Thursday, 29 August 2013

KHAIRY JAMALUDDIN CEMARKAN NAMA NAJIB

Khairy Jamaluddin (kiri) dan Azran Osman Rani
Apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" maka beliau bukan menyatakan perasaan Najib, tetapi menyatakan sikap, pendirian dan persepsinya sendiri.

Sama ada benar atau tidak dakwaannya itu seperti yang dilaporkan oleh portal berita pro pembangkang Malaysiakini tetapi tentunya Khairy tidak perlu menggunakan Najib untuk memperkuatkan persepsinya sendiri yang meletakkan Najib dalam keadaan serba salah.

Inilah manusia yang dikatakan orang Clever but not wise atau cerdik tetapi tidak bijaksana. Ketua Pemuda ini setaraf pemikirannya dengan CEO AirAsia X, Azran Osman Rani yang mensifatkan Utusan sebagai rasis.

Orang ramai tentu masih belum lupa bila Najib ditanya bertubi-tubi oleh seorang wartawan akhbar Cina mengenai tajuk berita Utusan itu maka akhirnya Najib tidak dapat menahan persaannya dan telah bertanya balik kepada wartawan ini bagaimana dengan akhbar Cina?.

Pertanyaan Najib ini mendapat tepokan spontan dari para wartawan lain dalam sidang akhbar itu dan ini sudah cukup untuk menjelaskan perasaan terpendam Najib yang telah salah dibaca oleh seorang Ketua Pemuda UMNO dan cuba dikelirukan olehnya kepada masyarakat Malaysia atau kepada orang Melayu.

Mungkin Khairy juga akan merasa perlu menafikan bahawa Najib pernah mengeluarkan perkataan "Tsunami Cina."

Sudah berapa kali Ketua Pemuda ini membuat kenyataan yang boleh membawa malapetaka besar kepada BN dan bangsa?.

Suatu masa dahulu beliau ikut dalam desakan pembangkang supaya disingkirkan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dari bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (disiarkan oleh akhbar The Star) tetapi nasib baik Presiden BN Datuk Seri Najib tidak ikut nasihatnya. Inilah yang dikehendaki oleh orang Cina. Jika tidak Sarawak hilang sebagai fix deposit BN.

Sayang sekali ketika namanya sedang mulai naik malah dianggap oleh penulis Pro Amerika Karim Raslan sebagai seorang yang memberikan harapan baru kepada UMNO (Khairy now a polished gem - The Star 27 Ogos) telah mencemarkan namanya sendiri di kalangan UMNO dan orang Melayu demi untuk mencari populariti di kalangan bukan Melayu. Beliau masih belum belajar dari kesilapan Datuk Najib.

Khairy: This is not the way to balance the demands of the party's right wing with the broader Malaysian agenda. (menidakan secebis dari pandangan Karim Raslan)

28 comments:

  1. Produk international school....

    ReplyDelete
  2. In the present political climate,where there is competing interest between the survival of Malays and protecting the interest of other races as guranteed by the constitution,I guest we have to accept such political thought.The question is that politically right.
    What our younger generation political leaders must do is to rest assure our country is presently undergoing what we called political journey that no one knows where it really goes.But we must know our destination.To do that these new leaders must fully understand what constitution as standard operating procedure permit them to do.Only then the Malays will survive these challenges which come naturally or emergered delibrately by external forces outside this country.The Malays must understand the alien idea that unfortunately become the tools for so called reforms. Human right,freedom of religion,equality before the law,sexual equality,religions equality,unholly holly books.I hope khairi as the young emergent leader must be able to operate under present environment. The Malays must not depend too much onr their leaders but must become leaders themselves.They themselve be able to remain united,unity in mission and vision,firm on their stand and brave enough to reject their leaders that are incompetent to protect their interst.Too much depending om goverment aid,support even patronage has make them a feeble race.so SDR Zam, Malays will reject leaders who just want to manupulate for their self interest and will be crushed to death.We need empowerment to be leaders ourselves.

    ReplyDelete
  3. Khairy terbukti gunting dalam lipatan atau trojan horse. Pengkhianat bangsa melayu dan negara malaysia.

    ReplyDelete
  4. UMNO main dam Khairy main chess27 August 2013 at 10:23

    Tan Sri,

    KJ is strengthening his political base. In the eyes of the younger generation, any politician cannot build his political career from the support of one group of supporters (ie. hardcore Melayu). He must broaden his base to include other group of people (liberal Melayu, urban Melayu, well-to-do Melayu etc).

    Over the next couple of years, KJ will try to show that he has the quality to be the PM, meaning he has to build his popularity with non-Melayu. In short, it's just politics.

    If someone were to kill off his political ambition, you need to do it now. But you need to have loads of money to match his hundred of millions which we all know is kept within certain investment portfolios in ECM Libra.

    ReplyDelete
  5. Malays who are addicted to NEP will be forever handicapped and live in greenhouse as compare to other race. NEP which discriminate non Malay will only provide the evolution condition for them to become stronger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bullshit.

      NEP has created a strong Malay middle class where previously there was none, birthed Malay professionals where previously there were only a handful but now outnumbering non-Malays in certain sectors, and beginning to now create a true Malay entrepreneur class where previously there were only Ali Babas.

      Non Malays have reaped rewards from the NEP indirectly - through the enhanced purchasing power of the emergent Malay middle class - and directly - who do you think the Malay contractors have to turn to for supplies when they get their Government contracts?

      Delete
  6. bukan najib tak ikut cakap khairi, King Taib Mahmud tiada siapa boleh larang. setakat najib kata tak boleh tanding, selamba badak je dia kata dia nak jadi CM sampai mati...

    dengan result macam tu, memang dia mati sebagai CM...

    ReplyDelete
  7. KJ is Anwar's second coming. He has to be stopped, period!!!

    ReplyDelete
  8. Tok Sidang Malaya28 August 2013 at 05:11

    TS Zam.
    Orang muda buat sedikit silap tak apa kerna dia orang muda.
    Yang tak boleh dimaafkan bila pemimpin tua yang selalu buat silap.
    Apa pun Khairy main juga peranan.

    ReplyDelete
  9. KJ memang berkalibar sebagai ahli politik.....tapi meragukan tentang visi politik dia......play safe..??


    Orang pandai belum tentu bijak..
    Orang bijak semestinya pandai...
    orang bijak mungkin bijaksana...tidak bijaksini..

    sepatutnya BIJAKSANA DAN BIJAKSINI

    ReplyDelete
  10. Sarawak BN tunggu masa untuk rebah....

    ReplyDelete
  11. Inilah produk yang telah dihasilkan oleh negara berdasarkan infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga.Menjangkakan yang semua manusia boleh dibeli dengan wang. Mungkin terlupa yang kehebatan dan kebijaksanaan manusia tidak dapat melawan takdir Allah melalui firmanNya "Kun Fa Ya Kun".

    ReplyDelete
  12. Khairy Mastan. Pulau Pinang.30 August 2013 at 06:04

    Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman juga menunjukan liberalismenya untuk memenangi hati bukan Melayu tetapi akhirnya di aditolak oleh orang Melayu dan Tun Razak yang dianggap sebagai pro Melayu telah menggaNtikannya.

    Jika Khairy mengharapkan popularity di kalangan bukan Melayu dan sanggup memijak suara Melayu dalam keadaan Melayu masih sedar Cina sudah tidak boleh dipercayai lagi maka popularitynya tidak akan sampai kemana sebaliknya akan ditolak oleh orang Melayu sendiri dan seorang pemimpin muda dari UMNO yang masih tersembunyi akan mengambil tempatnya.

    Perhetongan Khairy salah.

    ReplyDelete
  13. Putera Gunung Jerai.30 August 2013 at 08:46

    Bagi Khairy Utusan Malaysia dan sektutu dengannya adalah sebuah akhbar nyamuk.
    Setiap kandungan berita yang disiarkan pun hanyalah berita kelas dua atau kelas tiga.
    Khairy juga telah cuba nak bermain wayang dengan DS Najib kononnya untuk mendinginkan orang bukan Melayu.
    Khairi apa tahu.Namanya memuncak kerana menantu PM Abdullah Ahmad Badawi waktu itu.
    Kalau dia berbapak mertua individu lain jangan harap lah.

    Dipihak Utusan Malaysia pun sedarlah diri sama.Jangan jadi macam tong sampah.Sudah ada anjing gigit orang beri bantuan dan publisiti pada mereka.

    Bukan Melayu semua betul .Utusan dipihak tak betul.
    Bila lagi Bos-Bos Utusan Malaysia nak sedar isu ini.
    Kadang-kadang bos-bos utusan pun main kayu tiga,main selamat kira nyawa sendiri sahaja.

    Bos-bos utusan pun ada yang tak betul tak perihatin keunggulan Utusan.

    Kuburkah utusan malaysia bila AirAsia boikot semua iklan-iklannya.
    Majoroti Malayu juga yang menjadikan utusan sebagai santapan jiwa,minda dan ilmu.

    Pada bos-bos utusan yang atas lihat isu ini dengan serious bukan sambil lewa.

    Hidup Utusan ,Hidup Utusan.Hidup Utusan.

    ReplyDelete
  14. Ya TS, akhirnya TS membakar terus jambatan KJ. Kita kena pastikan pengkhianat ini tidak lagi berada dlm inner circle nya. Masa depan kita dlm keadaan amat kritikal hampir tahap epidemik. Syukur TS telah sedar. Sham bentong

    ReplyDelete
  15. Ya, TS di antara musuh-musuh KJ yang mula menunjukkan diri setelah budak itu mula bernafas.

    TS ingat cerita kura-kura Orang India? Kura-kura akan ditarik ke bawah pada setiap kali hampir dapat keluar dari tebing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebabnya mudah je...TS ni pro Tun M, sekarang pun kerja di Institut Pemikiran Mahathir di UUM,

      Delete
  16. Tan Sri, saya bersikap amat neutral dalam memerhati permainan politik di Malaysia sama ada oleh parti-parti politik itu sendiri, NGO2 mahupun suratkhabar dan wartawan2nya. Pandangan Tan Sri tentang KJ amat saya fahami apabila mengkaji latarbelakang kerjaya dan perjuangan Tan Sri. Bagi saya, pandangan KJ bukan sahaja amat matang tetapi berani dan berpendirian jitu dari segi politiknya. KJ tidak sahaja membawa aspirasi UMNO/BN malah membawa bersama aspirai baharu yang mungkin membawa "harapan baharu" yang bukan saja membawa kebaikan kepada orang Melayu tetapi bangsa Malaysia secara keseluruhannya walaupun dia terpaksa menyanggah pendapat Najib dan juga amalan kebiasaan kerajaan UMNO/BN dan KJ begitu konsisten. Itu yang menarik perhatian saya sendiri tentang anak muda ini, dia nyata amat berlainan daripada pemimpin2 UMNO/Melayu yang lain. Jangan lupa, kalau KJ tidak dapat diterima oleh UMNO, beliau juga akan mudah diterima oleh PR terutamanya PAS yang saya rasa perlukan pemimpin macam KJ sebagai nilai tambah kepada parti tersebut. Walaupun TS tokoh politik dan wartawan veteren tapi pandangan TS agak sempit dan tidak matang dalam hal ini. Satu lagi TS....kalau TS sayangkan Utusan, TS boleh tegur Utusan untuk kebaikan dalam semua perkara. Utusan digerakkan oleh individu dan manusia yang berubah2 juga prinsip dan tindakannya mengikut zaman. Kalaulah UMNO dah tak jadi pemerintah suatu hari kelak, siapa yang nak membiayai dan mempertahankan Utusan kalau pelaburan dan perniagaanya pun dah lesu??? TS janganlah beranggapan TS bijaksana dalam segala hal...yang sedihnya kelak, orang Melayu yang kurang bijaksana pun akan terikut dan terpengaruh dengan TS, siapa yang rugi dan siapa untung...tapi....budaya UMNO bak kata TUN M mcm itulah...orang bijaksana bila cuba tunjuk kehebatan pastinya akan dicantas, itulah yang mungkin akan terjadi kepada KJ, bangsa2 lain pasti gembira. Allahuallam!

    ReplyDelete
  17. Pemimpin yang macam ni lah yang perlu dicantas dahulu, pandai tak bertempat, malah terlalu ego menentang pendapat sekiranya tak sehaluan......
    20th nanti pasti terjadi pengkianat melayu yang ada hari ini.....
    DSAI.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Tepat sekali!

      Delete
  18. Salam Tan Sri.

    Mengapakah perlu kita merai2kan orang seperti KJ ini utk diangkat dan ditatah bagai minyak penuh bagi mengisi kerusi pemimpin tertinggi negara suatu waktu nanti?

    Siapalah sangat KJ ini? Hebat sangatkah beliau? Setakat lulusan Oxford bagi jurusan filosofi, politik & ekonomi? Ijazah apa tu? Profesional sangat ke? Hebat sangat kah ijazah beliau itu hingga mengalahkan graduan kedoktoran atau undang-undang atau kejuruteraan?

    Apa pengalaman kerja beliau sebelum jadi menantu pak lah dulu? Ada ke yg berkaitan dengan ijazah beliau?

    Kalau takat menempek kat profesion orang tuo dio dan pak mentuo takyah cerito hebat lah...botoein telingo mondongar ey!

    Sesiapa pun boleh dilihat berjaya dan berwang jika mak ayah sendiri dan pak mak mentua yg tolongkan.

    Tan Sri, secara jujurnya jawablah soalan seringgit saya ini. Apakah yang hebat pada bega ni yang perlu diangkat terus menerus sebagai pemimpin didalam UMNO, dari peringkat dia beranak 2 ni, yang berkemungkinan terusan bekerja sebagai orang politik didalam kabinet negara sampai bermenantu bercucu dan mungkin bercicit?

    Tan Sri ada nampakkah trend dan nafsu pemimpin sekarang ini? Mereka nak duduk diatas kerusi politik itu sehingga cucu mereka dewasa dan berkahwin seterusnya menimang cicit!

    Contoh ada ramai didepan mata Tan Sri. Bukankah ah jib gor itu sendiri menjawat profesion politik dari muda hingga beranak pinak dan hingga bercucu?!

    Beginilah juga keadaannya dengan pihak yang disebelah sana parti politik yang pro komunis, lbgt dan segalanya yang menongkah arus juga anti ahlissunnah wal jamaah itu.

    Jadi, apakah tindakan lanjut Tan Sri?

    ReplyDelete
  19. Hentamlah KJ semahunya,namun musuh org Melayu sebenarnya bukan KJ,tapi diri sendiri.Kalau KJ tak naik jadi pemimpin pun dan yg naik adalah orang lain yg kuat semangat Melayu nya,tapi org Melayu tetap berperangai sama-tunggu subsidi,kurang minat utk berkerja ,memilih kerja,takut utk mengambil risiko,melebihkan lepak dari berkerja,Melayu tetap akan tengggelam juga,umpama berada dalam pasir jerlus.Lagi satu,kalau oragn Melayu terus dalam keadaan sekarang,jangan lah harap nak dapat pemimpin yg baik,sebab kalau yg memilih pemimpin tidak berkualiti,mana mungkin boleh dapat pemimpin yg berkualiti.Kalau pun sesekali muncul pemimpin yg berkualit,seperti Tun Mahahtir,org Melayu dok tang tu juga,tetap mendapat nombor yg sama dalam perlumbaan,terkebelakang.Nak salahkan siapa?.

    ReplyDelete
  20. Man Junid Bukit Mariam Kota.2 September 2013 at 14:58

    Saya harap Khairy tidak pula tulong menapikan bahawa Najib pernah berkata "Tsunami Cina".Najib perlukan undi Melayu dalam persidangan agung UMNO dan bukannya undi Cina.

    ReplyDelete
  21. Tan Sri, inilah contoh orang negatif fikiran dan gemar melabelkan orang si-Anonymous 2 September 2013 13:13 ni.

    Serupa perangai makbapak pilih kasih. Anak yang comel dan clever sikit selalulah dipuji2 dan dibelikan mainan tapi kepada anak yang lembab dan kurang cantik atau hodoh sikit mulalah dicaci dibenci dan dilabelkan sebagai 'bodoh, bangang, anak sial anak celaka' . Tipikal otak orang below average tahap kemanusiaannya memang macam tu.

    Balik2 cakap orang Melayu duduk kat takat tu saja. Apa, KJ sorang je ke yang naik bertingkek-tingkek level dio? Taulah si Anon tu penyokong tegar KJ. Clever jugak si KJ ni, spy dia skodeng semua blog2 yang penting macam blog Tan Sri ni. Nak tengok termometer kemahsyuran beliau katakan.

    Orang Melayu kat luar ni ramai yang dah celik bijik mata, itu sebab orang Melayu kritik. Apa, tak boleh kritik langsung ke mamat menteri belia tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Orang Melayu kat luar ni ramai yg dah celik...'tapi ce banding dengan orag lain berapa ramai pula yg celiknya.Rasanya kau ni tak faham pun tulisan anon kat atas tu sokong Kj ke tidak.Inilah Melayu celik.

      Delete
    2. Sebab ramai Melayu celiklah maka Melayu bagi menang BN bukan parti pembangkang. Sebab apa KJ menang? Sebab lawan dia parti yang sokong kesongsangan dan sokong komunis.

      Tapi, apa balasan pemimpin macam KJ ni kepada orang Melayu? Siapa pengundi yang menangkan dia? Melayu dikampung2 diluarbandar dan dipinggir bandar kan. Dah kalau dah nak liberal sangat elit sangat kosmopolitan sangat, buat apa jadi wakil rakyat orang Melayu kampung dan luarbandar? Jadilah wakil rakyat orang berbilang kaum dibandar2? Ye tak? Kami orang Melayu dikampung kan tak ramai yang celik, asik subsidi je memanjang...

      Tolong jangan rendahkan dan hina orang Melayu mengata kami tak celik lah. Nak sindir lagi kata bangsa cinabeng tu lagi ramai celiknya. Dah british bagi mereka ruang dan peluang sebab duduk dibandar2 dulu, lagi nak salahkan orang Melayu? Nasib ada DEB kalau tak lagi merempat Melayu ditanah sendiri!

      Sendiri mau ingatlah dosa besar sendiri bikin kan.

      Delete
  22. sebagaimana silapnya tun m memilih abn non, begitu lah silapnya tok jib melantik kj. malapetaka bagi umat melayu...kerja dialah anak beranak.

    ReplyDelete
  23. Polemik yang berbangkit lanjutan tulisan Tan Sri diatas telah menimbulkan dua kumpulan pro dan 'anti' KJ berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kepada fakta masing2.

    Bagi saya, saya bersetuju dengan tulisan Tan Sri dan komen yang berbunyi anti KJ itu kerana memang jelas ketidak-bijaksanaan beliau malah, bagi yang bepengetahuan, i.e dalam konteks "we-know-what-you did-when-pak-lah-was-prime-minister" lebih tinggi lagilah tahap anti mereka.

    Kepada yang pro KJ dan marah dengan komen2 anti beliau, ini sebenarnya bukan hal peribadi yang dipertikaikan tetapi hal keprofesionalisma beliau sebagai ahli kabinet dan sejarah beliau dizaman pak lah. Siapa yang tahu, faham maksud saya.

    Kita sayangkan UMNO dan kita bersuara kerana agama bangsa dan negara. Mana lagi bahtera politik bagi orang Melayu selain UMNO yang boleh diharapkan untuk meneruskan prinsip pemerintahan yang diwasiatkan oleh Raja-Raja Melayu itu? UMNO sahja yang layak dan mampu. UMNO yang ahlinya berjiwa Melayu bukan berjiwa liberal atau Sekular atau Kominis atau sesat dan songsang!

    Tetapi, jika didalam UMNO sudah ramai yang suka pemimpin ala Kj ini, maka, golongan seperti saya akan pupus terus didalam UMNO. Sudahlah golongan seperti saya ini sentiasa dipinggirkan. Ye lah, siapa yang mahu ber teamkan dengan orang yang boleh berfikir lagi mampu menjadi bijaksana.

    Kita bercakap kerana kita telah melihat mendengar dan membaca dan kita juga telah memerhatikan. Kita mungkin tidak kenal rapat dengan KJ, tetapi kita sudah lihat siapa menjadi orang kepercayaan beliau dikeliling beliau. Begitu juga pemimpin2 yang lain. Kita semua kini sudah melihat mendengar dan membaca. Selaras dengan ajaran Nabi saw kita, jika tidak kenal seseorang itu, maka, kita lihat siapa sahabat mereka.

    Namun begitu, semoga UMNO tetap utuh diatas landas perjuangan asalnya dan ahli2nya samada yang berjawatan dan yang tidak, tetap benar ihklas dan jujur. Amin

    ReplyDelete