Monday, 1 July 2013

ZAM DAN AIRASIA.

Tan Sri Zainuddin Maidin penulis blog zamkata telah meminta maaf kepada AirAsia berikutan dengan sebuah rencananya yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X.

Setelah penjelasan dari AirAsia, beliau yakin bahawa syarikat penerbangan itu adalah prihatin terhadap senstiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.Dibawah ini  adalah permohonan maaf darinya.


APOLOGY.

Saya tidak menyedari bahawa pekara- pekara yang tesiar dalam artikel di bawah tajuk " Hidangan Babi Dalam Penerbangan Air Asia, Orang Islam Patut Tangguhkan Dulu Terbang dengan Pesawat ini"(artikel tersebut) dalam blog zamkata memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Bagaimanapun setelah menerima surat tuntutan dari Peguambela dam Peguamcara AirAsia Berhad kira -kira sebulan dari tarikh penyiarannya,maka barulah saya menyedari bahawa artikel tersebut memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan-penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Ini adalah tidak benar samasekali.

Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut, dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang pransangka bahawa babi ada dihidangkan dalam masa mana penerbangan AirAsia dan AirAisa X.

Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia  dan AirAsia X adalah sangat prihatin terhadap sensitiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.

Tan Sri Zainuddin Maidin.

SIAPAKAH YANG LEBIH BERKUASA
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak telah memuji Ketua Pegawai Eksekutif  AirAsia X Azran Osman Rani kerana pandangannya yang terus terang terhadap Utusan Malaysia dan Pekasa.

Nazir Razak
Katanya, sikap terus terang inilah yang menjadikan dia pemimpin besar dengan keupayaannya menunaikan tanggungjawabnya sebagai CEO Air Asia.

Menurut sebuah akhbar Nazir ketika melancarkan prospectus Air Asia X kelmarin berkata "sesetengah orang mungkin memikirkan Azran melampau dalam kata-katanya tetapi apakah yang dapat kita harapkan apabila kita mempunyai seorang pengerusi seperti Rafidah Aziz."

Saya tidak tahu dalam soal apakah yang dimaksudkan oleh Nazir sebagai sikap terus terang Azran; adakah anggapannya Utusan sebagai akhbar rasis kerana menyiarkan berita ‘Apa Lagi Orang Cina Mahu’ atau ugutannya untuk menarik iklan  Air Asia dari Utusan Malaysia.

Bagi saya anggapan Utusan sebagai rasis adalah subjektif. Ia bergantung kepada aliran pemikiran atau kecendorongan seseorang dan juga latar belakang pendidikannya dan itu adalah hak masing-masing.

Tetapi yang saya rasa tidak wajar ialah sikap tidak toleransi Azran yang kerana tidak bersetuju dengan pendirian Utusan telah mengugut untuk menarik balik iklan Air Asia dari Utusan kerana pandirian Utusan bertentangan dengan pemikirannya. Sentimen dan prejudis telah mempengaruhi tindakannya.

Apakah ini sikap seorang terpelajar yang percaya kepada kebebasan dan demokrasi, keterbukaan dan globalisasi. Apakah ini bukan merupakan penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak rasional.

Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu maka bererti beliau merestu amalan sikap anarkis CEO atau Ketua-ketua Eksekutif dalam badan-badan korporat atau perniagaan besar.

Apabila Utusan Melayu dilahirkan di Singapura 
pada tahun 1939, ia menjadi suara berani semua
kaum. Bacalah sejarahnya: Di Depan Api,
Di Belakang Duri, Boleh dibeli di MPH dan
lain-lain kedai buku.
Dalam perkembangan kapitalisme Barat, korporat gergasi dan syarikat-syarikat perniagaan besar semakin berkuasa malah melebihi kuasa kerajaan dan mengancam kebebasan media atau memperalatkan media dengan kuasa wang mereka.

Inilah kuasa yang tidak kelihatan kepada orang ramai sebaliknya rakyat hanya nampak kuasa kerajaan yang menekan kebebasan media khususnya akhbar.

Berhubung dengan pekara ini saya suka memetik sedikit dari apa yang ditulis oleh seorang penulis terkenal British, Anthony Sampson dalam bukunya The Essential Anatomy Of Britian-Democracy in Crisis:

Katanya "The link between newspapers and big business had a longer- term effect: for journalist have constrained from reporting or criticising the excesses of  financial boom,by pressures from owners, advertisers and public relations men, who helped set the agenda of the business pages. Enterpreneurial owners naturally dislike the critical and investigative function of reporters".

Pandangan Samson ini menepati pandangan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam suatu jamuan makan malam Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) pada tahun 1990 dimana beliau berkata bukan sahaja kerajaan yang memberi kesan kepada kebebasan akhbar, tetapi juga kepentingan perniagaan, pemilik, pengarah-pengarah dan juga kepentingan  populariti.

Utusan sendiri tahu banyak hal yang negatif mengenai AirAsia  telah di sembunyikan bersama-sama dengan akhbar-akhbar lain demi kepentingan iklan atau wang darinya tetapi nampaknya ini sahaja tidak cukup kepada CEO AirAsia Azran.

Beliau merasakan bahawa untuk Utusan mendapat iklan dari AirAsia maka perlulah Utusan mengikuti kecendorogan sosial dan politiknya. Maka tekanan kewangan perlu dikenakan ke atas Utusan.

Tentulah semangatnya bertambah tinggi dengan sokongan Nazir adik kepada Najib Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib dan juga UMNO.

Nazir tidak memahami bahawa tanpa sokongan dari Utusan Malaysia memerangi anasir-anasir yang menghakiskan keyakinan kepada kerajaan maka tidak mungkin UMNO akan dapat mengekalkan sokongan orang Melayu kepadanya dalam Pilihan Raya ke 13.

Sokongan yang berani dan mengambil risiko kewangan inilah yang menambahkan kerusi UMNO di Parlimen, menawan negeri Kedah dan Perak dan menambah kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Barangkali Nazir memikikan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina maka Barisan Nasional akan mendapat sokongan orang Cina.

Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib dan UMNO.

Rencana ini dipetik dari Utusan Malaysia 12 Jun 2013.










1 comment:

  1. Tan Sri Zam--- If Kiki was a Chinese, the Chinese people will be alarmed at what they see as a loss of Chinese cultural values in this modern age due to Western influences.
    The Chinese Press will criticize Chinese parents for failing to bring up their children according to traditional values. The Chinese Press will call for harsher punishment as a deterrence to stop the decay of traditional Chinese values. And Kiki Chinese parents/family will hang their heads in shame for INFERIOR Upbringing. And if KIki was Japanese---her father will commit Hari-Kiri in shame. That is the CULTURAL DIFFERENCES between Chinese and the Western White races

    ReplyDelete