Monday, 12 August 2013

SEKOLAH CINA: SILAP PERHETONGAN TUNKU DAN TUN ABDUL RAZAK

TIDAK SEMUA NEGARA KECIL BOLEH BERJAYA SEPERTI SINGAPURA

Lee Kuan Yew
Lee Kuan Yew mempunyai sikap prejudis terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB)tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa yang turut memberikan sumbangan kepada dasar ini ialah bekas seorang anggota PAP sendiri yang didekatkan kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak oleh tokoh besar wartawan A.Samad Ismail.

LKY kemudiannya menghasut Perdana Menteri Hussein Onn supaya menangkap Samad oleh kerana Samad mendekatkan beberapa lagi orang sosialis  dengan Tun Abdul Razak yang berfikiran terbuka . Ini menakutkan LKY.


DEB suatu dasar keadilan sosial berasaskan formula Sosialism dan Marxism dari pemikiran  Marxist James Putucheary yang pernah ditahan di bawah ISA oleh pemerintahan Lee Kuan Yew di Singapura(1956-1959).

Ia berasaskan kepada bukunya Ownership and Control in The Malayan Economy yang ditulis ketika dalam tahanan

James yang meanggap   Lee Kuan Yew sebagai pseudo sosialist (sosialis palsu) dan pro kapitalis telah kembali  ke Malaysia dan menjadi anggota Majlis Perundingan Negara (NCC) yang dibentuk oleh Tun Abdul Razak selepas perisitwa 13 Mei 1969 untuk membantu mengatasi masalah krisis ekonomi Malaysia.

Hal ini diakui sendiri oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail, Menteri Dalam Negeri dalam bukunya The Reluctat Politician (halaman 216) dan juga dalam ucapannya di Majlis Convocation University Sains Malaysia ketika menerima Ijazah Doctor Kehormat Undang - Undang dalam tahun 1973.

Lee Kuan Yew tidak dapat menerima DEB oleh kerana beliau hanya melihatnya dari segi merit dan kepentingan  politik semasa dan tidak melihat dari segi sejarah dan sosiology  yang menunjukan ketemadunan Cina yang jauh lebih tua dari bangsa-bangsa lain di dunia termasuk dari bangsa Eropah maka tidak adil untuk mengharapkan orang Melayu bersaing di bawah dasar meritokrasi seperti di Singapura.

James Putucheary
Bagaimanapun saya tidak dapat menutup mata terhadap kejayaan Lee Kuan Yew membentuk suatu bangsa Singapura menerusi Bahasa Inggeris tetapi Malaysia gagal membentuk suatu bangsa kerana tidak berani menjalankan dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan tegas, berani,drastik, komited dan   bersungguh-sungguh.

Lee Kuan Yew juga telah berjaya menghapuskan chauvanisme Cina di Singapura dan beberapa ketua kumpulan ini telah disingkirkan ke negara asal mereka Malaysia oleh Lee Kuan Yew  setelah memalu dan mengugut  mereka dalam suatu temuramah Televisyen dalam tahun 60an.

Kita boleh memikirkan betapa bahayanya kepada Malaysia jika Cauvanisme Cina kuat di Singapura sekarang ini ketika Malaysia sedang menghadapi tekanan dari golongan yang sama yang hidup bebas di Malaysia kerana kesilapan kita sendiri.

Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku dan timbalannya Tun Abdul Razak menyangka sekolah-sekolah jenis kebangsaan akan mati dengan sendiri kerana persaingan dengan Sekolah Kebangsaan selepas merdeka tetapi  mereka lupa pada hakikat bahawa orang Cina mempunyai banyak wang dan boleh membantu kemajuan sekolah Cina hingga ke peringkat menengah dan universiti berbanding dengan kaum India yang tidak dapat mempertahankan sekolah Tamil.

Kita juga harus sedar bahawa tidak semua negara kecil dapat berjaya seperti  Singapura yang tidak mempunyai sebarang hasil bumi tetapi kejayaannya kerana  kewibawaan besar kepimpinan dalam perancangan dalam melaksanakan kejuruteraan social secara berani,nikat, drastik, bersih, tegas dan cekap  yang menjadikan Singapura negara maju yang melempahkan kemakmurannya kepada Malaysia.

Sesetengah pihak berkata, Singapura berjaya kerana ia hanya sebuah negara kecil tetapi tidak semua negara kecil berjaya meningkatkan imej menjadi lebih besar dari yang sebenarnya tanpa kepimpinan yang berkupayaan besar sebaliknya ada pimpinan negara besar tetapi menjadikan negaranya dipandang kecil oleh rakyatnya sendiri dan mata dunia.

Soekarno
Sebagai contoh Presiden Indonesia Soekarno berjaya menjadikan hanya dirinya lebih besar kepada mata dunia tetapi rakyatnya tetap merasakan diri mereka lebih kecil hingga ke hari ini berbanding dengan Dr. Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew  berjaya membesarkan imej Malaysia yang hanya sebuah negara kecil dibandingkan dengan Indonesia. 

Apakah akan jadi kepada Malaysia sakiranya Singapura sekarang adalah sebuah negara kecil yang tidak terurus dengan betul, dikuasai oleh golongan pelampau Cina dan dalam keadaan kucar kacir miskin, mundur dan menjadi pusat gangsterism? 

22 comments:

  1. Satu pandangan kritis dari sdr Zam yang saya kira ada kebenaranya.
    Saya melihat kejayaan Singapura merupakan kejayaan mereka meneruskan dasar dasar ekonomi peniggalan British dan disulam dengan sikap-sikap entreprising yang sedia ada dikalangan masyarakat migrant.Lihat sahaja dimerata dunia ladzimnya migrant akan lebih maju sekiranya mereka tahu hanya itulah sahaja senjatan dan kekuatan yang mereka harus ada demi kelangsongan hidop mereka.Orang Melayu di South Afrika,Australia,United Kingdom,Dubau rata-rata mempamirkan hipotesis saperti yang dikemukakan.
    Malangnya tidak ada keperluan untuk melakukan perkara itu oleh masyarakat native dibumi.Apa perlunya tak akan lari Gunung dikejar.
    Dari segi jati diri orang China sebenarnya merupakan China yang berjiwa English.Mereka amat bangga sekiranya diri mereka dikaitkan dengan Western Oriented Culture walaupun intrisict culture native masih terpahat dipemikiran dan perasaan.Disinilah peranan LEE Kuan Yuan yang membentuk budaya berteraskan Western dari segi pemikiran tetapi bersifat Kietsu dari segi budaya.Nampak macam complicated tetapi itulah hakikat,mahu maju dan western oriented tapi tidak terlepas dari cengkaman Asia.Mereka lebih mengutamakan wang dan kesejeteraan hidup dari nilai budaya timur sebab itu Ugama tidak penting.Lee Kuan Yew sendiri tidak begitu oercaya tentang aspek ketuhanan.Lihat buku terbaru beliau.One man view.....
    Bagi saya pembentukan rupa bangsa kita perlu dicanai dengan mengambil nilai "shared value" dari hanya melayan karenah kehendak tertentu.Malaysia belum terlewat apa yang penting adalah itizam sebagai pembina bangsa bukan politik,politik,politik.tak ada penghujongnya/

    ReplyDelete
  2. "Mereka lupa pada hakikat bahawa orang Cina mempunyai banyak wang dan boleh membantu kemajuan sekolah Cina..." Persoalannya sekarang mengapa kerajaan (baca: UMNO) berterusan memberi bantuan kewangan yang terlampau banyak kepada sekolah aliran Cina sehingga meminggirkan sekolah aliran agama Islam yang sudah termaktub di dalam perlembagaan negara sebagai agama rasmi persekutuian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Amin Klang.12 August 2013 17:43

      Saya tidak setuju mengatakan kerajaan meminggirkan sekolah aliran agama sebaliknya sekolah itu sendiri yang tidak mahu dikuasai oleh kerajaan kerana takut di pengaruhi oleh politik kerajaan tetapi sekolah Cina lebih mementingkan wang,politik boleh jalankan kemudian.

      Delete
  3. sekolah cina......nasi dah jadi buboq!!!!

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan pendapat ini. Orang Cina merasa rendah diri terhadap " White". Mereka memendam perasaan tidak senang dan tidak dapat menerima kelebihan Melayu menerusi undang undang. Maka itu mereka berlebihan dalam menunjukan penerimaan mereka terhadap Kebudayan Barat terutama sekali dalam soal bahasa.

    Lihat sahaja sikap The Star dalam mempromokan bahasa Inggeris dan tidak pernah menjalankan kempen untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia pada hal inilah masalah besar yang dihadapi oleh negara di kalangan masyarakat Cina.

    Perasaan dendam mereka yang tersimpan seperti api dalam sekam sejak merdeka telah terdedah bila era pemerentahan Abdullah Badawi memberikan kebebasan yang tidak pernah termimpi oleh mereka dek kerana ikatan kontrak sosial.

    ReplyDelete
  5. Memang tepat pandangan ini. Tetapi saya tetap menyalahkan pembesar-pembesar UMNO. Sebagai parti teras pemerentah mereka tidak menjalankan amanah yang diberi oleh penyokong-penyokong UMNO. Ramai pembesar UMNO mementingkan kuasa, pangkat dan material. Tidak memperjuangkan intipati dasar perjuangan parti. Terlalu lembut, cepat mengalah dan takut memperjuangkan apa yang dinyatakan dalam perlembagaan. Akan lahirkah lagi pembesar-pembesar UMNO seperti TUN DR ISMAIL, SYED ALBAR DAN DATUK HARUN....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca blog pak aspan alias..terjawab lah persoalan tn

      Delete
  6. Thank you for the Info. Saya tak pernah tahu yang Tunku serta Tun Razak berfikir begitu, akan pendeknya survival SRJK (C). Di masa itu, cina mau anak2 mereka mempelajari Mandarin, bahasa bangsawan di Negara China, supaya mendapat bekalan yang cukup untuk pulang ke negara asal mereka, China.
    Saya rasa, kita mesti melihat SRJK (C) sebagai satu asset Negara kita. Dari kita lihat sebagai musuh Negara, lebih baiklah kita lihat kebaikannya untuk Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak kesah sangat dgn SRJK(C) ni kalau mereka mendidik anak bangsa mereka demi negara ini,bukan bertujuan utk meningkatkan ego mereka,dan kemudiannya satu hari nanti dgn ego tersebut mereka 'merampas' segalanya utk kepentingan mereka semata dimana halatuju tersebut sudah kelihatan sekarang.

      Delete
  7. Shamsuri Ismail13 August 2013 07:36

    TS Zam.
    Punca kegagalan satu satu dasar kerana beberapa faktor.

    1.Pemimpin UMNO banyak merelakan rasuah dengan pemimpin yang lain.Setelah 56 tahun merdeka bergelumang dengan rasuah siapa lagi mahu hormat.Pemimpin UMNO perlu wang rasuah kerana untuk merasuah penyokong mereka yang juga dahagakan sogokan .Inilah rangkaian rasuah dalam UMNO.Siapa boleh nafikan isu ini.

    2.Pegawai Kerajaan juga yang ramai Melayu apa kurangnya.Mereka juga terlibat dengan rasuah.Banyak dasar boleh dijual beli.

    3.Maka wujudlah bila Guru Kencing Berdiri maka Anak Murid Kencing Berlari atau pun terus BERAK DALAM SELUAR.

    4.Amanah Rakyat dan orang ramai tidak diurus dengan baik .Agenda kepentingan kroni dan diri menjadi jadi.

    Inilah punca segalanya.Kalau negara Malaysia masih banyak sampah sarap sana sini samalah dengan dalaman kerajaan yang sampah sarapnya dimerata tempat.

    Eloknay isu ini dpperdebatkan secara tebuka dalam media secukupnya kalau nak bereskan masa depan negara.

    Sebenarnya kita masih kelam kabut dengan gejala rasuah.
    Sebab itu banyak dasar pendidikan,ekonomi,sosial,pembangunan dsb tersasr jauh.Cantik pada mulanya sahaja.Linhkup diakhirnya.

    Bila terhantuk kepala pun pacah berdarah baru nak ternadah.

    ReplyDelete
  8. Masaalah kita ialah tidak ada yang bersih,tidak sahaja dalam UMNO malah juga dalam pembangkang.Penasihat Parti Pakatan Rakyat belajar budaya ini dari UMNO dan dia menjadi lebih cekap dari UMNO kerana UMNO tidak pandai menutop perbuatan keji dengan sandiwara tetapi Anwar rasuah dan bersandiwara.

    Nak harapkan Pas ,Pas pun sudah dirasuah oleh Anwar Ibrahim. Harakah dikuasai oleh orang orang Anwar dengan membeli semua pengarang pengarang Harakah. Lihat bagaimana Haji Hadi telah diperkecilkan sehingga ke taraf hanya layak jadi neyalan bila cuba menyaingi Anwar untuk jadi PM. Kerja siapakah ini kalau bukan kerja pengarang pengarang Harakah yang sudah dibeli dan dikuasai oleh Kamaruddin Jaafar.Homosexual dan zina telah diterima oleh Pas.

    Maka kita tidak boleh mengharapkan sesiapa lagi di Malaysia dan jangan lihat hanya UMNO sahaja yang rotten. Seimbangkanlah pemikiran dalam melihat semua masaalah.

    ReplyDelete
  9. Tuan Zainuddin,

    Kita perlu mengakui kepintasan kerajaan Singapore demi menghasilkan kemajuan ekonomi yang baik demi rakyatnya, tapi rasa saya kejayaannya pun bersandar besar kepada kestabilan dan ketelusan negara jirannya iaitu Malaysia kita. Pandanglah buktinya berpuluhan ribu atau lebih lagi pekerja2 berkemahiran dari Malaysia masuk dan keluar dari Singapore pada setiap hari, menyumbang kepada ekonomi mereka walaupun tidak dinafikan keuntungan pada Malaysia juga. Hanyasanya pada hari ini PAP telah melayani ahli2 terkaya
    sedunia untuk menjadikan Pulau Singapore sebagai taman permainannya dan walaupun mata nilai dollarnya terus berkembang, adapun tidak boleh dinafikan bahawa lebih kurang 40% rakyatnya berada dalam keadaan tertekan cara hidupnya oleh kos yang semakin berlonjat naik seumpama harga rumah flat dan kereta biasa yang sudah jadi suatu cabaran besar kalau hendak memiliki keperluan keluarga itu.
    Saya teringat pada zaman 60-an 70-an ketika Singapore banyak bermasalah perkauman dan geng2 samseng bermaharajalela, kerajaan melaksankan system Pasukan Peronda (Vigilante Corps) yang mengambil rakyat pemuda berumur 19 tahun dan melatih mereka dalam rancangan Perkhidmatan Negara; habis itu mereka berkhidmat sebagai pembantu kepada Polis Negara demi jaga keamanan dan keadilan tiap2 kawasan pada seluruh Singapore.Saya telah saksi bahawa masalah samseng terus menurun walaupun ambil masa lebih dari satu dekad untuk mengatasi kecaman buruk itu. Kita perlu Pasukan Peronda Muda sebab (1) Pasukan PDRM bersendirian tidak akan mampu berjaga rapi dan hadir diri pada setiap masa di semua kawasan2 di negeri. (2) Pemuda2 kita semua tak kira apa keturunannya, akan terlatih supaya bersama-sama berprihatin dan bertanggung jawab kepada masyarakat umum dan jiran tetangga kampung mereka demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata; diri2 pemuda akan bersimpati dan sama junjung tuan2 Polis DRM saling menghormati dan beraksi kerjasama dalam menanangi kejahatan dan penylewengan unsur2 gelap. Insha Allah Maha Bijaksana dan Maha Penyayang

    ReplyDelete
  10. Saya tidak menapikan bahawa nilai nilai yang telah dibangunkan oleh LKY sedang menghadapi keruntuhan sekarang ini kerana yang penting bagi Spore ialah survival dan Spore telah menjadi duri dalam daging setelah kita melepaskan anjing tersepit ketika Spore dalam peringkat permulaan mencari kekuatan dan identitinya dan membina nilai nilai dirinya.

    Kesilapan LKY ialah hendak membawa Singapore Singaporean kepada Malaysian Malaysia dengan menunggangi cauvanisme Cina di Malaysia tetapi beliau gagal dan kesilapan Melayu ialah UMNO membawa masuk unsur unsur untuk menjadikan Melayu Singapura Melayu sedangkan negara itu terdedah kepada unsur cosmopolitan . Maka sebab itulah Samad Ismail Timbalan Ketua Pengarang Utusan dan lain lain orang orang Utusan Melayu tidak setuju dengan UMNO,lebih ramai yang menjadi sosialis dan komunis.

    LKY ada silapnya apabila dia membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihanraya Malaysia yang menimbulkan tindak balas Malaysia menubuhkan UMNO di Singapura. Tetapi dalam pada itu Singapura berjaya membentuk suatu bangsa tetapi kita gagal. Cina Singapore tidak kecinaan macam Cina Malaysia.Iron hand perlu dalam peringkat awal pembentukan bangsa tetapi kita dari awal Tolak Ansuk, Tak Apa dan akhirnya sekarang terkapa kapa.

    ReplyDelete
  11. Tan Sri, kita wajar mengkaji kekuatan singapura berbanding Malaysia. Kecekapan diutamakan, sektor perkhidmatan menjadi tunjang ekonomi. LKY tahu mengendalikan isu kaum. Kita terperangkap dnegan isu liberalisme separuh masak. Inilah punca masalah kaum di Malaysia, termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina

    ReplyDelete
  12. TS Zam yang dihormati.
    Apa nak buat lagi.Sebut kerajaan ialah kerajaan UMNO.Bukan siapa lagi.Pemimpin UMNO sepanjang menjadi kerajaan mereka yang salah.
    Sebilangan besar mereka makan komisyen,persen termasuk menteri daripa Cina lah.
    Oleh itu apa yang hendak dihairankan setakat Sekolah Cina.Pemimpin UMNO pun Cina yang taja termasuk atasan.
    Dalilnya banyak.Lagi banyak TS Zam bongkar dan selongkar makin banyak dosa pemimpin UMNO menjelma.

    TS Zam pun pernah jadi menteri.Tepuk dada tanya selera.
    Adakah ini fitnah atau cerita rekaan.

    Sudahlah TS Zam.Semuanya sudah terlambat.Pagar makan pokok padi.

    ReplyDelete
  13. zainnuddin maidin14 August 2013 10:04

    Kita tidak boleh melihat permasalahan Melayu secara sentimen melulu. Dalam masa lebih 50tahun merdeka sekalipun terdapat beberapa kegagalan tetapi tidak dapat dinapikan pemerentahan UMNO telah mengangkat mertabat orang Melayu dan Islam menerusi pelajaran.

    Dimanakah datangnya wang jika tidak dari orang Cina yang kuat berkerja dan kebijaksanaan Melayu dalam menguruskan kekayaaan dan kewangan orang Cina untuk disalurkan kepada kepentingan pembangunan ekonomi bumiputra disamping adanya manusia yang membangunkan untuk diri sendiri.

    Bagaimanakah akan ada institusi pengajian tinggi dan institusi kewangan yang dikuasai oleh orang Melayu sendiri seperti PNB, Tabung Haji, Malayan Banking dan sebagainya jika anak anak Melayu tidak berpelajaran dan tidak mendapat peluang dari kebijaksaan Melayu atau UMNO menguruskan mereka yang mendapat kekayaan dari negara ini.

    Kita akui ada rasuah,penyalahgunaan kuasa tetapi ingatlah di manakah negara yang majoritinya orang Cina,bumiputra dapat bermaruah. Siapakah kuasai ekonomi Thailand, Indonesia,Philipina dan sebagainya.Lebih 200 juta orang Indonesia tidak dapat menguasai lebih 5 juta orang Cina yang membolot ekonomi Indonesia.

    Janganlah melihat masaalah Melayu dengan sentiman, Kita masih mempunyai banyak harapan kerana bijak pandai kita makin ramai dan merekalah yang membangunkan kesedaran keaarah membangunkan kerajaan yang lebih baik.

    Di negara negara Arab, anak anak Melayu Malaysia merupakan tenaga profesional yang setanding dengan Singapore dan second to orang eropah berkhidmat dalam berbagai babagai bidang sedangkan dari Filifina,Thailand dan juga Indonesia hanya sebagai buruh.

    Jika Pas memerentah negara ini mereka hanya akan melahirkan hafiz dan tukang karut dan jika Pakatan Rakyat akan melahirkan homosexual dan lesbian dan rasuah mereka akan lebih teruk kerana negara pastinyaakan berada dalam kemiskinan.

    ReplyDelete
  14. Tekanan hidup zaman sekarang bukan sahaja dirasai di kota Singapura tetapi diseluruh kota kota besar dunia dan setiap negara.

    Ini adalah situasi global.

    Namun begitu adalah benar Lee Kuan Yew telah berjaya membentuk Singapura yang moden, maju dan bersivil.

    Dasar dasar awal pemerintahan parti PAP telah dengan jaya membentuk masyarakat yg 'law abiding citizen' dimana hari ini telah berjaya menjimatkan banyak wang dan kos dalam byk hal.

    Ini yang perlu dikaji dan diimplimentasikan di Malaysia diterbalikkan kaedah tersebut dimana anggap sample cina di Singapura sebagai Melayu di Malaya..manakala Melayu di Singapura dianggap Cina di Malaysia. Worth a try.

    Kita boleh jadi lebih hebat dari Singapura jika pemimpin kita mempunyai kualiti kualiti seperti kepimpinan Singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zainuddin maidin14 August 2013 14:03

      Saya setuju. Saya percaya Melayu Singapura boleh bangun semula sekiranya mereka mementingkan pelajaran dan menyesoikan diri dengan nilai nilai cosmopolitan dan tidak terkepong oleh nasionalisme yang sempit.

      Delete
    2. Kalau nak pemimpin kita setaraf pemimpin Singapura,org Melayu Malaysia kena jadi sama macam Melayu Singapura juga.Laksankan sistem meritokrasi,melonjak-lonjak negara ni maju.

      Delete
  15. 1.Ramai yg menyalahkan rasuah sebagai punca masalah,tapi agak-agaknya kalau rasuah tak ada orang Melayu boleh maju ke ,kalau perangai terus macam sekarang,hanya tahu menuding jari menyalahkan orang lain,diri sendiri tak pernah nak perbaiki?.Dulu tahun 60an 70an,rasuah kurang ,orang Melayu tangga bawah juga duduknya,sedangkan pesaing kita baru sampai ke negara ini dgn sehelai sepinggang.

    2.Malaysia boleh jadi jauh lebih maju daripada Singapura ,kalau Melayu rajin berusaha,kuat berkerja,berani mengahdapi cabaran dan risiko.Apa pertolongan yg Melayu tak dapat kalau di bandingkan dgn org lain,tapi apa hasilnya?.Kebun Melayu dapat subsidi tapi pokok tumbuh melidi semak samun saja yg banyak,kebun Cina beli baja sendiri ,tapi hasil nya berlipat ganda.Kalau tak ada FELDA atau Felcra,kita tak akan jumpa kebun Melayu seluas 10 ekar boleh bersih macam padang bola,macam sekarang ni.Kerana dasar kerajaan memberi keutamaan kepada Bumiputra,banyak perkara yg terpaksa di korbankan terutama darisegi kualiti dan produktiviti,tapi Melayu tetap menyalahkan kerajaan juga atas kemudnuran mereka dan kemunduran negara.

    3.Rasuah bermaharaja lela kerana kelemahan orang Melayu yg malas berkerja kuat,Melayu tak ada duit sanggup terima rasuah dari orang Cina dan ada yg sampai menggadai kepentingan Melayu,sedangkan ugama Islam melarang rasuah tidak seperti orang lain yg tidak ada pantang larang.Kalau di sesetengah pejabat,fail Cina boleh lepas dulu kerana rasuah,pak cik dari kampung tak ada siapa yg nak layan.

    4.Kalau nak jadikan negara ini lebih maju dari negara lain,orang Melayu lah yg kena banyak berubah.Cerminlah diri.

    ReplyDelete
  16. Singapura maju kerana berjiran dengan malaysia dan ramai rakyat malaysia yang menyokongnya. Masalah kemiskinan tiada di singapura kerana mereka yang miskin menumpang hidup di malaysia. Rakyat singapura hipokrit, hanya ikut peraturan di singapura, masuk malaysia semua peraturan dilanggar.

    ReplyDelete
  17. kalau ikut PAS - sebab Malaysia ( yang di pimpin oleh pemimpin Islam ) tak nak kepada hukum Islam secara syumul maka datanglah bala Allah. bila bala datang semua orang kena ...

    ReplyDelete