Tuesday, 6 August 2013

HUMANISTIC ROS MENGANGKAT MARTABAT DAP MENJATUHKAN MARUAH KERAJAAN

Datuk Abdul Rahman Othman 
Kita tidak perlu meninjau jauh ke belakang untuk melihat betapa lemahnya kerajaan tetapi cukuplah sekadarkan melihat cara ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) menguruskan DAP yang telah berlarutan tanpa suatu tindakan berani, pantas dan cekap bagi mematikan permainan poiltiknya untuk menghalalkan pemilehan haram jawatankuasa pusatnya. 

ROS membiarkan dirinya, pada pandangan umum, diperkotak katikan sekian lama   oleh DAP untuk menunjukan humanisticnya kepada DAP atau untuk membuktikan betapa demokratiknnya Malaysia.

Ketua Pengarah  ROS, Datuk Abdul Rahman Othman hendak menunjunkan sikap ini kepada sebuah parti yang telah terbukti autokratik dan tidak pernah mengikhtiraf demokrasi negara ini sejak sekian lama.

Terkini dalam akhbar The Star hari ini DAP menyatakan ketegasannya tidak akan mengadakan semula pilihan jawatankuasa pusatnya selagi ROS tidak dapat menunjukan sebab yang sah.

Sikap jabatan-jabatan kerajaan yang seperti inilah yang menyebabkan kerajaan yang ada sekarang sudah tidak lagi ditakuti apatahlagi untuk dihormati oleh rakyat dan dalam beberapa hal menyebabkan rakyat semakin tidak yakin kepada kepimpinan Datuk Seri Najib. 

18 comments:

  1. Saya berharap, ROS membuat perhitungan yang betul. Sampai masanya untuk memberi sekata-dua telah dipermainkan oleh DAP. Yang mengadu pun DAP, yang tak mahu menjawab surat ROS pun DAP.
    Cuma ROS yang macam nak ber ruang kepada DAP. Apalah susahnya untuk pemilihan semula, meainkan ada yang mahu digendung sampai mati, tidak mahu sesiap yang tahu.

    ReplyDelete
  2. Sdr Zam,
    Saya orang biasa yang membaca rententan peristiwa pemilihan CEC . Sebenarnya ROC telah mendapat bola tanggung untuk menguruskan DAP namum sikap bacul ROC menyebabkan saya malu pada diri sendiri. Juga malu mempunyai seorang PM yang sama bacul.
    -----Ab Rahim Bakar

    ReplyDelete
  3. dah pak menterinya sama bahlol, nak buat macam mana. Ini mesti belajar masa dollah dulu ni. Semua nak tunjuk baik sampai orang pijak kepala.

    Apa yang diaorang bincangkan dalam meeting kabinet agaknya kalau bende macam ni tak boleh handle?

    ReplyDelete
  4. Selepas PRU13 kerajaan BN lebih bersifat bertahan dan apologetik dalam banyak perkara. Pembangkang pula lebih ofensif setiap sudut.

    Ia sudah terbalik kot. Kerajaan seolah seperti pembangkang dan pembangkang berlagak seolah ia adalah kerajaan.

    Strategi pertahanan yang kental ialah dengan menyerang pihak lawan. Inilah yang sedang dan berkesan dilakukan pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Mat Karung Guni6 August 2013 at 23:06

    Mohon pembetulan bukan ROC (Registrar Of Company) tetapi ROS(Registrar Of Society).
    Harap Maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas perhatian saudara.Mohon maaf sempena Aidilfitri.

      Delete
  6. Emmmmmm buat penat bercakap je dengan pemimpin2 yang BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DIIKUT NI.....

    ReplyDelete
  7. Putera Gunung Jerai.7 August 2013 at 01:00

    ROS vs DAP.

    Barangkali KP ROS nak sambut raya dulu.
    DAP makin naik tocangPuasa..
    ROC bawah KDN.
    Kalau ROC dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga lagi bagus.

    TS Zam.Kalau saya jadi PM atau Menteri KDN perkara selesai dari awal lagi.
    Barangkali ramai makan cengkeram atau dapat hamper sempena Raya Puasa.

    ReplyDelete
  8. ko agak2 la alif,ape yg berlaku kini takde kene mengena dgn TUN Abdullah..kenapa ko nak salahkan TUN Abdullah pulak???ko sebenarnya malukan nak cakap ni sume salah PM terkini DS Najib kan kan..Kalo ko nak marah DS Najib,marah dia sorang,jgn babitkan orang lain...ade faham!!!!???

    ReplyDelete
  9. Adanan Abdullah Shah Alam7 August 2013 at 16:58

    Percayalah rakan rakan semua masaalah ini akan diselesaikan dengan cara yang akan lebih memudaratkan kerajaan.

    DAP adalah parti Cina dan apakah perlu berbudi bahasa kepada orang yang tidak tahu membalas budi.

    Pegawai kerajaan pun nak ikut tolak ansur Najib ke sedangkan ruang luas terbuka untuk tindakan yang datangnya dari jemputan orang DAP sendiri.

    ReplyDelete
  10. selamat hari raye...
    (",)

    ReplyDelete
  11. Tan Sri

    Saya ternanti-nanti bila agaknya KP ROS Datuk Abdul Rahman Othman akan menghantar samam malu kepada Lim Guan Eng.

    Semenjak episod mesyuarat agung tahunan DAP yang bermasalah dan ada pengaduan salah laku oleh lebih 500 ahli DAP kepada ROS, dan ROS mula mengambil beberapa tindakan, Lim Guan Eng secara biadap telah menuduk Datuk Abdul Rahman sebagai seorang liar (pembohong).

    Sekiranya Datuk Abdul Rahman dan Kerajaan tidak menyaman Lim Guan Eng, orang ramai akan tertanya2 -- apakah betul Datuk Abdul Rahman dan Kelajaan telah memangsakan DAP.

    Kalau tohmahan LIM GUAN ENG tidak berasas, maka Kerajaan dan Datuk Abdul Rahman dan Kerajaan mestilah mempertahankan maruah Kerajaan dan kehormatah orang2 Melayu.

    Terima kaseh


    ReplyDelete
  12. Banyak orang tertanya-tanya sekarang ini Malaysia ni sebenarnya diperintah oleh siapa .Yg diberi tanggungjawab ternyata gagal.Bonus tiap2 tahun nak lebih.Tengoklah macam mana Singapura mendisiplinkan rakyatnya.Buat apa nak jadi juara pemerintah yg budiman seantero dunia kalau muka kita hampir setiap hari dilumur tahi dan dikencing.Biar mati berdiri dari hidup melutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kencing gambar tak apa. Itupun gambar NIK AZIZ.

      Delete
  13. Salam Idulfitri.ROS BACUL itulah yang tepat. satu kesimpulan untuk satu agensi kerajaan . Apa kah mereka tak tahu menterjemahkan undang-undang atau sengaja untuk memperlihatkan kelemahan diri yang juga menunjukkan kelemahan kerajaan . Kalau UMNO sanggup sampai menubuhkan UMNO baru dalam menghadapi kemelut tentangan dalaman ahli . Apakah tidak ada seorang pun ahli DAP untuk membawa perkara ini ke mahkamah . ROS juga bolih gunakan berbagai-bagai akta langgar perintah untuk diserahkan kepada DAP.Terlalu slow dan lembab sama ada sengaja dilembabkan atau .. ada perkara tersembunyi..

    ReplyDelete
  14. Terus terang saya katakan,saya tidak begitu memandang tinggi atau memberi harapan tinggi pada pegawai kerajaan,biar peringkat mana pun,sebab mejoriti mereka selalu buat kerja dibawah standard sepatutnya.Masalah yg Kerajaan hadapi banyak berpunca dari kelemahan pegawai kerajaan.Kita selalu marah pada pemimpin Umno,tapi kalau pegawai kerajaan buat kerja yg betul ,ikut procedures,pemimpin Umno pun terpaksa ikut pocedures.Sekarang tengok saja DAP pun boleh langkah procedures,siapa salah?.Walaupun saya orang Melayu dan sokong Umno ,tapi saya setuju dgn Tony Phua,supaya kakitangan kerajaan di kurangkan.Yang perlu kita tingkatkan produktiviti mereka.Orang Melayu yg belum dapat kerja dgn kerajaan,belajarlah cari rezeki yg halal dgn cara lain.Negara kaya raya, tapi orang Melayu suka menumpu pada sumber rezeki terhad gaji bulanan(kecualilah + rasuah),salah siapa?.

    ReplyDelete
  15. Sekali sekala terserempak juga dgn rakan yg jadi pegawai kerajaan.Semasa bersembang, sebagai penyokong Umno kita hentam juga tokoh pemimpin pujaan mereka iaitu pemimpin Paktan Rakyat,perbualan terus menjadi tawar kerana mereka begitu sesitif bila kita menempelak tokoh pujaan mereka.Peg Kerajaan,ramai yg sokong Pakatan,itu sebabnya saya cukup pelik bila PM Najib terlalu pemurah dgn memberi kenaikan gaji dan bonus pada mereka.Kalau saya jadi PM ,ini masanya saya screw mereka supaya buat kerja utk rakyat bukan utk Pakatan,tingkatkan produktiviti barulah boleh dapat bonus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk rakyatkah atau untuk UMNO. Kau bukan Peg. Kerajaan mana tau.

      Delete