melayu.Ada lagi ke ,oops tak dapat sambutan.Entahlah kena google kot cari tamadun tersebut.I am not breaching any law(seditious act) ,just to share my concern on our state of mind at present.Unity is the best for all Malaysian.

    ReplyDelete
  22. NA adalah NA yang sentiasa cuba menjadikan dirinya relevan pada semua walaupun dia sentiasa merapu dalam banyak perkara. Kadang-kala apa yang keluar dari mulut NA bagaikan cerita dongeng yang sedap di dengar tetapi tidak boleh dipercayai 100%. Dan seperti cerita dongeng "ada pengajaran disebalik perkara yang berlaku" :D

    ;D sarah

    ReplyDelete
  23. NGO Melayu nak bersuara dalam media.Utusan pilih bulu kena bodek UMNO lebih.RTM hak Menteri,Timbalan Menteri saja.TV 3 dia ikut selera dan bermusim.Kadang-kadang makan upah.
    NGO dan bukan NGO bersuara tapi tak ada tempat dalam media.Sepatutnya media cari isu bukan asyik ikut punggung PM,TPM dan Menteri sahaja.Banyak isu rakyat berlambak dibawah yang tak samnpai atas.

    ReplyDelete
  24. Menjelang hari raya aidilfitri yang tak berapa hari lagi maka banyaklah hamper-hamper dari taukeh Cina sampai diPejabat Menteri,Pegawai Kanan Kerajaan,Rumah EXCO,Pejabat Ahli Parlimem dan lain lagi.Begitulah mewahnya pemimpin Melayu yang bergelar Menteri atau Pegawai Kanan Melayu menyambut hari raya.
    Sebab itu tauke Cina sikit pun tidak pandang Melayu bawahan kerana Melayu atasan telah dicekup dan diikat segala pancaindera mereka.

    ReplyDelete
  25. Pemimpin Melayu dalam UMNO selalu kena tipu oleh bukan Melayu....
    Orang Melayu selalau kena tipu oleh pemimpin Mealyu dalam UMNO

    ReplyDelete