GURU GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DIDAKWA ANCAM MURID-MURID INDIA
Seluruh rakyat Malaysia terutama kaum India harus bertenang dan tidak terus percaya sepenuhnya berita di akhbar The Star hari ini yang bersifat provokasi perkauman yang mendakwa guru-guru Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana telah mengugut murid-murid India sehingga menyebabkan mereka berpindah.
Berita ini yang berat sebelah tanpa penjelasan serentak dari pihak sekolah tentunya mudah mengapikan masyarakat India. Sekiranya The Star akhbar yang benar-benar merasa bertanggungjawab terhadap keharmonian kaum di negara ini, tentunya tidak akan menyiarkan beirta ini tanpa usul periksa.
Ada orang dalam The Star pantas dan seronok menggunakan berita-berita seumpama ini sekalipun dia tahu anasir-anasir perkauman yang jelas terlibat dengan peristiwa 13 Mei menyokong dakwaan ini.
Berita The Star itu mengatakan seorang jurucakap bagi kumpulan ibu bapa yang prihatin mendakwa kononya beberapa orang murid India Sekolah Kebangsaan Seri Pristana telah dipindahkan oleh ibu bapa mereka kerana menerima tekanan dari guru-guru sekolah itu.
Dakwaan ini dibuat oleh seorang yang tidak mahu namanya disebut sepenuhnya berikutan dengan penahanan seorang yang bernama V. Kunancan Isnin lalu setelah siasatan polis kerana mengugut guru besar sekolah itu dan dia dibebaskan pada hari yang sama tetapi dijangka akan menghadapi tuduhan melakukan ugutan jenayah pada 9 September depan.
Tidakah boleh The Star bertanya lebih dahulu mengenai tuduhan itu terutama setelah mengetahui bahawa seorang yang selalu membela anasir anti kerajaan R. Silvarasah turut hadir dalam sidang akhbar bersama dengan Kumancan yang berhadapan dengan tuduhan jenayah.
Semasa saya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, apabila seorang Melayu mendakwa bahawa dia tidak dibenarkan pergi bersembayang Jumaat dan dibuang kerja oleh majikannya seorang Cina, saya lebih dahulu mengarahkan pemberita mendapat penjelasan darinya dan taukeh ini menjelaskan bahawa orang Islam ini bila dibenarkan pergi bersembayang Jumaat, tidak kembali berkerja semula (munkin dia balik tidur).
Bagaimanakah orang-orang cerdik di The Star boleh cepat, gopoh dan mudah percaya kepada sesuatu yang bersifat dakwaan apatah lagi dibuat oleh seorang yang tidak mahu memberikan nama sebenarnya? Adakah Journalism The Star mengajar boleh siarkan berita tanpa penjelasan yang kena tuduh?
Malaysian Tamilan Today Welfare Association yang memanggil sidang akhbar berkenaan telah mengancam akan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan sekolah itu dalam masa dua minggu sekiranya tindakan tidak diambil terhadap guru-guru yang dituduh mengugut murid-murid India itu.
Ibu bapa harus sedar bahawa sebelum ini sekolah berkenaan menghadapi fitnah dengan penyebaran gambar-gambar yang kononnya murid-murid bukan Islam diarah makan berhampiran dengan tandas di bulan Ramadan. Ini memberikan gambaran seolah-olah kerana anak-anak Islam berpuasa.
Dalam sidang itu seorang India yang tidak mahu namanya disebut menyatakan bimbang bahawa dia juga akan ditangkap seperti V. Kumancan.
Apakah The Star memikirkan polis kita menangkap orang dengan sewenang-wenang dan tidakkah siaran dakwaan seperi ini mudah diterima oleh orang lain yang tidak boleh berfikir terutama dalam keadaan beremosi?
.
Adakah Star menyiarkan berita ini kerana takut portal berita atau pun blog dan media online lainnya terutama yang pro pembangkang akan menyiarkanya dan Star akan kehilangan pembaca?
Selagi MCA dan Ketua Pengarang Akhbar The Star, Datuk Wong Chun Wai tidak berani bertindak membersihkan anasir DAP dalam The Star maka akhbar ini akan terus menjadi masalah kepada perpaduan kaum di negara ini atau menjadi duri dalam daging yang jika dibiarkan akan semakin menggugat keselamatan negara.