Monday, 15 July 2013

TABIK HORMAT DATUK SERI NAJIB: BUKAN INI YANG DI TUNGGU.

DUTA VATICAN MINTA MAAF

TERKINI: THE STAR MELAPORKAN (16 JULAI) DUTA VATICAN ARCHBISHOP JOSEPH MARINO TELAH MEMINTA MAAF KERANA KOMENNYA MENGENAI ALLAH DAN MENJELASKAN BAHAWA BELIAU TIDAK BERHASRAT UNTUK CAMPUR TANGAN   DALAM URUSAN NEGARA MALAYSIA.


VATICAN; KALAU KERAJAAN TAKUT  BERTINDAK, MEDIA BENAMKAN SAHAJA REAKSI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan Pope
Benedict XVI di Vatican, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan pimpinannya  akan terus meninggikan syiar Islam, menjaga dan mempertanhkan kesucian  Islam termasuk kalimah Allah ( Utusan Malaysia 15 Julai).

Dengan lebih dahulu mengangkat tabik hormat, saya ingin berterus terang kepada Datuk Seri Najib bahawa bukan jaminan ini yang ditunggu oleh seluruh umat Islam yang di dalam keadaan marah  kerana provokasi  Duta Vatican City.Najib seperti tidak sensitif terhadap perasaan mereka.

Jaminan  yang Datuk Seri berikan  bukanlah  pekara baru tetapi telah lama diketahui oleh umat Islam di negara ini, telah berkali kali didengar dan dibaca.

Umat Islam yang terpelajar  di Malaysia memahami  kenyataan itu sebagai langkah jangka panjang untuk kekebalan diri orang Islam dalam dunia yang semakin mencabar  tetapi reaksi yang timbul sekarang ialah antara emosi kemarahan dan pemikiran yang rasional kerana merasa terhina.

Yang ditunggu ialah langkah  kerajaan yang setimpal bagi  membalas provokasi  Vatican City yang menyentuh  sensitiviti umat Islam dalam sebuah  negara yang Islam adalah agama rasminya.

Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan  umat Islam di negara ini yang lebih penting  kepada  masa depan politiknya ? Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.

Mungkin kehadhiran duta ini berguna  bagi pilihanraya ke 13  tetapi  tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut  sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut.

Jika kerajaan tidak berani bertindak setimpal untuk  menebus maruah,sekurang  kurangnya dengan  Wisma Putra  memanggil Duta Biadap ini , maka  media Melayu Islam lebih baik membenamkan reaksi  rakyat kerana ia akan   lebih mendedahkan kelemahan  kerajaan sendiri apabila kerajaan tidak berani bertindak kecuali hanya mengulangi retorik lama.
.





43 comments:

  1. Rahman Yaacob, Johor.15 July 2013 at 12:02

    Bekas Naib Presiden Pas Datruk Nakhaie minta Pas bertegas dalam mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini dengan mengeluarkan kenyataan mengecam Duta Vatican City ke Malaysia.

    Tan usahlah Datuk suruh Pas,suruh Najiblah. Nak kata kat orang pun tengoklah diri sendiri dulu.Pas boleh buat apa,ia tidak berkuasa. Yang ada kuasapun tak boleh buat apa. Rakyat benar benar kecewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS memang tak ada kuasa. Dah dapat kuasa di Pulau Pinang pun, dilayan serupa pembangkang. Dah dapat kerusi paling banyak di Selangor pun, tak dapat jadi MB.

      Apalah nak diharapkan pada PAS nak perjuang hak orang Islam? Kalimah Allah pun nak digadaikan, apa lagi yang tinggal pada orang Islam? Seluar dalam?

      Ya, suruhlah Najib, kalau Najib tak mampu, lain pemimpin dalam UMNO akan lakukan. Begitulah perjuangan UMNO sejak dahulu. Nak harap PAS? Mimpilah!

      Delete
    2. Memang bekas Naib Presiden Pas itu silap meminta Pas bertegas,mana mungkin parti seperti Pas boleh bertegas dalam soal Islam,kita suddah tengok banyak benar bolak balik pendirian Pas dalam soal Islam ini,bodohlah kalau kita terus mengharapkan parti seperti itu.Bagi9 Pas kononnya boleh bertegas bila dah dapat kuasa,tapi selepas berkuasa puluhan tahun di Kelantan apa ketegasan Pas?.Penguatkuasaan peraturan kedai gunting rambut wanita pun boleh berubah bila ada pihak berdehem.Saya langsung tak menggantung sebarang harapan utk Pas membela Islam selagi mereka bersingkokol dgn Anwar dan DAP.

      Delete
    3. Kalau x boleh harap pas mengapa tak suruh umno yang bersekongkol dengan mca yang menyalak nya...???

      Delete
  2. Betul tu Tan Sri, bukannya kita nak suruh tunjuk taring... setakat tunjuk ada teloq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama2 blog2 BN/Umno akan tak laku lagi.. Lebih baik baca blog artis2..dapat jugak manafaat nya! neelofa dll. hehe..

      Aku dan kawan2 aku dah penat membaca dan beri komen pada blog2 UMNO/BN..

      NO ACTION !!!! Rasa frust sangat. Hari demi hari, pembangkang boleh buat dan kata macam2 pasal Islam, melayu, Umno, Malaysia..

      Rakyat sekali lagi dah bagi mandat, kuasa, peluang .. Tunggu apa lagi!!!

      -Zorro Bukit-

      Delete
  3. salam,

    mungkin tak selamat lagi untuk pm kita bercakap membantah duta vatican kot. setakat cakap untuk orang melayu dengar selamat la. tapi nanti geng vatican bantah, tak selamat lagi la. sebelum bercakap, pm kena pastikan ucapan dia selamat didengar oleh rakyat bukan ahli umno. pm kena main selamat diri.

    ReplyDelete
  4. Najib oh Najib. Semakin hari semakin lesu. Kau yang bawa masuk kedutaan Vatican City, sekarang kau tak mampu nak handle? Tunjukkan ketegasan kerajaan. Duta sudah buat salah dan patut ada tindakan seperti memanggil untuk tunjuk sebab.

    ReplyDelete
  5. Tok Sidang Malaya15 July 2013 at 13:04

    Semakin menyengat bapak Zam kita selepas pencen dari Menteri.Tahniah.
    Betul juga.Setakat riuh rendah dalam media pun tak jadi juga.
    Rakyat nak tengok tindakan.Bukan cakap kosong.
    DS Najib kena tunjuk tegaslah sikit.Buat keputusan dalam mesyuarat kabinet secepat mungkin.Berilah keyakinan pada umat Islam diMalaysia.

    Jangan harap sangat pada Pas/Pkr.Mereka ini nama sahaja Parti Islam.Pkr tak harap langsung.Mereka semua main tarik tali bagi UMNO/BN lemah dikutuk rakyat.

    Kerajaan sedia ada kena tegas.DS Najib tentu banyak Penasihat bertataf menteri kalau dah menteri yang ada tak boleh pakai.

    Janganlah jadi pemimpin atau menteri cuma makan kenduri,majlis perasmian dan beri bantuan orang miskin sahaja.Maruah negara dan Islam perlu juga ditegakkan.

    Tahniah bapak Zam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya banyak tulisan TS yg bernas dan menyegat semasa di Utusan lagi,tapi di pandang sepi oleh gulungan muda terutamanya,mankala gulungan tua seperti saya ada juga yg tertutup mata kerana tertipu oleh pelakun handalan Anwar al Jub.Banyak mkemusnahan kepada ugama,bangsa dan negara gara-gara pelakun handalan ini.

      Delete
  6. Nampaknya masa dah makin dekat untuk turunkan pemimpin yang tak da teloq dari tampuk kuasa. Buat malu melayu saja.

    ReplyDelete
  7. Berpuluh tahun lamanya aku mengundi UMNO/BN termasuk PRU13 yang lepas. Apabila aku tengok golongan mata sepet dan kristian naik tocang dan si penakut Najib dan naib naib presiden pun sama MAKA aku kini rasa menyesal pulak. Hebat kuasa ALLAH SWT. Dalam masa 2 bulan saja aku kini mempunyai pandangan yang lain dan sangat rendah tentang Melayu UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf CB jgn salah UMNO persalah dan persetankan para pemimpin UMNO yg hanya bercakap tp habuk pun takdak.aku pun dah meluat,muak,nak muntah bila dgr sesetengah pemimpin berucap,depa ada kuasa tp sekadar kata akan ambil tindakan tegas jer tak payahlah-No Action Talk Only (NATO).

      Delete
    2. Saya pun sama CB. Bertahun lamanya saya mendukung UMNO dan pemimpinnya. Tapi sekarang tidak lagi dan hanya tinggal kenangan. Aku tak sangka UMNO dan Najib sungguh bacul. Betullah kata Jebat Derhaka berbulan dulu: `Hoi Najib apa lagi yang kau mahu dari Cina/mata sepet!` Sekarang ni sex blogger Cinabeng sudah mempersendakan buka puasa Ramadahn orang Islam dengan menjamu BABI. Kalau di Indonesia atau Pakistan, mereka berdua ni pasti sudah hilang dari dunia nyata ini.

      Delete
    3. Aku baru balik kerja dan buka komputer aku dan masuk blog ZAM terus terbaca kata kata CB. Sedih sungguh aku... Aku, termasuk kaum kerabatku dan juga segala kerabat bau bau bacang ku menjaga UMNO disetiap kali PRU dan tak menjangka selepas Tun Mahathir berhenti Tanah Melayu ini di terajui olih sipemalas Dollah Bedawi dan Si penakut Najib Razak dan naib naibnya. Ini kalilah saja. Next round UMNO tidak wujud lagi dari hati kami. PAS juga bolih pergi mampos! Aku harap Datuk Ibrahim Ali cukup cerdik untuk menjadikan PERKASA parti politik. Di kampong aku ni ada 865 orang suku sakat aku yang pasti akan mengundi PERKASA!

      Delete
    4. Saya pun dah rs nyesal menyumbang kemenangan bn pru tempohari..ingatkan najib akan berubah..klaula pru 14 bln depan kan bagus. X larat tgk aksi pimpinan najib yg makin lesu.

      A.N

      Delete
    5. Selagi Umno di pimpin oleh para pemimpin yg ada sekarang,Umno tidak akan boleh bertahan dalam piliharaya ke 14 nanti.Saya pun sudah bertekad tidak akan menyokong Umno lagi selepas ini jika tidak ada perubahan drastik di luar jangka sebelum pilihanraya tiba.Saya sangat berharap PERKASA di jadikan sebuah parti politik,biar pun Ibrahim Ali sebagai Presidennya,saya akan menyokong dan menganggotai PERKASA.Ibrahim Ali tegas dan konsisten dalam membela hak Melayu dan Islam,kerana itulah beliu sering melompat mencari tapak yg sesuai utk tujuan Melayu dan Islam nya itu,sekarang bila beliau menubuhkan PERKASA ,rasanya beliau tidak perlu kemana-mana lagi.

      Delete
  8. Apakah Najib faham kata katanya mempertahankan kesucian Islam. Bila Vatican City kemukakan provokasi menghina pegangan Islam di Malaysia, tidakkah boleh dianggap sebagai mencemarkan Islam di Malaysia.Kenaapa tidak dipertahankan. Cukuplah dengan rhetoric.

    Najib boleh minta nasihat Idris Jala dan atau Mustafa Ong supaya tindakannya dalam pekara ini nampak sesoai dengan hasrat globalisasi atau tidak timbulkan kemarahan Vatican.

    ReplyDelete
  9. Tan Sri,

    bahasa mudahnya ialah

    mampos kita
    mampuih kita

    usabukata

    ReplyDelete
  10. Salam Pak Zam,

    Pasca PRU13, Ah Jib Gor bangsawan gemar mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada memberi kenyataan berhubung hala tuju dasar kerajaan.

    Contohnya cadangan pelaksanaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang telah ditarik semula, desakan pemansuhan Akta Hasutan etc.

    Yang terbaru isu kalimah Allah oleh Duta Vatican dan isu penghinaan agama Islam oleh pasangan penzina vivian yang cuku mencabar kesabaran orang Islam.

    Kami rakyat di bawah ini macam anak ayam kehilangan ibu..tercari-cari pemimpin mana kami nak harapkan..UMNO atau PAS, dua-dua tak boleh diharap. Pemimpin yang ada sekarang bacul dalam menjalankan amanah yang diberi rakyat. Lebih rela tunduk menyembah kaum cina dari pertahankan agama sendiri.

    Mohon Pak Zam kalau-kalau bertemu dengan Ah Jib Gor bangsawan ni masa tengah buka puasa, bisik-bisiklah dekat telinga dia..orang Melayu dah meluat tengok kepimpinan lesu dia..cukup-cukuplah nak menjaga hati kaum cina ni..yang bagi dia duduk kerusi PM tu orang Melayu jugak..orang Melayu jugak yang boleh buang dia dari kerusi tu..sedarlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap banyak pun dah tak guna..jalan penyelesaianya hanya dengan menurunkan Najib dari tampuk pemerintahan pada pemilihan september nanti.

      Delete
  11. Issue ini nampaknya menjadi ujian untuk kita dibulan Ramadan yang mulia ini.Dicadangkan agar kerajaan Malaysia mesti tegas mengenai issue ini.
    1.Panggil Duta Vatican melalui diplomatik channel,menyatakan bantahan kita terhadap campur tangan tersebut.
    2.Turunkan diplomatik status daripada kedutaan tanpa perlu memutuskan hubungan diplamatik.
    3.Memanggil balik duta kita yang ada diVatican city sekiranya ada.
    4.Siasat siapa yang dibelakang kenyataan beliau.beliau diberitakan kerap berjumpa dengan pemimpin tempatan.
    5.Kita rakyat Malaysia perlu menghantar nota bantahan terus kepada kedutaan Vatican.
    saya percaya diplomat-diplomat yang bersara mungkin mempunyai idea yang strategik untuk menengani issue tersebut

    ReplyDelete
  12. Apa yang dibimbangkan orang Melayu Islam yang majoritinya pengundi UMNO/BN akan hilang sabar - bukan dengan pihak-pihak yang membuat angkara menghina bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu , agama Islam dan negara ini, tapi dengan pemimpin yang mereka amanahkan melalui perhimpunan agung dan pilihanraya bagi menjaga semua itu. Kita kena ambil ingatan dalam budaya orang Melayu ketika hilang sabar mereka tidak pernah bakar nyamuk sekalipun digigit bertubi-tubi tetapi mereka akan bakar kelambu semua sekali.. Jika ini terjadi maka UMNO akan menjadi mangsa, sumbang baktinya selama ini akan lenyap sama sekali. Maka jika benar-benar sayangkan UMNO pemimpin UMNO kenalah jaga hati penyokong UMNO melebihi pihak lain, sementara ruang masih ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli UMNO yang ada pun dah tak guna..Kena sogok skit dengan pemimpin atasan semuanya senyap sepi...

      Delete
    2. Saya pun setuju sgt2..

      Delete
  13. Najib kena bersuara menentang Duta Vatican ini. Paling tidak hantar Nota Bantahan Diplomatik. Kalau tidak ada apa-apa jua perutusan dibuat ke Kedutaan Vatican, alamt naik tocanglah LGE dan kuncu-kuncunya.
    Jangan pandang sinis dan kurang serious tentang bab ini. Sudalah "Alvin and non-partner The Fornicators" siang-siang, buta-buta menyidir, menyumpah orang Islam di bulan Ramdhan ini tanpa seutas tindakan yang diambil atau MAHU diambil oleh Menteri menteri kita. Nazri tak boleh diukur dan diikuti, dia ini masih terima "gurauan" seperti ini.
    Bergurau ada batasnya, ini sudah lebih. 3 perkara yang sakit hati tak tertelan melihat gelagat kerajaan dalam dua-tga minggu ini :

    1) Overzealous nak ubah, undang2 'minor religious conversion', dah ada precedent yang dibuat di mahkamah rayuan, pasal ini, nak bising2 buat apa lagi?

    2) "Alvin the Fornicator and his non-partner " boleh main-main lagi, tanpa diberi sedikit penampar pun

    3) Duta Negara tak bersungai pun, Vatican City, pandai-pandai bagi "fatwa" di sini , tanpa segan silu, dan yang amat menyedihkan, tiada bantahan langsung dari kerajaan kita.

    Mangkok betul mereka ini, dah tak faham naluri Melayu lagi gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah bahananya bila pemimpin banyak sangat makan duit songlap...Hati jadi gelap sehingga org jatuhkan maruah bangsa langsung tak buat apa-apa. Bagi mereka semua rakyat marhain ni boleh dibeli dgn wang..huloq sikit duit kat rakyat maka diam lah rakyar semua.. Jika inilah caranya maka tggulah masa dan ketikanya lingkupnya bangsa melayu ni...

      Delete
  14. Kita semua menentang Anwar Ibrahim kerana bersekongkol dengan kuasa asing atau menjadi puppet kuasa asing atau Yahudi. Dalam senyum dalam senyap Najib juga mudah dibeli oleh puak Kristian ini dan lebih teruk dari Anwar.
    Lari mulut buaya masuk mulut Naga.

    ReplyDelete
  15. Tolong bagitau Najib,,, his persuit for popularity does not feed
    starving people, nor does it secure his political position.
    He should have been severe in his punishment of those who participated in the act of seditious.He should have set an example for military discipline which would have established clear standards of reward for the loyal,and punishment for the rebellious.

    Kalau ambik stand nak jaga popularity,...ni jadinya pada Najib.. elegance silent...orang lain terpaksa mengemas segala sampah seditious yang dilontar oleh manusia yang terarng terang boleh dihumban kedalam laut.

    Jadi bulan November...pastkan Najib kena delete dalam senarai pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're absolutely right, Pakteh adam!

      Setuju dengan yang lain2 pengkomen disini. Najib's days are numbered!

      To Najib, you are an embarrassment to your father's name! Islam memang agama keadilan dan kesaksamaan. Tetapi adil yang meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitulah berbuat baik kepada sesama manusia tetapi berpatutan pada tempatnya dan bukan yang menjadikan kamu itu dayus. Dayusnya kamu menyebabkan semua umat Islam ditanah air ini dipandang dayus oleh orang kafir! Contohilah Khalifah Umar al Khattab yang berlemah lembut dengan sesama muslimin dan muslimat dan bersikap bertegas lagi serius dengan orang kafir.

      Soalan kepada Najib: adakah lagi kafir zimmi didalam negara kita ini yang kamu agung2kan itu?

      Just in case, I am an Umno member too. So, I have all the right to have a say in this matter. Masanya sudah sampai supaya Muhyiddin dan Zahid jadi pm dan tpm. Kalau tak sesuai, carik orang lain. Ada berjuta orang Melayu Islam yang layak dan mampu dan bertelor. Dah lama sangat orang Melayu tak makan roti canai telor!

      Delete
  16. We need back an ultra Malay as our leader !

    Think, move, eat, talk, sleep, dream - Malay, Melayu, Melayu !!!!

    As it it is now, no one is really thinking and talking loud about Malays.. Yang cakap dalam blog ramai la..

    - ZB -

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's time for a head hunting season, bro. Cari dan kumpul. Been waiting too long for "The Man" to gather us all. Let us know the codename.

      Tq

      Delete
  17. Penakut dan lembik tak layak jadi Presiden UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap!!

      Boleh mati kalau silembik penakut ni terus duduk kerusi presiden tu! Tak sangka cempedak dah jadi nangka! Ku kira permata zamrud rupanya hanya kaca ditepi longkang!! Disebabkan sipenakut menjadi pm makanya orang Melayu menjadi tidak relevant selepas pru13!

      Ciss bedebah kau penakut!!

      Delete
    2. jgn cepat ko nak menghetam najib....inilah masalah melayu suka maki hamun sesama sendiri kita klu nak tegur orng tegur dengan cara berhemah bukan nyer dengan cara maki hamun bro..ada otak pikir jgn bercakap guna kepala lutut guna akal yg waras bro....

      Delete
    3. Bila orang Melayu cakap baik2 dah berkali2 takde respon. Ada kesan? Apa kesan?

      Faktanya, secara keseluruhannya, orang Melayu memang tidak relevan selepas pru13. Jadi kuda untuk menang pilihanraya je! Bagi duit beberapa keping, kain batik pelikat selai dua cukup! Buat rumah untuka orang Melayu cukup rumah flet 2 bilik je! Lepas tu label orang Melayu 'malas, lemah, lembab, bodoh,' dan sekarang 'babi' siapa cakap semua ni? cinabeng dan kapir2 harbi yg 97% undi dapigs dan parti munafik semua tu!

      Tell u what bro yul, the system has failed. Corruption to the core of the system now resurface no more in hiding. Evidence? Alvivi kes dan yang serupa dengannya!

      Kenapa najib tanya apa cina mau? Tanyalah 'apa Melayu tak mau?' Ada bran ke?

      Delete
  18. Apa kepentngannya kita menjalinkan hubungan diplomatik dengan Vatican City hingga ada duta Vatican di Kuala Lumpur? Ini yang masyarakat tidak boleh faham dengan dasar kerajaan seolah-olah Vatican itu membawa pengaruh dari Amerika yang kita takuti. Bagi saya kenyataan Duta Vatican itu hanya isu kecil. Isu besarnya siapa yang membawa dia datang ke sini. Kita kena faham bahawa Duta Vatican bukan seperti duta diplomatik yang lain, dia membawa misi agama iaitu Kristian. Memang menjadi tugas dia mempertahankan Kristian, kalau tidak buat apa dua jadi duta Vatican. Akhirnya kita hanya hanya riuh rendah kepada perkara-perkara yang menjadi ranting bukan pokoknya. Dalam konteks ini pokok itu adalah membawa masuk duta Vatican. Nak menjerit bolehlah tetapi ini tidak menyelesaikan masalah selagi pokok yang menjadi masalah kita tak berani nak sentuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh kita tanya Najib apa kepentingannya kepada keselamatan dan kemakmuran negara dia membawa masuk kedutaan vatican ke dalam negara kita dan siapa mendapat faedah daripada kemasukan duta vatican ini? Ini soalan pertama.

      Soalan kedua: apa kepentingan kepada keselamatan dan kemakmuran negara dengan menghapuskan ISA, Emergency (Public Order and Crime Prevention) Ordinance 1969 dan Restricted Residence Act 1933 dan siapa/golongan mana yang mendapat faedah daripada penghapusan ini?

      Soalan ketiga: apa kaitan diantara ISA dan EO dan RRA diatas? ada beza tak diantara tahanan politik dibawah ISA dengan tahanan jenayah berat dan sindiket jenayah terancang geng kongsi gelap?

      Soalan keempat: adakah dengan memenuhi permintaan segelintir kecil kumpulan pelobi penghapus ISA, EO dan RRA ini telah membuatkan perbuatan Najib itu tantamount to acting ultra vires his powers as prime minister which resulted in breach of such powers for he has acted in the interest of his own and/or in the interests of persons closely link to him? As such, Najib is deemed to be put under investigation?

      Delete
  19. Niat Najib benarkan Duta Vatican ni ke Malaysia baik . Nak bagi nampak Islam ni bukan lah agama yang ekstrem , ganas seperti yang dicanang-canang . Saya tak nampak itu untuk kepentingan politik dalam negara tetapi strategi untuk naikkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang boleh bertolak ansur dengan agama2 lain . Asal salah sikit tuding jari, perangai orang UMNO memang macam ni dari dulu ... selagi sendiri tak dapat jawatan, selagi tu depa kritik , lepas duduk kat atas jadi menteri mulut terkunci la ..prfttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Mahmud Kedah18 July 2013 at 05:36

      Niat baik tapi mendatangkan akibat lebih buruk bila timbul bantahan dari orang Islam Malayia yang tidak dapat menunjukan toleransi kepada provokasi yang dilakukan oleh Duta Vatican ini.

      Mahathir yang cerdik dan tidak liberal tidak percaya ini suatu cara berkesan untuk tunjukan toleransi Islam malah apa yang dilakukan oleh Najib adalah lebih dengan untuk memenang pilihnaraya ke 13.

      Delete
    2. MegaBidaman,

      Hujah sedara tidak kontruktif. Ibarat ngata dulang paku serpih saje. Sedara pun suka nuding jari ke orang Umno ngata orang Umno. Sape orang Umno yang mintak jawatan tu? Saya orang Umno, saya ada hak nak komen najib atau sape2 yg buat keje tak betul. Cuba baca tulisan pengkomen2 diatas; ada yang tanya soalan lagi tu. Kenapa tak nak tolong jawabkan ? Apa? ah jib gor tu above the law ke?

      Delete
  20. Sebenarnya salah Ah Jib bukan kerana bawa duta Vatican tu,tapi salah beliau ialah kerana terlalu berlembut,memberi muka dan terlalu meminta-minta sokongan dari orang 'asing'.Mereka-mereka ini lah menjadi punca timbulnya isu kalimah Allah,LGE adalah kepalanya.ISA yg di mansuhkan oleh Ah Jib menjadikan mereka tidak merasa takut lagi untuk menimbulkan perkara yg sensitif.

    ReplyDelete